Mata Pelajaran : Sejarah Tajuk Tugasan : Sejarah Sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang) Nama Pelajar : Nurul Farzanah binti Hamidon Tingkatan : 2 Bijaksana Nombor Kad Pengenalan : 951211-60-5020 Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi,43900, Sepang, Selangor Nama Guru Penilai : Puan Kasmimi Tanda Tangan Guru Penilai :
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Mata Pelajaran : Sejarah
Tajuk Tugasan : Sejarah Sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang)
Nama Pelajar : Nurul Farzanah binti Hamidon
Tingkatan : 2 Bijaksana
Nombor Kad
Pengenalan : 951211-60-5020
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Bandar Baru
Salak Tinggi,43900, Sepang, Selangor
Nama Guru Penilai : Puan Kasmimi
Tanda Tangan Guru
Penilai :
BIL. ISI KANDUNGAN M/SURAT
1. PENGHARGAAN 1
2. OBJEKTIF KAJIAN 2
3. KAEDAH KAJIAN 3
4. LAPORAN KAJIAN
- Latar Belakang Sekolah
- Nama dan Lambang-lambang
Sekolah
- Infrastruktur dan Kemudahan
Asas
- Pengetua
- Guru
- Badan Pengurus/PIBG
- Tokoh-Tokoh Bekas Pelajar
- Peristiwa-Peristiwa Bersejarah
- Prestasi dan Kejayaan Akademik
- Prestasi dan Kejayaan
Kokurikulum
4
5
10
15
20
24
30
33
35
39
46
5. RUMUSAN 49
6. LAMPIRAN 59
7. BIBLIOGRAFI 70
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran sejarah saya iaitu Puan
Kasmimi kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menjalankan kajian ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS) iaitu Puan Hajah Faridah binti Che Hussin kerana
membenarkan saya menjalankan kajian ini sehingga selesai.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Hamidon bin Zaini
dan Puan Zaiton binti Bakar. Mereka sentiasa memberikan dorongan, galakan, tunjuk ajar
danbantuan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan
saya yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini.
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif kajian yang berikut:
1. Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah.
2. Mengenali nama dan lambang-lambang sekolah.
3. Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.
4. Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dalam warga sekolah.
5. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalisasi tentang
maklumat sekolah.
Kaedah yang telah saya gunakan sepanjang menjalankan kajian ini ialah :
1. Kaedah Lisan
- Menemuramah orang sumber untuk mendapatkan maklumat.
2. Kaedah Analisasi Dokumen
- Memilih maklumat atau dokumen yang berkaitan seperti fail kokurikulum dan
kokurikulum sekolah.
3. Kaedah Pemerhatian
- Membuat pemerhatian ke atas kemudahan infrastruktur seperti asrama, pusat
sumber, dan pusat komputer.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS) telah mula dibina pada tahun 1982
dan telah siap dibina pada tahun 1984. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dinamakan sebagai
Sekolah Menengah Kebangsaan Salak kerana kedudukannya berhampiran dengan Kamung Salak.
Namun atas permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terutamanya Pengerusinya,
Allahyarham Tn. Hj. Rosli B. Taseh, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Sepang. Perkara ini dipersetujui oleh pengetua pertama iaitu Tn. Hj.
Sabar b. Jakarta pada tahun 1987.
Pada awal penubuhannya, hanya seramai 7 orang guru yang ditugaskan di sekolah ini. Mereka
terdiri daripada:
Tn. Hj. Sabar B. Jakarta
Pn. Juriah Bt. Durai (GPK dan guru agama)
Pn. Ungku Normah Bt. Ungku Long
Pn. Fatimah Bt. Hashim
En. Shaari B. Yahya
En. Dali B. Ithin
En. Abu Bakar B. Duga
Bilangan muridnya pula ialah seramai 127 orang dan sesi persekolahan telah dimulakan pada
1Jun 1984. Murid ini pada asalnya bersekolah di Sekolah Menengah Dato’ Mohd Said, Nilai,
Negeri Sembilan. Pada peringkat awalnya, SMKSS terdiri daripada 3 blok bangunan induk di
samping sebuah bengkel seni perusahaan dan sebuah kantin. Bangunan blok bilik darjah terdiri
daripada:
8 buah bilik darjah
6 buah makmal sains
Sebuah pejabat
Sebuah perpustakaan
Sebuah surau
Sebuah bilik seni lukis
2 bilik Sains Rumah Tangga
4 bangkel Seni Perusahaan
Sebuah makmal komputer
Pembinaan KLIA di daerah Sepang telah menyebabkan pertambahan murid yang begitu
mendadak. Oleh itu, dua buah blok bangunan segera telah dibina yang boleh memuatkan 6 bilik
darjah. Pada tahun 2008, seramai 8 orang pengetua telah berkhidmat di SMKSS iaitu: