edu 3073 : bimbingan dan kauseling kanak-kanak
edu 3073 : bimbingan dan kauseling kanak-kanak
Pengenalan.Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak
memberi nasihat. Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus
dewan, bermaksud nasihat dan pertukaran mental. kaunseling adalah
salah satu cabang psikologi. Perkhidmatan ini dijalankan oleh
kaunselor professional bagi membantu perkembangan dan penyesuian
peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara klien dan
kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan bergantung
keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan
secara lansung malah membuatkan klien berfikir dan memberikan
mereka peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka
sendiri.
Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka hubungan
kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami
dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik,
manakala klien meluahkan masalah mereka dan kaunselor cuba memahami
dan mengambil tindakan menguruskan masalah klien itu.
Soalan A
Hassan merupakan seorang pelajar yang cemerlang di dalam
pelajaran. Beliau baru berpindah ke sekolah elit di bandar. Hassan
mendapat giliran pembentangan tugasan sejarah dan beliau berasa
gementar dan bimbang kerana beliau beranggapan bahawa dia perlu
mendapatkan markah yang tinggi kerana sebelum ini dia sentiasa
mendapat markah yang tinggi di sekolah lamanya.
Dalam menangani masalah kes Hassan ini, sebagai seorang guru,
saya telah memilih satu teori kaunseling yang dilihat mampu untuk
membantu Hassan dalam menangani masalah yang dihadapi olehnya iaitu
masalah perasaan gementar dan bimbang yang timbul akibat pemikiran
yang tidak rasioanal. Setelah menilai dan meneliti apakah teori
kaunseling yang sesuai di aplikasikan dalam membantu Hassan dalam
mencapai potensi diri, maka saya telah memilih teori Terapi
Rasional-Emotif (RET) atau lebih dikenali sekarang ini sebagai REBT
merujuk kepada Rational-Emotive Behaviour Therapy.
Terapi Rasional Emotif (RET) telah dikembangkan oleh Albert
Ellis dalam tahun 1950 an. Berdasarkan teori ini kepercayaan bahawa
manusia perlu mengubah cara berfikir supaya memperbetulkan fikiran
yang tidak rasional.Menurut Ellis, manusia rasional dilahirkan ke
dalam dunia yang tidak rasioanal. Manusia menjadi sesemakin tidak
rasional apabila menerapkan idea-idea yang tidak rasional kedalam
sistem kepercayaan mereka.
Dalam kes Hassan kita akan mendapati bahawa Hassan termasuk di
dalam apa yang diperkatakan oleh Albert Ellis iaitu mempunyai
fikiran yang tidak rasional berhubung masalah yang dihadapi olehnya
iaitu perlu mendapat markah yang tinggi seperti mana markah yang
diperoleh semasa beliau berada di sekolah lama.
Di dalam teori REBT ini, Ellis mengemukakan teori A-B-C, di mana
:A = activating experience (peristiwa yang menggerakkan)B = Belief
system ( sistem kepercayaan)C = Consequences ( akibat)
Apa yang ditekankan oleh Ellis ialah tugas kaunselor adalah
menunjukkan kepada klien bahawa seorang itu berasa kecewa (C =
akibat) bukan kerana pengalaman yang menggerakkan (A) tetapi adalah
kerana sistem kepercayaan (B) yang salah. Contohnya, seorang murid
yang telah gagal dalam peperiksaan UPSR berasa sangat kecewa.
(C=akibat) kerana dia mempercayai (B) bahawa masa hadapan sudah
terjejas dan bukan kerana A (peristiwa gagal dalam UPSR).
Hal yang sama juga boleh dikaitkan berkenaan dengan Hassan yang
mana Hassan merasakan dia perlu mendapatkan markah yang tinggi (B)
didalam pembentangan. Hal ini kerana dia yakin dan percaya bahawa
dia akan melakukan perkara yang sama iaitu mendapat markah yang
tinggi sebagaimana dia telah melakukannya semasa di sekolah lama
(A). Kesan dan akibat daripada permasalahan ini maka Hassan telah
berasa gementar dan bimbang akibat pemikiran yang dianggap tidak
rasional bagi dirinya (C).
Bagi menangani masalah yang dihadapi oleh Hassan ini, sebagai
seorang guru pembimbing maka saya perlulah memperbetulkan sistem
kepercayaan yang tidak rasional itu. Oleh itu nasihat dan bimbingan
perlu dilakukan bagi memastikan Hassan mampu berfikir secara
rasional dengan menyatakan bahawa Hassan perlu sedar bahawa sekolah
lamanya tidak sama dengan keadaan sekolah barunya. Guru perlu
menerangkan hakikat bahawa keadaan yang dialami oleh Hassan adalah
sangat berbeza. Mungkin beliau merupakan pelajar yang cemerlang di
sekolah lamanya akan tetapi tidak disekolah baru. Atau mungkin dia
cemerlang di sekolah lamanya dan juga cemerlang di sekolah baru
ini. Apa yang terpenting ialah Hassan perlu belajar menerima
sesuatu hakikat dan setiap keputusan yang diterimanya. Kepercayaan
baharu ini adalah lebih rasioanal. Situasi ini dinamakan sebagai D
( dispute, iaitu mencabar kepercayaan yang tidak rasional). Setelah
mencapai D (kepercayaan rasional) seseorang itu akan mengalami E
(effect) atau kesan iaitu perasaan yang tenang dan lega.
Dalam kondisi yang dialami oleh Hassan maka apa yang mungkin
akan berlaku kepadanya setelah Hassan menerima bimbingan dan
nasihat daripada guru, kita akan melihat bahawa Hassan mampu
berfikir secara rasioanal. Hal ini akan menyumbang kepada perasaan
ketenangan dan lega kepadanya kerana beliau telah melepaskan
tekanan yang dibebani olenya iaitu pemikiran untuk mendapat markah
yang tinggi seperti mana ketika beliau berada di sekolah lama.
Sekiranya Hassan belajar menerima hakikat dan keputusan maka kita
akan dapati bahawa perasaan yang wujud akibat tekanan akan bertukar
kepada perassan tenang dan lega.
Rajah 1 Terapi Rasional -Emotif oleh EllisDalam teori rasional
emotif tingkah laku, terdapat ciri-ciri kepercayaan tidak rasional
yang telah ditetapkan oleh Ellis. Beliau telah menekankan terhadap
idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional dalam diri individu
yang bermasalah. Ianya dapat dikenal pasti sekiranya individu itu
mempunyai ciri-ciri utama seperti rasa malu yang teramat, terlalu
menuntut dan merendah diri yang teramat.
Dalam kes yang melanda diri Hassan, beliau dilihat terlalu
menuntut untuk mencapai markah yang tinggi didalam pembentangan.
Sifat ini merujuk kepada individu yang menganggap satu perkara itu
sebagai satu yang mesti dibuat, sepatutnya dan harus berlaku pada
dirinya. Kegagalan untuk mencapai tahap atau kriteria tersebut akan
membawa kepada perasaan kecewa yang mendalam, marah yang teramat
sangat atau terlampau benci kepada dirinnya.
Merujuk kepada kes Hassan ini, tidak mustahil Hassan akan
mengalami perasaan yang sama seperti mana yang dijelaskan di atas.
Oleh kerana terlalu menuntut untuk mendapat markah yang tinggi,
berkemungkinan Hassan akan mengalami perkara yang sama iaitu
perasaan kecewa dan benci kepada dirinya. Hal ini dibuktikan
melalui perasaan gementar dan bimbang yang di hadapi olehnya
setelah berpindah ke sekolah baru. Di sekolah lamanya, Hassan
merupakan pelajar yang bijak dan sentiasa mendapat markah yang
tinggi. Sekiranya hal ini tidak berlaku di sekolah baru ia akan
meberikan kesan seperti mana yang di jelaskan. Oleh itu, peranan
kaunselor ialah memperbetulkan pemikiran tidak rasional yang
dimiliki oleh Hassan agar Hassan dapat menerima hakikat dan
kenyataan.
Soalan B
Dalam menangani masalah yang dihadapi oleh Hassan, pemilihan
teknik yang sesuai perlu diaplikasikan. Kebanyakkan teknik yang
digunakan dalam terapi Rasional Emotif tingkah Laku adalah bersifat
elektif iaitu gabunggan beberapa kaedah atau strategi. Menurut Amir
Awang ( 1987), terapi ini memberikan penekanan kepada hubungan
antara proses kognitif, emotif dan tingkah laku.
Untuk kajian kes mengenai Hassan, sebagai guru pembimbing, saya
memilih untuk menggunakan dua teknik kaunseling yang sesuai yang
dapat membantu Hassan menghadapi masalah yang dihadapinya. Teknik-
teknik kaunseling tersebut ialah kognitif dan emotif.
Dalam aspek kognitif, klien akan disuruh berhujah mengenai
kepercayaan- kepercayaan yang tidak rasional dan cuba
membuktikannya. Penekanan dalam teknik ini juga menekankan kepada
proses aktiviti harian dalam meningkatkan keyakinan diri sepeti
seorang yang malu bercakap di khalayak ramai, maka mula-mula dia
akan bersyarah di hadapan kawan-kawanya. Seterusnya barulah dia
akan berceramah di hadapan khalayak umum Dalam teori ini juga klien
sendiri akan disuruh mencabar sistem kepercayaan dengan bukti-bukti
yang sahih.
Manakala dalam aspek emotif pula ianya menekankan kepada
menghilangkan rasa malu. Teknik ini menggalakkan klien tampil di
khalayak ramai dengan berhati- hati melakukan satu tingkah laku
yang dianggap leceh atau bodoh dan memalukan. Pada masa yang sama
kilen akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif
hanya kepada perkara-perkara yang boleh dimanfaatkanya dan bukan
malu apabila tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang
lain.
Selain itu, Imageri Rasional Emotif juga turut ditekankan di
dalam aspek emotif ini. Klien akan membuat imagaginasi kepada satu
perkara yang sangat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya
seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan
kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai
kekecewaan, kesediahan dan kehampaan secara tepat.
Disamping itu, kilen juga akan ditunjukkan bagaimana untuk
membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Klien juga
diajar bagaimana untuk menyemaikan kenyataan bersungguh ke dalam
fikiran dan jiwanya sehingga dia yakin dan percaya dengan
bersungguh- sungguh.
Melalui aspek emotif juga, klien akan merakamkan irrational-
beliefs ke dalam pita rakaman dan berhujah mengenainya dengan kuat
dalam pita tersebut. Kemudian klien akan mendengar semula pita
tersebut dan menyuruh orang lain mendengarnya. Seterusnya klien
akan mendengar sama ada ianya cukup kuat dan bertenaga.
Selaian itu, penggunaan aspek jenaka turut di selitkan didalam
aspek emotif ini. Ellis (1978) telah mengemukakan lirik lagu yang
diciptanya sendiri dan didapati ianya berkesan sama ada dijalankan
dalam sesi kaunseling individu, bengkel dan latihan intensif.
Lirik-lirik lagu ini menggunakan kata-kata yang berunsur lucu dan
rasional.
Terdapat juga latihan di bawah aspek emotif ini. Di dalam
kelompok kecil ini, kaunselor akan berhujah dengan kepercayaan yang
tidak rasional ahli secara aktif.
Hubungan interpersonal juga turut ditekankan dalam aspek emotif
ini. Klien diajar tentang kemahiran interpersonal dan cara-cara
untuk mengaplikasikannya dalam hubungan dengan ahli keluarga dan
orang lain. Terapi rasional emotif bukan sahaja menghuraikan diri
klien sendiri serta perhubungannya dengan orang lain tetapi juga
menunjukkan cara berhubung dan berkerjasama dengan baik
bersama-sama dengan orang lain.
Selain itu juga, didalam aspek emotif ini juga, main peranan
turut dititik beratkan. Klien akan menunjukkan semula tingkah laku
kebimbangan, kemarahan dan kemurungan. Kaunselor akan menerangkan
bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan akan diambil alih oleh
kaunselor pula sehingga klien boleh menerangkan semula bagaimana
pemikiran yang tidak rasional itu boleh berlaku.
Dalam kes yang di hadapi oleh Hassan, guru seharusnya meminta
Hassan mengemukakan apakah sebab dan hujah mengapa dia mesti
mendapat markah yang tinggi seperti mana yang beliau dapat semasa
berada di sekolah lamanya sedangkan ianya memberikan kesan
sampingan yang negatif kepada dirinya iaitu perasaan gementar dan
bimbang.
Guru seharusnya menunjukkan kepada Hassan bahawa ianya tidak
logik serta menerangkan kepada Hassan mengepa dan bagaimana beliau
berkeadaan demikian. Kemudian guru akan menunjukkan tentang
perhubungan antara pemikiran tidak rasioanal dengan keadaan
gementar dan bimbang yang dihadapi oleh Hassan.
Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani
masalah Hassan ini seterusnya ialah dengan meminta Hassan
mempercayai bahawa pemikiran itu boleh dicabar dan seterusnya dapat
di ubah dengan cara menyoal dan mencabar tentang kesahan idea-idea
yang dipegang oleh Hassan tentang dirinya.
Kemudian, guru hendaklah membantu Hassan mengenal pasti
pemikiran yang tidak rasional serta memberikan galakkan kepada
Hassan supaya dapat memperkukuhkan dan membangunkan falsafah hidup
yang rasional supaya beliau tidak menjadi mangsa kepada kepercayaan
dan pemikiran yang tidak rasional.
Soalan C
Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ialah komunikasi
interpersonal yang berlaku di antara Klien dan kaunselor.
Komunikasi adalah pemindahan maklumat atau mesej daripada sumber
kepada penerima. Komunikasi interpersonal melibatkan komunikasi
semuka dan ia berlaku dalam satu persekitaran spesifik atau dalam
bentuk kumpulan. Fungsi utamanya ialah untuk mendengar, bercakap,
dan menyelesaikan konflik.Komunikasi interpersonal berbeda daripada
komunikasi secara lisan (verbal ) kepada secara bukan lisan (
non-verbal ). Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang melibatkan
penggunaan pertuturan dalam situasi bersemuka. Ia merupakan proses
komunikasi yang paling efektif, ia membenarkan pertukaran berlaku
dengan cepat; ia membenarkan penggunaan bahasa isyarat dan
pencurahan perasaan di mana penerima dapat menafsir makna daripada
gerak laku yang tidak diucapkan (seperti senyuman dan kerut muka)
juga daripada perkataan-perkataan. Komunikasi secara bukan lisan
ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti isyarat
tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya. Contohnya,
mengangguk kepada mungkin boleh diertikan sebagai memberi galakan
peneguhan; menunjuk masam muka menggambarkan kemarahan, diam sahaja
mungkin bimbang dan lain-lain lagi.Di dalam sesi kaunseling, yang
kerap kali berlaku ialah komunikasi secara lisan dan bukan lisan.
Oleh itu, guru yang memainkan peranan sebagai kaunselor dikehendaki
menguasai kemahiran berkomunikasi. Kaunselor yang mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang berkesan ialah kaunselor yang boleh
bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan empati. Kemahiran
berkomunikasi secara lisan boleh dikenalpasti daripada ciri-ciri
pertuturan yang baik adalah diturunkan seperti berikut:
Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang
bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah
difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh
dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.
Dalam kejian kes mengenai masalah yang dihadapi oleh Hassan, saya
sebagai guru pemimbing akan memilih beberapa kemahiran asas yang
akan digunakan untuk membantu Hassan dalam memperbetulkan pemikiran
tidak rasioanal yang dihadapi oleh beliau. Antara kemahiran yang
akan digunakan ialah kemahiran membina hubungan, kemahiran memberi
perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran mengendalikan kesenyapan
dan membuat interpretasi, kemahiran menggunakan bahasa yang sesuai
dan kemahiran memberi tindak balas yang sesuai
Membina HubunganProses kaunseling berkait rapat dengan
perhubungan di antara seorang kaunselor dengan Kliennya di mana
menghadapi masalah atau meminta bantuan kaunselor untuk
menyelesaikan masalahnya. Objektif kaunseling ialah membina
hubungan dengan Kliennya. Untuk mencapai objektif dengan berkesan
dalam kes Hassan maka membina hubungan di antara saya dengan Hassan
adalah syarat penting. Dengan ini, saya hendaklah menguasai kesemua
kemahiran yang berkesan dan berguna dalam membina hubungan yang
baik dengan Hassan, demi menentukan kejayaan kaunseling yang
diaturkan. Akan tetapi, dalam proses membina hubungan ini tidak
boleh wujud dengan cara paksaan. Ia hanya menjalin hubungan dengan
menggunakan teknik yang sesuai di mana saya dapat memberi keyakinan
untuk menyakinkan beliau. Saya perlu menunjukkan keikhlasan diri
bahawa saya memang seorang yang dapat dipercayai oleh Hassan, sudi
dan rela serta mampu membantunya dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi.Situasi-situasi yang menunjukkan bahawa saya menjalin
hubungan yang baik dengan beliau adalah boleh melihat dari segi
kemesraan perhubungan dalam pertemuan, tanda kepercayaan lahir
akibat penerimaan beliau sepenuhnya tanpa syarat dan seterusnya
Hassan akan memberitahu masalahnya tanpa keraguan.Saya sebagai guru
pembimbing hendaklah menjalin hubungan baik dengan Hassan pada
peringkat permulaan sesi kaunseling supaya proses temu bual
kaunseling dapat diteruskan dengan mesra serta mengikut
langkah-langkah yang telah diaturkan. Saya boleh menjalin hubungan
baik dengan membuka jalan temu bual seperti menyambut kedatangan
Hassan dengan ikhlas dalam memberi keyakinan kepadanya sebelum
beliau mula meluahkan masalahnya.Hubungan baik ini dapat dicapai
apabila perasaan empati di mana saya dapat memahami perasaan
beliau. Mengikut Rogers, empati merupakan perihal merasai dunia
peribadi klien seolah-olah dunianya. Dengan mempunyai perasaan ini,
perasaan saya tidak dipengaruhi oleh Hassan, dan tidak terjunam
dalam situasi yang dihadapi olehnya. Akan tetapi, beliau dapat dan
menyedari saya benar-benar memahami perasaan, fikiran dan situasi
yang dihadapinya.Hal ini akan dipraktikkan didalam membantu Hassan
dalam menangani masalah beliau iaitu perasaan gementar dan bimbang
sekiranya tidak mendapat markah yang tinggi seperti mana pencapaian
beliau semasa di sekolah lamaya. saya akan membina hubungan dengan
Hassan pada awal sesi perbincangan. Di sini saya akan dapat
mengetahui serba sedikit latar belakang beliau seterusnya merangka
strategi pemilihan teori yang akan di aplikasikan.Kesimpulannya,
saya hendaklah berusaha menunjukkan perasaan empati kepada Hassan
supaya beliau berasa dan percaya bahawa saya benar-benar memahami,
mendengar dan mengambil berat terhadap perasaannya. Kemahiran ini
dapat menghayati dan merasai dunia subjektif orang lain seolah-olah
sendiri berada dalam keadaan dunia ini. Dengan mengadakan perasaan
empati ini, hubungan baik di antara saya dengan Hassan dijalin dan
kekal sepanjang proses kaunseling itu.
Kemahiran Memberi PerhatianMemberi perhatian memainkan peranan
yang penting dalam bidang kaunseling. Ia juga merupakan kemahiran
bukan lisan. Walaupun sering digunakan di dalam komunikasi lisan.
Sebenarnya melalui kemahiran memberi perhatian, saya sebagai guru
pembimbing Hassan dengan ini saya dapat mengumpul atau mencungkil
banyak maklumat daripada beliau. Komunikasi bukan lisan banyak
menggambarkan situasi lebih tepat daripada komunikasi lisan.
Seseorang boleh mengawal komunikasi lisannya sebelum berucap tetapi
komunikasi bukan lisan tidak senang dikawal. Ini disebabkan gerak
isyarat, air muka atau kontak mata tidak dapat menipu orang lain.
Mengikut Ekman et al. (1972), terdapat sejumlah 76 gerak isyarat
yang biasa digunakan dan difahami. Oleh itu, saya perlu berusaha
memahami tanda yang ditonjolkan oleh Hassan. Seharusnya saya
sebagai seorang guru pembimbing perlu mempunyai kemahiran memberi
perhatian supaya dapat merasai dan menyedari kerisauan dan
kebimbangan yang dihadapi oleh Hassan dan cuba memujuk dan memberi
nasihat supaya beliau mencurahkan perasaannya yang sebenar agar
proses kaunseling dapat diteruskan di bawah situasi yang lebih
sihat.
Kemahiran MendengarMendengar berhubung rapat dengan memberi
perhatian, menurut Rogers (1951) merumuskan: Tanpa perhatian,
mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi
tidak akan wujud.Dalam proses kaunseling, kemahiran mendengar
digunakan lebih banyak daripada berucap dan respons terutamanya
dalam peringkat awal sesi kaunseling. Oleh itu, kejayaan dalam
sesuatu proses kaunseling bergantung kepada kemahiran mendengar
seseorang kaunselor. Sebagai seorang guru pembimbing yang akan
membantu Hassan berfikir secara rasional maka saya seharusnya
mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan, saya perlu sentiasa
bersedia untuk mendengar, tidak memberi perhatian kepada fikiran
masalah Hassan, sebaliknya, mendengar dengan teliti dan memcari
makna dalam apa yang diperkatakan oleh beliau. Dalam proses
kaunseling, saya harus mendengar setiap perkataan Hassan untuk
mengelakkan timbulnya pandangan prasangka. Seperti mana Eqau (1975)
mengatakan mendengar dengan baik-baik akan memberikan kaunselor
sesuatu struktur empati yang tepat.Saya juga digalakkan untuk
mengembangkan perhatiannya free floating iaitu keupayaan mendengar
semua kata yang telah dikomunikasi. saya harus mendengar kesemua
perkataan, metafora, volume, nada, suara, gerak isyarat dan kontak
mata. Kesemua perhatian ini akan memberi maklumat yang penting dan
berguna tentang pandangan atau pemikiran seseorang yang sedang
menghadapi masalah. Oleh itu, saya hendaklah menguasai kemahiran
memberi perhatian dan mendengar secara free floating daripada
memikir apa tindak balas dan respons yang harus diberikan. Menurut
Carkhuff dan Pierce (1975): Klien akan mengulang tema perbualannya
dalam pelbagai persembahan, tema yang diulang akan meyakinkan
kaunselor perkara yang diulang adalah usaha klien memberitahu
kaunselor yang mana dia benar-benar datang.
Dalam proses mendengar dan memberikan respon kepada masalah yang
dihadapi oleh Hassan, saya juga perlu menunjukkan yang saya
berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai. Kajian telah
membuktikan ketiga-tiga faktor iaitu memberi perhatian termasuk
kontak mata, gaya relaks dan respons boleh menggalakkan kecurahan
perasaan dan mempunyai peneguhan yang kuat.
Kemahiran Mengendalikan Kesenyapan dan Membuat
InterpretasiPenyelidik-penyelidik telah membuktikan bahawa
kesenyapan-kesenyapan dalam komunikasi dua hala bukan kerana tiada
gerak balas (respons), tetapi mempunyai makna yang kompleks.
Menurut Shostrom (1968), kesenyapan-kesenyapan ini mempunyai
pelbagai makna yang berguna. Kajian juga menunjukkan kesenyapan
akan membuat seseorang berucap, memberikan ruang untuk klien
berfikir, mengemas idea dan membuat refleksi. Misalnya, seseorang
pelajar datang berjumpa kaunselor buat pertama kali, tetapi tidak
berucap dan kesenyapan diteruskan buat sementara.Di dalam situasi
yang dihadapi bagi membantu Hassan untuk berfikiran rasional, saya
perlu menunggu kira-kira satu minit, seterusnya memecahkan suasana
kesenyapan itu dengan berkata: mungkin kamu masih cari idea
bagaimana kamu patut bermula. Bagaimanapun, saya akan dengar dengan
hati terbuka bila-bila kamu telah bersiap bermula. Dengan kata-kata
demikian, perasaan empati mula dikesan oleh Hassan ketika itu, dan
kemungkinannya akan membawa dorongan untuk meluahkan masalah yang
mengganggu fikirannya.Di dalam kemahiran kaunseling, adalah penting
bagi saya membenarkan sedikit masa kesenyapan di antara komunikasi
dua hala, tetapi tidak dibenarkannya tinggal agak lama, iaitu
seelok-eloknya tidak lebih daripada satu minit. Di dalam situasi
kesenyapan, saya harus menggunakan kemahiran empati dengan
menunjukkan kefahaman perasaan Hassan yang menghadapi masalah, demi
mendorongkannya mudah mendedahkan perasaan secara lebih mendalam.
Kadang-kala kesenyapan bermakna beliau sedang membuat refleksi
terhadap perkara yang telah dibincangkan tadi. Ia juga boleh
bermakna gambaran bimbang, gementar, takut, marah, letih, hormat,
dukacita atau malu. Saya perlu memerhati komunikasi bukan lisan
yang mengiringinya. Kadangkala, adalah wajar bagi saya menyatakan
secara langsung bahawa beliau seolah-olah bimbang dan gementar akan
sesuatu. Cara ini mungkin dapat mendorong Hassan berucap lebih.
Kadangkala, adalah perlu bagi saya menjamin kerahsiaan komunikasi
kami, agar membolehkan Hassan merasa selamat untuk meneruskan
perbulannya. Kadangkala, mengakui akan Hassan merupakan seorang
yang segan berucap mungkin membantu untuk memecahkan kesenyapan
yang agak lama. Misalnya, kamu merasa sukar untuk meneruskan
berucap kerana kamu kurang yakin atau tidak percaya saya? atau kamu
segan berucap kerana kamu marah kerana dipanggil berjumpa saya?
Adakah ini fikiran kamuSaya hendaklah menyesuai diri dengan
penghentian dan kesenyapan dalam komunikasi, kerana situasi ini
seolah-olah memberitahu Hassan: Saya sedang mendengar, saya bagi
ruang kamu berfikir dan membuat refleksi.Kesenyapan boleh
diinterpretasikan sebagai tidak disetujui. Ini biasanya berlaku
selepas beliau mendedahkan peribadi diri, merasa cemas dalam masa
menunggu respons daripada saya. Sekiranya kesenyapan
diinterpretasikan sebagai menawarkan hati atau menyingkir, respons
hendaklah mengelakkan. Misalnya, saya boleh berkata: mungkin sukar
bagi kamu mendedahkan masalah kamu. Adakah kamu kurang yakin bahawa
saya tidak akan memahami perasaan kamu?Di dalam situasi tertentu,
jika Hassan tiba-tiba membisu, atau berhenti berucap dan memandang
di sebelah, ia boleh diinterpretasikan bahawa beliau tiba-tiba
teringat sesuatu yang penting, misalnya mengingat kembali sesuatu
peristiwa yang dia ragu sama ada patut dibongkar. Memecahkan
kesenyapan di bawah situasi ini akan lebih membantu jika saya
respons dengan berkata: Bagaimana kamu berfikir sekarang?Untuk
mengendalikan kesenyapan dalam komunikasi, adalah perlu bagi saya
membenarkan kesenyapan singkat berlaku dalam peringkat awal.
Sekiranya saya kurang bersabar menunggu kesenyapan yang berlangsung
beberapa saat tetapi terus memberi respons sebaik sahaja Hassan
berucap, dia bukan sahaja mengulang respons ini dalam komunikasi
yang berikutnya, tetapi juga kehilangan banyak maklumat yang
berguna, dan kemungkinannya menamatkan sesi kaunseling lebih awal
daripada masa yang ditetapkan.Menggunakan Bahasa Yang
SesuaiKaunselor mesti menggunakan bahasa yang sesuai berhadapan
dengan klien mereka. Selain itu, kaunselor perlu memastikan ibubapa
diberitahu dalam bahasa yang mereka memahami mengenai pencapaian
akademik dan perancangan masa depan murid-muird. Dalam masalah yang
di hadapi oleh Hassan iaitu beliau mempunyai pemikiran yang tidak
rasioanal maka saya sebagai guru pembimbing harus lah membantunya
dengan kemahiran asas kaunseling yang tepat seperti penggunaan
bahasa yang sesuai. Bahasa saya gunakan mesti konsisten dengan
segala tindakan saya. Contohnya, jika saya mengatakan, Saya sangat
gembira untuk bercakap dengan kamu, nada suara saya dan pergerakan
badan saya mesti menyampaikan suasana positif tesebut semasa
menerima Hassan.Dalam peninjauan kemahiran menyoal, soalan mengapa
perlu dielakkan semasa proses kaunseling dengan Hassan berjalan.
Ini disebabkan soalan ini mungkin menjadi soalan bertumpu apabila
Hassan menjawab saya tidak tahu. Jika jawapan sebegini diberi,
seolah-olahnya Hassan tidak ingin meneruskan perbualan tersebut,
saya akan meletakkan dirinya dalam keadaan yang kurang selesa. Saya
boleh mengguna semi soalan bercapah seperti: berapa lama kamu rasa
bimbang ? Atau yang lebih baik, soalan bercapah seperti: bolehkah
kamu memberitahu saya lebih lanjut tentang perasaan bimbang dan
gementar yang anda sedang mengalami? Penyoalan merupakan kemahiran
penggunaan bahasa yang lebih jika berbanding dengan dorongan
minimum. Tujuan dorongan minimum adalah untuk menggalakkan Hassan
meneruskan ucapannya, dan saya sedang mendengarnya. Dorongan
minimum boleh dilakukan dengan berkata jadi?, aha, Mm, oh dan
sebagainya. Kadangkala soalan boleh dijadikan dorongan minimum,
seperti, selepas penjelasan klien, soalan diberikan untuk membuka
jalan bagi penerokaan tambahan. Selain itu, gerak isyarat seperti
mengangguk kepala atau menunjukkan isyarat tangan juga boleh
menjadi dorongan minimum yang berkesan.
Kemahiran Memberi Tindak Balas Yang SesuaiTindakbalas yang akan
dibincang di sini ialah parafrasa dan refleksi. Menurut Kamus Dewan
1998, Parafrasa ialah pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan
karangan dan sebagainya dengan memakai kata-kata lain tanpa
mengubah makna asalnya. Secara amnya, parafrasa mengulang kandungan
yang telah diucap tetapi bukannya membuat ringkasan, manakala
refleksi memfokuskan mengulang perasaan yang terkandung dalam
ucapan. Contohnya, Hassan merasa bimbang untuk mendapatkan
keputusan yang tinggi sepertimana beliau peroleh semasa di sekolah
lama, saya boleh beritahunya dengan berkata: Anda seolah-olah
menghadapi masalah dalam diri anda tentang markah pembentangan.
(memparafrasa) atau Anda seolah-olah bimbang tentang pembentangan
ini. (refleksi)Dalam kaunseling, parafrasa merujuk kepada
pengungkapan semula kandungan sesuatu dalam komunikasi lisan
daripada seseorang klien. Ia bergantung penguasaan kemahiran
mendengar serta kemahiran mengingat. Tujuan menggunakan parafrasa
ini ialah bukan sahaja menunjukkan bahawa kaunselor sedang
mendengar dengan teliti, tetapi juga memahami maksudnya dengan
tepat. Yang penting sekali ialah parafrasa pula berfungsi
mendorongkan klien meneroka perasanya lebih mendalam serta membina
hubungan baik di antara kaunselor dengan klien. Kata-kata mula bagi
parafrasa biasanya mengandungi kata-kata seperti: Anda seolah-olah
kata... manakala , kata-kata akhir biasanya mengandungi kata
seperti: Adakah ini betul? atau Adakah fikiran saya betul?
Refleksi
Alhamdulliah, bersyukur kehadrat ilahi, selawat dan salam kepada
nabi junjungan akhir zaman, nabi Muhammad S.A.W, akhirnya dapat
juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.Dikesempatan
ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pihak yang sudi membantu saya menyiapkan tugasan ini
terutamanya pensyarah pembimbing, Puan Latifah binti Jamil yang
banyak membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan
juga kepada rakan- rakan yang banyak berkongsi ilmu pengetahuan.
Sesungguhnya jasa dan bantuan kalian akan dirahmati oleh Allah
S.W.T.Sepanjang menjalankan tugasan ini, pelbagai cabaran dan
rintangan terpaksa saya tempuhi bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak
dapat dinafikan bahawa topik yang dibincangkan dalam tugasan ini
sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian.
Dengan kehadiran pelbagai tugasan khususnya praktikum fasa ketiga
ianya agak membebankan. Namun saya sedar bahawa untuk menjadi
pendidik inilah pengorbanan yang perlu dipikul agar menjadi
pendidik yang cemerlang.
Melalui tugasan ini, pelbagai input yang berguna telah saya
peroleh antaranya ialah pengalaman semasa menjalankan tugasan A
iaitu berkenaan dengan kajian kes tentang Hassan seorang pelajar
yang sentiasa mendapat markah yang tinggi ketika berada di sekolah
lamanya dan menghadapi perasaan gementar setelah berpindah ke
sebuah sekolah. Beliau menghadapi perasaan gementar dan bimbang
semasa hendak melakukan pembentangan tugasan sejarah dan
beranggapan bahawa beliau mesti mendapat markah yang tinggi
sebagaimana pencapaian yang telah dilakukanya di sekolah lama
beliau.
Melalui kajian kes ini, pelbagai pengalaman pahit dan manis
terpaksa saya tempuhi antaranya berjaga lewat malam untuk
menyempurnakan tugasan ini. Sesungguhnya ini merupakan satu
pengalaman yang pahit bagi saya kerana saya perlu menyusun waktu
dengan baik berikutan praktikum fasa 3 sedang berjalan. Antara
pengalaman manis dalam melakukan keseluruhan tugasan A ialah saya
akhirnya berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Sesungguhnya
penat lelah saya akhirnya terbayar setelah tugasan ini berjaya
disiapkan dan saya tidak akan sesekali melupakan nama Hassan dalam
ingatan saya.
Antara masalah yang dihadapi oleh saya dalam menyiapkan tugasan
ini ialah kesukaran saya dalam menentukan teori yang sesuai untuk
diaplikasikan dalam kes Hassan. Umum mengetahui bahawa terdapat
banyak teori didalam proses kaunseling yang boleh diguna pakai
antaranya ialah teori psikoanalitik, teori berpusat klien, teori
terapi, terapi tingkah laku, terapi rasional- emotif , terapi
elektrik dan lain- lain. Jesteru setelah berbincang dengan
rakan-rakan kelas yang sudi berkongsi pendapat, maka saya telah
memilih teori rasional- emotif atau sekarang ini lebih di kenali
sebagai teori rasional tingkah laku emotif ( Rebt). Pemilihan teori
ini dianggap sesuai dan bersepadan dengan kes kajian mengenai
Hassan.
Seterusnya antara masalah yang saya hadapi dalam menjalankan
tugasan ini ialah berkenaan sumber bahan yang sangat terhad. Oleh
kerana saya sedang menjalani praktikum fasa 3, maka keberadaaan
saya di IPG sangat terhad. Oleh itu bahan rujukan yang hendak
digunakan juga sangat terhad. Oleh yang demikian pelbagai inisiatif
telah saya ambil antaranya dengan pergi ke perpustakaan sekolah.
Namun pencarian saya terhadap buku rujukan menemui jalan buntu.
Mujur seorang guru mencadangkan kepada saya agar bertemu dengan
guru kaunseling sekolah dan meminjam buku daripada beliau. Oleh
yang demikian ianya sangat membantu saya dalam mencari maklumat
yang penting untuk diselitkan didalam tugasan ini.
Antara masalah lain yang membelenggu diri saya semasa
menjalankan tugasan ini ialah umtuk mencari maklumat berkenaan
teknik kaunseling seperti dalam tugasan a 2. Setelah menelaah buku
oxford saya dapati bahawa tiada maklumat berkenaan dengan teknik
dalam kaunseling REBT. Oleh yang demikian saya telah merujuk kepada
nota yang di photostat dan buku karangan Sapora Sipon. Ianya sangat
membantu dalam menjalankan tugasan ini.
Melalui tugasan ini, saya dapati bahawa pemahaman saya terhadap
bimbingan dan kaunseling semakin meningkat khususnya berkenaan
dengan teori-teori Kaunseling. Mungkin sebelum ini pemahaman saya
berhubung dengan teori ini agak kabur namun setelah menjalankan
tugasan ini jelas sekali bahawa saya semakin memahami tentang
teori-teori kaunseling.
Selain itu, keyakinan saya dalam menjadi guru yang juga
merupakan pembimbing murid juga semakin meningkat setelah
menjalankan tugasan ini. Saya dapat mengetahui banyak perkara
berhubung dengan cara mebimbing pelajar yang bermasalah dan ini
sangat bertepatan dengan saya sedang menjalankan praktikum fasa 3.
Melalui tugasan ini saya dapat sedikit sebanyak mengetahui cara
untuk mentackle murid yang bermasalah melalui pengaplikasian
bimbingan dan kaunseling.
Kesimpulannya, dapatlah saya rumuskan bahawa tugasan ini sangat
bermanfaat dan meninggalkan kesan yang positif terhadap diri saya
dalam membentuk identiti diri sebagai seorang pendidik yang akan
membimbing murid.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada rakan kumpulan serta individu yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung. Moga jasa kalian akan dibalas di
akhirat kelak. Sekian. Yang benar,
.(ABU BAKAR BIN JAMHARI)
Rujukan
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Supiah Nachiappan & Taqiuddin
Abd Mukti (2014). Siri Pendidikan Guru : Bimbingan Dan Kaunseling
Kanak-Kanak. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn Bhd Amir Awang (1987).
Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia. Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas
Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur. Aras Mega (M). Sdn. Bhd Mok Soon
Sang. ( 2003 ). Ilmu Pendidikan KPLI,Subang Jaya, Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sapora Sipon & Rohaya Husin. 2007.
Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai. Universiti Sains
Islam.
http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-kaunseling.html
http://ekaunseling.koleksiminda.com/Teori-REBT.php
http://qalamsaffiyah.blogspot.com/2012/06/teori-rebt.html
Lampiran
Abu Bakar 14