Panitia Geografi SMK Bandar Baru Sg, Long, Kajang. "Kita Tidak Mewarisi Bumi Kita Ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita"....Chief Seattle This Blog Linked From Here The Web This Blog Linked From Here The Web Jom Belajar Geografi Tingkatan 1 (P&P) Tingkatan 1 : Tema 1 : Bentuk Muka Bumi Tema 2 : Cuaca & Iklim Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi Tema 1 : Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada : * Tanah Tinggi * Tanah Pamah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Panitia Geografi SMK Bandar Baru Sg, Long, Kajang. "Kita Tidak Mewarisi Bumi Kita Ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita"....Chief Seattle
This BlogLinked From HereThe WebThis Blog
Linked From Here The Web Jom Belajar Geografi Tingkatan 1 (P&P) Tingkatan 1 : Tema 1 : Bentuk Muka BumiTema 2 : Cuaca & IklimTema 3 : Tumbuhan Semula jadi
Tema 1 : Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada :* Tanah Tinggi* Tanah Pamah* Pinggir Laut* Saliran
T anah Tinggi
Malaysia diliputi oleh beberapa banjaran utama. Antaranya ialah Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tahan dan Banjaran Crocker. Sistem Gunung di Malaysia terdiri daripada sistem gunung lipat tua dan sistem gunung lipat muda. Sistem gunung di Semenanjung Malaysia merupakan sistem gunung lipat tua yang berasal dari Dataran Tinggi Shan
manakala Sistem gunung di Sabah dan Sarawak merupakan sistem gunung lipat muda yang berasal dari Pusaran Pamir, di Banjaran Himalaya.
Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4101meter. Gunung Kinabalu terdapat di Banjaran Crocker.
Manakala Banjaran Gunung yang terpanjang di Malaysia ialah Banjaran Titiwangsa yang dikenali sebagai Banjaran Besar merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia. Gunung yang tertinggi di Banjaran ini ialah Gunung Korbu. Terdapat 3 kawasan peranginan utama di kawasan ini iaitu, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser.
Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan. Di sini terdapat Taman Negara yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna Hutan Hujan Tropika.
Banjaran Titiwangsa- Gunung Tertinggi - Gunung Korbu
Gunung Kinabalu - Gunung Tertinggi di Asia Tenggara dan di Malaysia - 4104meter
PENGARUH BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
1) SG CHAO PHRAYA DI THAILAND
Sungai Chao Phraya merupakan nadi kepada Thailand. Sungai Chao Phraya berfungsi sebagai:* jalan pengangkutan* hidroelektrik* sumber domestik* pengairan sawah padi* mengangkut kayu balak
Di sungai Chao Phraya juga terdapat PASAR APUNG yang menjual pelbagai barangan seperti buah-buahan. Kawasan ini juga dikenali sebagai VENICE TIMUR kerana terdapat banyak terusan atau dikenali sebagai KLONG.
Pasar apung di Sg Chao Phraya, Thailand2) Pergunungan Alps di Switzerland
Switzerland merupakan sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi bersalji dan bergunung gangan. Aktiviti utama penduduk di sini ialah pelancongan. Terdapat banyak bentuk muka bumi glasier(salji) yang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti meluncur salji.
Kelihatan Khemah Tupik (Gambar kiri) dan Pemandangan Menarik Puncak Piramid( Bentuk Muka Bumi Glasier)
3) Tasik Tonle Sap, Kampuchea
Tasik Tonle Sap merupakan tasik air tawar semulajadi terbesar di Asia Tenggara. Tasik Tonle Sap terletak di Kampucha merupakan nadi utama bagi penduduk di Kampuchea. Tasik ini membekalkan kira-kira 50% daripada bekalan ikan di Kampuchea. Terdapat juga penduduk yang tinggal di atas tasik ini.
4) Pertanian Berteres di Pulau Jawa Pulau Jawa merupakan sebuah pulau yang padat dengan kira-kira 70 juta penduduk. Di Pulau Jawa pertanian padi dijalankan secara berteres di cerun-cerun bukit. Faktor utama adalah disebabkan:* Tanih lereng bukit yang berasal daripada tanih lava bes yang subur* Kurang kawasan tanah pamah kerana khas untuk petempatan penduduk
Home Jom Belajar Geografi Tingkatan 1 (P&P) Jom Belajar Geografi Tingkatan 2 (P n P ) Jom Belajar Geografi Tingkatan 3 (P&P) Jom Belajar Geografi Bahagian Kemahiran Geografi Bijak Jadual Geografi Bijak Peta Geografi Kerja Kursus Geografi PMR Program Peningkatan Prestasi PMR Koleksi Soalan & Bank Soalan Geografi PMR & Soalan... Sukatan/Huraian Sukatan/Rancangan Pelajaran Geogra...
Peperiksaan PMR 2011 - Geografi Program Maraton PMR Geografi
o ▼ May (8) Info Geografi - Uniknya Ombak yang Menghempas Pant... Info Geografi - Pelik Tetapi Benar Info Geografi - LUBUK BAHAYA - Pokok Gergasi, Land... Info Geografi - Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Lang... Info Geografi - Kejadian Gunung Berapi di Iceland Info Geografi - Kejadian Tsunami Info Geografi - Aras Laut Semakin Meningkat Jom Geografi Hari ini