1 HAJJATU AL-WADA‘: HADIS JABIR , FIQH DAN FAEDAHNYA Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri 1 Tn. Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi 2 Syed Najihuddin Syed Hassan 3 Abstrak Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan kedudukan hajjatu al-wada„ Rasulullah berdasarkan hadis Jabir dari sudut fiqh dan faedahnya. Beberapa isu timbul, apabila beberapa pihak mendakwa bahawa ibadat haji jemaah haji Malaysia yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia di Tanah Suci Makkah telah terkeluar daripada landasan Hajjatu al-Wada Rasulullah sama ada dari sudut pergerakan hari tarwiyyah, waktu melontar jamrah, hadyu, jenis haji yang dibenarkan Rasulullah dan tempoh nusuk. Persoalannya adakah pelaksanaan ibadat haji jemaah haji Malaysia tidak seiringan dengan ibadat haji Baginda . Kertas kerja ini akan menerangkan bahawa kedudukan ibadat jemaah haji Malaysia adalah seiringan dengan hajjatu al-wada„ Rasulullah sepertimana sabda Baginda “Ambillah daripadaku ibadat haji kamu”. Diharapkan, perbincangan yang disampaikan dalam kertas kerja ini tidak hanya menjadi bahan rujukan dan perdebatan akademik atau menjadi seminar semata-mata, malah menjadi satu langkah untuk menyimpulkankannya. Kesimpulan dan keputusan ini adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada umat Islam yang lain di dalam menghadapi isu permasalahan dan persoalan hukum-hakam berkaitan ibadah haji demi mencapai keredaan Allah S.W.T. 1.0 MUQADDIMAH Ibadat haji merupakan kemuncak perhambaan manusia kepada Tuhannya dan melaksanakannya, seolah-olah telah sempurnalah sudah lima rukun Islam. Dalam ibadat, Rasulullah menggesa umatnya supaya menerima pakai apa yang dilakukan olehnya tanpa sebarang bidaah dan rekaan yang disandarkan kepada logik akal semata-mata. Dr. Muhammad al-Zuhaili di dalam kitabnya al-Mu„tamad berkata: Riwayat hadis Jabir berkenaan perlaksanaan hadis Nabi adalah sebagai tatbiq amali atau praktikal 1 Karyawan Tamu Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan, Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu, Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji Malaysia 2 Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia merangkap Ketua Penyelidik Bimbingan Haji, Lembaga Tabung Haji Malaysia dan Penyelaras Seminar dan Wacana, Unit Politik dan Masyarakat, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD). 3 Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah merangkap Ketua Program Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat, Universiti Sains Islam Malaysia
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
HAJJATU AL-WADA‘: HADIS JABIR ,
FIQH DAN FAEDAHNYA
Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri1
Tn. Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi2
Syed Najihuddin Syed Hassan3
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan kedudukan hajjatu al-wada„
Rasulullah berdasarkan hadis Jabir dari sudut fiqh dan faedahnya. Beberapa isu
timbul, apabila beberapa pihak mendakwa bahawa ibadat haji jemaah haji Malaysia
yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia di Tanah Suci Makkah telah
terkeluar daripada landasan Hajjatu al-Wada Rasulullah sama ada dari sudut
pergerakan hari tarwiyyah, waktu melontar jamrah, hadyu, jenis haji yang dibenarkan
Rasulullah dan tempoh nusuk. Persoalannya adakah pelaksanaan ibadat haji jemaah
haji Malaysia tidak seiringan dengan ibadat haji Baginda . Kertas kerja ini akan
menerangkan bahawa kedudukan ibadat jemaah haji Malaysia adalah seiringan dengan
hajjatu al-wada„ Rasulullah sepertimana sabda Baginda “Ambillah daripadaku
ibadat haji kamu”. Diharapkan, perbincangan yang disampaikan dalam kertas kerja ini
tidak hanya menjadi bahan rujukan dan perdebatan akademik atau menjadi seminar
semata-mata, malah menjadi satu langkah untuk menyimpulkankannya. Kesimpulan dan
keputusan ini adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada umat Islam yang lain di
dalam menghadapi isu permasalahan dan persoalan hukum-hakam berkaitan ibadah haji
demi mencapai keredaan Allah S.W.T.
1.0 MUQADDIMAH
Ibadat haji merupakan kemuncak perhambaan manusia kepada Tuhannya dan
melaksanakannya, seolah-olah telah sempurnalah sudah lima rukun Islam. Dalam ibadat,
Rasulullah menggesa umatnya supaya menerima pakai apa yang dilakukan olehnya
tanpa sebarang bidaah dan rekaan yang disandarkan kepada logik akal semata-mata.
Dr. Muhammad al-Zuhaili di dalam kitabnya al-Mu„tamad berkata: Riwayat hadis
Jabir berkenaan perlaksanaan hadis Nabi adalah sebagai tatbiq amali atau praktikal
1 Karyawan Tamu Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Ahli Majlis Fatwa
Negeri Sembilan, Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu, Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji
Malaysia 2 Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia merangkap Ketua
Penyelidik Bimbingan Haji, Lembaga Tabung Haji Malaysia dan Penyelaras Seminar dan Wacana, Unit
Politik dan Masyarakat, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD). 3 Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah merangkap Ketua Program Pengajian Sunnah dengan
Pengurusan Maklumat, Universiti Sains Islam Malaysia
2
secara langsung daripada Rasulullah kepada para sahabat sebagai Mu„allim,
Mursyid, Imam dan Qudwah. Benarlah sabdanya kepada mereka seperti yang
diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, al-Nasa‟i dan al-Baihaqi:
Maksudnya: “Ambillah daripadaku ibadat haji kamu”.
Ibadat haji secara khususnya juga terbukti dengan sabda Rasulullah supaya umat Islam
mengambil daripadanya secara langsung. Hal ini jelas terbukti apabila Rasulullah
mewar-warkan keberangkatannya ke Kota Makkah pada tahun 10 Hijrah untuk
perlaksanaan ibadat haji, justeru ramai sahabat yang meriwayatkan hadis berkenaan
dengan haji Rasulullah . Menariknya riwayat Jabir mengesahkan nostalgia Rehlah
Rohaniah Rasulullah dalam menyahut seruan Ilahi untuk haji.
2.0 PENGENALAN HAJI DAN HIKMAHNYA
2.1 Takrif Haji
Haji dari segi bahasa bererti kunjungan atau menuju ke sesuatu tempat. Manakala dari
segi syara‟ bermaksud mengunjungi Makkah untuk melakukan ibadat yang tertentu,
dengan syarat-syarat yang khusus. Syeikh Abdul Rahman al-Jaziri menyatakan haji
bererti, amalan-amalan yang khusus ditunaikan pada zaman yang khusus di tempat yang
khusus atas tatacara yang khusus. Wahbah al-Zuhaili mengulas takrif haji tersebut dengan
berkata: Menziarahi tempat tertentu dalam masa tertentu untuk pekerjaan tertentu.
Sebutan ziarah bermaksud pergi, tempat tertentu pula bermakna Kaabah dan Arafah.
Masa tertentu pula ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah khususnya 10 hari
bahagian awal dalam bulan tersebut. Perbuatan tertentu pula bermaksud: Datang ke
tempat dengan berihram dan berniat untuk mengerjakan haji.
2.2 Tarikh Pensyariatan Haji
Kemungkinan pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa tarikh pensyariatan haji
adalah pada tahun 9 Hijrah. Hal ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
3
Sabda Rasulullah kepada rombongan Abd al-Qais yang menemui Baginda pada awal
tahun 9 Hijrah, dan bertanya tentang perintah yang wajib mereka lakukan:
Maksudnya: “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah SWT, mendirikan solat,
menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menyerahkan 1/ 5 daripada
harta rampasan perang”.
Justeru, sekiranya haji telah difardukan sebelum tarikh tersebut tentulah Baginda
menyebutkannya bersama-sama perintah yang diarahkan kepada mereka.
2.3 Hukum Dan Dalil Wajib Haji
Seperti yang dimaklumi, haji adalah salah satu dari rukun Islam yang wajib kepada orang
Islam yang cukup syarat dan berkemampuan. Antara dalil kewajipannya ialah firman
Allah :
Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan
mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang
kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
(Surah ali-Imran: 97)
2.4 Hikmah Dan Faedah Haji
Allah mensyariatkan beberapa syariat kepada hamba-Nya dan memperincikan
hukum-hukum untuk kepentingan mereka dari segi agama dan kehidupan di dunia pada
masa ini dan akan datang. Apabila menyebut tentang haji, al-Quran mengisyaratkan
bahawa ibadat tersebut mempunyai faedah dan kebaikan yang banyak untuk manusia.
4
Hal ini berdasarkan firman Allah :
Maksudnya: Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah
kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah , pada hari-hari yang
tersebut, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternakan
(untuk dijadikan korban) dan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-
binatang korban itu dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, yang faqir
miskin.
(Surah al-Haj: 28)
Secara umumnya antara hikmah haji itu ialah :
1. Perhimpunan orang islam
2. Persaudaraan sesama islam
3. Kesatuan umat islam
4. Persamaan di kalangan umat islam
5. Mengimbau peristiwa lampau
6. Mengambil iktibar wasiat Rasulullah dalam hajjatu al-wada‟
7. Memperoleh rezeki
8. Pendidikan jasmani dan rohani
3.0 BIOGRAFI RINGKAS JABIR BIN `ABDILLAH
Jabir bin Abdullah bin Amru bin Haram bin Ka‟ab bin Ghanam bin Ka‟ab bin Salamah
al-Ansari al-Salami . Digelar dengan kuniyyah Abu Abillah, Abu Abdul Rahman dan
Abu Muhammad. Merupakan sahabat dan anak kepada sahabat Rasulullah .
Termasuk di kalangan yang banyak meriwayatkan hadis Nabi . Begitu juga ramai di
kalangan sahabat meriwayatkan daripadanya. Dalam riwayat yang sahih, bahawa beliau
5
termasuk di kalangan yang menyertai perjanjian Aqabah. Mengikut riwayat al-Bukhari
dalam Tarikhnya dengan sanad yang sahih daripada Abu Sufian daripada Jabir katanya:
Aku memberi minum kepada sahabat-sahabatku dalam perang Badar. Beliau berkata
bahawa Rasulullah telah berperang sebanyak dua puluh satu peperangan dan aku
menyertainya sebanyak sembilan belas peperangan. Jabir berkata: Aku tidak menyertai
perang Badar dan Uhud kerana bapaku menegahnya.
Antara sifat Jabir ialah keprihatinan beliau terhadap adik-adik dan kakak
perempuannya. Justeru, apabila ayahnya mati syahid dalam peperangan Uhud, beliau
telah berkahwin dengan perempuan yang tua, lantas Nabi bertanya kepadanya:
“Kenapa engkau tidak memilih perempuan muda dan dara?” Beliau memberi alasan
bahawa ayahnya meninggalkan anak-anak perempuan yang jika dipilih isterinya sebaya
dengan adik beradiknya yang perempuan, sudah pasti tidak dapat mengurus rumah tangga
dengan baik. Meninggal dunia di Kota Madinah selepas 70 Hijrah ketika usia 94 tahun.
Yahya bin Bukair berkata: Jabir meninggal pada tahun 78 Hijrah. Mengikut Qatadah,
beliau adalah sahabat yang paling akhir meninggal dunia di Kota Madinah.
4.0 FIQH DAN FAEDAH HADIS
Imam al-Nawawi berkata: Hadis Jabir ini merupakan hadis yang besar dan agung
mengandungi banyak faedah, mutiara dan kaedah yang penting dan ia termasuk dalam
Afrad Muslim sahaja. Tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam sahihnya. Tetapi
diriwayatkan oleh Abu Daud seperti riwayat Muslim. Al-Qadi berkata: Ulama‟ telah
berbincang berkenaan dengan hadis ini dari segi fiqh dan mereka memanjangkannya
termasuk Ibn al-Munzir sehingga menyebut lebih daripada seratus lima puluh masalah.
Dan kalau dikira nescaya ia lebih daripada itu.
Pertama: Muqaddimah Hadis
6
Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ishaq bin Ibrahim menceritakan kami, kesemuanya
meriwayatkan daripada Hatim, Abu Bakar berkata, Hatim bin Isma`il al-Madani
menceritakan kami daripada Ja`far bin Muhammad daripada ayahnya katanya: Aku
masuk bertemu Jabir bin ``Abdillah , lalu dia bertanya kami satu persatu, siapa nama
kami masing-masing. Sampai giliranku, aku sebutkan namaku Muhammad bin Ali bin
Husein. Lalu dibukanya kancing bajuku yang atas dan yang bawah, kemudian
diletakkannya telapak tangannya antara kedua susuku (dadaku). Ketika itu aku masih
muda belia. Lantas dia berkata: Selamat datang wahai anak saudaraku! Tanyakanlah
apa yang hendak engkau tanyakan.
Fiqh dan faedah petikan ini antaranya ialah:
i. Lafaz حدثنا adalah setinggi-tinggi darjat penyampaian hadis yang menunjukkan
secara langsung dan tallaqi antara murid dan gurunya dan dalam satu majlis.
ii. Bermusafir atau rehlah ilmiah dalam mengutip mutiara ilmu merupakan sunnah
para salaf al-saleh dan juga ahli hadis.
iii. Beradab dan bersopan dengan memahami adab tetamu amat penting lebih-lebih lagi
apabila mengunjungi para ulama‟ dan yang lebih tua daripadanya.
iv. Ta`aruf atau salam perkenalan adalah muqaddimah bicara supaya kemesraan dapat
dipupuk di samping mengenali salasilah atau asal-usul keturunan seseorang.
v. Memperkenalkan nama hendaklah dengan menasabkan kepada yang makruf supaya
mudah dikenali.
vi. Menyentuh seseorang adalah merupakan tanda lambang kemesraan di samping
untuk merasakan hubungan yang erat tanpa rasa gentar dan bimbang.
Kedua: Pengalaman Haji
Ketika itu aku masih muda belia. Lantas dia berkata: Selamat datang wahai anak
saudaraku! Tanyakanlah apa yang hendak engkau tanyakan. Kemudian aku bertanya
kepadanya. Sedangkan dia telah buta, ketika waktu solat tiba, dia berdiri di atas sehelai
sejadah yang selalu dibawanya. Tiap kali sejadah itu diletakkan ke bahunya, pinggirnya
selalu lekat padanya kerana kecilnya sejadah itu. Kemudian dia solat bersama kami. Aku