FUNGSI ENAM SUB UNIT DALAM BILIK PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merupakan suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Bilik Perkhidamatan Bimbingan dan Kaunseling mengandungi 6 sub unit utama iaitu Ruang Tamu, Ruang Pentadbiran, Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok, Maklumat Kerjaya serta Sudut Terapi. Setiap sub unit mempunyai fungsi masing-masing. FUNGSI RUANG TAMU Ruang tamu bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan tempat mengalukan klien untuk datang ke bilik perkhidmatan. Ruang Tamu juga merupakan satu tempat menarik perhatian klien kerana ia bersih, ceria dan selamat. Ruang ini memenuhi kriteria dari aspek pengudaraan dan pencahayaan bagi membolehkan peredaran udara sentiasa berlaku dan mengekalkan kesegaran udara di dalam bilik ini. Suasana seperti ini memberi keselesaan kepada klien yang menjalani perkhidmatan. Secara ringkasnya ruang tamu menyediakan suasana yang nyaman dan segar bagi klien. Selain itu ruang tamu juga memberikan maklumat bimbingan dan kaunseling kepada klien dengan menampal maklumat di dalam papan kenyataan. Di dalam papan kenyataan terdapat maklumat
29
Embed
Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
FUNGSI ENAM SUB UNIT DALAM BILIK PERKHIDMATAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling adalah merupakan suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan
nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Bilik Perkhidamatan
Bimbingan dan Kaunseling mengandungi 6 sub unit utama iaitu Ruang Tamu, Ruang
Pentadbiran, Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok, Maklumat Kerjaya serta
Sudut Terapi. Setiap sub unit mempunyai fungsi masing-masing.
FUNGSI RUANG TAMU
Ruang tamu bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan tempat
mengalukan klien untuk datang ke bilik perkhidmatan. Ruang Tamu juga merupakan
satu tempat menarik perhatian klien kerana ia bersih, ceria dan selamat. Ruang ini
memenuhi kriteria dari aspek pengudaraan dan pencahayaan bagi membolehkan
peredaran udara sentiasa berlaku dan mengekalkan kesegaran udara di dalam bilik
ini. Suasana seperti ini memberi keselesaan kepada klien yang menjalani
perkhidmatan. Secara ringkasnya ruang tamu menyediakan suasana yang nyaman
dan segar bagi klien.
Selain itu ruang tamu juga memberikan maklumat bimbingan dan kaunseling
kepada klien dengan menampal maklumat di dalam papan kenyataan. Di dalam
papan kenyataan terdapat maklumat tentang bimbingan dan kaunseling. Dengan ini
tetamu dapat mengetahui maklumat tentang objektif, visi, misi, piagam dan slogan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, tarik permulaan bimbingan dan kaunseling,
carta organisasi dan sebagainya.
Tambahan pula ruang tamu merupakan satu tempat mempamerkan alat-alat
Bimbingan Kaunseling. Dengan ini klien dapat megetahui alat-alat yang digunakan
oleh kaunselor kepada kliennya.
FUNGSI RUANG PENTADBIRAN
Ruang pentadbiran merupakan satu tempat untuk menyimpan fail-fail, urusan
surat menyurat dan barang berkaitan program Bimbingan dan Kaunseling. Di dalam
ruang pentadbiran terdapat komputer untuk urusan kerja-kerja perkeranian dan
menaip.
Ruang pentadbiran membantu guru bimbingan dan kaunseling menjalankan
kerja-kerja pentadbiran di dalam bilik bimbingan dan kaunseling. Misalnya
mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat,
pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan
aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua,
Pejabat pendidikan Dearah, Jabatan Pendidikan Negara, atau Kementerian
Pendidikan.
Di dalam ruang pentadbiran guru bimbingan dan kaunseling dapat
menyimpan rekod nama pelajar yang hadir ke bilik Kaunseling untuk mendapatkan
sesi Kaunseling dan bimbingan, bahan-bahan dokumentasi seperti borang temujanji
dengan pelajar, borang pengesahan kehadiran pelajar, borang laporan sesi individu,
borang laporan sesi kelompok dan borang laporan bimbingan serta perancangan
setahun. Seterusnya di dalam ruang pentadbiran, guru bimbingan dan kaunseling
dapat menyimpan serta menfailkan perancangan tahunan serta menampal dalam
buku Rekod perkhidmatan.
Tambahan pula dengan ruang pentadbiran, guru bimbingan dan kaunseling
dapat menyediakan brosur bagi setiap program Unit Bimbingan Kaunseling dan
memberikan kepada setiap kelas, melekat di bilik guru dan papan kenyataan bilik
kaunseling. Ruang ini membantu guru Bimbingan dan Kaunseling untuk membuat
kertas kerja bagi program yang hendak dilaksanakan.
Seterusnya ruang pentadbiran juga membantu guru bimbingan dan
kaunseling untuk menyediakan fail-fail bimbingan dan kaunseling. Misalnya Fail minit
mesyuarat Bimbingan Kaunseling, Fail program, Fail surat masuk, Fail surat
keluar/tindakan, Fail pendidikan pencegahan Dadah, Fail program orentasi, Fail
maklumat pelajar dan sebagainya. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga dapat
membuat analisis aktiviti di dalam ruang pentadbiran serta membuat laporan-laporan
bagi setiap aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Akhirnya Ruang pentadbiran juga merupakan satu tempat menyimpan fail
serta laporan sepanjang tahun untuk rujukan dan dokumentasi. Misalnya
menyimpan gambar-gambar setiap program yang telah dijalankan. Ia disimpan untuk
bahan dokumentasi.
Kaunseling individu
Unit kaunseling individu merupakan satu tempat menjalinkan perhubungan
yang bersemuka antara klien dengan kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan
oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat - menghormati dan
penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.
Dengan unit kaunseling individu, kaunselor dapat mengenal pasti masalah
klien serta memahami isu yang dibincangkan dengan memberi perhatian yang
sepenuhnya kepada penceritaan klien supaya dapat menentukan masalah utama
klien. Ia juga adalah satu tempat untuk mendapatkan cara untuk menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan dengan tepat. Kaunselor mendorong klien serta
membina keyakinan untuk membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan
sesuai bagi membantu diri klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. Guru
Bimbingan dan Kaunseling menghuraikan setiap alternatif yang telah dibuat oleh
klien di dalam ruang kaunseling individu ini. Setiap alternatif yang diambil dinilai
daripada aspek halangan dan risiko yang bakal klien hadapi.
Dengan ruang kaunseling individu unsur kerahsiaan tidak perlu dibimbangkan
kerana bilik khas yang digunakan mampu menjamin kerahsiaan sesuatu
perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang klien. Keadaan ini akan membuatkan
klien berasa selesa dan tidak takut untuk meluahkan masalah mereka. Hal ini kerana
mereka tidak perlu bimbang masalah mereka akan didengari oleh orang lain. Secara
ringkasnya, kaunseling individu ini bertujuan untuk melindungi rahsia klien kerana
perbincangan antara guru kaunseling dengan klien adalah sulit.
Selain daripada itu, suasana yang tenang serta senyap dapat mewujudkan
proses bimbingan dan kaunseling individu berjalan dengan lancar di dalam ruang ini.
Tambahan pula dengan ruang kaunseling individu, klien dengan mudah datang ke
bilik tersebut untuk sesi-sesi kaunseling. Hal ini kerana mereka berasa selasa untuk
berkongsi masalah mereka dengan kaunselor secara individu.
Kaunseling individu juga menolong mengubah tingkah laku klien. Misalnya
pencapaian akademik yang tidak memuaskan, kerjaya, pelajaran, peribadi, masalah
displin seperti ponteng, merokok, menggunakan dadah dan sebagainya.
Selain itu kaunseling individu menambahkan kemahiran klien mengendalikan
kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain
atau bimbang dan ragu-ragu mengenai dirinya. Selain itu kaunseling individu juga
menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien
diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana,
kesannya dan sedia menghadapi pelbagai risiko akibat keputusan itu.
Unit kaunseling individu juga memperbaiki hubungan antara klien dengan
masyarakat serta meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya
perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya, dan seterusnya dalam
masyarakat. Tambahan pula unit kaunseling individu membantu perkembangkan
bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya
supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Fungsi seterusnya bilik ini ialah boleh mengadakan latihan kerehatan dan
latihan gerak badan yang dapat mengurangkan tekanan. Dengan mengadakan
latihan seperti ini klien dapat mengurangkan tekanan serta dapat merehatkan minda
mereka.
Justeru dengan unit kaunseling individu, guru bimbingan dan kaunseling
dapat mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian
kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran komunikasi, cara –cara menghadapi
masalah, membuat keputusan serta menghindar diri daripada tercebur dalam
penggunaan dadah, dan gejala negatif di dalam ruang kaunseling individu.
Akhirnya ruang kaunseling individu juga merupakan satu tempat meneroka
masalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor dimana
klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan
pemasalahan yang klien hadapi.
Kaunseling kelompok
Unit Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang digunakan oleh
kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang
individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian dalam satu jangka masa
yang sama. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana ahli-ahli dalam
kelompok berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor.
Tempoh sesi ini adalah antara 30 – 120 minit serta pemimpin dan ahli menentukan
matlamat kelompok serta matlamat individu. Ahli bertanggungjawab kepada
keberkesanan sesi berkongsi pengalaman serta pendedahan kendiri. Ketua
bertindak sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam mengendali dan
mengetuai kelompok berkenaan serta menentukan isu yang ingin dibincangkan.
Ketua juga perlu jelas dengan tujuan dan matlamat sebenar pembentukan kelompok
tersebut agar kelompok yang dibentuk akan menghasilkan perbincangan yang
produktif dan berjaya. Ruang kaunseling kelompok hendaklah dilengkapi dengan
kerusi secukupnya untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok.
Keselesaan merupakan salah satu fungsi kaunseling kelompok. Kaunseling
Kelompok memberikan keselasaan kepada klien untuk berbincang dengan ahli
kumpulan mereka. Hal ini kerana kaunseling kelompok diadakan di ruang khas serta
membekalkan satu persekitaran yang selamat untuk klien. Selain itu semua rahsia
kelompok dirahsiakan. Ini memberikan keselesaan kepada peserta.
Selain itu, unit kaunseling kelompok berfungsi sebagai mengelola dan
melaksanakan aktiviti bimbingan serta tunjuk ajar (instructional) yang boleh
menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif,
psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar. Misalnya menentukan kelakuan
yang hendak diperbaiki, untuk memperolehi kemahiran sosial, membina kekuatan
dan keyakinan dalam kalangan mereka.
Unit Kaunseling kelompok menolong setiap peserta mengenali dan
memahami diri masing-masing. Misalnya bakat mereka seperti melukis, mewarna,
berenang dan sebagainya. Mereka belajar antara satu sama lain dalam mengenali
kekuatan dan kelemahan diri.
Tambahan pula kaunseling kelompok membina kepekaan terhadap keperluan
orang lain. Misalya apabila rakan mereka berada dalam kesusahan, ahlinya
membantu rakan mereka dari segi kewangan, makanan dan sebagainya. Mereka
meletakkan masalah mereka dalam perspektif dan memahami persamaan atau
perbezaan masalahnya dengan masalah orang lain.
Unit Kaunseling kelompok juga memberikan peluang kepada ahli untuk
menyatakan perasaannya dengan benar dan tepat. Misalnya memberitahu perasaan
gembira, kecewa, marah, benci kepada ahlinya tanpa berasa takut. Dengan ini
mereka dapat mengeluarkan perasaan mereka dengan ahlinya. Ini menolong ahli
untuk mengurangkan tekanan hidup mereka. Justeru unit kaunseling kelompok juga
membantu menolong peserta membina semangat dan berwibawa menghadapi risiko
dalam kehidupan. Misalnya memupk sifat berani untuk menghadapi cabaran serta
risiko dalam kehidupan. Ahlinya memberi kata-kata semangat untuk menghadapi
cabaran tersebut. Ia merupakan tempat mendapatkan sokongan serta kekuatan
supaya dapat menghadapi cabaran hidup mereka.
Selain itu unit kaunseling kelompok berfungsi untuk merancang dan menilai
perkembangan kelompok, menangani konflik yang dihadapi demi memperkayakan
aspek-aspek hidup mereka seperti perhubungan mereka dengan keluarga dan
rakan-rakan, aspek pekerjaan, aspek kerjaya, agama dan lain-lain. Justeru unit
kaunseling kelompok juga membantu peserta memahami perasaan yang
tersembunyi disebalik kata-kata yang dikeluarkan. Contohnya memahami setiap
maksud perkataan yang dikeluarkan daripada ahli. Kaunseling kelompok juga
menolong peserta menentukan matlamat tertentu yang boleh diukur dan dilihat
melalui kelakuan mereka. Ia juga menolong peserta membina rasa dipunyai dan
diterima oleh orang lain. Contohnya menyedarkan mereka bahawa mereka
disayangi dan diterima.
Tambahan pula dengan unit kaunseling kelompok, ahlinya dapat
membincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok.
Contohnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan sebagainya.
Seterusnya kaunseling kelompok dapat membantu pelajar memilih mata pelajaran
elektif untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran
Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang
sesuai untuk mereka. Dengan ini murid dapat memilih matapelajaran elektif yang
bersesuaian untuk mereka serta dapat mencapai keputusan yang cemerlang
berdasarkan kemampuan mereka.
Dengan kaunseling kelompok, guru kaunseling dapat menubuh dan melatih
pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan meyelia aktiviti mereka. Dengan ini
pelajar-pelajar tidak akan terjebak dalam gejala negatif. Seterusnya dengan
kaunseling kelompok, ahlinya dapat memperbaiki sikap serta perlakuan klien yang
tidak berkesan atau yang tidak mendatangkan faedah. Misalnya memperbaiki sikap
ponteng sekolah, merokok, mengambil dadah dan sebagainya.
Unit Kaunseling kelompok berfungsi menjimatkan masa dan usaha. Hal ini
kerana tidak banyak klien yang dapat dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling
individu. Dengan membentuk program kelompok yang baik seseorang kaunselor
kelompok dapat membantu ahli menjelaskan nilai atau menyelesaikan masalah di
samping melayan ahli yang memerlukan tumpuan individu.
Selain itu kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai
sumber dalam berkongsi maklumat, menyumbangkan pelbagai pandangan atau
meneroka nilai peribadi individu yang lain. Pandangan dan pendapat yang berbeza
dapat menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih menarik dan lebih rapat dan berkait
dengan realiti hidup.
Seterusnya kaunseling kelompok juga berfungsi mempertingkatkan
kemahiran komunikasi ahli-ahli kumpulan. Hal ini mendedahkan ahli-ahli terhadap
keberkesanan dalam berhubung bukan sahaja dengan ahli-ahli yang lain, malah
masyarakat sekeliling. Ia melatih anggota kelompok agar berani berbicara dengan
orang ramai. Hal ini kerena kaunseling kelompok mempunyai ramai ahli. Mereka
perlu berani berbiacara di hadapan orang ramai. Selain itu, proses kaunseling
kelompok ini bukan sahaja membawa pendekatan satu hala iaitu kaunselor kepada
klien, malah ia juga turut melibatkan pendekatan klien kepada klien serta klien
kepada kaunselor. Hal ini mewujudkan solusi yang bervariasi. Akhirnya, unit
kaunseling kelompok ini menggalakkan ahli dalam menjadi penyumbang secara aktif
dalam perhubungan dengan individu lain.
MAKLUMAT KERJAYA
Unit Perkhidmatan Maklumat Kerjaya memberikan perkhidmatan yang baik
untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
serta berilmu, beriman dan beramal. Unit maklumat kerjaya merupakan tempat
mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, pendidikan, latihan dan
pelajaran kepada pelajar melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari
kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
Unit ini juga memberi maklumat kerjaya kepada para pelajar melalui program
dan aktiviti yang dijalankan. Para pelajar diharapkan dapat menyelesaikan masalah
pemilihan pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran sekarang. Ia juga
berfungsi sebagai tempat perjumpaan dengan pelajar dalam kelompok kecil
berbincang isu perkembangan kerjaya, mendapat maklumat pendidikan terkini dan
menyediakan papan kenyataan pekerjaan untuk dipamer di tempat yang strategik
atau laluan pelajar.
Unit Maklumat kerjaya juga dapat mendedahkan para pelajar dengan 80%
peluang-peluang kerjaya yang wujud di negara ini sesuai dengan matlamat
wawasan 2020 yang memerlukan tenaga kerja dalam pelbagai bidang. Selain itu,
unit ini dapat mendedahkan para pelajar dengan 80% mengenai situasi pekerjaan
seperti suasana kerja, kenaikan pangkat, gaji, kelayakan akademik, kebajikan dalam
pekerjaan, peluang-peluang latihan dan segala maklumat tentang pekerjaan yang
ingin diceburi.
Guru Bimbingan dan Kaunseling sentiasa menambah dan mengemaskini fail-
fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi di dalam ruang
tersebut. Selain itu ruang tersebut memberi maklumat dan penerangan tentang
pentingnya mengisi borang permohanan dengan tepat. Maklumat kerjaya menjadi
tempat bahan-bahan rujukan pelajar seperti maklumat IPTA/IPTS, kerjaya, motivasi,
dan maklumat terkini pendidikan. Ia juga mengelola lawatan terancang kerjaya atau
pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan yang lain.
Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan.
Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya,
lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-
hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor
bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang
pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.
Seterusnya unit ini juga membantu para pelajar menepati pemilihan kerjaya
yang realistik sesuai dengan kebolehan dan minat mereka. Tambahan pula ia
membantu para pelajar memperolehi pemahaman kerjaya dengan membina sikap
yang bersesuaian dengan pekerjaan selaras dengan permintaan sosial dan keadaan
ekonomi moden yang sentiasa berubah. Unit Maklumat Kerjaya juga membantu para
pelajar memperolehi pengalaman pendidikan yang bermakna melalui peranannya
dalam dunia pekerjaan. Ini diperolehi melalui penilaian diri mereka dengan melihat
kebolehan dan bakat dalam melakukan kerja-kerja yang produktif.
Program yang dicadangkan akan dapat memberikan kesedaran mengenai
dunia pekerjaan supaya para pelajar mempunyai perancangan yang jelas. Di antara
program yang akan dilaksanakan adalah seperti risalah kerjaya, penggunaan media
pandang dengar, program ibubapa, ceramah kerjaya, majalah kerjaya, rundingcara
kerjaya, seminar kerjaya, lawatan, temuduga kerjaya dan ujian kerjaya. Program
yang akan dilaksanakan akan mendedahkan para pelajar tentang wujudnya pelbagai
peluang yang boleh diceburi untuk menjalani kehidupan seharian.
Kaunselor membantu pelajar dalam meneroka bidang pendidikan lebih tinggi
selepas Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Unit ini juga adalah memberi tunjuk ajar
dan penerangan kepada pelajar supaya memilih aliran yang perlu masuk selepas
Peperiksaan Malaysia Rendah (PMR). Pelajar di sekolah didedahkan kepada
penerokakan ke alam pendidikan dan pekerjaan dan perkembangan akademik dan
pekerjaan. Biasanya sesi ini diadakan secara kelompok dan menfokuskan kepada
apa yang yang diperlukan oleh pelajar.
Misalnya kursus-kursus Kerjaya bertujuan mendedahkan para pelajar tentang
maklumat-maklumat kerjaya bagi persiapan setelah meninggalkan alam
persekolahan kelak. Ia akan dikendalikan oleh Kaunselor Kerjaya dengan
menjemput agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Buruh, Jabatan Tenaga Rakyat,
Sektor-sektor Swasta dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS). Kursus
kerjaya yang akan didedahkan adalah Kursus Maklumat Pekerjaan melalui
Penerokaan dan Kursus Tentang Pekerjaan.
Selain itu Kursus Maklumat Pekerjaan. Melalui Penerokaan ini adalah
pengenalan kepada satu contoh kursus iaitu aktiviti berorentasikan pekerjaan.
Melalui kursus ini murid mengembangkan sikap, menguji kebolehan, meluaskan
pemahaman, merangsang minat yang bersesuaian terhadap pekerjaan. Para pelajar
diberi peluang meneroka mata pelajaran seperti Sains, Agama, Matematik,
Perdagangan, Keusahawanan, Pertukangan, Ekonomi Rumah Tangga dan lain-lain
mata pelajaran dan didedahkan kesan mata pelajaran yang diambil dengan peluang
kerjaya. Melalui kursus ini pengalaman penerokaan pekerjaan diperolehi dan para
pelajar akan dapat membuat perancangan kerjaya yang realistik.
Kursus Tentang Pekerjaan pula meninjau secara terperinci tentang dunia
pekerjaan dalam segala aspek. Ia merangkumi kelayakan, kebajikan, gaji, kenaikan
pangkat dan lain-lain berkaitan pekerjaan. Topik-topik yang akan dimasukan dalam
Kursus Tentang Pekerjaan adalah:
Mengenali diri murid
Meneroka minat, bakat dan kebolehan diri serta meneliti kekuatan dan
kelemahan diri murid.
Meneroka pekerjaan
Membuat persediaan vokasional atau persediaan kerjaya
Langkah dan persediaan untuk mendapatkan pekerjaan
Pasaran tenaga kerja.
Program Poster Kerjaya merupakan pertandingan melukis poster-poster kerjaya
oleh para pelajar untuk ditampal di bilik unit Perkhidmatan Maklumat Kerjaya. Poster
lain tentang dunia pekerjaan akan diperolehi dari Jabatan Penerangan, Jabatan
Buruh, Jabatan Tenaga Rakyat dan IPTA serta IPTS.
Seterusnya risalah Kerjaya juga merupakan satu maklumat disimpan dan
dipamerkan didalam maklumat kerjaya. Ia adalah satu maklumat bertulis pada
sehelai kertas kecil dan mudah dibaca dan disimpan. Tujuan risalah adalah untuk
memberitahu tentang perkhidmatan kerjaya secara ringkas dan tepat. Perkara yang
perlu ada pada risalah berkenaan adalah:
Jenis perkhidmatan yang ditawarkan.
Tempat perkhidmatan yang diberikan.
Masa untuk mendapatkan perkhidmatan
Pihak yang terlibat
Cogan kata
Pelan lokasi
Grafik yang mudah dan menarik.
Risalah berkenaan boleh disebarkan kepada pelajar melalui:
Dipamerkan seperti poster.
Diberikan kepada guru-guru kelas untuk ditampalkan di papan kenyataan
kelas.
Di masa perhimpunan pelajar iaitu diedarkan kepada ketua-ketua kelas.
Melalui Biro Buku Teks sekolah iaitu semasa para pelajar menerima buku
teks
Semasa majlis orentasi pelajar baru
Rundingcara Kerjaya
Tujuan rundingcara kerjaya adalah untuk memberi maklumat dan mengurus
pertemuan antara kaunselor kerjaya dengan para pelajar. Kaunselor kerjaya akan
mengunakan pelbagai teknik untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar
tentang kerjaya yang diminati. Rundingcara kerjaya melibatkan pelbagai latar
belakang klien dengan matlamat yang berbeza tentang kerjaya yang diminati oleh
mereka.
Seminar atau Ceramah Kerjaya
Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar mendapatkan
maklumat yang tepat. Melalui program ini para penceramah akan dijemput dari
pelbagai sektor seperti agensi-agensi kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS untuk
memberikan ceramah. Melalui pendedahan kerjaya seperti Perubatan, Ekonomi,
Agama, Kejuruteraan dan pelbagai bidang, para pelajar akan dapat membuat pilihan
yang betul dan tepat bagi masa depan mereka.
Lawatan
Program lawatan ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada para pelajar.
Lawatan-lawatan seperti melawat syarikat-syarikat HICOM, PERWAJA, HOTEL,
PELABUHAN dan agensi kerajaan seperti PDRM, KEMENTAH, SPA, INTAN akan
mendedahkan mereka kepada pekerjaan yang diminati. Para pelajar akan mendapat
gambaran yang sebenarnya tentang gaji, tugas, kenaikan pangkat dan sebagainya.
Melalui pengalaman ini akan dapat menolong dan menimbulkan celik akal bagi
mereka untuk membuat keputusan yang baik tentang kerjaya.
Penggunaan Media Pandang Dengar
Program ini memberikan maklumat kepada para pelajar menerusi filem, video, slaid,
komputer yang memberikan maklumat kerjaya dengan tepat dan betul. Kaedah ini
boleh menyampaikan maklumat tentang keseluruhan dunia pekerjaan. Pelajar akan
dapat mengetahui perubahan yang akan berlaku di masa depan, jenis pekerjaan
yang akan terbuka peluangnya 10 tahun akan dating, industri yang akan memberi
peluang pekerjaan serta bidang yang terdapat banyak kekosonga. Maklumat-
maklumat yang terdapat perlu ditapis terlebih dahulu bagi menentukan
kesesuaiannya kepada para pelajar.
SUDUT TERAPI
Sudut terapi membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap
sesuatu aktiviti atau kemahiran. Selain itu sudut ini dapat membantu murid-murid
bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi
kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Ia membantu untuk meneroka
perkembangan murid-murid.
Terdapat empat terapi dalam bimbingan dan kaunseling iaitu Terapi
Perkembangan, Terapi Pencegahan, Terapi Pemulihan serta Terapi Intervensi
Krisis.
Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu
kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat pelbagai terapi dalam sudut
terapi iaitu Terapi fisio dan terapi cara kerja, Terapi seni, Terapi pasir, Terapi muzik
dan nyayian, Pergerakan kreatif dan drama, Terapi Hidro (Air), Terapi alternative