Kebakaran bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan
harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting
kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya
kebakaran. Api adalah sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh
manusia dalam kehidupan harian. Malangnya api itu mestilah dikawal
atau di awasi, jika tidak, ia boleh merupakan salah satu punca
kebakaran atau malapetaka kepada manusia. Kebakaran ialah satu
tindak balas kimia antara bahan boleh terbakar dan oksigen yang
menyentuh punca haba atau mencucuh. Kebakaran boleh dikategorikan
kepada tiga jenis iaitu:-1) Letupan (reaksi yang pantas)2) Api
biasa3) Kebakaran secara meresapKetiga-tiga jenis kebakaran ini
boleh berlaku dimana-mana sahaja dan terpulang kepada keadaan dan
sifat bahan yang terlibat. Faktor-faktor yang mesti ada pada
permulaan satu-satu kebakaran ialah:a) Haba (heat)b) Oksigen
(oxygen) danc) Bahan-bahan (fuel) yang boleh terbakarKetiadaan
salah satu ketiga-tiga bahan tersebut di atas, akan menjauhkan
kejadian kebakaran. Pengertian mengenai campuran ketiga-tiga bahan
ini adalah penting bagi diketahui bagi mencegah kebakaran daripada
berlaku dan menerangkan prinsip-prinsip untuk memadam satu-satu
kebakaran. Prinsip utama bagi mencegah kebakaran ialah jangan
membenarkan ketiga-tiga bahan tersebut di atas, iaitu adanya haba
yang sesuai, oksigen dan bahan yang boleh terbakar berada
bersama-sama pada satu ketika.Antara punca-punca kebakaran yang
kerap berlaku adalah seperti berikut:1. Litar Pintas2. Sabotaj3.
Wayar dan suis terdedah4. Penggunaan alat eletrik yang rosak5.
Menyambung wayar eletrik secara illegal oleh pelajar6. Pengunaan
lilin dan pelita di asrama.7. Membakar samah didalam / dekat
bangunan sekolah.8. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok yang
menyala.9. Kebocoran atau mampatan gas.Sementara punca kebakaran
yang disebabkan oleh elektrik lazimnya adalah seperti berikut:1.
Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.2. Lebihan beban
aliran kuasa3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan
sambungan yang longgar.4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi
penggunaan saiz wayar dan fius.5. Haba mekanikal yang terjadi
akibat geseran.6. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan
kabel atau penebat.
JENIS-JENIS API KEBAKARANKelas kebakaran yang telah ditetapkan
menurut piawaian MS 1182 Classification of Fire ialah :Kelas A:
Kebakaran melibatkan pepejal atau bahan organik yang mana bila
terbakar akan mengujudkan bara yang menyalaKelas B : Kebakaran
melibatkan cecair Kelas C: Kebakaran melibatkan gas atau
liquefiable solidKelas D: Kebakaran melibatkan logamKelas E:
Kebakaran melibat peralatan elektrikKelas F: Kebakaran melibatkan
lemak (fats) dan minyak masak
CARA-CARA MEMADAMKAN APIKebakaran terjadi dari gabungan tiga
unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh itu, untuk memadamnya kita
perlu memisahkan gabungan tersebut. Terdapat beberapa istilah yang
digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:1. Melaparkan. Memindahkan
bahan api yang belum terbakar ke tempat lain. Memindahkan bahan api
yang terbakar ke tempat lain Memecah atau menghancurkan bahan api
yang terbakar supaya mudah dipadamkan.
2. Melemaskan. Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara
dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak
dapat membantu kebakaran.3. Menyejukkan. Sifat air yang sejuk dapat
mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan
menurunkan suhu kebakaran sehingga ke tahap rendah. Apabila suhu
menjadi rendah maka nyalaan api akan terpadam.4. Memutuskan Rantai
Tindakbalas. Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan
mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk
kering.
ALAT PEMADAM API
Terdapat dua jenis sistem pemadam api yang biasa terdapat di
sesebuah premis atau bangunan. Pertama, sistem pemasangan kekal dan
kedua adalah sistem mudah alih. Walaubagaimana pun kedua-dua sistem
ini hanyalah sebagai bantu mula sebelum kehadiran pihak Bomba dan
Penyelemat atau Jabatan Pertahanan Awam tiba.
Sistem Pemasangan KekalAntara alat yang biasa digunakan
ialah
1. Sprinkler biasanya dipasang pada siling bangunan dan
berfungsi secara automatik Apabila penggera kebakaran dibunyikan
atau terdapat asap yang tebal.
2. Pili bomba membekalkan air untuk memadam api.
3. Salur bantu Mula (Hose reel) Dipasang pada bangunan.
Sistem Mudah Alih
Terdapat beberapa jenis alat pemadam api mudah alih yang
digunakan untuk memadamkan atau mengendalikan kebakaran kecil yang
sering digunakan dalam situasi kecemasan. Alat pemadam api mudah
alih ini terdiri daripada bekas silinder berwarna merah yang
mengandungi agen yang boleh dibuang untuk memadamkan api kebakaran.
Alat ini dibezakan mengikut kategori atau pengelasan kebakaran yang
berlaku dengan perbezaan warna yang telah ditetapkan. Antara jenis
alat pemadam api mudah alih ialah :
Jenis Air (Merah): Berbentuk air, sesuai untuk pepejal sahaja
dan amat tidak sesuai untuk kebakaran yang berpunca daripada
elektrik.Jenis Serbuk Kering (Biru) : Berbentuk serbuk kering,
bersifat serbaguna dan dapat memadamkan api dari kelas api A, B dan
C.Jenis Buih (Kuning Langsat): Berbentuk buih, sesuai untuk
kebakaran berpunca dari cecair Jenis CO2 (Hitam): Jenis karbon
dioksida, sesuai untuk semua jenis bahan api.
Pemadam api mudah alih hendaklah diletakan dengan cara digantung
di tempat-tempat penting iaitu pada jalan keluar supaya boleh
dilihat daripada semua arah. Setiap alat pemadam api mudah alih ini
wajib didaftarkan kepada pihak bomba melalui kontraktor yang telah
berdaftar dengan pihak bomba. Pihak bomba akan mengeluarkan sijil
untuk setiap alat pemadam api dan juga pelekat untuk ditampal pada
badan pemadam api tersebut. Sijil ini perlu diperbaharui setiap
tahun, manakala alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu
dilupuskan kerana bahan kimianya tidak lagi efektif untuk
memadamkan api.Alat pemadam api mudah alih ini sering digunakan
untuk membantu memadamkan kebakaran disaat kecemasan sebelum
ketibaan pihak anggota penyelamat bomba jika api marak dengan
cepat, bertambah besar, dan merebak ke tempat lain. Biasanya ia
digunakan ketika kecemasan untuk mengelakkan api semakin besar dan
marak dengan cepat.
ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH
BilJenisLamaBaru
1Serbuk Kering
2Air
3Buih
4Karbon Dioksida (CO2)
KERATAN RENTAS ALAT PEMADAM API
CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH
Menggunakan alat pemadam api mudah dan siapa saja boleh
melakukannya. Hanya ikut langkah-langkah mudah berikut : Tanggal,
Acu, Tekan dan Sembur atau Pull, Aim, Squeeze and Sweep (PASS).
1) Tanggalkan alat keselamatan dari pemadam api Pastikan alat
pemadam api ditegakkan. Tanggalkan alat keselamatan yang
dilengkapkan bagi mengelakkan kegunaansecara tidak sengaja.
2) Acukan muncung alat ke pangkal api Acukan muncung alat
pemadam api ke pangkal api. Pastikan anda berada pada jarak
kira-kira 1 hingga 1.5 meter daripada api. Tekan tukil atas alat
pemadam.
3) Tekan tukil atas alat pemadam Apabila api sudah dipadamkan,
buka semua pintu dan tingkap untuk membolehkan udara segar
masuk.
4) Buka semua tingkap untuk membolehkan udara segar masuk
Gunakan cara menyapu ketika penyemburan dilakukan pada keseluruhan
bahagian api.
5) Semburkan ke arah api dengan cara menyapu (sweep) sehingga
api padam.
Tarik Picu Arahkan ke api Tekan Sapu
~ 7 ~