PendahuluanMasyarakatMelayu merupakan salah sebuahmasyarakatyang
terbesarbilangannyadirantau Nusantara ini. Hal ini dapat
diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya
dibumiMalaysia.Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak
sebelum terbinanya
empayarKesultananMelayuMelakalagikira-kira500tahun\yanglalu.Ketikainibolehdikatakanbahawa
masyarakat Melayuadalah antaramasyarakatyang tinggi
ketamadunannyakeranadenganwujudnyaempayarpemerintahanKesultananMelayuMelaka,SemenanjungTanahMelayuterutamanyadinegeriMelakatelahmenjalankankegiatanperdagangandenganpedagang-pedagangdariluarnegaraterutamanyadariArab,Parsi,India,Chinadanlain-lain
lagi.Konsep dan Definisi BudayaPengertian budaya secara umum
difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggotamasyarakat,
yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti
peralatan, teknologi,pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya.
Itu juga boleh diteliti dari segi budaya materialdan budaya bukan
material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya
itudengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu
menyatakan secarasimbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala
perlakuan dan penghasilan budaya itudapat difahami oleh masyarakat
yang mendokong budaya itu.Budaya juga dapat membezakan sesuatu
masyarakat dengan masyarakat yang lain.Budaya sesuatu masyarakat
dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara.Di
Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan
kebangsaan, namununsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan
India turut diambil kira. Secara
amnyaterdapatbeberapapendapatataudefinisimengenaibudayayangberbeza-bezamengikutpengkaji.
Akan tetapimaksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa
konotasiyang sama atauserupa maknanya.Kata budayaitu
berasaldaripada
cantumanbahasaSanskritdanbahasaMelayuiaitu;Budhi(Sanskrit):
kecergasanfikirandanakal.Inibermaksudbudayaituadalahkecergasan
akalfikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran
merekadalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari
jalan penyelesaiankepada permasalahan tersebut
Gambaran Kebudayaan Melayu dalam Institusi Politik, Ekonomi,
Sosial, Bahasa sertaKesusasteraan1.0PolitikMasyarakatMelayuPolitik
ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.
Walaupunperkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada
kerajaan, tingkah laku politik jugaboleh didapati di korporat,
akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses
politikmembentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik
manusia awal berbentukkumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat
(clan), dan suku kaum ( tribes ) danberkembang menjadi
kerajaan.Budaya politik pula dikaitkan dengan kewujudan rantaian
sikap, tingkah laku,kepercayaan dan emosi yang mencorakkan aktiviti
politik dalam setiap anggota sesuatukelompok. Pada dasarnya, budaya
politik mengandungi satu kepercayaan yang bolehmenggambarkan dan
nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik. Menurut
AhmadNizamuddin (2002), budaya politik merangkumi perlakuan,
tingkah laku, penglibatan,persepsi, kepercayaan, jangkaan dan
harapan anggota masyarakat di dalam lingkunganpolitik
masyarakatnya. Perkembangan budaya politik dalam konteks masyarakat
majmuk diMalaysia yang menunjukkan betapa masyarakat telah berubah
dari sifat feudal kepada erapenyesuaian kepada demokrasi moden dan
kemudiannya melahirkan budaya neo-feudaldan menuju kearah yang
lebih sivi
Sistem
DemokrasiSebelumkedatangankolonial,bentukpolitikdiTanahMelayuadalahbersifattradisionalisme
dan bercirikan feudal. Orang Melayu beranggapan bahawa
Sultanmerupakan pemimpin mereka yang unggul.Mereka percaya
bahawaSultan berusaha untukmenegakkan keadilan dengan bersandarkan
kedudukan baginda yang dianggap sebagaiwakil Allah yang diharapkan
untuk menjaga kebajikan, kehormatan dan keselamatanrakyatnyaNamun,
kedatangan kolonial telah mengubah sistem politik Melayu kini pula
kepadademokrasi dantelah mewujudkanbeberapa ideologipolitik
yangmula menghakissistemberaja di Tanah Melayu. Dengan munculnya
beberapa ideologi ini maka satu anjakan barudalam sistem dan budaya
politik Melayu mula berkembang. Ideologi-ideologi ini
meresapijiwaorangMelayuketikaitulebih-lebihlagiketikausaha-usahauntukmendapatkankemerdekaan
daripada British. Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya
politik Melayu,sehingga ada di kalangan mereka boleh melanggar
konsep daulat seperti yang diamalkansejak zaman Melayu tradisional.
Pergerakan atau peralihan budaya politik Melayu padazaman kolonial
ini bermula dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul sebagai
satubentuk tindak balas untuk melahirkan rasa tidak puas hati
terhadap pentadbiran Inggeris diTanah Melayu sehingga tertubuhnya
UMNOpada11 Mei1946 yangtelah membawa evolusibaru dalam budaya
politik Melayu.Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik
tolak perubahan sistem politikMelayu.Ini
keranaUMNOyangmenjaditulang belakang dalam membawa kemerdekaanTanah
Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu.
Apabila TanahMelayu mencapai kemerdekaandaripada British pada 31
Ogos 1957 Perlembagaan TanahMelayu 1957diwujudkan.
Dalamperlembagaan tersebut, MajlisRaja-Raja diwujudkan
dancaramelantik KetuaNegara yangdikenali sebagaiYang Di-Pertuan
Agongyang dipilihsetiap 5 tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja
Melayu. Ini menunjukkan bahawa budayapolitik Melayu masih
mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep
RajaBerpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan
diposisi tinggi dalam masyarakatMelayu sebagai Ketua Negara
Persekutuan. Peranan danfungsinya yang tercatatdalamperlembagaan
sebagaisalah satuusaha untukmempertahankan budayapolitik
Melayu.9Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik
tetapi dalam konteks budaya politikMelayu kedudukan dan fungsi raja
masih lagi kekal.Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik
Melayu kini ialah pentadbirankerajaan yang dipilih oleh rakyat dan
untuk rakyat dengan peranan Raja atau YangDipertuan Agong untuk
meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat danDewan
Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang
berbentukmusyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan
undang-undang yang perludilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat
kenyataan yang berbunyi:Sistem demokrasiberparlimen adalah rupa
bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaanyang
unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak
zaman-berzaman. Institusiyang di Pertuan Agong kekal
kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala
adatistiadat dan upacara yang berhubung dengannya bererti pemupukan
budaya yangberterusan.
Sistem Sara Hidup Berasaskan PertanianSistem ekonomi Melayu pada
abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini
berbezadaripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di
kota yang kebanyakannyabekerja dalam sektor perindustrian,
perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinyadapat dilihat
pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem
ekonomiMelayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil
pertanian.Melayu pada zaman dahuluberekonomikan sistem sara hidup
yang mengusahakan ladang untuk kegunaan dankeperluan diri
sendiri
SosialMasyarakatMelayuSosial adalah perihal tentang
kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspekpersahabatan,
pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan
masyarakatsecara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu
sangat besar. Oleh sebab itu aspekyang dibincangkan dalam bidang
sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni,
kesenian,undang-undang, adat resam dan bahasa.3. 1 Nilai-nilai
murniMasyarakatMelayu umumnya mempunyai banyaknilai
yangmenjadikanbangsaMelayuinipenuhdengan
tatasusiladanterkenaldengansopan santunnya.Nilaimerupakan
salahsatuaspekyangsentiasaditekankanolehahlimasyarakat.Melaluinilai,kita
akanbelajaruntukmencontohisesuatuamalanyangbaikdanpositif.MenurutKamusDewanEdisiKe-4mukasurat:1081,nilaiadalahtaksiranharga,harga
sesuatu yangdibandingkan dengan hargayang lain,kadar nisbah,
sifatketinggiandandarjat, kualiti, mutudantaraf.Inibermakna,nilai
adalahukurankepadasesuatuseperti sifat keperibadian dan sebagainya
yang ada pada individu.Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang
dibawa Islam seperti kebebasan,kebenaran, keadilan, kejujuran,
kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif11yang turut
diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama.
Nilai-nilaiyang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej
masyarakat.Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi
setelah penyebaran Islam di Melaka.Semangat masyarakat Melayu yang
cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalamkenyataan yang
berbunyi:Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu
Hujanemas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri,
lebih baik negeri
sendiri.MenurutMohdYusofHasandalambukunyaDuniaMelayu(30:1991),
nilaiialahasas pertimbanganbagi seseorang
atausesuatukelompokmanusiauntukmenentukansamaadasesuatuperkaraataubendaitubaik,benar,bermanfaat,indahdandiinginidancubadiperolehdandibina,atausebaliknya,buruk,palsu,berbahaya,dibencidanberusaha
untukdijauhi dandihapuskan. Nilaidapatdibahagikan kepada
empatiaitunilai estetik, nilaimoral, nilaidoktrin dan
nilaibudaya.Nilai :
Berbudi.NilaipertamayangdapatdilihatdalammasyarakatMelayuialahberbudi.MasyarakatMelayu
dibiasakan dengan amalanberbudi.Semangat berbudi inisememangnya
dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling
bergantunganantara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu
terutamanya telahdibiasakan dengan nilai-nilai
budi.Nilai:KasihSayang.Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang
amat penting dalam memupukmasyarakat yang penyayang dan saling
mengasihiantara satu sama lain tidak kirasahabat, sanak-sudara
malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk memupukkasih
sayang.Dalamkontekskebudayaanmelayu,kasih sayang
dapatdisifatkansebagainilaibudayayangamatdititkberatkan
agardapatmembentukmasyarakatyangharmoni melaluinilai kasih
sayangini.Nilai : Patuh kepada perintah
agama.NilaiyangseterusnyayangterdapatdalammasyarakatMelayuialahnilaikepatuhan
kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan
unsuragamaiaituIslam dan adat.Kedua-duaaspekinimenjadiasas yang
utama dalamproses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat
dan budaya yangmenjadi asasdalamprosessosialisasi tersebuthendaklah
berteraskankepadasyarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang
bersandarkan adat dan budaya adalahberpaksikankonsep tauhid dan
syariah yang telah mewarnaibudaya Melayu sejakdari abad ke-13 lagi.
[Pemikir April-Jun (2003: 6)3.3 Undang-udang, Adatdan
KepercayaanNilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang
terdiri daripada undang-undang,adat resam, pantang larang dan gaya
perlakuan dalam warisan masyarakat Melayu.Undang-undang merupakan
satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli
masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu
negara. Yangmelanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau
didenda.Adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam
sesuatu masyarakatsehinggamenjadi hukumyang harusdipatuhi. Adat
merupakan kebiasaan carahidup yangdiamalkan oleh sesuatu masyarakat
yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakattersebut. Adat
memainkan peranan penting di dalam hidup masyarakat tidak kiraapa
bangsasekalipun. Dalam masyarakat dan budaya Melayu adat tersebut
bermula dari dalam perutibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah
kematian.Dalam masyarakat Melayu dahulu, adat sebagai hukum dan
undang-undang dalamnegaradanmasyarakat umum.Misalnya,hukuman
yangdikenakan
terhadappelbagaikesalahandalammasyarakatataupunundang-undangadatdalammasyarakat
adatperpatih serta pelbagai hukumkanunlama darizaman Melaka
hinggaabad
ke-20.Adatdenganertisusunanmasyarakatdansegalalembagakemasyarakatannya,seperti
sistem kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi, seperti
pemilikantanah dan pembahagian harta. Institusi kekeluargaan yang
lazim dilaksanakan dalampelbagai masyarakat ialah adat masyarakat
itu. Ada masyarakat yang biasa mengamalkansistem kekeluargaan
matrilokal dan adayang neolokal.Demikianjuga, adamasyarakatyang
membahagikan harta serta pemilikan secara faraid dan ada yang
secara sama rata.Institusi dan organisasi kemasyarakatan sebagai
prinsip penyusunan masyarakatmerupakan makna terunggul dalam konsep
adat di seluruh Alam Melayu.Bagi pelbagai masyarakat di seluruh
Alam Melayu seperti Iban, Dusun, Dayak,Batak, Toraja, adat masih
membawa makna yang amat luas dan serba merangkumi, iaituadat
sebagai suatu kebudayaan. Dalam konsep ini, adat adalah keseluruhan
corak hidupatau kebudayaan manusia di alam nyata dan juga
menghubungkan manusia dengan alam15kosmik yangsimbolis
dansejagat.Adat menjadiciri kehidupan, bukansahaja manusiadalam
lingkungan alam tabiinya, bahkan dalam kalangan semua makhluk
seperti haiwandan tumbuh-tumbuhan. Malah, ciri adat terdapat dalam
pergerakan alam tabii itu sendiri,seperti kejadian semula jadi,
ribut dan petir, serta segala-galanya dalam kosmos adalahkerana
mengikut adat alam.Maka, hukumalam adalah jugaadat.Namun, apabila
agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad
ke-7melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab, telah
berlaku perubahan dalamadat budaya dan kepercayaan masyarakat
Melayu. Agama ini telah membawa kepadabermulanya sistem pendidikan
secara formal dan peraturan yang menjadi garis panduanmasyarakat
Melayu hingga kini
18Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah
menerima perubahankepada bentuk bertulis. Sungguhpun, masyarakat
telahmengamalkan sistemtulisan, namuntradisi lisan tetap hidup
didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan
sekalipuntelah menjadi bahan tertulis. Karya-karya sastera lisan
yang telah dibukukan masihmengekalkan ciri-ciri kelisanannya, malah
mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kitaboleh membaca
cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari
kemajuanmedia cetak.Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada
dua
bentuk:a.Sasteralisanberbentukcerita(kisahataunaratif)b.Sasteralisanberbentukbukancerita(
bukankisahataubukannaratif)a)Sasteralisanberbentukcerita(naratif)Sastera
lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau
cerita lisan. Iaterdiri daripada cerita-cerita
sepertiberikut;CeritaLipurLara(panglipurlara)CeritaJenakaCeritaBinatangCeritaAsalusulCeritaHantuCeritaTeladanCerita-ceritamitosdanlegenda.b)Sasteralisan
berbentuk bukancerita (Bukan Kisah atau BukanNaratif)Sastera lisan
berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi,
antaranya;PantunGurindamSelokaTeka-tekidanNyanyianRakyatJampi,ManteradanSerapahPepatahdanPerbilanganAdat19Peribahasa,BidalanAgamaIslamyangsampaikeAlamMelayupadaabadpertamaHijrahjugatelahmemberi
sumbangan yang tidak ternilai terhadap perkembangan bahasa,
kesusasteraan,dan kebudayaan Melayu. Salah satu daripadanya ialah
pengenalan huruf-huruf Arab kepadapenganut-penganut agama Islam di
rantau ini dengan tujuan menjadikannya abjad baru didalam penulisan
berbahasa Melayu. Oleh sebab itu, sistem tulisan yang teratur di
dalambahasa Melayu wujud setelah kedatangan Islam. Dengan wujudnya
sistem tulisanbermulalah tradisi tulisan di Alam Melayu. Ia bermula
dengan penulisan yang berbentukbukan kreatif, iaitu penulisan
kitab-kitab bercorak agama yang membicarakan mengenaifikah, tafsir
Al-Quran, tauhid dan sebagainya. Setelah itu diikuti dengan
penulisan kreatif.Bidang ini bermula dengan munculnya Hikayat Nabi
Bercukur, Hikayat Nur Muhammad,Hikayat Nabi Yusof, Hikayat Nabi
Musa, dan hikayat-hikayat lain seumpamanya. HikayatNabi-nabi itu
berdasarkan kepada kisah-kisah tentang diri mereka yang terdapat
didalam Al-Quran.Oleh itu, kesusasteraanMelayudapatberkembang pesat
kerana adanyakecenderungan dan usaha-usaha pengembangan agama Islam
menggunakan sasterasebagai alat penyebarannya.KesimpulanKebudayaan
Melayu merujuk kepada keseluruhan sistem kehidupan yang
dipraktikkan olehmasyarakat Melayu. Dalamnya terkandung unsur
sosial, ekonomi, politik, kepercayaan danorganisasi serta meliputu
hal-hal tentang bahasa, agama, kesusasteraan yang menjadi
milikbersama masyarakat Melayu. Justeru, budaya Melayu dalam
konteks Malaysia kinimerupakan sebahagian besar inti pati budaya
Malaysia itu sendiri.20Bibliografi1)A.AzizDeraman.(2000).Tamadun
Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu EdisiBaharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.2) Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun
Rumpun Budaya Melayu. KualaLumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian
dan Warisan Malaysia.3)Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam
Pemikiran Melayu. Universiti PutraMalaysia. Serdang.4)Kamus
Dewan.(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.5)SitiHajarAbdulAziz.(2011).Bahasa Melayu II Edisi
Kedua.Shah Alam. Oxford FajarSdn.Bhd.6) Wan Abdul Kadir. (2010).
Pembangunan Industri Budaya dan Identiti
Melayu(Malaysia-Indonesia).ccm.um.edu.my(02/02/2010.0
Pengenalan
Kajian tentang adat dan tradisi masyarakat Iban di Sarawak
adalah merangkumi keseluruhan budaya dan masyarakat Iban di Sarawak
yang diamalkan pada masa dahulu dan juga beberapa adat dan tradisi
yang masih diamalkan sehingga sekarang. Pelbagai adat dan tradisi
yang lama tidak terungkai oleh masyarakat pada zaman ini yang hidup
penuh dengan kemajuan dan pengaruh-pengaruh luar yang
menenggelamkan pengaruh tempatan.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila generasi baharu pada masa kini
lebih gemar berhibur dengan menonton televisyen, mengakses internet
dan sebagainya. Generasi baharu pada masa kini juga tidak pernah
tahu menahu tentang budaya mereka sendiri. Berdasarkan kajian saya
ini, saya mendapati begitu banyak adat dan tradisi masyarakat Iban
iaitu dari seorang insan itu dalam kandungan ibu sehinggalah
kepaada adat mengurus kematian.
Begitu juga dengan pegangan dan anutan masyarakat Iban, iaitu
dari amalan animisme sehinggalah masyarakat percaya bahawa ada
Tuhan di dunia ini. Walaubagaimanapun, amalan animisme ini masih
teguh dalam kalangan masyarakat Iban terutama mereka yang berada di
kawasan pedalaman dan juga hulu sungai. Mereka masih percaya kepada
perbomohan, serta kuasa-kuasa ghaib yang membantu mereka dalam
kehidupan mereka. Dalam pada itu juga, setiap tahun mereka akan
meraikan tuhan atau Petara mereka. Hal ini menunjukkan bahawa
kekuatan animisme sebenarnya masih ada lagi dalam kalangan
masyarakat Iban.
1.1 Ruang Lingkup
Kertas kerja ini memfokuskan kepada negeri Sarawak sahaja. Ia
adalah memfokuskan tentang budaya dan adat tradisi masyarakat Iban
di Sarawak. Suku kaum Iban ialah penduduk terbesar peribumi Sarawak
yang dikenali juga sebagai Bumi Kenyalang. Pada zaman pemerintahan
Rajah Brooke, Sarawak juga disebut sebagai Bumi Pemotong Kepala.
Negeri Sarawak mempunyai 23 etnik utama dan berpuluh-puluh lagi
suku kaum pribumi kecil-kecil yang kesemuanya menganut pelbagai
pelbagai agama, kepercayaan dan mempunyai adat resam serta budaya
masing-masing, menuturkan bahasa dan juga dialek yang berbeza
mengikut daerah-daerah kediaman mereka di kawasan luar bandar dan
pendalaman .
1.2 Batasan
Dalam kajian saya ini, saya membahagikannya kepada beberapa
bahagian seperti yang ada di bawah ini:a). Aspek cara
hidup(Ekonomi, sosial dan politik;sistem pentadbiran rumah
panjang)b) Cara Berpakaianc). Kraftangan atau kemahirand). Adat
Resame) Tarian dan nyanyian
1.3 Kaedah Penulisan
Penulisan hasil kerja ini adalah dibantu oleh beberapa sumber.
Rujukan utama saya dalam penulisan ini ialah melalui buku. Di
samping itu juga, saya melihat sendiri kepada budaya masyarakat
saya sendiri. Kehidupan saya sebagai bangsa Iban sedikit sebanyak
membantu saya untuk mengkaji adat tradisi masyarakat bangsa saya
sendiri. Beberapa rujukan juga saya perolehi daripada sumber
internet, seperti kertas kerja dan kajian individu tertentu tentang
budaya dan tradisi masyarakat Iban di Sarawak.
2.0 Definisi dan Konsep.
Masyarakat Iban merupakan masyarakat peribumi terbanyak di
Sarawak. Masyarakat Iban juga dikenali sebagai dayak laut atau Sea
Dayak yang mendiami semua kawasan di Sarawak. Masyarakat Iban juga
turut dianggap sebagai masyarakat Pemotong kepala berikutan pada
zaman dahulu Iban terkenal dengan amalan ngayau atau memotong
kepala.(Chemaline Usop,2006:1).
Masyarakat Iban juga dikenali sebagai masyarakat yang selalu
berpindah randah atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat
untuk mencari makanan dan kehidupan baru.
Iban also mean wanderer . For centuries they have moved through
the hills of Borneo, farming dry rice, gathering,hunting and
fishing, expanding in territority as well as numbers. During the
century they moved into the delta plains of the Rejang and other
river valleys, where they now grow wet rice, rubber, pepper and
work for wages.( Vinson H. Sutlive ,2001: 2)
3.0 Aspek Cara Hidup Masyarakat Iban
Adat dan tradisi masyarakat Iban di Sarawak, yang pertama kali
saya kaji ialah dari aspek cara hidup mereka. Cara hidup masyarakat
Iban adalah dapat dilihat dari segi kehidupan masyarakat Iban yang
teguh dengan kemasyarakatannya iaitu hidup dalam satu rumah
panjang. Struktur organisasi dalam rumah panjang itu diterajui oleh
Tuai Rumah kemudian beberapa orang yang akan membantu beliau dalam
mengendalikan hal-hal pentadbiran dalam rumahnya. Tuai Rumah akan
berperanan dalam undang-undang rumah panjang dan juga mengendalikan
adat-adat dalam rumah panjang tersebut.
3.1 Aspek Ekonomi.
Sementara dari segi ekonomi pula, masyarakat Iban di Sarawak
masih teguh dengan tradisi masyarakat mereka yang bergantung kepada
aktiviti pertanian secara sara diri. Tradisi ini masih kekal
sehingga ke zaman ini. Tanaman padi ini akan diusahakan setiap
setahun sekali iaitu selepas penghujung bulan Jun atau bulan 1 bagi
masyarakat Iban, yang menganggap bulan Jun sebagai bulan permulaan
dalam takwim mereka. Padi akan selesai dituai pada bulan Februari.
Pada 1 haribulan Jun, sambutan Hari Gawai Dayak akan diadakan
sebagai meraikan semangat padi yang telah memberikan rezeki kepada
mereka. Padi yang diusahakan pula ialah padi bukit, dan secara
keseluruhan aktiviti adalah masih menggunakan peralatan
tradisional, seperti kapak,parang, dan peralatan tradisional yang
lain. Oleh itu, masyarakat Iban gemar menjalankan aktiviti dengan
bergotong-royong kerana percaya bahawa aktiviti itu akan lebih
cepat dan mudah.
Selain daripada mengusahakan tanaman padi, masyarakat Iban di
Sarawak juga turut menanam lada. Lada ditanam sebagai sumber
pendapatan bagi menyara hidup keluarga dan anak-anak mereka.
Biasanya lada ditanam juga dengan menggunakan kaedah tradisional.
Walaupun harga lada di pasaran tidak tetap, tetapi masyarakat Iban
tidak ada pilihan lain memandangkan struktur muka bumi di Sarawak
lebih banyak yang bertanah tinggi. Selain daripada menanam lada
yang pada asalnya dibawa oleh orang asing yang datang ke Sarawak
iaitu sekitar abad ke- 18 lagi, masyarakat Iban di Sarawak juga
masih teguh mengusahakan tanaman getah dan juga tanaman sampingan
yang lain. Di samping itu juga, masyarakat Iban di Sarawak juga
turut menyara hidup mereka dengan aktiviti berburu dan menangkap
ikan. Mereka akan memburu binatang-binatang yang boleh dimakan
seperti rusa, kijang, pelanduk dan banyak lagi.
3.2 Aspek Sosial
Dari aspek sosial pula, masyarakat Iban terkenal dengan amalan
dalam sesebuah rumah panjang. Pada zaman sekarang, amalan hidup
dalam komuniti rumah panjang masih lagi ada. Di rumah panjang saya
sendiri ada lima puluh empat buah rumah yang sama besar dan juga
sama struktur binaannya. Masyarakat Iban dalam rumah panjang begitu
mementingkan semangat kerjasama. Dalam apa juga kerja, masyarakat
Iban lebih memilih untuk bergotong royong daripada melakukan kerja
itu secara sendiri. Amalan bergotong-royong atau beduruk ini kerap
diamalkan apabila musim menanam dan juga menuai padi.
Di samping itu juga dalam pergaulan seharian, amalan masyarakat
Iban antara lelaki dan perempuan adalah tidak disekat ataupun
dibenarkan mengikut adat ngayap. Ngayap ini merupakan satu amalan
masyarakat Iban pada zaman dahulu,yang dilakukan oleh si teruna
untuk memikat si dara serta berkenalan dan meluahkan perasaan
masing-masing. Walaupun amalan ngayap ini dibenarkan namun ia
haruslah dilakukan dengan adab dan juga sopan santun yang
berlandaskan adat dan juga pegangan hidup masyarakat kaum Iban itu
sendiri.
Mengikut adat,si teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi
tiga malam berturut-turut. Jika kunjungan berterusan, ibu-bapa si
gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya sama ada si
teruna serius di dalam usahanya untuk memikat si gadis. Sekiranya
antara mereka serius,mereka akan dikahwinkan. Pada masa kini,
tradisi dan amalan ngayap ini tidak lagi diamalkan. Teruna dan dara
hanya berjumpa dalam majlis keramaian, perjumpaan semasa perayaan,
dan sebagainya yang tidak berlebih-lebihan dsan bersopan santun.
Oleh itu,sekiranya terdapat perlanggaran adab dan campurtangan kaum
lain ,maka tindakan undang-undang akan diambil seperti yang
termaktub dalam seksyen 132 Adat Iban,1993.
Dari aspek menyambut keramaian pula, masyarakat Iban adalah amat
menitikberatkan kepuasan dan juga hubungan persaudaraan juga
silaturrahim antara mereka. Mereka juga seperti kaum lain yang
memberi makan setiap tetamu yang datang ke rumah mereka. Tetamu
yang datang juga mungkin dihantar pulang sekiranya perlu. Di
samping itu juga, tetamu yang hendak pulang juga akan dibekalkan
dengan buah tangan dan juga cenderamata yang menunjukkan tuan rumah
senang menerima kehadiran mereka.
3.3 Aspek Politik(Pentadbiran dalam Rumah Panjang)
Dalam aspek politik pula, cara hidup masyarakat Iban amatlah
mementingkan ketaatan kepada Tuai rumah atau ketua kampung dalam
sesuatu organisasi dalam sesebuah rumah panjang. Dalam hal ini,
ketua rumah dalam sesebuah rumah panjang akan melantik beberapa
orang ahli jawatankuasa di bawahnya. Peranan ketua rumah panjang
bukan sahaja dalam birokrasi mahupun pentadbiran sahaja,bahkan
ketua rumah panjang juga berperanan dalam mengendalikan urusan adat
dan juga undang-undang rumah panjang tersebut.
Ahli jawatankuasa yang membantu ketua rumah akan bertungkus
lumus terutamanya dalam urusan rumah panjang,misalnya
bendahari,setiausaha, komiti,dan sebagainya. Namun pada masa
sekarang,masyarakat Iban hidup dalam rumah panjang yang agak mewah
seiring dengan arus pemodenan. Bukan lagi sepert dahulu yang hanya
beratapkan rumbia,berdinding buluh dan sebagainya. Bahkan kira-kira
60% daripada rumah orang Iban adalah rumah batu dan moden struktur
binaannya.
Oleh itu, pada zaman sekarang struktur pentadbiran pun telah
berubah. Bahkan seorang ketua dalam rumah panjang itu juga
seharusnya seorang yang pernah menerima pendidikan bukanlah mereka
yang buta huruf seperti sebelumnya. Hal ini kerana, ketua
berperanan dan berurusan dengan kerajaan untuk meminta sebarang
kemudahan daripada kerajaan dan diberikan kepada rumah panjang di
bawahnya. Oleh itu perlunya sikap kepimpinan ada dalam apa jua
keadaan sekalipun.
4.0 Cara Berpakaian
Masyarakat Iban terkenal dengan cara berpakaian atau disebut
juga ngepan Iban. Cara berpakaian masyarakat Iban adalah sangat
unik dan masih lagi diamalkan pada masa sekarang terutamanya pada
musim keramaian,majlis-majlis tertentu, dan juga pada musim
perayaan iaitu Hari Gawai. Namun,pada hari-hari biasa,masyarakat
Iban menggunakan pakaian seperti mana yang dipakai oleh masyarakat
lain. Pada zaman dahulu, pakaian lelaki dan wanita dalam masyarakat
Iban adalah jauh berbeza. Namun demikian ia lebih banyak diperbuat
daripada kain tenunan yang memaparkan corak tenunan yang sangat
cantik. Sementara untuk perhiasan pula, masyarakat Iban menggunakan
perhiasan yang pelbagai,seperti marik empang,sugu tinggi, rawai dan
sebagainya. Perhiasan ini diperbuat daripada bahan logam seperti
timah dan juga perak dengan buatan yang sungguh cantik.
4.1 Pakaian Lelaki
Lelaki masyarakat Iban terkenal dengan lanjang atau topi yang
dihiasi dengan bulu burung iaitu burung merak atau ruai. Lelaki
juga relevan dengan pantang atau tatu yang diukir pada badan
mereka. Amalan bertatu ini masih lagi diamalkan sehingga pada zaman
sekarang dan ia menggambarkan seni masyarakat Iban yang sangat unik
dan menarik. Ukiran-ukiran yang sering diukir pada badan mereka
ialah seperti ukiran bungai terong, binatang-binatang buas,dan
sebagainya. Di samping itu juga,amalan menindik telinga juga sebati
dengan masyarakat Iban. Tidak kira lelaki dan perempuan. Namun
demikian, pada zaman sekarang,amalan itu tidak lagi diamalkan,
melainkan perempuan sahaja yang menindik telinga untuk dilekatkan
subang sebagai perhiasan.
Pada zaman dahulu, lelaki juga memakai kain sirat. Kain sirat
merupakan sehelai kain yang berukuran 50m X 500 cm. Bahagian hujung
kain ini dihiasi denga sulaman atau tenunan yang indah. Manik dan
kulit siput juga kadang-kadang dijadikan sebagai hiasan itu.
Pemakaian sirat adalah dengan melilitnya di pinggang dan celah
kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan untuk mempamerkan bahagian yang berhias.Lelaki juga
sinonim dengan kain dandong atau kain selendang yang dipakai oleh
lelaki Iban. Panjang dandong adalah tidak tetap kerana kain dandong
ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam
upacara-upacara tertentu. Dandong ini diperbuat daripada tenunan
secara ikat. Kain dandong tidak lagi digunakan pada zaman
sekarang,melainkan digunakan untuk perhiasan sahaja.
Pakaian lelaki yang dijadikan sebagai baju pula dikenali sebagai
baju burung. Baju burung adalah merupakan sejenis kain tenunan yang
mempunyai corak yang bermotifkan burung dan coraknya sangat cantik.
Cara pemakaian baju burung adalah dipakai seperti baju biasa hanya
ia tidak bertutup dan mendedahkan dada. Baju burung juga dipakai
tanpa lengan kelihatan ringkas namu menarik. Baju burung masih lagi
dipakai sehingga zaman sekarang tetapi pemakaiannya hanyalah pada
hari-hari tertentu sahaja seperti musim perayaan, majlis dan
keramaian dan juga menyambut tetamu atau pengabang.
4.2 Pakaian Wanita
Sementara untuk pakaian wanita pula, pakaian tradisional wanita
Iban adalah sangat unik dan hampir keseluruhannya merupakan kain
tenunan yang mempunyai corak-corak yang menarik. Pakaian wanita
Iban dapat dilihat daripada bahagian kepala sehinggalah ke bahagian
kaki. Bahagian kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi, yang
merupakan hiasan yang diperbuat daripada logam timah dan kelihatan
cantik apabila wanita Iban menggunakannya. Bahagian bahu pula akan
dihiasi dengan marik empang,yang diperbuat daripada manik-manik
yang disusun mengikut corak. Bahagian pinggang pula akan dililit
dengan ngepan yang diperbuat daripada timah dan kelihatannya
seperti syiling yang disusun berjuntai-juntai. Kaki juga mempunyai
perhiasan yang cantik dan setiap gelang kaki akan diletakkan
gerunung yang mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik perhatian
sesiapa yang mendengarnya.
Begitulah halnya dengan pakaian wanita. Pakaian dijadikan baju
adalah dinamakan selayah(bedong) yang merupakan sejenis kain
tenunan yang sangat panjang dan dilit di bahagian dada. sementara
kain sarung yang dipakai separas lutut. Kain sarung ini ditenun
dengan corak jalur yang berwarna-warni. Malah ada diantaranya juga
dihiasi dengan corak bermotif tradisionla dan disongketkan dengan
benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.
4.3 Pua Kumbu
Pua kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka.
Pua kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di
dalam upacara-upacara seperti perubatan,gawai dan seumpamanya. Pua
kumbu biasanya diperbuat daripada benang yang ditenun dengan
pelbagai motif atau corak yang sangat unik dan menarik. Apabila
menggunakannya,ia perlulah direntangkan. Pua kumbu digunakan juga
dalam majlis perkahwinan dan dijadikan sebagai mas kahwin.
Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah sengkuap
untuk mendapat restu daripada saudara tua. Seringkali juga pua
digunakan sebagai pelamin dan lain-lain kegunaan selain digunakan
sebagai pakaian. Namun pada masa sekarang, penggunaan pua kumbu ini
adalah sebagai hiasan dan merupakan hasil tangan yang sangat unik
bagi masyarakat Iban.
5.0 Kraftangan dan Kemahiran
Masyarakat Iban juga masyarakat yang kaya dengan pengetahuan
dalam menghasilkan kraftangan atau disebut juga pengelandik jari .
Oleh itu, pelbagai kraftangan yang dihasilkan dengan hasil seni dan
corak serta motif yang tertentu yang berlambangkan identiti
masyarakat Iban sendiri. Antara kraftangan yang dihasilkan oleh
masyarakat Iban di Sarawak ialah tikar,raga, pasu dan sebagainya
yang sangat cantik buatannya.
Dalam sesebuah rumah panjang,amatlah menjengkelkan jika
seseorang perempuan terutama sekali tidak pandai menghasilkan
kraftangan,sekurang-kurangnya menganyam sehelai tikar mengkuang
atau rotan. Sebelum seseorang wanita itu hendak berkahwin dengan
bakal suaminya, beliau terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan
kemahiran yang menghasilkan kraftangan seperti anyaman, tenunan dan
sebagainya. Hal ini kerana, kraftangan yang dihasilkan akan dapat
menambat hati keluarga mentua. Kraftangan yang dihasilkan oleh
masyarakat Iban adalah pelbagai dan mempunyai pelbagai
kegunaan.
Antara kraftangan yang dihasilkan ialah seperti tikai lampit
atau sejenis tikar yang ditusuk dengan menggunakan tali tansi dan
dibuat daripada rotan yang telah diraut nipis. Tikai kerupuk dan
tikai senggang pula ialah tikar yang diperbuat daripada mengkuang
dan juga senggang dan kebiasaanya digunakan untuk menjemur padi
selepas habis musim menuai. Tikar- tikar itu akan dianyam dengan
corak dan motif yang pelbagai seperti corak bunga, manusia,burung
dan sebagainya. Melainkan tikar senggang yang dianyam biasa sahaja
memandangkan kegunaannya hanyalah sebagai tempat menjemur padi
sahaja.
Kraftangan lain pula ialah seperti pasu dan juga tempayan(benda)
yang diperbuat daripada tanah liat dan diuli menjadi tembikar yang
menghasilkan pelbagai bentuk hasil ukiran yang agak kreatif serta
menampilkan corak yang pelbagai. Tempayan ini akan digunakan untuk
menyimpan beras, perkasam dan makanan yang diawet. Terdapat juga
tempayan yang dijadikan untuk menyimpan nasi tapai atau tuak,iaitu
minuman untuk masyarakat Iban pada musim perayaan. Pada zaman
sekarang, kraftangan masyarakat Iban masih lagi mendapat sambutan
dan terkenal kerana hasil kraftangannya yang asli dan unik. Antara
kraftangan yang begitu terkenal ialah Tikai Lampit dan kain
Tenun.
6.0 Adat Resam dalam Masyarakat Iban
Masyarakat Iban adalah masyarakat yang mempunyai adat resam yang
pelbagai dan ianya masih lagi diamalkan sehingga ke zaman sekarang.
Adat resam ini adalah adat dan pantang larang yang meliputi
keseluruhan cara hidup masyarakat Iban. Contohnya ialah adat
mengurus kandungan dan kelahiran, adat perkahwinan, dan adat
sewaktu menguruskan kematian.
6.1 Adat Sewaktu Mengandung
Adat sewaktu mengandungkan anak ialah adat yang mengikat wanita
Iban dan juga suaminya dengan pantang larang. Banyak pantang larang
yang patut dipatuhi oleh wanita Iban dan suaminya. Antaranya ialah
tidak boleh menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana
sahaja, tidak boleh menyiang daging, membunuh binatang dan juga
tidak boleh menanam pokok pisang. Semua pantang larang ini mesti
diamalkan untuk menjamin kesempurnaan fizikal bayi yang akan lahir
dan juga menghalang kuasa-kuasa ghaib yang tidak diingini daripada
mengganggu bayi tersebut.
6.2 Adat Selepas Kelahiran
Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera
dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan
kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin,
si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan
ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si
ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa
sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si
ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan
entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat
daripada kulit kayu.
Pantang larang sewaktu menyambut kelahiran bayi pula wajib
dipatuhi oleh ibu kepada bayi tersebut. Wanita Iban akan berpantang
selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak dan makanan akan
dicampurkan dengan halia supaya dapat memanaskan badan. Selepas
bersalin, wanita kaum Iban akan menjalani satu amalan iaitu
berdiang , di mana si ibu perlu dekat dengan unggun api. Kayu yang
dijadikan unggun api pula ialah kayu malam, langsat, dan sebagainya
yang boleh menyembuhkan penyakit ibu yang baru lepas bersalin. Si
ibu perlu berdiang selama empat puluh hari untuk mengembalikan
tenaga itu seperti biasa.
Seterusnya, ialah adat menanggalkan pusat bayi. Adat melihat
matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal
pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi itu akan dibawa ke
tanju atau ke anjung untuk melihat matahari dan diberi air garam.
Selepas itu disusuli dengan pemberian nama kepada bayi yang baru
lahir. Bayi yang baru lahir itu, diberikan nama sempena nama nenek
moyang mereka. Tujuannya adalah agar anak yang baru lahir itu
mewarisi jasa dan sumbangan datuk dan neneknya yang telah
tiada.
Selepas itu pula disusuli oleh adat mandi sungai. Adat ini
dijalankan pada usia bayi berumur satu bulan dan untuk membiasakan
bayi dengan sungai. Bayi itu akan dipakaikan dengan kain pua
belantan dan diiringi dengan doa dan mantera meminta supaya bayi
itu menjadi seorang yang sempurna. Sebaik sahaja mantera dibaca,dua
orang lelaki akan menetak air dan ayam disembelih. Bagi bayi
lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung
pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang
tersebut digantung pada galah laletan. Selepas itu bayi dimandikan
dan gendang akan dipalu untuk selepas itu jamuan ringan akan
diadakan.
6.3 Adat Perkahwinan
Adat perkahwinan dalam masyarakat Iban adalah sangat unik jika
dibandingkan dengan masyarakat lain. Perkahwinan yang sempurna bagi
masyarakat Iban adalah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat.
Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan akan didenda sama
ada dihukum mengikut adat perkahwinan yang telah ditetapkan .
Terdapat beberapa peringkat perkahwinan dalam masyarakat Iban.
Peringkatnya adalah seperti di bawah ini.
Merisik
Adat merisik ini adalah adat yang mesti dan wajib dalam
masyarakat Iban. Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya
ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah
berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan
bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah
pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum.
Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah
berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar
rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.
Syarat perkahwinan ditentukan kemudian oleh kedua-dua pihak.
Bertunang
Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan
itu dijalankan. Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan
ikatan pertunangan itu. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak
lelaki akan menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau
sebilah pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai dari hari itu,
lelaki dan perempuan akan ditanda dengan ikatan pertunangan yang
sah. Selepas ikatan pertunangan itu diikat, perempuan yang telah
ditunangkan tidak dibenarkan menerima kunjungan lelaki lain selain
daripada tunang dan ahli keluarganya sahaja.
Jika tidak, perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan
pertunangan yang baru diikat itu. Sebentuk cincin di jari
masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan tanda
bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan kemudian
ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga
hari kemudian,wakil dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada
saudara-mara dan jiran tetangga tentang pertunangan itu. Semasa
pertunangan itu, bakal pengantin lelaki dan pengantin perempuan
haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda mereka
sudah ada yang memiliki.
Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah seorang yang
melakukan kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu
akan dikenakan denda sebagai menebus malu keluarga pihak yang
dicurangi itu. Tetapi, sekiranya pertunangan itu terputus kerana
kematian dan sebab-sebab lain, maka hubungan di antara pihak lelaki
dan perempuan masih berjalan dengan baik.
Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang
Majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki. Pihak lelaki
akan menyediakanbarang-barang atau hantaran yang akan diberikan
kepada pihak perempuan seperti kain, raga, pedang, hasil kraftangan
dan mungkin juga barang kemas. Keluarga perempuan juga turut
membuat persiapan termasuklah memburu binatang untuk dijadikan lauk
kepada tetamu yang akan datang. Selain itu, kedua belah pihak juga
turut menetapkan perbelanjaan dan juga pemberian yang sesuai untuk
pasangan masing-masing.
Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban dan disediakan
tempat duduk. Paluan gong akan mengiringi rombongan dan perarakan
tersebut. Sebaik sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, akan
dilepaskan satu tembakan sebagai tanda tetamu sudah tiba. Penduduk
di rumah panjang pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk
menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki. Rombongan
pengantin perempuan akan turun ke sungai untuk mandi bersama-sama
dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara
pengantin rombongan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
Semasa perkahwinan itu hendak bermula, mereka akan mengadakan
perbincangan di ruai dan air tuak dihidangkan sekali lagi sebagai
air peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan
kekeluargaan,pengantin perempuan akan meminta berian. Tetapi
nilainya adalah mengikut yang telah ditetapkan oleh masyarakat di
situ sendiri. Pihak pengantin perempuan pula akan meminta bayaran
pemecah tanggaiaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu
sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan
bayaran-bayaran yang lain.
Upacara membelah pinang adalah upacara menentukan tempoh jodoh
antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah dibelah,
pinang itu akan diagihkan kepada tetamu yang datang. Upacara
perkahwinan telah dianggap tamat dan menunggu masa untuk bersanding
di sebelah malam sahaja. Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan
semasa majlis perkahwinan itu, pengantin baru akan mandi di sungai
untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta untuk memegang sehelai
kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka akan hilang
bagi setiap individu. Sementara menunggu majlis persandingan yang
akan berlangsung pada sebelah malamnya, akan diadakan sedikit
perbincangan antara keluarga sebelah pengantin lelaki dan
perempuan. Perbincangan ini adalah tentang tempoh yang sesuai bagi
pengantin perempuan tinggal di rumah pengantin lelaki sebelum
dibenarkan melawat keluarganya.
6.4 Adat Mengurus Kematian
Masyarakat Iban menguruskan kematian mengikut adat-adat
tertentu. Semasa kematian, sanak-saudara(kaban belayan) akan datang
menghadirinya. Mayat si mati akan dimandikan dan dikenakan pakaian
yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengah-tengah rumah
panjang(ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu. Semua
barang-barang kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati
atau dunya sebayan. Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang
ditugaskan untuk menangisi si mati selain keluarga si mati.
Tangisan itu adalah dalam doa yang menghantar si mati ke dunya
sebayan.
Kemudian pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu
subuh kira-kira pukul empat pagi. Lubang mayat akan digali dan
ditimbus bersama barang-barang yang dibawanya. Mayat juga dibuatkan
rumah. Kemudian, apabila selepas kematian, upacara berkabung atau
ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat bising,
memakai barang kemas,pakaian yang cantik-cantik, dan digantung
pinggan yang dibalut kain hitam pada pintu rumah keluarga si mati
menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa. Tidak lama
kemudian,upacara beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si
mati tidak lagi mengganggu mereka yang masih hidup.setelah genap
tempoh yang ditetapkan oleh keluarga si mati, maka upacara
berkabung pun tamat. Selepas itu,gawai antu atau perayaan untuk
meraikan si mati akan dijalankan( Bernedict Sandin ,1994: 119)
7.0 Tarian dan Nyanyian(Leka Main)
Aspek terakhir yang dikaji pula ialah tarian dan juga nyanyian
masyarakat Iban. Masyarakat Iban mempunyai tarian yang agak menarik
dan unik. Antara tarian Iban yang popular ialah tarian ngajat.
Tarian ini terbahagi kepada beberapa jenis tetapi dilakukan pada
masa dan waktu yang sama iaitu pada musim perayaan Gawai, di mana
masyarakat Iban akan berpesta dengan pelbagai tarian bagi menyambut
semangat padi, apabila selesai sahaja musim menuai. Antara jenis
tarian yang diamalkan ialah tarian ngajat lesong, ngajat bebunoh,
ngajat pua kumbu, ngajat indu dan banyak lagi. Semasa tarian ini
ditarikan, gendang akan dibunyikan dan penari akan menarikan tarian
mengikut paluan gendang.
Sementara nyanyian atau leka main pula begitu unik dan mempunyai
pelbagai fungsi. Antara leka main yang masih relevan lagi pada
zaman sekarang ialah pantun, ramban, renong,ganu, pengap,
sampi,timang,bebiau, naku antu pala,geliga dan banyak lagi. rasa
kerinduan, menyindir dengan cara yang halus,menyampaikan rintihan
dan keluhan, hiburan kanak-kanak dan juga sebagai pembakar semangat
atau motivasi.
Sekiranya diteliti, dan dikaji dengan lebih mendalam leka main
atau sastera tradisional masyarakat Iban ini,ia nampak lebih
menarik jika dibandingkan dengan sastera atau bidang puisi
masyarakat bumiputera yang lain. Jenis puisinya yang sangat banyak
menampakkan lagi keunikan yang terdapat pada puisi tersebut.
Melalui leka main atau puisi ini, dapatlah diketahui corak
pemikiran, pandangan hidup, kejadian yang berlaku, susunan
masyarakat dan kepercayaan masyarakat Iban.
Tambahan pula ia disampaikan secara lisan dan diwarisi secara
turun temurun oleh masyarakat Iban pada masa kini walaupun tidak
semua orang yang tahu menyanyikan atau melagukannya. Keistimewaanya
yang seterusnya pula ialah apabila ia disampaikan daripada
masyarakat primitif yang animisme atau pagan. Leka Main atau puisi
ini tersebar secara lisan dan ia bersifat kolektif dan fungsional.
Bentuknya masih terikat oleh konvensi tertentu dan keterikatan ini
telah memberikan perbezaan kepadanya daripada genre puisi
tradisional etnik yang lain di Sarawak. Masyarakat Iban seharusnya
bangga kerana kepandaian mereka bermain dengan kata-kata yang
berbait dan sangat indah apabila didengar.
8.0 Penutup
Secara keseluruhannya, masyarakat Iban di Sarawak adalah
masyarakat yang mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak
istimewa. Cara hidup mereka adalah amat menarik sekali untuk
diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat Iban jika dilihat
dari aspek sosial, ekonomi dan politik sesungguhnya amatlah berbeza
dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini. Hal ini digambarkan dengan
memetik pendapat Vinson H. Sutlive dalam bukunya yang berjudulThe
Iban Of Sarawakyang berbunyi begini:The Ibans have built thier
world out of natural, social and metasocial order to which they
have perceived themselves as belonging. Plants, animals, hills,sun
moon, stars , ancestral spirits and other groups have been brought
together in the ethnoscience and mythology by which the Iban have
developed and manipulated the symbols which have helped them
understand thier world the rationalize thier behaviour.
Walaubagaimanapun, pada masa kini, adat dan tradisi masyarakat
Iban banyak juga yang telah ditinggalkan. Antaranya adat-adat yang
menjurus kepada animisme, kepercayaan karut, dan adat-adat yang
difikirkan tidak logik untuk diamalkan pada masa sekarang. Hal ini
memandangkan masyarakat pada zaman sekarang sudah maju dan
pemikiran masyarakat pun berubah ke arah yang lebih moden. Tambahan
pula, sudah ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan masyarakat
Iban yang membawa budaya dan cara hidup masyarakat bandar dan
menerapkannya dalam kalangan masyarakat Iban .
Bibliografi
A. BukuBernedict Sandin(1994). Raja Durong. Sarawak: Borneo
Literature Bureau.
Derek Freeman (1996). Report Of The Iban. Kuala Lumpur:
Penerbitan UniversitiMalaya.
Vinson H. Sultive(1996). The Iban Of Sarawak. Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya.
B Sumber internetHttp://www.malaysia.pnm.my
Http://www.sarawakupdate.com.my
C. Artikel dalam internet tetapi bukan daripada journal
elektronikChemaline Usop( 2006) Leka Main Puisi Rakyat Iban:Satu
Analisis. Diperolehi pada 1Ogos ,2009 daripada
www.eprints.usm.my
SUMBER CERITA ORANG IBAN
MASYARAKAT PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK MEMPUNYAI
BANYAKCERITA-CERITA RAKYAT YANG MENCERMINKAN NILAI-NILAI BUDAYA
MEREKA. BAHASKAN SEJAUHMANAKAH CERITA-CERITA ITU DAPAT DIGUNAKAN
SEBAGAI SUMBER SEJARAH BUDAYA MASYARAKAT TERSEBUT. GUNAKAN CONTOH
CERITA-CERITA RAKYAT SALAH SATU DARI SABAH ATAUPUN SARAWAK .
JELASKAN JUGA MASALAH MASALAH PENGGUNAAN SUMBER INI SEBAGAI SUMBER
SEJARAH.PengenalanMasyarakat peribumi Sarawak khususnya masyarakat
Iban mempunyai banyak cerita-cerita yang mencerminkan nilai-nilai
budaya mereka. Masyarakat ini amat kaya dengan cerita-cerita rakyat
sehingga mampu menarik ramai pengkaji untuk mengkaji sejarah budaya
masyarakat Iban. Walaupun cerita rakyat selalu juga disebut sebagai
cerita dongeng, namun tidaklah sama kalau kita menganggapnya
sebagai dongeng semata-mata, sebaliknya kita harus memandang cerita
itu dari kaca mata golongan yang melahirkan cerita itu. Ini
disebabkan kesusasteraan rakyat adalah cetusan daya sasteramanusia
yang spontan dan pancaran fikiran yang spontan juga, selain itu
bagi mereka seni sastera adalah sesuatu yang harmoni dengan
kehidupan mereka. Sastera rakyat merupakan cerminan kehidupan
masyarakat Iban iaitu tentang kepercayaan adat dan pandangan hidup
mereka.George Leferve menggunakan istilah sejarah dari bawah bagi
merujuk penulisan mengenai orang yang tiada nama, tiada kepentingan
dalam politik dan kumpulan yang tiada nama. Kenyataan beliau
sebenarnya merujuk kepada masyarakat Iban kerana mereka bukanlah
suku bangsa yang melahirkan cerita-cerita untuk kepentingan
tertentu, malahan cerita-cerita rakyat mereka boleh dijadikan
sebagi sumber sejarah yang utama yakni mengenai kehidupan mereka.
Masyarakat ini pada asasnya merupakan penduduk di kawasan pedalaman
yang berpindah-randah, tetapi tinggal berdekatan dengan sungai yang
merupakan nadi pengangkutan dan sumber perikanan yang penting.
Masyarakat Iban tidak meninggalkan sumber sejarah konvesional
seperti sumber bertulis,bagaimanapun mereka telah menzahirkan
pemikiran dalam bentuk cerita-cerita rakyat.Oleh itu, sejarah
budaya mereka dapat dikaji menerusi cerita-cerita rakyat. Malahan,
cerita rakyat juga boleh dijadikan bahan untuk mengkaji budaya dan
masyarakatnya.Cerita rakyat Iban Cerita rakyat Iban boleh
dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu cerita berhubung dengan
penjelmaan binatang kepada manusia, hubungan manusia dengan orang
mati, hubungan manusia dengan roh mahupun hantu, dan cerita-cerita
lain termasuklah cerita asal-usul. Kesemua cerita ini boleh
dihubungkan dengan sistem kepercayaan mahupun agama masyarakat
Iban. Setiap cerita menerangkan tentang adatistiadat,kegiatan
ekonomi, kepercayaan, pemikiran dan world view mereka.Perkara
pertama yang harus dikaji tentang masyarakat ini adalah tentang
kehidupan mereka. Mereka merupakan masyarakat yang tinggal di rumah
panjang seperti yang dijelaskan dalam cerita Meludai iaitu rumah
yang diketuai oleh Meludai itu mempunyai lima puluh pintu ataupun
lima puluh keluarga yang tinggal di rumah itu.Cerita ini menjadi
bukti terpenting tentang kehidupan masyarakat ini yang tinggal di
rumah panjang, khususnya tentang bilangan isi rumah. Rumah panjang
boleh disamakan dengan konsep kampung kerana mempunyai bilangan isi
rumah yang ramai. Malahan kehidupan mereka amat bergantung kepada
sumber alam semulajadi yakni hutan. Perkara ini di sebut dalam
cerita Meludai yakni apabila Meludai bercadang hendak pergi berburu
supaya ada daging untuk dijadikan sebagai bekalan semasa mereka
sedang menuai padi nanti. Perkara ini mengambarkan bahawa hutan
merupakan suatu sumber terpenting bagi masyarakat ini khususnya
sumber protein. Hutan merupakan nadi kepada kehidupan masyarakat
ini kerana hutan membekalkan sumber makanan kepada masyarakat ini.
Selain itu, dalam masyarakat ini terdapat organisasi sosial, ketua
masyarakat ini adalah tuai rumah. Tuai rumah bertanggungjawab
terhadap pentadbiran undang-undang, sosial dan adat sesebuah rumah
panjang. Tuai rumah ini bertanggungjawab keatas pelawat, ini
dibuktikan dalam cerita Meludai apabila Meludai berkeras juga
hendak berhuma kerana beliau bertanggungjawab untuk melayan tetamu
khususnya yang berkaitan dengan makanan. Tuai rumah orang yang
paling penting dalam rumah panjang yakni berkuasa dalam rumah
panjang. Misalannya, dalam cerita ini, Meludai bersama dengan
anak-anak buahnya telah pergi mengayau12 untuk membalas dendam atas
kematian isteri dan anak-anaknya.Ini menunjukkan bahawa tuai rumah
merupakan individu yang terpenting dalam hieraki sosial masyarakat
Iban dan tanggungjawabnya adalah untuk menjaga keselamatan kaumnya.
Tuai rumah boleh disamakan dengan jawatan penghulu dalam masyarakat
Melayu tradisional kerana fungsi mereka hampir sama terutama sekali
dalam konteks pentadbiran yakni menjaga kebajikan anak
buah.Masyarakat Iban amat mempercayai alamat-alamat mahupun
petanda-petanda tertentu daripada binatang. Menurut Benedict
Sandin, orang Iban sangat yakin dengan tilikan yang dikatakan
sebagai tanda daripada tuhan mereka.Peranan ini didokong oleh tuai
burung yang akan melakukan upacara beburung. Misalnya dalam cerita
Meludai, peranan seorang tua yang bernama Aki Angum Gua dalam
mentafsir alamat-alamat daripada binatang amat penting kerana
tafsirannya bakal menentukan masa depan Meludai.Masyarakat Iban
amat mempercayai setiap tafsiran alamat yang dibuat oleh tuai
burung kerana tafsiran itu bakal mempengaruhi kehidupan mereka pada
masa hadapan. Jikalau mereka ingkar dengan tafsiran tersebut,
mereka akan menerima nasib seperti Meludai apabila meninggalkan
keluarganya di rumah telah menyebabkan kematian isteri dan dua
orang anaknya. Kepercayaan mereka terhadap alamat atau petanda
daripada burung dan binatang tertentu amat penting khususnya semasa
membuka ladang atau berhuma. Ini disebabkan kehidupan mereka
dikelilingi oleh binatang buas mahupun musuh, oleh sebab ingin
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, mereka perlu
patuh kepada tafsiran tuai burung.Kehidupan masyarakat ini amat
bergantung kepada pertanian khususnya penanaman padi huma. Padi
huma merupakan sumber penghidupan bagi mereka, perkara ini
dibuktikan melalui cerita Bandan Berpindah ke Sebayan. Bandan
terpaksa pergi madi apabila mereka tidak mendapat padi yang cukup
untuk dimakan selama setahun. Selain itu, kepentingan padi huma
turut dipaparkan dalam cerita Puteri Rusa iaitu padi huma yang
ditanam telah dimakan oleh rusa. Apabila padi huma dimakan oleh
rusa, maka hasil untuk tahun itu berkurangan, seterusnya
menyebabkan mereka kekurangan padi pada tahun itu. Penanaman padi
huma merupakan nadi penggerak kepada kehidupan masyarakat ini,
penanaman padi huma sebenarnya mempunyai kaitan dengan kehidupan
mereka yang sering berpindah-randah. Ini disebabkan oleh penanaman
padi huma dilakukan secara berulang kali di tempat yang sama telah
menyebabkan kesuburan tanah tersebut merosot sehingga memaksa
masyarakat ini berpindah mencari kawasan baru yang lebih subur.
Perkara ini menjelaskan tentang sebab utama masyarakat ini
mengamalkan pertanian pindah. Seterusnya adalah tentang sistem
kepercayaan masyarakat Iban. Mereka mengamalkan amalan animisme dan
setiap kepercayaan mereka dipengaruhi oleh alam semulajadi. Mereka
mendiami kawasan hutan rimba yang keadaan keselamatannya tidak
menentu, memang wajarlah jika terdapat kepercayaan yang boleh
memberikan suasana harmonis dengan alam dan roh. Keadaan
persekitaran seperti inilah yang telah membentuk kepercayaan
masyarakat Iban, kebanyakan dewa mereka dikaitkan dengan kehidupan
seharian terutama sekali kegiatan harian mereka. Misalnya,
kepercayaan mereka kepada Pulang Gana. Mereka akan melakukan
upacara pemujaan yangditujukan kepada roh kesuburan, jika upacara
ini tidak dilakukan maka padi tidak akan menjadi dan masyarakat ini
akan kebuluran.Hari Gawai merupakan upacara adat bagi tujuan ini.
Ini menjelaskan tentang kepentingan upacara ini khususnya dalam
meneruskan survival masyarakat ini, pemujaan ini dilakukan demi
kepentingan lahiriah yakni memperolehi makanan. Kepercayaan ini
bukanlah suatu bentuk keagamaan kerana bagi masyarakat Iban tidak
terdapat bentuk pemujaan yang berkonsepkan rohaniah. Ini disebabkan
kesemua pemujaan berbentuk lahiriah seperti pemujaan Pulang Gana
semasa hari Gawai. Mereka mempercayai tentang Aki Lang Menaul
Nyakai atau Singgalang Burung iaitu dewa yang paling berkuasa yang
merupakan dewa perang dan asas kepada semua adat. Sebanyak tujuh
jenis burung ( menantu kepada Singgalang Burung) selalu hadir dalam
semua upacara budaya dan ritual pengubatan yang dijalankan oleh
orang Iban. Burung ini melambangkan penghormatan masyarakat Iban
terhadap alam semulajadi.Oleh sebab itu, mereka selalu mengaitkan
burung dengan petanda ataupun alamat. Tuai burung yakni Aki Angum
Gua dalam cerita Meludai menilik berdasarkan alamat yang dijelaskan
oleh Meludai. Burung atau binatang lain boleh memberi petanda baik
atau buruk kepada orang Iban. Mereka mempercayai tafsiran tuai
burung kerana beranggapankehidupan mereka dipenuhi dengan kekaburan
khususnya yang berkaitan dengan masa hadapan. Oleh itu, tafsiran
ini amat penting dalam menentukan masa hadapan seseorang khususnya
berkaitan dengan pertanian mahupun kehidupan mereka. Jika tafsiran
itu berkaitan dengan sesuatu bencana, maka mereka akan lebih
berhati-hati supaya tidak menjadi seperti Meludai yang mengingkari
pesanan Aki Angum Gua.Selain itu, corak kehidupan masyarakat ini
yang sering berpindah-randah sebenarnya berkaitan dengan satu lagi
kepercayaan iaitu legaran burung. Semua perlakuan burung ini
seperti bunyi, cara legaran penerbangan, dan pergerakan-pergerakan
lain yang dianggap membawa petanda yang mesti dihormati kerana
tindakan orang di rumah panjang ditentukan oleh tanda-tanda
ini.Dalam cerita Uging telah disebutkan tentang perbuatan orang
Iban meninggalkan rumah panjang kerana burung telah memasuki rumah
mereka.28 Perbuatan mereka meninggalkan rumah panjang telah
membuktikan bahawa burung merupakan alamat yang amat berpengaruh
dalam kalangan masyarakat ini kerana mereka tidak mahu ditimpa
bencana. Selain itu, kepercayaan kepada burung sebenarnya merupakan
antara beberapa sebab masyarakat ini asyik berpindah-randah.
Legaran burung akan ditafsir oleh tuai burung, jika legaran
tersebut memberi tanda mereka perlu berpindah, maka mereka perlu
berpindah. Perkara inilah yang menyebabkan berlakunya konsep pindah
dalam masyarakat ini. Manakala, dalam cerita Ngumbang dan Berenai
terdapat kepercayaan tentang Menoa Sebayan.29 Mereka mempercayai
bahawa manusia yang berada di Sebayan akan melakukan perkara yang
sama seperti yang dilakukan di dunia, misalannya dalam cerita ini
terdapat peristiwa lelaki sedang bertikam dan jatuh dari pokok
kerana mereka mati disebabkan melakukan perkara tersebut.30 Ini
menjadi bukti bahawa masyarakat ini mempercayai kehidupan selepas
mati. Selain itu, mereka beranggapan kehidupan selepas mati
menyerupai kehidupan di dunia. Walaupun begitu, mereka mempercayai
kehidupan di Sebayan mempunyai beberapa perbezaan dengan kehidupan
di dunia misalnya tidur pada waktu siang. Cerita ini merupakan
pemikiran kreatif masyarakat Iban tentang konsep kehidupan selepas
mati dan mencerminkan kepercayan tentang adanya kehidupan selepas
mati. Selain itu, mereka mempercayai manusia yang hidup hanya dapat
melihat atau bertemu dengan semangat dan roh hanya melalui mimpi.
Orang Iban percaya bahawa sebelum semua upacara berhubung dengan
kematian disempurnakan, semangat orangmati sentiasa berkeliaran dan
kembali rumah tempat tinggalnya dahulu, sebelum kematian (bagi yang
sakit kuat) semangatnya dapat dipanggil pulang dan dimasukkan
kembali kedalam tubuhnya. Kepercayaan mereka kepada semangat dan
alam kematian merupakan suatu interpretasi kepada kematian kerana
kewujudan cerita seperti Ngumbang dan Berenai adalah untuk
mengurangkan perasaan takut masyarakat Iban kepada kematian. Mereka
turut mempercayai bahawa manusia itu boleh hidup kembali seperti
dalam cerita Ngumbang dan Berenai yakni Berenai yang telah mati
dapat dihidupkan semula dengan upacara belian.Kehidupan selepas
kematian merupakan suatu perkara yang sangat penting bagi
masyarakat ini kerana kewujudan cerita ini memberi gambaran kepada
anggota masyarakat tentang corak kehidupan di Sebayan. Masyarakat
Iban merupakan masyarakat yang kaya dengan adat. Antara adat yang
boleh dikaji daripada cerita rakyat ini adalah seperti adat
mengayau, adat mengayap, dan adat ngetas ulit. Adat mengayau
merupakan simbol kepahlawan bagi seseorang lelaki Iban. Sasaran
ngayau adalah musuh mereka. Setiap kepala yang berjaya dipenggal
akan menambahkan semangat dalam diri seseorang, semakin banyak
kepalayang dipenggal semakin kuat orang tersebut. Adanya roh ini
akan membawa tuah bukan sahaja kepada orang tersebut malah kepada
keluarga dan kelompoknya. Adat ini telah dinyatakan dalam cerita
Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu, mengikut ceritanya Tedung
bersama kawannya iaitu Kumpang merupakan orang yang berani dan
bercadang hendak mengayau ke negeri Kantu. Selain itu dalam cerita
Meludai terdapat juga aktiviti mengayau. Aktiviti mengayau bukanlah
suatu bentuk keganasan seperti yang diutarakan oleh keluarga
Brooke, adapt ini merupakan manefetasi kepada sifat kepahlawan
masyarakat Iban. Masyarakat Iban melakukan adat mengayau adalah
bersandarkan kepada penghormatan yang bakal diterima kerana orang
yang paling gagah adalah orang yang paling banyak memenggal kepala
musuh. Kepala musuh menurut mastarakat ini merupakan semangat, jika
seseorang memenggal banyak kepala maka dia mempunyai banyak
semangat dalam dirinya. Selain itu, masyarakat ini mempercayai
masyarakat binatang hidup seperti manusia Iban juga. Binatang itu
boleh bertukar rupa menjadi manusia jika mereka berhubung dengan
manusia dan dengan mudah dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan
manusia. Contoh ini boleh dilihat dalam cerita Puteri Rusa yakni
seekor rusa boleh menjelma menjadi seorang puteri yang
jelita.Selain itu, dalam cerita Tedung Berkahwin dengan Puteri
Bongsu yang menyatakan kenyalang telah menjelma menjadi seorang
perempuan yang cantik.Bagi mereka, jika berkahwin dengan
binatangbukanlah suatu keganjilan.Kepercayaan ini bersangkutan
dengan kehidupan mereka yang tinggal di kawasan hutan belantera,
jadi tidak mustahil jika cerita-cerita ini adalah usaha untuk
mengharmonikan hubungan antara masyarakat Iban dengan alam
semulajadi. Binatang seperti burung kenyalang, rusa, ikan belida,
dan babi dianggap sebagai suci dan mempunyai kesaktian yakni
menjelma menjadi perempuan yang cantik. Selain itu, cerita Tedung
Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu terdapat larangan membunuh atau
memakan burung kenyalang.Perkara ini menjadi suatu tradisi hingga
ke hari ini iaitu masyarakat Iban tidak akan memakan binatang
tertentu misalnya burung kenyalang. Masyarakat Iban amat
mementingkan zuriat khususnya anak lelaki. Terdapat beberapa cerita
yang memaparkan tentang wira Iban berkahwin dengan binatang dan
memperoleh anak lelaki. Misalnya, dalam cerita Medang Gila Mengail
iaitu Medang dikurniakan seorang anak lelaki setealah mengahwini
Bongsu Ikan Belida. Selain itu, dalam cerita Meludai dikisahkan
tentang anak Meludai yang melahirkan seorang anak lelaki yang
bernama Sampar yang gagah sehingga tidak pernah tewas semasa pergi
mengayau. Cerita ini telah membuktikan pemikiran masyarakat Iban
amat mementingkan anak lelaki yang digambarkan sebagi pahlawan yang
gagah. Oleh sebab itu, kebanyakan cerita ini terutama sekali
apabila wira Iban berkahwin dengan binatang akan melahirkan anak
lelaki kerana anak lelaki merupakan pewaris kepada adat ngayau.
Oleh sebab itu, anak lelaki merupakan lambang kepahlawanan
masyarakat Iban. Terdapat beberapa cerita yang memaparkan tentang
alat perhiasan perempuan. Cerita ini menjadi sumber rujukan untuk
mengetahui alat yang digunakan oleh kaum hawa. Misalnya, dalam
cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu terdapat cerita
tentang rawai yakni alat perhiasan untuk wanita, biasanya diperbuat
daripada perak atau rotan dan dipakai di bahagian dada hingga ke
pinggang. Manakala, dalam cerita Ngumbang dan Berenai diceritakan
tentang lampit iaitu tali pinggang yang diperbuat daripada perak
dan digunakan oleh kaum wanita. Budaya masyarakat Iban dapat dikaji
hanya melalui cerita rakyat khususnya berkaitan dengan perhiasan
wanita. Perhiasan yang dihasilkan membuktikan masyarakat ini
mempunyai tahap kesenian yang boleh dibanggakan kerana mampu
menghasilkan perhiasan untuk wanita terutama sekali daripada
perak.
MASALAH PENGUNAAN SUMBER INI SEBAGAI SUMBER SEJARAHMasyarakat
Iban pada masa ini merupakan masyarakat yang belum mencapai tamadun
yang tinggi atau masih buta huruf, sememangnya sasteranya dalam
bentuk lisan. Sumber lisan merupakan sumber utama bagi sejarah dari
bawah. Hal ini berbeza dengan sejarah konvesional yang bersumberkan
dokumen. Sumber yang digunakan sering kali menjadi perbahasan
kerana sumber lisan kemungkinannya mempunyai beberapa versi
sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengkaji. Misalnya,
cerita tentang binatang pergi menuba ikan mempunyai tiga versi yang
berbeza yakni masyarakat Bidayuh mempunyai dua versi dan masyarakat
Iban mempunyai satu versi. Keadaan seperti ini akan menimbulkan
pentafsiran yang berbeza disebabkan terdapat berbagai-bagai versi
mengenai sesebuah sastera rakyat. Masalah kedua iaitu sumber
naratif rakyat. Kebanyakan sumber sastera rakyat adalah berbentuk
sumber naratif, untuk mentafsirkan nilai-nilai budaya dalam
perspektif sejarah, seorang sejarawan budaya perlu bantuan daripada
disiplin ilmu yang lain.Sebenarnya, sumber naratif rakyat sukar
untuk dibuktikan kebenarannya terutama faktafakta yang terkandung
dalam cerita rakyat. Fakta yang ditafsirkan adalah berdasarkan
sumber lisan, ini menyukarkan sejarawan budaya untuk menapis fakta
yang sebenarnya. Ia tidak sama dengan pandangan Leopold Von Ranke
bahawa sejarah itu harus dikaji seperti yang sebenarnya yang
berlaku.Fakta-fakta sejarah sepatutnya adalah jelas dan diketahui
sumbernya, selain itu sumber sejarah perlu menggunakan sumber
bertulis. Perkara inilah yang telah membingungkan para sejarawan
budaya kerana sastera rakyat adalah berbentuk naratif yang
diceritakan secara lisan. Antara keraguan yang timbul adalah tokok
tambah dalam sesebuah cerita yang ditambah oleh pencerita,
penambahan ini telah menyebabkan cerita itu mempunyai pelbagai
versi, seterusnya menimbulkankeraguan kepada sejarawan budaya untuk
memilih cerita yang paling tepat. Masalah ketiga iaitu pemikiran
rakyat dalam budaya mereka. Persoalan yang kerap menghantui para
sejarawan adalah tentang pemikiran rakyat yang hidup dalam tahap
tertentu dapat dinilai, sedangkan ia tidak mempunyai criteria
ukuran tertentu.Pemikiran adalah bersifat subjektif. Kebenaran
dalam sejarah subjektif sifatnya.Tafsiran sejarawan budaya
kebiasaanya bersifat subjektif kerana sumber sastera rakyat adalah
dalam bentuk cerita yang mengandungi pemkiran masyarakat. Tafsiran
terhadap pemikiran merupakan suatu usaha yang sukar kerana
memerlukan sejarawan untuk menguasai budaya masyarakat itu.
Sejarawan perlu memahami budaya sesebuah masyarakat sebelum
mengkaji pemikiran mereka.
KESIMPULANMasyarakat Iban merupakan kelompok masyarakat yang
mengabadikan pemikiran mereka dalam bentuk cerita rakyat. Walaupun,
nilai-nilai budaya merekaberfungsi sebagai pedoman hidup, konsep
dan sifatnya adalah sangat umum, memiliki ruang lingkup yang sangat
luas, dan biasanya sukar untuk diterangkan secara rasional dan
nyata.Ini membawa maksud pemikiran masyarakat Iban merupakan
sejarah budaya masyarakat tersebut yakni segala yang terkandung
dalam cerita-cerita rakyat ini mencerminkan pegangan dan
kepercayaan mereka. Sejarah budaya merupakan pandangan hidup
sekelompok orang. Sejarah masyarakat Iban juga merupakan sejarah
budaya dan pemikiran. Bagi seorang Pengkaji yang paling penting
adalah legenda dan memerate menjadi petunjuk yang zahir tentang
aspek-aspek budaya yang penting seperti kepercayaan, pengetahuan,
world view, dan nilai-nilai budaya. Jikalau cerita rakyat tidak
wujud, maka tiadalah sumber sejarah yang boleh dirujuk khususnya
dalam aspek masyarakat Iban. Cerita rakyat mereka merupakan sumber
inspirasi yang ditujukan kepada masyarakat itu sendiri. Sejarah
bawahan sangat penting khususnya dalam menerangkan kisah-kisah
masyarakat yang dipinggirkan oleh sejarah konvesional seperti
masyarakat Iban.
BIBLIOGRAFIBadriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996,
Alam Pensejarahan Dari PelbagaiPerspektif, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat
Iban, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm xxvi.
John W.Berry, 1999, Psikologi Lintas-Budaya: Riset dan Aplikasi
( Edi Suhardono,Terjemah), Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Koentrjaraningrat, 1996, Pengantar Antropologi 1, Jakarta: PT
Rineka Cipta.
Mohd. Yusof Ibrahim, 1997, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian,
dan Kaedah, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 213.
Mohd. Taib Osman, 1988, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Kuala
Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman (peny.), 1991, Pengkajian Satera Rakyat
Bercorak Cerita, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaini Ozea, 1988 ,Analisis Isi Cerita-Cerita Rakyat di Sarawak,
dalam Hamzah Hamdani(peny), Wajah Sastera Sarawak, (hlm 15-29),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
PADA zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang sangat luar
biasa . Pokoknya tumbuh di tengah-tengah lautan yang sangat luas .
Sesiapa sahaja yang memperolehi buah itu dipercayai akan menjadi
amat bertuah .
Maka tersebutlah kisah seorang pemuda bernama Lenggai . Dia
berasal dari Kalimantan Barat . Walaupun Lenggai seorang pengembara
yang gagah berani , namun dia selalu ditimpa malang .
Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak mencari buah
ajaib itu . Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan belayar
menyeberangi lautan . Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai
tetap tidak berputus asa . Walaupun telah beberapa lama belayar ,
namun pokok yang berbuah ajaib itu belum juga kelihatan . Akhirnya
, pada suatu hari , setelah hampir tiga bulan belayar , tiba-tiba
kapal Lenggai termasuk ke dalam pusaran air yang sangat kuat .
Kapalnya berpusing-pusing dengan ligat sekali .Lenggai sedaya upaya
cuba hendak menyelamatkan kapalnya daripada bencana itu . Lenggai
hampir-hampir lemas . Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh
pusara air itu dia ternampak sebatang pokok yang sangat tinggi .
Matanya terpaku ke arah pokok itu . Pokok itu seolah-olah muncul
dari pusat pusaran air itu . Dia pasti itulah pokok ajaib yang
dicari-carinya selama ini .Kapal Lenggai hampir ditelan pusaran air
itu . Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air
dan berenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu . Setelah selamat
sampai , dia pun memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada
pusaran air itu dan dia berehat di situ seketika . Setelah
bertenaga semula , Lenggai memandang sekelilingnya dan dia
ternampak seekor burung yang sangat besar di salah sebatang dahan
yang tertinggi di pokok itu . Cengkaman kuku burung itu sama
besarnya dengan genggaman seorang manusia ." Jika aku dapat
memegang kaki burung itu , tentu aku dapat kembali semula ke
daratan , " bisik hati Lenggai .Dia pun mula memanjat pokok itu
dari satu dahan ke satu dahan sehingga dia berada kira-kira sehasta
dari tempat burung itu hinggap . Dengan secepat kilat dia menyambar
pergelangan kaki burung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya .
Burung besar itu sama sekali tidak menyedari akan apa yang berlaku
kepada dirinya . Setelah beberapa lama kemudian burung itu pun
terbang membawa Lenggai yang bergayut pada kakinya . Burung itu
terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan merentasi daratan
, sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan tidak berdaya lagi .
Akhirnya burung itu ternampak beberapa ekor lembu . Burung itu
melayang turun dan secepat kilat menyambar seekor lembu .Pada
ketika itulah Lenggai melepaskan pegangannya dan jatuh ke tanah
dengan selamatnya . Lenggai memerhatikan kawasan di sekelilingnya .
Dia sangat hairan melihat kawasan di situ . Lenggai belum pernah
melihat tempat yang sebegitu cantik , pokok-pokok menghijau dan
berbuah lebat dengan bunga-bunga kembang berseri . Lenggai terus
berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu lorong yang ditumbuhi
bermacam jenis bunga yang berwarna-warni . Dia mengikuti lorong itu
lalu terjumpa sebuah rumah yang indah . Lenggai terus masuk ke
dalam rumah itu dan dilihatnya seorang perawan sedang menyediakan
makanan ."Oh!"Gadis itu sangat terperanjat meliha t Lenggai berada
di dalam rumahnya ."Jangan takut , saya tidak akan mengapa-apakan
kamu . Saya tidak tahu di mana saya sekarang . Saya memerlukan
makanan dan tempat tidur untuk malam ini , " terang Lenggai
.Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia memberikan Lenggai
sedikit makanan . Ketika Lenggai sedang makan , perawan itu
menceritakan bahawa dia adik bongsu kepada tujuh orang adik-beradik
yang tinggal dalam rumah itu . Enam orang kakaknya telah keluar
bekerja di sawah . Lenggai pula kemudiannya menceritakan apa yang
telah dialaminya . Lewat petang itu keenam orang kakak perawan itu
pun pulang . Mereka semuanya sangat senang hati menerima kedatangan
Lenggai dan melayaninya dengan baik .Semenjak hari itu Lenggai pun
tinggal bersama-sama perawan tujuh beradik itu. Setiap hari apabila
keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai tinggal di rumah
menjaga adik mereka yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawan
bongsu jatuh cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu
akan perasaannya itu kepada kakak-kakaknya. Mereka semuanya
bersetuju perawan bongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai juga
bersetuju dengan cadangan itu."Kamu nanti akan menjadi sebahagian
daripada keluarga ini," jelas kakak yang sulung."Sekarang masanya
telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa sebenarnya kami tujuh
beradik daripada Bintang Tujuh. Adik bongsu kami ini dinamakan
Bintang Banyak. Saya tidak boleh memberitahu kamu lebih daripada
ini. Sayangilah adik bongsu kami ini kerana dia sangat kami
sayangi."Maka seminggu kemudiannya, majlis perkahwinan Lenggai
dengan Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramai orang kampung di
rumah-rumah panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikan majlis
itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan Bungsu Bintang Banyak
mendapat seorang anak laki-laki yang diberi nama Selamuda. Lenggai
menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang sementara isterinya
dan kakak-kakaknya bekerja di sawah.Sememangnya sejak awal lagi,
Lenggai telah diberi amaran supaya tidak membuka penutup tajau yang
terletak di sudut rumah itu."Wahai suamiku, berjanjilah bahawa
abang sama sekali tidak akan membuka penutup tajau ini," pesan
Bungsu Bintang Banyak."Jika abang membukanya juga, akibatnya
amatlah buruk sekali."Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau
bagaimanapun, oleh kerana selalu diingatkan berulang kali, Lenggai
berasa ada sesuatu yang ganjil dalam tajau itu. Perasaan ingin
tahunya datang dengan mendadak.Pada suatu hari hanya Lenggai dan
anaknya sahaja yang tinggal di rumah. Lenggai merenung tajau itu
beberapa kali. Perasaan ingin tahunya memuncak dan Lenggai tidak
boleh bersabar lagi. Dengan cermat dia membuka penutup tajau itu.
Alangkah dahsyatnya! Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat
beribu-ribu orang manusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang
anehnya mereka kelihatan jauh sekali di bawah. Lenggai menyedari
kini dia berada di suatu tempat yang tinggi, seolah-olah di sebuah
negeri di awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa yang
dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi
dan semuanya sedang bekerja dengan tekun.Pada petangnya, apabila
isteri dan keenam orang kakaknya pulang dari sawah, Lenggai tidak
memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Semasa waktu makan,
Lenggai kelihatan sedih dan bimbang. Dia makan sedikit sahaja.
Bungsu Bintang Banyak mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah
berlaku. Dia segera bertanya kepada Lenggai:"Suamiku, adakah abang
membuka tajau itu?"Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal
beberapa kali akhirnya Lenggai mengaku membuka tajau itu dan
menceritakan apa yang telah dilihatnya."Isteriku, kejadian itulah
yang mengganggu fikiranku," Lenggai menjelaskan."Oh suamiku,
bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka penutup tajau itu?
Abang telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan," Bungsu
Bintang Banyak berkata dalam tangisan."Sekarang abang tidak dapat
lagi tinggal bersama kami."Bongsu Bintang Banyak menangis
teresak-esak sambil menimang anaknya."Anakku, oh anakku, tidak
pernah ibu terfikir kita akan berpisah. Sekarang sudah tibalah
masanya. Oh! Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu Bintang
Banyak.Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang
kakaknya menyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan anaknya
ke bumi melalui mulut tajau itu. Mereka semua bertangis-tangisan.
Sebelum berpisah, kakak Bungsu Bintang Banyak yang tertua
menjelaskan selanjutnya:"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal
dari Bintang Tujuh. Kami memberi petunjuk kepada peladang di bumi.
Carilah kami dalam kegelapan sebelum terbit fajar. Apabila kamu
ternampak kami di langit, mulalah segera menanam padi."Jika kami
telah tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula menanam,
maka hasilnya tidak akan banyak, malahan apa jua yang kamu tanam
tidak akan memberi hasil. Semasa berada di sini, kami telah melihat
kami tidak pernah tinggal di rumah hanya Bungsu Bintang Banyak
sahaja yang berada di rumah.Bungsu Bintang Banyak juga mengingatkan
suaminya supaya menurut nasihat kakaknya itu dan menceritakan pula
kepada anaknya supaya kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasa menjadi
petunjuk kepada petani di bumi.Setibanya di bumi, Lenggai
menceritakan semua pengalaman yang dialaminya kepada orang-orang
kampung. Dia menceritakannya dari masa dia meninggalkan kampung
untuk mencari buah ajaib sehinggalah masa dia berkahwin dengan adik
bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hari itu, kononnya, padi akan mula
ditanam apabila kelihatan Bintang Tujuh mengerdip di langit.