TERHAD 1 TERHAD Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini ( transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat atau data yang terdapat dalam dokumen ini. Kertas Kerja Cawangan Anti Keganasan Rujuk : BSPP (AK)/J2 2/1111 Tarikh : 30 Jun 18 FENOMENA FOREIGN TERRORIST FIGHTERS (FTF) DAN EVOLUSI ANCAMAN KONTEMPORARI PENGENALAN 1. Fenomena Foreign Terrorist Fighters (FTF) ataupun pengganas asing merupakan satu bentuk ancaman keganasan yang perlu diberi perhatian semasa kerana ancaman ini telah menular dengan drastik dan belum ada petanda menunjukkan penurunan untuk jangka masa panjang. Kewujudan rangkaian FTF dalam aspek terorisme telah lama wujud dan semakin berkembang di era globalisasi dengan bantuan teknologi canggih serta mobilisasi dan migrasi dari satu negara ke negara lain. 2. Secara lazimnya, gerakan ini dilakukan secara transnasional iaitu gerakan merentasi sempadan sesebuah negara dan dilakukan secara rawak untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Isu FTF semakin signifikan setelah pembentukan organisasi militan Daesh pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, hakikatnya, isu FTF ini telah bermula sejak Perang Afghanistan di sekitar era 80’an yang memperlihatkan migrasi beribu-ribu pejuang asing dari pelbagai negara ke Afghanistan untuk menyertai perang menentang Tentera Soviet Union. FTF di Syria DEFINISI 3. Dari segi definisi, FTF ataupun anggota pengganas asing bermaksud individu yang menyertai rangkaian kumpulan pengganas di luar negara mereka bertujuan untuk melakukan tindakan keganasan secara sukarela bagi mencapai matlamat kumpulan. Sasaran keganasan FTF adalah ke atas mana-mana pihak yang menentang mereka termasuk orang awam. FTF tidak semestinya terdiri daripada sesuatu kumpulan individu ataupun kumpulan militan. FTF juga boleh digerakkan secara persendirian ataupun lone wolf. FTF berpegang kepada
16
Embed
FENOMENA FOREIGN TERRORIST FIGHTERS (FTF) DAN … · kemasukan hampir 20,000 anggota pejuang asing dari pelbagai negara ke Afghanistan pada ketika itu. Abdullah Azzam 13. Salah seorang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TERHAD
1
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Kertas Kerja Cawangan Anti Keganasan
Rujuk : BSPP (AK)/J2 2/1111
Tarikh : 30 Jun 18
FENOMENA FOREIGN TERRORIST FIGHTERS (FTF)
DAN EVOLUSI ANCAMAN KONTEMPORARI
PENGENALAN
1. Fenomena Foreign Terrorist Fighters (FTF) ataupun pengganas asing merupakan
satu bentuk ancaman keganasan yang perlu diberi perhatian semasa kerana ancaman ini telah
menular dengan drastik dan belum ada petanda menunjukkan penurunan untuk jangka masa
panjang. Kewujudan rangkaian FTF dalam aspek terorisme telah lama wujud dan semakin
berkembang di era globalisasi dengan bantuan teknologi canggih serta mobilisasi dan migrasi
dari satu negara ke negara lain.
2. Secara lazimnya, gerakan ini dilakukan secara transnasional iaitu gerakan merentasi
sempadan sesebuah negara dan dilakukan secara rawak untuk mengelak daripada dikesan
oleh pihak berkuasa. Isu FTF semakin signifikan setelah pembentukan organisasi militan
Daesh pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, hakikatnya, isu FTF ini telah bermula sejak
Perang Afghanistan di sekitar era 80’an yang memperlihatkan migrasi beribu-ribu pejuang
asing dari pelbagai negara ke Afghanistan untuk menyertai perang menentang Tentera Soviet
Union.
FTF di Syria
DEFINISI
3. Dari segi definisi, FTF ataupun anggota pengganas asing bermaksud individu yang
menyertai rangkaian kumpulan pengganas di luar negara mereka bertujuan untuk melakukan
tindakan keganasan secara sukarela bagi mencapai matlamat kumpulan. Sasaran keganasan
FTF adalah ke atas mana-mana pihak yang menentang mereka termasuk orang awam. FTF
tidak semestinya terdiri daripada sesuatu kumpulan individu ataupun kumpulan militan. FTF
juga boleh digerakkan secara persendirian ataupun lone wolf. FTF berpegang kepada
TERHAD
2
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
ideologi radikal ekstremis khususnya ideologi Salafi Wahabi, Jihadi dan Takfiri bagi militan
Daesh. Ketiga-tiga ideologi ini telah menyuntik semangat FTF dalam melancarkan serangan
keganasan.
4. Di bawah definisi United Nations Security Council resolution 2178 adalah seperti
berikut:
“Individuals who travel to a State other than their States of residence or nationality for the
purpose of the perpetration, planning, or preparation of, or participation in, terrorist acts or
the providing or receiving of terrorist training, including in connection with armed conflict.”
5. Definisi Mujahidin bermaksud satu gerakan yang diaturgerak ke kawasan konflik
bertujuan untuk menentang pihak musuh ataupun legitimate target yang menceroboh
sesebuah wilayah Islam. Gerakan Mujahidin ini disertai oleh sukarelawan-sukarelawan luar
yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang yang membantu masyarakat Islam yang
tertindas. Gerakan ini amat sinonim dengan situasi perang semasa Perang Afghanistan dan
Bosnia Herzegovina. Serangan dilancarkan ke arah pihak penentang khususnya pasukan
keselamatan yang melakukan penindasan dan berhasrat melakukan genosid ke atas penduduk
setempat.
6. Gerakan Mujahidin amat berbeza dengan FTF khususnya dari segi motif perjuangan.
Gerakan Mujahidin memperjuangkan perlindungan ke atas masyarakat Islam yang tertindas.
Manakala, FTF memperjuangan pembentukan wilayah autonomi ataupun Khilafah Islamiyah
dengan menggunakan kekerasan ke atas sesiapa sahaja. FTF juga mengambil kesempatan
untuk menjadi warga sesebuah negara (Khilafah) dengan berselindung di sebalik istilah
Mujahidin itu.
KEKELIRUAN ANTARA ISTILAH MUJAHIDIN DAN FTF
7. Terdapat kekeliruan apabila sesetengah golongan atau pengikut gerakan Islam
menggelar diri mereka sebagai Mujahidin apabila memasuki wilayah atau negara asing.
Fenomena ini sangat ketara semasa era perang di Afghanistan dahulu. Namun, istilah
Mujahidin ini adalah berbeza daripada istilah FTF. Golongan Mujahidin secara khususnya
merujuk kepada golongan Jihadis yang benar-benar berjuang untuk menentang kekejaman
Kafir Hirbi yang menakluki atau menjajah sesebuah negara umat Islam.
8. Dalam konteks kontemporari, istilah Mujahidin ini telah disalahguna oleh individu-
individu yang berhasrat untuk berhijrah ke negara lain dengan menggunakan alasan untuk
berjihad. Fenomena kebanjiran hampir 30,000 FTF di Iraq dan Syria pada tahun 2014 – 2017
menyaksikan bagaimana istilah ‘Mujahidin’ ini telah disalahgunakan.
TERHAD
3
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
EVOLUSI FTF
9. Perkembangan evolusi FTF adalah melalui fasa-fasa berikut:
a. Perang Afghanistan.
b. Perang Bosnia Herzegovina.
c. Ad Dawlah Al Islamiya Fil Iraq Wa Ash Sham (Daesh).
Perang Afghanistan
10. Perang Afghanistan bermula pada tahun 1979 hingga 1989 yang menyaksikan
kebanjiran besar-besaran pejuang asing ke negara tersebut. Gerakan ini digelar sebagai
gerakan Mujahidin atas sebab matlamat penubuhannya adalah untuk menentang Tentera
Soviet Union dari Rusia serta menghalau keluar elemen Soviet Union dari Afghanistan yang
dianggap sebagai gerakan atheist. Dengan itu, Jihad Askari (ketenteraan) adalah jalan
penyelesaiannya.
11. Perjuangan Mujahidin ini turut menerima bantuan logistik daripada Amerika Syarikat
(AS), Arab Saudi dan pembiayaan dana dari Pakistan. Malahan, sekolah-sekolah agama dan
madrasah-madrasah di Pakistan juga menggalakkan penuntut-penuntut asing untuk menyertai
perang ini. Pada ketika itu, Peshawar di Pakistan telah dijadikan sebagai hub utama
kemasukan gerakan Mujahidin ke Afghanistan.
Pejuang Mujahidin di wilayah Afghanistan
12. Menyentuh mengenai gerakan Mujahidin, gerakan ini dipengaruhi oleh seorang
pengasas jihad global yang terkenal pada ketika itu. Pelopor tersebut dikenali sebagai
Abdullah Azzam (1941-1989) dari Palestin. Pada tahun 1984, Abdullah Azzzam telah
menubuhkan Service Office di Afghanistan untuk menguruskan kemasukan Foreign Jihadists
ke Afghanistan. Abdullah menggunakan naratif yang sangat menarik kepada bakal Mujahidin
bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk berjihad melindungi negara
Islam (Islamic Territory) yang pada ketika itu merujuk kepada Afghanistan. Beliau juga telah
mengeluarkan Fatwa bahawa hukum berjihad di Afghanistan adalah Fardhu Ain kepada umat
TERHAD
4
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Islam. Naratif Abdullah Azzam ini dilihat berjaya menarik minat gerakan Mujahidin dengan
kemasukan hampir 20,000 anggota pejuang asing dari pelbagai negara ke Afghanistan pada
ketika itu.
Abdullah Azzam
13. Salah seorang anggota Mujahidin yang menganggotai gerakan ini adalah pemimpin Al
Qaeda, Osama bin Laden (OBL) yang kemudiannya menjadikan Azzam sebagai mentornya.
Walau bagaimanapun, Abdullah Azzam telah terbunuh bersama dengan dua anak lelakinya
dalam serangan bom pada bulan November 1989. Meskipun begitu, legasinya telah
diteruskan oleh Osama dengan pembentukan kumpulan Al Qaeda (The Base). Pada masa
yang sama, Osama juga memiliki dokumen Abdullah Azzam yang mengandungi senarai
nama-nama pejuang asing.
Osama bin Laden
14. Dalam konteks Malaysia, beberapa rakyat negara ini pernah menjadi alumni
Mujahidin semasa era Afghanistan ini. Sebagai contoh, Nasir Abbas, Zainon Ismail, Samsul
Bahri dan Rafi Udin serta bekas-bekas Mujahid yang pernah ke Afghanistan.
Dari kiri: Nasir Abbas, Zainon Ismail dan Rafi Udin
TERHAD
5
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Pasca Perang Afghanistan
15. Perang Afghanistan tamat pada bulan Februari 1989 dengan pengunduran Tentera
Soviet Union. Sebahagian besar Mujahidin yang terlibat telah kembali ke tanah air masing-
masing. Sebahagian lagi tinggal di Afghanistan dan Pakistan untuk meneruskan latihan
militan. Pejuang-pejuang yang telah pulang ke negara asal kebanyakannya menubuhkan
kumpulan-kumpulan tertentu untuk menyambung perjuangan jihad dan menyebarkan
ideologi radikal kepada masyarakat tempatan. Ini termasuk Abdurrajak Janjalani iaitu
pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf (KAS) dan Zainon Ismail @ Cikgu Nan, pemimpin
Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Konflik Di Bosnia
16. Berakhirnya Perang Dingin pada tahun 1991 telah menyaksikan konflik baharu
muncul di negara-negara Balkan (situasi di negara-negara bekas Yugoslavia seperti Bosnia,
Croatia dan Serbia menjadi sangat kritikal). Situasi bertambah kompleks dengan kehadiran
gerakan Mujahidin untuk menyambung perjuangan yang dianggap jihad ke atas pihak yang
menindas masyarakat Islam khususnya di Bosnia Herzegovina.
17. Perbalahan antara masyarakat Islam dengan masyarakat Kristian Serbia telah
mencetuskan Perang Saudara di negara tersebut pada tahun 1992. Sekaligus, keadaan ini telah
menarik perhatian Mujahidin dari Afghanistan dan Eropah. Kemasukan gerakan ini ke Bosnia
pada awalnya adalah atas tujuan bantuan kemanusiaan yang kemudiannya diambil peluang
untuk melancarkan jihad. Salah sebuah gerakan Mujahidin yang beroperasi di Bosnia adalah
gerakan El Mudžahid Battalion. Gerakan El Mudžahid Battalion juga dianggotai oleh
pejuang-pejuang dari Peshawar.
El Mudžahid Battalion
TERHAD
6
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
18. Pengaruh Abdullah Azzam juga memberi kesan kepada gerakan pejuang asing ini.
Dalam tempoh tahun 1992 hingga 1995, Bosnia Herzegovina telah menerima kemasukan
sebanyak 2,000 anggota Mujahidin yang mana majoritinya adalah dari negara-negara Balkan.
Sebahagian besar pejuang-pejuang ini pernah menjalani latihan di kem-kem tajaan Al Qaeda
di Afghanistan.
19. Gerakan ini juga mendorong kepada penyertaan sekelompok pejuang asing dari
Eropah dan negara-negara lain seperti Turki, Iran, Jordan, Syria, Indonesia dan Malaysia. Naratif
penindasan masyarakat Islam di Bosnia telah dijadikan tarikan utama untuk menarik tumpuan
Mujahidin. Gerakan Mujahidin beroperasi di Bosnia sehingga tahun 1995 sebelum berundur
keluar. Pengunduran sebahagian daripadanya juga menyumbang kepada keanggotaan
kumpulan Al-Qaeda. Mujahidin yang simpati akan berundur dari sesebuah negara/wilayah
setelah konflik berakhir dan keadaan inilah yang membezakan mereka dengan FTF.
KEMARAAN FTF DALAM GERAKAN MUJAHIDIN
20. Gerakan Mujahidin sebelum ini lebih bercorak kepada perjuangan menentang pihak-
pihak yang menindas masyarakat Islam dan cubaan menjajah negara sepertimana Afghanistan
dan Bosnia. Corak serangan lebih kepada mensasarkan pihak musuh ataupun tentera musuh
(legitimate target).
21. Namun begitu, sebahagian daripada Mujahidin ini tidak sepenuhnya memperjuangkan
perjuangan asal. Peluang ini telah diambil oleh rangkaian kumpulan pengganas dan FTF
untuk mengeksport ideologi radikal dan memperkembangkan rangkaian serta aktiviti
keganasan ke negara-negara sasaran.
22. Situasi ini mempunyai persamaan dengan operasi organisasi Al Qaeda yang cuba
memperluaskan pengaruhnya di Bosnia ketika konflik etnik meletus di negara berkenaan.
Untuk tujuan tersebut, seorang komander dan anggota kanan Osama iaitu Sheikh Abu Abdel
Aziz Barbaros telah dihantar ke Bosnia dengan anggota-anggota Al Qaeda yang lain dan
merancang untuk mendirikan kem Al Qaeda di negara tersebut. Tujuan rancangan ini adalah
untuk memenuhi keperluan logistik Al Qaeda dalam melancarkan serangan ke atas barat
khususnya pengaruh AS di Eropah Timur. Seorang lagi anggota FTF Al Qaeda yang turut
menyertai Perang Bosnia ke atas Serb ialah Ali Hammad. Anggota ini telah direkrut oleh Al
Qaeda di Bahrain.
TERHAD
7
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Anggota Al-Qaeda: Sheikh Abu Abdel Aziz Barbaros dan Ali Hammad
AD DAWLAH AL ISLAMIYA FIL IRAQ WA ASH SHAM (DAESH) @ ISLAMIC
STATE OF IRAQ AND SYRIA (ISIS)
23. Pembentukan militan ISIS @ Daesh di bawah pimpinan Abu Bakr Al Baghdadi pada
tahun 2014 adalah hasil produk perang saudara antara penganut Sunni dan Syiah di Iraq dan
insiden Arab Spring di Asia Barat. Gerakan FTF militan Daesh dilihat lebih unik dan drastik
berbanding sebelumnya dengan mengambilkira pelbagai faktor.
24. Di awal kejayaan Daesh, dianggarkan sebanyak 25,000 hingga 30,000 anggota Daesh
daripada lebih 80 buah negara adalah terdiri daripada anggota militan asing. Anggaran ini
telah mencatatkan penyertaan tertinggi FTF berbanding dengan gerakan-gerakan Mujahidin
dalam konflik sebelum ini. Sebahagiannya adalah daripada kelompok seperti berikut:
a. Tunisia – 3000 anggota.
b. Arab Saudi – 2500 anggota.
c. Morocco– 1500 anggota.
d. Lubnan – 900 anggota.
e. Rusia – 1500 anggota.
f. Uzbekistan – 500 anggota.
g. Turkmenistan – 36 anggota.
h. Kazakhstan – 25 anggota.
i. Eropah – 4000 anggota.
j. AS/Australia/New Zealand – 500 anggota.
k. Asia Tenggara – 1000 anggota.
25. Pada tahun 2005 – 2010, Al Qaeda mempunyai pengikut seramai 5000 anggota di
Timur Tengah tetapi mereka tidak berjaya menarik FTF sebagaimana yang dilakukan oleh
Daesh. Dalam masa 4 tahun (tempoh 2014 – 2017), lebih 30,000 militan asing berada di Iraq
dan Syria. Naratif yang membezakan di antara Mujahidin dan FTF ialah konsep Khilafah
Islamiyah seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
TERHAD
8
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
FTF Daesh
26. FTF ini tidak hanya berhijrah ke Syria dan Iraq semata-mata untuk menjadi warga
Khilafah Islamiyah tetapi turut menyertai perang ke atas musuh Daesh sehingga
sebahagiannya mendapat jolokan kelompok yang paling ekstrem dan ganas berbanding Daesh
dari Syria dan Iraq. Mereka dilihat lebih agresif dan kejam dalam melakukan keganasan ke
atas tahanan dan tebusan Daesh khususnya dalam menghukum Tentera Syria dan Iraq.
Serangan bunuh diri di Syria dan Iraq juga kebanyakannya dilakukan oleh FTF Eropah.
FTF Daesh yang melancarkan pembunuhan kejam dan brutal ke atas tebusan
FTF Malaysia: Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, Zainuri Kamarudin, Rafi Udin dan Koperal Zahar
TERHAD
9
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
FAKTOR-FAKTOR MENDORONG GERAKAN FTF DAESH
27. FTF dalam gerakan militan ke Syria dan Iraq terdiri daripada pelbagai latar belakang
termasuk golongan mualaf (individu yang baru memeluk Islam). Antara faktor penyumbang
kepada gerakan ini adalah seperti berikut:
a. Isolasi. Faktor ini dilihat sebagai push factor penyertaan FTF dari Eropah
khususnya dalam kalangan imigran dari Asia Barat, Afrika, Asia Selatan dan Eropah
Timur. Perasaan isolasi ini berlaku apabila individu berkenaan sering terasa tersisih
daripada masyarakat tempatan disebabkan perbezaan budaya dan sentimen anti-
imigran oleh Eropah. FTF beranggapan bahawa migrasi ke Syria, Iraq ataupun ke
lokasi-lokasi kekuasaan Daesh akan membantu mereka dari aspek pengisian jiwa,
nilai kekitaan dan semangat Muslim Brotherhood.
b. Naratif Penindasan. Naratif penindasan golongan Sunni di Syria dan Iraq
menjadi propaganda yang sering dimainkan oleh rangkaian militan Daesh. Daesh
menyatakan bahawa mereka adalah pelindung golongan Sunni yang mendorong FTF
untuk migrasi ke kedua-dua negara tersebut.
c. Pengaruh Media Sosial. Media sosial amat membantu dalam mempengaruhi
gerakan FTF. Ia telah menyebelahi Daesh dari pelbagai sudut sehingga berjaya menarik
tumpuan lebih 20,000 pejuang asing ke Syria dan Iraq dalam usaha untuk mewujudkan
sebuah Khilafah Islamiyah. Antara saluran media yang digunapakai oleh FTF untuk
berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain adalah Facebook, Youtube, Twitter,