-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 1
MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS
TINGKATAN 2
(PUISI MODEN)
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,
KELANTAN.
ULI SAPA LET IT
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 2
PERSAHABATAN
(MOHD. AMRAN DAUD) Maksud: Seorang kanak-kanak berbaju kurung
nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang,
bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya
menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. Gambaran seorang
kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju
kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang
bermain-main keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya
menampakkan kegembiraan melalui senyum dan ketawanya. Seorang
kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak
ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan
ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain
alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan. Gambaran seorang
kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan
mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan
keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak
berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang
menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran
bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang. Seorang kanak-kanak
bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja
telatah manja si comel berdua, bermain, dan tertawa dirinya bagai
digamit bermain bersama mengongsi kemesraan menterjemah makna
kejiranan. Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang
mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung. Apabila
dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu
bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain
bersama-sama dan berkongsi kemesraan.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 3
Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa
mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghiraukan adat
dan budaya membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa
prasangka bersatu hati membentuk jati diri ke arah wawasan lebih
bererti! Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling
bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan
adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina
hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya
perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah
bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara
agar lebih bererti. Tema: Sajak ini mengemukakan tema tentang
perpaduan antara kaum masyarakat berbilang kaum perlulah
bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.
Persoalan: i. Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa
mengira kaum dan agama. ii. Persoalan keakraban dan perpaduan dapat
dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara
satu sama lain. iii. Persoalan kemesraan dalam perhubungan
contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain
bersama-sama dengan riang dang gembira. iv. Persoalan sikap
ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu
terhadap
kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama. Nada:
Sajak ini bernada patriotik Gaya Bahasa: i. Kata ganda
Kanak-kanak / Bermain-main / berkejar-kejaran.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 4
ii. Personifikasi
pipi tampak ceria bergincu (Rangkap 2, baris 3) iii. Inversi
bertindik hidung menguntum seri (Rangkap 3, baris 3) iv.
Simile
Dirinya bagai digamit bermain bersama. (Rangkap 3, baris 6) v.
Anafora
pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria.
(Rangkap 1, baris 5&6)
vi. Asonansi
melihat saja telatah manja (Rangkap 3, baris 4) (pengulangan
konsonan a)
vii. Aliterasi
menterjemah makna kejiranan (Rangkap 3, baris 8) (pengulangan
konsonan n).
Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap ii. Jumlah
baris adalah bebas.
Contohnya: Rangkap 1- ada tujuh baris, Rangkap 2 ada lapan
baris, Rangkap 3 ada lapan baris dan Rangkap 4 ada sepuluh
baris.
iii. Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata
sebaris. iv. Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku
kata sebaris. v. Rima akhir bebas Nilai Murni: i. Nilai
perpaduan
Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk
menjayakan wawasan negara. ii. Nilai keakraban dalam hubungan
persahabatan
Kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa
timbul rasa curiga.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 5
Pengajaran: i. Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan
tanpa mengira kaum atau agama. ii. Kita janganlah menyimpan
perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain. iii.
Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi
menjayakan wawasan negara.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 6
HARI GURU (SELINA S.F. LEE)
Maksud: Hari ini adalah hari kita menjunjung amanah sandaran
harapan insan berjuta yang bernama ibu dan bapa memikul misi murni
mengasuh mendidik tunas bangsa harapan nusa. Semasa sambutan Hari
Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu
bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal
menerajui negara pada masa hadapan. Hari ini adalah hari yang
menuntut kita bertafakur apakah tiang azam masih tegak kukuh apakah
perdu semangat tak tergoncang ribut ataukah langkah kita sudah
pincang tertusuk duri-duri duga? Sambutan Hari Guru merupakan hari
para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman
mereka sama ada masih lagi kukuh atau telah hilang kerana pelbagai
dugaan. Hari ini ada bunga dikalungkan ada puji dilafazkan ada jasa
dikenang ada salam dihulur tanda hormat; pada insan yang bergelar
GURU. Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan
penghargaan kerana jasa-jasa mereka.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 7
Tema: Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada
para guru melalui sambutan Hari Guru. Persoalan: i. Persoalan
peranan guru mendidik anak bangsa. ii. Persoalan melaksanakan tugas
yang diamanahkan kepada kita. iii. Persoalan kesedaran tentang
tugas dan tanggungjawab yang dipikul. iv. Persoalan tugas guru yang
sentiasa dikenang dan dihargai. Gaya Bahasa: i. Personifikasi
adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2) ii.
Metafora
apakah tiang azam (Rangkap 2, baris 4) tunas bangsa (Rangkap 1,
baris 8)
iii. Anafora
ada bunga dikalung ada puji dilafazkan ada jasa dikenangkan
(Rangkap 2, baris 2 hingga 3)
iv. Asonansi
adalah hari kita. (Rangkap 1, baris 2) (Pengulangan vokal a)
v. Aliterasi
masih tegak kukuh (Rangkap 2, baris 5) (pengulangan konsonan
k.)
Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 8
ii. Rima akhir bebas. iii. Jumlah perkataan sebaris antara dua
hingga lima patah kata. iv. Jumlah suku kata sebaris antara empat
hingga sebelas suku kata. v. Jumlah baris serangkap adalah
bebas
Contohnya : (Rangkap 1 ada sembilan baris, Rangkap 2 ada sepuluh
baris dan Rangkap 3 ada tujuh baris).
Nada: Nada sajak ini patriotik. Nilai Murni: i. Nilai amanah
Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik anak-anak
mereka. ii. Nilai tanggungjawab
Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas /
tanggungjawab mereka untuk membimbing anak bangsa.
iii. Nilai penghargaan terhadap orang yang berjasa
Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru. iv.
Nilai kesedaran
Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan mereka dalam
mendidik pelajar. Pengajaran: i. Para guru hendaklah menunaikan
amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. ii. Kita hendaklah
menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan
memberi ilmu
kepada anak bangsa kita sambutan hari guru merupakan salah satu
cara yang dilakukan bagi menghargai para pendidik.
iii. Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang
dipikul oleh mereka. iv. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang
banyak memberi ilmu kepada kita jasa para guru
hendaklah sentiasa kita kenang.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 9
BURUNG-BURUNG PAGI (A.WAHAB ALI)
Maksud: Kau telah bangun Mengirai sayapmu Entah siul keberapa
kau nyanyikan Membuka mataku Kemunculan golongan pengemis pada awal
pagi untuk mencari rezeki telah menyedarkan penyajak. Aku bangun
Masih kuap sekali di pintu Dan setompok cahaya matahari di dadaku
Kerjaku sudah memadai Pada ketika itu penyajak baru sahaja
bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja. Kulihat kau mematuk
pasir pertama Melintas kota tandus dari pepohon Apakah ada
ulat-ulat lemak bagimu Atau secebis roti busuk Dan remah anak-anak
sekolah Rezekimu Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu Penyajak
memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di
tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu
terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan daripada
orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan
ini untuk terus mendapatkan rezeki. Tapi kau yang hanya Sejemput
daging Begitu yakin dengan Sayapmu yang kecil
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 10
Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin
dengan kudrat dan kemampuan mereka walaupun serba kekurangan. Tema:
Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah
kota Golongan pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang
keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan makanan. Persoalan: i.
Persoalan kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar
pada awal pagi untuk mencari
rezeki. ii. Persoalan keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati
untuk memikirkan nasib golongan pengemis di
kota tersebut. iii. Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis
yakin dengan diri mereka untuk terus mencari rezeki
di kota tersebut. Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada empat
rangkap. ii. Rima akhir bebas. iii. Jumlah baris bebas.
Contohnya : Rangkap 1, 2 dan 4 - 4 baris, Rangkap 3 7 baris
iv. Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.
v. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku
kata. Gaya Bahasa: i. Kata ganda
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu (Rangkap 3, baris 3) ii.
Sinkope
Kulihat kau mematuk pasir pertama (Rangkap 3, baris 1)
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 11
iii. Asonansi
Dan remah anak-anak sekolah (Rangkap 3, baris 5) (Pengulangan
vokal a)
iv. Aliterasi
membuka mataku (Rangkap 1, baris 4) (Pengulangan konsonan m)
Nada: Sajak ini bernada sinis Nilai Murni: i. Nilai
keprihatinan
Prihatin dengan nasib golongan pengemis di kota. ii. Nilai
kegigihan
Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan
mereka. iii. Nilai keyakinan
Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus
hidup di kota-kota besar. Pengajaran: i. Kita hendaklah prihatin
dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain contohnya
penyajak
prihatin dengan nasib golongan pengemis. ii. Kita hendaklah
gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya golongan pengemis
keluar
awal-awal pagi untuk mencari rezeki. iii. Kita seharusnya yakin
dengan kemampuan diri contohnya golongan pengemis yakin dengan
kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari
rezeki.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 12
KETENANGAN (NOR ROSIDAH MOHD)
Maksud: Aku terus berjalan tanpa menghiraukan rintangan cabaran
yang menghalang air mataku menitis jiwaku meraba hatiku terseksa
mencari ketenangan jiwa. Penyajak berusaha untuk mencari ketenangan
dalam dirinya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan
kesusahan. Ketenangan kini kutemuimu suasana sepi menjadi riang
suasana gelap menjadi terang. Penyajak telah menemui ketenangan
yang dicari-cari sehingga kesepian yang dialami selama ini diganti
dengan kegembiraan dan sesuatu yang kabur menjadi jelas. Kini
kusedari bahawa ketenangan bukan datangnya dari kesenangan kekayaan
dan kemewahan. Kini penyajak sedar bahawa setiap ketenangan dalam
diri seseorang bukan diperoleh dengan cara mencapai kekayaan dan
kemewahan hidup. Berilmu dan beriman
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 13
di situ ia datang menjadikan jiwaku tenteram apabila aku
mendekati-Nya. Penyajak menjelaskan bahawa ketenangan sebenarnya
dapat dicapai dengan cara memantapkan ilmu dalam diri dan
menguatkan keimanan terhadap tuhan. Keadaan ini menjadikan jiwa
penyajak tenang apabila mengamalkan kedua-dua perkara tersebut.
Tema: Sajak ini mengemukakan tema tentang ketabahan hati seseorang
mencari ketenangan dalam hidup. Penyajak berusaha mencari
ketenangan dalam hidupnya sehingga beliau berjaya menemuinya.
Persoalan: i. Persoalan kegigihan bagi mendapatkan sesuatu yang
diinginkan
penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya
walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
ii. Persoalan dapat menghilangkan segala kesepian dan kedukaan
dalam hidup masalah kesepian dan kesedihan penyajak berjaya diatasi
apabila beliau menemui ketenangan hidup.
iii. Persoalan kemewahan dan kekayaan hidup tidak menjanjikan
ketenangan dalam hidup seseorang. iv. Persoalan menuntut ilmu dan
meneguhkan keimanan terhadap tuhan merupakan jalan terbaik bagi
mencapai ketenangan. Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada empat
rangkap. ii. Rima akhir adalah bebas. iii. Jumlah baris serangkap
bebas
Contoh: Rangkap 1- tujuh baris, Rangkap 2 empat baris dan
sebagainya.
iv. Jumlah perkataan dalam satu baris antara satu hingga empat
patah kata. v. Jumlah suku kata dalam satu baris antara empat
hingga sepuluh suku kata.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 14
Gaya Bahasa: i. Anafora
Suasana sepi menjadi riang Suasana gelap menjadi tenang (Rangkap
2, baris 3 dan 4)
ii. Sinkope
Kini kutemuimu (Rangkap 2, baris 2) iii. Asonansi
Kekayaan atau kemewahan (Rangkap 3, baris 5) (Pengulangan vokal
a).
iv. Aliterasi
Tanpa menghiraukan rintangan (Rangkap 1, baris 2) (Pengulangan
konsonan n)
Nada: Nada sajak ini ialah romantis. Nilai Murni: i. Nilai
kegigihan
Penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan diri. ii. Nilai
ketabahan
Penyajak tabah menghadapi segala cabaran dan kesusahan dalam
usaha mencari ketenangan dalam dirinya.
Pengajaran: i. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai kejayaan penyajak berusaha
untuk mencari ketenangan dalam hidupnya. ii. Kita hendaklah
meneguhkan keimanan kita kepada tuhan untuk mendapat ketenangan
penyajak
berjaya menemui ketenangan yang dicarinya dengan cara meneguhkan
keimanan kepada tuhan. iii. Kita hendaklah sedar bahawa kemewahan
dan kekayaan mampu memberi segala keinginan kita
ketenangan diri tidak dapat dicapai dengan kemewahan hidup. iv.
Kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu walau di mana sahaja kita
berada.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 15
SAJAK LAUT (ISMAIL SHARIF)
Maksud: Laut ini begitu biru laut ini begitu luas laut ini
begitu indah Penyajak memerihalkan tentang laut yang membiru dan
luas terbentang terlalu indah dipandang. Betapa bahagianya hati
laut ini membuatku bahagia laut ini begitu tenang begitu kaya.
Keindahan dan ketenangan laut dapat memberi kebahagian dan
ketenangan kepada penyajak. Kulihat pasir putih kulihat kerang
kurasakan ombak menyapa kaki dan kurasakan angin pantai membelai.
Penyajak menikmati keadaan dan suasana kawasan laut seperti
terdapat kulit kerang dan pasir pantai yang putih. Seorang nelayan
jauh di sana berdiri di atas perahu kecil menebarkan jala mencari
ikan untuk keluarga.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 16
Penyajak memerhatikan seorang nelayan di tengah lautan. Seorang
nelayan berdiri seorang diri di atas sebuah perahu kecil sambil
menebarkan jala untuk menangkap ikan bagi mencari rezeki menyara
keluaraga. Burung laut menari-nari di sana mengepak-ngepakkan
sayapnya begitu gembira mereka bernyanyi bagai berlumba dengan
nyanyian ombak. Kelihatan burung-burung berkicauan dan berterbangan
bebas ke sana dan ke sini diiringi dengan bunyi deruan ombak.
Setengah matahari kulihat di seberang di seberang laut biru ini
bagai malu-malu ia mengintip namun dengan setia memberi sinarnya.
Penyajak juga dapat melihat keindahan matahari terbenam di seberang
laut. Hai, laut biru Hari ini juga aku nyatakan Kau adalah
saudaraku! Penyajak menyatakan hubungannya dengan laut sangat
akrab. Tema: Sajak ini mengemukakan tema keindahan pemandangan di
kawasan laut yang dapat menenangkan jiwa seseorang. Persoalan: i.
Persoalan keindahan kawasan laut dapat menenangkan jiwa penyajak
dapat berasakan
ketenangan jiwa apabila menikmati suasana di kawasan laut. ii.
Persoalan kegigihan mencari rezeki nelayan gigih menangkap ikan
bagi menyara kehidupan
keluarganya. iii. Persoalan keindahan alam ciptaan tuhan suasana
kawasan laut menandakan betapa indahnya
alam ciptaan tuhan.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 17
Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap. ii. Rima
akhir adalah bebas. iii. Jumlah baris serangkap bebas.
Contohnya : Rangkap 1- 3 baris dan Rangkap 2 4 baris dan
sebagainya.
iv. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah
perkataan. v. Jumlah suku kata sebaris antara lima hingga empat
belas suku kata. Gaya Bahasa: i. Anafora
Laut ini begitu biru Laut ini begitu luas Laut ini begitu
indah
ii. Personifikasi
Laut ini begitu tenang / ombak menyapa kaki. iii. Sinkope
membuatku bahagia. iv. Simile
begitu gembira mereka menyanyi bagai berlumba v. Asonansi
Betapa bahagianya hati. (Pengunaaan vokal a)
vi. Aliterasi
dengan nyanyian ombak. (Pengulangan konsonan n)
Nada: Sajak ini bernada romantis. Nilai Murni:
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 18
i. Nilai kesyukuran
Bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan
ketenangan dalam hidup kita. ii. Nilai kegigihan
Kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga
Pengajaran: i. Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam
ciptaan tuhan keindahan dan ketenangan di
kawasan laut dapat memberi ketenangan. ii. Kita perlulah gigih
berusaha untuk mendapatkan rezeki nelayan berusaha gigih bagi
mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga. iii. Kita seharusnya
menghargai keindahan alam sekeliling kita.
WARKAH KEPADA GENERASI (AMIRUDDIN MD ALI HANAFIAH)
Maksud: Generasiku tercinta kalian adalah kelompok bertuah yang
sempat berteduh di langit alaf baru dengan keberanian sebagai
bangsa bermaruah di tanah merdeka milik abada kita Penyajak
menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung
kerana hidup pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang
bermaruah di negara yang merdeka. Generasiku yang bijak bestari ini
bumi suci perjuangan nenek moyang yang bersumpah setia
memartabatkan bangsa mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami Penyajak mengingatkan
generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka
sekarang merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang
berusaha mendapatkan kemerdekaan negara. Penutup warkah ini ingin
kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah tercabut dari bumi bertuah
ini. Penyajak mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan
sejarah negara.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 19
Tema: Sajak ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada
golongan muda/generasi sekarang tentang sejarah kemerdekaan negara.
Persoalan: i. Persoalan generasi muda yang bertuah kerana dapat
hidup di sebuah negara yang merdeka. ii. Persoalan kemerdekaan
negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang
kita. iii. Persoalan kepentingan sejarah kemerdekaan negara.
Gaya Bahasa: i. Metafora
tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5) istana merdeka (Rangkap 2,
baris 5) akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)
ii. Sinkope
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris
2) iii. Asonansi
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4)
(pengulangan vokal a)
iv. Aliterasi
tercabut dari bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3)
(pengulangan konosonan t.)
Nada: Sajak ini bernada patriotik. Bentuk: i. Sajak ini terdiri
daripada tiga rangkap. ii. Rima akhir bebas.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 20
iii. Jumlah baris serangkap bebas
Contohnya : Rangkap 1-5 baris, Rangkap 2 5 baris dan Rangkap 3 3
baris).
iv. Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh
patah kata. v. Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga
enam belas suku kata. Nilai Murni: i. Nilai kesyukuran
Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat
kemerdekaan negara. ii. Nilai pengorbanan
Nenek moyang kita sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan
negara daripada penjajah.
iii. Nilai cinta akan negara
Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang
agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memajukan negara.
Pengajaran: i. Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan
negara agar kita tidak lupa untuk
mempertahankannya. ii. Kita perlulah sanggup berjuang dan
berkorban demi kemerdekaan negara. iii. Kita seharusnya sedar
betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita tidak
lagi
dijajah pada kemudian hari. iv. Kita janganlah lalai dengan
nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini kerana
kelalaian
tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 21