-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 1
MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS
TINGKATAN 2
(PROSA TRADISIONAL)
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,
KELANTAN.
ULI SAPA LET IT
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 2
HIKAYAT RAJA MUDA
(PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA) Sinopsis: Cerita bermula dengan
suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek
Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan
dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan
untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri
di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara
besar-besaran dan penuh adat istiadat. Perkahwinan itu dihidu oleh
Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke
kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap
tindakan Sultan Muda untuk bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan
sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri
melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca
Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari
Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan.
Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup
memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan
sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa
Tuhan,kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah
ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah kejadian itu,
mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa
tahun. Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari
bersamaan dengan hari Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun
sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan
Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan
kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat
melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir
dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan.
Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala
Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu
diadakan. Sultan Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat
sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi
untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat
sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat
bermain. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya
tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan
seluruh istana tetapi keadaan menjadi reda setelah Tuan Puteri
Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang sifat
semula jadi anak tersebut. Pada hari yang telah ditetapkan Sultan
Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi. Semua
persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri Kuntum Ratna
Suri dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai pancalogam
di tengahtengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh
upacara. Turut diadakan adalah adat turun tanah iaitu memijakkan
kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta
perak. Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan
pelbagai jenis permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda
membawa isterinya bermain-main di atas pasir yang berkilat dan
kemudiannya menyaksikan permainan Doh Besar, Lang-lang Aji Buntut
dan cekur-cekur Puyuh. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama
bermain permainan Doh Besan kerana terlalu seronok. Suasana sungguh
meriah sehinggalah larut malam dan semua permainan dihentikan.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 3
Keesokannya, kenduri diadakan dengan menyembelih kerbau, bacaan
doa selamat dan doa tolak bala. Sultan muda bersama-sama
pengiringnya berangkat kembali ke kota keesokannya. Tema: Cerita
ini mengetengahkan tema tentang suka-duka pengalaman hidup Raja
Muda atau Sultan Muda. Baginda mengharungi pelbagai peristiwa
seperti ditinggalkan isteri, bernikah lain dan meraikan kelahiran
puterinya. Persoalan: i. Persoalan Kasih sayang dalam sesebuah
keluarga.
Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu
mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik
Jintan.
ii. Persoalan Pernikahan yang tidak direlakan. Pernikahan Sultan
Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sebenarnya tidak
direlakan oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba.
iii. Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang
lain.
Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan
kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri
Kuntum Ratna Suri selepas peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
iv. Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain.
Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan
kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri
Kuntum Ratna Suri selepas peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
v. Persoalan kegembiraan menyambut kelahiran seorang bayi. vi.
Persoalan Temasya untuk meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam
sesebuah
keluarga.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 4
Watak dan Perwatakan: Watak Utama Raja Muda (Sultan Muda Gempita
Sakti) - Berkahwin dua - Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba
dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri - Ayahanda kepada Puteri Renik
Jintan - Baginda seorang yang penyayang.
Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan segala
macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik
Mendam Berahi.
- Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah
mengadakan kenduri dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya.
- Baginda seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai
contoh baginda telah mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.
Watak Sampingan Tuan Puteri Bidadari Segerba - Berasal dari
kayangan. - Anak kepada Maharaja Indera Dewa. - Merupakan isteri
kepada Raja Muda.Seorang yang berbudi bahasa. Sebagai contoh, dia
pergi
menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan
bersalam-salaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang.
- Beliau juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa
suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di kayangan.
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri - Anakanda kepada Sultan Sedar
Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang. - Baginda dinikahkan dengan
Sultan Muda. - Isteri kedua Sultan Muda - Seorang yang berfikiran
tebuka apabila sanggup mencemar duli untuk turun bermain
bersama-
sama dalam permainan Doh Besar. - Seorang yang mengamalkan sikap
muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari dalam
perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya.
Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan - Anak perempuan
kepada pasangan Sultan Muda dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
Sewaktu
berada dalam kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba berusia enam
purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam kandungan perut
ibunya, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
- Tuan Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga dan
istana. - Namanya itu diberikan oleh nendanya.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 5
Gaya Bahasa: i. Kata ganda
Bersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium
ii. Personifikasi Serai beranak di atas dapur.
iii. Bahasa istana Bersemayam, bersantap
iv. Inversi Tidak sedap rasa hati Sudah kakanda berperi
v. Simile Betapa padannya puteri itu bersanding dengan Sultan
Muda laksana Sargandi dengan Sang Rajuna seorang puteri yang sangat
elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas
vi. Bahasa klasik Gahara, leta
vii. Bahasa Arab Mengkamatkan, kiblat
Latar: Latar Masa i. Pada waktu malam
Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam
Berahi.
ii. Pada hari Selasa waktu tengah hari. Pada waktu ini Tuan
Puteri Renik Jintan dilahirkan.
iii. Pada waktu pagi.
Pada waktu ini, berlaku kekecohan di rumah Nenek Kebayan kerana
Raja Muda menghilangkan diri.
Latar Tempat i. Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki.
Di sinilah dilangsungkan majlis penikahan Sultan Muda dengan
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 6
ii. Di kayangan. Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari
Segerba.
iii. Di rumah Nenek Kebayan.
Raja Muda tinggal di sini sebelum menghilangkan diri untuk pergi
bernikah. iv. Tasik Mendam Berahi.
Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang
merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru lahir.
v. Padang Biram Kemala.
Di tengah-tengah padang ini dibina sebuah khemah tempat beradu
Raja Muda. Padang ini juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain
Doh Besan, anak-anak pembesar bermain Lang-lang Aji Buntut.
Latar Masyarakat i. Latar masyarakat zaman feudal
Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah
raja. Buktinya ,Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan untuk
mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram Kemala.
ii. Latar masyarakat yang mementingkan adat dan upacara.
Raja Muda menjalankan upacara memijak tanah untuk puterinya.
iii. Latar masyarakat yang berbudi bahasa iv. Latar masyarakat yang
amanah kepada tugas
Perdana Menteri menjalankan tugasnya membina pancalogam 12
tingkat dan khemah tempat bersiram dan tempat permainan Puteri
Renik Jintan.
v. Latar masyarakat yang ahlinya sanggup berkorban demi
kebahagiaan orang lain
Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup menerima kandungan Tuan
Puteri Bidadari Segerba vi. Latar masyarakat yang mengamalkan
unsur-unsur Islam
Raja Muda yang mengadakan majlis kesyukuran demi menyambut
kelahiran puteri baginda. Nilai Murni i. Nilai kasih sayang
Contoh:
Raja Muda yang begitu kasihkan puterinya hingga sanggup membina
pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat
permainan puterinya itu.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 7
ii. Nilai reda kepada takdir Contoh:
Tuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua
Raja Muda kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari
iii. Nilai saling menghormati Contoh:
Kedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan
masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun.
Pengajaran: i. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah
agar tidak menimbulkan masalah pada masa
akan datang. ii. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan
kepada orang yang sedang sakit atau dalam
kesusahan. iii. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan
kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau
menyakiti hati orang lain. iv. Kita hendaklah menyambut
kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan
kesyukuran. v. Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya
sekiranya hendak berkahwin lagi supaya
tidak berlaku salah faham.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 8
HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN (DISELENGGARAKAN OLEH ROGAYAH
A.HAMID)
Sinopsis: Mengisahkan salasilah keluarga raja-raja Kalimantan.
Kisah bermula dengan Sang Raja Majapahit mempunyai anak bernama
Brawijaya. Brawijaya apabila dewasa menjadi raja di negeri
Sukudana. Daripada keturunannya lahirlah Raja Baporang yang telah
melahirkan Pangeran Karang Tanjung. Pangeran Karang Tanjung pula
mempunyai seorang anak bernama Panembahan Bendala. Panembahan
Bendala beranakkan Panembahan Sukudana. Cerita diakhiri dengan
kisah Pangeran Agung yang mempunyai ramai anak iaitu Ratu
Melayu,Utin Radi, Pangeran Marta, Raden Segara, Gusti Aris,Pangeran
Surya dan Tiak Rai, ibu kepada Raden Ambong. Tema: Cerita ini
bertemakan salasilah keturunan Raja-raja Kalimantan Persoalan: i.
Persoalan tentang kepentingan mengetahui asal-usul kekeluargaan.
ii. Persoalan perlunya mengenali jati diri sesebuah keluarga. Watak
dan Perwatakan: Watak Utama Upu Daeng Menambun - Keturunan Sang
Raja Majapahit - Raja Bugis - Berkahwin dengan anak Sultan Muhammad
Zainuddin, Puteri Kesumba - Memiliki 10 orang anak, lima lelaki dan
lima perempuan. - Ayahanda kepada:
- Utin Damawan - Gusti Jamiral bergelar Panembahan Adi Jaya
Kesuma - Gusti Jamadin bergelar di Sambas Pangeran Chakra - Utin
Chandera Sari bergelar Ratu di Sempang - Gusti Jalazri bergelar
Pangeran Mangku di Mampawah - Ratu Surya Kusuma - Gusti Jalma
bergelar Gusti Panglima - Utin Chandramidi - Gusti Sina bergelar
Pangeran Jaya Putera - Utin Tawang bergelar Utin Busu
- Bapa mertua kepada raja Landak, Raja Bagus. (suami Utin
Damawan) - Bapa mertua kepada Sultan Sharif Abdul Rahman (suami
Utin Chandramidi) - Bermenantukan Pangeran Ghafura, sepupu sultan
Berunai (suami Utin Tawang)
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 9
Watak Sampingan Sang Raja Majapahit - Mengetuai salasilah
keturunan Brawijaya hinggalah Pangeran Agung Martadipura -
Merupakan pemula keturunan Raja-raja Kalmantan Brawijaya -
Keturunan pertama kepada Sang Raja Majapahit - Menjadi raja di
Benua Lama, negeri Sukudana. - Beranakkan Raja Baporang Raja
Baporang - Beranakkan Pangeran Karang Tanjung Pangeran Karang
Tanjung - Beranakkan Panembahan Bendala Panembahan Bendala -
Beranakkan Panembahan Sukudana Panembahan Sukudana - Beranakkan
Panembahan Air Mala Panembahan Air Mala - Beranakkan Panembahan di
Baroh Panembahan di Baroh - Beranakkan Panembahan Giri Kesuma
Panembahan Giri Kesukma - Beranakkan Sultan Muhammad Saifudin -
Bersaudarakan Ratu Surya Kesuma Latar Tempat Negeri Pontianak -
Tempat pemerintahan menantu Upu Daeng Menambun yang bernama Sultan
Sharif Abdul
Rahman, suami kepada Utin Chandaramidi. Negeri Sambas - Tempat
pemerintahan Sultan Muhammad Saiffuddin Negeri Mempawah - Tempat
asal isteri Sultan Muhammad Zainuddin yang bernama Emas
Inderawati
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 10
Sukudana - Tempat Brawijaya menjadi raja dan meluaskan salasilah
keturunan Sang Raja Majapahit. Latar Masyarakat Masyarakat
keturunan bangsawan - Salah silah keluarga Sang Raja Majapahit yang
berketurunan bangsawan di Jawa dan Brunei. Masyarakat yang
mementingkan darah keturunan - Keturunan Sang Raja Majapahit
mengekalkan darah keturunan melalui perkahwinan dengan
golongan diraja. Gaya Bahasa: i. Bahasa Arab
Fatihah, Quran
ii. Kata ganda laki-laki, mula-mula, pertama-tama
iii. Bahasa istana
dititahkan, baginda Nilai Murni: i. Nilai jati diri Contoh:
Keturunan Sang Raja Majapahit yang mementingkan jati diri dengan
memastikan salah silah keturunannya kekal melalui perkahwinan.
ii. Nilai pemeliharaan salasilah keluarga. Pengajaran: i. Kita
hendaklah berbangga dengan susur galur keluarga sendiri. ii. Kita
perlulah membina keturunan keluarga yang dirahmati Allah. iii. Kita
mestilah memelihara salasilah keluarga.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 11
HIKAYAT INDERAPUTERA (DISENGGARA OLEH ALI HAJI AHMAD)
Sinopsis: Cerita ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan
Inderaputera yang dikatakan gagah perkasa kerana dia pernah
berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya membunuh gergasi
bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja Talela
Syah. Ayahanda Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya
bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah Inderaputera
dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana untuk
menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera
akan memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan
binatang kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk. Apabila
besar, Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada
seorang mualim bernama Bersapian. Pada suatu ketika Raja Bikrama
Buspa menerima kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri
daripada tukang emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat. Si
tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup
dan ikan itu boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila
diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat gambar merak
daripada emas. Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam
dulang emas dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan
boleh berpantun serta berseloka. Inderaputera yang masih
kanak-kanak tertarik dengan merak emas itu lalu turun daripada riba
ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka merak itu menyambar
Inderaputera lalu menerbangkannya. Ayahanda dan bondanya sangat
berduka cita. Inderaputera yang diterbangkan telah dijatuhkan oleh
merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan. Nenek
Kebayan yang pulang daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera
di dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan kisahnya kepada Nenek
Kebayan. Nenek Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera
seperti cucunya sendiri dengan penuh kasih sayang. Sepanjang itu,
rezeki nenek kebayan bertambah murah. Suatu hari, Nenek Kebayan
membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri. Perdana
Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang begitu elok
sekali. Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek Kebayan untuk
menjadikan Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang.
Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya
Inderaputera membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana
Menteri.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 12
Tema: Cerita ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan
yang dimiliki oleh seseorang. Dalam hal ini, keistimewaan itu
dimiliki oleh Inderaputra. Persoalan: i. Persoalan kasih sayang ibu
bapa terhadap anak-anak. Contoh:
Raja Bikrama Puspa tidak mahu berenggang dengan Inderaputera dan
berasa dukacita setelah Inderaputera dilarikan merak emas.
ii. Persoalan keutamaan menurut arahan. Contoh:
Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram Puspa mengikut arahan
membayar ufti kepada baginda .
iii. Persoalan kelebihan yang diperoleh apabila memelihara anak
yatim. Contoh:
Bunga-bunga di kebun Nenek Kebayan kembang mekar dan hasil
jualannya meningkat setelah Nenek Kebayan memelihara Inderaputera
sebagai cucu angkat.
Watak Utama: Inderaputera - Berwajah menarik. - Ayahandanya
bernama Maharaja Bikrama Buspa - Bondanya bernama Puteri Jamjam
Ratna Dewi. - Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh
membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh
oleh orang lain. - Pandai membaca al quran . - Seorang yang
merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah Perdana
Menteri
makan. Watak Sampingan Nenek Kebayan - Penyayang contohnya nenek
Kebayan.sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat. -
Seorang yang perihatin terhadap kesusahan orang lain. Perdana
Menteri - Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain. -
Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah
siang sahaja.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 13
Latar Latar Masa - 14 haribulan.
Hari lnderaputera dilahirkan. - Tujuh tahun.
Tempoh Inderaputera dibesarkan sehinggalah dia dilarikan oleh
burung merak emas. Latar Tempat - Negeri Semanta Puri.
Negeri ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama
Buspa. - Di dalam istana Raja Bikrama Buspa.
Di sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung
merak emas. - Di dalam kebun Nenek Kebayan.
Di tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas
yang telah menyambarnya. - Di rumah Perdana Menteri.
Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera makan. Latar
Masyarakat - Latar masyarakat yang perihatin terhadap orang
lain.
Nenek Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat
setelah dia dijatuhkan oleh burung merak emas.
- Latar masyarakat yang mudah lupa akan kesukaran yang pernah
berlaku. - Latar masyarakat yang sayangkan kanak-kanak. - Latar
masyarakatnya juga memiliki kesaktian dan keistimewaan yang luar
biasa.
Inderaputera yang memiliki kesaktian yang boleh mengalahkan
gergasi bernama Mamdu yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Talelah
Syah.
Gaya Bahasa: i. Kata ganda
Tiap-tiap, laki-laki, kaya-kaya, hina-dina, gilang-gemilang ii.
Inversi
Tuan puteri pun beranaklah seorang lelaki terlalu sekali elok
paras rupanya
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 14
iii. Simile
Terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baharu terbit
gilang-gemilang iv. Bahasa istana
Baginda, santap, semayam v. Bahasa Arab
Al-Quran Nilai Murni: i. Nilai kebijaksanaan. Contoh:
Inderaputera yang berjaya menewaskan gergasi bernama Mamdu
dengan menggunakan kebijaksanaan.
ii. Nilai kasih sayang. Contoh:
Hal ini ditunjukkan oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu
sayangkan anakandanya Inderaputera.
iii. Nilai pemurah. Contoh:
Maharaja Bikrama Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada
setiap ahli nujum yang datang menilik nasib anaknya.
iv. Nilai berbudi bahasa. Contoh:
Inderaputera sungguh berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang
menjumpainya dan membelanya.
v. Nilai kejujuran Contoh:
Inderaputera berlaku jujur dengan menerangkan asal usulnya dan
bagaimana dia boleh berada dalam kebun Nenek Kebayan.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 15
Pengajaran: i. Kita hendaklah selalu berhati-hati dan berwaspada
terhadap ancaman yang tidak dijangka-jangka.
Jika tidak berwaspada ada kemungkinan perkara buruk akan
berlaku. Contoh:
Sikap Maharaja Bikrama Buspa yang lalai terhadap burung merak
emas telah mengakibatkan anakandanya dilarikan oleh burung
berkenaan.
ii. Kita hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak.
Contoh, Maharaja Bikrama Buspa mencarikan seorang guru agama untuk
anakandanya belajar mengaji selama tujuh tahun.
iii. Kita mestilah menghargai jasa orang kepada kita.
Contoh:
Maharaja Bikrama Buspa menghargai jasa para nujum dengan
mengurniakan persalinan setelah menilik nasib Inderaputera.
iv. Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri ketika berada di
tempat orang. Contoh:
Sikap ini ditunjukkan oleh Inderaputera yang merendahkan diri
ketika berhadapan Perdana Menteri. Dia tidak makan selagi Perdana
Menteri tidak selesai makan
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 16
HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (DIUBAHSUAIKAN OLEH HIZAIRI
OTHMAN)
Sinopsis: Kapal milik Raja Anggun Cik Tunggal bernama Dendang
Panjang sedang berlabuh. Tiba-tiba sebuah lancang kuning berlabuh
betul-betul di hadapannya. Bujang Selamat bertanya kepada pemilik
lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang
berada dalam lancang kuning dengan beraninya menerangkan hajat
nakhodanya. Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan
kelancangan Si Kembang Cina telah mengisytiharkan perang terhadap
kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda Ragam. Berlakulah
tembak menembak di antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda
Ragam (Tuan Puteri). Dalam insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris
terkorban akibat tembakan Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung
tidak usul periksa. Dalam keadaan yang terdesak itu, Tuan Puteri
menyalin pakaiannya dan menunjukkan identitinya yang sebenar iaitu
Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitu tunangan Raja Anggun Cik Tunggal.
Hal ini menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal tekejut dan malu lalu
lari ke biliknya sambil berselubung. Tunangannya, Tuan Puteri
Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atas tindakan Raja
Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya
telah dilupakan Raja Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk
yang akhirnya melembutkan hati Tuan Puteri. Tuan Puteri kemudiannya
meminta kebenaran untuk belayar pulang. Setelah tiga hari tiga
malam, kapal Seludang Mayang berlabuh di pelabuhan negeri Tiku
Benua lalu disambut dengan bedilan meriam. Sesampai di istana, Tuan
Puteri menyembah salam dan menyampaikan perkhabaran kepada
ayahandanya,Raja Laksamana tentang pertemuannya dengan Raja Anggun
Cik Tunggal. Sikap terburu-buru dan tidak usul periksa yang membawa
salah faham. Dalam hal ini, Raja Anggun Cik Tunggal berperang
dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah kerana tidak tahu
kapal lancing kuning itu milik tunangnya. Tema: Sikap terburu-buru
dan tidak usul periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini,
Raja Anggun Cik Tunggal berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri
Gondan Ganariah kerana tidak tahu kapal lancing kuning itu milik
tunangnya. Persoalan: 1. Persoalan perasaan kasih sayang sesama
manusia. Contoh:
Tuan Puteri yang sanggup belayar untuk bertemu dengan
tunangannya, Raja Anggun Cik Tunggal. 2. Persoalan keberanian
menegakkan keadilan. Contoh:
Tuan Puteri yang membalas serangan Raja Anggun Cik Tunggal.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 17
3. Persoalan keperluan memujuk setelah melakukan kesilapan dalam
sesuatu tindakan. Contoh:
Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Ganariah
setelah menyedari kesilapannya yang menyerang lancang kuning milik
tunangannya.
Watak Utama Raja Anggun Cik Tunggal - Terburu-buru dalam
tindakan kerana menyerang kapal Nakhoda Ragam tanpa soal siasat
yang
mendalam. - Pandai memujuk orang lain. Baginda memujuk
tunangnya,Tuan Puteri Gondan Gandariah yang
jauh hati akibat insiden membedil yang hampir meragut nyawa. -
Begitu sayang akan Tuan Puteri Gondan Ganariah. - Tunangan kepada
Tuan Puteri Gondan Ganariah. Watak Sampingan Tuan Puteri Gondan
Gandariah - Nakhoda lancang kuning yang dibedil. - Menggunakan
beberapa nama lain seperti Tuan Puteri Nakhoda Ragam. - Berani
kerana sanggup bertembak-tembakan dengan Raja Anggun Cik Tunggal
dan hampir
terkorban. - Puteri kepada Raja Laksamana - Baginda merupakan
tunangan kepada Raja Anggun Cik Tunggal. - Bijak menggunakan
senjata walaupun seorang wanita, buktinya dia melepaskan tembakan
yang
hampir mengenai Raja Anggun Cik Tunggal. - Seorang yang mudah
jauh hati atau merajuk. - Bersifat lembut hati dan mudah dipujuk
walaupun telah melalui insiden yang berbahaya. Raja Laksamana -
Ayahanda kepada Tuan Puteri Gondan Gandariah. - Pemerintah negeri
Tiku Benua. Si Kembang Cina - Orang suruhan dalam kapal Seludang
Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. - Yakin, buktinya
menjawab tujuan lancang kuning milik nakhodanya dengan berani
kepada Bujang
Selamat. Latar Latar Masa - Tiga hari tiga malam.
Tempoh masa ini diambil oleh Seludang Mayang untuk belayar balik
ke negeri Tiku Benua.
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 18
Latar Masyarakat - Latar masyarakatnya mementingkan budi
bahasa.
Sebagai contoh, Bujang Selamat bertanyakan pemilik lancang
kuning mengapa berlabuh secara bertentangan dengan kapal Dendang
Panjang.
- Latar masyarakat yang memiliki keberanian.
Si Kembang Cina berani menjawab panggilan Bujang Selamat
walaupun dia seorang wanita. - Latar masyarakatnya yang terlalu
mudah dicabar.
Raja Anggun Cik Tunggal mudah tercabar apabila Si Kembang Cina
sambil bercekak pinggang berani menjawab pertanyaan Bujang
Selamat.
- Latar masyarakatnya yang pandai memujuk.
Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah
yang jauh hati selepas kejadian tembak-menembak. Baginda berupaya
meyakinkan Tuan Puteri Agar tidak meragukan kasih sayangnya.
- Latar masyarakatnya yang kurang usul periksa.
Hal ini ditunjukkan oleh sikap Raja Anggun Cik Tunggal yang
terus saja menyerang Seludang Mayang dengan tidak usul periksa
apakah niat dan tujuannya berlabuh di hadapan Dendang Panjang
miliknya.
- Latar masyarakat yang tidak mahu beralah.
Hal ini berlaku kepada Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung
tidak mahu beralah dalam peristiwa tembak-menembak walaupun dengan
tunangannya sendiri.
Gaya Bahasa i. Bahasa istana
Patik, murka, peraduannya, beta ii. Simile
Bagai ikan di luar belat iii. Peribahasa
Rendah diri iv. Bahasa Arab
Allah, Insya-Allah v. Kata ganda
Panji-panji, berbalas-balas
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional 19
vi. Inversi Gembiranya hati Tuan Puteri
Nilai Murni: i. Nilai kasih sayang
Sebagai contoh Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri
Gondan Gandariah kerana baginda sayangkan tunangnya itu walaupun
berlaku salah faham dan tembakmenembak sebelum itu.
ii. Nilai kepatuhan
Bujang Selamat patuh pada arahan Raja Anggun Cik Tunggal supaya
memeriksa kapal yang berlabuh di hadapan kapal mereka.
iii. Nilai berani
Hal ini ditunjukkan oleh Si Kembang Cina yang sambil bercekak
pinggang membalas pertanyaan Bujang Selamat yang dianggapnya
mencabar.
iv. Nilai ketabahan
Contoh, Tuan Puteri Gondan Gandariah tetap tabah berhadapan
dengan Raja Anggun Cik Tunggal walaupun nyaris terkorban.
Pengajaran: i. Kita hendaklah memeriksa sesuatu perkara dengan
teliti sebelum mengambil tindakan. ii. Kita hendaklah banyak
bersabar. iii. Kita mestilah patuh kepada perintah ketua. iv. Kita
perlulah meningkatkan budi bahasa dalam komunikasi supaya tidak
menimbulkan salah
faham. v. Kita hendaklah menyedari kesilapan dengan memohon
maaf.