PENGHARGAAN Assalamualaikum Warrahmatullahiwabarrakatuh,selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya ingin mengucap terima kasih kepada Encik Naseh B. Hassan, Pengetua SMK Padang Tembak, W.P Kuala Lumpur, kerana memberi kerjasama dan nasihat kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Ribuan terima kasih kepada guru sejarah Puan Azlina Bt Ahmad, guru matapelajaran Sejarah yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing untuk menyiapkan tugasan ini.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warrahmatullahiwabarrakatuh,selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Saya ingin mengucap terima kasih kepada Encik Naseh B. Hassan, Pengetua
SMK Padang Tembak, W.P Kuala Lumpur, kerana memberi kerjasama dan nasihat
kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini.
Ribuan terima kasih kepada guru sejarah Puan Azlina Bt Ahmad, guru matapelajaran
Sejarah yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing untuk menyiapkan tugasan
ini.
Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya Puan Mardiyani Bt Anan
yang banyak membantu saya.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuklah rakan-rakan saya yang
telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di
Malaysia merangkumi objektik-objektif berikut:
a. Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya
membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
b. Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia
c. Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR).
d. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi
muda melalui kajian ini.
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti :
a. Rujukan
Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar, majalah, dan bukubuku
yang berkaitan. Saya juga telah mengunjungi rumah-rumah jiran saya yang
berbangsa India bagi mendapat maklumat tentang Deepavali
b. Pemerhatian
Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Indian. Kaedah
ini dipilih bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Deepavali .
c. Penyelidikan
Saya telah menjalankan penyelidkan di perpustakaan sekolah, melawat laman
web yang berkaitan Deepavali dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua
maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.
HASIL KAJIAN
Perayaan Tradisi
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan
Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali
sebagai pesta cahaya.
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta
penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya
semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan
dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang
menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa
Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India
Sebelum menjelang Deepavali, masyarakat India akan membersihkan rumah dan
menyediakan kuih-muih untuk dihidangkan pada hari perayaan. Ibubapa pula sibuk
menyediakan pakaian baru untuk keluarga mereka. Kad-kad ucapan selamat Deepavali
juga dihantar kepada sahabat handai. Kaum-kaum lain juga menghantar kad-kad ini
kepada kawan-kawan mereka yang beragama Hindu. Ruang rehat rumah mereka dihiasi
dengan ‘rangoli’. Kadang-kadang rongoli dihias di muka pintu sebagai tanda mengucap
selamat.
Pada pagi hari Deepavali mereka akan membelah sebiji kelapa dan bersembahyang
dengan membakar setanggi. Ketua keluarga akan meletakkan sedikit minyak di atas
kepala setiap ahli keluarga. Selepas itu, mereka mandi membersihkan diri dan memakai
pakaian baru. Kemudian mereka bersembahyang di kuil. Selepas sembahyang mereka
mengunjungi sahabat handai.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan
makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada
hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
Kesan Perayaan
Deepavali sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluargaberkumpul. Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-kanakdengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu. SambutanDeepavali merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.
Perayaan Deepavali juga dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.Kaum-kaum lain yang tidak menyambut Deepavali selalunya akan melawat ataudijemput hadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang menyambut Deepavali.
Selain itu, Deepavali juga akan memberi kesan kepada industri pelancongannegara kita. Para pelancong yang datang untuk bercuti di Malaysia dapat meilhat pelbagaiperayaan tradisi yang disambut oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
Tambahan pula, perayaan Deepavali meberi peluang perniagaan kepada parapeniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Deepavali.
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempohmasa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amatbersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaumyang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyakpengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran,memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
LAMPIRAN
Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.