This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
AUTOMOTIF
Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)sekolah menengah teknik
Automotif Kenderaan (8321/1)Automotif Elektrik Dan Diesel (8322/1)
Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan kurikulum bagi Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Sekolah Menengah Teknik. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kejuruteraan Ketukangan ini bermula pada tahun 2008 di peringkat Tingkatan IV. Mata pelajaran tersebut ditawarkan sebagai mata pelajaran pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2009. Format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut direkabentuk berdasarkan hasrat dan kandungan kurikulum berkenaan, seperti yang ternyata dalam dokumen rasmi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Format pentaksiran yang diluluskan pada tahun 2005 akan digunakan mulai SPM 2009. Format pentaksiran direkabentuk berdasarkan prinsip asas pentaksiran, terutamanya aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti. Aspek keserasian dengan kurikulum turut diberi keutamaan. Ini bermakna pentaksiran memberi fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran, yang merangkumi bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai. Reka bentuk pentaksiran juga memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan daripada aspek kandungan sukatan pelajaran. Dokumen ini dikeluarkan dengan hasrat untuk mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutamanya para guru, ibu bapa dan semua murid sendiri. Dengan ini adalah diharapkan maklumat yang terkandung dalam dokumen ini dapat memberi gambaran jelas tentang apa yang ditaksir dan bagaimana pentaksiran itu akan dilaksanakan. Usaha ini dianggap penting bagi memberikan keadilan kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan serta menjaga kewibawaan institusi Lembaga Peperiksaan. DATO` DR. SALBIAH BINTI ISMAIL Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur Ogos 2009
2
FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN ALIRAN VOKASIONAL (MPAV)
KEJURUTERAAN KETUKANGAN MULAI SPM 2009 1.0 PENGENALAN Sukatan Pelajaran bagi Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) di Sekolah
Menengah Teknik telah dikeluarkan oleh Bahagian Kurikulum Teknik dan Vokasional (BKTV), Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 2003. Sukatan Pelajaran tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 1/2002 bertarikh 26 Mac 2002. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.1/2003 bertarikh 10 Januari 2003 telah meluluskan cadangan untuk melaksanakan 38 mata pelajaran aliran vokasional secara modular bermula tahun 2006.
Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) ditawarkan sebagai mata pelajaran
elektif kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 2.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekabentukan
format pentaksiran ialah: 2.1 Kesahan Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan.
Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran. Item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum.
2.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan
ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun.
3
2.3 Kebolehlaksanaan Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek yang memastikan
pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. 2.4 Penjaminan Kualiti Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang
berperanan sebagai mekanisme dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan dalam kurikulum Mata Pelajaran Aliran Vokasional dapat direalisasikan tetapi juga menepati tahap kualiti yang dihasratkan.
2.5 Keserasian dengan Kehendak Kurikulum Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Aliran Vokasional.
3.0 KELULUSAN
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Kejuruteraan Ketukangan mulai SPM 2009. Format tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Kurikulum Pusat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. 5/2005 pada 14 September 2005.
4.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OMP) ALIRAN VOKASIONAL UNTUK
AUTOMOTIF KENDERAAN.
4.1 Melakukan kerja merombak, memeriksa, menservis, membaiki dan mendiagnosis kerosakan pelbagai sistem enjin dan kenderaan.
4.2 Menggunakan alat uji elektronik dan alat kelengkapan bengkel secara
optimum dan berkesan.
4.3 Mampu menyelesaikan masalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
4.4 Membuat keputusan yang tepat dan rasional semasa memeriksa,
menguji, memperbaiki dan mengganti komponen kenderaan.
4.5 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran bidang automotif dalam menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan industri automotif.
4
4.6 Menyemai sifat kerjasama, bertanggungjawab dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri dan insan lain.
4.7 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada bagi
menyesuaikan diri di tempat kerja dan berupaya memperluaskan pengetahuan dan kemahiran seterusnya.
4.8 Menggunakan pengetahuan lukisan geometri dan mengaitkannya dengan
bidang kejuruteraan mekanikal.
5.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN (OPMP) ALIRAN VOKASIONAL UNTUK AUTOMOTIF KENDERAAN
Berdasarkan objektif mata pelajaran AUTOMOTIF KENDERAAN, berikut adalah objektif pentaksiran mata pelajaran (OPMP) yang dikenalpasti. Objektif pentaksiran ini adalah untuk mengukur kebolehan murid: 5.1 Kebolehan murid melakukan kerja merombak rawat dan memeriksa
sistem enjin dan kenderaan. 5.2 Kebolehan murid mendiagnosis dan membaiki kerosakan.
5.3 Kebolehan murid mengguna semua alat uji dan kelengkapan bengkel
secara optimum dengan berkesan.
5.4 Kebolehan murid menyelesaikan kerja mengikut prosedur.
5.5 Kebolehan murid membuat keputusan yang tepat semasa memeriksa dan menguji.
5.6 Kebolehan murid membaiki dan mengganti komponen enjin dan
kenderaan.
5.7 Kebolehan murid mengamalkan langkah-langkah keselamatan. 6.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OMP) ALIRAN VOKASIONAL UNTUK
AUTOMOTIF ELEKTRIK DAN DIESEL.
6.1 Memperoleh pengetahuan dan kemahiran memilih, mengguna, menjaga alat dan bahan.
6.2 Mengguna alat-alat uji, penentukuran dan alat kelengkapan bengkel
secara optima. 6.3 Mampu menyelesaikan masalah kerja mengikut prosedur yang ditetapkan.
5
6.4 Membuat keputusan yang tepat dan rasional semasa menyurih litar, menguji, membaiki, mengganti komponen dan pendawaian kenderaan.
6.5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bidang automotif dalam
menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan industri automotif.
6.6 Menyemai sifat berkerjasama, sikap bertanggungjawab dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri serta insan lain.
6.7 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran yang disediakan bagi
menyesuaikan diri di tempat kerja serta berupaya untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran seterusnya.
6.8 Mengenal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan, agensi yang dapat
membantu usahawan serta mematuhi prosedur penubuhan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan Automotif Elektrik dan Diesel yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.
7.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN (OPMP) ALIRAN VOKASIONAL UNTUK AUTOMOTIF ELEKTRIK DAN DIESEL
Berdasarkan objektif mata pelajaran AUTOMOTIF ELEKTRIK DAN DIESEL, berikut adalah objektif pentaksiran mata pelajaran (OPMP) yang dikenalpasti. Objektif pentaksiran ini adalah untuk mengukur kebolehan murid: 7.1 Menggunakan pengetahuan tentang fakta, prinsip, kriteria, terminologi, kaedah, urutan dan klasifikasi dalam Automotif Elektrik dan Diesel. 7.2 Menggunakan pengetahuan memilih, mengguna dan menjaga alatan Automotif Elektrik dan Diesel.
7.3 Menggunakan pengetahuan dan menguasai kemahiran bagi menentukan simbol-simbol pendawaian. 7.4 Menggunakan pengetahuan dan menguasai kemahiran bagi merombak dan menservis pelbagai sistem Automotif Elektrik dan Diesel.
7.5 Menguasai kemahiran memeriksa, melakukan ujian dan mengecas bateri. 7.6 Menguasai kemahiran memilih wayar, melakar simbol-simbol, melakar
litar elektrik kenderaan, mendawai litar asas, mengenal dan memilih komponen elektrik kenderaan, mendawai litar elektrik kenderaan dan meyelenggara sistem elektrik.
7.7 Menguasai kemahiran merombak rawat sistem penyalaan bateri dan
megneto yang menggunakan titik sesentuh dan elektronik.
6
7.8 Menguasai kemahiran mengenal komponen, memeriksa dan menguji komponen sistem penghidup.
7.9 Menguasai kemahiran merombak rawat motor penghidup.
7.10 Menguasai kemahiran merombak, memeriksa, menguji sistem pengecas. 7.11 Menguasai kemahiran mendiagnosis dan merombak rawat
sistem penyejukan. 7.12 Menguasai kemahiran menservis sistem pelinciran.
7.13 Menguasai kemahiran menguji serta melaras pemancit. 7.14 Menguasai kemahiran menanggal dan memasang pam pemancit dari
enjin. 7.15 Menguasai kemahiran mendiagnosis kerosakan sistem bahan api diesel. 7.16 Menguasai kemahiran dalam merancang perniagaan dan pemasaran.
8.0 ARAS KESUKARAN ITEM Item yang dikemukakan mempunyai tiga aras iaitu: 8.1 Aras Rendah (R) Bahagian A dan Bahgian B Item yang mempunyai aras kesukaran rendah. 8.2 Aras Serdahana (S) Bahagian C Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana. 8.3 Aras Tinggi (T) Bahagian D Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi.
7
9.0 FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Kejuruteraan Ketukangan mulai SPM 2009 menggunakan dua jenis instrumen. Kedua-dua jenis instrumen ini adalah wajib bagi setiap calon – lihat Lampiran I.
. 9.1 Peperiksaan Berpusat (Kertas 1) 9.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Kertas 2). 10.0 KERTAS SOALAN CONTOH Contoh yang dibekalkan bertujuan memberi idea kepada pengguna tentang
kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada keseluruhan kertas soalan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.
Pembinaan instrumen setiap tahun adalah mengikut satu dokumen spesifikasi ujian yang piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran adalah mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.
Konteks Konstruk Aras KesukaranRombak rawat Bongkah Enjin Memasang Rendah
BahagianBJawab semua soalan.
Rajah2
1 Anda telah memasukkan pepasangan piston ke dalam silinder seperti rajah 2. Pilih dan susun langkah kerja yang betul mengikut urutan dengan menulis 1, 2, 3, 4, 5
dan 6dalam ruang jawapan.
(a) Memasang kap rod penghubung.
(b) Meminyak piston dan gelang piston.
(c) Meminyak dinding silinder dan cemat engkol.
(d) Memasukkan pepasangan piston ke dalam silinder.
(e) Mengetatkaprodpenghubungmengikutspesifikasi.
(f) Memampatkan gelang piston menggunakan pemampat gelang piston.
Konteks Konstruk Aras KesukaranSistem Brek Mengganti Serdahana
1 Seorang pelanggan mengadu bendalir brek dalam takungan pam induk keretanya kerap berkurangan. Setelah diperiksa didapati mangkuk getah pam induk brek mengalami kerosakan. Terangkan langkah kerja bagi mengganti mangkuk getah sehingga sistem brek tersebutTerangkan langkah kerja bagi mengganti mangkuk getah sehingga sistem brek tersebut
1 Kereta anda menghadapi masalah ketika hendak memotong kenderaan lain. Semasa pedal pencepat ditekan, bacaan meter kelajuan enjin meningkat tetapi kelajuan kenderaan anda tidak bertambah. (a) Nyatakan dua kemungkinan punca masalah ini berlaku.
(b) Huraikan dengan jelas mana-mana satu di 1(a) bagaimana masalah ini boleh diatasi.
2 Antara punca kemalangan yang sering berlaku adalah disebabkan kecuaian pemandu yang mengekori kenderaan di hadapannya terlalu dekat. Sebagai seorang mekanik, lakukan pengubah suaian pada kenderaan supaya boleh memberi amaran kepada pemandu apabila kenderaannya terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan. Berdasarkan kreativiti dan bantuan lakaran huraikan dengan jelas bagaimana pengubah
(a) Menanggalkan punca gelung medan motor penghidup dari terminal M.
(b) Menyambungkan punca bateri negatif ke terminal S dan ke badan motor penghidup.
(c) Menyambungkan punca bateri positif ke terminal S.
(d) Menyambungkan punca bateri negatif ke terminal M dan ke badan motor penghidup.
(e) Memastikan secara visual gear pinan ditolak keluar semasa ujian Pull-in.
(f) Menyambungkan punca bateri positif ke terminal M.
(g) Menanggalkan punca bateri negatif dari terminal M bagi ujian Hold-in.
(h) Memastikan gear pinan masih kekal tertolak keluar semasa ujian Hold-in
[Skor: 3]Konteks Konstruk Aras Kesukaran
Sistem Motor Penghidup Menguji Rendah
BahagianBJawab semua soalan.
1 Anda telah melakukan ujian Pull-in dan Hold-in solenoid motor penghidupmotor penghidup seperti rajah 2.. Pilih mana-mana enam dan tandakan ( √ ) langkah kerja yang betul serta ( X ) langkah
1 Sebuah kenderaan berenjin diesel tidak stabil setelah dihidupkan. Selepas diperiksa didapati pemancit silinder nombor satu tidak berfungsi. Terangkan langkah kerja bagaimana anda menservis pemancit tersebut.
Konteks Konstruk Aras KesukaranSistem Bahanapi Diesel Menservis Serdahana
2 Anda telah dilantik sebagai pengurus cawangan sebuah syarikat menservis kenderaan. Sediakan satu kertas kerja yang mengandungi perkara berikut. (a) Melakar pelan lokasi pusat servis tersebut. (b) Menyediakan carta organisasi syarikat. (c) Merancang strategi promosi perkhidmatan.
Konteks Konstruk Aras KesukaranKeushawanan Merancang Perniagaan Serdahana
(a) Menjawab sekurang-kurangnya mengandungi perkara berikut: - Nama dan alamat syarikat. - Bangunan yang menjadi panduan. - Nama jalan.
(b) Menjawab sekurang-kurangnya mengandungi jawatan berikut: - Pengurus - Ketua mekanik/ kerani - Mekanik
(c) Menjawab sekurang-kurangnya empat strategi mempromosi syarikat
3
3
4
(c) Strategi mempromosi
- Mengiklankan pusat servis menerusi media cetak. - Menyebarkan risalah syarikat di tempat strategik. - Menghebahkan pusat servis menerusi media elektronik. - Mengiklankan pusat servis menerusi benner.
Nota : Mana-mana strategi mempromosi yang berkaitan.
1 Seorang pemandu mengadu kepada anda, semasa memandu didapati lampu penunjuk cas kenderaannya menyala. (a) Nyatakan TIGAkemungkinan mengapa lampu penunjuk cas itu menyala. (b) Pilih mana-mana SATU di 1(a) dan huraikan dengan jelas langkah kerja untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Konteks Konstruk Aras KesukaranSistem Cas Alternator Mendiagnosis /
(a) i. Berus karbon. ii. Stator. iii. Rotor. iv. Talisawat. v. �nit pengatur�nit pengatur. (b)
i. Menggantiberuskarbon. Menanggal punca negatif bateri. Menanggalkan tali sawat alternator dari enjin. Menanggal semua sambungan pendawaian dari alternator. Menanggalkan unit alternator. Merombak komponen alternator. Mengeluarkan berus karbon dari alternator. Mengganti berus karbon. Memasang semula komponen alternator. Memasang alternator pada enjin. Memasang talisawat dan laras ketegangan mengikut spesifikasi. Menyambungan pendawaian pada alternator. Memasang semula punca bateri. Menghidupkan enjin untuk menguji keluaran arus dari alternator. Nota : Mana-mana jawapan yang berkaitan mengganti berus karbon.ii. Litarpintaspadastator Menanggal punca negatif bateri. Menanggalkan tali sawat alternator dari enjin. Menanggal semua sambungan pendawaian dari alternator. Menanggalkan unit alternator. Merombak komponen alternator. Mengeluarkan stator dari alternator. Mengganti stator. Memasang semula komponen alternator. Memasang alternator pada enjin. Memasang talisawat dan laras ketegangan mengikut spesifikasi. Menyambungan pendawaian pada alternator. Memasang semula punca bateri. Menghidupkan enjin untuk menguji keluaran arus dari alternator.Nota : Mana-mana jawapan yang berkaitan mengganti stator.
iii.Menggantirotor Menanggal punca negatif bateri. Menanggalkan tali sawat alternator dari enjin. Menanggal semua sambungan pendawaian dari alternator. Menanggalkan unit alternator. Merombak komponen alternator. Mengeluarkan rotor dari alternator. Mengganti rotor. Memasang semula komponen alternator. Memasang alternator pada enjin. Memasang talisawat dan laras ketegangan mengikut spesifikasi. Menyambungan pendawaian pada alternator. Memasang semula punca bateri. Menghidupkan enjin untuk menguji keluaran arus dari alternator. Nota : Mana-mana jawapan yang berkaitan mengganti rotor.
iv.Menggantiataumelarastalisawat Melonggarkan nat pengunci alternator. Melonggarkan nat pengunci pelaras alternator. Mengeluarkan talisawat. Memeriksa secara visual keadaan talisawat. Mengganti talisawat jika perlu. Memasang talisawat pada enjin. Melaras ketegangan talisawat mengikut spesifikasi. Memasang semula punca bateri. Menghidupkan enjin untuk menguji keluaran arus atau voltan.Nota : Mana-mana jawapan yang berkaitan mengganti atau melaras talisawat.
v.Menggantiunitpengatur. Menanggal punca negatif bateri. Menanggalkan tali sawat alternator dari enjin. Menanggal semua sambungan pendawaian dari alternator. Menanggalkan unit alternator. Merombak komponen alternator. Mengeluarkan unit pengatur dari alternator. Mengganti unit pengatur. Memasang semula komponen alternator. Memasang alternator pada enjin. Memasang talisawat dan laras ketegangan mengikut spesifikasi. Menyambungan pendawaian pada alternator. Memasang semula punca bateri. Menghidupkan enjin untuk menguji keluaran arus dari alternator. Nota : Mana-mana jawapan yang berkaitan mengganti unit pengatur.
10
Kriteria Skor
3
7
(a) Menjawab tiga atau lebih punca kerosakan. (b) Menjawab mana-mana satu di 1(a).
2 Anda memiliki sebuah motor pengelap cermin kenderaan yanag masih boleh berfungsi. Berdasarkan kreativiti dan bantuan lakaran huraikan dengan jelas bagaimana motor
pengelap cermin itu dapat digunakan untuk kegunaan lain.
Konteks Konstruk Aras KesukaranAsas Elektrik Automotf Mengubah suai Tinggi