GARIS PANDUAN UNTUK ANGGOTA FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT
FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL
(perlu dibaca bersama Garis Panduan Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Untuk Anggota Farmasi, KKM)
EDISI KEDUA
NOVEMBER 2012
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti
46350 Petaling Jaya
Tel : +603-7841 3200
Fax : +603-7968 2222
WEBSITE: www.pharmacy.gov.my
ISBN 978-967-5570-36-0Percetakan garis panduan ini disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization). Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak menjamin bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku garis panduan ini adalah lengkap dan betul dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang ditanggung akibat penggunaan buku garis panduan ini.
KATA-KATA ALUAN
Sukacita saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan buku Garis Panduan untuk Anggota Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Berurusan dengan Wakil Syarikat Farmaseutikal dan Pembekal, Edisi Kedua.
Edisi ini telah diperincikan dan ianya boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi setiap anggota farmasi untuk berurusan dengan wakil syarikat farmaseutikal dan pembekal.
Saya berharap objektif garis panduan ini akan dapat dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya oleh semua anggota farmasi.
DATO’ EISAH BINTI A. RAHMANPengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
PENGHARGAAN
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM 4
PENGHARGAAN
1. Dato’ Eisah Binti A. Rahman Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
- Pengerusi Jawatankuasa Induk GGM
2. Dr. Salmah binti Bahri Pengarah Amalan dan Perkembangan Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
- Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana GGM
3. Cik Mariam Bintarty binti Rushdi Timbalan Pengarah Perkembangan Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
- Setiausaha Jawatankuasa Induk GGM
4. Pn. Fuziah binti Abdul Rashid Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Perkembangan Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
- Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana GGM
5. Tuan Shaik Nurudin bin Shaik Shahrudin Ketua Pegawai Farmasi Hospital Tengku Ampuan Afzan
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyediaan Garis Panduan GGM
6. Pn. Rosnaini binti Kamarudin Timbalan Pengarah Kesihatan Wilayah (Farmasi) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
- Ahli Jawatankuasa Kerja Penyediaan Garis Panduan GGM
7. Pn. Rosminah binti Mohd Din Ketua Pegawai Farmasi Hospital Selayang
- Ahli Jawatankuasa Kerja Penyediaan Garis Panduan GGM
8. Tuan Hj. Mohd Zamri bin Baharudin Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
- Ahli Jawatankuasa Kerja Penyediaan Garis Panduan GGM
9. Pn. Faridah Hanin bt. Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
- Ahli Jawatankuasa Kerja Penyediaan Garis Panduan GGM
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM 5
10. En. Ali bin Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor
- Ahli Jawatankuasa Kerja Penyediaan Garis Panduan GGM
11. Pn. Salwati bt. Abd. Kadir Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Lembaga Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
- Ahli Jawatankuasa Kerja Penyediaan Garis Panduan GGM
12. Pn. Nor Anizah bt. Osman Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
- Ahli Jawatankuasa Kerja Penyediaan Garis Panduan GGM
13. Pn. Wan Norashikin bt. Wan Abdul Kadir Ketua Pegawai Farmasi Hospital Teluk Intan
- Ahli Jawatankuasa Kerja Penyediaan Garis Panduan GGM
14. Cik Leona Tan Sze Ping Penolong Pengarah Kanan Unit Tadbir Urus Ubat-Ubatan Terbaik (GGM) Bahagian Perkhidmatan Farmasi
- Urusetia
15. En. Shamin bin Saffian Penolong Pengarah Unit Penilaian Kualiti Bahagian Perkhidmatan Farmasi
- Urusetia
16. Ahli-ahli Jawatankuasa Induk GGM Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
17. Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana GGM Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
KANDUNGAN MUKA SURAT
A. LATAR BELAKANG 1
B. OBJEKTIF 1
C. DEFINISI 2
D. PELAKSANAAN 2
E. ETIKA BERURUSAN 3
F. PENUTUP 5
G. RUJUKAN 5
F. LAMPIRAN
I. LAMPIRAN A
Buku Daftar Urusan Wakil Syarikat 9
1
8 | P a g e
GARIS PANDUAN UNTUK ANGGOTA FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT
FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL
A. LATAR BELAKANG
Semasa menjalankan tugas harian, anggota farmasi di semua
peringkat sering berurusan dengan pelbagai pihak termasuk
wakil syarikat dan pembekal. Antara aktiviti yang terlibat
adalah perolehan, penyebaran maklumat produk, promosi
produk, kajian klinikal, sesi pembelajaran berterusan
(Continuous Pharmacy Education, CPE), tajaan latihan/
kursus/ perjalanan, pengendalian mesyuarat/seminar/bengkel
serta anjuran pameran dan sukan.
Keadaan ini boleh menimbulkan syak wasangka dan
penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi, sehingga
boleh menjejaskan integriti anggota farmasi dan imej jabatan
farmasi. Bagi mengelakkan keadaan ini, peranan dan
tanggungjawab semua pihak yang terlibat perlulah jelas.
B. OBJEKTIF
a) Memberi panduan kepada anggota farmasi apabila
berurusan dengan wakil syarikat farmaseutikal dan
pembekal.
b) Meningkatkan etika dan integriti anggota farmasi semasa
berurusan dengan wakil syarikat farmaseutikal dan
pembekal.
c) Memastikan urusan di antara anggota farmasi dengan wakil
syarikat farmaseutikal dan pembekal dikendalikan secara
telus dan professional.
2
9 | P a g e
C. DEFINISI
a) Wakil syarikat farmaseutikal
Personel dari syarikat yang membekalkan ubat-ubatan dan
peralatan perubatan yang berurusan dengan anggota
farmasi.
b) Wakil syarikat pembekal
Personel dari syarikat yang membekalkan peralatan bukan
perubatan, seperti alat tulis, peralatan ICT dan lain-lain
yang berurusan dengan anggota farmasi.
c) Ketua jabatan
Seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu
kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit dan
termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan
Professional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara
bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi
kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit untuk
bertindak bagi pihaknya.
D. PELAKSANAAN
a) Anggota farmasi yang dibenarkan berurusan:
(i) Ketua jabatan.
(ii) Anggota farmasi yang berkaitan dengan tugas
rasminya.
(iii) Anggota farmasi lain yang diberi kebenaran
daripada ketua jabatan.
3
10 | P a g e
b) Wakil syarikat yang dibenarkan berurusan
(i) Mendapat kebenaran daripada ketua jabatan
(ii) Mempunyai identifikasi diri ketika berurusan.
c) Tujuan berurusan
(i) Menyampaikan maklumat/informasi berkaitan
produk dan perkhidmatan farmaseutikal/bukan
farmaseutikal. Anggota farmasi digalakkan
meminta wakil syarikat mengemukakan bahan-
bahan perihal produk yang lengkap seperti kajian
klinikal, Bioavailability / Bioequivalent (BA/ BE) dan
sebagainya sekurang-kurangnya seminggu
sebelum tarikh temujanji, jika perlu.
(ii) Menyampaikan maklumat berkaitan kajian-kajian
yang dijalankan ke atas produk farmaseutikal
seperti Bioavailability / Bioequivalent Studies,
Evidence Based Medicine, Clinical Trial, Adverse
Drug Reaction Report, Periodically Safety Update
Report dan Cost Effective Research.
(iii) Menjalankan aktiviti Continuous Pharmacy
Education (CPE)
a) Wakil syarikat perlu mendaftar dengan unit yang
mengendalikan latihan untuk mendapatkan
jadual sesi CPE.
b) Pemberitahuan sesi CPE perlu dilakukan oleh
unit yang mengendalikan latihan.
c) Kandungan CPE mestilah berbentuk
pembelajaran dan tidak menjurus ke arah
produk syarikat sahaja.
4
11 | P a g e
d) Sesi CPE mesti memberi peluang untuk
perbincangan terbuka di mana semua ahli dapat
mengutarakan pandangan yang berkaitan.
e) Penglibatan hendaklah terbuka kepada semua
pihak yang berkaitan.
d) Jadual dan masa berurusan
(i) Masa berurusan hanya pada hari dan waktu yang
telah ditetapkan.
(ii) Semua urusan hendaklah melalui temujanji dan
mengikut tempoh yang bersesuaian agar tidak
menjejaskan perkhidmatan.
(iii) Semua temujanji perlu direkodkan dalam Buku
Daftar Urusan Wakil Syarikat (Lampiran A)
e) Kawasan / Ruang berurusan
(i) Hanya kawasan / ruang pejabat yang telah
ditetapkan. Wakil syarikat tidak dibenarkan
memasuki kawasan selain yang ditetapkan tanpa
kebenaran.
E. ETIKA BERURUSAN
a) Anggota farmasi perlu memaklumkan kepada ketua jabatan
jika terdapat Conflict of Interest (COI) semasa berurusan
dengan wakil syarikat.
b) Menjaga kerahsiaan maklumat kerajaan.
5
12 | P a g e
c) Perkara-perkara yang dilarang ketika berurusan dengan
wakil syarikat farmaseutikal dan pembekal.
(i) Menerima sampel-sampel tanpa kelulusan
Jawatankuasa Ubat dan Terapeutik di peringkat
yang berkaitan.
(ii) Menerima pelawaan serta jemputan makan dan
minum secara peribadi (Sila rujuk Garis Panduan
Pemberian dan Penerimaan Hadiah Untuk Anggota
Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia).
(iii) Menerima apa-apa bentuk cenderahati dan
penajaan kecuali yang dibenarkan di dalam garis
panduan penerimaan hadiah (Sila rujuk Garis
Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah
Untuk Anggota Farmasi, Kementerian Kesihatan
Malaysia).
(iv) Memberitahu mengenai maklumat berkaitan
transaksi, data pembelian, harga, penggunaan dan
status paras stok/produk.
(v) Memberitahu kedudukan peruntukan perolehan.
(vi) Memberitahu keputusan mesyuarat jawatankuasa
ubat dan terapeutik, jawatankuasa sebut harga dan
tender.
(vii) Berurusan rasmi di premis luar dalam keadaan
yang boleh menimbulkan syak wasangka dan
menjejaskan pertimbangan keputusan anggota
farmasi yang terlibat.
6
13 | P a g e
F. PENUTUP
Garis panduan ini hendaklah diterapkan sebagai amalan bagi
mewujudkan satu budaya kerja yang professional, berintegriti
dan telus di kalangan anggota farmasi. Garis panduan ini
adalah tertakluk kepada perubahan pekeliling atau arahan
yang berkaitan dari masa ke semasa.
G. RUJUKAN
1. Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Untuk
Anggota Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.