TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
PENGENALAN
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan
seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah
mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul Halim
Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari
1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah
adalah sebuah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda
kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik
Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban, dalam
jajahan Siam.
Penglibatan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana
Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau
bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh negara
dirundung pilu kerana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa
Kemerdekaan, BapaMalaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan
penuh hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku
menunaikan permintaan beliau.
Ibu Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bernama
Menjalara, merupakan anak Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam.
Pendidikan formal Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
bermula ketika berusia 6 tahun di sekolah Melayu dan seterusnya di
Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan
Abdul Halim. Kemudian YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dihantar
belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12
tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok
meninggal dunia, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915.
Pada tahun 1919, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah ke England
dan menerima Ijazah Sarjan Muda Sastera (Sejarah) dari St.
Catherine's College, Universiti Cambridge pada tahun 1925.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bolehlah dianggap
sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.
Selepas itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
meneruskan pula pengajiannya dalam bidang perundangan di Inner
Temple,England. Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh
dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa
yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak
Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan
pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat
Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan
pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah
British. Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik
apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan menjadi
setiausahanya yang pertama. Bagaimanapun, Apabila Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gagal dalam peperiksaan, beliau
pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di
beberapa tempat di Kedah.
Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah
dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang
Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim. Pada tahun 1938
sekali lagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke
England, kali ini untuk mengikut kursus undang-undang namun
pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke
tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah
singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama Am Saiburi'. Saiburi adalah
nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah 'Sayang
Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala'. Beliau banyak melakukan
kerja-kerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila
Jepun menyerah kalah dan British kembali muncul, Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyertai Kesatuan Melayu
Kedah.
Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada
tahun 1947, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke
Englandsekali lagi untuk meyambung pengajian undang-undangnya
setelah tergendala selama 25 tahun. Pada tahun 1949 Allahyaraham
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lulus dari Cambridge Universiti
dan ditauliahkan sebagai peguam. Sekembalinya ke tanah air
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertugas sebagai
Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.
Semasa pemerintahan Jepun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran negeri
Kedah. Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik
yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke England untuk meneruskan
pengajian perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke tanah
air dengan segulung ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan
dasar demokrasi. Pada masa itu beliau berumur 45 tahun dan telah
pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah Tunku
dan dikurniakan tujuh orang cahayamata. Walau bagaimanapun,
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkahwin
sebelumnya dengan seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933,
malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria. Allahyaraham
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah juga berkahwin dengan
Violet Coulson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak
berkekalan.
Peranan Dan Sumbangan
Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat
kebangsaan di jiwa Allahyaraham. Allahyaraham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres
Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946.
Pada tahun 1949, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato' Onn bin
Jaafar meletak jawatan sebagai Persiden UMNO, Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih bagi mengisi
kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.
Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn,
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan
kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak
itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan
sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan
pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut
setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan - Hari menyambut
kemerdekaan.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan
kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan
bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan
kemerdekaan akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum
Melayu, Cina dan India. Kewibawaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah apabila
hasil rundingan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada
31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi
yang dipertandingkan. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang
penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis
semasa daurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai
sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan
Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi
menemui jalan buntu.
Keistimewaan
Pada 13 Januari 1956, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj mengetuai rombongan perundingan Merdeka yang disertai oleh 4
orang wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan di
Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau menandatangani
Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul
Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka di Stadium
Merdeka Kuala Lumpur. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama memegang potfolio
Menteri Dalam Negeri.
Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah bertindak lancar dengan
mencipta polisi-polisi baru. Tunku Abdul Rahman memulakan beberapa
projek pembangunan, diantaranya ialah membina Masjid Negara,
Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu
Kebangsaan. Pada tahun 1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka
di buka kepada semua negara kecuali Isreal. Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengasaskan Kementerian Kebudayaan,
Beliau dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan warisan
Malaysia.
Di peringkat antarabangsa, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj telah mengilhamkan penubuhan Association of Shoutheast
Asia (ASA) dan memeterai perjanjian penubuhannya pada tahun 1961
dengan Thailand dan Filipina. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj adalah seorang yang keras menentang dasar apartied
Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari
Komanwel dalam Persidangan Komanwel di London.
Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta
meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca
Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke
hari ini.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah peminat
sukan yang serius, beliau telah mengembangkan minatnya ke peringkat
negara apabila Malaysia menganjurkan kejohanan Pestabola Merdeka
pada setiap tahun yang menyumbang kepada negara ini muncul sebagai
gergasi bolasepak Asia ketika itu.
Pada May 1961, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
juga bertanggungjawab menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi
Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali
sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali Brunei menyertai
gagasan tersebut dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963,
satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Singapura,
Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati
kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos
1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya bahawa
Singapuraadalah 'barah yang harus dibuang' demi mengelakkan
kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara.Bagi Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini perlu dilakukan demi keamanan
negara ketika itu. Pada tahun 1969, pergolakan politik telah
membawa kepada peristiwa hitam "13 Mei". Pada masa itu, beberapa
pemimpin muda yang berfikiran radikal mendesak Allahyaraham untuk
meletak jawatan. Beliau dikritik kerana kurang melaksanakan dasar
pro-Melayu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Walau
bagaimanapun Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
enggan berbuat demikian sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan.
Ekoran dari insiden itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj telah menyerahkan kuasa eksekutif kepada Tun Razak yang
mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari
jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menerima pelawaan Raja Faizal
dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di
Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan
Yang DiPertua UMNO danTun Razak disahkan sebulat suara sebagai
penggantinya.
Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang
kewartawanan. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia di peringkat
antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan
dari dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah
kebesaran. Walau setinggi mana pencapaian beliau, Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetap seorang yang merendah diri
dan sentiasa memikirkan kebaikan rakyat.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia
pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan
di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa
Kemerdekaan akan sentiasa dikenang setiap kali menjelang Hari
Kebangsaan,
DATUK MAHARAJA LELA
PENGENALANDato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang
pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili,
anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng
Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran
Dato? Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa
bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di
Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut.
Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya
Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato? Sagor) dan Ngah
Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan
British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James
Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).
Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan
Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada
penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato
Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch
adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21
Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri
oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati
bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876.
Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari
1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah
pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya
tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh (Dato' Bahaman)
PENGENALAN
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato'
Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British
diSemantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.
Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal
dariBangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia
Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan.
Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan
ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh
penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama
ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi
tempat persinggahan British.
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang
Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka.
Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise
hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak
di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya.
ApabilaHugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui
hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian
menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu
dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan
mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya
sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini
menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M
Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau
menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan
tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan
diri ke bandarTemerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai
British Pahang menyediakan tentera untuk melawan
pembangkang-pembangkangMelayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember
1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud
pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato'
Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak
British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi
ditewaskan.
PERJUANGAN
Pada hari ini dalam tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya
Semantan, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat
yang termasuk di dalam wilayahnya) dari kekuasaan Inggeris.
Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap
Inggeris adalah akibat dari tindakan gegabah C. E. B. Desborough
(Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga orang pengikut
Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa izin.
Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu
Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai
Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu untuk
diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato'
Bahaman yang memang menentang keras pembinaan balai Polis di
kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan itu datang untuk
menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh
tiga orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan
orang-orangnya. Selepas itu Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya
menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudang-gudang
bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih
Bentong dan Raub.
Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana
menyekat dan menuduh beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai
secara haram dan memberi amaran, . bahawa penerusan memungut cukai
secara tradisi adalah terlarang,. . . .2 sedangkan itu adalah hak
tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh
beliau (pada tahun 1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W.
E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan Selangor.3
Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan
Orang Kaya itu mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan
Ialu menghilangkan diri di dalam hutan di tengah-tengah masyarakat
orang-orang asli yang memang bersahabat baik dengan beliau, tetapi
keluar apabila mengetahui orang-orangnya ditangkap oleh pasukan
Desborough, menyerang pasukan itu dan membebaskan
orang-orangnya.
Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud
(Tengku Besar) bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh
Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten
Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap
Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui
kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu
bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Berikutan dari kegagalan itu
"Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892 dengan
kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang
dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang
Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga
menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11
buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak
dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang
Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan
tertangkap.
Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah
berakhir. Tidak terdapat sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di
sepan.jang bulan Februari itu. Untuk sementara daerah Semantan
diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada hari ini
dalam tahun 1892 Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan
semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu Abdullah Bera balik ke Bera
dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan
Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato'
Bahaman terhadap Inggeris.
Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana
tidak lama kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan
menghantar satu pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku
Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato' Bahaman dan
pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu
strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu
ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak
lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti anaknya Mat
Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan
lain-lain.
DOL SAID PAHLAWAN NANING
PENGENALANDol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari
suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu
Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799
sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang
ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh
pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera
British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang
telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan.
Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol
Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah
Melaka.
Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu
seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning
yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu
kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu
Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut
adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta
sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya
terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning
kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning
jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya
diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober
1832.
PERJUANGAN
British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh
pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun
1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah
kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada
mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari
sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu
yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan
pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku pertempuran
selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai
tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan
Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk
meriam dalam usaha menundukkan Naning.
Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British
berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan
mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan
Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.Dalam perang
Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang
Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian
itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya
dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.Walaupun
tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran
dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan
Naning.
Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal
Herbert dibantu oleh pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban
menyerang Naning bagi kali kedua. Sekali lagi berlaku pertempuran
yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah berlaku
pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para
pengikutnya terpaksa berundur dari Naning.Namun kemenangan itu
tidak mengembirakan British kerana mereka terpaksa menangung
kerugian 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk
sebuah daerah kecil.DOL Said atau nama sebenarnya Abdul Said lahir
pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka.
Beliau berasal dari suku Semelenggang. Dol Said adalah penghulu
Naning yang ke sembilan.Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula
diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri
atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang yang
tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa
dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua
orang tuanya. Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning
menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26
tahun.
British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada
hasilnya. Dan ini dibantah oleh Penghulu Dol Said kerana Naning
telah merdeka.Semasa Belanda memerintah Melaka selepas kejatuhan
Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda dan mereka
menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi
kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang
merdeka.Tetapi apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda
pada 1824 British menyerahkan Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan
Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British. Dan British
memganggap Naning berada di bawah pemerintahan mereka.Sejak itu
bermulalah persengketaan antara Dol Said dengan Brtish yang membawa
kepada perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832.
Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam
perang Naning pertama disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan
orang Melayu. Naning tidak sendirian kerana di sokong oleh
daerah-daerah yang berjiran dengannya. Tetapi kekalahan dalam
perang Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan
orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang
Naning.
Mat Kilau - Pejuang Melayu Pahang
PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang
menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama
menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan
agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.
Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah
anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali
sebagai Tok Gajah.
Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang
marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai
dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.Antara yang
menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di
Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk
Bahaman.
Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan
pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana
menentang penjajah.Rentetan daripada peristiwa itu, British
mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan
mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum
Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya
melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang
penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh
ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku
Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau
yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan
Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini
laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.
Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk
ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di
kedua-dua negeri itu.Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di
Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke
Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua
Musang Kelantan.
Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan
pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan
antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.Penentangan Mat Kilau
yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang
buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh
Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah
randah dari satu tempat ke satu tempat.
Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di
Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan
"Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam.
The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika
ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan
parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan
kehilangan darah yang banyak.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free
Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan
Melayu itu.Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak
diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang
Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat
Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,
maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari
satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,
Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar
namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat
Siam.Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang
pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama
Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar.
Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat
Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.Atas
daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung
asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.Pada Jumaat 26 Disember
1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran
dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan
Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa
itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi
membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat
Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang,
Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.Setelah empat hari pengumuman
pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia
kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan
kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah
perjuangannya lebih lanjut.
ROSLI DHOBY - PEJUANG KEMERDEKAAN SARAWAK
Usianya ketika itu baru 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun
semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai
Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.
Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada
British mati di tali gantung pada 2 Mac 1950.
Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British
kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun
di Sibu pada 3 Disember 1949.
Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai
Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang
penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang
kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu
menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas
Perang pada tahun 1945.
Sarawak dikuasai oleh penjajah swasta British Sir James Brooke
pada tahun 1842. Keluarga Brooke, iaitu Sir James, anak saudaranya
Sir Charles, dan anak Sir Charles iaitu Sir Charles Vyner,
memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang
dengan Jepun pada tahun 1941.
Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam GPMS.
GPMS yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau
Sarawak diketuai oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana
Menteri Sarawak di zaman Sir Charles Vyner.
Sebelum keluarga Brooke menguasai Sarawak, keluarga Abang
Abdillah adalah pemerintah Sarawak dan wakil Sultan Brunei,
pengasas negeri Sarawak.
Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari
1949. Tujuannya ialah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak
popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap
angkuh terhadap mereka.
Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala
agen penjajah itu melawat Sibu pada Disember 3, 1949.
Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir
Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.
Rosli menjerit: Keluar dari sini atau kamu mati!
Rosli dan rakannya yang juga berketurunan Melanau, Morsidi
Sidik, kedua-duanya ditangkap oleh polis British.
Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke
Singapura untuk menerima rawatan rapi. Pegawai British itu
meninggal dunia 7 hari selepas kejadian.
Pada 15 Disember, 1949 Rosli dan Morsidi serta dua lagi rakan
seperjuangan mereka, Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang
Suntong, yang juga berketurunan Melanau, telah dihukum gantung
sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching.Mereka semua
dikebumikan tanpa batu nisan.
Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu
pada 2 Mac 1996, di Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri oleh
Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi
Adruce Mohamad Noor (kawan mereka yang juga berketurunan
Melanau).
RENTAP (AGIK IDUP AGIK NGELABAN)
(i) Latar belakang
- Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak-
dilahirkan tahun 1800- nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud
penggoncang dunia- Rentap juga digelar Raja Darat- merupakan
pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas
(ii)Faktor Penentangan
- Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana
menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun- James Brooke
mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang
Iban- tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di
Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap
(iii)Peristiwa Penentangan
- 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang-
pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee
terbunuh- kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang
Iban- 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan
membakar perkampungan Rentap- pengikut Rentap berundur ke Bukit
Sadok dan membina kubu- perjuangan Rentap mendapat sokongan padu
penduduk Iban dan digelar Raja Ulu- tahun 1857 James Brooke
menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di
Bukit Sadok- Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban
dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok-
Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang
kukuh- tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang
Bukit Sadok tetapi gagal- kata-kata semangat Rentap dalam
penentangan ini adalah Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami
tidak takut kepada kamu orang Eropah- tahun 1863 James Brooke
mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok-
pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas- James Brooke
membakar kubu dan rumah pengikut Rentap- James Brooke menggunakan
meriam Bujang Sadok untuk menentang Rentap- Rentap pula menggunakan
sejenis meriam besi Bujang Timpang Berang untuk menentang pasukan
Brooke- Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru
tetapi Rentap meninggal dunia
(iii)Kesan Penentangan- kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk
membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa-
semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap
Seorang waris keturunan Panglima Rentap, pejuang kemerdekaan
Sarawak yang begitu berani menentang regim Brooke 163 tahun lepas,
mahu generasi muda mencontohi semangat patriotisme dan nasionalisme
pahlawan Iban itu, terutamanya ketika negara menyambut ulang tahun
kemerdekaan ke-57 ini.
Sejak dulu lagi, ketika Luyang Bansang, masih di alam remaja,
beliau sudah mengetahui menerusi cerita rakyat, yang disampaikan
oleh bapanya sendiri mengenai seorang panglima perang orang Iban
yang tidak pernah menyerah kalah menentang Rajah Brooke dalam tiga
peperangan besar pada 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok, Ulu Layar
yang kini terletak dalam Bahagian Betong.
Hakikatnya Rentap berjuang dengan berani mempertahankan kawasan
dan kaumnya menentang penjajah dan meninggal dunia pada usia tua di
sekitar tahun 1870-an di Ulu Wak, Julau, yang kini merupakan
sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan
berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya.
Walaupun dilabelkan sebagai ketua pemberontak oleh regim Brooke,
saya sangat menghormati dan menyanjungi peranannya sebagai pejuang
kemerdekaan dan pahlawan yang menggerakkan semangat nasionalisme,
kata Luyang, seorang pegawai penerangan di Jabatan Penerangan
Sarawak kepada Bernama di sini.
Beliau berkata Rentap adalah moyangnya dan setiap orang kampung
di rumah panjang 26 pintu, Rumah Ujar, mengetahui perjuangannya
dengan Tawak Sadok, sejenis gong yang digunakan semasa peperangan
di Bukit Sadok, yang disimpan sebagai pusaka nenek moyang lima
generasi.
Menurut inskripsi peringatan Rentap di Bukit Sibau, Pakan, tapak
baru pusara peringatan Rentap yang dibina oleh kerajaan negeri,
pejuang kemerdekaan ini dari keturunan Skrang, yang menyertai
ekspedisi pelayaran semasa awal kehidupannya mencipta kehebatan
sebagai ketua panglima perang.
Apabila James Brooke menjadi Rajah Brooke Sarawak pada 25 Sept
1841, beliau mengisytiharkan pelaut Iban di Saribas dan Skrang
sebagai lanun, menyebabkan Rentap menentangnya di Kerangan Peris,
Skrang pada Ogos 1844.
Dalam satu petanda awal gerakan anti-Rajah Brooke, bagi Rentap,
James Brooke sendiri merupakan seorang lanun yang cuba meluaskan
kuasa dan pengaruh serta mengganggu cara hidup tradisional kaum
Iban.
Luyang berkata anggota keluarga keturunannya sangat menghargai
usaha kerajaan menjadikan puncak Bukit Sibau sebagai Lumbong
Rentap, yang bermaksud kubur dalam bahasa Iban, bagi memperingati
perjuangan Rentap menentang regim Brooke dan kesungguhannya
mempertahankan cara hidup tradisional kaum Iban. Rentap
diisytiharkan sebagai seorang pahlawan Sarawak oleh kerajaan negeri
pada 27 Julai 1993.