BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kekuatan mental dan spiritual benar-benar mempengaruhi kehidupan kita. Kekuatan fizikal yang kita miliki adalah lahir dari kekuatan mental dan spiritual . Kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabung dan dimantapkan, kerana itu apabila kita disuruh melakukan sesuatu tugas atau kerja, kita perlu melakukan dengan sepenuh jiwa dan raga (Yosep,2005). Menurut Zuhri (2001) dalam Siti Lutfiyah (2008), kecerdasan spiritual adalah kecerdasan manusia yang digunakan untuk berhubung dengan tuhan. Seseorang itu 1
164
Embed
Etika Kerja Dan Kecerdasan Spiritual Serta Kepuasan Kerja Jururawat
Tesis Etika kerja dan SQ serta kepuasan kerja jururawat
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kekuatan mental dan spiritual benar-benar mempengaruhi kehidupan
kita. Kekuatan fizikal yang kita miliki adalah lahir dari kekuatan mental dan
spiritual . Kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik
sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabung dan dimantapkan, kerana itu apabila
kita disuruh melakukan sesuatu tugas atau kerja, kita perlu melakukan dengan
sepenuh jiwa dan raga (Yosep,2005).
Menurut Zuhri (2001) dalam Siti Lutfiyah (2008), kecerdasan spiritual
adalah kecerdasan manusia yang digunakan untuk berhubung dengan tuhan.
Seseorang itu andai hubungannya dengan Tuhan adalah baik maka, didapati
hubungannya sesama manusia juga akan baik. Kekuatan spiritual memberi
kesan dan pengaruh yang kuat terhadap diri kita. Dengan adanya kekuatan
spiritual, ia menjadikan diri kita mampu melihat serta mengawal tingkahlaku
seterusnya memberi makna dalam diri kita. Kekuatan spiritual juga dapat
menghadirkan rasa tenang, damai dan ikhlas. Seterusnya mendorong kita
1
melakukan kebaikan terutamanya dalam menjalani tanggungjawab serta tugas
seharian kita.
Yosep (2005) berpendapat jururawat yang memiliki taraf kecerdasan
spiritual tinggi mampu menjadi lebih bahagia dan menjalani kepuasan hidup
( bekerja ) berbanding dengan mereka yang taraf kecerdasan spiritualnya
rendah. Tambahnya lagi, pencarian makna bagi jururawat seharusnya berkait
rapat dengan layanan kejururawatan atas dasar ibadah kepada Tuhan dan
pertolongan bagi manusia yang memerlukannya.
Kajian-kajian terbaru menunjukkan sikap yang positif dan kebolehan
dalam menyesuaikan diri memainkan peranan penting dalam membina
kehidupan yang positif. Mereka yang mempunyai sikap yang positif juga lebih
redho dengan kehidupan mereka, mempunyai hubungan interpersonal yang
baik, lebih produktif, gembira dengan pekerjaan mereka, lebih suka menolong
orang lain dan turut berjaya mencapai matlamat hidup khususnya dalam bidang
pekerjaan mereka. (Seminar Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam, 2005).
Menurut Locke (1976) sikap positif terhadap kerja disamakan dengan
kepuasan kerja sementara sikap negatif disamakan dengan tidak kepuasan
bekerja. Deshpandest (1997), pula mengatakan jururawat yang memiliki
tekanan yang tinggi dan kepuasan kerja yang rendah akan menyebabkan
fenomena berhenti kerja serta ketidakpuasan bekerja.
2
1.2 Permasalahan Kajian
Masyarakat hari ini kian ramai memperkatakan isu-isu berkaitan etika
di kalangan jururawat tanpa disedari semasa memberi perkhidmatan bantuan
mereka terhadap pesakit.
Antara insiden-insiden yang pernah berlaku yang dipaparkan di dada
akhbar seperti kes bayi perempuan Putri Nur Danisha yang telah patah tulang
paha akibat tindakan jururawat memegang tangan dan kaki bayi tanpa
memegang badannya. Ini adalah di antara insiden-insiden yang tidak diduga
tetapi telah berlaku di hospital-hospital. (Metro, Jun 2009). Kes seorang doktor
dan jururawat memperdagangkan bayi ( Utusan Online, 9 Jun 2008 ), paparan
aksi memalukan sebilangan jururawat di Britain dalam laman web jaringan
sosial Facebook yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan professional
ini. (Kosmo, 10 Jun 2009). Kes jururawat diperkatakan tidak mesra pelanggan,
berkasar dengan pesakit, tidak prihatin, sombong dan bersikap tidak beretika
serta tidak professional ( Utusan Online, Disember 2006 ).
Pelanggaran profesion etika kerja adalah serius jika tidak ditangani
dengan segera kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak
layak menyebabkan orang lain yang menerima kemudaratan. Menyedari gejala
pelanggaran perilaku ini menyebabkan Gabungan Persatuan Penggguna
Malaysia (FOMCA) menyelar sikap angkuh dan tidak professional para
petugas perkhidmatan kesihatan samaada golongan doktor atau jururawat
pelatih. Presidennya, Profesor Hamdan Adnan, berkata sebahagian besar aduan
3
orang ramai yang diterima oleh FOMCA adalah mengenai salahlaku golongan
ini ( Berita Online, Julai 2008 ).
Yang berbahagia Tan Sri Samsudin Osman Ketua Setiausaha Negara di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya membuat kesimpulan dalam
penutup ucapannya mengatakan, pekerja yang berasa gembira dengan kerja
yang dilakukan akan dapat wujudkan sesuatu yang memuaskan hati dalam
bekerja, barulah kerja yang dilakukan memberi makna padanya. Justeru itu,
setiap individu wajar mengamalkan spiritual dalam diri agar mampu mencipta
makna dan jiwa yang bahagia ( Seminar Psikologi, Julai 2005 ).
Berkaitan isu-isu pelanggaran etika kerja ini, adakah disebabkan
seseorang individu tidak mampu mengawal dirinya sehingga terjadi perlakuan
yang tidak sepatutnya. Mungkinkah seseorang itu wajar mengetahui cara-cara
untuk mengawal tingkahlakunya. Selain daripada individu itu dapat mengawal
emosi, individu juga patut dapat mengawal hatinya juga iaitu spiritual
dalaman. Hati adalah peneraju kehidupan manusia sama ada ke arah kebaikan
atau keburukan. Apabila rosak hatinya, nafsunya lebih cenderung ke arah
keburukan dan jiwanya tidak tenang. Situasi ini akan terpancar pada air muka
dan perawakan individu tersebut ( al-Ghazali, 2008 ).
Justeru itu, persoalan yang cuba diperbincangkan dalam kajian ini
adalah, adakah terdapat perkaitan kecerdasan spiritual, etika kerja dan
kepuasan kerja dalam kalangan jururawat kerana kajian ini mengandaikan
4
bahawa individu yang memiliki kecerdasan spiritual yang tinggi akan
mengamalkan etika dalam bekerja lantaran itu, individu tersebut akan
menikmati kepuasan bekerja yang lebih bermakna. Bekerja bukan sekadar
mencari rezeki untuk hidup tetapi jujur dan ikhlas serta mempunyai nawaitu
yang tulus dalam membantu sesama manusia melebihi daripada yang lain
semata-mata untuk mendapat keredaan Tuhan seterusnya jiwa akan lebih puas
dan tenang ( Hidayat, 2001 ).
1.3 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan yang akan dberi tumpuan dalam kajian ini iaitu:
1.3.1 Apakah tahap setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja dan
kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim
Sungai Petani?
1.3.2 Adakah terdapat perbezaan setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika
kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan
Abdul Halim Sungai Petani dari segi demografi?
1.3.3 Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan spiritual dan amalan etika
dalam kalangan jururawat?
1.3.4 Adakah terdapat hubungan setiap dimensi kecerdasan spiritual dan
kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim
Sungai Petani?
5
1.3.5 Adakah terdapat hubungan antara etika kerja dan kepuasan kerja dalam
kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani?
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
1.4.1 Mengenalpasti tahap setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja
dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul
Halim Sungai Petani.
1.4.2 Mengetahui perbezaan setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja
dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul
Halim Sungai Petani.
1.4.3 Mengenalpasti hubungan antara kecerdasan spiritual dan etika kerja
dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
1.4.4 Mengenalpasti hubungan setiap dimensi kecerdasan spiritual dan
kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim
Sungai Petani.
1.4.5 Mengenalpasti hubungan antara etika kerja dan kepuasan kerja dalam
kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
6
1.5 Signifikan Kajian
Kajian ini sesuai dilaksanakan memandangkan di Malaysia tidak
banyak didapati kajian berkaitan kecerdasan spiritual khususnya terhadap
jururawat. Kajian ini juga akan dapat membantu jururawat memahami diri
serta kelebihan individu yang memiliki kecerdasan spiritual yang tinggi
mampu mengawal etika kerja serta dapat mencapai kepuasan dalam bekerja.
Selain daripada itu, kajian ini merupakan satu kajian ilmiah yang akan dapat
memberi idea-idea kepada pengkaji-pengkaji ilmiah yang lain dalam
menghasilkan kajian yang lebih bermutu. Kajian ini juga diharapkan dapat
memberi manafaat kepada pihak yang berkenaan khususnya dalam
meningkatkan kecerdasan spiritual kejururawatan agar mampu menjana piawai
profesionalisme sebanding dengan komuniti jururawat global ( Pelita Brunai,
Julai 2009 ).
1.6 Definisi Konsep
1.6.1 Kecerdasan Spiritual
Kecerdasan Spiritual adalah satu konsep yang masih baru dan ia
diperkenalkan oleh Danah Sahar dan Ian Marshall ( 2001), melalui bukunya
iaitu The Ultimate Intelligence. Secara umumnya kecerdasan spiritual telah
didefinisikan oleh Barat sebagai makna hidup iaitu the meaning of life. Danah
dan Marshall (2001) merumuskan kecerdasan spiritual iaitu keunikan berfikir
7
untuk bertingkahlaku, kesedaran diri, fleksibel dan adaptif, cenderung untuk
memandang segala sesuatu secara holistik serta cenderung untuk mencari
jawapan asas bagi kehidupan atas situasi-situasi dalam hidupnya.
Ary Ginanjar Agustian (2003) dalam ( Berita Harian, Feb 2009),
menyatakan kecerdasan spiritual adalah kemampuan untuk memahami makna
dan nilai tertinggi dalam kehidupan serta tujuan asas kehidupan. Frankl dalam
Danah dan Marshall (2001), mendefinisikan sebagai pengembangan pemikiran
tentang pemaknaan hidup, yang di dalamnya terkandung nilai-nilai: (1) nilai
kreatif; (2) nilai pengalaman dan (3) nilai sikap. Makna yang diperolehi oleh
manusia akan menjadikan dirinya seorang individu yang memiliki kebebasan
rohani iaitu kebebasan dari godaan nafsu serakah dan persaingan dalam konflik
terhadap tanggungjawab Tuhan, diri dan orang lain.
Manakala menurut Covey (2005) dalam Danah dan Marshall (2001),
kecerdasan spiritual juga membantu mencerna dan memahami prinsip-prinsip
sejati yang merupakan bahagian dari nurani kita, mendorong seseorang agar
bekerja ikhlas, bertindak dan berfikir dengan jiwa yang bersih.
1.6.2 Etika Kerja
Menurut Osman (1998 ) dalam Siti Lutfiyah ( 2008 ), etika kerja boleh
diertikan sebagai budaya kerja yang di dalamnya terangkum berbagai –bagai
perkara yang diperlukan di dalam rangka mencapai matlamat sesuatu
organisasi. Etika kerja merangkumi faktor-faktor dorongan pekerjaan seperti
8
keluarga dan masyarakat. Ia juga memain peranan di dalam menentukan
keutuhan organisasi.
Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid ( INTAN, 1991 ) pula menyatakan
etika kerja adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah
organisasi bagi mengawal tingkahlaku pekerja atau ahli organisasi tersebut. Ia
merupakan satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa
selaras dengan sistem nilai dalam sesebuah organisasi berkenaan.
1.6.3 Kepuasan Kerja
Definisi kepuasan kerja menurut Elm dan Nichols (1993) adalah hasil
dari pengalaman yang berhubung dengan penilaian dan pengharapan mereka
terhadap pekerjaan. Manakala Locke (1976) pula mentakrifkan kepuasan kerja
sebagai satu tindakan emosi yang sedar akibat daripada penilaian dan
pengalaman ke atas kerja yang dilakukan. Menurutnya lagi sikap positif
terhadap kerja disamakan dengan kepuasan, sementara sikap negatif disamakan
dengan tidak kepuasan kerja.
Pendapat Hulin et al. (1964) pula mengatakan kepuasan kerja
merupakan perasaan seseorang pekerja terhadap situasi kerja pada
keseluruhannya. Perasaan itu juga ada kaitannya dengan apa yang diharapkan
dan apa yang dicapai sebenarnya. Giligan ( 1992 ) mendefinisikan kepuasan
kerja sebagai istilah umum mengenai sesuatu keadaan di mana keperluan
9
pekerja dapat dipenuhi selari dengan perasaan manusia yang selalu berubah-
ubah. Apabila keadaan tergugat keselamatan kerja menjadi persoalan utama
dan apabila keadaan bertambah baik mereka akan menukarkan keutamaan
tersebut.
1.6.4 Jururawat
Lembaga Jururawat Malaysia (1998) di dalam kod profesionnya,
mendifinisikan jururawat berdaftar sebagai individu yang telah mendapatkan
latihan formal dalam bidang kejururawatan dan telah berdaftar dengan
Lembaga Jururawat Malaysia.
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru ( 1989), jururawat adalah individu yang
dilatih untuk memberi rawatan kepada orang yang berada dalam kesakitan.
Norashikin ( 2006 ), menyatakan jururawat merupakan gelaran yang diberikan
kepada seseorang individu yang bertanggungjawab menjaga orang-orang sakit
atau cedera di hospital.
1.7 Definisi Operasional
Berikut adalah definisi operasional pemboleh ubah kecerdasan spiritual, etika
kerja, kepuasan kerja dan jururawat.
10
1.7.1 Kecerdasan Spiritual
Kecerdasan spiritual yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini adalah
berkaitan hati dan jiwa seseorang jururawat di dalam menghadapi tugas
sehariannya, ketelusan dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.
Melalui kecerdasan spiritual yang boleh dipupuk serta dilatih, manusia mampu
mengawal kecerdasan hingga dirinya akan mencapai bahagia dengan
keikhlasannya dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa terpaksa atau
tertekan oleh pihak lain ( Yosep,2005 ).
Kecerdasan spiritual dalam kajian ini terdiri daripada empat dimensi iaitu:
i. Kendiri
Konsep kendiri dikategorikan kepada diri fizikal dan personel
( Roy, 1984 ). Roy juga menggalakkan para jururawat supaya membayangkan
pengaruh-pengaruh kejururawatan membentuk sistem penjagaan jururawat.
Malinski ( 2002 ) pula mencadangkan mengkaji kejiwaan dan kesembuhan
daripada perspektif kesedaran kendiri dari sudut dalaman ( Lauterbach dan
Becker, 1996 ) mengatakan peranan jururawat adalah untuk menggalakkan
pesakit dalam aktiviti penjagaan kendiri. Bila penyakit menganggu dan
pendapat pakar tidak dapat membantu merasionalkan keadaan maka
pengalaman hidup boleh membantu menstabilkan keadaan dan spiritual dalam
kendiri pesakit juga dapat membantunya ( Pesut, 2003 ).
11
ii. Melampaui kendiri
Merupakan perhubungan atau perkaitan dengan Tuhan yang maha esa
melalui perasaan, hati dan jiwa. Florence Nightingle adalah model
kejururawatan yang menggabungkan tradisi penjagaan kristian secara holistik
iaitu manusia dicipta oleh tuhan yang pengasih. Nightingle percaya kepada
kendiri manusia serta hubungannya dengan Tuhan. Penjagaan holistik melihat
individu sebagai gabungan perkaitan yang rapat antara komponen fizikal,
sosial, psikologi dan spiritual ( Chung, 2002 ).
iii. Pengertian penjagaan kerohanian
Pengertian penjagaan kerohanian merujuk kepada perkaitan dalam
perhubungan yang agak subjektif ( subjective ), iaitu menggabungkan
keseluruhan keupayaan manusia dalam membentuk kekuatan dalaman dan
kedamaian pesakit. Selain daripada menjangkau lebih mendalam dari
kebimbangan diri dan melangkaui semua sempadan ( Chung, 2002 ).
Penjagaan kerohanian atau kejiwaan adalah kemampuan jururawat menjadikan
pesakit rasa bahagia dan bermakna walaupun dalam kesengsaraan. Pencarian
makna bagi jururawat adalah memberi layanan atas dasar ibadah kepada Allah
s.w.t ( Tuhan ) dan kemampuan memberi pertolongan kepada pesakit yang
memerlukan ( Yosep, 2005 ).
12
iv. Amalan penjagaan kerohanian
Terdapat kekurangan apabila mendefinisikan maksud kejiwaan dan
penjagaan kejiwaan ( kerohanian ) kerana kejiwaan selalu dianggap sebagai
peribadi dan subjektif ( Hall 1997, Smith dan McSherry 2004 ). Bentuk-bentuk
penjagaan kejiwaan yang sering diberikan oleh jururawat termasuklah
mendengar, menyentuh, hadir, berdoa, menggunakan alat-alat agama,
kehadiran di acara-acara agama, bercakap dengan paderi (orang alim),
membaca bible (al-quran) (Don, 2004), menunjukkan sikap baik hati (Taylor et
al. 1995), penerimaan dan sikap yang tidak menghakimi, pengesahan perasaan
dan fikiran pesakit, memudahkan, menanam harapan (Sellers dan Haag, 1998),
membincangkan masalah dengan mendalam, mencadangkan pesakit mencari
bantuan, membuat rujukan kepada pakar kejiwaan dan memberitahu pesakit
sumber tempatan (Kristeller et al.,1999).
1.7.2 Etika Kerja
Etika kerja yang akan diperbincangkan dalam kajian ini adalah secara
umum sahaja, namun begitu pengkaji masih berlandaskan kepada tunggak dua
belas iaitu enam daripada dua belas tunggak duabelas telah dipilih bersesuaian
dengan kecerdasan spiritual yang dikaji. Antara enam tunggak tersebut ialah
sifat hargai masa, sifat tekun membawa kejayaan, sifat keseronokan bekerja,
sifat kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi dan kekuatan sifat baik
hati.
13
1.7.3 Kepuasan Kerja
Kepuasan kerja pula penyelidik telah memfokuskan kepada kepuasan
secara dalaman jururawat ( instistic ) dan kepuasan luaran jururawat
( extrinstic ).
1.7.4 Jururawat
Pengkaji akan memfokuskan jururawat yang bertugas di Hospital
Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana hospital ini merupakan sebuah
hospital kerajaan yang besar serta mempunyai kakitangan yang ramai.
Bersesuian dengan isu permasalahan yang hendak dikaji oleh penyelidik.
1.8 Skop Kajian
Kajian dijalankan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Skop
kajian melibatkan responden iaitu jururawat yang bertugas di sini mengikut
pangkat masing-masing. Pemilihan responden dalam kalangan pelbagai
pangkat supaya tidak berlaku bias.
14
1.9 Latar Belakang Teori
Dalam kajian ini teori yang dibincangkan adalah Teori Kaunseling Al-
Ghazali, teori etika kerja yang dikemukakan oleh White (1997) dan
teori kepuasan kerja iaitu Teori Dua Faktor Herzberg.
1.9.1 Teori Kaunseling Al-Ghazali
Terdapat pelbagai teori dan pengkelasan para pengkaji aspek spiritual
dan agama yang menjadi kepercayaan manusia. Umumnya ia dibahagikan
kepada agama langit, agama wahyu dan agama budaya, yang terdiri daripada
Yahudi, Kristian dan Islam. Kajian ini berdasarkan Teori Kaunseling Al-
Ghazali, teori ini menghuraikan sifat-sifat manusia dari kenyataan Al-Quran
dan hadis serta pemerhatian al-Ghazali. Ia menepati kaedah ilmu Islam yang
berasaskan dalil naqli iaitu wahyu dan dalil aqli iaitu aqal. Walaupun manusia
terdiri daripada komponen fizikal dan spiritual, namun tumpuan al-Ghazali
lebih kepada aspek spiritual dalaman. Ini selaras dengan konsep beliau pada
ilmu iaitu ilmu zahir dan batin.
Ilmu zahir berkaitan dengan ibadat dan adat kebiasaan yang berlaku
pada tubuh badan. Ilmu batin pula adalah ilmu mukasyafah yang berkait
dengan soal hati. Aspek spiritual manusia kuat mempengaruhi kehidupan
manusia. Ia menjadi daya dorong perlakuan jasad yang dikenali sebagai
tingkah laku. Secara naluri, seluruh anggota manusia patuh kepada hati. Al-
15
Ghazali (2008) mengatakan, apabila manusia menyalahi ataupun mengengkari
peraturan Allah semasa hidup, ia menjadikan manusia gelisah dan bermasalah
kerana tidak menepati ikrarnya. Oleh itu, bagi tujuan menjaga hati daripada
tercemar dengan unsur-unsur buruk individu itu perlu menjaga pancaindera
kerana semua elemen yang diterima oleh pancaindera merangsang aspek
dalaman sama ada bertindak baik atau tidak baik.
Falsafah manusia menurut al-Ghazali ( 2008 ), aspek dalaman manusia
iaitu hati, akal dan jiwa yang kuat dipengaruhi oleh segala rangsangan yang
diterima melalui pancaindera. Rangsangan positif mencetuskan dorongan
kerohanian serta hubungannya dengan kepuasan kerja
Keputusan ujian korelasi bagi menguji perhubungan kecerdasan
spiritual memahami pengertian kerohanian dengan kepuasan kerja jururawat
menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan antara keduanya.
Dapatan ini menunjukkan bahawa, sama ada memahami pengertian
kerohanian atau tidak memahami pengertian kerohanian didapati kepuasan
kerja jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani sama sahaja
semuanya.
Profesion jururawat merupakan bidang tugas yang berhadapan dengan
nyawa manusia, justeru itu walaupun mereka memahami atau tidak
memahami pengertian kerohanian mereka mesti melaksanakan tugas yang
diberi dengan penuh komited dan bersunguh-sungguh.
Hasil kajian ini bertentangan dengan kajian oleh Ke-Ping Yang
(2006) yang menyatakan pengamalan serta kefahaman tentang kerohanian
tidak memberi kesan terhadap amalan ciri-ciri spiritual dalam menjalani
tugasan seharian mereka.
86
5.1.4.4 Kecerdasan spiritual dimensi amalan kerohanian serta
hubungannya dengan kepuasan kerja
Keputusan ujian korelasi bagi menguji perhubungan kecerdasan
spiritual dimensi amalan kerohanian dengan kepuasan kerja jururawat
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara keduanya.
Dapatan ini menunjukkan bahawa jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim
Sungai Petani mempunyai kecerdasan spiritual amalan kerohanian yang
tinggi maka kepuasan kerjanya juga tinggi. Dapatan kajian ini selari dengan
kajian oleh Ke-Ping Yang (2006) yang menyatakan pengamalan serta
kefahaman tentang kerohanian tidak memberi kesan terhadap amalan ciri-ciri
spiritual dalam menjalani tugasan seharian mereka, sebaliknya jururawat di
sana mementingkan disiplin serta keprofessionalan dalam melaksanakan
tugas kejururawatan.
Manakala Belcher & Griffiths ( 2005 ) dan kajian Loretta Yuet Foon
Chung (2006) merumuskan bahawa kecerdasan spiritual kendiri, melampaui
kendiri, memahami dan mengamalkan kerohanian serta kejiwaan merupakan
faktor penting bagi seseorang jururawat dalam menjalani tugas-tugas mereka.
5.1.5 Hubungan Antara Etika Kerja dengan Kepuasan Kerja
Dapatan kajian ini menunjukkan jururawat yang mempunyai etika
kerja yang tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya
87
jururawat yang mempunyai etika kerja yang rendah mempunyai kepuasan
kerja yang rendah. Keputusan ini adalah sehaluan dengan dapatan kajian oleh
Muhamad Dzahir Kasa ( 2007) dan juga pengkaji-pengkaji lain iaitu mereka
mendapati pekerja yang mempunyai persepsi positif terhadap etika kerja akan
mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi. ( Menzel,1996 , Li dan
Weatherford, 1998, dan Viswesvaran bersama Deshpandes, 1996 ).
Kajian-kajian lalu menunjukkan sikap yang positif dan kebolehan
menyesuaikan diri memainkan peranan penting di dalam membina kehidupan
yang positif. Mereka yang mempunyai sikap yang positif juga lebih redha
dengan kehidupan mereka, mempunyai interpersonal yang baik, lebih
produktif, gembira dengan pekerjaan mereka, lebih suka menolong orang
lain, turut berjaya mencapai matlamat. Oleh yang demikian tidak hairanlah
mereka yang mempunyai sikap yang positif dilaporkan mempunyai kepuasan
bekerja yang lebih tinggi ( Seminar Psikologi, 2005 ).
Kajian Mahmood et.al. (1997) juga mendapati bahawa:
(i) Mereka yang rapat dengan ketua menunjukkan ciri-ciri etika kerja
yang lebih tinggi;
(ii) Pekerja yang mendapat penilaian prestasi ( contohnya penilaian SSB )
yang cemerlang mencatatkan tingkahlaku etika yang lebih signifikan;
(iii) Pekerja yang tidak dikenakan tindakan ( disiplin atau teguran )
mencatatkan skor etika yang lebih tinggi;
88
(iv) Mereka yang berkhidmat dalam kategori profesional dan pengurusan
mencatatkan tahap etika kerja yang lebih tinggi;
(v) Pekerja yang menikmati gaji yang lebih tinggi mencatatkan nilai min
etika kerja yang lebih tinggi;
(vi) Mereka yang sudah berumur dan tempoh perkhidmatannya yang lama
juga mencatatkan skor min yang lebih tinggi;
Mengikut ucapan Tan Sri Samsudin Osman ( 2005), satu lagi aspek
penting yang perlu diberikan perhatian dalam mewujudkan kepuasan bekerja
adalah mewujudkan suasana kerja yang sihat iaitu psychological contract.
Psychological contract atau kontrak psikologi merupakan suatu ikatan yang
mengandungi jangkaan yang dimiliki oleh pekerja berkaitan apakah yang
akan diterima setelah menghabiskan masa dan tenaga untuk organisasi.
Persepsi ini dapat membina satu tanggapan yang menentukan tahap kepuasan
dan perjalanan kerjaya mereka sama ada mereka memilih untuk meneruskan
tugas mereka atau sebaliknya.
5.2 Implikasi Kajian
Hasil pengujian yang telah dijalankan daripada kajian ini mendapati
terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan spiritual dengan etika
kerja. Ini menunjukkan kedua-dua perkara ini mempunyai hubungkait yang
89
rapat dengan tahap kepuasan kerja. Oleh itu, impak dari kajian yang telah
dijalankan ini memberikan satu hasil yang menerangkan bahawa kecerdasan
spiritual merupakan elemen yang sangat sesuai dititikberatkan oleh semua
pekerja khususnya jururawat. Dalam situasi global ini, untuk mencapai
kejayaan dan kepuasan dalam bidang pekerjaan organisasi bukan sahaja
mementingkan intelektual dan emosional sahaja tetapi spiritual juga sangat
diperlukan.
Seandainya seseorang pekerja itu tidak mencapai tahap kepuasan
kerja yang maksima, ini juga turut memberi kesan kepada mutu dan kualiti
produktiviti serta perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja tersebut. Sebagai
contoh, jururawat misalnya, mereka perlu berurusan dengan pesakit dan
orang ramai secara terus. Seandainya mereka tidak boleh menyesuaikan diri
mereka dengan persekitaran kerja, maka ini akan memberikan kesan kepada
prestasi kerja mereka. Secara tidak langsung, mutu perkhidmatan yang
diberikan juga akan menjadi penilaian yang tidak bagus di mata pesakit dan
orang ramai. Oleh itu, dengan terlaksananya kajian ini, pihak yang
bertanggungjawab boleh melakukan sesuatu untuk mengatasi dan mengelak
daripada ianya berlaku kepada semua jururawat hospital.
90
5.3 Cadangan / Saranan Kajian
Daripada apa yang diperolehi dari hasil kajian ini, pengkaji dengan ini
menyarankan beberapa langkah untuk tujuan mengelakkan isu ini berlaku di
dalam organisasi pekerjaan. Bagi memastikan pekerja sentiasa bermotivasi
untuk bertugas dengan rasa lebih bermakna serta sentiasa dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja tanpa rasa tertekan, seharusnya
para pekerja ini sentiasa diberi pengetahuan berkaitan spiritual mereka. Ini
juga bertujuan agar mereka dapat merasakan bahawa pekerjaan juga
merupakan satu ibadah. Mentaliti manusia hari ini yang hanya mementingkan
intelektual sahaja akan menyebabkan individu yang bijak ini sering
menyalahgunakan kuasa atau pengaruh mereka tanpa rasa bersalah pada diri
sendiri atau orang lain. Individu yang hanya berorientasikan kecerdasan
intelektual semata-mata sahaja juga selalunya tidak tahu memanfaatkan
kelebihan mereka itu jika tidak dibantu. Kursus ini boleh diberi secara
berterusan iaitu secara berkala seperti setiap individu akan ikuti kursus ini
dalam jangka masa setiap tiga hingga lima tahun sekali.
Selain itu, untuk membuktikan imej jururawat semakin meningkat di
mata masyarakat hari ini, mereka perlu berusaha meningkatkan diri
khususnya dalam peningkatan ilmu serta keprofesionalan mereka. Bertepatan
dengan hasrat Menteri Kesihatan berharap komuniti jururawat di negara ini
mampu menjana piawai profesionalisma yang sebanding dengan komuniti
jururawat global ( Pelita Brunei, Julai 2009 ). Jururawat digalakkan untuk
91
“mengupgredkan” diri dengan meningkatkan taraf pendidikan masing-
masing.
Untuk memastikan agar mereka sentiasa konsisten dengan bidang
tugas mereka, disarankan juga agar jururawat ini diberi motivasi oleh pihak
atasan seperti menyediakan bonus dan ganjaran disamping kursus atau
seminar bagi memberi kestabilan emosi dan spiritual mereka. Seterusnya rasa
seronok dalam bekerja serta bermotivasi untuk berbuat baik terhadap pesakit.
Selain daripada itu, pihak pengurusan haruslah sentiasa peka terhadap
kebajikan terhadap jururawat terlebih dahulu kerana bersesuaian dengan
tugas mereka yang sentiasa membuat kebajikan kepada pesakit dan
masyarakat khususnya.
5.4 Cadangan Kajian Akan Datang
Terdapat beberapa cadangan bagi pengkaji-pengkaji lain yang
berminat untuk mendalami aspek yang dikaji iaitu:
1. Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan jururawat di sebuah
hospital sahaja dengan menggunakan persampelan yang kecil. Oleh itu
pengkaji ingin menyarankan agar pengkaji seterusnya dapat meluaskan lagi
skop kajian kepada jururawat yang bertugas di beberapa buah hospital dalam
peringkat daerah atau negeri dengan jumlah sampel yang lebih besar agar
92
maklumat yang lebih tepat diperolehi. Semakin besar saiz sampel maklumat
dan pola yang diperolehi juga akan lebih meyakinkan.
2. Pengkaji juga ingin mencadangkan agar subjek atau responden kajian
yang dipilih tidak terhad kepada sebuah hospital sahaja malahan dibuat kajian
perbandingan antara hospital swasta dengan hospital kerajaan untuk
membandingkan tahap kecerdasan spiritual antara jururawat tersebut.
3. Kajian-kajian akan datang juga boleh dijalankan untuk melihat kesan
kecerdasan spiritual ke atas prestasi kerja dan tekanan kerja.
5.5 Kesimpulan
Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan spiritual juga
memainkan peranan yang penting dalam bidang kejururawatan dan ia harus
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini, para jururawat harus
menekankan aspek kecerdasan spiritual dalam melaksanakan tugas masing-
masing. Menurut Yosep (2005), kekuatan mental dan spiritual sangat
mempengaruhi kehidupan. Kekuatan fizikal yang dimiliki adalah lahir dari
kekuatan mental dan spiritual. Kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu
tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabungkan dan
dimantapkan, kerana itu apabila kita diminta melaksanakan sesuatu tugas
93
atau kerja, kita perlu melakukannya dengan sepenuh jiwa dan raga, barulah
kehidupan kita dalam bekerja akan lebih bermakna.
Daripada kajian ini kita dapat mengetahui bahawa kecerdasan
spiritual berhubung secara positif dengan etika kerja dan kepuasan dalam
kerjaya. Gunanjar ( Berita Harian, Feb 2009 ) mengatakankan bahawa ESQ
diibaratkan pembuka hubungan rahsia dalam dunia perniagaan,
profesionalisma dan pengurusan moden. Sesebuah organisasi yang
mengamalkan prinsip pengurusan berlandaskan ESQ iaitu mementingkan
humanistik membolehkan pekerja terus kekal dalam organisasi dan juga akan
memberi kepuasan kerja yang maksimum kepada pekerja.
Justeru itu, demi untuk meningkatkan keprofesionalisma, ketiga-tiga
kecerdasan ini perlu digabungkan iaitu intelektual, emosi dan spiritual.
94
BIBLIOGRAFI
Abdullah Haji Abdul Ghani. (2000). Pengaruh Tingkahlaku Ketua terhadap tingkahlaku subordinat di sektor keewangan Malaysia. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia:Sintok.
Ali bin Hassan.(2002). Tahap Amalan Etika Kerja di Jabatan Imigresen Malaysia Satu kajian di Lembah Klang.Universiti Utara Malaysia:Sintok.
Belcher A. & Griffiths M. ( 2005 ). The spiritual care perspective and practices of hospice nurses. Journal of Hospice and Palliative Nursing 13, 11-6.
Belcher A. & Griffiths M. ( 2005 ). The spiritual care perspectives and practices of hospice nurses. Journal of Hospice and Palliative Nursing. 7, 271-279.
Berita Harian. ( 2009, Feb 28 ). Dr. Ary Guru Kecerdasan Spiritual.
Berita Online. ( 2008, Julai 24 ). Aduan Orang Ramai Terhadap FOMCA.
Chua Yan Piaw. ( 2006 ). Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill ( Malaysia ) Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.
Corleg,M.C. & Seling, P.M. ( 1992 ). Nurse Moral Reasoning Using the Nursing Dilemma Test. Western Journal of Nursing Research. 14, 380-388.
Danah Sahar. ( 2001 ). Spiritual Intelligence The Ultimate Intelligence. Great Britain.
Deshpendest ( 1997 ). The Impact of ethical climate types on facet of job statisfaction: An empirical Investigation Journal of Business Ethics 15, 665-660.
Don G. ( 2004 ). Spiritual intervention : how, when and why nurses use them. Holistic Nursing Practice 18, 36-41.
Ellis D. ( 1980 ). Whatever happened to the spiritual dimension? The Canadian Nurse 00, 42-43.
Elm, D.R. dan Nichols, M.L. (1993). An Investigation of The Moral Reasioning of managers. Journal of Business Ethic. 12: 817-833.
Elm, D.R. dan Nichols, M.L. (1993). An Investigation of The Moral Reasioning of managers. Journal of Business Ethic. 12: 817-833.
Fletcer, Sorrell & Silva. ( 1998 ). Whistle blowing as afailure of organizational etics. Online Journal of Issue in Nursing. www.nursingworld.org.
Fraser, H. Drater, Taylor.W. ( 1998 ). The Quality of Teacher’s Professional Libes: Teacher and Job Statisfaction Evaluation and Research in Education. 12 ( 2. 61-71 ).
Gau,M.L. (2000). The spiritual development of nurses. In Nurses’ Gospel of the ROC.(Ed.), Spiritual nursing:Theory and concept and practice (pp. 48-55). Taipei: Nurses Gospelof the ROC.
Giligan, C (1992 ). In a different voice: Psychological theory and women’s development. MA: Harvard University Press.
Giligan, C (1992 ). In a different voice: Psychological theory and women’s development. MA: Harvard University Press.
Herzberg, Frederick. ( 1959 ). The Motivation To Work. John Willey & Sons : New York.
Hidayat Nafaat Maja. ( 2001). Intelegensi Spiritual. Parariel Press: Bandung.
Hulin et.al. ( 1964 ). Sex difference the job satisfaction . Journal of Applied Psychology. 48 (1). 88-92.
Ian Marshall dan Danah Zohar. ( 2000 ). SQ: Spiritual Intelligence, The Ultimate Intelligence: Great Britain.
INTAN ( 1991 ). Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam Negara: Kuala Lumpur.
Ismail bin Ibrahim ( 2002 ). Kepuasan Kerja di Kalangan Atendan Hospital di Hospital Kubang Kerian Kelantan . Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Iyus Yosep. ( 2005 ). Pentingnya ESQ ( Emosional & Spiritual Quotion) bagi Perawat Dalam Pengurusan Konflik. Fakulti Kejururawatan UNPAD: Jakarta.
Jamaliah binti Jaafar (2002). Hubungan Komunikasi Pengurus-Pekerja dengan Kepuasan Kerja dan Komitmen Kerja Satu Kajian di Jabatan Perangkaan Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Kamarudin Mohd hashim. ( 1995 ). Kepuasan Kerja di Kalangan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah di Negeri Perak. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Kamus Dewan Edisi Baru. ( 1989 ). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kee Ping-Yang. ( 2006 ). The spiritual intelligence of nurses in Taiwan. Journal of Nursing Research Vol.14. No.1.
96
Khalid Gazi Hj Ali. ( 1999 ). Iklim Organisasi dan Kesannya Terhadap Kepuasan Kerja. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Kosmo. ( 2009, Jun 10 ). Aksi Jururawat yang Memalukan.
Kristeller J.L., Zumbrun C.S. & SchillingR.F. ( 1999 ). “I would if I could”: how oncologists and oncology nurses address spiritual distress in cancer client. Psycho-onchology Journal. 8, 451-458.
Laporan Seminar Psikologi. 4 Julai,2005. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya: Kuala Lumpur.
Latif, D.A. dan Berger, B.A. (1999). Cognitif moral development aand clinical performance: Implications for pharmacy education. American Journal of Pharmaceutical Education. Spring, 63: 20-27.
Lauterbach S.S.& Becker P.H. ( 1996 ). Caring for self:becoming a self-reflective nurse. Holistic Nursing Practice 10, 57-68.
Leptkin, J. L. (2006, November 16). Study tips for psychology students [Msg. 11]. Message posted to http://groups.psychelp.com/forums/messages/48382 .html
Lin,X. (2000). Spiritual care and human caring.The VGH Nursing, 17(2), 153-158.
Locke, E.A. ( 1976 ). What is job satisfaction were? Organizational Behavior and Human Performance. 4, 309-336.
Loretta Y.F.Chung, Frances K.W & Moon F.C ( 2006 ). Relationship of nurses spirituality to their understanding and practice of spiritual care. Journal Compilation. Blackwell Publishing Ltd.
Mahmood, N.M., Sabitha Marican & Rashidah Arshad & Samihah Khalil. ( 1997 ). “Etika Kerja di Kalangan Kakitangan Sektor Awam”. Laporan Kajian tidak diterbitkan, Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Malinski V.M. ( 2002 ). Developing a nursing perspective on spiritual and healing. Nursing Science Quarterly 15, 281-287.
Mc.Sherry W., Cash K.& Ross L. 9 ( 2004 ). Meaning of spirituality: implication of nursing practice. Journal of Clinical Nursing 13, 934-941.
Muhamad Dzahir Kasa. ( 2003 ). Amalan Etika Kerja Khidmat Masyarakat dan Hubungan dengan Kepuasan Kerja. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Muhamad Ribuan Che Omar. ( 2004). Amalan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia: satu Kajian di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Muhamad Ruslim bin Mamat.( 2008 ). Amalan Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient) Di Kalangan Pelajar Islam Sarjana Jabatan Pendidikan Teknik &
Muhammad Fuad Lee Abdullah ( 2006 ). Pengurusan Integriti dan Kelakuan Beretika Satu Kajian di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Muhd. Hata Seliman. ( 2001 ). Amalan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia: Satu Kajian Kes ke atas kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Norashikin Wahid. ( 2006 ). Kerjaya Sebagai Jururawat. PTS Publishing Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.
Norhana Fazila Rozian. ( 2006 ). Hubungan Keserasian Darjah Kongruen Personaliti-Persekitaran Terhadap kepuasan Kerjadi Kalangan Lima Jawatan Perubatan Salah Sebuah Hospital di Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.
Nursing Board Malaysia. ( 1998 ). Code of Professional Conduct for Nurses (1stEd) Kementerian Kesihatan Malaysia: Kuala Lumpur.
Pelita Brunai ( 2009, Julai 18 ). Jangan Amalkan Budaya ‘copy and paste’.
Pesut B. ( 2003 ). Developing spirituality in the curriculum:world view intrapersonal connectedness, interpersonal connectedness. Nursing Education Perspective 24, 290-294.
Robert A. Emmons. ( 1999). The Phychology of Ultimate Lows Motivation and Spirituality in Personality. The Guilford Press: New York.
Roy C. ( 1984 ). Introduction to Nursing: Adaption Nursing. Prentice Hall: New Jersey.
Sabitha Marican ( 2006 ). Membentuk Suasana Kerja Positif. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur.
Schlaefli, A. ,Rest, J.R. dan Thoma, S.J. ( 1985 ). Does moral education Improve Moral Judgment ? A Meta-analysis of Intervension Studies Using The Defining Issues Test. Review of Educational Research. Fall, 55(3): 319-352.
Shukri bin Yaacob ( 2002 ). Amalan Kerja Beretika dalam Perkhidmatan Awam Satu Kajian di Jabatan Polis Diraja Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Siti Lutfiyah. ( 2008 ). Pengaruh Strategi Quantum Quotient dalam Meningkatkan Prestasi Belajar Mahasiswa SMPN. Fakulti Tarbiyah PAI IAIN: Surabaya.
98
Taylor E.J. Amenta M.& Highfield M.F. ( 1995 ). Spiritual care practice of oncology nurses. Oncology Nursing Forum 22, 31-39.
Treloar, L. (2000). Integration of spirituality into health care practice by nurse practitioners. Journal of the American Academy of Nurse Practitioners, 12(7), 280-285.
Utusan Online. ( 2006, Disember ). Kisah Jururawat.
Utusan Online. ( 2008, Jun 09 ). Memperdagangkan Bayi.
Weiss,Dawis, Cofquist & England. ( 1967 ). In Paul E. Spector ( 1997 ). Job Satisfaction: Application Assessment, Cause and Cosequeses. California: Sage Publication, Inc.
White, James. E.( 1997 ). Contempory Moral Problem ( 5th edition ). Minneapolis: West.
Wimalasari, J.S. ( 2001 ). Moral Reasoning Capacity of Management Students and Practitioners: An empirical study in Australia. Journal of Managerial Psychology. 16(8):614-634.
Viswesvaram, C.& Deshpandes and Joseph J.,P. ( 1998 ). Job satisfactions a function of top management support for ethical behavior. A study of India managers. Journal of Business Ethics. 17, 4, 365-371.
Wolman, R.N.( 2001 ). Thinking with your soul: Spiritual Intellegence and why it matters. New York: Harmony Books.
Wright, M. ( 1995 ). Can moral judgement and ethical behavior be learned? A review of literature. Management Decision. 33: 17-28.
Yatimah Sarmani dan Muhd Tajudin Mingal. ( 2008 ). Teori al-Ghazali. Pts Publication: Selangor.
99
No Responden
06010 UUM, SINTOK, KEDAH DARUL AMAN.
BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN KECERDASAN SPIRITUAL, ETIKA KERJA SERTA HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN JURURAWAT .
Tuan/puan yang dihormati sekelian,
Soal selidik yang dikemukakan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang Kecerdasan Spiritual Dan Etika Kerja Serta Hubungannya Dengan
Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Jururawat. Adalah amat diharapkan tuan/puan
dapat memberikan kerjasama dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan
dengan jujur dan ikhlas agar kajian ini dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Sila
baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soaln-soalan tersebut. Semua
maklumat yang diberikan adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan kajian
sahaja. Kerjasama dan kesudian tuan/puan melibatkan diri dalam menjawab soal
selidik ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Selamat menjawab.
Nahid bt Hj Abd Rahman ( 800936 )
Universiti Utara Malaysia
100
BAHAGIAN A – LATAR BELAKANG ( DEMOGRAFI )
1. Status Perkahwinan:
Berkahwin Belum Berkahwin
2. Taraf pendidikan:
SPM/MCE STP/STPM/HSC Diploma Ijazah
3. Agama:
Islam Lain-lain
4. Umur:
Kurang 25 tahun 26 – 35 tahun
36 – 45 tahun Lebih 46 tahun
101
BAHAGIAN B – KECERDASAN SPIRITUAL
KETERANGAN: Semua kenyataan di bawah ini mempunyai lima pilihan jawapan.Mohon kerjasama anda untuk MENANDAKAN ( / ) pada angka jawapan dengan jelas berdasarkan skala berikut.
Sangat tidak setuju 1 2 3 4 5 Sangat setuju
DIMENSI 1: KENDIRI
1. Saya akan berpuas hati dengan kehidupan saya apabila saya mencapai matlamat yang saya tetapkan.
1 2 3 4 5
2. Saya masih merasa yang kehidupan ini positif walaupun saya berhadapan dengan ketidaktentuan.
1 2 3 4 5
3. Hidup saya bermakna bagi saya.
1 2 3 4 5
4. Saya menetapkan matlamat hidup saya walaupun pada masa-masa susah.
1 2 3 4 5
5. Saya tak rasa wujud sebarang pertalian di antara nilai-nilai saya dengan apa yang saya lakukan.
1 2 3 4 5
6. Saya masih terasa terganggu apabila saya fikirkan tentang pengalaman-pengalaman buruk yang saya pernah alami.
1 2 3 4 5
7. Saya menyambut baik perubahan dan menganggapnya sebagai satu peluang untuk perkembangan.
102
1 2 3 4 5
8. Saya bermuhasabah dari semasa ke semasa untuk menilai dan mengesahkan apa yang saya tujui.
1 2 3 4 5
9. Saya selalu mempunyai tenaga dalaman dalam mengejar matlamat hidup saya.
1 2 3 4 5
10. Saya percaya saya berjaya mencapai potensi diri saya.
1 2 3 4 5
11. Saya lakukan sesuatu bagi membuktikan kasih sayang saya kepada diri saya.
1 2 3 4 5
12. Saya merasa diri saya berkecai dan tidak mempunyai tenaga untuk meminati apa pun.
1 2 3 4 5
13. Saya menganggap yang kesihatan kerohanian saya baik.
1 2 3 4 5
DIMENSI 2: DIMENSI MELAMPAUI KENDIRI.
14. Saya percaya bahawa Tuhan (Yang Maha Berkuasa) kasih akan saya dan mengambil berat tentang diri saya.
1 2 3 4 5
15. Amalan ibadat (kepada Yang Maha Berkuasa) merupakan sebahagian penting dalam hidup saya.
1 2 3 4 5
16. Membaca kitab-kitab dan bahan-bahan keagamaan memberi saya pertunjuk dalam hidup.
17. Kekuatan kerohanian boleh digunakan bagi mengubati jasad fizikal.
1 2 3 4 5
18. Saya percaya yang jururawat hanya boleh memberikan penjagaan kerohanian dengan mengatur pertemuan pesakitnya dengan pemimpin agamanya, jika dipinta.
1 2 3 4 5
19. Saya tak yakin yang jururawat hanya boleh memberikan penjagaan kerohanian dengan menunjukan keprihatinanya semasa menjaga pesakit.
1 2 3 4 5
20. Saya percaya jururawat boleh memberikan penjagaan kerohanian dengan mendengar keluhan-keluhan klien, berbincang dan meneroka kebimbangan, kerisauan dan masalah mereka.
1 2 3 4 5
21. Saya tak yakin yang jururawat boleh menolong kliennya mencari makna didalam kesakitan mereka.
24. Saya selalunya meneroka harapan-harapan klien dan sumber-sumber kekuatannya.
1 2 3 4 5
25. Saya merujuk klien kepada kaunselor ( contoh lain : imam atau paderi )
1 2 3 4 5
26. Saya selalu menenangkan klien secara kerohanian (misalnya: membaca buku-buku, berdo’a,atau melalui muzik dan lain-lain)
104
1 2 3 4 5
27. Saya akan bersama klien jika diperlukan.
1 2 3 4 5
BAHAGIAN C – ETIKA KERJA
KETERANGAN: Semua kenyataan di bawah ini mempunyai lima pilihan jawapan.Mohon kerjasama anda untuk MENANDAKAN ( / ) pada angka jawapan dengan jelas berdasarkan skala berikut.
Sangat tidak setuju 1 2 3 4 5 Sangat setuju
1. Pegawai yang berkualiti mempunyai perancangan kerja yang terperinci.
1 2 3 4 5
2. Sesuatu tugas itu walau diberi masa lebih, harus disegerakan, walaupun terpaksa bekerja dalam waktu rehat.
1 2 3 4 5
3. Pekerja yang tekun, harus terus mempelajari sesuatu yang baru berkaitan kerjanya sehingga ia mencapai kejayaan.
1 2 3 4 5
4. Tugas yang diberikan kepada seseorang itu tidak menjadi beban, jika ia mendapat ganjaran yang lebih baik.
1 2 3 4 5
5. Jika peruntukan keewangan jabatan berlebihan, kita boleh membelanjakannya untuk membeli barang-barang yang tidak termasuk dalam keperluan jabatan.
1 2 3 4 5
6. Sesuatu kerja itu akan membawa makna kepada dirinya, jika diberi peluang untuk mendapat kenaikan pangkat.
105
1 2 3 4 5
7. Orang yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadap orang lain, akhirnya akan merugikan dirinya sendiri.
1 2 3 4 5
8. Pekerja yang terlalu komited dengan kerjanya adalah merugikan kerana menghambakan diri kepada kerja secara berlebihan.
1 2 3 4 5
9. Pekerja tidak wajar patah semangat jika ia membuat kesilapan dan ditegur kerana kesilapannya.
1 2 3 4 5
10. Jika membuat temujanji, saya mesti datang lebih awal sebelum masa yang dijanjikan walaupun saya terpaksa menunggu.
1 2 3 4 5
11. Jika saya membuat kesilapan, saya rela ditegur oleh ketua jabatan atau rakan sekerja walaupun itu menunjukkan kelemahan saya.
1 2 3 4 5
12. Saya percaya bahawa tanpa disiplin yang baik, seorang pekerja tidak akan berkesan menjalankan tugasnya dengan baik.
1 2 3 4 5
13. Setiap kali kerja diberikan kepada saya, saya akan menetapkan masa dan tarikh untuk menyudahkannya.
1 2 3 4 5
14. Adalah penting seseorang itu memiliki wang atau harta lebih dari kawan-kawannya, bagi menunjukkan bahawa ia lebih berjaya.
1 2 3 4 5
15. Saya percaya seseorang pekerja yang kemas dan segak boleh membantu organisasinya berkembang maju.
1 2 3 4 5
106
16. Jika saya tidak mahir melakukan sesuatu kerja, saya akan minta ketua saya cari orang lain yang lebih mahir untuk melakukannya.
1 2 3 4 5
17. Dalam sesuatu masa, saya akan menggunakan telefon pejabat atau kemudahan komputer untuk urusan peribadi saya.
1 2 3 4 5
18. Peraturan kerja yang ditetapkan hanyalah sebagai panduan umum sahaja, oleh itu ia tidak harus diikuti sepenuhnya.
1 2 3 4 5
19. Apabila saya melakukan kerja peribadi dalam waktu pejabat, saya tidak akan memaklumkan kepada kepada ketua jabatan.
1 2 3 4 5
20. Kerja yang sukar dilakukan haruslah dianggap sebagai dugaan, oleh itu kita perlu terus mencuba walaupun belum tentu berjaya.
1 2 3 4 5
21. Jika sesuatu cadangan yang bernas daripada kakitangan diterima, ini akan menggugat kebolehan serta kepimpinan ketuanya.
1 2 3 4 5
22. Sebagai pekerja yang bijak dan berwawasan, kita hanya perlu melakukan kerja-kerja yang mendapat pengikhtirafan dan ganjaran sahaja.
1 2 3 4 5
23. Apabila pergi berkursus, seseorang itu tidak boleh melakukan perkara-perkara lain semasa kursus tersebut dijalankan.
1 2 3 4 5
24. Saya harus mengampu ketua saya, sekiranya cara ini boleh membantu saya untuk naik pangkat.
1 2 3 4 5
107
25. Jika ada penyelia, kita perlu melakukan kerja dengan segera bagi menunjukkan kita rajin bekerja.
1 2 3 4 5
26. Sebagai pegawai, kita perlu bersedia menerima sebarang arahan di luar dari bidang tugas kita.
1 2 3 4 5
27. Semasa dalam mesyuarat, jika kita ditegur, kita mesti menegurnya kembali demi maruah dan harga diri kita.
1 2 3 4 5
28. Saya dapat siapkan semua kerja saya dalam masa yang ditetapkan dengan sempurna.
1 2 3 4 5
29. Saya tetap melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, walaupun tidak diketahui oleh orang lain.
1 2 3 4 5
30. Saya adalah orang yang boleh diharapkan kerana saya sanggup berkorban apa saja untuk kepentingan jabatan.
1 2 3 4 5
31. Lebih baik saya diberi arahan kerja daripada membuatnya mengikut inisiatif sendiri, yang belum tentu diberi penghargaan.
1 2 3 4 5
32. Adalah sangat wajar saya melakukan kerja yang dapat memberi manfaat yang besar kepada jabatan tanpa disuruh oleh sesiapa.
1 2 3 4 5
33. Jika bekerja dalam kumpulan, sebolehnya saya memilih kerja yang paling mudah unntuk dilakukan.
1 2 3 4 5
34. Orang yang bekerja sambil lewa, pasti akan membuat kesilapan dalam kerjanya.
1 2 3 4 5
108
35. Jika kita rasa seronok bekerja, kita mesti berbangga dengan hasil kerja yang dapat kita capai.
1 2 3 4 5
36. Kita mesti bersikap rendah diri supaya senang didampingi oleh semua pihak.
1 2 3 4 5
BAHAGIAN D – KEPUASAN KERJA
ARAHAN: Sila tentukan sejauhmanakah anda merasa berpuas hati tentang aspek pekerjaan ini dalam setiap penyataan berdasarkan skala berikut.
Sangat tidak setuju 1 2 3 4 5 Sangat setuju
1. Berupaya melakukan kerja sepanjang masa.
1 2 3 4 5
2. Peluang melakukan kerja secara sendiri.
1 2 3 4 5
3. Peluang untuk melakukan kerja-kerja berlainan dari masa ke semasa.
1 2 3 4 5
4. Peluang untuk menjadi “seorang penting” dalam komuniti.
1 2 3 4 5
5. Cara ketua saya mengendalikan pekerjanya.
1 2 3 4 5
6. Kecekapan penyelia saya dalam membuat keputusan.
1 2 3 4 5
7. Berupaya untuk melakukan perkara yang tidak bertentangan dengan kata hati saya.
1 2 3 4 5
109
8. Jaminan pekerjaan yang saya terima.
1 2 3 4 5
9. Peluang untuk membantu orang lain.
1 2 3 4 5
10. Peluang untuk memberitahu orang lain apa yang perlu dilakukan.
1 2 3 4 5
11. Peluang untuk melakukan sesuatu yang menggunakan keupayaan saya.
1 2 3 4 5
12. Cara polisi organisasi diamalkan.
1 2 3 4 5
13. Keseimbangan antara gaji saya dan jumlah kerja yang saya lakukan.
1 2 3 4 5
14. Peluang memajukan diri dalam pekerjaan ini.
1 2 3 4 5
15. Kebebasan untuk menyuarakan pertimbangan saya sendiri.
1 2 3 4 5
16. Peluang untuk menggunakan kaedah saya sendiri dalam melaksanakan tugas.
1 2 3 4 5
17. Keadaan tempat kerja.
1 2 3 4 5
18. Cara rakan sekerja bekerjasama antara satu sama lain.
1 2 3 4 5
110
19. Pujian yang saya terima kerana melaksanakan tugas yang baik.
1 2 3 4 5
20. Perasaan puas kerana berjaya melaksanakan tugas.