Sempena Pesta Buku ini, hadiah-hadiah telah jugamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1881/1/Sekitar_1984_5_07.pdf · Sempena Pesta Buku ini, hadiah-hadiah telah juga diberikan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERBADANAN PERPUSTAKMN AWAM NEGERl KEDAH
PESTA BUKU 1984
Dalam usaha menggalakkan masyarakat berminat
untuk membaca, maka Perbadanan Perpustakan Awam Kedah telah
menganjurkan Pesta Buku 1984 dengan tema • Rakyat Membaca
Negara Berjaya • pada 29hb. Mac - 3hb. April, 1984. Pesta Buku
ini adalah anjuran bersarna dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
dan ditaja oleh Toko Buku Cahaya Baru, wakil bagi Dewan Bahasa
dan Pustaka. Pesta ini telah diadakan di Dewan Dato' Syed Omar,
Alor Setar dan upacara perasmian Pesta tersebut telah dilakukan
oleh wakil kepada Menteri Besar Kedah.
Sempena Pesta Buku ini, hadiah-hadiah telah juga
diberikan kepada pemenang-pemenang peraduan melukis poster dan
menulis esei yang bertemakan • Kesejahteraan Keluarga • yang
dianjurkan bersama oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah,
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Lembaga Perancang Keluarga
Negara. Hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan
oleh wakil Menteri Besar Kedah.
Sambutan terhadap Pesta Buku pada tahun ini amatlah
memberangsangkan sehingga pesta tersebut telah dilanjutkan
pada satu hari lagi untuk memberi peluang orang ramai mengunjungi
pesta itu.
MARl MELUKlS
Salah satu aktiviti kanak-kanak yang baru di
lancarkan iaitu • Mari Melukis • di mana kanak-kanak yang berminat
kepada melukis diberi peluang mengasah bakat mereka dengan
mengambil bahagian dalam aktiviti melukis. Aktiviti ini telah
dimulakan pada 9hb. Mac, 1984 di Taman Merdeka, Alor Setar, dan
ianya adalah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan