Top Banner
HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DENGAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Jamaludin bin Suhaimi Sarjana Muda Dengan Kepujian (Kaunseling) 2006 Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
24

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

Feb 03, 2018

Download

Documents

hoangdang
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DENGAN

KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI

MALAYSIA SARAWAK

Jamaludin bin Suhaimi

Sarjana Muda Dengan Kepujian (Kaunseling)

2006

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia

Page 2: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN

KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI

MALAYSIA SARAWAK

JAMALUDIN SUHAIMI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

(Kaunseling)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

Page 3: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

i

Projek bertajuk ‘Hubungan Antara Kerapatan Hubungan dan Kepuasan

Perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak’ telah disediakan oleh

Jamaludin bin Suhaimi dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan

Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda

dengan Kepujian (Kaunseling).

Diterima untuk diperiksa oleh :

..……………………………..

( Encik Rizal Abu Bakar )

Tarikh :

...............................................

Page 4: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

ii

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih

kepada penyelia projek asal iaitu Puan Fatahyah Yahaya atas segala usaha,

bimbingan dan nasihat yang telah diberikan sepanjang proses kajian ini dihasilkan.

Bantuan, bimbingan dan nasihat Puan merupaka asas dan dorongan untuk terus

maju dalam menghasilkan projek tahun akhir ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi ditujukan kepada Ketua Jabatan

Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) iaitu

Encik Rizal Abu Bakar selaku penyelia projek atas segala nasihat dan tunjuk ajar.

Didikan dan bantuan daripada Tuan adalah tulang belakang kejayaan penghasilan

projek tahun akhir ini. Ilmu dan pengalaman yang dicurahkan Tuan menjadikan

projek tahun akhir ini suatu yang lebih bermakna.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan tutor-tutor Jabatan

Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) atas

segala bentuk sumbangan dan tunjuk ajar yang banyak membantu penghasilan

kajian ini. Penat lelah mereka dalam memberi galakan dan panduan akan dikenang

sampai akhir hayat.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan; Mahasiswa

Program Kaunseling ambilan 2003 atas sokongan dan tunjuk ajar yang amat

bermanfaat kepada diri. Penghasilan kajian ini merupakan satu kejayaan bersama

untuk semua. Penghargaan terakhir tetapi penuh bermakna ditujukan kepada ahli

keluarga kerana sentiasa menyokong dan memberi sumbangan tidak kira apa jua

keadaan. Segala jasa dan budi semua pihak amat dikenang.

Page 5: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

iii

JADUAL KANDUNGAN

Halaman

Penghargaan ii

Jadual Kandungan iii

Senarai Jadual vi

Senarai Rajah vii

Senarai Lampiran viii

Abstrak ix

Abstract x

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 4

1.2 Kenyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 8

1.3.1 Objektif Kajian Umum 8

1.3.2 Objektif Kajian Khusus 9

1.4 Hipotesis Kajian 9

1.5 Kerangka Konseptual 10

1.6 Definisi Istilah 12

1.6.1 Kerapatan Hubungan 12

1.6.2 Kepuasan Perkahwinan 13

1.6.3 Kekerapan Hubungan 13

1.6.4 Kepelbagaian Aktiviti Dilakukan 13

1.6.5 Kekuatan Pengaruh Pasangan 14

1.7 Kepentingan Kajian 14

1.8 Limitasi Kajian 15

1.9 Kesimpulan 17

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 18

2.1 Saling Bergantung Dalam Hubungan 19

2.2 Teori Pertautan 20

2.3 Kerapatan Hubungan Dalam Hubungan 21

Interpersonal

2.4 Kerapatan Dan Kebebasan 22

2.5 Kerapatan Dan Kemesraan 23

Page 6: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

iv

2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik 24

2.7 Kerapatan Dalam Hubungan Kekeluargaan 24

2.8 Aspek-aspek Kepuasan Perkahwinan 25

2.9 Model-model Kepuasan Perkahwinan 26

2.10 Kepuasan Perkahwinan Dan Umur 27

2.11 Kesan Kepuasan Perkahwinan Kepada Individu 28

2.12 Kepuasan Perkahwinan Dan Komunikasi 29

2.13 Kepuasan Perkahwinan Dan Penyelesaian Masalah 30

2.14 Kesimpulan 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 31

3.1 Lokasi Kajian 32

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Responden Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.4.1 Bahagian A (Demografi) 33

3.4.2 Bahagian B (Kerapatan Hubungan) 35

3.4.3 Bahagian C (Kepuasan Perkahwinan) 28

3.5 Pengumpulan Data 40

3.6 Penganalisaan Data 40

3.6.1 Relationship Closeness Inventory 41

3.6.2 Comprehensive Marital Satisfaction Scale 43

3.7 Kesimpulan 45

BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 46

4.1 Statistik Deskriptif 47

4.1.1 Analisa Taburan Demografi Tempoh 47

Perkahwinan

4.2 Statistik Inferensi 48

4.3 Pengujian Hipotesis 49

4.3.1 Perhubungan Antara Faktor Demografi 49

(Tempoh Perkahwinan) Dengan

Kerapatan Hubungan Mahasiswa

Universiti Malaysia Sarawak.

4.3.2 Perhubungan Antara Faktor Demografi 50

(Tempoh Perkahwinan) Dengan

Kepuasan Perkahwinan Mahasiswa

Universiti Malaysia Sarawak.

4.3.3 Perhubungan Antara Kerapatan Hubungan 52

Page 7: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

v

Dengan Kepuasan Perkahwinan

Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

4.3.4 Perhubungan Antara Kekerapan Hubungan 53

Dengan Kepuasan Perkahwinan

Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

4.3.5 Perhubungan Antara Kepelbagaian Aktiviti 55

Dengan Kepuasan Perkahwinan

Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

4.3.6 Perhubungan Antara Kekuatan Pengaruh 57

Pasangan Dengan Kepuasan

Perkahwinan Mahasiswa Universiti

Malaysia Sarawak.

4.3.7 Kesimpulan Pengujian Hipotesis 58

4.4 Kesimpulan 60

BAB 5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 61

5.1 Rumusan Kajian 62

5.2 Kesimpulan Kajian 64

5.3 Cadangan Kajian 64

5.3.1 Pengkaji Akan Datang 65

5.3.2 Pengamal 66

5.3.3 Organisasi 67

5.4 Kesimpulan 68

RUJUKAN 69

Page 8: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

vi

SENARAI JADUAL

Halaman

Jadual 3.1 42

Kriteria Permakahan Bagi Relationship Closeness Inventory

Jadual 3.2 43

Tahap Kerapatan Hubungan Keseluruhan Dalam Relationship

Closeness Inventory

Jadual 4.1 47

Tempoh Perkahwinan Responden Mengikut Bulan

Jadual 4.2 50

Perbezaan Tempoh Perkahwinan Dengan Kerapatan Hubungan

Jadual 4.3 51

Perbezaan Tempoh Perkahwinan Dengan Kepuasan Perkahwinan

Jadual 4.4 52

Hubungan Antara Kerapatan Hubungan Dengan Kepuasan

Perkahwinan

Jadual 4.5 53

Hubungan Antara Kekerapan Hubungan Dengan Kepuasan

Perkahwinan

Jadual 4.6 56

Hubungan Antara Kepelbagaian Aktiviti Dengan Kepuasan

Perkahwinan

Jadual 4.7 58

Hubungan Antara Kekuatan Pengaruh Dengan Kepuasan

Perkahwinan

Jadual 4.8 59

Rumusan Pengujian Hipotesis

Page 9: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

vii

SENARAI RAJAH

Halaman

Rajah 1.1 11

Kerangka Konseptual

Rajah 3.1 34

Formula Pengiraan Sampel

Rajah 3.2 44

Pengiraan Julat Skor Min

Rajah 3.3 45

Pengiraan Julat Min Skor Untuk Kepuasan Perkahwinan

Page 10: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

viii

SENARAI LAMPIRAN

Halaman

Lampiran 1 73

Instrumen Kajian

Lampiran 2 82

Kekerapan Dan Taburan Demografi

Lampiran 3 84

Jadual Keputusan Ujian Anova Sehala

Lampiran 4 86

Jadual Keputusan Ujian Korelasi Pearson

Page 11: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

ix

ABSTRAK

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DENGAN KEPUASAN

PERKAHWINAN: SATU KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Jamaludin bin Suhaimi

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara kerapatan hubungan

dengan kepuasan perkahwinan bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa yang telah berkahwin

telah dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan

adalah satu set borang soal selidik yang terdiri daripada dua jenis inventori iaitu

Relationship Closeness Inventory (RCI) dan Comprehensive Marital Satisfaction

Scale (CMSS). Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis faktor

demografi responden yang terdiri daripada tempoh perkahwinan. Kaedah statistik

inferensi pula digunakan bagi menganalisis hubungan antara kerapatan hubungan

dengan kepuasan perkahwinan serta ketiga-tiga sub-skala kerapatan hubungan

(kekerapan hubungan, keperlbagaian aktiviti dilakukan dan kekuatan pengaruh

pasangan) dengan kepuasan perkahwinan melalui ujian Anova sehala dan ujian

Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan

signifikan antara tempoh perkahwinan dengan kepuasan perkahwinan dan tempoh

perkahwinan dengan kerapatan hubungan. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak

terdapat hubungan signifikan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan

perkahwinan, kekerapan hubungan dengan kepuasan perkahwinan dan kekuatan

pengaruh pasangan dengan kepuasan perkahwinan. Hasil dapatan kajian

membuktikan bahawa terdapat hubungan signifikan antara kepelbagaian aktiviti

dengan kepuasan perkahwinan. Turut dibincangkan adalah cadangan-cadangan bagi

kajian akan datang dan juga limitasi kajian.

Page 12: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

x

ABSTRACT

RELATIONSHIP BETWEEN RELATIONSHIP CLOSENESS AND MARITAL

SATISFACTION: A STUDY IN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Jamaludin bin Suhaimi

The purpose of this study is to identify the relationship between relationship

closeness and marital satisfaction of students of Universiti Malaysia Sarawak. A

set of 70 married students were randomly selected for the purpose of this study. The

instrument of the study is a set of questionnaire comprises of two inventories which

are Relationship Closeness Inventory (RCI) and Comprehensive Marital

Satisfaction Scale (CMSS). Descriptive statistical methods are used to analyze the

demographical factors part of the study which is the period of marriage in years

and months. Inferential statistical methods are used to analyze the relationship

between relationship closeness and marital satisfaction and the relationships of

three sub-scales of relationship closeness (frequency of relationship, diversity of

activities done and strength of spousal affection) and marital satisfaction by using

One-Way Anova test and Pearson Correlation test. The findings show that there

are no significant relationships between the period of marriage and marital

satisfaction and the period of marriage and relationship closeness. The findings

also indicate that there are no significant relationships between relationship

closeness and marital satisfaction, frequency of relationship and marital

satisfaction and strength of spousal affection and marital satisfaction. The results

also show a significant relationship between diversity of activities performed and

marital satisfaction. Suggestions for future research and limitation of research are

also discussed.

Page 13: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Perkahwinan merupakan satu hubungan antara satu pasangan yang terdiri

daripada seorang lelaki dan seorang perempuan secara sah dari aspek sosial, agama

dan budaya. Perkahwinan merupakan asas kepada keluarga yang seterusnya

merupakan komponen kecil masyarakat di sesuatu kawasan.

Sejarah perkahwinan adalah berdasarkan kontrak sosial antara pasangan

yang terdiri daripada seorang lelaki iaitu suami dan seorang perempuan iaitu isteri

(Eshleman, 1991). Budaya perkahwinan telah diperkembangkan dengan munculnya

negara dan masyarakat yang menerima dan membenarkan perkahwinan sesama

jenis (homoseksual) iaitu antara lelaki dan lelaki iaitu pasangan gay (McWhirter &

Page 14: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

2

Mattison, 1984). atau perempuan sesama perempuan iaitu pasangan lesbian

(Thomas, 2005). Selain daripada itu wujud juga isu perkahwinan poligami iaitu

seorang lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang perempuan dalam suatu masa

(Eshleman, 1991).

Islam sebagai salah satu agama di dunia juga mempunyai pandangan serta

hukum terhadap perkahwinan. Miftah Faridl (1996) menyatakan bahawa

perkahwinan dalam Islam mempunyai suatu asas yang paling utama iaitu konsep

nikah. Nikah yang bererti aqad atau ikatan, merupakan suatu perjanjian antara

seorang lelaki dan perempuan dalam ikatan suami isteri untuk membangunkan

rumah tangga sesuai dengan ketentuan syarak (Miftah Faridl, 1996).

Miftah Faridl (1996) turut menyatakan bahawa terdapat tiga dasar bagi

undang-undang perkahwinan. Tiga dasar ini adalah yang pertama iaitu perkahwinan

merupakan ikatan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan soerang perempuan

bagi membentuk sebuah rumah tangga. Dasar kedua ialah perkahwinan adalah sah

sekiranya dilakukan mengikut hukum agama dan kepercayaan masing-masing dan

dasar yang ketiga ialah setiap perkahwinan perlu dicatat menurut peraturan

perundangan setempat. Ahmad Ibrahim (1997) pula menyatakan pendaftaran

merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam Ordinan Perkahwinan 1952

yang menetapkan setiap perkahwinan di Malaysia hendaklah didaftarkan di bawah

Registra.

Di Asia, perkahwinan juga merupakan satu adat atau aktiviti yang

dijalankan sejak dahulu lagi. Namun begitu timbul beberapa isu yang berkaitan

Page 15: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

3

dengan isu perkahwinan seperti pendidikan perkahwinan dan pendidikan seks serta

isu penceraian yang semakin meningkat di kalangan beberapa negara di Asia

(Huang, 2005). Isu-isu yang timbul terutamanya penceraian menunjukkan kajian

bagi penduduk Asia harus terus dijalankan dan diperbanyakkan.

Kerapatan hubungan merupakan satu aspek yang terdapat dalam hubungan

interpersonal. Clark dan Reis (1988) dalam Berscheid, Snyder dan Omoto (1989)

menyatakan bahawa kerapatan merupakan satu keadaan yang menjadi asas kepada

apa jua bentuk hubungan. Hubungan interpersonal yang rapat dapat mewujudkan

pelbagai impak positif kepada kedua-dua individu tersebut dan juga persekitaran.

Kerapatan hubungan juga merupakan aspek yang penting bagi satu hubungan

romantik atau mesra yang berdasarkan satu ikatan. Ikatan yang terjalin antara

pasangan terjadi apabila pasangan aktif, saling mempengaruhi dan saling memberi

dan menerima antara satu sama lain (Johnson, Makinen & Milikin, 2001). Johnson,

Makinen dan Milikin (2001) menambah bahawa ikatan yang dibentuk pula akan

menghasilkan keselesaan, perasaan selamat dan kerapatan antara kedua-dua

individu atau pasangan ini.

Kepuasan perkahwinan sering dikaitkan dengan kebahagiaan rumah tangga.

Kepuasan perkahwinan berkait rapat dengan keadaan individu tersebut,

keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga (Stack & Eshelmen, 1998 dalam

Bradbury, Fincham & Beach, 2000). Hubungan yang sentiasa terkawal dan

membentuk kepuasan dalam perkahwinan bagi seseorang individu dapat mengelak

dari berlakunya pelbagai kejadian yang tidak diingini kepada individu atau

Page 16: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

4

keluarga. Penceraian merupakan antara fenomena yang selalu berlaku dalam

perkahwinan (Huang, 2005) dan patut dielakkan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Keluarga merupakan satu institusi asas dalam masyarakat. Keluarga

berpunca dari pasangan yang terdiri daripada suami dan isteri dan seterusnya anak-

anak. Hubungan yang wujud dalam keluarga adalah hubungan antara pasangan

suami isteri, hubungan antara anak dengan bapa, hubungan antara anak dengan ibu

dan hubungan antara adik-beradik. Hubungan suami isteri dari segi kerapatan

hubungan mereka dan kepuasan perkahwinan merupakan satu aspek penting bagi

membentuk kebahagiaan rumahtangga.

Kerapatan hubungan merupakan aspek yang terdapat dalam hubungan

interpersonal. Saling bergantung dalam hubungan merupakan konsep yang menjadi

asas dalam kerapatan hubungan bagi suatu pasangan. Konsep ini terdiri daripada

empat faktor iaitu tempoh masa, kekerapan hubungan, kepelbagaian aktiviti

dilakukan dan kekuatan pengaruh pasangan (Berscheid, Snyder & Omoto, 1989).

Teori Pertautan merupakan suatu teori yang sering dihubungkait dengan

hubungan antara dua orang individu. Teori ini diasaskan oleh John Bowlby dan

Mary Ainsworth. Teori yang merujuk kepada hubungan ibu dan anak ini telah

dikembangkan dalam kajian terhadap orang dewasa (Bretherton, 1992).

Kepuasan perkahwinan merupakan aspek yang luas dan mempunyai banyak

kajian yang berbeza telah dijalankan. Secara keseluruhan, kajian-kajian yang

Page 17: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

5

dijalankan berkenaan kepuasan perkahwinan dibahagikan kepada tiga aspek iaitu

proses interpersonal dalam perkahwinan, perjalanan hubungan perkahwinan dan

pengukuran dan konsep kepuasan perkahwinan (Bradbury, Fincham & Beach,

2000).

Terdapat beberapa model dan konsep yang dijadikan panduan dalam kajian

kepuasan perkahwinan. Model Dinamika Berterusan, Model Penyalahanggapan dan

Model Penyesuaian merupakan model yang digunakan bagi mengukur kepuasan

perkahwinan bagi responden (Caughlin, 2002).

1.2 Kenyataan Masalah

Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan dua pembolehubah yang

berkaitan iaitu kerapatan hubungan dan kepuasan perkahwinan. Kajian yang

dijalankan mengkaji hubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan

perkahwinan dengan mengambilkira tempoh perkahwinan sebagai faktor

demografi.

Perhubungan yang rapat merupakan satu aspek yang wujud dalam

perhubungan yang penting dan amat bermakna bagi seseorang. Perhubungan yang

rapat adalah berdasarkan prinsip saling bergantungan antara kedua-dua individu

(Kelley, Berscheid, Christensen, Harvey, Huston, Levinger, McClintock, Peplau &

Peterson, 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Terdapat pelbagai

hubungan yang rapat yang boleh di alami oleh indivdu pada suatu masa. Kajian

oleh Berscheid, Snyder dan Omoto (1989) kepada 241 orang pelajar di Universiti

Page 18: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

6

Minnesota telah mengenalpasti terdapat beberapa bentuk hubungan yang paling

rapat yang wujud iaitu perhubungan romantik (47%), perhubungan persahabatan

(36%), perhubungan kekeluargaan (14%) dan lain-lain perhubungan (3%).

Hubungan suami isteri dan pasangan kekasih adalah dikategorikan sebagai

hubungan yang romantik.

Kepuasan perkahwinan merupakan aspek yang sering kali dikaji dalam

perhubungan suami isteri. Setiap kajian menyentuh aspek yang berbeza-beza yang

berkaitan dengan kepuasan perkahwinan. Antara aspek yang sering disentuh ialah

proses interpersonal manusia seperti kognisi dan sokongan sosial, perjalanan

hubungan perkahwinan seperti kehadiran anak-anak dan pengurusan tekanan dan

pengukuran kepuasan perkahwinan yang berkaitan seperti pembangunan alat

ukuran yang sesuai dan teori-teori yang boleh diaplikasikan (Bradbury, Fincham &

Beach, 2000). Kajian yang dijalankan ke atas 60 orang ibu bapa yang baru

memperolehi cahaya mata dan 60 orang ibu bapa tanpa anak di Univeristi Haifa

mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai anak menunjukkan kepuasan

perkahwinan yang lebih tinggi berbanding dengan ibu bapa yang tidak mempunyai

anak (Guttmann & Lazar, 2004). Contoh kajian ini menunjukkan hubungan antara

kepuasan perkahwinan dengan kehadiran anak-anak.

Sacco dan Phares (2001 dalam Patten, n.d.) menyatakan bahawa individu

akan merasai kepuasan perkahwinan apabila pasangannya memberi tanggapan yang

positif terhadapnya. Sacco dan Phares (2001 dalam Patten, n.d) membuat kajian

terhadap peranan keyakinan kendiri dan tekanan dalam sokongan pasangan dan

Page 19: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

7

kepuasan perkahwinan. Kajian mereka menunjukkan bahawa walaupun individu

mempunyai masalah tekanan, namun sokongan oleh pasangan akan menimbulkan

keyakinan kendiri dan mengekalkan kepuasan perkahwinan individu dan

pasangannya.

Gee, Scott, Castellani dan Cordova (2002) telah menjalankan kajian yang

berbentuk pencegahan dan pengawasan. Gee et al. (2002) telah membuat kajian

bagi menekankan kepuasan perkahwinan dalam kalangan pasangan yang baru

berkahwin. Di samping membuat kajian berkenaan jangkaan kepuasan

perkahwinan dalam masa 2 tahun bagi pasangan yang baru berkahwin, mereka juga

telah memberi satu pandangan dan nasihat tidak langsung akan kepentingan

kepuasan perkahwinan kepada pasangan yang dikaji. Bagi pasangan lain di seluruh

dunia pula mereka akan menjadi lebih peka terhadap kepentingan kepuasan

perkahwinan kerana hasil kajian pengkaji-pengkaji ini menunjukkan terdapat

kemungkinan pasangan yang berkahwin mengalami masalah dalam perkahwinan

dan kepuasan perkahwinan mereka selepas 2 tahun berkahwin. Sebanyak 41

peratus pasangan yang dikaji dicadangkan untuk merujuk pakar atau mengikuti

kaunseling perkahwinan selepas tempoh atau semasa tempoh 2 tahun tersebut

akibat daripada pelbagai punca. Kesedaran terhadap kepentingan kepuasan

perkahwinan harus ditingkatkan terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin

agar rumah tangga mereka terus berada dalam keadaan yang bahagia.

Kerapatan hubungan dan kepuasan perkahwinan merupakan satu hubungan

yang berkait rapat. Kerapatan hubungan merupakan asas kepada perhubungan

Page 20: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

8

romantik (Johnson, Makinen & Milikin, 2001) seperti hubungan perkahwinan.

Kajian ini penting bagi mengetahui tahap hubungan kerapatan perhubungan suami

isteri yang dapat menjamin kepuasan perkahwinan mereka. Kerapatan hubungan

antara suami dan isteri hasil daripada kekerapan meluangkan masa bersama

pasangan, kepelbagaian aktiviti yang dilakukan bersama-sama dan keakraban yang

terhasil dari kekuatan perhubungan suami isteri (Kelley et al., 1983 dalam

Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Elemen-elemen kerapatan ini merupakan

elemen yang dikaji dalam hubungan antara kerapatan hubungan dan kepuasan

perkahwinan. Kajian yang dijalankan oleh Kirby, Baucom dan Peterman (2005) ke

atas 84 pasangan serta 4 suami dan 12 isteri di Carolina Utara mendapati bahawa

keperluan bagi kerapatan yang tidak dipenuhi mengakibatkan kesan yang negatif

kepada kepuasan perkahwinan secara keseluruhan. Hal ini menunjukkan bahawa

kerapatan dan kepuasan perkahwinan adalah suatu yang berkait rapat.

1.3 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan pengkaji mengandungi dua jenis objektif iaitu

objektif umum kajian dan objektif khusus kajian. Objektif umum dan khusus bagi

kajian ini adalah disenaraikan seperti berikut:

1.3.1 Objektif Umum

Mengenal pasti tahap hubungan antara kerapatan hubungan dan kepuasan

perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

Page 21: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

9

1.3.2 Objektif Khusus

1.3.2.1 Mengkaji hubungan antara tempoh perkahwinan diantara responden dengan

kerapatan hubungan (kekerapan, kepelbagaian dan kekuatan hubungan)

mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

1.3.2.2 Mengkaji hubungan antara tempoh perkahwinan diantara responden dengan

kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

1.3.2.3 Mengkaji hubungan antara kerapatan hubungan (kekerapan, kepelbagaian

dan kekuatan hubungan) dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa

Universiti Malaysia Sarawak.

1.3.2.4 Mengkaji hubungan antara kekerapan hubungan dengan kepuasan

perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

1.3.2.5 Mengkaji hubungan antara kepelbagaian aktiviti dilakukan dengan

kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

1.3.2.6 Mengkaji hubungan antara kekuatan pengaruh pasangan dengan kepuasan

perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

1.4 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian bagi kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

H01 Tiada perbezaan signifikan antara tempoh perkahwinan diantara

responden dengan kerapatan hubungan mahasiswa Universiti

Malaysia Sarawak.

Page 22: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

10

H02 Tiada perbezaan signifikan antara tempoh perkahwinan diantara

responden dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti

Malaysia Sarawak.

H03 Tiada perhubungan signifikan antara kerapatan hubungan dengan

kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

H04 Tiada perhubungan signifikan antara kekerapan hubungan dengan

kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.

H05 Tiada perhubungan signifikan antara kepelbagaian aktiviti dilakukan

dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia

Sarawak.

H06 Tiada perhubungan signifikan antara kekuatan pengaruh pasangan

dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia

Sarawak.

1.5 Kerangka Konseptual

Kajian yang dijalankan adalah diterangkan melalui kerangka konseptual

seperti Rajah 1.1.

Kajian ini menggunakan dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar

dan pembolehubah tak bersandar. Mengikut kerangka konseptual di atas,

pembolehubah bersandar adalah kepuasan perkahwinan. Kepuasan perkahwinan

merupakan pembolehubah bersandar kerana kepuasan perkahwinan merupakan

pembolehubah yang hendak dikaji dan bergantung kepada pembolehubah

Page 23: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

11

bersandar. Kerapatan hubungan mempengaruhi hubungan mesra atau perkahwinan

(Johnson, Makinen & Milikin, 2001). Pembolehubah tak bersandar bagi kajian ini

merupakan kerapatan hubungan dan faktor demografi. Pembolehubah tak bersandar

ini merupakan pembolehubah yang mempengaruhi kepuasan perkahwinan.

Rajah 1.1 : Hubungan antara Kerapatan Hubungan dengan

Kepuasan Perkahwinan.

Pembolehubah tak bersandar demografi yang dikaji dalam kajian ini

merupakan tempoh perkahwinan. Tempoh perkahwinan merupakan satu-satunya

pembolehubah yang dikaji kerana tempoh perkahwinan mempunyai hubungan

dengan kerapatan hubungan (Kelley et al., 1983 dalam Berscheid, Snyder &

Omoto, 1989) dan kepuasan perkahwinan (Caughlin, 2002). Pembolehubah tak

bersandar kerapatan hubungan mempunyai 3 elemen yang dikaji iaitu kekerapan

Faktor Demografi

1. Tempoh Perkahwinan

Kerapatan Hubungan

1. Kekerapan Hubungan

2. Kepelbagaian Aktiviti

Di Lakukan

3. Kekuatan Pengaruh

Pasangan

Kepuasan

Perkahwinan

Page 24: Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Antara Kerapatan Hubungan... · Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia . ... 2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik ... sekiranya

12

hubungan, kepelbagaian aktiviti dilakukan dan kekuatan pengaruh pasangan

(Kelley et al., 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989).

1.6 Definisi Istilah

Definisi istilah merupakan perkara yang penting sebagai panduan

keseluruhan kajian ini. Definisi istilah ini menerangkan maksud setiap konsep yang

digunakan dalam kajian dan terbahagi kepada dua iaitu definisi konseptual dan

definisi operasional.

1.6.1 Kerapatan Hubungan

Konseptual

Satu jenis keadaan dimana kedua-dua individu (1) mempunyai kekerapan masa

bersama-sama, (2) kesan perbuatan adalah kuat terhadap masing-masing, (3) kesan

perbuatan adalah hasil dari pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama dan (4)

kesemua aspek adalah hasil dari perbuatan yang berkaitan dalam sesuatu jangka

masa yang lama (Kelley et al., 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989).

Operasional

Satu perhubungan yang rapat antara mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak dan

pasangannya yang di nilai melalui kekerapan meluangkan masa bersama-sama,

melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama dan pasangan mempunyai pengaruh

terhadap responden.