Sce 3113 Fakta Mengenai Gula Apakah Gula? Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi- ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa. Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar . Apakah saranan pengambilan gula tambahan? WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g). 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Sce 3113
Fakta Mengenai Gula
Apakah Gula?
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang
mudah diserap oleh tubuh.
Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi
karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam
buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan
semasa penyediaan atau pemprosesan.
Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh
diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa
Kumpulan : 8 PISMP SN Ambilan Januari 2011, IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Pada 7 Ogos 2014 bersamaan hari Khamis, saya bersama 2 orang lagi rakan iaitu Norakmalina binti Ahmad Tarmizi dan Mohd Sharul Anuar bin Omar telah melaksanakan program kesedaran gaya hidup sihat dan mendidik sekumpulan murid-murid mengenai bahaya bahan tambah dalam makanan. Program yang kami jalankan ini menfokuskan kepada bahaya bahan tambah apabila digunakan secara berlebihan dan diambil secara berlebihan melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat. Program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran terutamanya di kalangan murid-murid sekolah rendah yang seringkali terdedah kepada pelbagai makanan tidak berkhasiat yang tidak sesuai dengan keperluan tumbesaran mereka.
Program ini dijalankan melalui 6 langkah yang jelas di mana setiap langkah bertujuan mendidik para peserta mengenai bahan tambah dalam makanan serta ancaman yang wujud disebabkan oleh bahan tambah ini. Langkah 1 dan 2 dijalankan bagi mencapai objektif memperkenalkan bahan tambah yang seringkali digunakan di dalam makanan seharian terutamanya makanan terproses melalui pembacaan label. Langkah 3 dan 4 pula menfokuskan kepada penerangan mengenai kesan bahan tambah berlebihan dalam makanan selain melatih para peserta program mengenal pasti bahan tambah yang wujud melalui label di pek-pek makanan. Di langkah 5 pula, tayangan video mengenai makanan yang dihasilkan oleh rangkaian restoran makanan segera popular yang mempunyai kesan buruk diberikan kepada peserta program sebelum langkah 6 dijalankan di mana para peserta diminta menjawab soal selidik mengenai program yang mereka sertai. Program yang dijalankan ini menggunakan pelbagai bentuk dan kaedah pengajaran di mana integrasi teknologi maklumat seperti tayangan video dan slide show digunakan secara meluas bagi menarik minat peserta program.
http://www.youtube.com/watch?v=8uHxRwQqWFo
(alamat laman web ini akan menunjukkan kesan bahan aditif berlebihan kepada makanan segera yang popular)
Secara keseluruhannya, melalui hasil analisis soal selidik yang dihasilkan dapat diperhatikan bahawa para peserta memberikan respon yang positif kepada program yang dijalankan dan impak yang positif dapat dilihat menerusi hasil soal selidik. Walaupun beberapa penambahbaikan boleh dilakukan bagi menambahbaik
kelemahan program, tetapi program yang dijalankan berjaya mencapai objektif bagi menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid mengenai bahan tambah dalam makanan.
Pendahuluan dan Perancangan Reka Bentuk Program
Bagi tugasan ini, saya dan dua lagi rakan iaitu Norakmalina Bt Ahmad Termizi dan Mohd Sharul Anuar bin Omar telah memilih untuk melaksanakan tajuk nombor 5 ,iaitu bahan tambah dalam makanan. Kami telah melakukan perbincangan dan berpendapat bahawa tajuk kami akan dikembangkan menjadi program kesedaran mengenai bahan tambah dalam makanan. Pemilihan program kesedaran ini kami jalankan berdasarkan perkembangan isu semasa mengenai kesihatan di kalangan rakyat Malaysia dewasa ini.
Perkembangan isu semasa di Malaysia menunjukkan bahawa ramai dikalangan rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan. Menurut data statistik daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, sebanyak 15.1% rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti ataupun berat badan berlebihan. Ini meletakkan Malaysia sebagai negara ‘paling gemuk’ di Asia Tenggara dan di kedudukan nombor enam yang mempunyai masalah ini di peringkat Asia. Lebih membimbangkan lagi, daripada 2.6 juta rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan, hampir setengah juta daripadanya merupakan rakyat di bawah 18 tahun. Lebih menyedihkan, statistik ini disumbangkan dengan fakta bahawa 13 daripada setiap 100 kanak-kanak di sekolah rendah seluruh Malaysia mengalami masalah obesiti. Ini sesuatu yang cukup membimbangkan dan perlu diberi perhatian segera di mana tindakan yang serius perlu diambil bagi memastikan isu ini tidak bertambah buruk.
Sekali imbas, isu obesiti tampak tiada kena mengena dengan pengambilan bahan tambah dalam makanan. Namun, masyarakat perlu disedarkan bahawa dengan mengambil makanan secara berlebihan boleh meningkatkan kadar bahan tambah di dalam tubuh kita – apatah lagi jika kebanyakkan makanan yang diambil itu merupakan makanan segera yang mengandungi bahan tambah yang berbahaya kepada tubuh jika wujud dalam jumlah yang berlebihan. Ini kerana kebanyakkan bahan tambah yang ditambah ke dalam makanan yang diproses dewasa ini merupakan bahan tambah yang diperolehi melalui proses kimia dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
12
Sce 3113
Oleh itu, kami berpendapat adalah perlu bagi kami melaksanakan program kesedaran mengenai kesan buruk bahan tambah yang berlebihan kepada tubuh badan. Program kesedaran seperti ini mesti dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai apa yang setiap dari kita masukkan ke dalam tubuh kita. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahajalah barulah kempen untuk mengurangkan kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia berjaya dijalankan dengan jayanya.
Melalui program ini, kami menfokuskan kepada kumpulan sasaran kami di kalangan murid-murid sekolah di mana kami laksanakan internship selama sebulan, iaitu di sebuah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kira-kira 30 orang murid telah mengikuti program kempen kesedaran yang kami jalankan ini di mana murid-murid ini ditunjukkan tayangan interaktif selain video mengenai bahan tambah dalam makanan. Mereka diajar untuk mengenal bahan tambah dalam makanan, selain membaca label pada makanan segera atau terproses bagi mengenalpasti bahan tambah yang wujud di dalam makanan. Mereka juga turut ditunjukkan tayangan video mengenai kesan bahan tambah berlebihan yang digunakan di dalam makanan segera yang popular di kalangan kanak-kanak.
Melalui program ini kami berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid-murid sekolah rendah mengenai kesan buruk mengambil bahan tambah secara berlebihan melalui pengambilan makanan secara tidak seimbang dan tidak sihat. Kesedaran ini seharusnya wujud sedari kecil lagi agar amalan penjagaan tubuh yang sihat dimulakan sejak awal lagi. Borang maklum balas disediakan pada akhir program bagi melihat sejauh mana program ini memberi impak yang diharapkan, selain mengenalpasti kelemahan yang boleh ditambah baik di masa akan datang.
Analisa borang maklum balas
Soalan-soalan di dalam borang maklum balas
1)Melalui program ini saya dapat mengetahui apa itu bahan tambah dalam makanan dan contoh bahan tambah dalam makanan.
2)Melalui program ini saya dapat memahami kesan bahan tambah dalam makanan.
3)Melalui program ini saya dapat mengetahui cara yang betul untuk membaca label makanan bagi mengenalpasti bahan tambah dalam makanan.
4)Saya akan lebih berhati-hati untuk memilih makanan yang membahayakan kesihatan selepas program ini
13
Sce 3113
5)Saya bersetuju bahawa bahan tambah dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan saya sekiranya diambil secara berlebihan
6)Saya akan mengamalkan gaya hidup sihat yang dianjurkan dalam program ini.
7)Program ini amat membantu saya untuk mengamalkan gaya hidup sihat
Jadual 1 menunjukkan jumlah jawapan di kalangan murid lelaki
Soalan Ya Tidak
1 12 3
2 15 0
3 12 3
4 14 1
5 15 0
6 15 0
7 15 0
Jadual 2 menunjukkan jumlah jawapan di kalangan murid perempuan
Soalan Ya Tidak
1 11 4
2 15 0
14
Sce 3113
3 14 1
4 14 1
5 15 0
6 15 0
7 14 1
Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus) untuk murid lelaki.
Soalan Ya (%) Tidak (%)
1 80 20
2 100 0
3 80 20
4 93.33 6.67
5 100 0
6 100 0
7 100 0
Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus) untuk murid perempuan.
Soalan Ya (%) Tidak (%)
1 73.33 26.67
2 100 0
15
Sce 3113
3 93.33 6.67
4 93.33 6.67
5 100 0
6 100 0
7 93.33 6.67
Jadual 5 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus) untuk semua murid.
Soalan Ya (%) Tidak (%)
1 76.67 23.33
2 100 0
3 86.67 13.33
4 93.33 6.67
5 100 0
6 100 0
7 96.67 3.33
Bar Graf menunjukkan peratus maklum balas murid dalam bentuk graf bar
16
Sce 3113
Analisis Maklum Balas Peserta Program
Berdasarkan jadual 1 & 2 yang melihat kepada jumlah pelajar lelaki dan perempuan menjawab soalan 1-7 di dalam borang soal selidik, hanya soalan 2, 5 dan 6 sahaja menunjukkan semua murid menjawab ya bagi ketiga-tiga soalan. Soalan 2 dan 5
ialah soalan yang menfokuskan kepada matlamat yang ingin dicapai oleh program ini – pada akhir program, para peserta seharusnya sudah faham dan sedar akan kesan yang diakibatkan oleh pengambilan bahan tambah dalam makanan secara berlebihan. Menerusi soalan 5 pula, peserta program seharusnya telah faham pada akhir program bahawa jika diambil secara berlebihan, bahan tambah yang wujud di dalam makanan boleh mengakibatkan kesan negatif akibat dari pengambilan diet yang tidak selamat.
Soalan seterusnya yang menunjukkan semua responden menjawab ya ialah soalan 6. Soalan ini lebih kepada kesedaran yang hendak ditimbulkan oleh program ini, di mana ia bertujuan melihat sama ada peserta program akan lebih menyedari kepentingan untuk menjalani gaya hidup sihat setelah menyertai program ini. Gaya hidup sihat di sini bukan sahaja mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan tambah yang berlebihan, bahkan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mula mengamalkan diet seimbang dan memenuhi keperluan tubuh badan. Ini penting kerana berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia mendapati terdapat peningkatan 13.6 peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti, bahkan lebih 300 juta manusia di seluruh dunia menghadapi masalah obesiti. Ini semestinya bukan perkara yang baik bahkan mesti dijauhkan kerana berat badan berlebihan merupakan ibu kepada pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kadar kolesterol di dalam darah yang tinggi. Lebih-lebih lagi gaya hidup zaman sekarang di mana kanak-kanak kurang menghabiskan masa beriadah di luar rumah melakukan aktiviti fizikal dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video di depan kaca televisyen.
Namun begitu, bukan semua soalan soal selidik yang dikeutarakan membuahkan hasil yang positif daripada kalangan responden. Melalui maklum balas yang diterima juga, item soalan 1 menunjukkan sejumlah 23% responden menanda ‘tidak’ bagi item tersebut - jumlah tertinggi responden menanda tidak bagi satu-satu item. Item temu bual kedua ialah soalan 3, di mana sejumlah 13% responden menanda tidak bagi soalan ini.
Melihat kepada analisis sampel data yang diperolehi dari dapatan soal selidik menunjukkan hasil kurang memberangsangkan mengenai item 1 dan 3. Sejumlah 7 orang gagal ataupun menyatakan tidak kepada kenyataan bahawa mereka telah tahu apa itu bahan tambah dalam makanan dan contoh bahan tambah dalam makanan. Selain itu juga 4 orang juga menyatakan tidak kepada kenyataan bahawa mereka telah mengetahui cara yang betul membaca label makanan bagi mengenalpasti bahan tambah dalam makanan setelah tamat program ini (item 3). Jumlah yang tinggi ini sememangnya sesuatu yang membimbangkan dan tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi semua murid menjawab ‘Ya’ bagi item 2, 5 dan 6. Ini kerana semua item-item soalan ini berkait rapat dan menjurus kepada satu konklusi – bahawa murid telah faham dan tahu mengenalpasti bahan tambah dalam makanan dan kesannya kepada tubuh jika berlebihan. Oleh itu, saya mengesyaki
18
Sce 3113
para responden sama ada benar-benar menyatakan ‘tidak’ mengenai item 1 dan 3 atau mereka tidak faham maksud item yang diberikan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan sekiranya program ini dijalankan sekali lagi pada masa hadapan, dan mesti diperbaiki bagi memastikan respon yang lebih positif kepada item-item ini.
Menerusi analisis ke atas data yang diperolehi melalui soal selidik yang dijalankan mendapati bahawa program ini membuahkan hasil yang positif. Kesemua item-item yang diberikan kepada responden di dalam borang soal selidik menunjukkan lebih 70% responden memilih jawapan ‘Ya’ bagi setiap item yang diberikan. Lebih membanggakan lagi item 2, 5 dan 6 menunjukkan kadar respon positif yang paling tinggi, iaitu 100% menjawab ‘Ya’. Walaupun sejumlah responden memilih jawapan ‘Tidak’ bagi beberapa soalan terutamanya soalan 1 dan 3, ianya tidak mewakili jumlah majoriti responden dan tidak melebihi 25% daripada sampel responden yang terbabit. Secara keseluruhannya, melalui pola data yang diperolehi daripada hasil analisis data soal selidik menunjukkan program ini membantu meningkatkan kesedaran mengenai bahaya bahan tambah yang berlebihan di dalam makanan, selain meningkatkan pengetahuan mengenai kesannya kepada tubuh badan. Selain itu juga, boleh juga disimpulkan program ini menimbulkan kesedaran di kalangan responden untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan pengambilan makanan segera yang kurang selamat dan tidak baik untuk kesihatan.
Penambahbaikan & Kritikan terhadap Program
Penambahbaikan
1) Soalan item yang dikemukan di dalam borang soal selidik boleh dipermudahkan lagi bahasanya. Timbul keraguan mengapa responden ramai menjawab ‘tidak’ bagi soalan 1 dan 3 tetapi kesemua responden menjawab ‘Ya’ bagi item 2 dan 5. Ini kerana item 1, 2, 3 dan 5 merupakan item-item yang berkait rapat antara satu sama lain dan tidak sepatutnya menunjukkan perbezaan ketara dari sudut jawapan responden. Kemungkinan besar responden tidak faham item soalan yang diberikan kepada mereka dan menjawab secara semberono. Jika betul ini berlaku, maka keberkesanan program ini tidak dapat dinilai dengan betul kerana berlaku faktor gangguan luaran seperti responden gagal memahami dan memberikan respon yang sesuai kepada item temu bual.
2) Ada sebilangan murid-murid yang tidak membawa makanan mereka sendiri ketika aktiviti mengenal pasti bahan tambah yang wujud di dalam makanan melalui bacaan label di pek pembungkusan makanan. Natijahnya, golongan ini tidak terbabit secara aktif ketika aktiviti membaca label sekaligus tidak faham kepentingannya dan kegunaannya. Saya juga mengesyaki bahawa ini merupakan punca mengapa item 3
19
Sce 3113
mempunyai sebilangan responden yang menjawab ‘tidak’ – setinggi 13% responden. Sebaiknya, guru selaku fasilitator program membawa sejumlah pek makanan yang mencukupi untuk diberikan seorang satu bagi aktiviti membaca label. Setelah itu, mereka diminta membaca dan menulis bahan tambah yang terdapat di pek makanan, bukannya sekadar membaca sahaja. Ini bagi memastikan semua peserta terbabit dengan aktiviti ini dan tiada penumpang. Apabila ini berlaku, saya yakin itu menyebabkan mereka gagal membaca label makanan yang tertulis kerana tidak faham apa yang hendak dilakukan.
3) Fasilitator seharusnya lebih aktif di dalam merencana dan melaksanakan aktiviti program bersama peserta program. Persediaan dan perencanaan program seharusnya lebih mantap dan kukuh bagi memastikan program ini benar-benar menarik minat peserta dan menanam kesedaran di dalam diri mereka. Faktor masa boleh dipanjangkan lagi dari sekadar 1-2 jam kepada 3 jam bagi memastikan aktiviti yang lebih baik dapat dirangka untuk program ini. Masa yang begitu suntuk menyebabkan aktiviti yang dijalankan sedikit tergesa-gesa dan tidak begitu menarik peserta untuk benar-benar memahami konsep dan keperluan program ini dijalankan.
4) Bahan tambah yang wujud di dalam makanan bukan sahaja tertakluk kepada makanan yang terproses dan siap berlabel selain terdiri daripada bahan kimia sahaja. Sebagai enambahbaikan, peserta program boleh diperkenalkan dengan bahan-bahan aditif yang digunakan oleh nenek moyang dan diperolehi secara semulajadi. Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan kebanyakkan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semula jadi seperti garam, kuning telur dan juga cuka. Dengan memulakan program menggunakan sesuatu yang biasa dikalangan peserta program yang rata-ratanya merupakan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, ini membantu mereka belajar berdasarkan perkembangan yang sesuai dengan mental mereka. Tidak dinafikan salah satu punca mereka beberapa responden tidak faham item 3 iaitu tidak dapat mengenalpasti bahan tambah adalah kerana kami memulakan pengenalan mengenai bahan tambah menggunakan contoh-contoh bahan kimia yang mempunyai terminologi yang begitu sukar difahami kanak-kanak di bawah 12 tahun. Oleh itu adalah penting untuk menyesuaikan program dengan tahap pengetahuan para peserta.