Top Banner
5-1 Program Penyenggaraan Peralatan Penyelidikan dan Prasarana Perhubungan dan Keselamatan di Nuklear Malaysia: Zainudin Jaafar, Muhammad Zahidee Taat, Dr. Ishak Mansor, Lojius Lombigit, Ramzah Muhamad, Hasif muhammad, Chong Foh Yong, Rohana Mahmud, Mazlipah Mohamed Ramlan, Noorhaizal Ishak, Norizam Saad, Abd. Aziz Mhd. Ramli PUSAT INSTRUMENTASI DAN AUTOMASI (PIA), BST Abstrak: Pusat Instrumentasi dan Automasi (PIA) bertanggungjawab melaksanakan kerja penyelenggaraan aset infra keselamatan bangunan & kawasan dan aset alatan saintifik dan nuklear untuk kerja-kerja penyelidikan. Kitaran penjagaan alat saintifik dan nuklear bermula dari penyediaan spesifikasi sehingga pelupusan alatan berkenaan- untuk mendapatkan output yang maksima dari peralatan maka PIA telah memperkenalkan Program penyenggaraan kearah yg lebih effektif bermula dari Perancangan penyenggaraan dibawah bajet Mengurus/Akaun Amanah/Pembangunan/Science Fund oleh PIA dan juga pengguna, Pengurusan aset/alat, Penjagaan & handling peralatan. Kertas ini juga membincangkan beberapa kajian kes penggunaan dan penjagaan alat untuk dijadikan sebagai panduan yang melibatkan mishandling, improper maintenance, inadequacy of supervision etc termasuk cadangan penambahbaikan program. 1. LATARBELAKANG Agensi Nuklear Malaysia merangkumi dua kompleks iaitu Kompleks utama di Bangi dan Kompleks Jalan Dengkil. Kompleks Utama mengandungi 27 blok bangunan manakala Kompleks Jalan Dengkil mengandungi 32 blok bangunan. Kebanyakan blok-blok bangunan ini dijadikan makmal penyelidikan dan ada antaranya yang menyimpan pelbagai punca sinaran. Nuklear Malaysia melaksanakan Penyelidikan dan perkhidmatan teknikal analisis dan ujian dalam bidang nuklear kepada pelanggan Nuklear Malaysia samada dalaman atau luaran. PIA mempunyai seramai 34 orang tenaga kerja untuk melaksanakan khidmat Penyenggaraan Peralatan Penyelidikan dan Prasarana Perhubungan dan Keselamatan. Penyelarasan dan pengurusan am PIA meliputi kerja-kerja: i. Perkhidmatan Penyenggaraan Instrumentasi Analitikal Nuklear, Saintifik dan Peralatan AM Makmal. ii. Perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan Infra Perhubungan dan Sistem Keselamatan. iii. Penubuhan dan pelaksanaan makmal ISO 17025 dengan 3 parameter Jisim, Suhu dan Pengukuran Elekrik. iv. Memberi perkhidmatan Pemeriksaan teknikal Alat (Verifikasi dan ujian alat baru, ujian penilaian alat, kalibrasi alat.) v. Memberi khidmat nasihat dan rundingcara instrumentasi dan sistem serta Latihan. Pelaksanaan dilakukan melalui melalui struktur kakitangan Pegawai Penyelidik dan Pelaksana seperti Rajah 1.
10

FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

Jan 12, 2023

Download

Documents

Khang Minh
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

5-1

Program Penyenggaraan Peralatan Penyelidikan dan Prasarana Perhubungan dan Keselamatan di Nuklear Malaysia:

Zainudin Jaafar, Muhammad Zahidee Taat, Dr. Ishak Mansor, Lojius Lombigit, Ramzah Muhamad, Hasif muhammad, Chong Foh Yong, Rohana Mahmud, Mazlipah Mohamed

Ramlan, Noorhaizal Ishak, Norizam Saad, Abd. Aziz Mhd. Ramli

PUSAT INSTRUMENTASI DAN AUTOMASI (PIA), BST

Abstrak: Pusat Instrumentasi dan Automasi (PIA) bertanggungjawab melaksanakan kerja penyelenggaraan aset infra keselamatan bangunan & kawasan dan aset alatan saintifik dan nuklear untuk kerja-kerja penyelidikan. Kitaran penjagaan alat saintifik dan nuklear bermula dari penyediaan spesifikasi sehingga pelupusan alatan berkenaan- untuk mendapatkan output yang maksima dari peralatan maka PIA telah memperkenalkan Program penyenggaraan kearah yg lebih effektif bermula dari Perancangan penyenggaraan dibawah bajet Mengurus/Akaun Amanah/Pembangunan/Science Fund oleh PIA dan juga pengguna, Pengurusan aset/alat, Penjagaan & handling peralatan. Kertas ini juga membincangkan beberapa kajian kes penggunaan dan penjagaan alat untuk dijadikan sebagai panduan yang melibatkan mishandling, improper maintenance, inadequacy of supervision etc termasuk cadangan penambahbaikan program.

1. LATARBELAKANG Agensi Nuklear Malaysia merangkumi dua kompleks iaitu Kompleks utama di Bangi dan Kompleks Jalan Dengkil. Kompleks Utama mengandungi 27 blok bangunan manakala Kompleks Jalan Dengkil mengandungi 32 blok bangunan. Kebanyakan blok-blok bangunan ini dijadikan makmal penyelidikan dan ada antaranya yang menyimpan pelbagai punca sinaran. Nuklear Malaysia melaksanakan Penyelidikan dan perkhidmatan teknikal analisis dan ujian dalam bidang nuklear kepada pelanggan Nuklear Malaysia samada dalaman atau luaran. PIA mempunyai seramai 34 orang tenaga kerja untuk melaksanakan khidmat Penyenggaraan Peralatan Penyelidikan dan Prasarana Perhubungan dan Keselamatan. Penyelarasan dan pengurusan am PIA meliputi kerja-kerja: i. Perkhidmatan Penyenggaraan Instrumentasi Analitikal Nuklear, Saintifik dan Peralatan AM Makmal. ii. Perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan Infra Perhubungan dan Sistem Keselamatan. iii. Penubuhan dan pelaksanaan makmal ISO 17025 dengan 3 parameter Jisim, Suhu dan Pengukuran Elekrik. iv. Memberi perkhidmatan Pemeriksaan teknikal Alat (Verifikasi dan ujian alat baru, ujian penilaian alat, kalibrasi alat.) v. Memberi khidmat nasihat dan rundingcara instrumentasi dan sistem serta Latihan. Pelaksanaan dilakukan melalui melalui struktur kakitangan Pegawai Penyelidik dan Pelaksana seperti Rajah 1.

Page 2: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

2. OBJEKTIF

Kitaran penjagaan alat Saintifik dan nuklear bermula dari penyediaan spesifikasi sehingga pelupusan alatan berkenaan. Objektif program penyelenggaraan peralatan penyelidikan dan prasarana perhubungan dan keselamatan adalah untuk mengurangkan faktor tempuh kerosakan (downtime) disamping menjamin kebolehpercayaan peralatan semasa kitaran hayatnya. Penyelenggaraan juga bagi mengurangkan dan mengawal kos dan masa yang diperlukan oleh penyelenggaraan, (Yang et al, 2003).

Rajah 1

3. KAEDAH PELAKSANAAN Untuk memastikan kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan berkesan beberapa program dilaksanakan dalam pegurusan penyelenggaraan antaranya:

1. Penggunaan tenaga kerja secara maksima

2. Merancang bajet tahunan

Page 3: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

3. Memperkenalkan penyelenggaraan cegahan (PM) dan baikpulih secara komprehensif.

4. Meneruskan penyelengaraan baikpulih (CM) peralatan berasaskan kriteria keutamaan.

5. Bekerjasama dengan pengguna bagi melaksanakan penyelenggaraan asas oleh pengguna

1. Penggunaa tenaga kerja secara maksima Rajah 1 diatas menunjukkan pegawai penyelidik dimasukkan kedalam struktur pengurusan penyelenggaraan sebagai tugas matrik bersama tugas-tugas hakiki membuat penyelidikan dan dibantu oleh struktur dibawahnya yang terdiri dari penolong jurutera. Pegawai Peyelidik menjalankan tugas sebagai ketua projek bagi menyediakan spesifikasi penyelenggaraan alat dan sistem. Manakala bagi kerja-kerja pemeriksaan/penyeliaan rutin dibantu oleh kakitangan pelaksana yang terdiri dari penolong jurutera. Kumpulan pelaksana diketuai oleh seorang penolong jurutera kanan dan mengetuai 4 kumpulan kerja seperti Jadual 1. Kumpulan kerja juga diberikan jenis alat/sistem yang dipertanggungjawabkan seperti Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 1

2. Merancang bajet tahunan Setiap tahun PIA akan merancang cadangan bajet bagi kerja penyelenggaraan yang

akan dilakukan berdasarkan perbelanjaan sebelumnya (CM dan PM) dan ditambah anggaran program/penyelenggaraan (PM) baru yang difikirkan sesuai bagi mencapai objektif penyelenggaraan. Bajet tahunan dipohon dibawah peruntukan mengurus sedia ada dan dasar baru.

Disamping itu perancang penggantian alat yang mana objektifnya ialah menggantikan aset-aset lama yang telah dilupuskan bagi mengoptimumkan produktiviti penyelidikan dan perkhidmatan melalui Dasar Baru-Oneoff. Ini disebabkan aset ini tidak ekonomi untuk

Page 4: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

Jadual 2

Jadual 3

dibaiki, rosak teruk, alat ganti yang tidak ada dipasaran kerana perubahan teknologi dan usang.

3. Meluaskan penyelenggaraan cegahan dan baikpulih secara komprehensif Perancangan pengurusan penyelenggaraan peralatan dan infrastruktur dilakukan secara Ad-hoc, dimana perolehan akan hanya dibuat selepas sistem mengalami kerosakan. Walaupun amalan seperti ini adalah tidak mengikut piawaian terbaik dalam pengurusan kejuruteraan

Page 5: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

tetapi organisasi tidak mempunyai pilihan lain kerana kekangan peruntukan. Keselamatan aset, fasiliti dan sumber manusia tidak terjamin sekiranya sistem kerap terganggu oleh kerosakan dan menjejaskan aktiviti dan produktiviti malah menjejaskan nama baik Agensi Nuklear. Peralatan sistem keselamatan dan komunikasi perhubungan perlu dibuat secara komprehensif dimana semua penyelenggaraan cegahan, baikpulih dan alatganti dimasukkan.

4. Penyelenggaraan baikpulih peralatan berasaskan kriteria keutamaan Bagi memastikan penyelenggaraan yang dijalankan mencapai objektif nya maka beberapa kriteria digunakan bagi menilai keutamaan kerana peruntukan yang terhad yang disediakan setiap tahun. Perincian keutamaan adalah seperti berikut:- Aset yang diselenggara mesti memenuhi senarai semak berikut:

a) Didaftarkan dalam daftar aset pusat Agensi Nuklear Malaysia b) Aset mesti mempunyai pegawai bertanggungjawab c) Keutamaan kategori penyelenggaraan, P PIA iaitu:

1. P1 = Penyenggaraan asset yang disenaraikan dibawah Lesen LPTA A 724 yang mematuhi kehendak Lesen/Akta 304. 2. P2 = Penyenggaraan dan kalibrasi aset yang disenaraikan dibawah keperluan kualiti

penghasilan produk ( ISO17025,ISO 1900, Praktis Pengilangan Baik, GMP) 3. P3 = Penyenggaraan yang melibatkan Alat penyelidikan Saintifik/Loji 4. P4= Penyenggaraan alat makmal

5. Bekerjasama dengan pengguna bagi melaksanakan penyelenggaraan asas. Pengguna adalah mereka yang memahami operasi alat dan digalakkan untuk mengetahui operasi dengan betul (SOP) dan memahami penyelenggaraan asas sesuatu alat. Operasi sesuatu alat mengikut SOP perlu dipatuhi oleh semua pengguna dan disediakan disisi alat. Pengguna mengikuti jadual penyelenggaraan yang sempurna boleh memanjangkan kitaran hayat sesuatu alat penyelidikan. PIA juga menekankan supaya rekod2 penggunaan alat dan isu yang timbul sentiasa dikemaskini bagi memudahkan kakitangan teknikal membuat pemeriksaan semasa kerja baikpulih.

4. KEPUTUSAN DAN KESIMPULAN

1. Penggunaan sepenuhnya tenaga manusia yang terdapat di PIA. Pelaksanaan kerja dibuat melalui struktur organisasi di Rajah 1, yang mana semua pegawai menjadi ketua projek/sistem yang perlu diselenggara dengan sokongan kakitangan pelaksana bagi memberikan khidmat yang diperlukan oleh pelanggan. Secara statistik maka dapat diperhatikan dari laporan kerja yang boleh dilihat secara dalam talian tentang kemajuan kerja penyelenggaraan sehingga 22 hb. Sept 15 ialah 79.7%

Page 6: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

2. Merancang bajet tahunan

Perancangan bajet tahunan bagi penyelesaian keatas khidmat penyelenggaraan alat dan lain khidmat yang disediakan PIA ialah seperti Rajah 2 dengan kos melebihi RM 1.2J. Ini termasuk dasar baru/one-off yang diluluskan bagi Penyelenggaraan baikpulih Sistem kamera litar tertutup (CCTV-Kompleks Dengkil, Sistem Perimeter Pengesan Pencerobohan (Perimeter Intrusion Detection System-PIDS) dan memasang sistem penangkap kilat pepasangan kamera bertiangdi Kompleks Jalan Dengkil berjumlah RM 400K.

Rajah 2

Peny

.Ko

mp

(Pab

x)Bp

ulih

keci

l

0

4000

00

8000

00

1200

000

1600

000

2000

000

Peca

han

Baje

t

RM

Bajet Penyelenggaraan 2015

Bayar

Tanggung

Pohon

Page 7: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

Walaubagaimana pun kertas cadangan berjumlah RM 5.959,281.00 bagi penggantian aset yang berjumlah 91 unit dengan 70 jenis yang di pohon pada tahun 2014 telah ditolak.

3. Meluaskan penyelenggaraan cegahan (PM) dan baikpulih (CM) secara komprehensif Perluasan kaedah kerja PM dan CM secara komprehensif telah dilaksanakan keatas sistem Infra kemudahan keselamatan dan perhubungan dan tahun 2015 kerja PM Sistem TV litar tertutup turut dimasukkan dan akan dipanjangkan ke sistem/kemudahan lain seperti Alatan makmal. Program penyelenggaraan komprehensif yang boleh memberikan kebaikan kepada proses penyelenggaraan berjaya memperolehi sokongan pengurusan. Kerja yang diluluskan ialah berkaitan sistem infra keselamatan bangunan dan sistem perhubungan. Sistem Penggera Kebakaran - Fire Alarm System, Sistem kad akses keselamatan – Security Card Access System (CACS) dan Sistem Telefon PABX , dan Penyelenggaraan alat Sistem kuasa tanpa gangguan (UPS) dimana kesemuanya berjumlah RM 724,000.00 untuk 2 tahun bermula sejak tahun 2014 dan Sistem kamera litar tertutup (CCTV)-Komplkes Bangi bermula tahun 2015.

Rajah 3 Dengan adanya kaedah penyelenggaraan cegahan (PM) dan baikpulih (CM) secara komprehensif memberikan beberapa faedah:

a. Bajet tahunan telah diperuntukan bagi kerja PM dan CM sistem berkenaan. b. Kelewatan proses baikpulih disebabkan oleh proses perolehan yang perlu mematuhi

prosedur disamping bajet yang terhad dapat diatas bagi sistem infra berkenaan. c. Ini menyumbang kepada pengurangan masa Downtime (masa dimana alat tidak

berfungsi) peralatan. 4. Meneruskan penyelengaraan baikpulih (CM) peralatan berasaskan kriteria

keutamaan. Keutamaan kerja penyelenggaraan berdasarkan keutamaan perlu dilaksanakan memandang bajet yang terhad yang diperolehi dari peruntukan mengurus.

0

50000

100000

150000

200000

250000

300000

350000

PABX ( RM) FAP (RM ) CCTV (RM) UPS (RM) CACS (RM)

Kos PM Per Tahun Mengikut Kemudahan

Thn 2014 Thn 2015 Thn 2016 Jumlah

Page 8: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

Bagi tahun 2015 senarai utama alat yang telah dimasukkan kedalam senarai keutamaan mengikut kategori ialah :

Bil Kategori Kod Keutamaan

Bilangan Item

1. LESEN LPTA/A/724

P1 17

2. KEPERLUAN ISO 17025/19001/ GMP P2 44 3. PERALATAN PENYELIDIKAN

MENYOKONG AKTIVITI BERKAITAN LESEN/ISO/GMP

P3 100

4. PERALATAN MAKMAL P4 Sedang Dikemaskini

5. Bekerjasama dengan pengguna bagi melaksanakan penyelenggaraan asas. Kesedaran dan kerjasama pengguna dalam melakukan penyelenggaraan dilihat semakin meningkat melalui beberapa langkah yang diambil oleh pengguna: Bajet Bil Bahagian Bil

Item/Skop 1.0 Merancang bajet penyelenggaraan

dibawah Bajet Mengurus-Dasar Baru One –OFF

2 14

2.0 Merancang bajet penyelenggaraan dibawah Bajet Mengurus-Amanah

1 2

6. Isu-isu pengendalian dan penyimpanan alat Kes 1. Nama Alat : PROBE TRACERCO SURVEY METER Aduan Kerosakan: Alat tidak berfungsi. Mohon Sijil Tidak ekonomik baikki-TEB Punca Kerosakan: Kerja Penyenggaraan: 1. Memeriksa keadaan fizikal alat – didapati “window detector telah pecah dan tidak boleh digunakan” 2. Memeriksa kabel probe – berkeadaan baik 3. Probe tidak boleh dibaiki dan pemohon memerlukan pembelian probe baru Tindakan/Cadangan: 1. Alat ini tidak ekonomik untuk dibaiki dan dicadangkan untuk pelupusan. Pengajaran dari kes ini ialah didapati alat digunakan oleh ramai pengguna termasuk pelajar dan ia adalah alat mudahalih dan mudah pecah maka pengguna perlu diberi

Page 9: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

kefahaman oleh pegawai bertanggungjawab cara penggunaan dan penyimpanan dan secara am pegawai bertanggungjawab perlu memastikan alat adalah selamat sebelum, semasa dan salepas digunakan.

PROBE TRACERCO SURVEY METER Kes 2

Nama Alat/Bahagian : Perkakasan Sistem CCTV diluar bangunan-Kamera

Sebelum Selepas

Gambar belum diperolehi

Gambar belum diperolehi

Page 10: FORMAT BAGI CADANGAN DASAR BARU

Kes 3 Nama Alat : Smart Detector and the VMU unit Aduan Kerosakan: Alat tidak berfungsi. Mohon dibaikpulih Punca Kerosakan: Kerja Penyenggaraan: 1) 1 detector is totally damaged and beyond repair. 2) traces of moisture and oxidization also could be found in the other detector 3) the board already oxidized from moisture and some pattern already damaged. Tindakan/Cadangan: Pengguna perlu membuat justifikasi keperluan baikpulih dan menyatakan jika ada unsur-unsur salah pengendalian-sedang dkemaskini Pengajaran dari kes ini ialah didapati alat digunakan diluar bangunan (outdoor) dan ia adalah alat mudahalih tetapi merupakan alat penyelidikan yang agak mahal. Maka pengguna perlu diberi kefahaman oleh pegawai bertanggungjawab cara penggunaan dan penyimpanan dan secara am pegawai bertanggungjawab perlu memastikan alat adalah selamat sebelum, semasa dan salepas digunakan.