Top Banner
ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan 1
28

Geografi

Jun 24, 2015

Download

Documents

Nabaaha Yusof
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Geografi

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Senarai Kandungan

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan

1

Page 2: Geografi

BAB 1: PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan perhargaan dan ucapan terima kasih

kepada mereka yang telah membantu saya menjalankan kajian ini.

Bantuan, dorongan, dan tunjuk ajar mereka telah membolehkan saya

menjalankan kajian dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan terima

kasih kepasa ibu dan bapa saya, Syed Yusof dan Taslim. Ribuan terima

kasih juga kepada Puan Zaitun pengetua sekolah saya dan guru

Geografi saya Puan Hasidah. Saya juga ingin mengucapkan terima

kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang banyak berkongsi

maklumat iaitu Aina Nurina, Raihan Jeffry, Nik Eirdhina, Nur Hanani

dan ramai lagi.

2

Page 3: Geografi

BAB 2: PENDAHULUAN

Nama saya Sharifah Nabaaha Binti Syed Yusof. Saya menuntut dalam

Tingkatan 1 IS di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.

Sebagai memenuhi kehendak subjek Geografi, saya perlu menyiapkan

satu Kajian Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk “Potensi Bentuk

Muka Bumi dan Potensinya” Saya telah memilih kawasan perumahan

Lembah Keramat untuk menjalankan kajian ini.

Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat saya tinggal

dan berdekatan dengan sekolah saya. Selain itu, saya telah berhampiran

kawasan ini lebih daripada 10 tahun dan terdapat ramai kawan-kawan

dan keluarga yang dapat memudahkan saya menyiapkan folio ini.

Saya telah mengambil masa selama 3 minggu untuk mengumpul

maklumat serta menyiapkan dengan sempurna folio ini.

BAB 3: OBJEKTIF KAJIAN

3

Page 4: Geografi

Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:-

I. Mengenal pasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Lembah

Keramat.

II. Mengenal pasti potensi muka bumi di Lembah Keramat terhadap

kegiatan manusia.

III. Mengkaji kesan kegiatan manusia di Lembah Keamat

terhadap alam sekitar.

IV. Menyatakan langkah penyelesaian kepada kesan kegiatan

manusia terhadap alam sekitar di Lembah Keramat.

BAB 4: KAWASAN KAJIAN

4

Page 5: Geografi

4.1 Latar Belakang Kawasan Kajian

Saya telah memilih Taman Melati sebagai kawasan kajian. Taman

Melati terletak di bawah pentadbiran mukim Setapak. Sebelum dibangunkan

Taman Melati merupakan kawasan perlombongan bijih timah. Kawasan ini

mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1993. Taman Melati

merupakan kawasan perumahan kos sederhana rendah dan kos sederhana

tinggi. Terdapat rumah pangsa, kondominium, apartment, rumah teres dan

rumah banglo. Segala kemudahan awam dan infrasturuktur disediakan dan

dijaga rapi oleh DBKL. Hasil daripada pencarian saya di internet, sehingga

akhir Disember tahun 2007, Taman Melati didiami lebih kurang hampir

3,000 orang penduduk.

4.2 Lokasi Kawasan Kajian

Lembah Keramat mempuyai keluasan seluas 50 km persegi. Lokasi

kawasan ini adalah di Timur Laut Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.

Taman Melati terletak berhampiran dengan kawasan yang lain seperti

Wangsa Maju, Wangsa Melawati, Taman Bunga Raya, Taman Permata, dan

Taman Melawati. Untuk pengetahuan semua, Taman Melawati berada 150

meter daripada sempadan Kuala Lumpur – Selangor.

4.3 Jarak Dari Bandar

Taman Melati terletak lebih kurang 15 km daripada Pusat Bandar

Kuala Lumpur. Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan

menggunakan segala kenderaan awam seperti LRT. Stesyen LRT terdekat 5

Page 6: Geografi

adalah LRT Terminal Putra dan LRT Taman Melati. Selain itu, Ianya boleh

dihubungkan melalui Jalan Raya Tun Razak atau MRR2 (Lebuhraya

Lingkaran Tengah 2) ke Ipoh di Utara dan Seremban di Selatan.

4.4 Jenis Petempatan

Taman Melati adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh

penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Majoriti Masyarkat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa India dan

Cina. Pola petempatan di Taman Melati ialah pola berpusat dimana rumah –

rumah dan deretan kedai dibina rapat – rapat dan menyebabkan kawasan ini padat

dengan bangunan – bangunan.

6

Page 7: Geografi

BAB 5: KAEDAH KAJIAN

5.1 Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:-

a) Pemerhatian

b) Bancian

c) Internet

5.1.1 Pemerhatian

Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa

memerhati ciri – ciri bentuk muka bumi di kawasan Taman Melati dan

aktiviti – aktiviti ekonomi yang dijalankan.

5.1.2 Borang soal selidik

Saya juga telah memberi soalan kajian saya kepada 20 orang penduduk di

Taman Melati melibatkan 5 orang dari penempatan rumah pangsa, 5 orang di

kawasan Apartment dan Kondominium, 5 orang di rumah teres dan selebihnya

yang tinggal di rumah banglo. Borang soal selidik ini dan respon yang didapati

dapat membantu saya mengenalpasti masalah – masalah yang dihadapi oleh

penduduk Taman Melati dan cara – cara mengatasi yang dicadangkan oleh 20

orang responden tadi.

5.1.3 Internet

Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi

maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian

7

Page 8: Geografi

ataupun melalui keadah soal selidik. Antara maklumat yang berguna saya perolehi

adalah jumlah penduduk dan keluasan kawasan kajian.

BAB 6: HASIL KAJIAN

6.1 Ciri – Ciri Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi di Taman Melati adalah hampir rata serta beralun. Oleh

sebab itu, Taman Melati dibangunkan dan dibina kawasan penempatan keluarga

yang luas. Selain itu, Taman Melati juga dibangunkan untuk kawasan pejabat dan

deretan kedai. Ini menyebabkan kawasan Taman Melati padat dengan penduduk.

Kepadatan penduduk ini disebabkan oleh tindakan kerajaan yang membina

infrastruktur – infrastruktur seperti lebuh raya yang dapat berhubung ke

kawasan – kawasan lain dengan mudah, rumah kakitangan kerajaan, deretan kedai,

kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, sekolah dan Hospital.

6.2 Potensi Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang hampir rata dan beralun tadi menyebabkan

penduduk di Taman Melati terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan perkhidmatan.

Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Taman Melati telah

menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan – usahawan

yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan,

butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan

bengkel. Oleh itu, ramai penduduk disini menjalankan aktiviti perniagaan.

Selain itu, penduduk di Taman Melati terlibat di dalam bidang

perkhidmatan kerana di kawasan Taman Melati terdapat beberapa sekolah

menengah, sekolah rendah, tadika, kelas Fardhu Ain dan IPTS iaitu Kolej Tunku

8

Page 9: Geografi

Abdul Rahman. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan

dan menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat tersebut.

JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI TAMAN MELATI

0

10

20

30

40

50

60

70

Graf 1

JUMLAH KEDAI

JE

NIS

PE

RN

IAG

AA

N D

AN

P

ER

HID

MA

TA

N

Pelabgai Barangan

Pelbagai Perkhidmatan

Makanan

9

Page 10: Geografi

6.3 Masalah

Semasa saya menjalankan kajian di sekitar kawasan Taman Melati dan

mengedarkan borang kaji selidik kepada 20 orang penduduk Taman Melati, saya

dapati pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk – penduduk di sini. Antara

Masalah – Masalah tersebut ialah:-

6.3.1 Vandalisme

Masalah ini banyak berlaku di kawasan taman permainan di sekitar

kawasan Taman Melati. Dimana segala alat – alat permainan yang didirikan

dirosakkan dan tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, keadaan alat – alat

permainan tadi yang rosak boleh mendatangkan bahaya kepada kanak – kanak

yang menggunakannya.

Selain itu, kemudahan – kemudahan awam yang lain seperti pondok telefon

yang didirikan untuk panggilan kecemasan telah dirosakkan dan tidak dapat

digunakan lagi oleh para penduduk terutamanya ketika berlaku sebarang

kecemasan seperti rompakan, kecurian dan kebakaran.

6.3.2 Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi di kawasan Taman Melati berpunca daripada aktiviti –

aktiviti pembinaan kawasan penempatan contohnya bunyi yang dikeluarkan

apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-

bangunan tinggi. Bunyi bising ini boleh mengurangkan tumpuan para pelajar

terutamanya kawasan pembinaan terletak berhampiran Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Melati. Selain itu, kesan yang lain adalah seperti pekak.

1

Page 11: Geografi

6.3.3 Sampah

Penduduk di kawasan Taman Melati tidak membuang sampah di tempat

yang sepatutnya disediakan.

6.4 Langkah – langkah mengatasi

Segala masalah pasti terdapat cara untuk mengatasi. Disini, adalah

beberapa cadangan saya perolehi daripada borang kaji selidik yang diedarkan

untuk mengatasi Masalah tersebut adalah:-

a) Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang – undang bagi

mengatasi masalah vandalisme. Bagi mereka yang melakukan jenayah ini,

boleh dikenakan denda dan membayar duit untuk menggantikan alat yang

rosak itu.

b) Masyarakat di Taman Melati juga boleh bergotong – royong di

kawasan – kawasan yang bermasalah sampah. Aktiviti gotong – royong boleh

dijalankan sebulan sekali untuk memastikan kebersihan kawasan

penempatan. Pihak berwajib juga boleh memperbanyakkan tempat

membuang sampah dan bagi memudahkan masyarakat serta menjalankan

kempen kesedaran seperti menggalakkan masyarakat untuk kitar semula.

1

Page 12: Geografi

RUMUSAN

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri –

ciri bentuk muka bumi dan Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Taman

Melati. Selain itu, kajian ini membantu saya menyelidiki masalah – masalah yang

sering dihadapi oleh penduduk – penduduk Taman Melati serta mengumpul

maklumat daripada sebahagian penduduk di kawasan Taman Melati tentang

cara – cara mengatasi masalah – masalah tersebut. Hasil daripada kajian ini,

menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang serba

lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan infrastruktur

yang lengkap.

1

Page 13: Geografi

RUJUKAN

I.Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM

Terbitan: Arus Intelek Sdn. Bhd.

Tahun: Cetakan 4, 2006

II. Buku Rujukan Geografi PMR, Ulang Kaji Total Tingkatan 1,2,3

Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd.

Tahun: Cetakan 2005

III. Laman Web:

www.tutor.com.my

www.kualalumpur – hotels – classify.com

1

Page 14: Geografi

1

Page 15: Geografi

Lampiran 1: Peta Taman Melati

1

Page 16: Geografi

Lampiran 2: Peta Kuala Lumpur

1

Page 17: Geografi

Lampiran 3: Peta Daerah

1

Page 18: Geografi

Lampiran 4: Lakaran Peta

1

Page 19: Geografi

Lampiran 5: Graf – Jenis perniagaan dan perkhidmatan di Taman Melati

JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI TAMAN MELATI

0

10

20

30

40

50

60

70

Graf 1

JUMLAH KEDAI

JE

NIS

PE

RN

IAG

AA

N D

AN

P

ER

HID

MA

TA

N

Pelabgai Barangan

Pelbagai Perkhidmatan

Makanan

1

Page 20: Geografi

Lampiran 6: Borang Kaji Selidik

BORANG KAJI SELIDIK

Nama: _________________

Jenis rumah: ____________

Pekerjaan:______________

Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat

Taman Melati

Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah

Hakisan Tanah

Tanah Runtuh

Sampah Sarap

Pencemaran Bunyi

Vandalisme

Banjir

Soalan 2) Cara mengatasi:

a) ________________________

b) ________________________

2

Page 21: Geografi

BORANG KAJI SELIDIK

Nama: _________________

Jenis rumah: ____________

Pekerjaan:______________

Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat

Taman Melati

Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah

Hakisan Tanah

Tanah Runtuh

Sampah Sarap

Pencemaran Bunyi

Vandalisme

Banjir

Soalan 2) Cara mengatasi:

a) ________________________

b) ________________________

2

Page 22: Geografi

2