Top Banner
Bil: 40 RABU, 19 SEPTEMBER 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN Penyusun: Ismail Dahaman Harga: RM10.00 Buku Garis panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua diterbitkan ber- tujuan untuk memperkasakan bahasa Melayu melalui pelbagai saluran penyampaian maklumat bahasa kepada masyarakat peng- guna bahasa. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah penamaan syarikat, bangunan, kawasan peru- mahan, tempat awam dan jalan. Selain mengandungi koleksi nama dan ungkapan yang melam- bangkan citra kebangsaan, kata dan ungkapan dalam buku ini disusun secara lebih komprehensif dengan memuatkan lebih banyak kata dan ungkapan. Turut dimuatkan ialah tambahan lampiran untuk pengguna bahasa membuat pilihan nama yang indah dan betul kerana penciptaan nama khas memerlukan kreativiti dan keupayaan memilih kata yang se- suai. Buku ini merupakan susulan daripada cetakan pertama yang mendapat sambutan amat baik daripada masyarakat pengguna bahasa, khususnya pihak berkuasa tempatan, syarikat dan pemaju perumahan. BH PILIH L1 19 emel BBSN Memacu Pembinaan Negara Bangsa “K ementerian telah mem- berikan keutamaan yang amat tinggi kepada gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan dengan meletakkannya sebagai Teras Pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu Membina Negara Bang- sa ” kata Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein semasa merasmikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) Peringkat Kebangsaan 2007 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu pada 9 September yang lalu. Menurut beliau lagi, demi kepen- tingan bahasa dan budaya bangsa, setiap pihak harus memahami bahawa tindakan semua pihak hendaklah seiring dan langkah bagi memastikan dasar yang melibatkan bahasa dan budaya bangsa tidak terjejas kerana kealpaan manusia. Dalam abad ke-21 yang serba pantas, masa yang terbazir mungkin mem- bawa kesan yang amat besar hingga menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan. Selanjutnya beliau menegaskan, “Saya percaya jika kita bersama- sama menumpukan fikiran, tenaga dan usaha, perjuangan kita untuk melihat bahasa kebangsaan diper- kasa dan mempunyai tempat yang tinggi di dalam negara dan pada peringkat antarabangsa akan men- jadi realiti. Asalkan kita bersatu hati dan berusaha bersama-sama, perka- ra ini akan menjadi kenyataan.” Dalam ucapannya, beliau antara lain menekankan bahawa matlamat program BBSN diadakan adalah untuk memantapkan jati diri dan citra bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan di samping memperkuat kecintaan dan kemegah- an terhadap kedua-duanya serta mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan. Turut hadir pada majlis perasmian ini ialah Timbalan Menteri Pelajaran, YB Datuk Noh Omar, Menteri Besar Terengganu yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah. Kira-kira 2000 orang telah membanjiri majlis perasmian dan ekspo BBSN yang diadakan selama enam hari dari 4 hingga 10 September yang lalu. Pelaksanaan program dan pel- bagai kegiatan BBSN pada tahun ini bukan sahaja mengambil kira PIPP tetapi juga memberikan tumpuan ke arah usaha menjadikan sambut- an jubli emas kemerdekaan negara lebih bermakna. Justeru, tema yang dipilih ialah Bahasa Jiwa Bangsa. Pelaksanaan BBSN tahun ini juga dijuruskan kepada usaha memperse- gar semangat kecintaan masyarakat daripada segenap lapisan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan, sekali gus memperkukuh kem- bali keyakinan mereka terhadap keupayaan serta potensi bahasa kebangsaan sebagai bahasa komu- nikasi sosial dan perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengucapan budaya tinggi. Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, dalam ucapan alu-aluan beliau menegaskan bahawa tujuan BBSN diadakan setiap tahun adalah untuk mengajak seluruh masyarakat mengisi, menjiwai dan menghayati Perkara 152, Perlembagaan Negara melalui pelbagai kegiatan keba- hasaan, kesusasteraan dan kesenian yang diadakan di seluruh negara. Sempena perasmian BBSN Peringkat Kebangsaan ini, Dewan Eja Pro turut dilancarkan oleh Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussien. Perisian yang dihasilkan adalah usaha sama DBP dengan sya- rikat The Name Technology (TNT). Dewan Eja Pro merupakan perisian yang terbaik untuk menyemak ejaan bahasa Melayu. Perisian ini mengandungi hampir 250,000 patah perkataan dan memuatkan kamus- kamus terbitan DBP sebagai rujuk- an, antaranya Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris - Melayu Dewan, kamus-kamus istilah bidang kimia, fizik dan biologi. Di samping sebagai penyemak ejaan, perisian ini juga berfungsi sebagai e-kamus atau kamus elek- tronik yang membolehkan pengguna mengetahui makna perkataan dan padanan istilah. Perisian ini berin- tegrasi dengan perisian-perisian terkemuka seperti Microsoft Office, Open Office dan Adobe Indesign serta berfungsi dalam Personel Digital Assistans (PDA) dan telefon bimbit pintar bagi memudahkan rujukan dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. PEMBERITAHUAN Kumpulan Esei Jubli Emas DBP: Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran Penulis: Hamzah Hamdani Penerbit: DBP Galeri Ilmu DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini menjual buku baharu yang memuatkan sebanyak 71 esei sastera tradisional dan moden yang menyentuh soal sejarah, tokoh, kritikan, isu dan cabaran masa depan karya kar- yawan DBP. Dapatkan segera dengan harga RM100.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung. Hubungi Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka segera di talian telefon 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Oleh Abang Patdeli Abang Muhi dan Siti Ruzaiha Mohd Riffin MUNSYI Bulan September pula Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Bulan Ogos bulan kemerdekaan. Khemah Bahasa Memupuk Perpaduan Kaum 10 GARIS PANDUAN MENAMAI SYARIKAT, BANGUNAN, KAWASAN PERUMAHAN, TEMPAT AWAM DAN JALAN Saya percaya jika kita bersama-sama menumpukan fikiran, tenaga dan usaha, perjuangan kita untuk melihat bahasa kebangsaan diperkasa dan mempunyai tempat yang tinggi di dalam negara dan pada peringkat antarabangsa akan menjadi realiti" YB Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia SATU MATLAMAT: (Dari kiri) Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Datuk Noh Omar, wakil Menter Besar Terengganu Datuk Rosol Wahid, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Johan Jaafar semasa majlis Perasmian BBSN Peringkat Kebangsaan 2007 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu. Koleksi Terbaik Puisi Sains Bermontaj 15
1

GARIS BBSN Memacu Pembinaan Negara Bangsa · Asalkan kita bersatu hati dan berusaha bersama-sama, perka-ra ini akan menjadi kenyataan.” Dalam ucapannya, beliau antara ... kimia,

Mar 18, 2019

Download

Documents

dangngoc
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: GARIS BBSN Memacu Pembinaan Negara Bangsa · Asalkan kita bersatu hati dan berusaha bersama-sama, perka-ra ini akan menjadi kenyataan.” Dalam ucapannya, beliau antara ... kimia,

Bil: 40 RABU, 19 SEPTEMBER 2007

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

Penyusun: Ismail DahamanHarga: RM10.00

Buku Garis panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua diterbitkan ber-tujuan untuk memperkasakan bahasa Melayu melalui pelbagai saluran penyampaian maklumat bahasa kepada masyarakat peng-guna bahasa.

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah penamaan syarikat, bangunan, kawasan peru-mahan, tempat awam dan jalan.

Selain mengandungi koleksi nama dan ungkapan yang melam-bangkan citra kebangsaan, kata dan ungkapan dalam buku ini disusun secara lebih komprehensif dengan memuatkan lebih banyak kata dan ungkapan.

Turut dimuatkan ialah tambahan lampiran untuk pengguna bahasa membuat pilihan nama yang indah dan betul kerana penciptaan nama khas memerlukan kreativiti dan keupayaan memilih kata yang se-suai.

Buku ini merupakan susulan daripada cetakan pertama yang mendapat sambutan amat baik daripada masyarakat pengguna bahasa, khususnya pihak berkuasa tempatan, syarikat dan pemaju perumahan.

BH PILIH L1 19 emel

BBSN Memacu Pembinaan Negara Bangsa

“Kementerian telah mem-berikan keutamaan yang amat tinggi kepada

gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan dengan meletakkannya sebagai Teras Pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu Membina Negara Bang-sa ” kata Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein semasa merasmikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) Peringkat Kebangsaan 2007 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu pada 9 September yang lalu.

Menurut beliau lagi, demi kepen-tingan bahasa dan budaya bangsa, setiap pihak harus memahami bahawa tindakan semua pihak hendaklah seiring dan langkah bagi memastikan dasar yang melibatkan bahasa dan budaya bangsa tidak terjejas kerana kealpaan manusia. Dalam abad ke-21 yang serba pantas, masa yang terbazir mungkin mem-bawa kesan yang amat besar hingga menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan.

Selanjutnya beliau menegaskan, “Saya percaya jika kita bersama-sama menumpukan fikiran, tenaga dan usaha, perjuangan kita untuk melihat bahasa kebangsaan diper-kasa dan mempunyai tempat yang tinggi di dalam negara dan pada peringkat antarabangsa akan men-jadi realiti. Asalkan kita bersatu hati dan berusaha bersama-sama, perka-ra ini akan menjadi kenyataan.”

Dalam ucapannya, beliau antara lain menekankan bahawa matlamat program BBSN diadakan adalah untuk memantapkan jati diri dan citra bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan di samping memperkuat kecintaan dan kemegah-an terhadap kedua-duanya serta mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.

Turut hadir pada majlis perasmian ini ialah Timbalan Menteri Pelajaran, YB Datuk Noh Omar, Menteri Besar Terengganu yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah. Kira-kira

2000 orang telah membanjiri majlis perasmian dan ekspo BBSN yang diadakan selama enam hari dari 4 hingga 10 September yang lalu.

Pelaksanaan program dan pel-bagai kegiatan BBSN pada tahun ini bukan sahaja mengambil kira PIPP tetapi juga memberikan tumpuan ke arah usaha menjadikan sambut-

an jubli emas kemerdekaan negara lebih bermakna. Justeru, tema yang dipilih ialah Bahasa Jiwa Bangsa. Pelaksanaan BBSN tahun ini juga dijuruskan kepada usaha memperse-gar semangat kecintaan masyarakat daripada segenap lapisan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan, sekali gus memperkukuh kem-bali keyakinan mereka terhadap keupayaan serta potensi bahasa kebangsaan sebagai bahasa komu-nikasi sosial dan perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengucapan budaya tinggi.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, dalam ucapan alu-aluan beliau menegaskan bahawa tujuan BBSN diadakan setiap tahun adalah untuk mengajak seluruh masyarakat mengisi, menjiwai dan menghayati Perkara 152, Perlembagaan Negara melalui pelbagai kegiatan keba-hasaan, kesusasteraan dan kesenian yang diadakan di seluruh negara.

Sempena perasmian BBSN Peringkat Kebangsaan ini, Dewan Eja Pro turut dilancarkan oleh Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussien. Perisian yang dihasilkan adalah usaha sama DBP dengan sya-rikat The Name Technology (TNT). Dewan Eja Pro merupakan perisian yang terbaik untuk menyemak ejaan bahasa Melayu. Perisian ini

mengandungi hampir 250,000 patah perkataan dan memuatkan kamus-kamus terbitan DBP sebagai rujuk-an, antaranya Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris - Melayu Dewan, kamus-kamus istilah bidang kimia, fizik dan biologi.

Di samping sebagai penyemak ejaan, perisian ini juga berfungsi sebagai e-kamus atau kamus elek-tronik yang membolehkan pengguna mengetahui makna perkataan dan padanan istilah. Perisian ini berin-tegrasi dengan perisian-perisian terkemuka seperti Microsoft Office, Open Office dan Adobe Indesign serta berfungsi dalam Personel Digital Assistans (PDA) dan telefon bimbit pintar bagi memudahkan rujukan dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

PEMBERITAHUAN

Kumpulan Esei Jubli Emas DBP: Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran Penulis: Hamzah Hamdani Penerbit: DBP

Galeri Ilmu DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini menjual buku baharu yang memuatkan sebanyak 71 esei sastera tradisional dan moden yang menyentuh soal sejarah, tokoh, kritikan, isu dan cabaran masa depan karya kar-yawan DBP.

Dapatkan segera dengan harga RM100.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung.

Hubungi Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka segera di talian telefon 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Oleh Abang Patdeli Abang Muhi dan Siti Ruzaiha Mohd Riffin

MUNSYI

Bulan September pulaBulan Bahasa dan Sastera Negara.

Bulan Ogosbulan kemerdekaan.

KhemahBahasaMemupuk Perpaduan Kaum

10

GARIS PANDUAN MENAMAI SYARIKAT, BANGUNAN, KAWASAN PERUMAHAN, TEMPAT AWAM DAN JALAN

Saya percaya jika kita bersama-sama menumpukan fikiran, tenaga dan usaha, perjuangan kita untuk melihat bahasa kebangsaan diperkasa dan mempunyai tempat yang tinggi di dalam negara dan pada peringkat antarabangsa akan menjadi realiti"YB Datuk Sri Hishammuddin

Tun HusseinMenteri Pelajaran Malaysia

SATU MATLAMAT: (Dari kiri) Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Datuk Noh Omar, wakil Menter Besar Terengganu Datuk Rosol Wahid, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Johan Jaafar semasa majlis Perasmian BBSN Peringkat Kebangsaan 2007 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu.

KoleksiTerbaikPuisi Sains Bermontaj

15