PENGENALAN Telekomunikasi merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan terus berkembang pada tahun-tahun yang akan datang. Ia penting dalam aplikasi pelbagai bidang termasuk bidang perniagaan dan pentadbiran yang memerlukan keputusan dibuat dengan cepat, tepat dan cekap. Tahun 1980 juga dikenali sebagai “Dekad untuk telekomunikasi” oleh sesetengah pihak. Telekomunikasi telah berkembang dengan cepat sehingga bersaing dengan kadar pertumbuhan komputer. Sejak kebelakangan ini telekomunikasi telah mendapat perhatian pihak pengurusan atasan. Telekomunikasi sekarang dilihat sebagai satu sumber yang benar walaupun ia pernah dilihat sebagai "necessary evil". Sebagai satu sumber, telekomunikasi berupaya menghasilkan pendapatan dan membolehkan mendapat keuntungan secara tidak langsung dengan menambah efisi pekerja, dengan mengagihkan maklumat yang bernilai dalam masa yang ditetapkan. PERKEMBANGAN UTAMA DALAM TELEKOMUNIKASI Perkembangan utama dalam telekomunikasi, yang mana perlu dikenalpasti dan diambil tindakan oleh semua pihak yang terlibat dalam adalah seperti berikut : 1
37
Embed
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN
Telekomunikasi merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan terus
berkembang pada tahun-tahun yang akan datang. Ia penting dalam aplikasi pelbagai
bidang termasuk bidang perniagaan dan pentadbiran yang memerlukan keputusan dibuat
dengan cepat, tepat dan cekap. Tahun 1980 juga dikenali sebagai “Dekad untuk
telekomunikasi” oleh sesetengah pihak. Telekomunikasi telah berkembang dengan cepat
sehingga bersaing dengan kadar pertumbuhan komputer.
Sejak kebelakangan ini telekomunikasi telah mendapat perhatian pihak
pengurusan atasan. Telekomunikasi sekarang dilihat sebagai satu sumber yang benar
walaupun ia pernah dilihat sebagai "necessary evil". Sebagai satu sumber, telekomunikasi
berupaya menghasilkan pendapatan dan membolehkan mendapat keuntungan secara tidak
langsung dengan menambah efisi pekerja, dengan mengagihkan maklumat yang bernilai
dalam masa yang ditetapkan.
PERKEMBANGAN UTAMA DALAM TELEKOMUNIKASI
Perkembangan utama dalam telekomunikasi, yang mana perlu dikenalpasti dan
diambil tindakan oleh semua pihak yang terlibat dalam adalah seperti berikut :
Kawalan telekomunikasi tanpa pergantungan kepada pihak lain. Telekomunikasi
adalah asas kepada pembentukan Masyarakat Informasi. Banyak maklumat perlu
diagihkan dengan betul dan teratur.
Bergerak ke arah dunia "digital" sepenuhnya. Perubahan dari dunia "analog" ke
dunia "digital" memberikan banyak kelebihan.
Penyatuan segala maklumat/kepintaran.
1
KEPENTINGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI
1) Berbagai-bagai maklumat dapat disalurkan melalui perniagaan, perdagangan dan
pentadbiran
cepat dan tepat berbanding dengan sistem lama
maklumat dihantar melalui sistem komputer berangkaian, wayarles, telefon,
internet, bahan-bahan cetak, tele-sidang
Sistem Pejabat Terbuka - urusan pembayaran bil letrik, air, telefon, ASN, ASB
dibuat di Pejabat Pos sahaja
Sistem komputer bank - urusan kewangan dilakukan dengan mudah dan pantas
contoh, GIRO, Maybank Kawanku - menggunakan Auto Teller Machine -
komputer berangkaian
Kerajaan eletronik, perkongsian maklumat melalui komputer yang dirangkaikan
untuk kecekapan pentadbiran.
2) Bidang pendidikan
penggunaan komputer dalam pendidikan, CAI
tahun 1980-an, pendidikan komputer diperkenalkan di sekolah menengah terpilih
wujud kelab-kelab komputer di sekolah - lahirkan pelajar-pelajar celik komputer
Sekolah Bestari - penggunaan aplikasi komputer multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah
3) Dunia tanpa sempadan
Penggunaan satelit - Malaysia lancar MEASAT 1 pada tahun 1995
Satelit memancarkan isyarat komunikasi telefon, faks, televisyen, telesidang dan
lain-lain
Satelit SITE kepunyaan India, PALAPA kepunyaan Indonesia
Siaran televisyen secara langsung ke seluruh dunia, menjalin hubungan manusia
sejagat - Siaran CNN, NBC, BBC
Internet - rangkaian komputer antarabangsa - komunikasi sejagat (Global
Village) - wujud masyarakat maklumat
2
4) Keselamatan, penyelidikan dan kesejahteraan manusia
Satelit kaji cuaca, mengkaji perubahan cuaca dan memberi amaran ribut dan
taufan
Hubungan kapal ke kapal -kecemasan, komunikasi dan laluan pelayaran
Topografi dan kajibumi - pemeliharaan hutan, kawal pencemaran, mengenalpasti
kawasan logam dan kawasan perikanan
5) Ketenteraan dan pertahanan
Sistem satelit NAVSTAR kepunyaan Amerika Syarikat - rangkaian 18 buah
satelit tentera
berfungsi mengintip, mengesan kedudukan musuh, bilangan kereta kebal dan
pesawat, stesen pelancar peluru berpandu mengesan kedatangan peluru berpandu
ICBM dan pangkalan tentera musuh
strategi peperangan ala Star Wars Amerika - dapat mengesan dan memusnahkan
peluru berpandu nuklear sebelum tiba di bumi Amerika.
6) Dunia hiburan
pemain video, televisyen, radio, komputer, beriteks
penggunaan antena parabola - wujud "Multi-channel Society"
Dunia jadi global - tanpa batas sempadan geografi, bangsa, budaya
Di sini kami telah membincangkan beberapa teknologi terkini dalam komunikasi
antaranya ialah teknologi Telefon Suara melalui Protokol Internet, Bluetooth, General
Packet Radio Services ( GPRS ), Wireless Application Protocol ( WAP ) dan 3G( third
generation ).
3
TEKNOLOGI TELEFON SUARA MELALUI PROTOKOL INTERNET / VOICE
OVER INTERNET PROTOKOL (VoIP)
Sejak telefon dicipta oleh Alexander Graham Bell pada suatu ketika dahulu, kita
hanya diperkenalkan dengan rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) untuk membuat
panggilan telefon. Rangkaian telefon berjenis ini hanya membenarkan komunikasi suara
dan faks sahaja dan tidak membenarkan jenis format maklumat lain seperti data untuk
dibawa bersama semasa komunikasi suara berlaku.
Kini, teknologi semakin berkembang pesat dan perubahan diperlukan dalam
komunikasi telefon iaitu bukan sahaja komunikasi suara tetapi komunikasi data juga
perlu dipertingkatkan lagi. Tetapi, rangkaian suara hanya membekalkan suara bukannya
komunikasi data. Oleh itu, teknologi yang berasingan perlu dibangunkan. Sesiapa yang
berhasrat untuk membuat pertukaran di antara suara dan data, dia memerlukan talian data
dan talian telefon yang berasingan. Ini bermakna kesemuanya adalah berganda seperti
perkhidmatan, kos panggilan, sewa talian, pemasangan dan kesulitan. Situasi ini masih
lagi wujud walaupun beberapa bahagian korporat dan LAN (Local Area Network ) masih
mempunyai ruang atau lebar jalur yang tidak digunakan. Dengan menggunakan lebar
jalur sedia ada pada talian data, kita boleh menghapuskan keperluan untuk menggunakan
dua rangkaian data dan suara yang berasingan. Ini merujuk kepada Telefon Internet iaitu
telefon suara melalui protokol Internet ( VoIP). Melalui teknologi ini, ia membolehkan
pertukaran data dan suara melalui satu rangkaian sahaja.
Teknologi Telefon Suara melalui IP atau VoIP merupakan satu teknologi terkini
yang sedang hangat diperkatakan. VoIP adalah teknologi yang membolehkan panggilan
telefon tempatan dan antarabangsa dapat dibuat melalui protokol Internet (IP)
menggunakan rangkaian suis berpaket dengan kadar panggilan jauh yang lebih murah
berbanding panggilan melalui talian tetap atau selular.
Protokol Internet atau Internet Protokol (IP) merupakan satu dari paras protokol
dalam suatu rangkaian. Dalam erti kata lain, apa-apa sahaja yang dihubungkan melalui IP
bermaksud melaksanakan suatu komunikasi melalui Internet. IP merupakan teknologi
terkini yang baik untuk komunikasi data. Banyak syarikat di negara-negara maju tidak
4
mahu ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi IP ini, Malaysia juga merupakan
salah sebuah negara yang turut terlibat dalam usaha untuk membina rangkaian IP dengan
matlamat untuk menawarkan perkhidmatan suara dan data bersepadu. VoIP atau
panggilan telefon melalui Internet dengan kos yang jauh lebih murah daripada sekarang
menjadi idea yang ‘dibeli’ pengguna. Ini adalah janji VoIP untuk para pengguna yang
menggunakannya.
Bagaimana komunikasi melalui IP ini dilakukan?
Secara teorinya, panggilan telefon melalui IP ini dilakukan dengan suara pengguna
dimampatkan dan dipindahkan dalam bentuk paket menerusi Internet seperti mana yang
dilakukan kepada kandungan emel yang dipindahkan. Paket ini dikenali sebagai paket IP
yang pergi dan kembali dalam Internet, ini membolehkan pengguna bercakap dan
mendengar pada masa yang sama. Dengan proses pemampatan suara ini menjadi paket,
syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP
dalam satu masa berbanding dengan panggilan telefon biasa. Oleh itu, penjimatan dapat
dirasai oleh setiap pengguna perkhidmatan telefon suara melalui IP ini.
Secara keseluruhannya, perkhidmatan telefon suara melalui IP menggunakan
Internet ini memerlukan komputer atau komputer- peribadi (PC). Teknologi VoIP
merupakan gantian kepada rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) yang perlahan dan
berteknologi lama. Walaupun masa yang lama diperlukan untuk menggantikan semua
talian PSTN yang sedia ada, tetapi teknolgi VoIP ini mungkin dapat diperkembangkan
secara berperingkat sehingga semua pihak di negara ini dapat menerima dan memahami
teknolgi tersebut.
Perkhidmatan kad pra-bayar FlexiCall JARING merupakan perkhidmatan terkini
dalam pasaran yang menggunakan teknologi VoIP dengan menggunakan rangkaian
tulang belakang fiber optik Internet yang dipunyai oleh JARING. MIMOS Berhad telah
melancarkan kad pra-bayar FlexiCall JARING iaitu kemudahan untuk membuat
panggilan telefon jauh dan antarabangsa berasaskan teknologi suara melalui Protokol
Internet (VoIP). FlexiCall JARING yang dimajukan oleh MIMOS Internet Services ini
menawarkan harga yang lebih murah dengan kualiti suara yang lebih baik. FlexiCall
JARING ini membolehkan orang ramai menjimatkan bil telefon apabila membuat
5
panggilan khususnya untuk panggilan antarabangsa kerana ia menawarkan penjimatan
kos dengan masa percakapan lebih lama. Sasaran pengguna bagi FlexiCall JARING ini
adalah para pekerja dan penuntut serta pelancong asing yang berada di negara ini yang
kerap membuat panggilan antarabangsa sama ada untuk urusan peribadi mahu pun
perniagaan.
Kad pra-bayar FlexiCall JARING ini dapat diperolehi dalam nilai RM30 dan
RM50 dengan penjimatan sehingga 80 peratus untuk panggilan jauh dan antarabangsa di
lebih 100 destinasi seluruh negara.Penglibatan MIMOS dalam pasaran baru ini adalah
satu komitmen untuk melengkapkan rakyat dengan teknologi terkini khususnya dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi melalui pembangunan teknologi tempatan.
Ianya juga memberi sumbangan besar dalam menjana perkembangan industri di
linkungan akses Internet dan merangsang pertumbuhan perkhidmatan Internet di
Malaysia.
Beberapa syarikat yang bukan dari sektor telekomunikasi telah diberi Lesen
Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Individu di bawah penguatkuasaan syarat-syarat baru
untuk mengawal selia pembekalan dan pengoperasian fasiliti. Syarat-syarat tersebut bagi
membolehkan syarikat bukan telekomunikasi seperti MIMOS Berhad dapat bersaing di
pasaran dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan teknologi VoIP.
Teknologi VoIP dijangka mengalami kepesatan pertumbuhan dalam tempoh 3
hingga 5 tahun akan datang di Asia berikutan permintaan terhadap kos panggilan jauh
yang lebih rendah di samping pasaran bagi teknologi VoIP ini masih baru di rantau ini
berbanding di Amerika Syarikat dan Eropah.
KEBAIKAN TEKNOLOGI VoIP
i. Penjimatan – dengan proses pemampatan suara menjadi paket, syarikat penyedia
perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP dalam satu
masa berbanding panggilan telefon biasa.
ii. Penjimatan bil telefon dan masa percakapan lebih lama apabila membuat
panggilan khususnya untuk panggilan antarabangsa.
6
iii. Menggunakan satu rangkaian sahaja berbanding dua rangkaian yang digunakan
sebelum ini melalui rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) – mengurangkan
sewa talian, perkhidmatan dan kesulitan.
iv. Kos panggilan lebih rendah atau murah:
- kos panggilan telefon jarak jauh dapat dikurangkan melalui panggilan
jalan lencongan PSTN ( calls bypass PSTN ).
- kos panggilan telefon bagi luar kawasan dan dalam kawasan dikurangkan
kerana menggunakan rangkaian korporat sedia ada.
v. VoIP boleh diaplikasikan kepada hampir sebarang keperluan komunikasi suara,
iaitu julat dari ‘simple interoffice intercom’ hinggalah kepada ‘ complex multi-
point teleconferencing’.
vi. Infrastruktur VoIP ini dapat diintergrasikan dengan mudah yang menyokong
semua bentuk komunikasi yang membenarkan lebih piawaian dan mengurangkan
jumlah peralatan kelengkapan .
vii. Penggabungan – bermaksud penggabungan sistem perakaunan adalah amat
berfaedah.
KEBURUKAN TEKNOLOGI VoIP
i. Penggunaan teknologi VoIP ini hanya dihadkan kepada pengguna yang
mempunyai PC yang memerlukan perkhidmatan Internet.
ii. Kualiti suara atau Voice Quality(Qos) adalah rendah semasa panggilan dilakukan.
iii. Kawalan panggilan atau pengisyaratan dimestikan supaya telefon dapat
memanggil proses lutsinar.
iv. Pengurangan panggilan penolakan, kehilangan paket dan mudah putus hubungan
(disconnect ).
v. Melibatkan ‘gateway’ antara persekitaran rangkaian data dan rangkaian suara.
7
Rajah 1 berikut menunjukkan keseluruhan Sistem Rangkaian VoIP:
Rajah 1
8
BLUETOOTH
Bluetooth merupakan teknologi tanpa wayar
(wireless). Ia menggunakan gelombang radio bagi
membolehkan peranti-peranti mudah alih seperti PDA atau
laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya
juga boleh diperluaskan lagi kepada desktop dimana desktop
boleh dihubungkan ke pencetak ataupun pengimbas tanpa
menggunakan wayar penyambung. Konsep perangkaian ini
telah dinamakan sebagai Personal Area Network atau PAN.
Pembangun asal Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM
dan Toshiba. Kemudian satu kumpulan yang dikenali sebagai
Bluetooth Special Interest Group atau SIG telah ditubuhkan yang
terdiri daripada sembilan syarikat utama dalam bidang IT, iaitu 3Com,
Ericsson, IBM, Intel, Lucent, Microsoft, Motorola, Nokia dan Toshiba.
Di samping itu, terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam
membangunkan produk yang berasaskan teknologi Bluetooth.
Bluetooth telah dibangunkan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada
pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih. Kajian Gartner Dataquest
mendapati bahawa terdapat lebih daripada 900 juta pengguna yang menggunakan
pelbagai perkakasan mudah alih terutamanya laptop dan telefon bimbit dalam tempoh
lima tahun.
Kebanyakan urusan yang dilakukan oleh pengguna ini memerlukan penyelesaian
yang pantas. Ini termasuklah pertukaran dan perkongsian maklumat seperti nombor
telefon, jadual, fail-fail penting dan mungkin juga pasaran saham. Ia boleh