TERHAD TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2014 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan Guru, Pemeriksa, dan Calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 54 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2014 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
54
Embed
Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus ... · Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2014 ... 3.5 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Swasta)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
TERHAD
TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Kerja Kursus Pengajian Am
Kertas 4 (900/4)
Penggal 2 Tahun 2014
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan Guru, Pemeriksa, dan Calon sahaja.
Manual ini terdiri daripada 54 halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2014
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
2
TERHAD
TERHAD
KANDUNGAN
Bahagian I: Manual Guru/Pemeriksa
Halaman
1.0 Pengenalan 4
2.0 Objektif
2.1 Kemahiran kognitif
2.2 Kemahiran manipulatif
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)
5
3.0 Pelaksanaan Kertas Kerja Kursus
3.1 Arahan Umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah
Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan)
3.3 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah
Swasta)
3.4 Tanggungjawab Guru (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan
Kerajaan)
3.5 Tanggungjawab Guru (Sekolah Swasta)
3.6 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus
(kerja projek) untuk Calon Sekolah Swasta
3.7 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus
(kerja projek) untuk Calon Sekolah Swasta
6−11
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
4.1 Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
4.2 Guru Sekolah Swasta
4.3 Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
4.4 Pemeriksa Calon Persendirian Individu
12−22
5.0 Format Penulisan 23
6.0 Struktur Penulisan 23
7.0 Penskoran 24
8.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kertas Kerja Kursus 25
9.0 Carta Alir Proses Penghasilan Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am 26−29
10.0 Lampiran 30−41
3
TERHAD
TERHAD
Bahagian II: Manual Pelajar
Halaman
1.0 Pengenalan 42
2.0 Pelaksanaan Kertas Kerja Kursus
2.1 Arahan Umum
2.2 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan
Kerajaan
2.3 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta
2.4 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
43−46
3.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
3.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan
3.2 Calon Sekolah Swasta
3.3 Calon Persendirian Individu
47−52
Bahagian III: Kertas Soalan
Halaman
1.0 Kertas soalan (tema) 53−54
4
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN I: MANUAL GURU DAN PEMERIKSA
1 PENGENALAN
Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan, sekolah bantuan
kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus
(kerja projek) sebagai satu daripada komponen penilaian untuk penggal 2. Wajaran markah bagi
komponen kerja kursus (kerja projek) ini adalah sebanyak 20%. Markah penilaian kertas kerja
kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk diambil kira
bersama-sama dengan markah peperiksaan akhir bagi setiap penggal untuk tujuan penggredan
mata pelajaran Pengajian Am. Penilaian pencapaian calon dalam kerja kursus ini berdasarkan
aspek yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran (SP).
Manual kerja kursus (kerja projek) ini disusun bagi membantu guru dan pemeriksa menilai kerja
kursus calon. Pada masa yang sama, manual ini juga dapat membantu calon untuk menghasilkan
kerja kursus (kerja projek) bagi mata pelajaran Pengajian Am. Penyediaan dan penilaian kerja
kursus (kerja projek) ini mestilah dilaksanakan pada penggal 2 mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh MPM.
5
TERHAD
TERHAD
2 OBJEKTIF
Kerja kursus ini disediakan untuk menilai keupayaan calon dalam;
2.1 Kemahiran kognitif:
2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan
pembangunan negara serta mencadangkan langkah untuk mengatasinya
2.1.2 mengaplikasi teori dan kaedah yang diajar dalam bilik darjah dengan tugasan
yang diberikan
2.1.3 mentafsir, mensintesis, dan merumuskan data dan maklumat berkaitan dengan isu
yang dibentangkan
2.2 Kemahiran manipulatif:
2.2.1 mencari dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada pelbagai
sumber
2.2.2 memperoleh sumber melalui aktiviti memerhati, merekod, menemubual, dan
mengkaji selidik
2.2.3 memperoleh sumber melalui kajian perpustakaan, penulisan agensi kerajaan dan
swasta serta daripada sumber Internet
2.2.4 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh dalam bentuk grafik,
jadual, rajah, carta, dan tulisan
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills):
2.3.1 berkebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan
2.3.2 berkebolehan untuk bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan
bekerja sebagai satu pasukan
2.3.3 berupaya mengawal aktiviti kerja kursus yang disediakan dengan berkesan
2.3.4 berupaya menguruskan masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan
2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah
2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif
2.3.7 berkemampuan untuk menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara
saintifik
2.3.8 berkebolehan untuk menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika
2.3.9 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi
6
TERHAD
TERHAD
3 PELAKSANAAN KERTAS KERJA
3.1 Arahan Umum
3.1.1 Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am wajib diambil oleh semua calon.
3.1.2 Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am hendaklah dilaksanakan dalam penggal
2.
3.1.3 Tema kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am tahun 2014 adalah berdasarkan
tajuk yang dipelajari dalam penggal 2.
3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan)
3.2.1 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
dibimbing dan ditaksir kerja mereka oleh guru mata pelajaran Pengajian Am
3.2.2 Memastikan pemeriksa kedua ada untuk menyemak kerja kursus (kerja projek)
Pengajian Am calon bagi sesi pembentangan dan soal jawab. Pemeriksa kedua
hendaklah dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am
pada penggal kerja kursus (kerja projek) itu dilaksanakan. Jika di sekolah tersebut
cuma ada seorang guru sahaja yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am pada
penggal kerja kursus (kerja projek) itu dilaksanakan, maka pemeriksa kedua
hendaklah dipilih dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu, Sejarah, Ekonomi atau Kesusasteraan Melayu Komunikatif.
3.2.3 Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC)
sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek)
Pengajian Am dan kerja kursus (kerja projek) itu telah ditaksir dan diberikan
markah oleh guru mata pelajaran Pengajian Am mengikut prosedur dan kriteria
yang ditetapkan dalam Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am
3.3 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah Swasta)
3.3.1 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
dibimbing dan diselia oleh guru mata pelajaran Pengajian Am
3.3.2 Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC)
sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek)
Pengajian Am dan kerja kursus (kerja projek) itu telah ditaksir dan diberikan
markah oleh pemeriksa mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam
Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan)
3.4.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am
3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja
projek) Pengajian Am
3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am dari portal
MPM
3.4.4 Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am
3.4.5 Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
secara individu
7
TERHAD
TERHAD
3.4.6 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.4.7 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata
pelajaran Pengajian Am
3.4.8 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) memilih tema,
(b) mengenal pasti isu,
(c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus,
(d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.4.9 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
3.4.10 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kerja
projek) Pengajian Am
3.4.11 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan
kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
3.4.12 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru
Pengajian Am pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru Pengajian
Am/pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan kerja kursus
(kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.4.13 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek)
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap
tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan tidak
mengambil kertas 900/4
3.4.14 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am
3.4.15 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.4.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek)
3.4.17 Menyelia dan menandatangani BRKKC calon setiap kali pertemuan antara guru
dan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon
3.4.18 Menghantar surat iringan, kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am, BMKKC,
dan BRKKC calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu
3.4.19 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am setiap
calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC) (Lampiran 4)
3.4.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon
8
TERHAD
TERHAD
3.4.21 Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan
aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM)
3.4.22 Mencetak Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) dan
membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek)
calon bersama dengan seorang lagi guru Pengajian Am. Pembetulan hendaklah
dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon
3.4.23 Menghantar markah kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon kepada
MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek)
Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4
3.4.24 Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus (kerja projek) calon yang diminta
sebagai sampel untuk tujuan penyelarasan oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan
(KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel penyelarasan)
3.4.25 Menyediakan calon yang kerja kursus (kerja projek)nya dipilih sebagai sampel
untuk membuat pembentangan (jika diminta oleh KPK dan jika sekolah itu dipilih
sebagai sampel penyelarasan)
3.4.26 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am , BPC, BMKKC, dan
BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh enam
bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM diumumkan.
3.5 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Swasta)
3.5.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am
3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja
projek) Pengajian Am
3.5.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am dari portal
MPM
3.5.4 Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am
3.5.5 Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
secara individu
3.5.6 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.5.7 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata
pelajaran Pengajian Am
3.5.8 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) memilih tema,
(b) mengenal pasti isu,
(c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus,
(d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.5.9 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
9
TERHAD
TERHAD
3.5.10 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kerja
projek) Pengajian Am
3.5.11 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan
kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
3.5.12 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada pemeriksa
kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am yang dilantik oleh MPM pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh pemeriksa. Calon hendaklah menggunakan muka
hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM
(Lampiran 1)
3.5.13 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am
3.5.14 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek)
3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC calon setiap kali pertemuan antara guru
dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon
3.5.17 Memastikan kerja kursus (kerja projek) calon yang telah siap mempunyai Borang
Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
3.5.18 Menghantar surat iringan, kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am, BRKKC, dan
BRKKC calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu
3.5.19 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek)
pada tarikh penghantaran akhir yang telah ditetapkan oleh pemeriksa akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek)
Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4
3.6 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus (kerja projek) untuk Calon Sekolah
Swasta
3.6.1 Memastikan calon tidak meniru atau meminta orang lain menghasilkan kertas
kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
3.6.2 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am
3.6.3 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.6.4 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am setiap
calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC) (Lampiran 4)
3.6.5 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
3.6.6 Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan
aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM)
10
TERHAD
TERHAD
3.6.7 Mencetak Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) dan
membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek)
calon bersama-sama dengan dengan seorang lagi pemeriksa kerja kursus (kerja
projek) Pengajian Am yang dilantik oleh MPM. Pembetulan hendaklah dibuat
sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon.
3.6.8 Menyerahkan BRMKKC kepada Pengetua sekolah untuk disahkan bahawa calon
telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am dan kerja kursus
(kerja projek) itu telah ditaksir dan diberikan markah oleh pemeriksa mengikut
prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Manual Kerja Kursus (Kerja Projek)
Pengajian Am
3.6.9 Menghantar markah kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon kepada
MPM. Kegagalan pemeriksa untuk menghantar markah kerja kursus (kerja
projek) calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4
3.6.10 Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus (kerja projek) calon yang diminta
sebagai sampel untuk tujuan penyelarasan oleh Penyelaras Negeri (PN) atau
Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah itu dipilih sebagai sampel
penyelarasan)
3.6.11 Meminta kerjasama guru mata pelajaran Pengajian Am untuk menyediakan calon
yang kerja kursus (kerja projek)nya dipilih sebagai sampel untuk membuat
pembentangan (jika diminta oleh PN atau KPK dan jika sekolah itu dipilih
sebagai sampel penyelarasan)
3.6.12 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am, BPC, BMKKC dan
BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat, iaitu di Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan
peperiksaan STPM diumumkan.
3.7 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus (kerja projek) untuk Calon
Persendirian Individu
3.7.1 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan kertas
kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
3.7.2 Menemui calon sebelum calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek).
Pertemuan ini adalah untuk menyampaikan taklimat tugasan kepada calon di
samping memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja kursus (kerja projek)
mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia. Pemeriksa juga dikehendaki
menjelaskan aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) dan
memberikan penjelasan kepada calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft
skill) yang dinilai dalam kerja kursus (kerja projek) calon. Pemeriksa juga
diharapkan dapat membimbing calon untuk mengenal pasti tema dan memilih isu,
tajuk, dan skop kerja kursus (kerja projek).
3.7.3 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am
3.7.4 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.7.5 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am setiap
calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC) (Lampiran 4)
11
TERHAD
TERHAD
3.7.6 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon
3.7.7 Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan
aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM)
3.7.8 Mencetak Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) dan
membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek)
calon bersama-sama dengan dengan seorang lagi pemeriksa kerja kursus (kerja
projek) Pengajian Am yang dilantik oleh MPM. Pembetulan hendaklah dibuat
sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon.
3.7.9 Menghantar markah kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am calon kepada
MPM. Kegagalan pemeriksa untuk menghantar markah kerja kursus (kerja
projek) calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4
3.7.10 Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus (kerja projek) calon yang diminta
sebagai sampel untuk tujuan penyelarasan oleh Penyelaras Negeri (PN) atau
Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (jika perlu)
3.7.11 Menghubungi dan menyediakan calon yang kerja kursus (kerja projek)nya dipilih
sebagai sampel penyelarasan oleh PN atau KPK untuk membuat pembentangan
(jika diminta oleh PN atau KPK)
3.7.12 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am, BPC, BMKKC, dan
BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat, iaitu di Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) bagi tempoh enam bulan dari tarikh keputusan
peperiksaan STPM diumumkan.
12
TERHAD
TERHAD
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
4.1 Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
16
Disember
2013
Manual Pentaksiran
Berasaskan
Sekolah, Kerja
Kursus Pengajian
Am Kertas 4
(900/4), Penggal 2
Tahun 2014
Kriteria Penilaian
Pentaksiran
Berasaskan
Sekolah, Pengajian
Am Kertas 4
(900/4), Penggal 2
Tahun 2014
Memuat turun:
Manual Pentaksiran
Berasaskan Sekolah,
Kerja Kursus Pengajian
Am Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun 2014
Kriteria Penilaian
Pentaksiran Berasaskan
Sekolah, Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun 2014
Memuat turun:
Manual Pentaksiran
Berasaskan Sekolah,
Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2014
Dari 6
Januari
2014
hingga
11 April
2014
Pelaksanaan,
pemeriksaan dan
pembentangan kerja
kursus (kerja
projek)
Menyampaikan
taklimat tugasan
kepada calon
Menjelaskan aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja kursus
(kerja projek)
Memberikan
penjelasan kepada
calon tentang elemen
kemahiran insaniah
(soft skill) yang akan
dinilai
Membimbing calon
untuk memahami skop
tugasan kerja kursus
(kerja projek)
Membimbing calon
mengenal pasti tema
dan memilih isu,
tajuk, dan skop kerja
kursus (kerja projek)
Membimbing calon
untuk merancang
jadual kerja
Memahami aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja
kursus (kerja projek)
Memahami skop
tugasan kerja kursus
(kerja projek)
Membincangkan
tema, isu, tajuk dan
skop kerja kursus
(kerja projek) yang
telah dipilih, dikenal
pasti, dan ditetapkan
bersama dengan
guru
Merancang jadual
kerja
Mengumpul data
dan maklumat
melalui pemerhatian,
temu bual, dan kaji
selidik daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan
(data dan maklumat)
13
TERHAD
TERHAD
Tarikh Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon
Membimbing calon
untuk mengumpul
data dan maklumat
berkaitan dengan kerja
kursus (kerja projek)
Memantau kemajuan
kerja calon secara
berterusan dengan
merekod dan
menandatangani
Borang Rekod Kerja
Kursus Calon
Membimbing calon
memproses dan
menganalisis data
Membimbing calon
untuk menulis
mengikut format yang
ditetapkan
Memantau kemajuan
hasil penulisan calon
secara berterusan
dengan merekod dan
menandatangani
Borang Rekod Kerja
Kursus Calon
Membimbing calon
membuat
penambahbaikan
terhadap kerja kursus
(kerja projek) yang
dihasilkan
Menerima kerja kursus
(kerja projek)
daripada setiap calon
Menyemak kerja
kursus(kerja projek)
dan menilai
pembentangan kerja
kursus (kerja projek)
calon mengikut
kriteria penilaian yang
ditetapkan oleh MPM
Menilai elemen
kemahiran insaniah
(soft skill) calon
Memproses data dan
maklumat –
mentafsir,
menganalisis dan
membuat hubung
kait antara dapatan
yang diperoleh
Mempersembahkan
data dan maklumat
dalam bentuk jadual,
graf, carta, dan lain-
lain yang bersesuaian
Membincangkan
dapatan kajian dan
menghubung-
kaitkannya dengan
teori yang
bersesuaian
Menghasilkan
penulisan yang
lengkap mengikut
format yang
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan kerja
kursus (kerja projek)
Menyerahkan kerja
kursus (kerja projek)
mengikut tarikh yang
ditetapkan kepada
guru
Membentangkan
kerja kursus dan
menjawab secara
lisan soalan yang
dikemukakan oleh
guru dalam masa
masa 10 hingga 15
minit pada tarikh
dan waktu yang
ditetapkan
14
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
Dari 3
Mac 2014
hingga 11
April
2014
Pemantauan kerja
kursus (kerja
projek) oleh
Pengurusan MPM
dan Pegawai Mata
Pelajaran MPM
Menyediakan kerja
kursus (kerja projek)
calon (yang terkini),
fail PBS guru, dan fail
PBS calon
Menyediakan kerja
kursus (kerja projek)
calon (yang terkini),
dan fail PBS calon
Dari 14
April
2014
hingga 14
Mei 2014
Pengisian dan
penghantaran
markah kerja kursus
(kerja projek)
melalui
e-submission
Memasukkan markah
kerja kursus (kerja
projek) calon ke dalam
sistem e-submission
Mencetak rumusan
markah kerja kursus
(kerja projek) calon
dan membuat semakan
silang (cross checking)
rumusan tersebut
dengan guru Pengajian
Am yang lain
Membuat pembetulan
sekiranya terdapat
kesilapan markah pada
rumusan markah kerja
kursus (kerja projek)
calon tersebut
Mendapatkan
pengesahan Pengetua
bagi rumusan markah
yang telah disemak
silang (cross checking)
Menghantar markah
kerja kursus (kerja
projek) calon ke MPM
sebelum atau pada
tarikh yang ditetapkan
Dari 14
April
2014
hingga 14
Mei 2014
Penyelarasan
markah kerja
kursus (kerja
projek) oleh Ketua
Penyelaras
Kebangsaan (KPK)
(Jika sekolah
dipilih sebagai
sampel
penyelarasan)
Menyediakan dan
menyerahkan kerja
kursus (kerja projek)
calon yang diminta
sebagai sampel untuk
tujuan penyelarasan
oleh Ketua Penyelaras
Kebangsaan (KPK)
(Jika sekolah dipilih
sebagai sampel
penyelarasan)
Menyediakan calon
yang kerja kursus
(kerja projek)nya
dipilih sebagai sampel
Membentangkan
kerja kursus (kerja
projek) dan
menjawab lisan
beberapa soalan
yang dikemukakan
Ketua Penyelaras
Kebangsaan (KPK)
dalam masa 10
hingga 15 minit pada
tarikh dan waktu
yang ditetapkan
(calon yang dipilih
sahaja jika diminta
oleh KPK) (Jika
15
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
untuk membuat
pembentangan (jika
diminta oleh KPK)
(Jika sekolah dipilih
sebagai sampel
penyelarasan)
sekolah dipilih
sebagai sampel
penyelarasan)
Dari 14
Mei 2014
hingga 15
Oktober
2015
Penyimpanan
evidens (kerja
kursus (kerja
projek)
Menyimpan evidens
kerja kursus (kerja
projek) dan Fail PBS
calon di tempat yang
selamat sehingga
dimaklumkan oleh
pihak MPM tentang
kaedah pelupusan
evidens PBS calon
16
TERHAD
TERHAD
4.2 Guru Sekolah Swasta
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
16
September
2013
Manual Pentaksiran
Berasaskan
Sekolah, Kerja
Kursus Pengajian
Am Kertas 4
(900/4), Penggal 2
Tahun 2014
Memuat turun:
Manual Pentaksiran
Berasaskan Sekolah,
Kerja Kursus Pengajian
Am Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun 2014
Memuat turun:
Manual Pentaksiran
Berasaskan Sekolah,
Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2014
Dari 6
Januari
2014
hingga 31
Mac 2014
Pelaksanaan kerja
kursus (kerja projek)
Menyampaikan
taklimat tugasan
kepada calon
Memaklumkan tarikh
akhir penyerahan
kerja kursus (kerja
projek) mengikut
arahan Majlis
Peperiksaan Malaysia
Menjelaskan aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja kursus
(kerja projek)
Memberikan
penjelasan kepada
calon tentang elemen
kemahiran insaniah
(soft skill) yang akan
dinilai
Membimbing calon
untuk memahami
skop tugasan kerja
kursus (kerja projek)
Membimbing calon
mengenal pasti tema
dan memilih isu,
tajuk, dan skop kerja
kursus (kerja projek)
Membimbing calon
untuk merancang
jadual kerja
Membimbing calon
untuk mengumpul
data dan maklumat
berkaitan kerja kursus
(kerja projek)
Memantau kemajuan
kerja calon secara
berterusan dengan
merekod dan
Memahami aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja
kursus (kerja projek)
Memahami skop
tugasan kerja kursus
(kerja projek)
Membincangkan
tema, isu, tajuk dan
skop kerja kursus
(kerja projek) yang
telah dipilih, dikenal
pasti, dan ditetapkan
bersama guru
Merancang jadual
kerja
Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, temu
bual, dan kaji selidik
daripada pelbagai
sumber
Menyusun dapatan
(data dan maklumat)
Memproses data dan
maklumat –
mentafsir,
menganalisis dan
membuat hubung kait
antara dapatan yang
diperoleh
Mempersembahkan
data dan maklumat
dalam bentuk jadual,
graf, carta, dan lain-
lain yang bersesuaian
Membincangkan
dapatan kajian dan
menghubung-
17
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
menandatangani
Borang Rekod Kerja
Kursus Calon
Membimbing calon
memproses dan
menganalisis data
Membimbing calon
untuk menulis
mengikut format yang
ditetapkan
Memantau kemajuan
hasil penulisan calon
secara berterusan
dengan merekod dan
menandatangani
Borang Rekod Kerja
Kursus Calon
Membimbing calon
membuat
penambahbaikan
terhadap kerja kursus
(kerja projek) yang
dihasilkan
kaitkannya dengan
teori yang
bersesuaian
Menghasilkan
penulisan yang
lengkap mengikut
format yang
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan kerja
kursus (kerja projek)
1 April
2014
Penghantaran kerja
kursus (kerja
projek) dan bahan
pembentangan
kerja kursus (kerja
projek) oleh calon
Menerima kerja
kursus (kerja projek)
daripada setiap calon
untuk diserahkan
kepada pemeriksa
bagi tujuan
penyemakan
Menyerahkan kertas
kerja kursus (kerja
projek) mengikut
tarikh yang
ditetapkan kepada
pemeriksa bagi
tujuan penyemakan
Dari 2
April 2014
hingga 11
April 2014
Pemeriksaan kerja
kursus (kerja
projek) oleh
pemeriksa yang
dilantik oleh MPM
Dari 12
April 2014
hingga 31
April 2014
Sesi pembentangan
kerja kursus (kerja
projek)
Menyediakan calon
untuk sesi
pembentangan dan
soal jawab kerja
kursus (kerja projek)
di hadapan pemeriksa
(semua calon)
Membentangkan
kertas kerja kursus di
hadapan pemeriksa
dan menjawab lisan
beberapa soalan
yang dikemukakan
oleh pemeriksa
dalam 10 hingga 15
minit pada tarikh dan
waktu yang
ditetapkan
18
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
Dari 1 Mei
2014
hingga 14
Mei 2014
Penyelarasan
markah kerja
kursus (kerja
projek) oleh
Penyelaras Negeri
(PN) atau Ketua
Penyelaras
Kebangsaan (KPK)
(Jika sekolah itu
dipilih sebagai
sampel
penyelarasan
markah)
Menyediakan calon
untuk sesi
pembentangan dan
soal jawab kerja
kursus (kerja projek)
di hadapan PN atau
KPK (calon yang
dipilih sahaja jika
diminta oleh PN
atau KPK) (Jika
sekolah itu dipilih
sebagai sampel
penyelarasan markah)
Membentang kerja
kursus (kerja projek)
dan menjawab
secara lisan beberapa
soalan yang
dikemukakan oleh
Penyelaras Negeri
(PN) atau Ketua
Penyelaras
Kebangsaan (KPK)
dalam masa 10
hingga 15 minit pada
tarikh dan waktu
yang ditetapkan
(calon yang dipilih
sahaja jika diminta
oleh PN atau KPK) (Jika sekolah itu
dipilih sebagai
sampel penyelarasan
markah)
Dari 1 Mei
2014
hingga 14
Mei 2014
Pengisian markah
dan penghantaran
markah melalui e-
submission oleh
pemeriksa yang
dilantik oleh MPM
Dari 14
Mei 2014
hingga 15
Oktober
2015
Penyimpanan
evidens (kerja
kursus (kerja
projek) oleh
pemeriksa yang
dilantik oleh MPM
di tempat yang
selamat, iaitu di
Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN)
sehingga
dimaklumkan oleh
pihak MPM tentang
kaedah pelupusan
evidens PBS calon
19
TERHAD
TERHAD
4.3 Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa
Januari
2014 hingga
31 Mac 2014
Pelaksanaan kerja kursus
(kerja projek) oleh calon
1 April 2014
Penghantaran kerja kursus
(kerja projek) dan bahan
pembentangan kerja kursus
(kerja projek) kepada
pemeriksa
Menerima kerja kursus (kerja projek)
calon daripada guru sekolah swasta
pada tarikh yang ditetapkan bagi
tujuan penilaian
Dari 2 April
2014 hingga
11 April
2014
Pemeriksaan kerja kursus
(kerja projek) oleh
pemeriksa
Memeriksa kerja kursus (kerja projek)
calon mengikut kriteria penilaian yang
ditetapkan oleh MPM
Dari 12
April 2014
hingga 31
April 2014
Sesi pembentangan kerja
kursus (kerja projek) oleh
calon
Menilai pembentangan kerja kursus
(kerja projek) calon (seorang calon
antara 10 hingga 15 minit) mengikut
kriteria penilaian yang ditetapkan oleh
MPM
Menilai elemen kemahiran insaniah
(soft skill) calon
Dari 1 Mei
2014 hingga
14 Mei 2014
Pengisian dan penghantaran
markah kerja kursus (kerja
projek) melalui
e-submission
Memasukkan markah kerja kursus
(kerja projek) calon ke dalam sistem e-
submission
Membuat semakan silang (cross
checking) markah kerja kursus (kerja
projek) calon bersama-sama dengan
seorang lagi pemeriksa kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am yang
dilantik oleh MPM
Membuat pembetulan sekiranya
terdapat kesilapan markah pada
rumusan markah kerja kursus (kerja
projek) calon tersebut
Mendapatkan pengesahan Pengetua
bagi rumusan markah yang telah
disemak silang (cross checking)
Menghantar markah kerja kursus (kerja
projek) calon ke MPM sebelum atau
pada tarikh yang ditetapkan
20
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa
Dari 1 Mei
2014 hingga
14 Mei 2014
Penyelarasan markah kerja
kursus (kerja projek) oleh
Ketua Penyelaras
Kebangsaan (KPK) (Jika
sekolah itu dipilih sebagai
sampel penyelarasan)
Menyediakan dan menyerahkan kerja
kursus (kerja projek) calon yang
diminta sebagai sampel untuk tujuan
penyelarasan oleh Penyelaras Negeri
(PN) atau Ketua Penyelaras
Kebangsaan (KPK) (Jika sekolah itu
dipilih sebagai sampel penyelarasan)
Meminta kerjasama guru sekolah
swasta untuk menyediakan calon yang
kerja kursus (kerja projek)nya dipilih
sebagai sampel untuk membuat
pembentangan (jika diminta oleh PN
atau KPK) (Jika sekolah itu dipilih
sebagai sampel penyelarasan)
Dari 14 Mei
2014 hingga
15 Oktober
2015
Penyimpanan evidens (kerja
kursus (kerja projek)
Menyimpan evidens (kerja kursus
(kerja projek) di tempat yang selamat,
iaitu di Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) sehingga dimaklumkan oleh
pihak MPM tentang kaedah pelupusan
evidens PBS calon
21
TERHAD
TERHAD
4.4 Pemeriksa Calon Persendirian Individu
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa
6 Januari
2014 hingga
31 Mac 2014
Pertemuan Pemeriksa
dengan calon persendirian
individu
Pelaksanaan kerja kursus
(kerja projek) oleh calon
Menyampaikan taklimat tugasan
kepada calon
Memaklumkan tarikh akhir penyerahan
kerja kursus (kerja projek) mengikut
arahan Majlis Peperiksaan Malaysia
Menjelaskan aspek yang dinilai dalam
penulisan kerja kursus (kerja projek)
Menjelaskan kepada calon tentang
elemen kemahiran insaniah (soft skill)
yang dinilai dalam kerja kursus (kerja
projek) calon.
Membimbing calon untuk mengenal
pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan
skop kerja kursus (kerja projek)
1 April 2014
Penghantaran kerja kursus
(kerja projek) dan bahan
pembentangan kerja kursus
(kerja projek) kepada
pemeriksa
Menerima kerja kursus (kerja projek)
calon pada tarikh yang ditetapkan bagi
tujuan penilaian
Dari 2 April
2014 hingga
11 April
2014
Pemeriksaan kerja kursus
(kerja projek) oleh
pemeriksa
Menyemak kerja kursus (kerja projek)
calon mengikut kriteria penilaian yang
ditetapkan oleh MPM
Dari 12
April 2014
hingga 31
April 2014
Sesi pembentangan kerja
kursus (kerja projek) oleh
calon
Menilai pembentangan kerja kursus
(kerja projek) calon (seorang calon
antara 10 hingga 15 minit) mengikut
kriteria penilaian yang ditetapkan oleh
MPM. Membawa komputer semasa
sesi pembentangan kerja kursus (kerja
projek) oleh calon
Menilai elemen kemahiran insaniah
(soft skill) calon
Dari 1 Mei
2014 hingga
14 Mei 2014
Pengisian dan penghantaran
markah kerja kursus (kerja
projek) melalui
e-submission
Memasukkan markah kerja kursus
(kerja projek) calon ke dalam sistem e-
submission
Membuat semakan silang (cross
checking) markah kerja kursus (kerja
projek) calon bersama-sama dengan
seorang lagi pemeriksa kerja kursus
(kerja projek) Pengajian Am yang
dilantik oleh MPM
Membuat pembetulan sekiranya
terdapat kesilapan markah pada
rumusan markah kerja kursus (kerja
22
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa
projek) calon tersebut
Menghantar markah kerja kursus (kerja
projek) calon ke MPM sebelum atau
pada tarikh yang ditetapkan
Dari 1 Mei
2014 hingga
14 Mei 2014
Penyelarasan markah kerja
kursus (kerja projek) oleh
Penyelaras Negeri (PN)
(Jika calon itu dipilih
sebagai sampel
penyelarasan)
Menyediakan dan menyerahkan kerja
kursus (kerja projek) calon yang
diminta sebagai sampel untuk tujuan
penyelarasan oleh Penyelaras Negeri
(PN) (Jika calon itu dipilih sebagai
sampel penyelarasan)
Menghubungi calon yang kerja kursus
(kerja projek)nya dipilih sebagai
sampel untuk membuat pembentangan
(jika diminta oleh PN)
Menyediakan tempat untuk sesi
pembentangan kerja kursus (kerja
projek) oleh calon
Dari 14 Mei
2014 hingga
15 Oktober
2015
Penyimpanan evidens (kerja
kursus (kerja projek)
Menyimpan evidens (kerja kursus
(kerja projek) di tempat yang selamat,
iaitu di Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) sehingga dimaklumkan oleh
pihak MPM tentang kaedah pelupusan
evidens PBS calon
23
TERHAD
TERHAD
5 FORMAT PENULISAN
5.1 Calon digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk
mencari maklumat tambahan.
5.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut
format berikut:
5.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
5.2.2 Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
5.2.3 Tulisan: Times New Roman (font 12)
5.2.4 Langkau (spacing): 1.5
5.3 Panjang penulisan tidak melebihi 5000 patah perkataan, iaitu tidak termasuk jadual,
rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan, dan penghargaan.
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. Format
penghasilan Gambar rajah, jadual, peta, dan foto adalah seperti pada Lampiran 5.
5.5 Calon dikehendaki menulis rujukan mengikut kaedah Gaya Dewan. Format penulisan
rujukan adalah seperti pada Lampiran 6.
5.6 Panjang abstrak adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan. Abstrak hendaklah
meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan yang
ditulis dalam satu perenggan.
5.7 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:
5.7.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
5.7.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
5.7.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
5.7.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4)
5.7.5 Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
5.8 Setiap helaian kertas jawapan kerja kursus (kerja projek) hendaklah dicatatkan nombor kad
pengenalan di bahagian atas sebelah kanan kertas tersebut (nama calon tidak perlu).
5.9 Kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam
bentuk bercetak dan berjilid.
6 STRUKTUR PENULISAN
6.1 Abstrak
6.2 Kandungan (butiran dan muka surat)
6.3 Penghargaan
6.4 Pengenalan
6.5 Objektif Kajian
6.6 Lokasi Kajian
6.7 Kaedah Kajian
6.8 Dapatan Kajian dan Perbincangan
6.9 Rumusan/Kesimpulan
6.10 Rujukan
6.11 Lampiran (jika perlu)
24
TERHAD
TERHAD
7 PENSKORAN
Bil. Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh
1.
Penulisan:
Abstrak 2
40 (72.7%)
2. Kandungan (butiran dan muka surat) −
3. Penghargaan −
4. Pengenalan 4
5. Objektif Kajian 3
6. Lokasi Kajian 2
7. Kaedah Kajian 5
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 18
9. Rumusan/Kesimpulan 4
10. Rujukan 2
11. Lampiran (jika perlu) −
Bil Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh
1. Pembentangan dan soal jawab:
Pembentangan Hasil Kajian
(a) pembentangan
(b) kreativiti persembahan
(c) keterampilan
2
2
1
10 (18.2%)
2. Soal jawab 5
Bil Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh
1. Impak keseluruhan:
Impak keseluruhan (Penulisan, Pembentangan
dan Soal jawab)
5 5
(9.1%)
JUMLAH MARKAH 55 55 (100%)
25
TERHAD
TERHAD
8 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
8.1 MPM menentukan dua tema.
8.2 Pihak sekolah dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk
dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih.
8.3 Kawasan kajian yang dipilih hendaklah dihadkan kepada sekolah/ kampung/bandar/
daerah/negeri calon.
26
TERHAD
TERHAD
9 CARTA ALIR PROSES PENGHASILAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGAJIAN AM
Contoh:
Tema 1: Pencemaran Budaya
Tema 2:
Kebebasan Media
Calon mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk dan skop tugasan
Calon memilih tema:
Tema 1: Pencemaran Budaya
Calon mengenal pasti isu: (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada