GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MURID SEKOLAH YANG MEROKOK MEMBANTU MURID MEMBUANG KETAGIHAN NIKOTIN Unit Kawalan Tembakau & Sekretariat FCTC Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Unit Intervensi (PPDa) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan
100
Embed
Garis Panduan Pengendalian Murid Sekolah Yang Merokok
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
GARIS PANDUAN
PENGENDALIAN MURID SEKOLAH
YANG MEROKOK
MEMBANTU MURID MEMBUANG KETAGIHAN NIKOTIN
Unit Kawalan Tembakau & Sekretariat FCTC Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan kerjasama
Unit Intervensi (PPDa) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan
Sekalung Penghargaan Kepada : Jawatankuasa PBMDS Daerah Batu Pahat (Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat & Guru Kaunselor Sekolah Daerah Batu Pahat) Dr Hjh Zaleha Binti Jailani Dr Marina Mohd Said Dr Hj Yunus Bin Sharif Dr Noorhaida Binti Ujang En Zainal Abidin Bin Redzuan Pn Jamnah Binti Mohamed Zin Pn. Wahidah Binti Hamidon Jawatankuasa PBMDS Daerah Kota Tinggi (Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi & Guru Kaunselor Sekolah Daerah Kota Tinggi) Dr Fazilahton Binti Rajulin Pn. Norliza Binti Samin En. Ibrahim Bin Ya’akub Penambahbaikan Modul Dan Editor Prof. Madya Dr Wee Lei Hum (UKM) Prof. Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed (UIA) Dr Rashidi Mohamed Bin Pakri Mohamed (UKM) Prof. Dr Rahimah Binti Abdul Kadir (UM) Dr Ho Bee Kiau Dr Noraryana Binti Hassan Dr Nizam Baharom Dr Christopher Eugene
Dan ramai lagi yang telah membantu membangunkan Garis Panduan ini !
Kandungan Muka Surat
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Latar Belakang Garis Panduan 2
3.0 Objektif 2
4.0 Kumpulan Pelaksana 2
5.0 Kumpulan Sasaran 2
6.0 Definisi 2
7.0 Prinsip ՙ5 A’ Untuk Membantu Murid Berhenti Merokok 3
8.0 Pengendalian Murid Sekolah Yang Merokok 3
Topik 1 Mengenalpasti Tabiat Merokok dan Tahap Ketagihan 5
Topik 2 Rokok dan Ketagihan 7
Topik 3 Bahaya Merokok dan Perokok Pasif 13
Topik 4 Kebaikan Tidak Merokok dan Persepsi Remaja Tentang Rokok
20
Topik 5 Peruntukan Undang-Undang dan Pandangan Islam Mengenai Merokok
23
Topik 6 Faedah Berhenti Merokok 27
Topik 7 Persiapan dan Kaedah Berhenti Merokok 30
Topik 8 Mengatasi Keinginan Untuk Merokok (Gian) dan Mengekalkan Status Tidak Merokok
36
Topik 9 Bahaya rokok elektronik / vape 40
Apendiks A - Borang Penilaian PMSM 1-2016 44
Apendiks B - Borang Skor Fagerstrom 46
Apendiks C - Interpretasi Ujian Fagerstrom Dan Tindakan Susulan 47
Apendiks D - Teknik 5R 48
Apendiks E - Kaedah Dead Pointers 49
Cadangan aktiviti untuk murid sekolah rendah A1
Cadangan aktiviti untuk murid sekolah menengah B1
1
1.0 PENDAHULUAN
Tabiat merokok dikaitkan sebagai punca utama kematian pramatang akibat penyakit
berkaitan rokok seperti kanser dan penyakit kardiovaskular. Dianggarkan terdapat
seramai 1.1 bilion perokok di seluruh dunia dengan peningkatan jumlah perokok yang
ketara di negara-negara membangun dan tren ini turut melibatkan golongan remaja.
Dijangkakan, lebih 8 juta orang akan mati setiap tahun akibat rokok menjelang 2030
di mana 7 juta daripadanya adalah dari negara membangun seperti Malaysia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 20,000 rakyat Malaysia mati
setiap tahun akibat kesan kesihatan disebabkan amalan merokok.
Menurut laporan kajiselidik Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2015,
seramai 22.8% atau 5.0 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok
yang kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki. 60 peratus daripada perokok di
Malaysia mula merokok sebelum berumur 18 tahun iaitu di zaman persekolahan.
Dianggarkan seramai 50 sehingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat
merokok setiap hari. Jadual 1 menunjukkan perbandingan prevalens perokok remaja
Malaysia dari tahun 2003 sehingga 2009.
Jadual 1: Prevalens perokok remaja
Tahun 2003 2006 2009
Kajian GYTS1 NHMS 3 GYTS2
Prevalens perokok remaja 20.2%
(13-15 tahun)
8.7%
(<18 tahun)
18.2%
(13-15 tahun)
Lelaki
Perempuan
36.3%
4.2%
16.6%
0.7%
30.9%
5.3%
Merokok juga dikaitkan dengan tingkahlaku berisiko yang lain seperti penyalahgunaan
dadah, ponteng sekolah dan pergaduhan. Sekiranya tabiat ini tidak dibendung di
peringkat awal, perokok akan lebih sukar untuk berhenti selepas menjadi perokok
Rajah 2.3 Pencetus neuro hasil rangsangan nikotin dan kesan-kesannya.
11
Pada peringkat awal, merokok memberi kesan selesa dan seronok akibat dari
rangsangan Dopamin yang dikeluarkan oleh otak. Lama kelamaan, kebergantungan
akan berlaku di mana perokok akan terus merokok untuk mengatasi masalah
ketagihan nikotin.
ii. Konsep ketagihan
Seseorang menjadi ketagih merokok jika mengalami gejala berikut :
Toleran - Keperluan untuk meningkatkan pengambilan rokok bagi mendapatkan
kesan yang sama dengan yang sebelumnya
Sindrom Tarikan - Timbul tanda-tanda seperti kegelisahan, keresahan atau cepat
marah akibat kekurangan jumlah nikotin dalam badan.
Perokok perlu merokok bagi meningkatkan semula jumlah nikotin dalam badan.
Rokok perlu diambil dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap berbanding
sebelumnya.
Keinginan merokok adalah di luar kawalan perokok.
Sanggup menghabiskan wang dan masa bagi memenuhi keperluan.
Menjejaskan pelajaran, pekerjaan dan pergaulan.
Tahu tentang bahaya rokok tetapi tidak mampu berhenti kerana kebergantungan
yang kuat terhadap nikotin.
iii. Rajah putaran ketagihan
Rajah 2.4 Putaran ketagihan nikotin akibat merokok
12
E. TAR DAN KANSER
Tar terhasil sewaktu pembakaran tembakau di dalam rokok. Ini bermakna
merokok akan menghasilkan tar di dalam asap rokok.
Tar adalah sangat toksik dan akan merosakkan tisu paru-paru perokok di dalam
jangka masa panjang.
Tar juga menyebabkan penurunan kesihatan oral dengan menghitamkan gigi,
merosakkan gusi dan mengurangkan sensitiviti deria rasa lidah.
Tar mengandungi pelbagai bahan mutagenik (merosakkan DNA di dalam sel)
dan karsinogenik (menyebabkan kanser) seperti Polycyclic aromatic
hydrocarbons (PAH), benzene, acrylamide and acrylonitrile.
Merokok (secara aktif atau pasif) akan menyebabkan sel paru-paru terdedah
kepada bahan-bahan ini dan meningkatkan risiko mendapat kanser.
F. KARBON MONOKSIDA DAN MASALAH KESIHATAN
Karbon monoksida adalah gas tanpa warna, yang terhasil akibat pembakaran
bahan yang mengandungi asas karbon seperti tembakau.
Karbon monoksida diserap dengan cepat ke dalam saluran darah dan terikat
dengan molekul hemoglobin di dalam sel darah merah.
Hemoglobin bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh
badan, tetapi karbon monoksida bersaing dengan oksigen ke atas reseptor di
hemoglobin.
Akhirnya sel darah merah tidak mampu membawa oksigen sepenuhnya dan
jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk memastikan sel-sel
menerima oksigen di seluruh tubuh badan.
Merokok adalah penyebab utama tahap karbon monoksida tinggi dalam darah
dan perokok mempunyai tahap karbon monoksida 10 kali ganda daripada
bukan perokok.
Rajah 2.5 Karbon monoksida bersaing dengan Oksigen untuk molekul hemoglobin
di dalam sel darah merah
13
TOPIK 3 BAHAYA MEROKOK & ASAP ROKOK BASI (PEROKOK PASIF)
1. Topik:
Padah merokok kepada pelajar / individu
Penyakit yang dikaitkan dengan merokok
Bahaya asap rokok basi (perokok pasif)
2. Objektif:
Memahami kesan buruk merokok kepada pelajar/individu
Mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok
Memahami kesan bahaya yang dihadapi oleh perokok pasif
3. Kaedah:
Informasi dan perbincangan
Perbincangan Kumpulan kecil
4. Pra dan pos ujian:
Pilih beberapa kesan akibat merokok terhadap pelajar
Mengheret ke arah dadah dan alkohol ()
Meningkatkan keterampilan diri
Langgar disiplin sekolah ()
Disukai keluarga dan kawan
Jejas prestasi pelajaran ()
Menjejaskan stamina ()
Menjejaskan penampilan diri ()
Cergas dalam sukan
Cemerlang dalam pelajaran
Tiga (3) jenis penyakit akibat merokok
Kanser ()
Demam kencing tikus
Angin ahmar ()
Demam denggi
Penyakit jantung ()
14
5. NOTA FASILITATOR
A. BAHAYA MEROKOK
Merokok adalah langkah pertama ke arah:
Penyalahgunaan dadah : 90% penagih dadah bermula dengan rokok
Pengambilan alkohol : 70% penyalahgunaan alkohol bermula dengan rokok
Masalah disiplin sekolah:
o Ponteng
o Vandalisme
o Gangsterisme
o Menjejaskan prestasi akademik dan ko-kurikulum
Stamina menurun: Kurang minat dalam aktiviti sukan sekolah
Menjejaskan penampilan diri:
o Selekeh/comot
o Nafas berbau
o Bibir lebam/birat
o Gigi kuning
Batuk
Mempercepatkan proses penuaan (kelihatan lebih tua):
o Kulit cepat berkedut
o Rambut cepat beruban
Menjejaskan kesuburan perempuan dan lelaki (mati pucuk)
Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan keguguran janin
Pendek umur / kematian pra-matang
o Secara purata, perokok kehilangan 20-22 tahun jangka hayat biasa
Menghidap penyakit-penyakit akut
Penyakit radang gusi
Jangkitan saluran pernafasan
Menghidap penyakit-penyakit kronik (keterangan lanjut di muka surat
seterusnya)
15
B. PENYAKIT- PENYAKIT KRONIK YANG DIKAITKAN DENGAN MEROKOK
Penyakit kanser:
Kanser mulut dan lidah (3-15 kali ganda risiko)
Paru-paru (7-15 kali ganda risiko) Kanser payu dara
Kanser perut (2 kali ganda risiko) Kanser hati
16
Penyakit-penyakit kronik lain:
Penyakit paru-paru kronik seperti ‘emphysema’ (10-20 kali ganda risiko)
Serangan sakit jantung (1.5 - 3 kali ganda risiko)
Kebutaan
Angin ahmar / strok
Kerosakan buah pinggang
Penyakit periodontal
17
Asap aliran utama
Asap aliran sisi
C. PEROKOK PASIF DAN BAHAYA ASAP ROKOK BASI
i. Definisi perokok pasif
Individu yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok basi.
Definisi oleh World Health Organization (WHO): Seseorang yang terdedah kepada
asap rokok basi selama sekurang-kurangaya15 minit dalam masa 2 hari seminggu
ii. Asap rokok basi:
Rokok yang menyala mengeluarkan 2 jenis asap iaitu:
Asap aliran utama (main-stream): asap yang dihembus keluar oleh perokok
Asap aliran sisi (side-stream smoke): asap yang dibebaskan di hujung
puntung rokok yang terbakar
Kombinasi asap aliran utama dan asap aliran sisi dikenali sebagai asap rokok basi.
Rajah 2.6 Jenis asap aliran rokok
Asap rokok aliran sisi tidak tertapis dan terhasil oleh proses pembakaran yang tidak
sempurna. Kandungan bahan kimia dalam asap rokok sisi umumnya lebih tinggi
berbanding asap rokok aliran utama.
Di antaranya
2 X ganda kandungan Nikotin
3 X ganda kandungan Tar
5 X lebih tinggi kandungan Karbon Monoksida (CO)
50 X lebih tinggi kepekatan bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser
18
Rajah 2.7 Asap rokok basi adalah sangat berbahaya kerana tiada tahap selamat
terhadap pendedahannya
iii. Risiko kesihatan perokok pasif
30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru
25% lebih tinggi mendapat sakit jantung
Penyakit asma/lelah bertambah teruk
Merencatkan perkembangan dan tumbesaran bayi di dalam kandungan
Kelahiran bayi yang kurang berat badan dan/atau pra-matang
Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan keguguran janin
Meningkatkan risiko wanita untuk mendapat kanser payu dara
Kanak-kanak terdedah kepada penyakit seperti jangkitan salur pernafasan
dan jangkitan kuman di telinga
Mengganggu pertumbuhan paru-paru kanak-kanak.
Orang-orang di sekeliling perokok akan mengalami impak negatif apabila mereka
menghisap asap rokok basi.
Kajian mendapati bahawa:
Mereka yang tinggal bersama perokok lebih daripada 30 tahun, adalah 30%
lebih mudah mendapat demensia (nyanyuk) berbanding dengan golongan
yang tidak pernah tinggal bersama perokok.
Meninggikan risiko serangan jantung, terutamanya bagi golongan berisiko
tinggi berpenyakit jantung.
Asap Aliran Sisi
(70%)
Asap Aliran Utama dihembus
keluar (80%)
Asap Rokok
Pasif/basi
Asap Aliran Utama disedut (30%)
Masuk paru-paru (20%)
19
Rajah 2.8 Anggaran kematian akibat terdedah kepada asap basi di seluruh dunia
Rajah 2.9 Penyakit berkaitan dengan perokok pasif
20
TOPIK 4: KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN PERSEPSI REMAJA
TENTANG ROKOK
1. Topik
Kebaikan tidak merokok
Persepsi remaja tentang merokok
2. Objektif
Mengetahui kebaikan tidak merokok
Mengetahui persepsi salah remaja tentang merokok dan fakta sebenarnya
3. Kaedah
Ceramah
Perbincangan
4. Pra dan pos ujian
i. Lima (5) kebaikan yang diperolehi jika tidak merokok:
Kelihatan lebih segak ()
Membosankan
Dapat menjimatkan wang ()
Gagal dalam pelajaran
Tidak dapat menumpukan pada pelajaran
Lebih ceria dan riang ()
Runsing dan gelisah
Lebih sihat, cergas dan berstamina ()
Berpotensi mencapai kecemerlangan akademik ()
ii. Berikut adalah persepsi remaja tentang tabiat merokok. Sila tandakan sama ada
persepsi tersebut betul atau pun salah.
Betul Salah
Merokok melambangkan kedewasaan
Merokok memudahkan seseorang mendapat kawan
Merokok merupakan sumber ilham
Merokok melambangkan kehebatan (macho)
Merokok boleh mengekalkan kelangsingan badan
21
5. NOTA FASILITATOR
A. KEBAIKAN BERHENTI / TIDAK MEROKOK
Lebih segak
Matang
Berketerampilan
Keyakinan diri tinggi
Perawakan yang menarik
Kecemerlangan akademik
Lebih cergas dan berstamina
Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit
Sentiasa ceria
Lebih disenangi orang lain
Lebih wang saku dan dapat berjimat cermat
B. PERSEPSI TENTANG MEROKOK
Ramai pelajar masih mempunyai persepsi yang salah telah perbuatan merokok. Ianya
mungkin akibat propaganda syarikat rokok atau pemerhatian mereka yang tidak
berdasarkan fakta yang benar. Jadual 2.1 menunjukkan persepsi yang sering di dalam
pemikiran pelajar yang merokok. Perbincangan bersama dapat memberi kesedaran
kepada pelajar tentang fakta sebenar perbuatan merokok.
Jadual 2.1 Persepsi remaja yang salah tentang merokok
Bil Persepsi salah Fakta sebenar
1. Merokok
melambangkan
kedewasaan
Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih
matang dan dewasa. Kedewasaan bukan diukur
dengan perbuatan merokok.
Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin
pada diri sendiri.
2. Dengan merokok
seseorang itu mudah
dapat kawan
Apa guna mendapat kawan sekiranya memberi
pengaruh negatif terhadap anda.
Dengan tidak merokok, remaja akan mendapat
ramai kawan yang baik kerana majoriti remaja
adalah tidak merokok.
22
3. Merokok boleh
mengekalkan
kelangsingan badan
Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan
kelangsingan badan.
Cara yang betul ialah dengan bersenam dan
mengamalkan pemakanan yang sihat.
Ini akan menjadi kan remaja lebih sihat dan
terhindar daripada berbagai jenis penyakit seperti
penyakit jantung, kanser dan lain-lain.
4. Merokok
melambangkan
kehebatan (macho)
bagi lelaki dan
bergaya (trendy)
untuk perempuan
Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah
ciptaan palsu yang diketengahkan oleh pengeluar
rokok melalui iklan.
Sebenarnya perokok kelihatan lebih selekeh,
nampak tua dan nafas berbau busuk.
5. Merokok merupakan
sumber ilham
Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham
tetapi hanya sekadar meredakan ketagihan.
Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu
tidak dapat berfikir secara produktif.
23
TOPIK 5: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PANDANGAN ISLAM
MENGENAI MEROKOK
1. Topik
Peruntukan undang-undang
Pandangan Islam mengenai merokok
2. Objektif
i. Mengetahui undang-undang berkaitan
ii. Mengetahui dengan jelas hukum merokok dalam Islam
iii.Mengetahui kaedah melindungi diri dari merokok
3. Kaedah
i. Perbincangan dan informasi
ii. Roleplay
4. Pra dan pos ujian
i. Jumlah denda maksimum yang boleh dikenakan oleh mahkamah di bawah
Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan)
2011, bagi kesalahan memiliki, mengunyah atau merokok di bawah umur
adalah:
A. RM 100
B. RM 500
C. RM 1000 ()
D. RM 1500
E. RM 2000
24
5. Nota fasilitator
A. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI MEROKOK:
Di bawah peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
(Pindaan 2011)
Melarang penjualan rokok kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun
Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilarang merokok, mengunyah,
membeli atau mempunyai hasil tembakau
Larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan
larangan merokok.
Remaja-remaja yang didapati bersalah di bawah peraturan ini boleh dikenakan
denda sehingga RM 1000.00. sekiranya dijatuhkan kesalahan oleh mahkamah
(Namun biasanya kompaun akan ditawarkan sebanyak RM50, sebelum kes
dibawa ke mahkamah).
Perokok dinasihatkan agar tidak merokok di kawasan larangan merokok dan
sebaiknya berhenti merokok.
B. KAWASAN-KAWASAN LARANGAN MEROKOK
Beberapa kawasan telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2011) iaitu:
1. Hospital dan klinik (Kerajaan dan Swasta)
2. Pusat hiburan dan teater
3. Lif atau tandas awam
4. Tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam mana-mana bangunan yang diwartakan oleh Menteri
7. Sekolah dan Institusi Pendidikan (Kerajaan dan Swasta)
8. Lapangan terbang
9. Premis kerajaan
10. Dewan Orang Ramai
11. Bas Sekolah
12. Tadika, taman asuhan kanak-kanak
13. Kaunter perkhidmatan awam:
a. Bank atau institusi kewangan
b. Tenaga Nasional Berhad
c. Pos Malaysia Berhad
d. Telekom Malaysia Berhad
14. Kompleks membeli-belah serta kaki limanya
15. Kompleks sukan
16. Stadium
25
17. Stesen minyak.
18. Kem PLKN
19. Kafe internet
20. Perpustakaan
21. Bangunan tujuan keagamaan.
22. Tempat kerja berhawa dingin dengan sistem hawa dingin berpusat
23. Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di lebuhraya
C. PANDANGAN ISLAM MENGENAI MEROKOK
Hukum merokok adalah haram. Berikut adalah fatwa dan nas yang menyokong
pandangan ini:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju
membuat keputusan bahawa:” Merokok adalah haram dari pandangan Islam
kerana padanya terdapat kemudaratan”.
Islam menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara kesihatan
jasmani dan rohani. Setiap benda yang apabila digunakan mendatangkan
kemudaratan kepada manusia adalah diharamkan seperti firman Allah: ‘...Dan
janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan...’ Al
Baqarah:195
‘..Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau, maka merokok
diputuskan sebagai haram..’ Sheikh Abdul Aziz Abdullah bin Bazz, Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Akademi Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi
‘..Kami berpendapat haram merokok, mengimportnya, mengeluarkannya dan
menjalankan perniagaan di dalamnya..’ Ulama Al-Azhar Lujnah (fatwa di Al-
Azhar)
‘..Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apa pun
akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi
punca pelbagai penyakit. Justeru itu berasaskan bukti berkenaan, merokok
mestilah diharamkan..’ Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Imam Besar Masjid
Al-Azhar.
26
‘..menghisap rokok adalah haram dalam Islam..’ Fatwa oleh Bekas Mufti Mesir.
Dr Nasr Farid Wasil.
Hukum agama boleh menjadi satu faktor dorongan untuk berhenti merokok. Pelbagai
agama-agama utama yang lain juga menyokong bahawa merokok adalah tidak
digalakkan kerana mendatangkan kemudaratan.
Agama Hindu menganggap merokok sebagai perbuatan meracuni tubuh badan dan
tidak sepatutnya diamalkan.
Di dalam agama Sikh, Guru Gobind Singh melarang pengikutnya dari merokok.
Tembakau dinamakan ‘jagat jhoot’ atau ‘penipuan dunia’.
Penganut Buddha digalakkan agar mengamalkan cara hidup sihat dengan tidak
merokok. Malah, di Bhutan, mana-mana sami Buddha yang didapati merokok akan
dipenjarakan.
27
TOPIK 6: FAEDAH BERHENTI MEROKOK
1. Topik
Faedah berhenti merokok
2. Objektif
Mengetahui faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok
3. Kaedah
Perbincangan
4. Pra dan pos ujian
Nyatakan lima (5) kebaikan fisiologi dengan berhenti merokok
Sistem darah akan bersih daripada nikotin ()
Kandungan oksigen tidak akan meningkat dalam darah
Tekanan darah akan naik dengan mendadak
Denyutan nadi akan balik ke paras normal ()
Bertambah berat badan
Kesuburan lelaki dan wanita berfungsi baik ()
Muka nampak cengkung
Karbon monoksida akan berkurangan daripada tubuh ()
Berkurangnya risiko mendapat penyakit kardiovaskular ()
Nyatakan lima (5) kebaikan psiko sosial apabila berhenti merokok
Terlepas daripada belenggu ketagihan ()
Meningkatkan keyakinan diri ()
Tidak disayangi oleh keluarga atau kawan-kawan
Prestasi akademik dan ko-kurikulum akan meningkat ()
Membentuk imej baru yang matang dan bergaya ()
Sentiasa ketagih
Kurang cerdas dalam pelajaran
Menjadi tauladan yang baik kepada seisi keluarga dan rakan ()
Tidak berkeyakinan
Nyatakan dua (2) kebaikan ekonomi dengan berhenti merokok
Perbelanjaan merawat penyakit akibat merokok dapat dijimatkan ()
Harga rokok akan dinaikkan
Dapat menjimatkan wang yang dibazirkan ()
Penanam tembakau akan kehilangan mata pencarian
28
5. NOTA FASILITATOR:
FAEDAH BERHENTI MEROKOK:
A. KESAN POSITIF PADA FISIOLOGI SELEPAS BERHENTI MEROKOK
Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula pulih secara spontan.
Paras karbon monoksida dan nikotin dalam sistem badan anda akan turun secara
mendadak, dan jantung serta paru-paru anda akan membaik pulih kerosakan yang
disebabkan oleh rokok.
Jadual 6.1 di bawah menerangkan perubahan drastik yang berlaku dalam badan anda
selepas anda berhenti merokok:
Jadual 6.1 Perubahan dalam badan selepas berhenti merokok
TEMPOH
BERHENTI
PERUBAHAN DALAM BADAN
Hari 1
Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon
monoksida telah disingkirkan daripada badan anda.
Hari 2
Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan.
Deria rasa dan bau anda juga bertambah peka
2 hingga 3 minggu Kesan gian rokok telah hilang.
3 minggu Lapisan silia, unjuran berupa rerambut dalam peparu anda
mula menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam
paru-paru . Ini menyebabkan anda batuk untuk mengeluarkan
bahan-bahan tersebut
1 bulan Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak
tangga kerana pengaliran udara ke dalam peparu anda telah
bertambah baik.
2 bulan Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik ,
maka suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.
1 tahun Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh
berbanding dengan seseorang yang masih merokok.
10 hingga 15 tahun Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal
diminimumkan seperti mereka yang tidak pernah merokok.
10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat
kanser paru-paru adalah 30 hingga 50 peratus lebih rendah
daripada golongan yang masih merokok
29
B. KESAN PSIKOSOSIAL
Terlepas daripada belenggu ketagihan
Keyakinan pada diri akan meningkat
Prestasi sekolah sama ada akademik mahupun ko-kurikulum akan meningkat
Kehidupan akan lebih ceria
Kelihatan lebih tampan dan kemas
Terbentuk imej baru yang lebih matang dan bergaya
Menjadi contoh teladan yang baik kepada seisi keluarga dan juga rakan-rakan
Tidak lagi dipinggirkan oleh rakan-rakan lain yang kebanyakannya tidak
merokok
C. FAEDAH EKONOMI
Banyak wang dapat dijimatkan
Jadual 6.2 Jumlah wang yang dapat dikumpulkan sekiranya berhenti merokok
Batang rokok 10 20 30 40
Kos rokok sehari 1 minggu (RM) Satu bulan (RM) Satu tahun (RM) 5 tahun (RM) 10 tahun (RM)
3.40 23.80 95.20 1,142.40 5,712.00 11,424.00
6.80 47.60 190.40 2,284.80 11,424.00 22,848.00
10.20 71.40 285.60 3,427.20 17,136.00 34,272.00
13.60 95.20 380.80 4,569.60 22,848.00 45,696.00
Dengan berhenti merokok, risiko mendapat penyakit dapat dikurangkan dan
kos rawatan penyakit akibat merokok dapat dijimatkan.
Dengan berhenti merokok, risiko kebakaran dapat dikurangkan. 10% daripada
kebakaran rumah berpunca daripada puntung rokok yang menyala.
30
TOPIK 7: PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK
1. Topik
Persiapan berhenti merokok
Kaedah berhenti merokok
2. Objektif
Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok
Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok
3. Kaedah
Perbincangan
Isi fail individu:
o sebab ingin berhenti merokok
o faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok
4. Pra dan pos ujian
Tiga (3) perkhidmatan yang boleh diperolehi untuk membantu perokok menghindari
tabiat merokok adalah:
Melalui kaedah kaunseling ()
Mendapatkan pertolongan daripada pekilang rokok
Mendapatkan perkhidmatan rawatan gantian nikotin ()
Mendapatkan perkhidmatan bomoh
Dapatkan rawatan daripada Klinik Berhenti Merokok ()
Membakar kilang rokok
31
5. Nota fasilitator
A. PERSIAPAN AWAL BERHENTI MEROKOK
A1 Meningkatkan Motivasi Murid Untuk Berhenti Merokok
Untuk meningkatkan motivasi seseorang perokok untuk mengambil keputusan
berhenti merokok, teknik 5R (Apendiks D) boleh digunakan. Komponen di dalam
teknik 5R membantu perokok mengaitkan secara individu, kesan merokok terhadap
diri sendiri dan mengapa beliau harus mengambil keputusan untuk berhenti merokok.
A2 Cara untuk berhenti merokok
Terdapat 2 cara untuk berhenti merokok: Ianya mungkin bergantung kepada tahap
ketagihan dan penggunaan rokok
o Berhenti merokok secara serta-merta
o Berhenti secara beransur-ansur
A3 Tarikh Berhenti Merokok (Quit date)
o Tentukan tarikh untuk berhenti merokok –
o Catat dalam diari / telefon pintar / kalendar
o Pilih hari yang penting dan personal, contohnya tarikh hari lahir diri
sendiri, ibu bapa, WNTD, Merdeka dan kenal pasti tarikh yang penting.
Tarikh Berhenti Merokok adalah sangat penting dan personal kepada
perokok kerana ianya adalah tarikh yang akan diingati dan sangat
bermakna.
A4 Tips untuk pemilihan Tarikh Berhenti Merokok:
o Beri tiga pilihan tarikh yang sesuai
o Jangan biarkan terlalu lama untuk berhenti merokok
o Sebagusnya di dalam tempoh 2 – 4 minggu dari tarikh perbincangan
A5 Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti (fading day)
Bagi yang memilih untuk berhenti secara beransur-ansur, perkara berikut boleh
dilakukan dalam masa 2-4 minggu sebelum tarikh berhenti merokok:
Pelan berhenti - gunakan kaedah STAR (Set, Tell, Anticipate, Remove)
a) Set - Menentukan tarikh berhenti merokok
Sebaik-baiknya tarikh berhenti dalam tempoh 2 minggu selepas membuat keputusan
untuk berhenti
32
b) Tell – memberitahu;
Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan dengan memaklumkan
tarikh klien akan berhenti merokok. Cuba dapatkan sokongan dari rakan-rakan yang
rapat dan boleh bawa rakan-rakan yang rapat dalam sesi kaunselling.
c) Anticipate challenges – Menjangka cabaran/rintangan yang akan dihadapi
apabila berhenti merokok
Memahami cara-cara untuk menangani hari-hari sebelum berhenti
Memahami tanda-tanda dan cara untuk mengatasi masalah gian apabila
berhenti merokok
Amalkan kaedah DEAD Pointers (Apendiks E) untuk mengatasi cabaran
Memahami situasi yang mendorong pelajar menyalakan rokok dan
bagaimana mengatasinya (Jadual 7.1)
Jadual 7.1 Menjangka situasi yang akan menyebabkan pelajar merokok semula dan
bagaimana untuk mengatasinya
Situasi Bagaimana mengatasi (Sesi perbincangan bersama
pelajar untuk mencari penyelesaian)
Bersama kawan-kawan
yang merokok
Elakkan dari terlibat dalam situasi berkenaan
Beritahu rakan-rakan anda tidak lagi merokok
Cekalkan hati untuk tidak merokok
Ahli keluarga yang
merokok
Alihkan perhatian – lakukan perkara lain
Ingatkan ahli keluarga yang merokok, asap rokok
membahayakan kesihatan diri sendiri dan ahli
keluarga yang lain
Ajak ahli keluarga untuk sama-sama berhenti merokok
Boleh buat ‘Kad cinta’ untuk ayah yang merokok
Kawan yang memberikan
rokok percuma
Ingatkan rakan anda bahawa anda tidak lagi merokok
Minta rakan hormati pilihan anda untuk tidak merokok
Alihkan perhatian / buat perkara lain sementara rakan
sedang merokok
Galakkan rakan untuk sama-sama berhenti merokok
Situasi yang
mendatangkan stres dan
tekanan seperti
peperiksaan
Gunakan kaedah DEAD Pointers
Berbincang masalah dengan kawan-kawan, guru dan
ahli keluarga
Doa, sembahyang, meditasi bagi tingkatkan semangat
Melakukan teknik-teknik relaksasi
Mendapatkan masa tidur yang mencukupi
33
Membuang tabiat
merokok di dalam rutin
harian seperti pada
waktu pagi
Lakukan carta merokok dalam sehari dan lihatlah
waktu mana anda biasa merokok dan kenapa anda
merokok
Setelah mengenalpasti bila dan kenapa anda
merokok, cuba buangkan rutin merokok satu-persatu,
dimulakan dengan yang mudah dibuang dahulu (e.g.
seperti selepas makan).
d) Remove - Buang semua perkara yang boleh mengingatkan anda kepada rokok
o Buang rokok yang ada dalam simpanan,
o Buang barang-barang yang berkaitan e.g. bag / topi / t-shirt / selaput
telefon yang berkait dengan jenama rokok
o Sembunyikan atau buangkan saja bekas abu rokok dan pemetik api
yang ada di dalam rumah, dalam kereta
B. AKTIVITI LAIN YANG PERLU DILAKUKAN
Minum lebih banyak air (air masak)
Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) untuk membuang tabiat
tangan dan mulut yang sudah biasa menghisap rokok, dan juga untuk
meningkatkan pengeluaran air liur
Mulakan bersenam / tingkatkan aktiviti senaman
Senaraikan semua sebab anda ingin berhenti merokok dan baca setiap
malam sebelum tidur
Wujudkan rumah, sekolah atau persekitaran bebas asap rokok
B1 Bantuan pada Hari Berhenti Merokok (on Quit day)
Klien dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut pada hari berhenti:
Buang semua rokok, mancis, tempat habuk rokok
Tukar rutin yang berkaitan dengan rokok seperti:
o Tukar minum kopi kepada minuman lain yang tiada kafein contohnya
susu/air suam
Jangan kunjungi kedai di mana anda sering membeli rokok
Jangan bersama kawan-kawan yang merokok
Basuh semua baju yang berbau rokok
Jauhi tempat di mana ramai orang merokok
Berada di kawasan larangan merokok
Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam.
Jika berjaya, hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang anda suka
Jumpa doktor gigi untuk membersihkan kesan merokok pada gigi
34
C. TANDA-TANDA AWAL APABILA BERHENTI MEROKOK
Apabila pelajar berhenti merokok, beliau mungkin akan mengalami tanda-tanda
berikut:
Pening atau ringan kepala. Ini disebabkan oleh penurunan paras karbon
monoksida dan peningkatan paras oksigen dalam darah / otak .
Kebas di tangan dan kaki yang disebabkan oleh pengaliran darah yang lebih baik.
Batuk – berfungsi untuk membuang lendir di salur pernafasan.
Selera makan bertambah kerana deria bau dan rasa yang semakin baik.
Mulut menjadi tawar atau payau dan terjadi luka-luka kecil kerana pertukaran
organisma di dalam mulut.
Sembelit – tembakau mempunyai kesan laksatif (laxative)
Perasaan gian kerana paras nikotin ke otak berkurangan
Gelisah, cepat marah dan kurang tumpuan disebabkan oleh kesan ketiadaan
rangsangan nikotin dan pertukaran tabiat.
Semua tanda-tanda di atas adalah sementara semasa di peringkat awal berhenti
merokok. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kesihatan perokok akan menjadi
bertambah baik dan ianya adalah sebagai proses pemulihan dan penyesuaian kepada
gaya hidup sihat tanpa rokok.
C1 Tanda-tanda gian / withdrawals
Kegelisahan
Cepat marah
Tiada mood / tidak bersemangat
Kurang tumpuan
Hilang sifat sabar
Susah tidur
Nadi menjadi perlahan
Selera makan meningkat
C2 Bagaimana menangani masalah gian (boleh juga rujuk kaedah DEAD
Pointer – Apendiks E)
Perkara-perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan perasaan gian
terhadap rokok:
Fahami bahawa gejala gian / withdrawal symptoms ini boleh dialami sehingga
sampai 10 minggu selepas berhenti merokok
Apabila timbul rasa gian, ingat bahawa perasaan ini akan hilang dalam masa
beberapa minit sahaja. Lihat jam dan anda akan menyedari perasaan gian ini
akan hilang selepas 3 – 5 minit sahaja.
35
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum),
makanan ringan tanpa lemak, buah-buahan dan lain-lain.
Membuat sesuatu dengan tangan seperti menaip, bermain komputer,
mengait, melukis dan sebagainya.
Membuat pekerjaan di mana merokok adalah menyusahkan seperti membuat
kerja sekolah, bersukan, membuat kerja rumah, mandi atau beriadah.
Jangan duduk diam tanpa melakukan sesuatu atau menonton TV terlalu
lama.
Melakukan teknik-teknik relaksasi seperti bersolat, berwirid, meditasi dan lain-
lain.
D. KAEDAH UNTUK BERHENTI MEROKOK
a) Kaedah tanpa menggunakan ubatan / non-farmakologi
Kaedah tanpa farmakologi merangkumi semua kaedah selain daripada penggunaan
ubat. Ini termasuk pendekatan kerohanian, terapi tingkah laku dan sebagainya.
Beberapa cara boleh diguna pakai seperti:
Amalkan pemikiran positif
Ingatkan diri bahawa banyak manfaat boleh diperolehi dengan membuat keputusan
berhenti merokok.
o Meningkatkan kesihatan badan, stamina dan tenaga
o Menurunkan risiko mendapat sakit: gigi kuning berkarat, karang gigi,
kulit cepat kendur, kulit berjerawat, gusi bengkak, nafas berbau busuk,
kuku/bibir hitam, batuk, asma, ulcer, kanser mulut, (use good body
image to stop smoking)
o Mewujudkan rumah dan sekolah tanpa pencemaran asap rokok
o Sikap dan tauladan yang baik
o Menjimatkan kewangan
o Melindungi orang sekitar anda dari penyakit akibat asap rokok basi
b) Kaedah menggunakan ubatan/ farmakologi
Kaedah ini akan diguna pakai di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Walau
bagaimanapun rawatan farmakologi biasanya diberikan kepada perokok berumur 18
tahun ke atas sahaja. Bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk berhenti merokok
dengan cara kaunseling dan kaedah tanpa ubat, beliau boleh dirujuk kepada Klinik
Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan yang berdekatan, dengan persetujuan ibu bapa
pelajar.
36
TOPIK 8: MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN) DAN
MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK (RELAPSE
PREVENTION)
1. Topik
Mengatasi keinginan untuk merokok/gian
Mengekalkan status tidak merokok
2. Objektif
Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya
Mengetahui kaedah mengekalkan status tidak merokok / keinginan untuk
merokok semula.
Mengetahui cara melindungi diri daripada tabiat merokok
3. Kaedah
Perbincangan
Roleplay
4. Pra dan pos ujian
Tiga (3) cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam amalan
merokok
A. Melepak
B. Sentiasa mengikuti ajaran agama dan kerohanian ()
C. Sentiasa menonton filem kartun
D. Melengkapkan diri dengan fakta-fakta tentang bahaya rokok ()
E. Menjadi kutu rayau
F. Melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti persatuan ()
37
5. Nota fasilitator
A. CARA MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK SEMULA/GIAN
Jadual 8.1 Gunakan petua 12 M untuk mengatasi keinginan untuk merokok
Melengahkan
Melambat-lambatkan mencari rokok atau tunggu
sekurang- kurangnya 5 minit sebelum menyalakan
rokok.
Menarik nafas panjang
Tarik nafas secara dalam (deep breathing), tahan
selama 5 saat dan lepaskan perlahan–lahan.
Minum air Minum banyak air kosong dan jus buah – buahan.
Elakkan minuman berkafein, manis atau beralkohol.
Membuat sesuatu Buat sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada
rokok
Mandi dan membasuh
tangan
Basuh tangan setiap kali terasa ingin merokok
Mengunyah sesuatu Bila terasa ingin merokok – kunyah sesuatu
menggantikan rokok.
Simpan bahan gantian (makanan - oral substitutes)
seperti kuaci, epal, kismis, gula-gula getah tanpa gula di
rumah / sekolah
Melakukan senaman
regangan
Bergerak dan lakukan senaman regangan atau lenturan
Memohon doa Berdoa agar dikuatkan semangat untuk menempuhi
percubaan berhenti merokok
Berdoa agar berjaya menjadi bekas perokok tanpa
ketagihan nikotin lagi
Menjauhkan diri dari
rokok
Elakkan dari situasi / persekitaran yang berkait dengan
perbuatan merokok
Mengelakkan diri dari
merokok semula
Jangan mudah berputus asa
Berjanji tidak merokok lagi walaupun satu sedutan
Mendapatkan sokongan dan pemerhatian dari keluarga,
kawan dan guru/fasilitator
Menyibukkan diri Berikan tumpuan kepada pelajaran dan keluarga
Meditasi dengan
pemikiran positif
Amalkan pemikiran positif, sentiasa ingatkan diri
kelebihan berhenti merokok
38
B. MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK / TINGKAHLAKU
BERULANG (RELAPSE PREVENTION)
B1. SEBAB-SEBAB PELAJAR MEROKOK SEMULA
a. Faktor diri sendiri :
lemah jati diri, tiada matlamat kukuh, tidak tegas dan
mudah terpengaruh
Tiada keyakinan diri
Tiada kemahiran menangani stres / tekanan
Ketagihan yang tinggi
b. Faktor sekitaran :
Di kelilingi ahli keluarga dan rakan yang merokok
Mudah mendapatkan bekalan rokok
Sukar mengatakan ’tidak’ kepada rokok.
B2 MENCEGAH ULANGAN (Relapse Prevention)
a. JANGAN MEROKOK WALAUPUN SATU SEDUTAN
b. Kemahiran mengatakan “TIDAK” dengan tegas (Assertiveness)
c. Mengurus stres – senaman regangan , berekreasi
d. Mengurus emosi –teknik relaksasi
e. Meningkatkan aktiviti fizikal- senaman
f. Mengawal berat badan
g. Imej / identiti baru, mengubah gaya hidup, menjauhi kenalan yang
merokok / tidak boleh memberi sokongan.
B3 MELINDUNGI DIRI DARIPADA TABIAT MEROKOK
Kaedah yang boleh digunakan untuk melindungi diri dan menjauhi daripada merokok:
Ketahui fakta-fakta tentang bahaya merokok.
Bina keyakinan diri - katakan ’TIDAK’ pada rokok
Bersikap positif terhadap cabaran
Libatkan diri dalam aktiviti berfaedah:
- Bersukan
- Berekreasi
Bergiat aktif dalam persatuan
Sentiasa patuh ajaran agama
Tidak terpedaya dengan promosi dan iklan rokok
39
C. BERKAITAN ROKOK ELEKTRONIK / E-VAPOR
Rokok elektronik sama ada mengandungi nikotin atau tidak, boleh
menyebabkannya pelajar terjerumus semula kepada tabiat merokok.
Keselamatan penggunaan rokok elektronik masih belum terbukti lagi.
Malah kajian menunjukkan terdapat beberapa bahan kimia merbahaya di
dalam wap rokok elektronik.
Ramai pengguna rokok elektronik akhirnya menggunakan kedua-dua rokok
biasa dan rokok elektronik.
Pelajar-pelajar hendaklah menjauhi rokok elektronik dan hendaklah menyemai
gaya hidup tanpa rokok / e-vapor / nikotin / tembakau.
40
TOPIK 9: BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK / VAPE
1. Topik
Mengenali apa itu rokok elektronik
Mengetahui bahaya penggunaan rokok elektronik
2. Objektif
Memahami apa itu rokok elektronik
Mengetahui risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik
Menanam semangat untuk tidak mencuba / menggunakan rokok elektronik
3. Kaedah
Perbincangan
4. Pra dan pos ujian
Betul atau salah. Tandakan pada setiap kenyataan sama ada ianya betul atau salah
Kenyataan Betul Salah
1. Penggunaan rokok elektronik / vape adalah selamat dan tidak membahayakan
√
2. Bahan kimia Nikotin di dalam rokok elektronik / vape tidak akan menyebabkan ketagihan
√
3. Penggunaan rokok elektronik / vape tanpa nikotin (hanya dengan bahan perasa sahaja) tetap membahayakan kesihatan diri
√
4. Tiada risiko mendapat kanser jika menggunakan rokok elektronik / vape
√
5. Terdapat segelintir pengguna yang menyalahkan gunakan rokok elektronik / vape untuk menghisap dadah terlarang
√
41
bahan pelarut
5. Nota fasilitator
A. Apakah Itu Rokok Elektronik
Rokok elektronik adalah alat yang menggunakan kuasa elektronik untuk menyalurkan
aerosol atau wap hasil dari pemanasan satu cecair, untuk dihisap oleh pengguna.
Rokok elektronik generasi baru lebih dikenali sebagai Vape.
B. Komponen Rokok Elektronik
Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah
a) Bateri – punca kuasa elektrik
b) Atomiser – untuk memanaskan cecair rokok elektronik
c) Bekas / Katrij / Tank cecair rokok elektronik
Kandungan Cecair Rokok Elektronik / e-Liquid / e-Juice
a) Nikotin – kebanyakan cecair rokok elektronik mengandungi nikotin
b) Propylene Glycol
c) Vegetable Glycerin
d) Bahan Perasa
42
C. Nikotin dan Bahayanya
Nikotin merupakan satu bahan ekstrak daripada daun pokok Nicotiana Tobacum (tembakau) atau pokok–pokok berkaitan yang lain dan termasuklah apa–apa hasil tembakau.
Nikotin ekstrak (tulen) adalah bahan kimia terkawal kerana berkeupayaan untuk memudaratkan kesihatan.
Nikotin dikelaskan sebagai racun Kumpulan C di bawah Akta Racun 1952.
Penggunaan nikotin boleh menyebabkan ketagihan yang berpanjangan dan sukar dibendung.
Jika tertelan, nikotin boleh menyebabkan kesan kesihatan seperti loya, muntah, sakit perut, pening kepala, debaran jantung dan lain-lain.
Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya, sawan dan kegagalan pernafasan.
Jika terminum 40 mg Nikotin atau lebih, boleh menyebabkan kematian untuk jisim badan orang Asia dewasa.
D. Bahaya di dalam Wap Rokok Elektronik
Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada bahan pelarut Propylene
Glycol boleh menyebabkan iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan
(kesan jangka pendek) dan asma (kesan jangka panjang).
Pemanasan Propylene Glycol pada suhu yang tinggi juga boleh menghasilkan
bahan kimia formaldehyde, iaitu sejenis karsinogen (bahan kimia yang boleh
menyebabkan kanser dalam tubuh manusia).
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa pendedahan kepada wap bahan
perasa yang dipanaskan (tanpa nikotin), boleh mendatangkan kerosakan dan
membunuh sel paru-paru, otak dan kulit. Pengguna juga boleh terdedah
kepada penyakit kronik paru-paru seperti Pop-corn Lung Disease (bronchiolitis
obliterans).
E. Penggunaan Rokok Elektronik dan Risiko Menjadi Perokok
Beberapa kajian termasuk satu kajian data kebangsaan di Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa remaja bukan perokok yang menggunakan rokok
elektronik / vape mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi perokok,
berbanding dengan bukan pengguna.
Kebanyakan remaja yang mencuba-cuba Vape bukanlah perokok yang ingin
berhenti merokok, sebaliknya mereka ingin mencuba-cuba sesuatu benda baru
yang dianggap seronok. Namun, akhirnya mereka menjadi mangsa ketagihan
nikotin dan berisiko menjadi perokok tegar.
43
F. Penyalahgunaan Rokok Elektronik Untuk Mengambil Dadah Terlarang
Baru-baru ini media berita menunjukkan bahawa cecair elektronik untuk vape yang mengandungi Ganja boleh didapati di pasaran. Ujian makmal telah mengesahkan bahawa adanya kandungan Cannabidiol dan Cannabinol (Ganja).
Vape sememangnya boleh digunakan untuk mewapkan apa-apa dadah yang boleh dilarutkan di dalam Propylene Glycol seperti Ecstasy, MDA, MDMA, amphetamines, methamphetamines, heroin, codeine, Percocet, acid dan sebagainya.
Di Amerika Syarikat, 7.6% mereka yang mengambil ganja, menggunakan peranti vape untuk menghisapnya (Schauer et al. 2015) dan penggunaan ini semakin popular di kalangan remaja dan pelajar sekolah (Morean et al. 2015).
44
Apendiks A - PMSM 1-2016 BORANG PENILAIAN PMSM A. BIODATA:
Nama pelajar
No Kad Pengenalan
Sekolah
Jantina
□ Lelaki □ Perempuan
Umur
Bangsa
□ Melayu □ Lain-lain: _____________________
□ Cina
□ India
B. TABIAT MEROKOK Untuk diisi sendiri oleh pelajar Bagi soalan yang bertanda * , anda boleh memilih lebih dari satu jawapan
1. Berapa lama anda telah merokok? _____bulan _____tahun
2. Berapa batang rokok anda hisap sehari? _____batang sehari
3. Jenis / jenama rokok yang biasa dihisap
*4. Sumber mendapatkan bekalan rokok :
Beli sendiri 1 kotak rokok Beli sendiri sebatang-sebatang rokok
Melalui kawan-kawan Melalui ahli keluarga
Lain-lain : Nyatakan ___________
*5. Apakah faktor yang menyebabkan anda mula menghisap rokok?
Pengaruh kawan Pengaruh keluarga yang merokok
Stres / tekanan perasaan Perasaan ingin mencuba
Lain-lain : Nyatakan ___________
*6. Di manakah biasanya anda merokok ?
Di rumah Di sekolah Di kompleks membeli-belah
Di kedai makan Di perhentian bas Lain-lain : ___________
45
*7. Pada waktu bilakah anda biasa merokok ?
Ketika stres / tekanan Ketika waktu bosan / tiada aktiviti
Selepas makan Ketika lepak / santai bersama kawan
Sewaktu belajar Lain-lain :_______________________
*8. Dengan siapakah biasanya anda merokok ?
Seorang diri sahaja Bersama ahli keluarga
Bersama kawan Lain-lain :_______________________
9. Adakah ahli keluarga yang serumah dengan anda merokok ?
Tidak Ya : (Nyatakan siapa: _____________________________)
10. Pernahkah anda cuba berhenti merokok ?
Tidak pernah Ya : (Berapa kali anda mencuba? ______ kali)
11. Adakah anda mahu berhenti merokok sekarang ?
Tidak Ya, saya mahu berhenti merokok
12. Adakah anda perlukan bantuan untuk berhenti merokok ?
Tidak Ya
*13. Selain dari merokok, adakah anda pernah mencuba sebarang dadah jenis lain?
Tidak Ya (Nyatakan) Ketum Gam Ice/syabu/ectasy
Ganja Heroin Lain:__________
46
Apendiks B
BORANG UJIAN FAGERSTROM
Sila pilih SATU jawapan yang paling sesuai untuk setiap soalan berikut:
1. Berapa cepatkah anda menghisap rokok yang pertama selepas bangun dari tidur?
Dalam masa 5 minit (3)
6 hingga 30 minit (2)
31 hingga 60 minit (1)
Selepas 60 minit (0)
2. Adakah anda berasa sukar untuk tidak merokok di tempat-tempat larangan
merokok? Contohnya di sekolah, kompleks membeli belah, perhentian bas
Ya (1)
Tidak (0)
3.Menghisap rokok yang manakah yang paling sukar untuk anda tinggalkan?
Yang pertama di sebelah pagi (1)
Yang lain (0)
4. Berapa batang rokok yang anda hisap dalam sehari?
10 atau kurang (0)
11 hingga 20 (1)
21 hingga 30 (2)
31 atau lebih (3)
5. Adakah anda lebih kerap merokok dalam jam pertama selepas bangun tidur
berbanding masa-masa lain sepanjang hari?
Ya (1)
Tidak (0)
6. Adakah anda masih merokok walaupun anda sakit teruk dan terpaksa berbaring di
atas katil untuk kebanyakan masa?
Ya (1)
Tidak (0)
Sila jumlah markah keseluruhan dengan mencampurkan semua markah dalam
kurungan, mengikut jawapan pilihan anda.
47
Apendiks C
INTERPRETASI MARKAH UJIAN FAGERSTROM DAN TINDAKAN SUSULAN
Markah ujian
Fagerstrom
Tahap ketagihan Tindakan
0-3 markah
Ketagihan rendah
kepada nikotin
Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk murid membuang tabiat merokok.
Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan
Sentiasa ambil perkembangan susulan kepada murid untuk memastikan murid kekal berhenti merokok
4-5 markah
Ketagihan
sederhana kepada
nikotin
Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk klien membuang tabiat merokok
Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan
Perlukan terapi kaunseling lebih kerap mengikut jadual yang ditetapkan atau kaunseling individu jika perlu.
Rujuk kepada Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan berdekatan jika perlu
6-10 markah
Ketagihan tinggi
kepada nikotin
(mungkin mengalami
gejala ketagihan /
gian yang kuat jika
berhenti merokok)
Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk murid membuang tabiat merokok
Kaunseling secara individu
Perlukan kaunseling mengikut jadual yang ditetapkan atau lebih kerap jika perlu
Dicadangkan mendapatkan program-program tambahan seperti program PPDa yang lain
Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan
Rujuk kepada Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan berdekatan untuk rawatan lanjut jika intervensi tidak berkesan
48
Apendiks D
Teknik 5R
Teknik 5R lazim digunakan bagi meningkatkan motivasi perokok untuk berhenti
merokok. Komponen 5R adalah seperti berikut:
1. Relevance Bantu perokok untuk mengenalpasti kenapa berhenti merokok
adalah satu tindakan yang sangat berkaitan dengan beliau.
Contohnya berkaitan kesihatan fizikal / emosi diri, kewangan,
hubungan keluarga/sosial dan sebagainya.
2. Risk Galakkan perokok untuk kenal pasti kesan-kesan buruk akibat
perbuatan merokok.
3. Rewards Galakkan perokok untuk kenal pasti kebaikan sekiranya beliau
berjaya berhenti merokok.
4. Roadblocks Bantu perokok untuk kenal pasti halangan yang mungkin
menyebabkan kesukaran untuk berhenti merokok. Senaraikan
halangan-halangan ini dan bincangkan cara-cara yang terbaik
untuk mengatasinya.
5. Repetition Gunakan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan motivasi
perokok agar terus cekal berusaha sehingga berjaya mencapai
status bebas tembakau. Ulangi nasihat dan mesej berhenti
merokok setiap peluang yang ada.
49
Apendiks E
Kaedah DEAD Pointer
D - Delay (melengahkan)
Sengaja melengah-lengahkan masa untuk menyalakan / menghisap rokok
dengan melakukan kerja lain sehingga rasa gian hilang
E - Escape (melepaskan diri)
Contoh melakukan aktiviti di kawasan larangan merokok atau menghindarkan
diri dari kumpulan yang sedang merokok
A - Avoid (mengelak)
Mengelak dari apa-apa kaitan dengan rokok
Tidak mengelak pekara yang dapat membantu berhenti merokok
D - Distract (mengalihkan fikiran)
Teknik relaksasi – teknik pernafasan, urutan, meditasi
Fokus minda kepada pelajaran, hobi atau keluarga
Melakukan perkara lain seperti kerja sekolah, kerja-kerja rumah dan
membantu keluarga
50
CADANGAN AKTIVITI UNTUK
MURID SEKOLAH RENDAH
A1
TOPIK 2 : ROKOK DAN KETAGIHAN
AKTIVITI : 2.1 MAKLUMAT TERSEMBUNYI
OBJEKTIF :
i. Memahami kandungan rokok.
LANGKAH :
1. Fasilitator meminta murid berada di dalam bulatan.
2. Fasilitator menggunakan kaedah permainan “kotak beracun” yang
mengandungi kad berkenaan kandungan bahan beracun dalam sebatang
rokok.
3. Fasilitator meminta murid mengambil 1 kad dan menyebut tentang kandungan
bahan beracun dalam sebatang rokok. (Lampiran 2.1.1)
4. Murid menjawab tentang kandungan bahan beracun dalam sebatang rokok.
(Lembaran 2.1.1)
5. Fasilitator dan murid berbincang mengenai maklumat yang didapati.
Bahan Sumber : Kertas edaran, risalah, kad maklumat
A2
LEMBARAN 2.1.1
KANDUNGAN BERACUN DALAM SEBATANG ROKOK
A
S
E
T
O
N
A
A
R
M
S
A
R
I
T
P
S
C
M
R
E
K
L
D
E
S
T
O
U
O
L
D
N
B
S
D
N
T
A
T
I
F
G
E
H
I
L
P
K
X
F
M
O
N
A
S
Z
W
B
U
T
A
N
A
Bulatkan perkataan yang tersembunyi tentang kandungan bahan beracun yang
terdapat dalam sebatang rokok
1.Arsenik 4.Butana 7.DDT
2.Asentol 5.Nikotin 8.Fenol
3.Ammonia 6.Tar
A3
AKTIVITI : 2.2 MEMINDAHKAN MAKLUMAT
OBJEKTIF :
i. Mengetahui kesan nikotin dan ketagihannya.
LANGKAH :
1. Fasilitator menayangkan video iklan tentang kandungan nikotin dalam rokok /
Fasilitator meminta murid mencari maklumat tentang kesan nikotin pada
risalah yang diedarkan. (Lampiran 2.2.1).
2. Fasilitator bersoal jawab dengan murid tentang kandungan video
3. Fasilitator meminta murid secara bergilir-gilir membaca kesan nikotin yang
terdapat dalam rokok secara permainan “saya tengok saya buat saya faham”
4. Murid mengisi peta minda. (Lembaran 2.2.1).
5. Fasilitator mengumpulkan semua murid dan mengkaji semua jawapan
sebagai
satu kelas.
4. Fasilitator memperkembangkan jawapan untuk meluaskan skop
pembelajaran.
Bahan sumber : Kertas edaran, pamplet, risalah
A4
LEMBARAN 2.2.1
KESAN NIKOTIN DAN KETAGIHANNYA
NIKOTIN
KESAN AWAL
1.
2.
3.
4.
KESAN AKHIR
1.
2.
3.
4.
A5
TOPIK 3 : BAHAYA MEROKOK DAN PEROKOK PASIF
AKTIVITI : 3.1 TAHUKAH ANDA
OBJEKTIF :
i. Memahami kesan buruk merokok kepada pelajar/ individu.
ii. Mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok.
LANGKAH :
1. Fasilitator menayangkan gambar atau poster atau tayangan untuk memberi
pengetahuan asas tentang topik yang ingin dibincangkan.
2. Fasilitator bertanya tentang perasaan murid setelah melihat poster tersebut.
3. Fasilitator meminta murid dalam kumpulan menyenaraikan kesan buruk
akibat merokok dan mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok.
4. Murid dalam setiap kumpulan membuat pembentangan.
5. Fasilitator membuat rumusan tentang kesan buruk merokok.
Bahan sumber : Gambar, poster
A6
TOPIK 4 : KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN
PERSEPSI REMAJA TENTANG ROKOK
AKTIVITI : 4.1 MENYUSUN PERKATAAN
OBJEKTIF :
i. Mengetahui kebaikan yang diperolehi jika tidak merokok
LANGKAH :
1. Fasilitator meminta setiap murid menyatakan pendapat masing-masing
mengenai kebaikan jika tidak merokok.
2. Fasilitator mengulas jawapan yang diberikan.
3. Fasilitator meminta murid menyusun huruf menjadi perkataan mengenai
kebaikan tidak merokok. (Lembaran 4.1.1)
4. Fasilitator membuat rumusan.
Bahan sumber : Kertas edaran, bahan dari internet
A7
LEMBARAN 4.1.1
Susun huruf di bawah supaya menjadi perkataan yang berkaitan dengan KEBAIKAN TIDAK
MEROKOK
1. GASEK …………………….
2. AANGTM …………………….
3. CSRAGE …………………….
4. ARIEC …………………….
5. TIMJA …………………….
A8
AKTIVITI : 4.2 MARI BERLAKON
OBJEKTIF :
i. Mengenalpasti persepsi yang betul tentang tabiat merokok di kalangan
remaja.
LANGKAH :
1. Fasilitator membacakan kenyataan berkaitan persepsi remaja tentang tabiat
merokok. Murid mendengar dan bergerak sama ada memasuki petak ya atau
tidak yang disediakan
2. Fasilitator meminta murid menyatakan sebab mereka berbuat demikian (sama
ada ya atau tidak )
3. Fasilitator menyediakan skrip senarai kenyataan mengenai persepsi yang
berkaitan dengan merokok.
4. Fasilitator meminta murid berlakon menggunakan skrip tersebut.
5. Fasilitator meminta murid menyenaraikan persepsi yang betul dan yang salah
tentang tabiat merokok berdasarkan skrip tersebut.
6. Fasilitator meminta maklumat balas tentang apa persepsi murid tentang
tabiat merokok di kalangan remaja.
Bahan sumber : Kertas edaran, skrip lakonan, bahan dari internet
A9
LEMBARAN 4.2.1
Lakonkan skrip persepsi tentang rokok :
A : Bestnya merokok, saya nampak dewasa.
B : Sebenarnya orang yang merokok kurang yakin pada diri sendiri.
A : Saya mudah dapat kawan kalau aku merokok.
B : Kalau awak tak merokok, awak akan dapat lagi ramai kawan sebab ramai yang
tak merokok.
A : Saya akan kurus kalau merokok.
B : Cara yang betul untuk kurus ialah bersenam dan mengamalkan pemakanan
sihat. Kita juga terhindar daripada pelbagai penyakit.
A : Orang merokok nampak macho dan bergaya.
B : Sebenarnya perokok nampak lebih selekeh, tua dan nafas berbau.
A : Tapi kalau saya merokok saya baru dapat ilham.
B : Untuk pengetahuan, merokok tidak mencetuskan ilham tetapi hanya meredakan
ketagih. Ketagihan menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara
produktif.
A10
LEMBARAN 4.2.2
Persepsi Remaja Tentang Tabiat Merokok
PERSEPSI BETUL
PERSEPSI SALAH
A11
TOPIK 5 : PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN
PANDANGAN ISLAM MENGENAI MEROKOK
AKTIVITI : 5.1 TELEFON KARAT
OBJEKTIF :
i. Mengetahui undang-undang berkaitan.
LANGKAH :
1. Fasilitator mengedarkan kepada setiap ketua kumpulan kad yang
mengandungi petikan tentang undang-undang
2. Ketua kumpulan diminta menyampaikan pesanan kepada setiap ahli
kumpulan secara bergilir.
3. Murid yang terakhir diminta membacakan pesanan yang telah disampaikan
4. Fasilitator membuat rumusan.
Bahan sumber : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet
A12
LEMBARAN 5.1.1
Undang-undang Berkaitan Merokok
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI MEROKOK :
Di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004) Pindaan 2011 :
DENDA SEHINGGA RM 1000.00
MELARANG PENJUALAN ROKOK KEPADA MEREKA YANG
BERUMUR DI BAWAH 18 TAHUN
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI MEROKOK :
Di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004) Pindaan 2011 :
DENDA SEHINGGA RM 1000.00
MEREKA YANG BERUMUR DI BAWAH 18 TAHUN DILARANG
MEROKOK, MENGUNYAH, MEMBELI ATAU MEMPUNYAI HASIL
TEMBAKAU
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI MEROKOK :
Di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004) Pindaan 2011 :
DENDA SEHINGGA RM 1000.00
LARANGAN MEROKOK DI KAWASAN-KAWASAN YANG
DIWARTAKAN SEBAGAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK
A13
AKTIVITI : 5.2 LAKONAN DAN TEMURAMAH
OBJEKTIF :
ii. Mengetahui dengan jelas hukum merokok dalam Islam.
iii. Mengetahui kaedah melindungi diri dari merokok
LANGKAH :
1. Fasilitator mengedarkan kepada setiap ketua kumpulan kad yang
mengandungi petikan .
2. Fasilitator meminta murid dalam kumpulan melakonkan sesi temu ramah atau
lakonan yang sesuai
3. Fasilitator membuat rumusan hasil pembentangan murid
Bahan sumber : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet
A14
LEMBARAN 5.1.2
Menurut peruntukan undang-undang, Seksyen 36-Akta Makanan 1983 memperuntukkan bahawa
tembakau, cerut, rokok, tembakau sedut dan bahan-bahan lain sama sahaja terpakai bagi makanan. Diikuti Perintah Kawalan Tembakau 1993 digubal. Kemudian harga rokok dinaikkan, manakala Belanjawan 1995 dibentangkan, duti import telah dinaikkan terhadap rokok. Terakhir, disebabkan umat Islam masih pekak dan bisu tentang bahayanya terhadap kesihatan perokok dan orang yang duduk berdekatan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Islam Ke-37 yang diadakan di Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur pada 23 Mac, 1995 telah menetapkan bahawa "Merokok Adalah Haram Dalam Pandangan Islam".
Tabiat merokok bukan sahaja mempunyai kaitannya dengan aspek kesihatan, ekonomi dan sosial, malahan ia juga melibatkan sudut Agama Islam dan hukum. Sebenarnya, sejak awal lagi Islam telah menegah malah telah mengharamkan tabiat merokok di kalangan umat-umatnya. Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telah pun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar menghayati Islam dan orang beriman sahaja yang telah maklum dan dapat membezakan di antara yang baik dan buruk, di antara yang halal dan haram.
Sebilangan ulama lagi mengeluarkan hujah bahawa merokok adalah haram berdasarkan sesuatu sebab tertentu. Di antara para ulama yang mengeluarkan pendapat bahawa "merokok itu haram" di dalam Islam seperti ulama-ulama Mesir terdiri daripada Asy-Syeikh Ahmad Al-Sanhuri Al-Hanbali dan Syeikh Malikiah Ibrahim Al-Liqani, berpendapat rokok yang diperbuat dari "tembakau" adalah haram dan ditegah dari menggunakannya.
Pendapat-pendapat yang sama juga dikeluarkan oleh Abu Al-Ghais Al-Qashashi Al-Maliki (Maghribi), Ibrahim bin Jam'an dan muridnya Abu Bakar Al-Indal (Yaman), Al-Muhaqiq Abdul Malik Al-Ashomi dan muridnya Muhamad bin I'lan dan Syed Umar Al-Basri (Al-Haramain), Asy-Syeikh Muhamad Khuwajah dan Isa Asy-Syahadi Al-Hanafi dan Makki bin Furukh dan Syed Sa'id Al-Bukhi Al-Madni dan Muhammad Al-Barzanji Al-
A15
Madni Asy-Syafie (Rom). Profesor Doktor Ahmad Shalabi juga menegaskan bahawa merokok yang boleh membahayakan manusia dalam pelbagai segi kehidupan adalah haram sama sekali.
Begitu juga seorang ulama Islam terkenal dewasa kini, Profesor Dr. Yusuf Al-Qardhawi melarang umat-umat Islam makan, minum atau menghisap sesuatu yang dapat membunuh dirinya sama ada cepat atau lambat. Di dalam kitabnya "Al-Halalu Wal Haramu" (Halal dan Haram Dalam Islam),beliau menegaskan: "Rokok (tembakau) itu selama dikatakan berbahaya oleh doktor, maka menghisapnya dihukumkan haram. Lebih-lebih lagi kalau doktor spesialis sudah menetapkan hal tersebut kepada seseorang pesakit".
A16
LEMBARAN 5.1.3
KAEDAH MELINDUNGI DARI ROKOK
Fahami mengapa remaja tertarik kepada rokok.
Terkadang remaja melihat rokok sebagai suatu bentuk pemberontakan atau sebagai cara untuk dapat diterima oleh teman-temannya. Untuk mengetahui lebih jelas keburukan merokok ajaklah murid berbincang mengenai rokok termasuk pandangannya mengenai rokok tersebut.
Katakan tidak pada rokok.
Nyatakan tentang bahaya merokok. katakan tidak pada rokok.
Rokok bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan
Tunjukkan bahawa merokok bukanlah sesuatu hal yang dapat dibanggakan. Rokok menyebabkan nafas berbau, membuat gigi menjadi kuning, menyebabkan batuk & kehilangan tenaga untuk dapat melakukan aktiviti sukan ataupun kegiatan lain.
Rokok membazirkan wang.
Merokok adalah mahal. Bantumereka untuk mengira wang yang perlu dibelanjakan untuk merokok selama seminggu, sebulan ataupun setahun. Bandingkan wang tersebut dengan barang elektronik ataupun barang lain yang dapat diperoleh apabila tidak merokok.
Berikan gambaran mengenai masa depan mereka.
Murid cenderung percaya bahawa mereka tidak akan terkena akibat buruk dari rokok. Tetapi masalah kesihatan seperti kanser, serangan jantung & stroke sangat berisiko dialami oleh mereka yang merokok. Berilah contoh orang yang anda kenal yang menderita kerana rokok.
A17
TOPIK 6: FAEDAH BERHENTI MEROKOK
AKTIVITI : 6.1 PERKATAAN SEERTI
OBJEKTIF :
i. Mengetahui faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok.
LANGKAH :
1. Fasilitator meminta murid menyatakan apa yang mereka tahu tentang faedah
yang diperolehi jika berhenti merokok.
2. Fasilitator dan murid bersoal jawab.
6. Fasilitator meminta murid mencari perkataan seerti yang membawa maksud
berkaitan faedah berhenti merokok. (Lembaran 6.1.1)
Bahan sumber : Kertas edaran, bahan dari internet
A18
LEMBARAN 6.1.1
Cari perkataan sama erti yang berkaitan dengan faedah berhenti merokok.
1.Hidup lebih lama
P
U
2. Tiada penyakit
T
3.Tidak Kotor
B
4. Tidak Boros
T
5. Jadi contoh
D
6.. Nafas tidak berbau
A
A19
TOPIK 7 : PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK
AKTIVITI : 7.1 BERSEDIAKAH ANDA
OBJEKTIF :
i. Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok.
ii. Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok.
LANGKAH :
1. Fasilitator menyediakan kertas edaran yang meringkaskan isi penting tentang
persiapan awal untuk berhenti merokok. (Lampiran 7.1.1).
2. Fasilitator menerangkan tentang persiapan awal untuk berhenti merokok dan
meminta murid melengkapkan maklumat dalam lembaran yang diedarkan.
(Lembaran 7.1.1) .
Bahan sumber : Kertas edaran, modul Kementerian Kesihatan, bahan dari
internet
A20
LAMPIRAN 7.1.1
1. Cara berhenti merokok :
1.1 Berhenti merokok secara ………………………………………………..
1.2 Berhenti merokok secara ……………………………………………….
2. Hari berhenti;
2.1 Tentukan tarikh untuk berhenti - catat …………………………...
2.2 Pilih hari yang penting; Contohnya ………………………………
3. Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti
A.Pelan berhenti – gunakan STAR
S (Set) - ……………………………………………………………………..
……………………………………………………………………..
T (Tell) - ……………………………………………………………………..
……………………………………………………………………..
A (Anticipate challenges) - …………………………………………………
………………………………………………...
R (Remove) - ……………………………………………………………….
……………………………………………………………….
A21
B. Aktiviti lain yang perlu dilakukan :
1. Kurangkan ……………………………………………………………………………..
2. Minum ……………………………………………………………………………………
3. Mulakan ………………………………………………………………………………....
4. Senaraikan semua ……………………………………………………………….........
……………………………………………………………………………………………
5. Dapatkan …………………………………………………………………………………
6. Wujudkan …………………………………………………………………………………
4. Bantuan untuk hari berhenti
a. Buang ………………………………………………………………………………
b. Tukar ……………………………………………………………………………….
c. Jangan……………………………………………………………………………...
d. Jangan bersama ………………………………………………………………......
e. Basuh ………………………………………………………………………………
f. Jauhi tempat ……………………………………………………………………….
g. Berada ……………………………………………………………………………....
h. Sibukkan ………………………………………………………………………….
i. Jika Berjaya ………………………………………………………………………….
j. Jumpa doktor gigi……………………………………………………………………
A22
7. Tanda-tanda awal apabila berhenti merokok
a) Pening …………………………………………………………………………. ……
……………………………………………………………………………………………..
b) Kebas …………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..
c) Batuk ………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….
d) Selera …………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
e) Mulut ………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….
f) Sembelit ……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..
g) Perasaan gian……………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………..
h) Gelisah ……………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..
A23
AKTIVITI : 7.2 AKHBAR DALAM DARJAH
OBJEKTIF :
i. Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok.
LANGKAH :
1. Fasilitator membahagikan murid dalam kelas kepada beberapa kumpulan
kecil.
2. Fasilitator mengedarkan bahan keratan akhbar berkaitan pengalaman
individu berhenti merokok untuk dikongsi bersama dengan ahli kumpulan.
3. Fasilitator meminta wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil
dapatan kumpulan mereka.
4. Fasilitator memperkembangkan jawapan untuk meluaskan skop
pembelajaran.
Bahan sumber : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet
A24
TOPIK 8 : MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN)
DAN
MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK
AKTIVITI : 8.1 FIKIR-FIKIRKAN
OBJEKTIF :
i. Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya.
LANGKAH :
1. Fasilitator bersoal jawab dengan murid mengenai tanda-tanda gian
merokok .
2. Fasilitator meminta murid berkongsi pengalaman mereka.
3. Fasilitator mengedarkan lembaran kerja berkaitan dengan tanda-tanda
gian dan cara mengatasinya. (Lembaran 8.1.1 dan Lampiran 8.1.1)
4. Fasilitator membuat rumusan.
Bahan sumber : Kertas edaran, bahan dari internet
A25
AKTIVITI : 8.2 STESEN SIMULASI
OBJEKTIF :
i. Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya.
LANGKAH :
1. Fasilitator membahagikan murid kepada kumpulan kecil .
2. Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan bergerak ke stesen yang telah
ditandakan.
3. Setiap ahli kumpulan melakukan simulasi seperti arahan yang terdapat
pada setiap stesen.
4. Fasilitator membuat rumusan mengenai kaedah mengatasi gian.
Bahan sumber : Kertas edaran, kad arahan
A26
LEMBARAN 8.1.1
Bulatkan penyataan yang berkaitan dengan tanda-tanda gian merokok dan tuliskan
perkataannya di ruang yang disediakan.
1. ……………………………………………………
2. …………………………………………………...
3. ……………………………………………………
4. …………………… ………………………………
5. ……………………………………………………
6. ……………………………………………………
7. ……………………………………………………
SUKA KETAWA SUSAH TIDUR CEPAT MARAH
KURANG SABAR SANGAT SABAR SENANG TIDUR
TUMPUAN PENUH GELISAH TENANG
KURANG AKTIF AKTIF KURANG TUMPUAN
A27
LAMPIRAN 8.1.
CARA MENGATASI GIAN
Stesen 1
KUNYAH SESUATU SEPERTI GULA GETAH
…………………………………………..
Stesen 2
MEMBUAT SESUATU DENGAN TANGAN SEPERTI MENAIP DAN MELUKIS
………………………………………
Stesen 3
BUAT KERJA YANG SUSAH SEPERTI MEMBASUH KERETA
………………………………………
Stesen 4
BERSENAM
………………………………………
Stesen 5
UPACARA AGAMA MASING-MASING
(Bersolat , berwirid dll)
A28
AKTIVITI : 8.3 KATAKAN TAK NAK
OBJEKTIF :
ii. Kaedah mengekalkan status tidak merokok.
LANGKAH :
1. Fasilitator membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Fasilitator meminta murid membuat iklan dan ikrar untuk tidak merokok.
3. Fasilitator mengumpul semula semua murid dan meminta setiap kumpulan
membuat pembentangan.
4. Fasilitator membuat rumusan dan membimbing murid bersenam gaya
hidup sihat.
Bahan sumber : Bahan dari internet
A29
CADANGAN AKTIVITI UNTUK
MURID SEKOLAH MENENGAH
B1
TOPIK 2 : ROKOK DAN KETAGIHAN AKTIVITI : Mencari maklumat OBJEKTIF : i. Memahami kandungan rokok ii. Mengetahui kesan nikotin dan ketagihannya MASA : 30-60 minit ALAT : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet, pamplet, brosur LANGKAH : 1. Fasilitator membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Fasilitator mengedarkan bahan sumber kepada kumpulan pelajar. 3. Fasilitator meminta pelajar mencari maklumat dalam kumpulan kecil dengan
menggunakan Lembaran 1.1, 1.2 dan 1.3 ( satu pertandingan dalaman boleh dijalankan untuk menggalakkan penyertaan. )
4. Fasilitator mengumpulkan semua pelajar dan mengkaji semua jawapan
sebagai satu kelas. 5. Fasilitator memperkembangkan jawapan untuk meluaskan skop
HIDROGEN SIANIDA (Racun yang digunakan dalam kebuk gas)
NIKOTIN (Racun yang digunakan dalam kebuk gas)
ASETON (Penanggal cat)
KADMIUM (Digunakan dalam bateri kereta)
NAFTALENA (UBAT GEGAT)
ARSENIK (RACUN ANAI-ANAI)
BENZOPYRINE BUTANA POLONIUM 201 NAPTHYLAMINE
METANOL FENOL NAFTALENA TOLUENA
B4
Lembaran 1.3
Nikotin dan Kesan Ketagihan
B5
TOPIK 3 : BAHAYA MEROKOK DAN PEROKOK PASIF AKTIVITI : 3.1 Minda Ingin Tahu OBJEKTIF : i. Memahami kesan buruk merokok kepada pelajar/ individu ii. Mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok MASA : 30-60 minit LANGKAH : 1. Fasilitator menanya soalan yang menarik untuk merangsang perasaan ingin
tahu pelajar tentang topik yang fasilitator ingin bincangkan. Soalan itu haruslah soalan yang fasilitator jangkakan tidak ramai pelajar yang tahu jawapannya.
Contoh soalan; Pengetahuan umum : Mengapa kita perlu adakan kempen tidak merokok? Bagaimana Menurut pakar perubatan apakah penyakit
kronik yang dikaitkan dengan bahaya merokok? Bagaimana : Bagaimana merokok boleh menjejaskan prestasi akademik dan kokurikulum? Bagaimanakah penampilan diri seorang perokok? Definisi : Apa yang dimaksudkan dengan perokok pasif? 2. Fasilitator menggalakkan spekulasi dan tekaan liar. Gunakan frasa seperti
“cuba teka”. 3. Fasilitator jangan memberikan maklumat balas dengan segera. Terima
semua tekaan. Fasilitator cuba timbulkan perasaan ingin tahu dengan jawapan yang sebenar.
Gunakan soalan sebagai petunjuk atau klu kepada apa-apa yang hendak fasilitator ajar. Masukkan jawapan ke dalam penyampaian fasilitator
B6
AKTIVITI : 3.2 Pembahagian Kad
LANGKAH :
1. Fasilitator mengedar kepada setiap pelajar kad indeks yang mengandungi maklumat penyakit yang dikaitkan dengan merokok . ( Lampiran 3.2.1- Penyakit Kanser dan Lampiran 3.2.2 - Penyakit Kronik)
2. Fasilitator meminta pelajar berlegar-legar di dalam kelas dan mencari pelajar lain yang mempunyai kad yang sama kategorinya. (Fasilitator boleh umumkan kategori terlebih dahulu atau pun membiarkan pelajar mencarinya)
3. Fasilitator meminta pelajar yang sama kategorinya tampil ke hadapan kelas.
4. Apabila setiap kategori telah ditampilkan, fasilitator memberikan tip atau isi-isi pelajaran yang difikirkan penting.
*Gunakan soalan sebagai petunjuk atau klu kepada apa-apa yang hendak fasilitator ajar. Masukkan jawapan ke dalam penyampaian fasilitator
B7
LEMBARAN 3.2.1
PENYAKIT KANSER
PARU-PARU KANSER PARU-PARU
KANSER MULUT
KANSER PANGKAL RAHIM
KANSER PERUT
KANSER HATI
KANSER OESOPHAGUS (TEKAK)
KANSER BUAH PINGGANG
B8
LAMPIRAN 3.2.2
PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK
PENYAKIT PARU-PARU KRONIK
(EMPHYSEMA)
ANGIN AHMAR / STROK
SERANGAN SAKIT JANTUNG DAN
LEMAH JANTUNG
KEROSAKAN BUAH PINGGANG
KEBUTAAN
B9
TOPIK 4 : KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN PERSEPSI REMAJA TENTANG ROKOK
AKTIVITI : Debat OBJEKTIF : i. Mengetahui kebaikan yang diperolehi jika tidak merokok MASA : 30-60 minit BAHAN : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet berkaitan tajuk kebaikan tidak merokok. LANGKAH : 1. Fasilitator membahagikan pelajar dalam kelas kepada dua kumpulan iaitu A
dan B. Fasilitator membuat kenyataan yang membahaskan isu berkaitan merokok; Merokok “Padah atau Faedah”
2. Mulakan pendebatan dengan meminta jurucakap mengemukakan hujah dan
mereka. 3. Teruskan perdebatan. Minta jurucakap pembangkang memberikan “hujah
balas”. (Lakukan secara selang seli). 4. Pada waktu yang sesuai, tamatkan perdebatan. Kumpulkan seluruh kelas
dalam bulatan. Adakan perbincangan seluruh kelas tentang apa yang dipelajari oleh mereka tentang isu daripada perdebatan tadi.
B10
AKTIVITI : 4.2 Benar atau Palsu OBJEKTIF : i. Mengenalpasti persepsi yang betul tentang tabiat merokok dikalangan remaja. LANGKAH : 1. Fasilitator menyediakan senarai kenyataan yang berkaitan dengan rokok di
mana separuhnya benar dan separuhnya lagi palsu. Contohnya. “Merokok nampak macho” adalah palsu dan “Remaja yang tidak merokok adalah lebih matang dan dewasa” adalah benar .
2. Tulis setiap kenyataan itu di atas kad indeks yang berlainan. Pastikan ada
kad yang sama banyak dengan bilangan pelajar di dalam kelas. 3. Fasilitator mengedarkan kad kepada semua pelajar . Beritahu misi mereka
adalah untuk menentukan kad yang benar dan yang palsu. 4. Apabila peserta terakhir selesai membaca setiap kad dapatkan pendapat
kelas tentang kebenaran atau kepalsuan kenyataan itu. Fasilitator memberi maklumat balas tentang setiap kad.
B11
Lembaran 4.2
KENYATAAN PERSEPSI TENTANG MEROKOK
Persepsi salah Fakta sebenar
Merokok melambangkan kedewasaan
Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih matang dan dewasa.
Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin pada diri sendiri.
Dengan merokok seseorang itu mudah dapat kawan
Apa guna mendapat kawan sekiranya member pengaruh negatif terhadap anda.
Dengan tidak merokok, remaja akan mendapat ramai kawan yang baik kerana majoriti remaja adalah tidak merokok.
Merokok boleh mengekalkan kelangsingan badan
Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan kelangsingan badan.
Cara yang betul ialah dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.
Ini akan menjadikan remaja lebih sihat dan terhindar daripada berbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung , kanser dan lain-lain.
Merokok melambangkan kehebatan (Macho) bagi lelaki dan bergaya (Trendy) untuk perempuan
Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah ciptaan palsu yang diketengahkan oleh pengeluar rokok melalui iklan.
Sebenarnya perokok kelihatan lebih selekeh, kulit kusam, nampak tua dan nafas berbau.
Merokok merupakan sumber ilham
Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham tetapi hanya sekadar meredakan ketagihan.
Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara produktif.
B12
TOPIK 5 : PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PANDANGAN ISLAM MENGENAI MEROKOK
AKTIVITI : Bertemu Dengan Tetamu OBJEKTIF : i. Mengetahui undang-undang berkaitan. ii. Mengetahui dengan jelas hukum merokok dalam Islam. iii. Mengetahui kaedah melindungi diri dari merokok MASA : 30-60 minit LANGKAH : 1. Fasilitator menjemput penceramah tamu untuk berceramah di kelas sebagai
pakar subjek yang sedang dibincangkan. 2. Fasilitator memberitahu terlebih dahulu kepada penceramah tamu bahawa
sesi kelas itu akan dikendalikan seperti sidang akhbar.Untuk menepati format itu, penceramah harus menyediakan beberapa kenyataan permulaan yang ringkas dan kemudian bersedia menjawab soalan daripada “akhbar”.
3. Sebelum penceramah tamu tiba,fasilitator sediakan pelajar dengan
membincangkan bagaimana sidang akhbar dijalankan dan memberi mereka peluang untuk menyediakan beberapa soalan untuk ditanya kepada penceramah tamu.
B13
TOPIK 6 : FAEDAH BERHENTI MEROKOK
AKTIVITI : Peta Minda (Mind mapping) OBJEKTIF : i. Mengetahui faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok. MASA : 30-60 minit LANGKAH : 1. Fasilitator memilih topik untuk pemetaan minda “Faedah berhenti merokok”. 2. Fasilitator mengedarkan pen, kertas dan alat tulis untuk kegunaan pelajar
mencipta peta minda yang berwarna warni dan berbentuk grafik.
3. Fasilitator memberikan masa secukupnya untuk pelajar mengembangkan peta minda mereka. Fasilitator menggalakkan pelajar melihat kerja orang lain bagi merangsang idea mereka.
4. Fasilitator meminta pelajar berkongsai peta minda mereka dengan pelajar
lain. Kendalikan perbincangan tentang tajuk yang telah digambarkan secara kreatif melalui peta minda yang dihasilkan oleh pelajar.
B14
TOPIK 7 : PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK AKTIVITI 7.1 : Kajian Kes - Ini ada satu masalah… OBJEKTIF : i. Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok. ii. Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok MASA : 30-60 minit LANGKAH :
i. Fasilitator membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan diberikan satu masalah untuk diselesaikan.
ii. Fasilitator kemudian meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. (Peringatan; keputusan kumpulan diambil atas suara majoriti).
iii. Selepas semua kumpulan selesai membuat pembentangan,fasilitator membuat kesimpulan
Rizal ( Bukan nama sebenar). Banting, Selangor.
Saya berumur 18 tahun.Masih menuntut dan tidak mendapat sebarang tajaan.
Masalahnya,saya perokok tegar dan ingin menjimatkan wang dengan berhenti
merokok. Setiap kali mencuba, saya gagal. Harap bantu.
B15
AKTIVITI 7.2 : Mengambil nota secara terbimbing OBJEKTIF : i. Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok. ii. Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok MASA : 30-60 minit ALAT : Lampiran 7 LANGKAH : 1. Fasilitator ,menyediakan kertas edaran yang meringkaskan isi penting topik
berbentuk syarahan yang akan fasilitator berikan (Lampiran 7). 2. Tinggalkan sebahagian daripada teks itu kosong dan jangan berikan teks
lengkap. 3. Edarkan kertas edaran kepada pelajar. Jelaskan bahawa fasilitator sudah
menyediakan ruang kosong untuk membantu mereka mendengar dengan aktif pengajaran fasilitator berbentuk syarahan.
B16
Lampiran 7
1. Cara berhenti merokok;
1.1 ………………………………………………………………………..
1.2 ………………………………………………………………………..
2. Hari berhenti;
2.1 Tentukan tarikh untuk berhenti - catat …………………………...
2.2 Pilih hari yang penting; Contohnya ………………………………
3. Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti
A. Pelan berhenti – gunakan STAR
S (Set) - ……………………………………………………………………..
……………………………………………………………………..
T (Tell) - ……………………………………………………………………..
……………………………………………………………………..
A (Anticipate challenges) - …………………………………………………
………………………………………………...
R (Remove) - ……………………………………………………………….
……………………………………………………………….
B. Aktiviti lain yang perlu dilakukan;
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
B17
4. Bantuan untuk hari berhenti
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
5. Tanda-tanda awal apabila berhenti merokok
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
B18
TOPIK 8: MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN) DAN MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK AKTIVITI 8.1 : Dalam Surat Khabar OBJEKTIF : i. Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya. ii. Kaedah mengekalkan status tidak merokok. MASA : 30-60 minit ALAT : “Keratan akhbar /majalah,sumber dari internet”
LANGKAH : 1. Fasilitator membahagikan pelajar dalam kelas kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Fasilitator mengedarkan bahan “keratan akhbar” untuk dikongsi bersama
dengan ahli kumpulan dan meminta mereka berkongsi bahan. 3. Fasilitator mengumpul semula semua pelajar dan meminta wakil daripada
setiap kumpulan kecil berkongsi bahan mereka dengan pelajar lain. 4. Semasa kumpulan membuat laporan, fasilitator mendengar perkara penting
yang akan fasilitator gunakan untuk dipersembahkan di dalam kelas dan fasilitator menggunakan maklumat itu bagi menggalakkan perbincangan.