CADANGAN REKABENTUK RANGKAKERJA BAGI PEMILIHAN KONTRAKTOR BINAAN KU AZRIL RIDZHIE BIN KU AHMAD EZHAM Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan) Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2005
294
Embed
CADANGAN REKABENTUK RANGKAKERJA BAGI PEMILIHAN ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
CADANGAN REKABENTUK RANGKAKERJA BAGI
PEMILIHAN KONTRAKTOR BINAAN
KU AZRIL RIDZHIE BIN KU AHMAD EZHAM
Tesis ini dikemukakan
Sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan)
Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2005
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : CADANGAN REKABENTUK RANGKAKERJA BAGI PEMILIHANKONTRAKTOR BINAAN
SESI PENGAJIAN : 2004/2005
Saya KU AZRIL RIDZHIE BIN KU AHMAD EZHAM(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub didalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO. 33, JALAN WANGSA BUDI 2,WANGSA MELAWATI,53300 KUALA LUMPUR.
Tarikh: 18 March 2005
DR. ARHAM ABDULLAH Nama Penyelia
Tarikh: 18 March 2005
CATATAN: ***
Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidkana , atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
bagi kontrak di bawah RM10 juta sehingga deposit bernilai RM1 juta bagi kontrak
kerja bernilai RM100 juta. Deposit tender adalah dikecualikan bagi tender tempatan.
Bagi tender antarabangsa, deposit tender hendaklah dikenakan seperti berikut:
30
Jadual 2.1 : Deposit tender bekalan / perkhidmatan (A.P. 175.1)
Anggaran Nilai Tender Jumlah Deposit Tender
Hingga RM 5 juta RM 62,500
Melebihi RM 5 juta sehingga RM 10 juta RM 187,500
Melebihi RM 10 juta sehingga RM 20 juta RM 375,000
Melebihi RM 20 juta sehingga RM 30 juta RM 625,000
Melebihi RM 30 juta RM 1 juta
Jadual 2.2 : Deposit tender kerja (A.P. 175.1)
Anggaran Nilai Tender Jumlah Deposit Tender
Hingga RM 10 juta RM 50,000
Melebihi RM 10 juta sehingga RM 20 juta RM 150,000
Melebihi RM 20 juta sehingga RM 50 juta RM 350,000
Melebihi RM 50 juta sehingga RM 100 juta RM 750,000
Melebihi RM 100 juta RM 1 juta
Bagi pentender tempatan yang mendapat pengecualian daripada pendaftaran,
deposit tender hendaklah dikenakan sebanyak 2.5% daripada harga tawarannya atau
maksimum RM10,000. Semua deposit tender hendaklah dalam bentuk draf
bank/jaminan bank (A.P. 175.1).
Oleh kerana pentender tempatan tidak dikenakan deposit, sekiranya
kontraktor menolak tawaran setelah tawaran dibuat kepadanya dalam tempoh sah
laku tawaran berkenaan, tindakan penggantungan pendaftaran akan diambil terhadap
mereka. Kontraktor tersebut akan digantung oleh Perbendaharaan daripada
mengambil bahagian dalam tender kerajaan selama dua tahun bagi kesalahan
pertama dan lima tahun bagi kesalahan kedua. Untuk kesalahan ketiga, pendaftaran
syarikat berkenaan akan dibatalkan, seterusnya nama pemilik modal atau ahli
Lembaga Pengarah disenaraihitamkan (A.P. 175.1).
31
Dalam pelawaan tender hendaklah disyaratkan bahawa bagi mereka yang
dikenakan bayaran deposit tender, jika pentender enggan menandatangani sesuatu
kontrak selepas tendernya disetuju terima atau menarik balik tendernya sebelum
keputusan dibuat, maka deposit tendernya akan dirampas. Ini adalah bagi
memastikan bahawa pentender benasr-benar serius dalam menender sesuatu bekalan,
perkhidmatan atau kerja. Deposit tender bagi pentender yang tidak berjaya
hendaklah dipulangkan setelah tender itu disetuju terima oleh pentender yang berjaya
atau selepas tamat tarikh sah laku tender. Deposit pentender yang berjaya akan
dikembalikan selepas bon perlaksanaan diterima.
Dalam AP. 176.2 menyatakan bahawa sebelum sesuatu kontrak bekalan atau
peerkhidmatan yang nilainya melebihi RM50,000 tetapi tidak melebihi RM500,000
disempurnakan, kontraktor yang berjaya hendaklah memberi Bon Perlaksanaan
sebanyak 2.5% daripada jumlah harga kontrak. Bagi kontrak yang melebihi
RM500,000 pula, Bon Perlaksanaan yang diperlukan ialah sebanyak 5% daripada
jumlah harga kontrak. Untuk kontrak bekalan atau perkhidmatan bermasa yang
berkuatkuasa selama dua tahun atau lebih, peratus Bon Perlaksanaan hendaklah
dikira mengikut harga anggaran kontrak bagi setahun sahaja dan tidak daripada
keseluruhan harga kontrak. Walaubagaimanapun, tempoh tamat Bon Perlaksanaan
tersebut hendaklah meluputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.
2.3.5 Proses Memasuki Tender Penguasa Tempatan Oleh Kontraktor
Tender biasanya diiklankan di dalam akhbar tempatan (Utusan Malaysia)
pada hari Isnin atau Khamis. Kontraktor tidak perlu berdaftar dengan penguasa
tempatan bagi menyertai tender. Sebelum menyertai tender penguasa tempatan
kontraktor perlu mempunyai sijil pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor
(PKK) bagi tender kerja atau dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) bagi
tender bekalan atau perkhidmatan. Kontraktor dikehendaki menyemak syarat
32
pendaftaran untuk menyertai tender seperti di dalam iklan iaitu kelas, kepala dan sub-
kepala bagi tender serta kod bidang bagi tender bekalan atau perkhidmatan.
Kontraktor juga diwajibkan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi tender kerja.
MULA
Serahkan lesen kontraktor kepada PembantuTadbir untuk semakan dan Pembantu Tadbir
akan menyediakan bil bayaran dokumen
Buat bayaran di kaunter Jabatan Kewangan
Kemukakan resit bayaran ke kaunter BahagianUkur Bahan & Kontrak untuk mendapat
dokumen tender
Semak dokumen serta pelan (jika ada) dan pastikan ianya betul dan mencukupi sebelum
meninggalkan kaunter
TAMAT
Rajah 2.2 : Carta alir penjualan dokumen tender oleh penguasa tempatan
33
Kelayakan kontraktor boleh dikategorikan seperti berikut:
Jadual 2.3 : Kelayakan kontraktor untuk memasuki tender penguasa tempatan
KERJA AWAM / BANGUNAN KERJA ELEKTRIK
Kelas Nilai Projek (RM) Kelas Nilai Projek (RM)
A Melebihi 10,000,000 I 1,000,001 ke atas
B 5,000,001 hingga 10,000,000 II 1,000,000 ke bawah
C 2,000,001 hingga 5,000,000 III 500,000 ke bawah
D 500,001 hingga 2,000,000 IV 150,000 ke bawah
E 200,001 hingga 500,000 V 50,000 ke bawah
F sehingga 200,000 VI 20,000 ke bawah
Sekiranya kontraktor merasakan diri mereka layak, mereka dikehendaki
datang ke Kaunter Bahagian Ukur Bahan & Kontrak pada masa yang telah
ditetapkan seperti berikut:
Jadual 2.4 : Masa urusan pembelian dokumen tender oleh penguasa tempatan
Hari Waktu
Isnin – Khamis8.15 pagi – 12.30 tengahari
2.15 petang – 3.45 petang
Jumaat8.15 pagi – 12.00 tengahari
2.45 petang – 3.45 petang
Sabtu (minggu ke-2 & ke-4) 8.15 pagi – 12.00 tengahari
34
Kontraktor juga dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
(i) Sijil perakuan pendaftaran PKK atau KKM beserta salinan
(ii) Sijil pengiktirafan status Bumiputera beserta salinan (jika dikehendaki)
(iii) Surat perwakilan kuasa sekiranya kontraktor berkenaan mewakilkan
kakitangan untuk mengambil dokumen tawaran
(iv) Sijil perakuan pendaftaran asal CIDB yang berkaitan
(v) Bayaran untuk dokumen tender sama ada dalam bentuk tunai, cek, wang
pos atau bank draf
2.3.5.1 Peraturan / Had Nilai Tender Oleh Penguasa Tempatan
Semua perolehan Kerajaan hendaklah dibuat daripada Kontraktor yang
pendaftarannya masih berkuatkuasa. Pihak berkuasa bagi pendaftaran kontraktor
dalam bidang bekalan dan perkhidmatan ialah Kementerian Kewangan manakala
bagi kontraktor kerja ialah Pusat Khidmat Kontratkor (PKK) dan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Pengecualian hanya
dibenarkan bagi perolehan yang tidak melebihi RM10,000.00 setahun bagi bekalan
dan perkhidmatan mengikut AP 184.2(a). Semua projek yang dilaksanakan di
penguasa tempatan sama ada kerja, bekalan atau perkhidmatan yang melebihi RM
100,000.00 setahun perlu dipelawa secara tender.
35
2.3.6 Proses Memasuki Tender JKR Oleh Kontraktor
Terdapat beberapa prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh kontraktor
sebelum ia dapat bertanding untuk memperolehi tender tersebut iaitu iklan, mengisi
dokumen tender dan menghantar dokumen tender sebelum tarikh tutup.
2.3.7 Iklan
Apabila mempelawa tender, publisiti yang seluas-luasnya hendaklah dibuat
supaya semua pembekal yang bona fide berpeluang untuk menyertai tender dan
dengan yang demikian membolehkan kerajaan memperolehi tawaran yang terbaik.
Tender tempatan hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurang satu akhbar harian
utama berbahasa Melayu. Walaubagaimanapun, untuk tender antarabangsa,
sekurang-kurangnya di dalam dua akhbar, di mana satu berbahasa Melayu dan satu
berbahasa Inggeris pemberitahuan juga dihantar kepada kedutaan dan Pesuruhjaya
Tinggi negara-negara yang sesuai dan boleh mengambil bahagian di dalam tender
tersebut. Bagi tender yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan, iklan tender juga
akan dipaparkan di dalam laman web BPPK. Pentender diberi tempoh tidak kurang
dari 21 hari bagi tender tempatan. bagi tender antarabangsa, tempoh tersebut adalah
tidak kurang dari 56 hari.
Walaupun publisiti meluas digalakkan bagi urusan tender, pertimbangan
sewajarnya mengenai kos iklan hendaklah juga diambilkira. Sekiranya kontraktor
yang berkelayakan di bawah satu-satu bidang adalah diketahui tidak melebihi lima
kontraktor, iklan tidak perlu dibuat (A.P. 172). Dalam hal demikian, kelulusan Ketua
Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri hendaklah diperolehi
36
terlebih dahulu. Setelah mendapat kelulusan, pemberitahuan tender kepada
kontraktor yang diluluskan hendaklah dihantar melalui surat berdaftar (A.P. 172) .
Iklan tender dikeluarkan pada setiap minggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis
di dalam akhbar-akhbar tempatan iaitu bagi projek yang melebihi RM 100,000. Bagi
projek yang nilai tendernya kurang RM 100,000, sebut harga akan dipamerkan pada
papan kenyataan jabatan.
Kontraktor yang ingin memasuki tender perlu menyemak keperluan kerja,
kelayakan kelas, kepala dan subkepala serta masa dan tempat kepala. Juga perlu
dipastikan tarikh tutup tawaran serta jumlah wang cagaran dan wang tebusan.
Di samping keperluan di bawah Arahan Perbendaharaan bagi publisiti tender,
kenyataan tender hendaklah juga menyatakan bahawa dokumen tender hendaklah
dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan dituliskan rujukan tertentu supaya boleh
dikenali sebelum ianya dibuka. Waktu tender ditutup bagi penerimaan hendaklah
ditetapkan pada jam 12.00 tengahari pada hari bekerja.
2.3.8 Mengisi Dokumen Tender
Cara mengisi sesuatu borang tender adalah penting untuk menjamin
Dokumen Tender dari kontraktor tersebut sah dan layak memasuki tender.
Kontraktor hendaklah membuat perkiraan awal sendiri untuk dibandingkan dengan
quotation dari JKR dan seterusnya dapat memberikan harga yang kompetitif. Bagi
dokumen tender yang menggunakan senarai kuantiti (BQ), hendaklah dipastikan
kadar harga dan mendarabkan kuantiti dengan betul.
37
Kesilapan yang kecil sekalipun seperti mengisi jenama peralatan tidak seperti
yang dihargakan adalah perlu dielakkan. Kontraktor juga perlu memastikan jumlah
senarai kuantiti atau ringkasan tawaran dipindahkan dengan betul ke Ringkasan
Tender dan seterusnya ke Borang Tender. Akhir sekali, kontraktor perlu
mencatatkan harga tender, tempoh kerja dan kemudiannya menandatangani Borang
Tender.
Dokumen Tender akan dijual mulai tarikh iklan tender tersebut dibuat di
dalam akhbar tempatan. Hanya kontraktor/pembekal yang memenuhi syarat-syarat
pendaftaran dalam bidang yang berkenaan dibenarkan membeli Dokumen Tender
tersebut. Bagi tender antarabangsa, pengecualian diberikan dari syarat-syarat
keperluan pendaftaran.
2.3.9 Penutupan Tender
Tender mahupun sebut harga yang diterima tanpa dibuka hendaklah
dimasukkan ke dalam peti tawaran berkunci. Peti tawaran hendaklah ditanda tarikh
dan waktu peti akan dibuka. Dua kunci yang berbeza bagi peti tawaran hendaklah
diadakan dan anak kunci dipegang secara berasingan oleh dua orang pegawai kanan
Jabatan berkenaan. Keselamatan peti tawaran hendaklah sentiasa dijaga.
Biasanya tempoh antara penyediaan tender hingga penutupan tender adalah
minima antara 21 hari. Namun tempoh ini akan lebih lama jika membabitkan projek
yang lebih besar kosnya. Sebelum menghantar sesuatu dokumen tender itu,
kontraktor hendaklah menyemak pada iklan tarikh tutup dan tempat mengemukakan
tender kerana ia mungkin berbeza dengan tempat membeli tender. Kontraktor juga
perlu memastikan tajuk dan nombor projek dicatatkan di luar sampul surat tender.
38
Borang Tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti yang bertulis tajuk
projek berkenaan sebelum pukul 12 tengahari. Begitu juga jika borang tersebut
dihantar melalui mel udara. Penghantaran borang tender selepas masa dan tarikh
tersebut tidak akan dilayan. Satu lagi perkara penting dalam menghantar Borang
Tender adalah elakkan menggabungkan 2 tender dalam 1 sampul walaupun kedua-
dua tender tersebut mempunyai tarikh tutup yang sama kerana projek yang berlainan
mempunyai peti yang berbeza dan dalam kes ini kerugian adalah bagi pihak
kontraktor itu sendiri.
2.4 Kontrak
Kontrak ialah satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk
menerima tawaran daripada satu pihak yang lain (Saidin, 1998). Ianya merupakan
satu persetujuan bertulis berdasarkan perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang yang mengikat kedua-dua belah pihak yang berkontrak yang terlibat
iaitu klien dan kontraktor. Kontrak merupakan elemen yang sangat penting dalam
industri pembinaan kerana terdapatnya proses kerjasama antara pelbagai pihak bagi
mewujudkan tujuan persetujuan yang dipersetujui. Dalam projek-projek kerajaan,
jika didapati perlu atau sesuai untuk mengadakan satu kontrak formal, kontrak itu
hendaklah dibuat atas nama Kerajaan dan ditandatangani oleh pegawai diberi kuasa
di bawah Akta Kontrak Kerajaan 1949 (disemak 1973).
Sebelum sesuatu kontrak kerja dimulakan, kontraktor hendaklah
mengemukakan Bon Perlaksanaan sebanyak 5% daripada keseluruhan kontrak. Bon
Pelaksanaan yang dikemukakan hendaklah dalam bentuk Jaminan dari bank berlesen
di bawah akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang menjalankan perniagaan di
Malaysia atau Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat insurans berlesen di
39
bawah Akta Insurans 1963. Bon Perlaksanaan yang dikeluarkan dalam bentuk
Jaminan Insurans hendaklah bagi kontrak kerja yang bernilai tidak melebihi RM1
juta. Bagi nilai melebihi RM1 juta, jaminan hanya boleh dikemukakan dalam bentuk
Jaminan Bank sahaja.
Jenis-jenis kontrak yang biasa dipraktiskan di Malaysia mempunyai 4 jenis
iaitu kontrak Lump Sum (Gumpalan), kontrak Measure & Value (Ukur dan Nilai),
kontrak Cost Reimbursement (Kos Pembayaran Ganti) dan kontrak Turnkey.
2.4.1 Kontrak Lump Sum
Kontrak Lump Sum boleh dilaksanakan dalam tiga cara. Pertamanya
berdasarkan kepada lukisan spesifikasi yang disertakan dengan spesifikasi. Biasanya
kontrak ini digunakan untuk kerja yang memerlukan projek disiapkan cepat dan
lukisan spesifikasi yang disertakan adalah kurang memuaskan untuk mendapatkan
ukuran yang tepat. Ini menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi.
Kontrak Lump Sum berdasarkan lukisan dan senarai bahan digunakan untuk
projek-projek yang bernilai lebih RM I juta. Dengan menggunakan kaedah
pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang disediakan, kedua-dua pihak yang
terlibat dapat merasai keadilan. Jenis kontrak seperti ini juga akan memudahkan
pembayaran kemajuan kerja dan untuk kerja-kerja ubahsuai (Saidin, 1998).
Kontrak Lump Sum berdasarkan kepada lukisan dan jadual kadar harga pula
digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen lain
dan kebanyakan projek ini mengikut harga yang ditetapkan kontraktor. Ia juga
kadangkala digunakan dalam kerja penyelenggaraan bangunan. Menurut Saidin
40
(1998), kontrak Lump Sum jenis ini juga telah diubahsuai secara umum yang boleh
dibahagi kepada dua kategori iaitu:
(i) Kontrak Fixed Price – merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di
dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh diubah setelah kontrak
ditandatangan.
(ii) Kontrak Firm Price – boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak
boleh mengubah jumlah besar kontrak tersebut.
2.4.2 Kontrak Measure and Value
Kontrak jenis ini secara khususnya digunakan bagi bangunan-bangunan yang
besar serta perlu dirahsiakan daripada pengetahuan masyarakat kedudukan bahagian-
bahagian tertentu di dalam bangunan tersebut, misalnya ialah penjara dan institusi
kewangan atau bank kerana faktor utama yang diambilberat adalah faktor
keselamatan. Pembinaan dilakukan secara cepat di mana tiada penyediaan lukisan
spesifikasi yang setara dan senarai bahan bagi tujuan perlaksanaan.
Masalah yang biasa di dalam kontrak jenis ini adalah dari aspek menentukan
harga perbelanjaan sebenar khususnya pada peringkat permulaan kerja. Tawaran
projek adalah secara sementara atau dikenali juga sebagai provisional. Bayaran
hanya dibuat setelah kontraktor yang terlibat memulakan kerja pembinaan
berdasarkan pengukuran dan kerja-kerja yang telah disiapkan. Pengubahsuaian
kontrak biasa berlaku dan bahagian yang dimaksudkan itu adalah (Saidin, 1998):
(i) Lukisan, spesifikasi kerja dan jadual kadar harga – pembayaran dilakukan
mengikut jadual yang telah dipersetujui terlebih dahulu antara pihak klien
dan kontraktor.
41
(ii) Lukisan, analisa kos dan spesifikasi kerja – pembayaran bagi projek adalah
berpandukan pada projek-projek lain yang setara iaitu mempunyai funsi dan
bentuk fizikal yang agak sama.
2.4.3 Kontrak Cost Reimbursement
Kontrak Cost Reimbursement kadangkala juga dikenali sebagai Kontrak Cost
Plus. Secara umumnya, kontrak jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama
iaitu (Saidin, 1998):
(i) Wang Kos Prime + Yuran Tetap
(ii) Wang Kos Prima + Peratus Yuran
(iii) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran
Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan
manakala Wang Kos Prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos
pekerja dan kos peralatan atau jentera dan juga lat-alat sampingan di dalam
pembinaan projek berkenaan.
Biasanya, kos pengurusan dan keuntungan telah dipersetujui terlebih dahulu
dalam bentuk sejumlah peratusan tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan kos
peralatan. Sistem pengurusan ini amat sesuai untuk projek-projek yang sulit,
kompleks dan perlu disiapkan cepat. Oleh sebab itu, para pakar perunding dan
kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projek tersebut dapat disiapkan
mengikut jadual masa tanpa menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang
paling minimum.
Yuran sasaran adalah bayaran tambahan yang dipersetujui oleh kontraktor
dengan juru ukur bahan sebelum sesuatu surat perjanjian kontrak ditandatangani.
Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor
tersebut dapat menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang diperuntukkan
dengan memuaskan (Saidin, 1998). Cara ini dapat mendorong kontraktor
42
melipatgandakan usaha serta berlumba untuk menyiapkan projek berkenaan.
Sebelum kadar tambahan bayaran dipersetujui oleh kedua-dua pihak, beberapa
perkara penting perlu diambil perhatian serius iaitu:
(i) Angka atau jumlah harga anggaran
(ii) Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih
tinggi daripada harga anggaran
(iii) Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak klien dan
kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran
2.4.4 Kontrak Turnkey
Dalam kontrak turnkey, pihak klien meneyrahkan sepenuhnya tanggungjawab
penyiapan projek kepada pihak kontraktor. Biasanya projek-projek besar seperti
pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya diserahkan kepada suatu
organisasi atau perunding luar negeri untuk mengurus, merekabentuk serta
mengendalikan projek tersebut sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan serta
kemahuan pihak kerajaan yang bertindak sebagai klien.
Kebaikan menggunakan pendekatan turnkey adalah dapat mengurangkan
penglibatan klien secara langsung mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan
masalah teknikal, kecepatan dan pengawalan kos pembinaan secara keseluruhan.
Penyediaan awalan, iaitu merekabentuk serta kerja-kerja pengurusan bagi
pengurusan bagi projek-projek besar yang sulit lagi kompleks adalah satu
tanggungjawab yang amat besar dan memakan masa yang agak lama. Menurut
Uzairi (1998), terdapat dua faktor yang menyebabkan konsep turnkey diketengahkan
iaitu:
43
(i) Keperluan dan permintaan serta desakan yang semakin menginkat terhadap
projek-projek yang sedia dalam perancangan daripada pihak-pihak tertentu
(ii) Kekurangan dari segi kepakaran teknikal serta sumber tenaga kerja
2.5 Kesimpulan
Dalam industri pembinaan, terdapat banyak jenis tender yang membolehkan
klien mendapat kontraktor yang layak untuk melaksanakan projek. Setiap tender
juga mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Klien boleh
memilih iaitu untuk mengemukakan pelawaan tender terhadap semua kontraktor
melalui tender terbuka atau hanya mengemukakan pelawaan terhadap kontraktor
yang dipilih melalui tender terpilih. Tender perundingan pula lebih menguntungkan
klien di mana terdapat perundingan secara terperinci antara klien dengan kontraktor
sebelum bermulanya peringkat rekabentuk dan segala keperluan dibincang bersama.
Tender prakelayakan pula biasanya diamalkan untuk mendapatkan kontraktor yang
mempunyai kemahiran tertentu sahaja. Walaupun begitu, keputusan untuk memilih
jenis tender yang ditawarkan bergantung juga kepada jenis, kos serta keperluan
projek tersebut. Lebih besar serta kompleks projek tersebut, lebih tinggi risiko yang
perlu ditanggung oleh klien.
Secara umumnya, prosedur dalam proses tender adalah boleh dikatakan tiada
bezanya di antara praktis JKR dan penguasa tempatan kerana kedua-dua Jabatan
masih mempraktikkan landasan yang digariskan di dalam Arahan Perbendaharaan
dan pemilihan tender yang berjaya perlu dirujuk kepada Lembaga Perolehan seperti
yang ditekankan di dalam Arahan Perbendaharaan.
BAB 3
PENILAIAN TENDER
3.1 Pengenalan
3.2 Kuasa Membuka Tender
3.3 Memproses Tender
3.4 Pemilihan Pentender yang Berjaya
the lowest evaluated
and acceptable tender
3.5 Prosedur Penilaian Tender Oleh JKR dan Penguasa Tempatan
balance sheet
Builder’s Work
Cut-off
nature of work
KERJA BANGUNAN KERJA KEJURUTERAAN AWAM
Peratus perbezaanharga tender pentender dan anggaran jabatan
Statusperbezaan
Peratus perbezaanharga tender pentender dan anggaran jabatan
Statusperbezaan
PENILAIAN TENDER
PERINGKAT PERTAMA- Penilaian Awal &
Pelarasan Harga Tender
MemenuhiSyarat
PERINGKAT KEDUA- Penilaian Keupayaan
Pentender
PERINGKAT KETIGA- Penentuan Tender Paling
Menguntungkan
Kesempurnaan Tender
Kecukupan Dokumen
Prestasi Kerja Lepas &Semasa Memuaskan
Keupayaan Kewangan
Pengalaman Kerja
Kakitangan Teknikal
Keempunyaan Loji /Peralatan Asas
Tender Yang PalingMenguntungkan
MemenuhiSyarat
Tidak MemenuhiSyarat
KONTRAKTORDITOLAK
KONTRAKTORMEMENANGI TENDER
Tidak MemenuhiSyarat
PELARASAN HARGATERENDAH & MUNASABAH
Harga TidakMunasabah
Harga Terendah& Munasabah
Kesempurnaan & KecukupanDokumen
Reputasi Kontraktor
Keupayaan KewanganKontraktor
Keupayaan TeknikalKontraktor
Pelarasan Harga sertaMemenuhi Syarat Asas
PERINGKAT 1
PERINGKAT 2
PERINGKAT 3
Rujuk Carta AlirProses 1
Rujuk Carta AlirProses 2
Rujuk Carta AlirProses 3
Rujuk Carta AlirProses 4
Rujuk Carta AlirProses 5
Pemilihan Tender PalingMenguntungkan
Borang Tender
1. Dokumen disempurnakan & ditandatangan2. Harga & tempoh siap tercatat
3. Halaman disah / diaudit
Salinan Penyata Bulanan Akaun Bankbagi 3 bulan terakhir
Borang Asas
Borang A = Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat dan KeesahanDokumen Yang Dikemukakan oleh Pentender
Borang B = Maklumat Am Latar Belakang PentenderBorang C = Data-data KewanganBorang CA = Laporan Bank/Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan
Kewangan PentenderBorang D = Rekod Pengalaman KerjaBorang E = Kakitangan TeknikalBorang F = Keempunyaan Loji dan Peralatan Pembinaan AsasBorang G = Senarai Kontrak Kerja SemasaBorang GA = Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Kerja Semasa
PentenderBorang GA I = Laporan Jurutera Projek Atas Prestasi Kerja Semasa
Pentender
Pelarasan Harga Tender
Pendaftaran dengan PKK / CIDB1. Masih sah2. Kelas kontraktor yang betul3. Taraf Bumiputera (jika disyaratkan)
Projek Dalam Tangan
Pengendalian Akaun Syarikat:
Modal Dalam Bentuk Aset Mudah Cairatau
Sumber Kewangan(Kemudahan kredit, Pinjaman overdraf,Unit amanah, Deposit tetap, Saham dan
Lain-lain)
Projek Lepas1. Saiz projek2. Nilai kerja (disiapkan & terbesar)3. Kerja-kerja serupa / sebanding
1. Rekod berkontrak dengan Jabatan2. Komitmen dalam projek lepas3. Prestasi projek lepas memuaskan4. Pendaftaran dengan PKK / CIDB5. Harga tender berbanding AJ6. Tempoh siap dari tempoh penengah7. Alasan kontraktor diterima / ditolak
Semak status kemajuankerja semasa
Semak kecukupanmodal minimum
Semak HargaCut-Off
Semak status kemajuankerja lepas
Rekod Projek Lepas
Harga terendah/ munasabah
3.5.1 Penggunaan dan Penetapan Harga Cut-off Berdasarkan Kaedah
Statistik Oleh JKR
Cut-off
3.5.1.1 Latar Belakang
Cut-off
3.5.1.2 Penetapan dan Pemakaian Harga Cut-off
Cut-off
Cut-off
Cut-off
Mean Standard Deviation
freak
Cut-off Cut-off
Design & Build, Turnkey
freak
3.5.1.3 Pengiraan Harga Cut-off
Cut-off
Cut-off Mean Stdev
Mean
NX
Stdev Standard Deviation
NXXN
Coefficient of Variation
MeanStdev
3.5.1.4 Semakan Harga Freak
freak
freak
Mean Stdev Z-score
Mean Stdev Z-score
3.5.1.5 Had Rendah dan Had Tinggi
Cut-off
Mean
Mean
Builder’s Work
3.5.1.6 Pengecualian Pengiraan Harga Cut-off
Cut-off
freak
3.5.1.7 Tender yang Layak Dipertimbangkan
Cut-off
Cut-off
Cut-off
Cut-off
3.5.1.8 Panduan Penilaian Tender-tender Kerja
Cut-off
3.6 Faktor-faktor Pemilihan Kontraktor
3.6.1 Kajian Kes : Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Jabatan Kerja Raya
Negeri Johor
nature of work
FAKTOR-FAKTORPEMILIHAN
KONTRAKTOR
KELAYAKANTEKNIKAL
PENGALAMAN &REPUTASI
NoW bagi PL
Prestasi PL memuaskan
Pernah mempunyaiprojek sakit
Mempunyai projek dlm.tgn.
Kontraktor A
Kontraktor C
Kontraktor B
MATLAMAT KRITERIA SUB-KRITERIA ALTERNATIF
Saiz projek bagi PL
AKM kakitangan teknikal
Nilai kerja bagi PL
KEUPAYAANKEWANGAN
Pengendalian akaunaktif
Modal dlm. btk. LA
Kemudahan kredit
Pinjaman overdraf
Unit amanah
Deposit tetap
Saham
Kecukupan modalminimum
Lain-lain sumberkewangan
FAKTOR-FAKTORPEMILIHAN
KONTRAKTOR
Borang A
Borang B
KESEMPURNAAN& KECUKUPAN
DOKUMEN
Salinan Perakuan siapkerja
Salinan PenyataCaruman KWSP
Salinan sijil kelayakankakitangan
Salinan PenyataBulanan Akaun Bank
Salinan Perakuanbayaran interim akhir
Halaman disah / diaudit
Dokumen disempurna &ditandatangan
Harga & tempoh tercatat
Borang C
Borang CA
Borang GA
Borang G
Borang F
Borang E
Borang D
Borang GA I
Kontraktor A
Kontraktor C
Kontraktor B
MATLAMAT KRITERIA SUB-KRITERIA ALTERNATIF
Pemilihan HTT
Pemilihan HPMHTT &
MUNASABAH
PENDAFTARANPKK / CIDB
Masih sah pada tarikhtutup tender
Kelas kontraktor yangbetul
Taraf Bumiputera
Petunjuk:HTT = Harga tawaran terendahHPM = Harga paling munasabahPKK = Pusat Khidmat KontraktorCIDB = Construction Industry Development BoardPL = Projek lepasNoW = Nature of workAKM = Anggaran Keperluan MinimaLA = Liquidity assetBorang A = Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat
dan Keesahan Dokumen Yang Dikemukakan oleh Pentender
Borang B = Maklumat Am Latar Belakang Pentender
Borang C = Data-data KewanganBorang CA = Laporan Bank/Institusi Kewangan
Mengenai Kedudukan Kewangan Pentender
Borang D = Rekod Pengalaman KerjaBorang E = Kakitangan TeknikalBorang F = Keempunyaan Loji dan Peralatan
Pembinaan AsasBorang G = Senarai Kontrak Kerja SemasaBorang GA = Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi
Kerja semasa PentenderBorang GA I = Laporan Jurutera Projek Atas Prestasi
Kerja Semasa Pentender
3.6.2 Rangkakerja Bagi Penilaian Tender Kontraktor Binaan (Sumber :
Alsugair, A. M., 1999)
Faktor PenilaianTender
Penilaiankewangan
Penyerahantawaranalternatif
Organisasikontraktor
Pengalamandan reputasikontraktor
Kesempurnaandan kecukupan
dokumentender
Kelayakankontraktor
LokasiProjek
Persefahamantender
1. tawaran terendah2. tender tidak berbaki3. kesalahan pengiraan4. rizab kewangan
1. projek berasingan2. kualiti yang lebih baik3. cara yang lebih ekonomi4. tempoh lebih pendek dengan bayaran5. tempoh lebih pendek tanpa bayaran6. tawaran lebih murah dengan bayaran
1. klasifikasi2. modal kontraktor3. komitmen berterusan4. kerjasama dalam
penyelesaian masalah5. melaksanakan item tambahan
secara percuma
1. bond diperlukan2. keupayaan kewangan3. kekurangan tawaran kontrak4. halaman tidak disahkan
1. keupayaan untuk menyiapkan2. melengahkan tugas3. subkontraktor yang tidak layak4. buruh tempatan5. teknikal terkini6. rizab teknikal
1. keadaan tapak2. lokasi tapak
1. kesedaran tender2. menerangkan keraguan item3. respon terhadap keraguan4. perolehan klasifikasi informasi
SyarikatAsing
1. menghormati peraturan2. rutin kerajaan
standard range
3.6.3 Menilai Data Kontraktor Prakelayakan : Pemilihan Kriteria dan Faktor
Kejayaan Projek (Sumber : Hatush, Z., 1997)
Kriteria DenganNilai jangkaanPaling Besar
Kriteria DenganNilai jangkaanPaling Rendah
Masa KualitiKos
Masa KualitiKos
1. Kegagalan lepas2. Pengurusan pekerja3. Status kewangan4. Penyusunan perbankan5. Keupayaan6. Pengurusan maklumat7. Organisasi pengurusan projek8. Pengalaman9. Hubungan lain10. Rekod lepas
1. Kegagalan lepas2. Status kewangan3. Kadar kredit4. Pengalaman5. Kestabilan kewangan6. Keupayaan7. Penyusunan perbankan8. Pengurusan pekerja9. Hubungan lain10. Hubungan klien/kontraktor
1. Kegagalan lepas2. Status kewangan3. Pekerja teknikal4. Keupayaan5. Rekod lepas6. Pengurusan maklumat7. Pengurusan pekerja8. Organisasi pengurusan projek9. Pengalaman10. Kestabilan kewangan
1. Pengurusan perakaunan keselamatan
2. Kadar pengubahsuaian pengalaman
3. Tempoh masa dalam industri4. Rekod keselamatan5. Kadar insiden OSHA6. Hubungan klien/kontraktor7. Kadar kredit8. Kestabilan kewangan9. Pekerja teknikal10. Loji dan peralatan
1. Pengurusan perakaunan keselamatan
2. Kadar insiden OSHA3. Tempoh masa dalam industri4. Rekod keselamatan5. Kadar pengubahsuaian
pengalaman6. Loji dan peralatan7. Pengurusan maklumat8. Pekerja teknikal9. Rekod lepas10. Organisasi pengurusan
projek
1. Pengurusan perakaunan keselamatan
2. Rekod keselamatan3. Kadar insiden OSHA4. Kadar pengubahsuaian pengalaman
5. Loji dan peralatan6. Hubungan klien/kontraktor7. Tempoh masa dalam industri8. Kadar kredit9. Penyusunan perbankan10. Hubungan lain
KriteriaPemilihanKontraktor
3.7 Lembaga Tender
3.7.1 Perlantikan Ahli Lembaga Perolehan
3.7.1.1 Perlantikan Ahli Lembaga Perolehan (AP. 192.1)
3.7.1.2 Keahlian Lembaga Perolehan Persekutuan (AP. 192.2)
3.7.1.3 Keahlian Lembaga Perolehan Persekutuan Di peringkat Negeri (AP.
192.3)
3.7.1.4 Keahlian Lembaga Perolehan Negeri (AP. 192.4)
3.7.1.5 Keahlian Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Bahagian – Bagi
Negeri Sarawak (AP. 192.5)
3.7.1.6 Wakil Jemputan (AP. 192.6)
3.7.2 Bidang Kuasa Lembaga Perolehan
3.7.2.1 Lembaga Perolehan Kementerian / Jabatan
3.7.2.2 Lembaga Perolehan Badan-badan Berkanun
3.7.2.3 Tender Perbadanan Awam Bukan Kewangan dan Syarikat Kerajaan
3.7.2.4 Agensi Yang Tidak Mempunyai Lembaga Perolehan
Fungsi analisismultivariasi variansiaitu nilai Vibersandar terhadappenandaan Gj
Gj Vi
Vi Gj
Vi
Gj
nnoi VCVCVCCZ
4.4 Kesimpulan
BAB 5
METODOLOGI KAJIAN
5.1 Pengenalan
Fasa janaan idea
Fasa pendefinisian masalah
Fasa rekabentuk prosedur
Fasa pemerhatian
Fasa analisis data
Fasa interpretasi
Fasa komunikasi
5.2 Metodologi Projek
5.2.1 Pengenalan
5.2.2 Pendekatan Metodologi
5.2.2.1 Prototaip Evolusi
5.2.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi
5.3 Perancangan Projek
LiteratureReview
F1
Factors ofTender
Evaluation
F4
F3
F2F
Interview theExpertsF’Questionnaire
Distribute to All Respondent
Analysis ofResultsFeedback
NeedRefinementof Result?
Yes
No
RapidPrototyping
TestingImprovement
Needed?
Refinementof System
Yes
No
Contractors TenderEvaluation System
KnowledgeAcquisition
Phase
ModellingPhase
EvaluationPhase
DisseminationPhase
5.4 Perolehan Maklumat (KA)
Analisis teks
Analisis Temubual
Analisis Kelakuan
5.4.1 Tinjauan Soalselidik
5.4.2 Masalah Berkaitan Dengan KA
5.5 Decision Support System (DSS)
5.5.1 Konsep DSS
5.6 Analytic Hierarchy Process (AHP)
5.6.1 Prinsip AHP
5.6.1.1 Penghuraian
5.6.1.2 Prosedur Pengutamaan
Intensiti
KepentinganDefinisi Huraian
5.6.1.3 Sintesis Keputusan
5.6.1.4 Pengukuran Ketidakkonsistenan dalam Justifikasi Membuat Keputusan
Saiz
Matriks
Indeks
Rawak
5.7 Konsep Pangkalan Data
5.8 Pembangunan Sistem
6.8.1 Pembangunan Pangkalan Data
5.8.1.1 Unsur Dalam Pangkalan Data
Jadual
Queries
Borang
Laporan
Makro
Modul
5.8.1.2 Penstrukturan Pangkalan Data
5.8.1.3 Rekabentuk Pangkalan Data
5.8.1.4 Mewujudkan Data Bagi Jadual
5.8.1.5 Membentuk Perhubungan Antara Jadual
5.8.2 Antaramuka sistem
6.8.2.1 Unsur Dalam Pengaturcaraan VB
5.8.2.2 Paradigma Pembangunan Aturcara
5.8.2.3 Pembangunan Aturcara
5.8.3 Model Membuat Keputusan
5.9 Kesimpulan
BAB 6
ANALISIS DATA SOALSELIDIK
6.1 Pengenalan
Kajian in menggunakan kaedah tinjauan soalselidik sebagai salah satu kaedah
mendapatkan maklumat bagi mendapatkan maklumat daripada mereka yang
berpengalaman bagi memenuhi salah satu objektif yang diutarakan iaitu
mengenalpasti kriteria / faktor yang mempengaruhi di dalam pemilihan kontraktor
binaan bagi projek-projek kerajaan. Salah satu ciri soalselidik ini ialah soalan-soalan
umum bagi temubual tidak berstruktur dilaksanakan terlebih dahulu dikenali sebagai
pilot study sebelum peringkat temubual seterusnya iaitu temubual semi-struktur serta
temubual berstruktur dijalankan ke atas responden. Keputusan daripada soalselidik
adalah bersandarkan kepada gabungan pengalaman dan kebijaksanaan sepenuhnya
dan dipertimbangkan sangat penting dan berharga di dalam mempengaruhi hasil
kajian.
178
6.2 Analisa Soalselidik
Data yang diperolehi hasil daripada tinjauan soalselidik dianalisa dan
disesuaikan dengan kaedah statistik. Ini bertujuan bagi menyokong kajian literatur
yang telah dibuat dan menyokong aspek teori yang diperolehi dari sumber-sumber
rujukan sebelum ini.
Soalselidik yang disediakan telah disebarkan kepada beberapa responden
yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Kejuruteraan dari enam penguasa
tempatan utama di Johor iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran
Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis
Perbandaran Batu Pahat dan Majlis Perbandaran Muar. Setiap penguasa tempatan
dibekalkan dengan tiga salinan soalselidik. Daripada 18 salinan yang sepatutnya
dipulangkan, hanya 16 salinan sahaja responden yang telah mengisi dan
memulangkan soalselidik yang telah disebarkan. Soalselidik terbahagi kepada tiga
bahagian utama yang perlu diisi oleh responden iaitu latarbelakang responden,
faktor-faktor pemilihan kontraktor binaan serta juga komen terhadap proses penilaian
tender bagi kontraktor binaan (rujuk Lampiran A). Secara umumnya, respon yang
didapati adalah baik dan lengkap.
6.2.1 Pengalaman Responden
Jadual 6.1 menunjukkan frekuensi pengalaman yang dimiliki oleh responden
dalam industri pembinaan serta juga dalam penilaian tender. Jadual ini menjelaskan
bahawa responden mempunyai pengalaman yang berbeza-beza mengikut tahun.
179
Jadual 6.1 : Hasil analisis frekuensi dan peratus bagi pengalaman responden
Industri Pembinaan Penilaian Tender Pengalaman
Frekuensi Peratus (%) Frekuensi Peratus (%)
< 2 tahun 5 31 6 37
2 – 3 tahun 1 6 3 19
4 – 5 tahun 0 0 1 6
6 – 7 tahun 2 13 2 13
> 8 tahun 8 50 4 25
16 100 16 100
Responden yang mempunyai pengalaman kurang daripada 2 tahun di dalam
industri pembinaan dan juga di dalam penilaian tender adalah masing-masing 5
responden (31%) dan 6 responden (37%). Bagi responden yang mempunyai
pengalaman dari 2 sehingga 3 tahun pula di dalam industri pembinaan adalah terdiri
daripada hanya seorang (6%) responden manakala yang berpengalaman di dalam
penilaian tender hanyalah 3 orang (19%).
Pengalaman di dalam industri pembinaan
> 8 tahun50%
< 2 tahun31%
2-3 tahun6% 4-5 tahun
0% 6-7 tahun13%
Pengalaman di dalam penilaian tender
> 8 tahun25%
6-7 tahun13%
4-5 tahun6%
2-3 tahun19%
< 2 tahun37%
Rajah 6.1 : Perwakilan grafikal pengalaman responden di dalam industri pembinaan
dan penilaian tender
Merujuk kepada Jadual 6.1 serta Rajah 6.1, daripada soal selidik didapati
tiada seorang pun di antara responden yang mempunyai pengalaman 4 hingga 5
tahun di dalam industri pembinaan, manakala bagi yang berpengalaman di dalam
penilaian tender adalah terdiri daripada seorang sahaja (6%). 2 orang (13%) daripada
180
16 orang responden mempunyai pengalaman di dalam industri pembinaan serta juga
penilaian tender. Daripada 8 orang (50%) responden yang berpengalaman di dalam
industri pembinaan lebih daripada 8 tahun, hanya 4 orang (25%) yang mempunyai
pengalaman di dalam penilaian tender.
Jadual 6.2 pula menunjukkan frekuensi jawatan yang dipegang oleh
responden dalam jabatan. Jadual ini menjelaskan bahawa responden-responden
menjawat empat jawatan utama yang berbeza-beza iaitu pembantu tadbir, pembantu
teknik, juruteknik serta jurutera.
Jadual 6.2 : Hasil analisis frekuensi dan peratus bagi jawatan responden
Jawatan Frekuensi Peratus (%)
Pembantu tadbir 1 6
Pembantu teknik 9 56
Juruteknik 4 25
Jurutera 2 13
16 100
Merujuk kepada jadual serta juga perwakilan grafikal, didapati responden
yang memegang jawatan pembantu teknik merupakan menyumbang terbesar
terhadap respon soalselidik iaitu sebanyak 9 orang (56%) daripada 16 orang
keseluruhannya. Jumlah ini melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan
responden. Juruteknik terdiri daripada 4 orang (25%) responden manakala jurutera
pula adalah sebanyak 2 orang (13%). seorang (6%) pembantu tadbir merupakan
penyumbang terkecil di dalam respon soalselidik yang telah disebarkan.
181
Jawatan responden
Juruteknik25%
Pembantu Teknik56%
Jurutera13%
Pembantu Tadbir6%
Rajah 6.2 : Perwakilan grafikal jawatan responden di dalam jabatan
Faktor pengalaman serta jawatan yang disandang oleh responden sebenarnya
banyak mempengaruhi ketepatan dan kepersisan terhadap faktor / kriteria pemilihan
kontraktor binaan konvensional seperti yang dikehendaki. Menurut Encik Shamsul
Ariff dari Jabatan Ukur Bahan JKR Johor, responden boleh dipertimbangkan sebagai
benar-benar berpengalaman sekiranya mereka terlibat secara langsung dengan
penilaian tender selama lebih kurang 5 tahun. Daripada respon soalselidik yang
diterima, terdapat kurang separuh responden terdiri daripada yang berpengalaman
lebih 5 tahun di dalam penilaian tender iaitu sebanyak 7 orang (44%).
Menurut beliau lagi, seseorang jurutera pula boleh dipertimbangkan sebagai
berpengalaman dari segi pengalaman fizikal dan teori dan lebih bersedia di dalam
memberi respon yang baik dalam sesi soalselidik. Daripada respon soalselidik yang
diterima, hanya 2 orang (13%) responden sahaja yang terdiri daripada jurutera. Baki
14 orang (87%) responden pula terdiri daripada responden yang menjawat jawatan
sebagai juruteknik, pembantu teknik serta pembantu tadbir.
Umumnya, berasaskan analisa frekuensi serta peratusan yang diterima
berdasarkan kepada pengalaman serta jawatan responden boleh dipertimbangkan
baik kerana ia seimbang di antara satu sama lain. Pengalamana serta jawatan
kadangkala hanyalah sebagai suatu indikator terhadap menilai keupayaan seseorang
dari segi teknikal dan teoritikal. Namun apa yang penting merupakan keupayaan
182
seseorang responden memahami kriteria / faktor yang dikehendaki dan penting di
dalam membuat penilaian tender kerajaan berdasarkan kepada pengulangan penilaian
demi penilaian yang dibuat selama terlibat di dalam proses penilaian tender di dalam
jabatan.
6.2.2 Analisa Faktor Pemilihan Kontraktor
Tujuan utama dalam melakukan analisis ini adalah bagi mengenalpasti faktor-
faktor yang berpengaruh di dalam pemilihan kontraktor binaan bagi tender kerajaan.
Kaedah pengumpulan data dengan skala ordinal telah digunakan bagi menerbitkan
faktor yang paling berpengaruh dan terpenting. Selain itu, kaedah indeks relatif juga
digunakan bagi menganalisa dan menentukan rank sesuatu faktor yang telah dipra-
tentukan terlebih dahulu.
Pembangunan borang soalselidik sendiri mengambil masa yang agak lama
untuk disiapkan kerana melalui beberapa fasa yang perlu dijalankan iaitu
pembangunannya adalah perlu sentiasa dipantau dan diperiksa oleh pakar yang
berpengalaman yang pernah terlibat secara langsung dalam penilaian tender kerajaan.
Maklumat yang diperolehi daripada kajian literatur yang dijalankan telah
memberikan satu garis panduan serta formula dalam melaksanakan kajian.
Nilai frekuensi / indeks menjelaskan jarak ordinal yang digambarkan oleh
sesuatu faktor yang telah ditentukan. Nilai ini perlu ditentukan oleh responden
dengan menggunakan skala 5 nilai bagi mewakili intensiti kepentingan iaitu seperti
yang ditunjukkan di dalam jadual 6.3.
183
Jadual 6.3 : Nilai indeks dan intensiti kepentingannya
Indeks Intensiti Kepentingan1 Faktor sangat tidak setuju / sangat tidak penting / sangat tidak perlu2 Faktor tidak setuju / tidak penting / tidak perlu3 Faktor kurang setuju / kurang penting / kurang perlu4 Faktor setuju / penting / perlu5 Faktor sangat setuju / sangat penting / sangat perlu
Nilai indeks 5 digunakan apabila bukti memihak kepada suatu faktor
merupakan kemungkinan yang paling tinggi dalam susunan pengesahan. Bagi suatu
aktiviti dengan jelas berpihak dan dominannya dibuktikan dalam praktis ditandakan
sebagai nilai indeks 4. Bagi nilai frekuensi 3 pula ditandakan apabila pengalaman
dan justifikasi dengan jelas memihak kepada faktor tetapi tiada bukti tentang
kepentingannya. Nilai frekuensi 2 digunakan apabila pengalaman dan justifikasi
dengan kurang jelas memihak kepada faktor yang dinyatakan manakala nilai indeks 1
pula menggambarkan suatu faktor yang dengan jelas dan berdasarkan justifikasi
beserta bukti menyumbang kepada kenyataan ketidakpentingannya yang tidak boleh
disangkal dan ditolak oleh sesiapa.
Dalam tinjauan borang soalselidik, responden telah memberikan
maklumbalas yang memberangsangkan dan positif. Data yang telah diperolehi
daripada responden daripada borang soal selidik telah dianalisa menggunakan kaedah
indeks purata serta juga indeks relatif.
Setiap responden mempunyai pandangan serta persepsi yang hampir sama
dalam menentukan faktor pemilihan kontraktor bersandarkan kepada pengalaman
masing-masing di dalam menilai tender kerajaan. Maklumbalas responden terhadap
kriteria utama di dalam pemilihan kontraktor diringkaskan di dalam Jadual 6.4 di
sebelah:
184
Jadual 6.4 : Hasil analisis indeks dan peratus bagi kriteria utama pemilihan
kontraktor
Kriteria utama pemilihan kontraktor
Inde
ks p
urat
a
Inde
ks r
elat
if
Per
atus
Ran
k
Kesempurnaan dan kecukupan dokumen tender 4.94 0.988 17.71 2Pendaftaran dengan PKK / CIDB 5.00 1.000 17.94 1Reputasi kontraktor 4.50 0.900 16.14 5Pelarasan harga terendah dan munasabah 4.25 0.850 15.25 6Keupayaan kewangan kontraktor 4.56 0.913 16.37 4Kelayakan dan keupayaan teknikal kontraktor 4.63 0.925 16.59 3
Faktor utama pemilihan kontraktor daripada kajian literatur yang intensif
terdiri daripada 6 faktor. Indeks purata yang dianalisa menunjukkan kesemua faktor
yang ditentukan adalah di antara nilai 4 sehingga 5. Nilai indeks purata berkenaan
boleh diterima kerana nilainya adalah persis dan konsisten di antara responden-
responden yang telah memberi maklumbalas.
Kriteria utama pemilihan kontraktor
Kesempurnaandan kecukupan
dokumen tender,17.71%
Pendaftarandengan PKK /CIDB, 17.94%
Reputasikontraktor,
16.14%
Pelarasan hargaterendah danmunasabah,
15.25%
Keupayaankewangankontraktor,
16.37%
Kelayakan dankeupayaan
teknikalkontraktor,
16.59%
Rajah 6.3 : Kepentingan faktor pemilihan kontraktor mengikut peratus
Daripada analisa data yang telah dilakukan, kriteria yang paling penting di
dalam pemilihan kontraktor adalah pendaftaran kontraktor dengan Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dengan
185
17.94% daripada nilai indeks yang diberikan responden. Faktor ini adalah tepat
dikatakan sebagai kriteria utama pemilihan kerana tanpa pendaftaran yang sah dan
betul, kontraktor tidak akan berpeluang sama sekali di dalam menyertai tender
kerajaan.
Faktor kedua terpenting adalah faktor kesempurnaan dan kecukupan
dokumen tender. Faktor ini diwakili dengan peratusan sebanyak 17.71%. Dokumen
tender yang dianggap tidak lengkap dan tidak sempurna tidak akan diterima sama
sekali oleh penguasa tempatan melainkan ada situasi yang membenarkan mengikut
kes-kes tertentu.
Faktor kelayakan dan keupayaan teknikal kontraktor merupakan faktor ketiga
terpenting yang perlu dipertimbangkan semasa pemilihan kontraktor iaitu mewakili
16.59% nilai indeks yang dianalisa. Penguasa tempatan hanya akan memilih
kontraktor yang mempunyai kepakaran yang sesuai dengan kerja yang akan
dilaksanakan oleh kontraktor. Tenaga kerja yang mempunyai keupayaan dalam
bidang tertentu akan menjanjikan kualiti kerja yang baik dan berkualiti.
Faktor keempat adalah keupayaan kewangan kontraktor yang perlu
mempunyai nilai modal minimum yang diperlukan serta sebagaimana disyaratkan.
Faktor ini diwakili dengan peratusan sebanyak 16.37% daripada nilai indeks yang
diberikan respon oleh responden.
Faktor kelima terpenting di dalam pemilihan kontraktor adalah faktor reputasi
kontraktor iaitu perwakilan nilai indeks sebanyak 16.14%. Rekod kerja kontraktor
adalah berkaitan dengan prestasi kontraktor tidak kira sama ada kerja semasa ataupun
bagi projek lepas.
186
Faktor terakhir yang perlu dipertimbangkan di dalam pemilihan adalah
berkaitan dengan pelarasan harga terendah dan munasabah. Faktor ini diwakili
denagn nilai indeks sebanyak 15.25%. Harga taawaran ditentukan melalui
persaingan meletak harga dengan cara yang sihat sebagai sebahagian daripada proses
memilih kontraktor binaan atau boleh juga dipersetujui melalui perundingan dengan
kontraktor yang terpilih. Harga terendah belum tentu dapat memenangi sesuatu
tender.
Jadual 6.5 di bawah menunjukkan sub-faktor bagi faktor kesempurnaan dan
kecukupan dokumen tender yang secara umumnya ditandakan skala indeks nilai
antara 4 sehingga 5 mata.
Jadual 6.5 : Hasil analisis indeks dan peratus bagi sub-kriteria kesempurnaan borang
tender
Kesempurnaan borang tender
Inde
ks p
urat
a
Inde
ks r
elat
if
Per
atus
Ran
kDokumen disempurnakan dan ditandatangani 4.94 0.988 35.11 1Harga dan tempoh siap tercatat 4.88 0.975 34.67 2Halaman disah / diaudit 4.25 0.850 30.22 3
Faktor kesempurnaan dokumen dan ditandatangani merupakan faktor yang
dianggap kritikal oleh responden. Kebanyakan responden menyatakan bahawa
faktor ini sangat penting dan sangat perlu. Ini adalah kerana dokumen yang tidak
lengkap ditandatangani serta tidak disempurnakan mana-mana bahagian yang kritikal
akan secara automatik ditolak oleh jabatan.
187
Faktor kedua terpenting adalah harga dan tempoh siap perlulah tercatat di
dalam dokumen tender. Kebanyakan responden juga menyatakan bahawa faktor ini
merupakan faktor yang sangat penting untuk dipenuhi. Faktor terakhir yang
dianggap penting adalah halaman perlulah disahkan serta diaudit. Contohnya audit
data-data kewangan kontraktor supaya dapat dibuktikan kesahihan segala dokumen
yang disertakan.
Kesempurnaan borang tender
Halaman disah /diaudit, 30.22%
Harga dantempoh siap
tercatat, 34.67%
Dokumendisempurnakan
danditandatangani,
35.11%
Rajah 6.4 : Kepentingan faktor kesempurnaan dokumen mengikut peratus
Rajah 6.4 di atas menunjukkan kepentingan kesempurnaan borang tender
mengikut peratusan. Hasil daripada analisis didapati peratusan kepentingan faktor
dokumen disempurnakan dan ditandatangani adalah sebanyak 35.11%. Ini diikuti
dengan faktor harga dan tempoh siap yang tercatat dengan peratusan 34.67% dan
halaman disah atau diaudit dengan peratusan sebanyak 30.22%.
Sebelum sesuatu penilaian terperinci dijalankan, maklumat-maklumat semasa
pentender yang berkenaan dengan kedudukan kewangan, pengalaman kerja,
kakitangan teknikal, keempunyaan loji / peralatan asas dan prestasi kerja perlu
dilengkapkan. Ia boleh diperolehi daripada pentender di mana borang-borang asas
disertakan dan perlu diisi oleh setiap pentender semasa mereka mengemukakan
tender masing-masing.
188
Borang asas yang disertakan perlulah dilengkapkan sekiranya jabatan
memerlukan atau dinyatakan kekritikalan borang-borang berkenaan. Biasanya
borang-borang asas dilampirkan bersama dokumen tender. Jadual 6.6 di bawah
menunjukkan hasil analisis terhadap kepentingan setiap borang asas yang disertakan.
Kebanyakan nilai indeks purata yang telah didapati adalah di antara nilai 4 sehingga
5.
Jadual 6.6 : Hasil analisis indeks dan peratus bagi sub-kriteria kecukupan borang asas
Kecukupan borang asas
Inde
ks p
urat
a
Inde
ks r
elat
if
Per
atus
Ran
k
Borang A - Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat dan Keesahan Dokumen yang Dikemukakan Pentender 4.69 0.938 10.58
4
Borang B - Maklumat Am Latar Belakang Pentender 4.81 0.963 10.86 1Borang C - Data-data Kewangan 4.80 0.960 10.16 2Borang CA - Laporan Bank/Institusi Kewangan MengenaiKedudukan Kewangan Pentender 4.75 0.950 10.72
3
Borang D - Rekod Pengalaman Kerja 4.81 0.963 10.86 1Borang E - Kakitangan Teknikal 4.56 0.913 10.30 5Borang F- Keempunyaan Loji dan Peralatan Pembinaan Asas 4.19 0.838 9.45 9Borang G - Senarai Kontrak Kerja Semasa 4.27 0.853 9.03 7Borang GA - Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Kerja Semasa Pentender 4.33 0.867 9.17
6
Borang GA I - Laporan Jurutera Projek Atas Prestasi Kerja Semasa Pentender 4.20 0.840 8.89
8
Borang B yang perlu dilengkapi dengan maklumat latarbelakang pentender
seperti nama dan alamat pentender, ahli-ahli Lembaga Pengarah dan ahli-ahli
pengurusan serta juga maklumat pendaftaran dengan PKK, modal dibenarkan
dipertimbangkan sebagai borang yang paling penting untuk dilengkapkan iaitu
mewakili kepentingan 10.86% kepentingan daripada kesemua borang yang
diperlukan di samping juga Borang D yang mana pentender perlu menyenaraikan
kerja-kerja dan semua data bagi projek yang disiapkan dalam tempoh lima tahun
lepas. Antara maklumat penting yang diperlukan di dalam borang ini adalah nama
proejk dan skop kerja, nama dan alamat klien, tarikh milik tapak, nilai kontrak, nama
dan alamat pegawai penguasa / jurutera perunding, tempoh kontrak dan juga tarikh
189
siap projek. Rajah 6.5 di bawah menunjukkan carta pai yang menunjukkan peratusan
kepentingan borang-borang maklumat melalui perwakilan grafikal.
Kecukupan borang asas
Borang GA I,8.89%Borang GA,
9.17%
Borang G, 9.03%
Borang F, 9.45%
Borang E,10.30%
Borang D,10.86%
Borang CA,10.72%
Borang C,10.16%
Borang B,10.86%
Borang A,10.58%
Rajah 6.5 : Kepentingan faktor kecukupan borang mengikut peratus
Borang yang kedua dan ketiga terpenting adalah Borang C dan Borang CA di
mana ia masing-masing diwakili dengan kepentingan 10.16% dan 10.72% daripada
kesemua borang yang terlibat. Borang ini mengkehendaki pentender menyatakan
kedudukan kewangan semasa mereka iaitu seperti akaun tunai dalam tangan,
ringkasan asset dan laibiliti seperti yang dilanjutkan dalam Balance Sheet yang
telahpun diaudit bagi tahun kewangan terakhir dan juga kemudahan kredit sama ada
dalam bentuk overdraf atau pinjaman tetap yang layak diperolehi bagi projek yang
dilaksanakan. Borang A yang diwakili dengan kepentingan 10.58% menghendaki
pentender menyediakan surat akuan bagi mengakui kebenaran setiap dokumen yang
disempurnakan serta juga membenarkan sebarang penyemakan dijalankan bagi
mengetahui kesahihan maklumat tersebut dengan jabatan, badan berkanun dan
institusi kewangan yang berkaitan.
Seterusnya diikuti dengan Borang E iaitu sebanyak 10.58% di mana ia
memerlukan pentender mengisi data peribadi kakitangan teknikal, jawatan
disandang, tarikh mula berkhidmat dan juga pengalaman kakitangan. Seterusnya ini
diikuti dengan Borang GA, G dan GA I yang memerlukan pentender mengisi
maklumat seperti nama, nilai dan tempoh kotrak, nama dan alamat klien, tarikh milik
190
tapak, tarikh siap kontrak dan sebagainya. Borang terakhir yang penting adalah
Borang F iaitu keempunyaan loji / peralatan pembinaan asas. data-data yang
diperlukan di dalam borang ini adalah seperti bilangan loji / peralatan asas, taraf loji
sama ada dibeli ataupun disewa, jenis-jenis loji dan juga keupayaan loji / peratan
asas.
Bagi memastikan kesahihannya, borang asas serta maklumat yang disertakan
daripada pentender perlu disokong dengan dokumen-dokumen sokong. Jadual 6.7
menunjukkan salinan dokumen yang perlu disertakan mengikut kepentingannya.
Jadual 6.7 : Hasil analisis indeks dan peratus bagi sub-kriteria kecukupan salinan
dokumen
Kecukupan salinan dokumen
Inde
ks p
urat
a
Inde
ks r
elat
if
Per
atus
Ran
k
Salinan penyata bulanan akaun bank bagi tiga bulanterakhir 4.50 0.900 21.30 1Salinan perakuan siap kerja 4.31 0.863 20.41 2Salinan penyata caruman KWSP 4.06 0.813 19.23 5Salinan sijil kelayakan kakitangan 4.27 0.853 18.93 3Salinan perakuan bayaran interim terakhir 4.25 0.850 20.12 4
Secara umumnya, respon indeks purata yang diterima adalah 4. Salinan
dokumen yang dianggap paling penting adalah penyata bulanan akaun bank bagi tiga
bulan terakhir. Salinan dokumen kedua terpenting adalah perakuan siap kerja dan
seterusnya adalah salinan sijil kelayakan kakitangan. Salinan dokumen yang penting
berikutnya adalah diikuti dengan salinan perakuan bayaran interim terakhir dan
salinan penyata caruman KWSP.
191
Kecukupan salinan dokumen
Salinan penyatabulanan akaunbank bagi tigabulan terakhir,
21.30%
Salinan perakuansiap kerja,
20.41%Salinan penyatacaruman KWSP,
19.23%
Salinan sijilkelayakan
kakitangan,18.93%
Salinan perakuanbayaran interimterakhir, 20.12%
Rajah 6.6 : Kepentingan faktor kecukupan salinan dokumen mengikut peratus
Jika diteliti nilai indeks relatif dan peratus, rank yang dinyatakan adalah tidak
selari dengan nilai-nilai berkenaan. Ini adalah kerana ada sesetengah jawapan yang
tidak mendapat respon daripada responden serta tidak diisi dengan lengkap. Ini
menyebabkan jumlah nilai indeks menjadi kurang. Oleh itu, apabila ingin membuat
rank, nilai indeks relatif diambil kira kerana nilai berkenaan telahpun mengambil kira
indeks yang tidak diisi dengan lengkap. Nilai purata pula hanya mengambil kira
purata daripada keseluruhan faktor yang dinyatakan tanpa mengambilkira
kekurangan data indeks di dalam satu-satu sub-faktor.
Merujuk kepada Jadual 6.8, umunmya indeks purata yang diterima daripada
responden adalah 5.
Jadual 6.8 : Hasil analisis indeks dan peratus bagi sub-kriteria pendaftaran dengan
PKK / CIDB
Pendaftaran dengan PKK / CIDB
Inde
ks p
urat
a
Inde
ks r
elat
if
Per
atus
Ran
k
Pendaftaran masih sah pada tarikh tutup tender 5.00 1.000 33.76 1Kelas kontraktor yang betul 5.00 1.000 33.76 1Taraf Bumiputera 4.81 0.963 32.49 2
192
Faktor pendaftaran dengan PKK / CIDB menyatakan tiga sub-faktor yang
utama dan kritikal iaitu pendaftaran yang masih sah pada tarikh tutup tender, kelas
kontraktor yang betul serta juga mempunyai taraf Bumiputera. Rajah 6.7
menunjukkan perwakilan grafikal bagi peratusan mengikut kepentingan bagi faktor
yang dinyatakan.
Pendaftaran dengan PKK / CIDB
Pendaftaranmasih sah pada
tarikh tutuptender, 33.76%
Kelas kontraktoryang betul,
33.76%
TarafBumiputera,
32.49%
Rajah 6.7 : Kepentingan faktor pendaftaran dengan PKK /CIDB mengikut peratus
Berdasarkan analisis daripada tinjauan soalselidik yang dibuat, didapati
bahawa sub-faktor pendaftaran yang masih sah pada tarikh tutup tender dan kelas
kontraktor yang betul sangat penting dalam pemilihan kontraktor. Ini dibuktikan
apabila kesemua responden memberi mata nilai 5 kepada dua faktor berkenaan.
Manakala faktor taraf seseorang kontraktor dinyatakan sebagai kurang penting. Ini
adalah kerana bukan semua projek-projek kerajaan yang memerlukan kontraktor
mempunyai taraf Bumiputera kerana ada juga sesetengah projek yang memerlukan
kepakaran luar yang mana kepakaran tempatan sukar didapati di dalam negara.
Merujuk kepada Jadual 6.9 di bawah menunjukkan hasil analisis daripada
tinjauan solaselidik yang telah dibuat berasaskan faktor repuatsi kontraktor
berdasarkan rekod projek. Satus kemajuan projek semasa lebih dititikberat oleh
responden di mana lebih daripada 50% responden bersetuju dengan kenyataan
bahawa pemantauan terhadap rekod projek semasa lebih penting daripada rekod
projek lepas. Indikator / parameter ini mungkin disebabkan oleh persepsi bahawa
193
rekod projek semasa lebih menunjukkan prestasi semasa kontraktor daripada rekod
projek lepas yang tidak dapat menggambarkan prestasi sebenar semasa kontraktor.
Jadual 6.9 : Hasil analisis indeks dan peratus bagi sub-kriteria reputasi kontraktor
berdasarkan rekod projek
Reputasi kontraktor berdasarkanrekod projek
Inde
ks p
urat
a
Inde
ks r
elat
if
Per
atus
Ran
k
Status kemajuan projek semasa 4.44 0.888 50.35 1Status kemajuan projek lepas 4.38 0.875 49.65 2
Jadual 6.10 menunjukkan analisis indeks purata serta indeks relatif dan
peratus bagi faktor pelarasan harga terendah dan munasabah. Pemilihan harga tender
paling munasabah merupakan kriteria terpenting yang dipertimbangkan oleh
responden iaitu kepentingan sebanyak 57.85% berbanding hanya 42.15% bagi
kriteria pemilihan berdasarkan harga terendah. Tidak dapat dinafikan bahawa
kebanyakan tender kerajaan mempertimbangkan harga tender terendah tetapi bagi
sesetengah kes harga yang paling rendah mungkin tidak munasabah untuk diterima
kerana mungkin akan memberi kesan kepada kualiti pembinaan yang akan dibina
kelak.
Jadual 6.10 : Hasil analisis indeks dan peratus bagi sub-kriteria pelarasan harga
terendah dan munasabah
Pelarasan harga terendahdan munasabah
Inde
ks p
urat
a
Inde
ks r
elat
if
Per
atus
Ran
k
Pemilihan berdasarkan harga terendah 3.19 0.638 42.15 2Pemilihan harga paling munasabah 4.38 0.875 57.85 1
194
Keupayaan kewangan kontraktor amat dititikberat oleh jabatan dalam
menawarkan sebarang tender kepada satu-satu kontraktor yang berkenaan. Jadual
6.11 menunjukkan hasil analisis bagi faktor keupayaan kewangan kontraktor. Di
dalam konteks ini, faktor kontraktor mempunyai sumber kewangan dalam bentuk
kemudahan kredit (nilai baki / tambahan), pinjaman overdraf, unit amanah, deposit
tetap, saham dan lain-lain lebih diberi perhatian dan berkepentingan iaitu mewakili
lebih 50% kepentingannya berbanding faktor kontraktor mempunyai modal dalam
bentuk aset mudah cair. Namun apa yang menjadi dasar adalah kedua-dua kriteria
berkenaan perlulah melebihi 3% daripada Anggaran Jabatan.
Jadual 6.11 : Hasil analisis indeks dan peratus bagi sub-kriteria keupayaan kewangan
kontraktor
Keupayaan kewangan kontraktor In
deks
pur
ata
Inde
ks r
elat
if
Per
atus
Ran
k
Modal dalam bentuk aset mudah cair (>3% daripadaAnggaran Jabatan)
4.31 0.863 49.29 2
Sumber-sumber kewangan (>3% daripada AJ) - kemudahan kredit (nilai baki/tambahan), pinjamanoverdraf, unit amanah, deposit tetap, saham dan lain-lain.
4.44 0.888 50.71 1
Modal dalam bentuk mudah cair dipertimbangkan kurang penting berbanding
sumber-sumber kewangan lain adalah mungkin disebabkan walaupun kontraktor
mempunyai kecukupan modal minimum di dalam akaun syarikat namun tidak
semestinya kontraktor benar-benar berkeupayaan melaksanakan sesuatu projek
pembinaan kerana modal dalam bentuk mudah cair tidak mengambilkira liabiliti
yang harus ditanggung oleh kontraktor sama ada sekiranya kontraktor mempunyai
hutang jangkamasa pendek, hutang jangkamasa pendek, tanggungan inventori atau
lain-lain liabiliti. Sumber kewangan seperti saham, unit amanah dan lain-lain adalah
sumber kewangan yang baik bagi kontraktor kerana walaupun ia tidak nampak
seperti mana tunai dalam tangan tetapi ia lebih bersifat menanggung risiko kontraktor
195
dalam jangkamasa panjang dan kewangan kontraktor lebih terjamin dengan adanya
sumber kewangan yang bersifat sedemikian.
Jabatan akan memilih kontraktor yang benar-benar layak sahaja dari segi
kepakaran teknikal dan kesesuaiannya dengan skop kerja yang bakal dilaksanakan
oleh kontraktor. Tenaga kerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tententu
akan menghasilkan kualiti kerja yang baik dan berkualiti. Jadual 6.12 menunjukkan
hasil analisis indeks purata dan indeks relatif serta juga peratus bagi kriteria
kelayakan dan keupayaan teknikal kontraktor.
Jadual 6.12 : Hasil analisis indeks dan peratus bagi sub-kriteria kelayakan dan
Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor dan Akta Acara Kewangan (2004)
MDC Publishers Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur.
Vincke, P. (1992) “Multicriteria Decision Aid.” John Wiley & Sons Ltd. : West
Sussex.
Wang, W. C. (2004) “Electronic-Based Procedure for Managing Unbalanced Bids.”
Journal of Construction Engineering and Management (May/June).
Welbank, M. (1983) “A Review of Knowledge Acquisition Techniques For Expert
Systems.” British Telecommunications Research Laborotories Technical
Report : Ipswich.
Yusoff, M. (2001) “Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian.”
Penerbit Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Zahedi, F. (1986) “The Analytic Hierarchy Process : A Survey of the Method and Its
Applications, Interfaces, vol. 16, no. 4, pp. 96-108.”
Zaleny, F. (1982) “Multiple Criteria Decision Making : McGraw-Hill Series in
Quantitative Methods for Management.” McGraw-Hill : New York.
LAMPIRAN A
BORANG SOALSELIDIK
Bahagian I : Latar Belakang Responden
Bahagian II : Faktor-faktor Pemilihan Kontraktor Binaan
nature of work
Bahagian III : Komen Terhadap Proses Penilaian Tender Bagi Kontraktor Binaan
Kesempurnaan & KecukupanDokumen
Reputasi Kontraktor
Keupayaan KewanganKontraktor
Keupayaan TeknikalKontraktor
Pelarasan Harga sertaMemenuhi Syarat Asas
PERINGKAT 1
PERINGKAT 2
PERINGKAT 3
Rujuk Carta AlirProses 1
Rujuk Carta AlirProses 2
Rujuk Carta AlirProses 3
Rujuk Carta AlirProses 4
Rujuk Carta AlirProses 5
Pemilihan Tender PalingMenguntungkan
Borang Tender
1. Dokumen disempurnakan & ditandatangan2. Harga & tempoh siap tercatat
3. Halaman disah / diaudit
Salinan Penyata Bulanan Akaun Bankbagi 3 bulan terakhir
Borang Asas
Borang A = Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat dan Keesahan Dokumen Yang Dikemukakan oleh Pentender
Borang B = Maklumat Am Latar Belakang PentenderBorang C = Data-data KewanganBorang CA = Laporan Bank/Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan
Kewangan PentenderBorang D = Rekod Pengalaman KerjaBorang E = Kakitangan TeknikalBorang F = Keempunyaan Loji dan Peralatan Pembinaan AsasBorang G = Senarai Kontrak Kerja SemasaBorang GA = Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Kerja Semasa
PentenderBorang GA I = Laporan Jurutera Projek Atas Prestasi Kerja Semasa
Pentender
Pelarasan Harga Tender
Pendaftaran dengan PKK / CIDB1. Masih sah2. Kelas kontraktor yang betul3. Taraf Bumiputera (jika disyaratkan)
Projek Dalam Tangan
Pengendalian Akaun Syarikat:
Modal Dalam Bentuk Aset Mudah Cairatau
Sumber Kewangan(Kemudahan kredit, Pinjaman overdraf,Unit amanah, Deposit tetap, Saham dan
Lain-lain)
Projek Lepas1. Saiz projek2. Nilai kerja (disiapkan & terbesar)3. Kerja-kerja serupa / sebanding
1. Rekod berkontrak dengan Jabatan2. Komitmen dalam projek lepas3. Prestasi projek lepas memuaskan4. Pendaftaran dengan PKK / CIDB5. Harga tender berbanding AJ6. Tempoh siap dari tempoh penengah7. Alasan kontraktor diterima / ditolak