LAPORAN BERTULIS: MENYIASAT
Matematik sebagai aktiviti budaya yang berterusan. Contoh:
Bincang dalam partikular friezes dan mosaics.
FRIEZES
Dalam dunia Matematik, ia dianggap sebagai aktiviti budaya yang
berterusan. Friezes dan mosaics merupakan salah satu contoh
aktiviti budaya. Merujuk kepada definisi friezes, ia adalah sesuatu
yang melibatkan satu konsep matematik untuk mengklasifikasikan
corak pada permukaan 2D yang berulang-ulang dalam satu arah,
berdasarkan simetri dalam corak. Friezes juga dipanggil sebagai
dekorasi dinding. Terdapat pelbagai jenis corak dekorasi dinding
asas yang mengaplikasikan konsep penjelmaan dalam matematik yang
akan menghasilkan corak dan bentuk yang unik. Dalam aspek friezes
ini, John Conway merupakan salah seorang yang mencipta nama dengan
jejak langkah bagi setiap kumpulan dekorasi dinding.Selain itu,
friezes juga boleh dilihat pada corak yang unik pada wau. Ini
kerana ia melibatkan translasi seperti pantulan dan sisi. Contoh
gambaran adalah seperti berikut:
Rajah di atas menunjukkan contoh wau yang mempunyai corak yang
unik. Ia jelas menunjukkan bagaimana teknik pantulan digunakan
dalam menghasilkan wau tersebut. Keluasan, bentuk dan corak bagi
kiri dan kanan adalah sama.
CONTOH 1: HOP
1. Dekorasi ini melibatkan translasi ke sisi dan mempunyai corak
asas yang diberi gambaran sebelah tapak kaki seperti Rajah 1.
Rajah 1: Translasi ke sisi2. Corak dekorasi dinding ini terkenal
di Sempadan Alcazar de los Reyes Cristianos, Cordoba, Sepanyol.
Contoh corak ini adalah seperti dalam Rajah 2.
Rajah 2: Contoh friezes translasi ke sisiCONTOH 2: SIDLE
1. Dekorasi jenis ini melibatkan translasi dan pantulan secara
menegak dan simetri.
2. Corak asas bagi jenis ini digambarkan dengan sebelah kaki
yang saling berhadapan kemudian tapak kaki tersebut
dipantulkan.
3. Gambaran lebih jelas lagi bagi corak ini seperti dalam Rajah
3.
Rajah 3: Translasi dan pantulan menegak
4. Contoh bagi corak jenis translasi sebegini biasanya terdapat
pada dekorasi dinding Palacio de Velazquez Parque de Retiro Madrid,
Sepanyol (Rajah 4).
Rajah 4: Contoh friezes translasi pantulan menegak
CONTOH 3: SPINNING JUMP
1. Dekorasi dinding jenis ini merupakan paling kompleks kerana
ia melibatkan ketiga-tiga jenis translasi, pantulan dan
putaran.
2. Corak asas bagi friezes jenis ini diberi gambaran dengan dua
belah tapak kaki yang dipantulkan dan kemudiannya ditranformasikan
dengan putaran. Untuk mendapat lebih jelas gambaran, Rajah 5
menerangkan segala-galanya.
Rajah 5: Friezes jenis Spinning Jump
3. Contoh corak bagi friezes ini dapat dilihat pada Back of a
Bench, Banos de la Maria de Padilla Reales Alcazares, Seville,
Spain. Gambaran corak ini boleh dirujuk pada Rajah 6.
Rajah 6: Contoh friezes translasi, pantulan dan putaran
MOSAICBerbeza dengan friezes, mosaics biasanya boleh dilihat
pada lantai atau mozek yang bercorak. Merujuk kepada definisi,
mosaic ialah seni mewujudkan imej-imej dengan himpunan kepingan
kecil kaca berwarna, batu atau bahan-bahan lain. Ia boleh menjadi
satu teknik seni hiasan, aspek hiasan dalaman, atau kepentingan
budaya dan rohani seperti di beberapa tempat terkenal tamadun
dunia.
Terdapat beberapa jenis mosaic yang terkenal di mata dunia.
Berikut adalah contoh yang dapat diberikan gambaran:
Contoh 1: Roman mosaic
Contoh 2: Girih Islamic Comlex mosaic
Contoh 3: Dome of the Rock, Palestin
Kesimpulannya, aktiviti budaya sebenarnya amat berkait rapat
dengan Matematik. Ini kerana ia melibatkan banyak proses
matematikal dalam menghasilkan sesuatu budaya yang unik dan
dikagumi oleh dunia. Budaya sangat menitikberatkan ketelitian dan
ketepatan, maka asas Matematik sangat perlu diterapkan dalam proses
penghasilan sesuatu aktivit budaya tersebut.