1. Acara TOWER 2 TOWER EXPLORACE 2014 adalah sebuah acara
perlumbaan eksplorasi berkenderaan dimana ianya akan bermula dari
Menara Kuala Lumpur pada 20 Disember 2014 dan berakhir di Alor
Setar, Kedah 21 Disember 2014.
2. Acara ini terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun ke
atas dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang sahaja.
3. Pemandu kenderaan WAJIB memiliki lesen memandu yang sah dan
kenderaan yang digunakan mestilah mempunyai cukai jalan serta
insuran yang sah. Kenderaan juga perlu berada dalam keadaan selamat
untuk perjalanan dengan lampu brek dan lampu isyarat berfungsi
dengan baik.
4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab jika kenderaan
tersebut dipandu oleh seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu
yang sah dan/atau telah tamat tempoh dan setiap peserta/pemandu
bagi setiap kumpulan adalah memandu atas risiko mereka sendiri.
5. Para peserta hendaklah mengutamakan aspek keselamatan pada
setiap ahli kumpulan, peserta yang lain, dan orang awam semasa
acara ini berlangsung. Setiap peserta dan kumpulan juga hendaklah
mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan semasa
aktiviti pemanduan dilakukan dan sebarang tindakan undang-undang
yang dikenakan oleh pihak berkuasa dan/atau mana-mana pihak ketiga
sama ada secara langsung atau tidak langsung, pihak penganjur tidak
akan bertanggungjawab.
6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kerosakan, kehilangan dan/atau kerugian yang ditanggung oleh para
peserta sebelum, semasa dan/atau selepas acara tersebut.
7. Yuran penyertaan bagi setiap kumpulan adalah RM680.00
(Maksimum 4 orang). Yuran penyertaan ini adalah termasuk penginapan
untuk satu (1) malam (“twin sharing”), satu (1) makan malam serta
satu (1) sarapan pagi.
8. Borang penyertaan perlu diisi dengan lengkap beserta
pengakuan indemniti/ deklarasi yang ditandatangani oleh para
peserta.
9. Borang penyertaan yang lengkap diisi dan ditandatangani perlu
disertakan dengan yuran penyertaan.
10. Semua cek/kiriman wang bernilai RM680.00 (yuran penyertaan)
haruslah berpalang dan dibayar ke:
PTS ADVERTISING SDN BHD Nama Bank: MAYBANK Nombor Akaun Bank:
564119113186
Bayaran terus ke bank berkenaan boleh dibuat di atas nama
syarikat berdaftar. Semua cek/kiriman wang bagi peserta yang tidak
berjaya akan dikembalikan
kepada pemohon.
11. Setiap pendaftaran akan dikeluarkan resit rasmi sebagai
bukti pendaftaran telah dibuat dan perlu dikemukakan semasa
pengambilan beg cenderahati pada hari taklimat.
12. Sila hantarkan penyertaan lengkap melalui emel ke: MENARA KL
- MENARA ALOR SETAR TOWER 2 TOWER EXPLORACE 2014 DANIEL - Time Out
Solutions Sdn Bhd, 2, Jalan USJ 13/1F, 47630 Subang Jaya, Selangor
Tel.: 03-8011 1073 Faks: 03-5621 3819 Emel: [email protected]
13. Tarikh tutup penyertaan TOWER 2 TOWER EXPLORACE 2014 adalah
pada
21 November 2014.
14. Penyertaan terhad kepada 50 kenderaan yang pertama
berdasarkan penyertaan yang terawal tertakluk kepada syarat dan
peraturan no.3 seperti di atas.
15. Taklimat akan diadakan sebelum acara. Peserta akan
dimaklumkan mengenai tarikh, masa dan tempat untuk taklimat.
16. Laluan akan ditanda dengan “TULIP” dari mula hingga
tamat.
17. Koordinator Acara akan menerangkan secara terperinci
mengenai tatacara membaca “TULIP” semasa sesi taklimat.
18. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan dan
surat menyurat tidak akan dilayan.
SYARAT DAN PERATURAN
BUTIRAN PASUKANPEMANDUNama :No. K/P baru :Emel :Alamat :
No. Lesen Memandu :No. Telefon(Pej.) (Samb)(H/P) (Faks)Saiz
T-shirt:
PEMANDU ARAHNama :No. K/P baru :Emel :Alamat :
No. Lesen Memandu :No. Telefon(Pej.) (Samb)(H/P) (Faks)Saiz
T-shirt:
PENUMPANG 1Nama :No. K/P baru :Emel :Alamat :
No. Lesen Memandu :No. Telefon(Pej.) (Samb)(H/P) (Faks)Saiz
T-shirt:
PENUMPANG 2Nama :No. K/P baru :Emel :Alamat :No. Lesen Memandu
:No. Telefon(Pej.) (Samb)(H/P) (Faks)Saiz T-shirt:
BUTIRAN KENDERAANJenama Kenderaan :No. Pendaftaran :Tarikh Tamat
Cukai Jalan:
DEKLARASISaya/Kami dengan ini mengesahkan bahawa saya/kami akan
mematuhi segala syarat dan peraturan acara TOWER 2 TOWER EXPLORACE
2014. Saya/Kami juga mengaku bahawa saya/kami dalam keadaan sihat
dan menyertai acara ini di atas risiko sendiri dan tidak akan
mengganggu pihak penganjur, penaja dan semua ejen yang berkaitan
dengan pihak penganjur untuk apa jua kecederaan yang mungkin
ditanggung sebelum, semasa atau selepas acara dijalankan. Saya/Kami
juga bersetuju bahawa keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan
tiada rayuan akan dibuat. Saya/Kami juga memberi persetujuan untuk
penggunaan gambar, nama dan suara saya/kami dalam apa-apa penyiaran
dan promosi pengiklanan atau untuk tujuan lain yang berkaitan
dengan acara ini.
Saya/Kami akan bertanggungjawab dan bersetuju untuk melindungi
pihak penganjur, penaja, anak-anak syarikat, rakan-rakan niaga dan
mereka yang berkaitan dengan penganjur daripada apa jua tuntutan
atau permintaan yuran guaman terhadap sebarang kecederaan,
kemalangan atau kematian kepada diri sendiri atau pihak ketiga atau
kerosakan atau kerugian yang ditanggung untuk kenderaan diri
sendiri/ pihak ketiga yang digunakan dalam acara ini. Saya/Kami
juga mengakui bahawa kenderaan yang digunakan semasa acara ini
dijalankan dilindungi oleh insuran dan cukai jalan yang dibayar
dengan sewajarnya sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang
Malaysia.
Tandatangan Pemandu Tandatangan Pemandu Arah
Tandatangan Penumpang 1 Tandatangan Penumpang 2
BORANG PENYERTAAN TOWER 2 TOWER EXPLORACE 2014
S38” 40”
M42”
L44”
XL46”
XXL48”
XXXL
*Saiz T-shirt bergantung kepada stok yang sedia ada
S38” 40”
M42”
L44”
XL46”
XXL48”
XXXL
*Saiz T-shirt bergantung kepada stok yang sedia ada
S38” 40”
M42”
L44”
XL46”
XXL48”
XXXL
*Saiz T-shirt bergantung kepada stok yang sedia ada
S38” 40”
M42”
L44”
XL46”
XXL48”
XXXL
*Saiz T-shirt bergantung kepada stok yang sedia ada