PEMULIHARAAN AIR , TANAH , HUTAN DAN HIDUPAN LIAR
Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya
kepada umat manusia. Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan
bukan hidup yang wujud secara semula jadi di muka bumi. Namun kini
anugerah tersebut dipersia-siakan oleh segelintir masyarakat yang
tidak bertanggungjawab. Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan
dengan pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar
kemajuan. Begitu juga halnya dengan Negara kita Malaysia. Isu ini
turut menjadi isu yang perlu diberi perhatian yang serius. Isu
pencemaran sumber alam semakin menjadi bualan hangat apabila
beberapa musibah terjadi tanpa diduga. Kematian yang berlaku
berpunca daripada kelalaian manusia serta sikap mementingkan diri
individu meneroka secara tidak beradap sumber bumi telah memberi
kesan yang buruk terhadap kehidupan manusia.Disamping itu ia turut
mengancam kehidupan flora dan fauna di muka bumi ini. Keprihatianan
pelbagai pihak dalam menangani isu berkaitan ini sangatlah
diharapkan. Setiap hari ada sahaja berita di dada-dada akhbar yang
memaparkan bertapa kemusnahan ini semakin serius. Ini termasuklah
pencemaran air, tanah , dan kemusnahan hutan dan hidupan liar.
Kepupusan hidupan liar juga ada kaitan dengan kemusnahan hutan. Isu
yang terbaru adalah tentang peristiwa banjir lumpur di yang berlaku
di Cameron Highlands. Dalam hal ini siapakah yang harus
dipersalahkan? Masing masing menunding jari menyalahkan pelbagai
pihak, namun perlu kita sedar, perkara yang terbaik adalah
mengambil ikhtibar dari setiap apa yang telah berlaku. Langkah
pemuliharaan perlu segera dilaksanakan. Pemuliharaan ini perlu
dijalankan disebabkan oleh punca-punca pencemaran yang memberi
kesan yang sangat buruk. Pencemaran ke atas air sekaligus turut
menjejaskan kualiti air itu sendiri serta kualiti tanah yang turut
berpunca daripada pencemaran air. Pemusnahan hutan turut memberi
kesan kepada kepupusan flora dan fauna. Kegiatan manusia seperti
pembakaran hutan untuk tujuan pembangunan, penerokaan tanah untuk
pertanian, pembalakan secara haram, dan sebagainya merupakan
punca-punca sistem ekologi dunia terjejas. Langkah pemuliharaan
harus diambil dengan segera bagi mengembalikan sesuatu yang
asli.Pemuliharaan boleh didefinisikan sebagai cara penggunaan,
pengendalian dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan kerugian,
kerosakan dan pembaziran. Pemuliharaan sumber dapat memastikan
kesinambungan sumber alam untuk generasi akan datang. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal proses, usaha,
perbuatan dan sebagainya bagi memulihkan sesuatu yang rosak.
Berdasarkan definisi tersebut, sesuatu kemusnahan yang berlaku
terhadap hutan haruslah dibaikpulih seperti sediakala, pencemaran
air dan tanah haruslah dirawat , kepupusan hidupan liar haruslah
diatasi dan dibantu dari segi penjagaan pembiakan terutama bagi
haiwan-haiwan yang beresiko menghadapi kepupusan seperti orang
Utan, burung Kenyalang, Harimau Caspian, Tapir dan sebagainya.
Begitu halnya dengan tumbuhan hutan yang sering dimusnahkan seperti
Palma Daun Payung (Johannesteijmania magnifica), Periuk Kera Raja
(Nephenthens rajah), Ara (Ficus albipila), Orkid Selipar
(Paphiopedilum niveum), Pokok Chengal (Neobalanocarpus hemii) dan
sebaginya. Malaysia amat kaya dengan sumber air , dapat memenuhi
kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan
aktiviti kehidupan harian. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses
globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan
masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga
merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada
rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat
digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.
Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar
yang semakin ketara. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses
globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan
masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga
merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada
rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat
digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.
Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar
yang semakin ketara dari semasa ke semasa. Air boleh dikatakan
telah tercemar apabila berlakunya penurunan ke atas kualiti air
yang sedia ada dan berlaku perubahan dari segi fizikal air iaitu
warna pada air, dari segi biologi iaitu hidupan akuatik di dalam
air atau sungai dan dari segi kimia iaitu kandungan nutrient atau
plankton di dalamnya. Menurut jabatan alam sekitar, sumber ini di
katakan mengalami pencemaran apabila berlakunya sebarang perubahan
secara langsung atau sebaliknya dalam kandungan air yang disebabkan
oleh kegiatan manusia dan sumber ini tidak sesuai untuk kegunaan
harian manusia. Menurut UNESCO pula pencemaran air didefinisikan
sebagai satu pelemahan ke atas fungsi air yang meninggalkan kesan
negatif terhadap penggunaannya. Kementerian Kewangan Malaysia 1977,
Dalam Laporan Penyelidikan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain Dan Hamidi
Ismail, 2001. Pencemaran sumber air ini adalah disebabkan oleh
kepelbagaian aktiviti manusia termasuklah pelepasan dari
industri-industri yang berasaskan pelbagai jenis pencemar
termasuklah bahan organik, bahan kimia dan juga pencemar fizikal.
Isu pemuliharaan air turut diberi perhatian memandangkan air di
muka bumi ini semakin hari semakin tercemar. Apabila timbulnya isu
ini yang sering menjadi tanda tanya adalah, apakah punca pencemaran
air ini terjadi? Berita kematian berpunca dari virus kencing tikus
telah menyedarkan banyak pihak bertapa air di negara ini sudah
tidak selamat. Bukti daripada petikan berita berkenaan 11 murid
sekolah Sungai Bera, Terengganu dan 16 lagi Orang asli kawasan
tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, setelah
terkena virus Leptospirosis atau lebih dikenali sebagai virus
kencing tikus. Kejadian yang dipercayai berpunca daripada
penggunaan air sungai di sungai Berua berhampiran sekolah tersebut
dipercayai berkemungkinan telah dicemari air kencing tikus.
Berdasarkan isu tersebut, punca kejadian ini adalah disebabkan
pencemaran yang telah berlaku disungai tersebut. Pembuangan sampah
sarap di hulu sungai menyebabkan pembiakan tikus berlaku dengan
aktif serta kekotoran tersebut telah membawa virus yang baru. Kes
tersebut bukan sekadar itu sahaja, malahan ramai lagi mangsa
kematian akibat virus kencing tikus yang dilaporkan dari semasa ke
semasa berpunca daripada pencemaran air sungai. Oleh yang demikian,
langkah pemuliharaan adalah perlu bagi menjadikan sungai yang
tercemar seperti sediakala dan selamat untuk digunakan. Jika tiada
pihak yang sedia membersihkan kawasan persekitaran sungai,
sedangkan pembungan sampah semakin hari semakin bertambah. Seperti
kata pepatah, sikit-sikit , lama-lama jadi bukit begitu halnya
dengan sampah sarap tersebut. Sisi sisa makanan yang mengundang
kehadiran tikus-tikus, lampin pakai buang yang ditinggalkan
merata-rata, memberi laluan kepada lalat serta bakteria-bakteria
lain untuk membiak. Pada tahun 2007 pula, kajian yang telah
dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa sebanyak 16 batang
sungai di dalam Malaysia ini dikategorikan sebagai tercemar dan
hampir mati. Antara sungai yang didapati mengalami keadaan tersebut
ialah sungai yang berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor
dan juga Johor. (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007). Terdapat
beberapa keratan akhbar tempatan yang telah melaporkan tetang
keadaan air di Tasik Kenyir yang telah tercemar akibat bakteria
E-coli. Ia dikatakan sebagai suatu tahap yang membimbangkan. Ini
adalah kerana terpadatnya pembuangan sisa kumbahan dan air buangan
oleh pengusaha bot di kawasan tasik itu. Sampel air di sekitar
kawasan tasik itu telah di ambil dan di dapati tahap pencemaran
E-coli adalah diantara 2 hingga 920 MPN/100ml. Tahap kebersihan air
ini membuktikan bahawa ianya jauh di bawah tahap maksimum
kesesuaian sumber air mentah berdasarkan garis panduan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000MPN/100ml. Kajian ini mendapati
bahawa keadaan air di Tasik Kenyir ini masih berada pada tahap air
mentah lagi. Di Sabah pula, menurut Laporan Tahunan Jabatan Alam
Sekitar 2004 menunjukkan bahawa Sungai Likas adalah antara sungai
yang sangat tercemar di Sabah. Baru-baru ini, isu bekalan air paip
yang berbau busuk telah berlaku di sekitar tujuh daerah di Wilayah
Persekutuan dan Selangor. Ia berpunca daripada pengaliran masuk air
busuk hitam (leachate) yang mengandungi ammonia dan bahan berbahaya
lain dari kawasan pelupusan sampah Bukit Tagar ke aluran anak
sungai dan seterusnya memasuki sungai Selangor. Bekalan air paip
yang berbau ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah
tersebut tidak berani menggunakannya. Masalah ini telah menyedarkan
kita bertapa seriusnya masalah pencemaran air dinegara kita maka
kita tidak boleh memandang ringan terhadapnya lagi malah harus
mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat mengelakkan masalah
pencemaran air bertambah buruk. Berdasarkan statistik, buat masa
kini sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami
pencemaran teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala
80 buah lagi masih dalam keadaan terkawal. Antara negeri yang
mengalami pencemaran sungai yang paling tinggi adalah Johor,
Selangor dan Pulau Pinang. Munurut laporan kualiti alam sekitar
yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 2004 tahun, antara
sungai-sungai yang tercemar teruk adalah termasuk Sungai Menggaris
di Sabah, Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan
Sungai Tukang Batu di Johor.Pencemaran sistem sungai yang berlaku
di negara kita kebanyakannya adalah berpunca dari kelodak,
pembuangan dan pelepasan sisa kumbahan dari kilang-kilang dan
penempatan setinggan, di samping bahan lain seperti najis binatang,
sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan
plumbum. Dari sudut kajian hidrologi, pada amnya pencemaran air
dapat diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu Pencemaran fizikal yang
merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap
daripada logam, kaca, kelodak dan kertas, Pencemaran biologi
seperti najis binatang yang boleh menyebabkan kemunculan bakteria
seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan mikrob
lain manakala yang terakhirnya ialah pencemaran kimia iaitu bahan
kimia terlarut yang terhasil daripada pencemaran fizikal dan
biologi serta logam berat. Menurut kajian, kira-kira 70% masalah
pencemaran sungai di Malaysia adalah disebabkan oleh pembuangan
sampah dan kumbahan. Pembuangan sampah sarap, sisa buangan domestik
dari kawasan perumahan, perkampungan, setinggan dan lain-lain
petempatan telah menyebabkan kualiti air sungai terjejas.. Melalui
penternakan, pencemaran sungai boleh berlaku melalui pembuangan
najis dan sisa-sisa haiwan secara terus ke dalam sungai tanpa
sebarang tapisan dan rawatan. Pelepasan najis haiwan ini secara
berterusan ke dalam sungai boleh membahayakan kesihatan penduduk
melalui peningkatan kadar bakteria pembawa penyakit di dalam air.
Di antara bakteria berbahya yang tersebar di dalam air tercemar ini
adalah seperti berikut, Total Coliform (TC), Faecal Coliform (FC)
dan Faecal Streptococcus (FS). Kesemua bakteria-bakteria tersebut
berpotensi untuk mendatangkan penyakit terhadap manusia.Justeru itu
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan
kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam
sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar yang tercemar.
Selain itu Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan
Alam Sekitar (JAS) merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memainkan peranan untuk
mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari
punca tetap point sources dengan izin. Efluen dan sisa kumbahan
daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat
terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta
berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di
samping itu, pemuliharaan dijalankan dengan mengadakan pengawasan
oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan, Syarikat
perkilangan menggunakan kaedah teknologi moden bagi menapis sisa
toksik mahupun kumabahan yang dilepaskan ke sungai. Bagi masalah
pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai Jabatan Pengaliran
dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil
tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food,
Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan
gris disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan
melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti
Air Sungai. Kuatkuasa undang-undang terhadap pihak-pihak yang
melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan
iaitu mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM
100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun
atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak
lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan. Isu pencemaran air yang
berpunca dari tumpahan minyak juga turut diberi perhatian. Menurut
sumber berita Astro Awani yang memaparkan berita jabatan Alam
Sekitar (JAS) mengesan tumpahan minyak pelincir di Sungai Gong
punca loji air ditutup operasi. Hasil siasatan mendapati kesan
minyak tersebut berpunca daripada tumpahan minyak pelincir terpakai
SW305. Jabatan Alam Sekitar telah bertindak dengan pantas bagi
memulihkan pencemaran yang berlaku. Tindakan pemuliharaan yang
diambil adalah dengan menjalankan siasatan segera ke atas empat
logi rawatan air. seterusnya memulihkan kembali air tercemar dengan
cara teknologi moden.Selain itu langkah pemuliharaan oleh telah
dilakukan oleh pihak kerajaan. Berjuta-juta ringgit telah
dibelanjakan bagi memperbaiki kualiti air sungai di Negara ini
contohnya sungai-sungai di Negeri Melaka. Satu kumpulan penyelidik
dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTMM) yang diketuai oleh
Ir. Abdul Talib Din, yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan
Pengajian Siswazah di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal universiti
terbabit, telah menemui satu teknologi pemecah kebuntuan dalam
menyenggara pencemaran air tasik dan sungai. Kaedah ini
menggabungkan teknologi baru ciptaan sendiri dan juga teknologi
termaju yang telah wujud dipasaran untuk menghasilkan satu kapal
atau bot perawat tasik atau sungai yang bersepadu. Kapal atau bot
ini yang diberi nama EFC-TL20 bukan sahaja berfungsi sebagai satu
daya penarik pelancong untuk bersiar-siar sambil menikmati panorama
perairan tasik dan sungai di Malaysia tapi juga menjadi loji
pencuci sungai dan tasik secara tanpa disedari oleh pelancong yang
menjadi penumpang bot tersebut. Sifat-sifat bot ini adalah mesra
alam menjadikan kapal ini dikenali sebagai bot pelancong mesra
alam. Natijahnya, sungai Melaka kini amat indah dan bersih. Beribu
pelancong telah meyusur sungai Melaka menaiki bot-bot yang
disediakan. Kebanyakan tasik biasanya lebih mudah tercemar kerana
airnya tidak sederas arus air sungai. Oleh itu, tasik lebih mudah
mengalami pencemaran berbentuk mendapan tercemar di dasar tasik.
Mendapan ini akan menjalani proses oksidasi yang menghasilkan bauan
yang kurang enak yang dilepaskan keluar ke permukaan air tasik.
Sebagai contoh mudah, takungan sisa kumbahan memerlukan masa
sembilan atau 10 tahun sebelum ia perlu disenggarakan secara
konvensional.Perairan bertakung dan sungai yang tercemar ini
sekiranya tidak dirawat akan menyebabkan satu pembentukan kualiti
perairan tidak lagi boleh balik kepada keadaan asal kecuali dengan
cara yang memerlukan kos yang amat tinggi. Antara masalah atau isu
yang dihadapi dalam mereka bentuk sistem perawatan air tasik dan
sungai ini antaranya ialah keperluan untuk mencuci dasar yang tidak
seragam, sama rata dan berlekuk-lekuk, keperluan untuk mencuci
tasik atau sungai yang bentuk tepiannya tidak seragam seperti empat
segi, bulat dan sebagainya, sisa pepejal yang tidak seragam dari
segi saiznya selalunya tersangkut di jaringan penapis menyebabkan
tersumbat dan adakalanya juga sehingga pam penyedut enap cemar
tersumbat dan trip, keperluan untuk mengawal bot atau kapal dari
jauh agar proses penyenggaraan tasik dan sungai dapat dilakukan
secara kawalan jauh. . Sampah sarap terapung adalah salah satu
sumber pencemaran utama yang juga selalunya menjadi penyebab utama
berlakunya pembusukan perairan sungai dan tasik kerana ia menutupi
ruang permukaan air. Sampah sarap terapung juga boleh membantu
mempercepatkan banjir kilat kerana ia boleh menyekat laluan air
sekiranya melalui longkang atau saluran perparitan yang sempit.
Unsur organik boleh terurai juga memainkan peranan dalam
menyebabkan bau busuk yang dihasilkan dari air sekiranya kadar
kemasukannya berlebihan. Sampah sarap telah dipungut melalui jaring
atau pukat sepanjang masa menggunakan dua buah bot
kecil.Pemuliharaan air disebabkan pepejal terlarut adalah secara
proses penapisan kerana ianya tidak dalam bentuk pepejal tapi dalam
bentuk garam yang larut. Oleh itu proses ini perlu dirawat secara
rawatan kimia. Dalam rawatan kapal atau bot pencuci (EFRC-TL20)
sungai atau dan tasik ini, pepejal terlarut hanya dirawat
menggunakan peralatan pengudaraan yang boleh menghasilkan
pemindahan oksigen yang tinggi ke dalam jasad air. Oksigen ini akan
dapat membantu bakteria mempercepatkan pengoksidaan dan seterusnya
memendapkan unsur pencemaran ini di dasar air sama ada secara
pembentukan garam termendap atau menjadi sebahagian dari jasad
bakteria yang mati dan mendap ke dasar air.Kebihan-kelebihan yang
terdapat dalam EFRC-TL20, adalah berciri mesra alam sepenuhnya
kerana menggunakan kuasa solar dan enjin hidrogen yang tidak
menggunakan bahan api., boleh meracik dan memotong sampah terapung
yang lembut kepada saiz yang boleh disedut dan diproses dalam kebuk
rawatan.,mempunyai system deria pengesan aras dasar sungai atau
tasik agar pencucian secara penyedutan pam boleh dibuat secara
kemas dan rapi, mempunyai jaringan rak besi tahan karat yang
memisahkan antara sampah sarap terapung yang besar dan yang bersaiz
boleh disedut dan diproses, mempunyai sistem penghantaran sisa
terproses yang cekap dan boleh harap dengan penggunaan pengalih
skru, memiliki satu gabungan proses penapisan yang cekap, dan mampu
menanggung beban mendadak yang besar, memiliki pengesan halangan di
segenap bahagian badan yang boleh mengelakkan perlanggaran dan
perlanggaran antara pam dan dasar yang berbonggol, memiliki satu
sistem pengawalan yang canggih menggunakan kawalan jauh sistem
penetu kedudukan global (GPS) serta boleh membuat kawalan dan
merekod data sehingga 36 parameter seperti tahap pencemaran air,
BOD, COD, SS, Ketelusan air (turbidity), nilai oksigen terlarut,
jarak pam dengan dasar, jarak bot dengan halangan terdekat.,
Kebolehan istimewa yang terdapat pada bot mesra alam pencuci sungai
dan tasik ialah , robot penyelidik habitat bawah permukaan air,
penangkapan ikan secara besaran melalui sistem pukat pengepaman
air, kilang baja organik hasil sisa enap cemar bawah air, robot
pembantu pengurusan kolam ternakan ikan atau udang, kapal penyedut
enap cemar kumbahan di takungan kumbahan penyedut enapan di
empangan sungai simpanan air minum atau empangan janakuasa eletrik
dan mesin penyedut pasir bawah air untuk tujuan
komersial.Pemuliharaan tanah pula dilakukan berpunca daripada
pencemaran ke atas tanah-tanih. Pencemaran tanah boleh
didefinisikan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan
sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya
disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal.
Bahan pencemar ini boleh terdiri daripada organik, kimia atau
fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan
tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah
sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta
tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu atau mati.
Punca-punca pencemaran tanah yang dikenalpasti adalah pengunaan
racun makhluk perosak .Apabila air hujan turun, racun akan meresap
bersama-sama air ke dalam tanah. Mengikut kajian, racun boleh kekal
di dalam tanah selama 14 tahun. Racun ini menyebabkan
bakteria-bakteria berguna seperti akteria Pembina nitrat dan
pengikat nitrat. Begitu juga dengan hidupan kecil yang lain seperti
cacing yang dapat menyubur dan menggemburkan tanah. . Hujan asid
juga penyebab tanah tercemar. Di dalam udara terdapat wap air.
Gas-gas beracun itu akan bercampur dengan wap air dan membentuk
sebatian yang dipanggil asid nitrit dan asid sulfirik. Sebatian ini
akan turun sebagai hujan asid. Apabila hujan asid ini turun, ia
akan merosakkakn tanah.Pembuangan sampah-sarap juga turut
mencemarkan tanah. Kawasan tanah yang dipenuhi dengan longgokan
sampah bukan memberikan bau yang busuk, malahan mendatangkan
pelbagai jenis penyakit. Aktiviti pertanian yang tidak betul turut
merosakkkan tanah. Sekiranya tanaman ditanam di lereng-lereng
bukit, hakisan tanah mudah berlaku. Aktiviti perlombongan, tebus
guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang, pembuangan
kumbahan yang tidak terkawal , dan sisa nuclear, dan tumpahan
minyak turut juga memberi kesan pencemaran pada tanah.Pukulan ombak
juga menyebabkan tanah menjadi rosak. Keadaan ini menyeebabkan
kerosakan di tepi pantai. Pokok-pokok yang tumbuh ditepi pantai
turut tumbang, kawasan pantai menjadi semakin sempit. Kawasan
pantai yang terhakis mengancam keselamatan rumah nelayan. Pantai
cinta Berahi di Kelantan, suatu masa dahulu terkenal sabagabai
tempat perkelahan, Namun sekarang pantai ini menjadi sepi kerana
kurang pelancong kesan hakisan pantai yang memburukkan suasana
pantai tersebut. Begutu halnya dengan persisir sungai. Hakisan
tanah turut berlaku. Ia turit disebabkan oleh kegiatan manusia yang
mengambil pasir. Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah
hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang begitu
sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari
sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan
nyawa manusia. Umpamanya tanah runtuh dan gempa bumi. Terdapat
banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Penerokaan
hutan turut menjejaskan fungsi baik tanah. Antara aktiviti-aktiviti
manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan
pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat
menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila
hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan
berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis
tanaman.Semua kesan pencemaran tanah ini adalah tidak baik untuk
kita dan generasi seterusnya. Antara kesan-kesan utama akibat
pencemaran tanah adalah mengakibatkan tanah menjadi beracun. Kesan
daripada pencemaran tanah kepada dunia sangat ketara seperti jenis
pencemaran lain juga. Ianya turut memberi kesan yang sangat buruk
terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan
sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan
tidak boleh didiami.Tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup, kawasan
tersebut akan menjadi tandus serta tidak boleh didiami oleh
sebarang fauna.Bagi memulihara tanah dari kesan pencemaran ,
Penggunaan baja organik merupakan cara pemuliharaan tanah terbaik.
Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya
menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan
seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk
menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh
petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang
menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan
masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran
air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan
kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu
diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.Contohnya, peladang
lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis
burung dan kelawar sebagai baja.Peladang kelapa sawit di negara
kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak.
Kebanyakan peladang sekarang jarangmenggunakan kaedah biologi ini
kerana kaedah ini dianggap sudahketiggalan zaman. Kaedah biologi
yang digunakan ini dapatmengurangkan penggunaan racun serangga dan
racun rumpai yang dapatmenyebabkan berlakunya pencemarkan alam
sekitar.Contohnya, diladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan
burung helang digunakanuntuk menangkap tikus, burung, dan tupai
yang merosakkan buah kelapasawit.Bagi pencemaran tanah akibat
tebusguna tanah atau pun sktiviti perlombongan, bekas lombong
tersebut boleh dijadikan tempat rekreasi . Keadaan ini dapat
menarik pelancong asing dating ke Negara ini. Contohnya Tasik
Titiwangsa dan Taman Tasik Taiping yang dahulu merupakan bekas
lombong. Kini tasik itu berubah menjadi kawasan rekreasi yang
indah. Bagi perlombongan , kawasan tanah turut terjejas. Oleh itu
aktiviti perlombongan perlu dihadkan mengikut tempoh masa tertentu
supaya sumber galian tersebut berterusan ada agar ia menjadi matang
dalam tempoh waktu yang tertentu. Alternatif lain bagi menggantikan
beberapa jenis galian perlulah dilakukan. Contohnya menggunakan
bahan yang diperbuat daripada palsti. Contohnya sudu besi
digantikan dengan sudu plasti. Tebing-tebing lombong yang digali
juga dibina benteng agar tidak berlaku hakisan yang lebih teruk.
Berita kematian pegguna jalan raya akibat ditimpa tanah runtuh di
kawasan berbukit seperti laluan ke Cameron highland turut merupakan
kejadian yang serius dan perlu diambil perhatian. Oleh itu, bagi
memulihkan kawasan tanah yang digondol, bukit yang curam dibina
teres-teres. Teres dibina di bukit secara bertingkat-tingkat
seperti tangga. Kedaan ini mengurangkan hakisan tanah dan tanah
runtuh. Langkah ini juga dapat menjaga keselamatan pengguna jalan
raya. seperi yang sering berlaku.Sealin itu, kawasan tersebut
perlulah dibenteng dengan konkrit. Agar ia dapat menampung tanah
yang banyak dan menghalang tanah tersebut menggelongsor ke
bawah.Bagi memulihara kawasan pantai dan tebing sungai,
benteng-banteng di buat sepanjang kawasan yang telah terhakis.
Benteng tersebut dapat menahan air laut daripada menghakis kawasan
pantai. Contohnya benteng sungai yang telah dibuat di Sungai Gombak
dan Sungai Kelang telah dibenteng untuk mengurangkan hakisan.
Kerajaan juga telah menubuhkan pusat Teknikal Kejuruteraan Pantai.
Ia bertujuan memberi nasihat masalah berkaiatan dengan kejuruteraan
pantai. Penerokaan hutan secara giat oleh segelintir manusia yang
rakus mengejar keuntungan turut menyumbang kepada kemusnahan alam
sekitar. Penerokaan hutan telah menjejaskan fungsi pokok-pokok
besar dalam keseimbangan ekosistem hutan hujan. Selain itu, hutan
juga diteroka untuk penanaman sayur dan buah-buahan seperti yang
berlaku di Cameron Highlands. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang
tegas, ia telah mengakibatkan tragedi di Pos Dipang dan yang
terbaru di Perkampungan Orang Asli Sungai Rui, telah meragut tujuh
nyawa tidak berdosa. Selain itu, faktor pembalakan haram juga tidak
boleh diketepikan. Pembalakan secara tidak terkawal memusnahkan
tanaman tutup bumi dan menyebabkan hakisan di lereng bukit, banjir
kilat dan memudahkan proses tanah runtuh berlaku. Pokok-pokok di
lereng bukit menjadi benteng mengelakkan gelongsoran tanah
mengelakkan kehmusbahan pokok yang dilindungi.Isu yang Rasuah
Jabatan Hutan yang dimuatkan di paparan hadapan Utusan Malaysia
bertarikh 21 Oktober 2014 adalah salah satu isu yang berhubung
dengan kemusnahan sumber hutan Negara. Pemusnahan hutan akibat
rasuah yang dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi telah
meyebabkan kerugian yang amat besar terhadap ekonomi Negara.
Syarikat gergasi yang dinaugi oleh sendikit serta kumpulan mafia
bersenjata api telah mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit
dengan Sarawak menunjukkan jumlah kerugian terbesar yang
menacatatkan RM100 juta. Aktiviti penebangan mereka begitu drastik
sehingga mereka berani menebang spesies pokok terancam dan
mempunyai nilai komersil yang tinggi. Kawasan penebangan sudah
pastinya terdedah kepada hakisan oelh air yang memberi kesan-kesan
sampingan terhadap sistem ekologi bumi. Begitu juga dengan Isu
pencerobohan dan penerokaan hutan di Cameron highlands turut
membuka mata banyak pihak . Berita tentang kejadian banjir lumpur
dan tanah runtuh di Kampung Raja , pecan Ringlet dan lembah Bertam
di Cameron Highlands pada 5 November 2014, telah mengakibatkan lima
kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 buah keluarga terpaksa
dipindahkan ke Pusat Pemindahan di Dewan serbaguna Orang Ramai
Ringlet. Berita yang turut dipaparkan di televisyen pada tarikh 8
Disember 2014 membuktikan bahawa isu pencerobohan hutan yang
mengakibatkan kesan buruk amat serius kerana ia bukan sahaja
memusnahkan penempatan malahan ia turut meragut nyawa manusia.
Dalam Isu ini menurut setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk
Mohamaed Thajudeen Abdul wahab berkata, isu yang timbul ini telah
menjejaskan alam sekitar dan ekologi yang menyebabkan tanah runtuh.
Penerokaan tanah secara haram bukan sahaja berlaku di Blue Valley,
sebaliknya turut berlaku di beberapa kawasan di Cameron Highlands.
Kawasan hutan yang telah diceroboh dijadikan ladang sayur
melibatkan kawasan yang sangat luas iaitu sekitar 18 hektar.
Berikutan isu isu yang dinyatakan ini beberapa langkah telah
diambil bagi memulihara kawasan yang terjejas. Datuk Mohamad
Thajudeen Abdul wahab turut memaklumkan kawasan hutan yang dibuka
untuk dijadikan ladang sayur haram oleh individu yang tidak
bertaggungjawab telah pun dibersihkan seluas 10 hektar daripada 18
hektar yang kawasan yang terlibat. Kawasan yang diterokai secara
haram ini merupakan kawasan yang kedududukannya adalah
dipuncak-puncak bukit. Jika kawasan ini menjadi gondol tanpa pokok
atau hutan sebagai tadahan hujan, sudah pasti akan mengakibatkan
hakisan apabila hujan turun dan titian-titisa hujan akan menimpa
tanah yang terdedah secara terus-menerus tanpa ada halangan. Oleh
yang demikian kawasan terebut perlu dipulihara dengan menanam
semula kawasan tersebut dengan pokok-pokok yang baru. Peranan ini
sandang dibahu Kementerian sumber Asli dan Alam Sekitar. Mereka
perlu memastikan penanaman semula pokok ini dapat menjadikan
kawasan tersebut seperti keadaan yang asal;. Kerjasama daripada
pihak tertentu seperti Polis Diraja Malaysia(PDRM), Anggota Tentera
Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia(JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia( RELA) dan pegawai
daripada Pejabat Peguam Negara turut membantu dalam memulihara
kawasan yang terjejas dalam penerokaan dan pembalakan hutan secara
haram ini. Bagi Timbahalan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri
Muhyiddin Yassin turut meluahkan rasa dukacita kerana pencerobohan
tetap berlaku di tanah-tanah Walaupun operasi membersih dan
membenteras penerokaana tanah yang melibatkan lebih 500 pegawai dan
kakitangan daripada yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan
agensi namun ia masih belum memadai. Justeru itu, pembenterasan
yang drastik perlu diambil. Segala langkah yang diambil ini adalah
bagi memulihkan kembali kawassan yang teruk terjejas akibat banjir
lumpur. Ekoran daripada itu, pos-pos kekal diwujudkan di kawasan
yang dikenalpasti sebagai lokasi tumpuan pencerobohan dengan
meletakkan pegawai penguatkuasaa sehingga proses penguatkuasaan dan
pembersihan yang dilaksanakan selesai. Pemantauan yang berterusan
secara ketat haruslah dilakukan sepanjang masa. Pemantauan ini
penting bagi menghalang tanah terus di ceroboh tanpa disedari.
Selain itu, kawasan-kawasan tertentu turut diwartakan sebagai
kawasan keselamatan bagi membaikpulih kawasan tersebut. Ini
dijalankan dengan membentuk pasukan khas bagi menjaga kawasan
tersebut daripada diceroboh. Terdapat beberapa punca yang mendorong
berlakunya kemusnahan alam sekitar. Antaranya adalah kurang
kesedaran kita tentang kepentingan melestarikan alam sekitar demi
kelangsungan hidup makhluk bumi. Hal ini berlaku kerana kurang
pendedahan diberikan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat terhadap
generasi muda. Pembuangan sampah di merata-rata tempat misalnya,
menunjukkan kurangnya kesedaran kita terhadap alam sekitar. Ini
diburukkan lagi oleh penebusgunaan hutan paya bakau menjadi kolam
udang dan penempatan. Hutan paya bakau berperanan menghalang ombak
tsunami seperti yang berlaku pada 26 Disember 2004. Selain
kedudukan negara ini yang jauh daripada pusat gempa, kesan tsunami
tidak seteruk di Aceh, Indonesia kerana hutan paya bakau menjadi
benteng kepada hentaman ombak besar tersebut.Pemuliharaan yang
dijalankan adalah dengan menanam semula pokok-pokok bakau diperisir
pantai. Jika keadaan ini dibiarkan , hakisan pantai akan semakin
berleluasa. Penempatan nelayan akan terjejas akibat hakisan.
Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran juga
turut mengambil langkah mengatasi asalah iini dengan melibatkan
para pelajar dalam program tanam semula pokok Bakau. Contohnya
seperti yang dijalankan dinegeri perak melibatkan sebilangan besar
murid-murid sekolah menengah dan rendah menanam paokok bakau yang
bertempat di Kuala Sepetang Taiping. Selain itu, langkah- langkah
pemuliharaan hutan dan hidupan liar ialah usaha yang diambil bagi
memulihkan kawasan hutan yang telah musnah dan hidupan liar yang
diancam kepupusan adalah dengan menjalankan penghutanan semula.
Pokok jati dan pain ditanam di kawasan yang telah dibalak.
Pokok-pokok ini matang dan boleh ditebang dalam tempoh 10 hingga 15
tahun., lokasi seperti Grik Perak, Jeli dan Gua Musang Kelantan,
Sandakan dan Ranau Sabah, Miri dan Bintulu Sarawak. Begitu juga
pemulihan yang dilakukan terhadap hutan Palma. Program pemuliharaan
hutan ini dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM) yang diketahui oleh seorang saintis , Dr SawLeng Guan yang
juga merupakan Pengarah Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM dan Felo
Akademi Malaysia. Penghutanan semula ini juga memerlukan kawalan
dan penjagaan yang rapi, agar tiada anasir-anasir buruk yang
menggaggu dan menjejaskan pertumbuhan pokok- pokok baru. Ladang
hutan dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta. Pokok ditanam
adalah jenis yang cepat matang, tahan serangan penyakit dan bermutu
tinggi seperti pain, jati dan sentang. Lokasi yang terlibat adalah
di Jeli dan Gua Musang Kelantan, Kuala Lipis , Bentong dan Jerantut
Pahang , Sandakan & dan Tambunan Sabah, Miri Sarawak dengan
penanaman pokok yang lebih cepat matang, hutan asli lebih cepat
terbina. Pengurusan Hutan Secara Lestari turut dijalankan.
Ciri-ciri yang dititikberatkan dalam pengurusan hutan secara
lestari ialah mengurangkan kadar pembalakan tahunan dengan
menghadkan kuota lesen membalak, penebangan secara terpilih bagi
memastikan pokok matang sahaja ditebang, Rawatan Silvikultur
dilakukan bagi memastikan pokok tumbuh tanpa penyakit bagi
mendapatkan mutu balak yang baik .FRIM dan UPM juga telah memainkan
peranan dalam isu pemuliharaan hutan ini. Penyelidihkan Hutan
dijalankan. Penyelidikan dijalan untuk mencari kaedah pengurusan
dan pemuliharaan hutan yang baik. FRIM bersama-sama pakar dari
Jerman, Britain & Jepun menghasilkan Pelan Tindakan Hutan
Tropika bertujuan melindungi hutan hujan tropika dan hidupan liar.
Lokasi yang terlibat adalah di Kepong Selangor dan Lembah Danum
Sabah. Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga
di bawah NRE telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah
diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini memainkan peranan
penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram dan
berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran tanah,
pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan
Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan
undang-undang yang di kenakan terhadap pesalah-pesalah yang
melakukan pembalakan secara haram, penerokaan hutan simpan dengan
haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang harus di
teruskan.Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam
Sekitar(JAS) juga turut memainkan peranan dalam isu pemuliharaan
sumber alam. Beberapa kempen dijalankan untuk melindungi alam
sekitar di mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah
kepada masyarakat. Antara kempen-kempen yang melindungi alam
sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar semula,
sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya,
pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala
bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini dilakukan
di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan
awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar,
sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat
untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh
meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi
alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah
merupakan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas
keberkesanan aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara
hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu
agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras
kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar
yang dikenali sebagai program rakan alam sekitar.Menjadikan kawasan
hutan sebagai kawasan rekreasi yang terkawal. Contohnya menyediakan
beberapa kemudahan rekreasi seperti kawasan memancing, tempat
penternakan lebah, kawasan trecking, berbasikal dan sebagainya.
Selain itu gotong royang perdana dijalankan unuk membersihkan
kawasan yang tercemar. Agensi-agensi tertentu hendaklah memainkan
peranan dalam hal ini. Kawasan yang ternyata menghadapi masalah
seperti kawasan mati hendaklah dibangunkan kembali dengan
menyerahkan kawasan tertentu kepada beberapa agensi atau syarikat
untuk dijadikan kaswan angkat. Peranan yang perlu dijalankan oleh
mereka adalah memulikan kembali kawasa-kawasan angkat mereka supaya
ia lebih cantik, selesa dan menenangkan Langkah pemuliharaan yang
efektif adalah melaui penghutanan semula ialah kegiatan menanam
semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat
tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat
dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar
dapat dielakkan terutamanya di kawasanbandar-bandar besar seperti
di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk
telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia
perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini
dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah
dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul,Pahang dan
Hutan Simpan Paya Laut, Perak.Kesan Kemusnahan alam sekitar
mengakibatkan mengakibatkan gangguan binatang buas dan liar seperti
harimau, ular dan kera kerana haiwan-haiwan ini kehilangan habitat
asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan memaksa
ia menceroboh ke kawasan kediaman manusia. Kemusnahan alam sekitar
turut menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang estetik yang
merugikan generasi akan datang. Dengan menjalankan pemuliharaan
hutan seperti yang telah dinyatakan secara tidak langsung ia turut
membantu memulihara hidupan liar yang terancam. Seperti yang
diketahui, terdapat beberapa tempat pemuliharaan haiwan liar yang
semakin terancam seperti harimau Casbian, tapir, gajah, burung
Kenyalang dan sebagainya. Jualah pakar-pakar zoologis perlu
ditingkatkan bagi membantu merawat serta membiak baka haiwan liar
yang hamper pupus. Pusat jagaan dan kajian serta pembiakbakaan
haiwan liar yang hamper pupus perlu diadakan dan bergerak lebih
aktif. Dana yang banyak harus lah disalurkan oleh kerajaan serta
sumbangan dari agensi serta orang perseorangan sangat diperlukan
bagi membantu dalam kajian serta pemuliharaan untuk meningkatkan
cara pembiakbakaan baru yang lebih moden dan efektif. Agar baka
yang lebih sihat dan cergas dihasilkan. Isu pemuliharaan timbul
apabila berlaku banyak kemusnahan hidupan liar di Negara ini.
Kemusnahan hidupan liar di Negara ini berpunca dari banyak sebab
yang saling berkaiatan. Diantaranya adalah kemusnahan hutan seperti
yang telah akibat tindakan manusia, serta kebakaran hutan yang
disengajakan atau yang tidak terduga. Pencemaran tanah yang
mengakibatkan habitat hidupan musnah, sumber makanan hidupan
berkurang mengakibatkan kematian, serta pemburuan secara haram bagi
mendapatkan kulit, bulu, gading, daging dan sebagainya yang
bernilai beribu-ribu ringgit. Jika keadaan ini berterusan dan tidah
dipulihkan, kehidupan haiwan terjejas.Kes yang dikenalpasti berlaku
di Sandakan Sabah. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah
menyuarakan kebimbangan mereka tentang rancangan membersihkan tanah
hutan seluas 400 hektar milik persendirian berhampiran Hutan Simpan
Hidupan Liar Kulamba di Lahad Datu kerana ia merupakan kawasan
penting bagi Orang Utan dan hidupan liar lain. Sejajar dengan itu,
WWF-Malaysia, HUTAN dan Land Empowerment Animals People (LEAP)
meminta kerajaan memastikan semua habitat Orang Utan di Sabah yang
terletak di luar santuari hidupan liar dan hutan simpan dijadikan
sebahagian daripada estet hutan kekal negeri.Dalam kenyataan
tersebut, mereka menegaskan bahawa kawasan berhampiran Bukit Kretam
yang akan dibersihkan perlu diberi perhatian segera.kerana ia
adalah antara kawasan tanah kering yang masih ada di wilayah yang
sebahagian besarnya dipenuhi hutan paya dan amat penting daripada
segi pemuliharaan biologi. Permintaan mereka adalah dengan objektif
ketiga Pelan Tindakan Negeri untuk Orang Utan yang diluluskan
kerajaan Sabah yang menyebut bahawa "semua hutan yang mempunyai
banyak Orang Utan dan tidak dilindungi untuk pemuliharaan, tidak
boleh ditukar menjadi kawasan penanaman pokok secara industri atau
ladang pertanian WWF-Malaysia menyokong usaha memulihara dan
melindungi kawasan tanah di Bukit Kretam ini kerana ia membolehkan
Orang Utan dan biodiversiti lain terus membiak serta penting bagi
penyambungan kawasan hutan. Walaupun kawasan terlibat agak kecil,
namun mengekalkannya sebagai hutan akan meningkatkan kepentingan
Hutan Simpan Hidupan Liar Kulamba apabila habitat tanah kering
bersebelahan hutan paya seluas 20,000 hektar itu dijadikan hutan
simpan di kawasan berkenaan seperti yang diulas oleh pengarah
eksekutif ketua pegawai eksekutif WWF-Malaysia Datuk Dr Dionysius
Sharma. Penyalaras bersama HUTAN Dr Marc Ancrenaz pula berkata
Hutan Simpan Hidupan Liar Kulamba dan hutan bersebelahannya menjadi
kawasan kediaman kira-kira 480 Orang Utan. Kehilangan kawasan hutan
di kawasan ini pasti akan mengurangkan keluasan kawasan kediaman
Orang Utan. Memandangkan musim buah di hutan paya dan tanah kering
tidak berlaku serentak, maka kewujudan hutan tanah kering adalah
penting bagi Orang Utan yang hidup dengan memakan buah-buahan, kata
Ancrenaz, ahli veterinar hidupan liar, yang membuat penyelidikan
dan pemantauan terhadap Orang Utan liar di Sabah sejak 15 tahun
lepas.Pengarah eksekutif LEAP Cynthia Ong pula berkata terdapat
beberapa sebab kenapa kawasan hutan berkenaan perlu dikekalkan.
Antaranya ialah usaha Malaysia untuk mengukuhkan reputasinya
sebagai pengeluar minyak sawit yang bertanggungjawab melalui
pelbagai proses telus seperti Rundingan Meja Bulat mengenai Minyak
Sawit Lestari (RSPO). Beliau menyatakan adalah sesuatu yang
memalukan sekiranya habitat Orang Utan yang diketahui umum ini
terus dibersihkan untuk ditanam dengan kelapa sawit setelah
beberapa ketetapan dibuat hasil daripada perbahasan antara NGO dan
industri minyak sawit yang begitu sengit sebelum ini,"
katanya.Walaupun pernah menjadi kawasan pembalakan, tumbuh-tumbuhan
di sebahagian besar kawasan itu boleh serasi dengan kegiatan
silvikultur dan penanaman semula, katanya. Pemulihan juga
dijalankan apabila berlaku terhadap kes kematian 10 ekor gajah yang
berlaku di Tawau, Sabah. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu
Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan segera membuat siasatan
menyeluruh berhubung kematian 10 ekor gajah tersebut. Beliau
berkata kerajaan memandang serius perkara itu kerana gajah Pygmy
Borneo merupakan sepsis terancam. Ia tidak boleh diterima. Beliau
mahu siasatan menyeluruh tentang perkara tersebut dijalankan dengan
segera. Pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilanBeliau
diminta mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah,
Datuk Laurentius Ambu semalam bahawa 10 ekor gajah Borneo ditemui
mati dalam tempoh dua minggu di hutan simpan di Tawau. Menteri
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi
Manjun dilapor sebagai berkata penemuan kematian gajah-gajah itu di
Hutan Simpan Gunung Rara merupakan hari paling sedih buat usaha
pemeliharaan Sabah. Kematian gajah Borneo yang hebat dan terancam
ini merupakan kehilangan besar kepada negeri ini. Walaupun agak
awal untuk menunjuk sebab kematian, racun mungkin merupakan
sebabnya," kata beliau. Melahirkan rasa terkejut, Musa berkata
gajah-gajah ini merupakan sebahagian hidupan liar Sabah yang kaya
dan eksotik dan perlu dilindungi. Ia ibarat mencurah air kedaun
keladi jika tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di
negara ini. Kemusnahan hidupan Liar di Negara ini juga turut
berpunca daripada perdagangan haiwan yang dilakukan secara
haram.Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara
(Perhilitan) Negeri Perak berjaya menumpaskan satu sindiket
memperdagangkan hidupan liar yang cuba mengabui pihak berkuasa
dengan menggunakan bungkusan pos tertera ucapan 'Selamat Hari
Jadi'. Bagaimanapun, kata Fakhrul, pihaknya masih belum membuat
sebarang tangkapan dan sedang mengesan pengirim serta penerima
kotak berkenaan.
Perkara ini perlu dipulihkan dari terus berleluasa dengan adanya
Akta Pemerdagangan haiwan. kes itu disiasat di bawah Seksyen 10
Akta Perdagangan Antarabangsa Spesis Terancam dan jika disabitkan
kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000. Dengan adanya
tangkapan dan denda dan hukuman yang tinggi, penjenayah-penjenayah
haiwan ini dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan sepenuhnya.
Pemuliharaan akan terlaksana dengan adanya Akta kualiti alam
sekitar(1974). Akta ini digubal bertujuan untuk mengawal
perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam
sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha
memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu,
dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hamper
keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar
sepertimasalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran
udara. Penilaian impak alam sekitar(EIA) pula merupakan satu
pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara
menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan
kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan
pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama
badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang
secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.Pemuliharaan
sumber bumi negara ini amat perlu memandangkan peranannya terhadap
kehidupan dunia sejagat. .Kepentingan alam sekitar kepada sistem
pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut
udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat
penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya
dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat
bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih
membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita
menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran
yang segar dan nyaman juga, kita boleh melakukan aktiviti luar dan
beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas,
marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita.. Kebersihan alam
sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang
terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin
sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai
kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan
menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar.
Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkanair hujan
yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang
turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk
meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang
mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu,
hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di
empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini
membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu
tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan
kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan
alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan
semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk
mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan
tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan
dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara
satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak
boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai
fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri.
Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam
semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan
cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan
flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting
untuk mengelakkan kepupusan..Penghutanan semula yang dilakukan
secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta
badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera
kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna
utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan
semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan
penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan
tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan
kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan
sumber air yang cukup. Persekitaran yang bersih juga dapat
mengelakkan pembiakan serangga.Persekitaran yang kotor akan
meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia.
Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkandemam denggi yang
berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akanmendatangkan
banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggapmaakanan
kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti
cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap
alam sekitar adalah penting.Pentingnya pemuliharaan sumber air,
tanah, hutan dan hidupan liar adalah bagi mengekalkan keindahan
alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara
kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai
pelancongandari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke
negara kita. Melaluiaktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan
pendapatan negara melaluipertukaran wang asing. Dalam jangka
panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti
itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak
langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.
Dalamusaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,
penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.
Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara
alamsemulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus
dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen
kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia seminar, bengkel,
pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya
adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan
orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar
adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta
supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati
sehingga generasi akan dating. Agensi kerajaan, sektor swasta,
badan bukan kerajaan dan masyarakat harus memainkan peranan
masing-masing agar alam sekitar dapat dilestarikan keindahannya.
Kita harus sedar bahawa kita mewarisi alam sekitar seterusnya
khazanah berharga ini perlu dipelihara untuk anak cucu kita. Jika
alam sekitar dimusnahkan, generasi akan datang tidak dapat lagi
mempelajari habitat hutan tertua di dunia.
~~ Sekian ~~
REFLEKSI
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya
berjaya menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)
bagi subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat (SCE 3143) pada waktu
yang telah ditetapkan. Di sini saya ingin mengambil kesempatan
untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing, Encik Manimaran A/L Vadivelu kerana telah memberi
sepenuh komitmen kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Semasa
melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baharu yang telah saya
pelajari. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan dan
secara individu bagi tugasan tertentu. Jadi kami perlu duduk
berkumpul dan berbincang mengenai tugasan yang diberikan ini.
Setelah mencapai kata sepakat jadi kami telah membahagikan tugasan
mengikut kriteria yang telah kami susun dan atur. Apa yang telah
saya pelajari adalah perbincangan dalam kumpulan adalah penting
untuk mencapai suatu kata putus. Dari sini juga kami menjadi
bertambah mesra daripada sebelumnya, tambhann pula ini adalah kerja
kursus terakhir bersama rakan-rakan sekumpulan. Seperti yang sedia
maklum, semasa proses penyiapan tugasan ini berjalan, sebagai
seorang guru yang mengajar dan juga beberapa tugasan yang
melibatkan pengurusan sekolah, tentulah sibuk dengan tugasan harian
sekolah. Oleh sebab ini, saya dan rakan-rakan yang lain mempunyai
masa yang cukup terhad untuk menyiapkan tugasan ini. Saya perlu
membahagikan masa dengan baik dan jadual seharian saya menjadi agak
padat. Namun kerana kecanggihan zaman IT membolehkan kami sentiasa
berhubung sama ada melalui telefon, pesanan ringkas, whatsap dan
sebaginya.Selain daripada itu, akibat daripada kekangan masa ini,
saya tidak dapat menjalankan kolaborasi dengan pensyarah pembimbing
pada masa yang diinginkan. Tambahan pula, saya dan beberapa orang
rakan yang lain tinggal berjauhan kawasan luar kerana jarak sekolah
dengan institut agak jauh. Faktor jarak ini juga memainkan peranan
penting dalam menyumbangkan permasalahan ini.Masalah yang kedua
ialah kekurangan maklumat yang ingin dijadikan rujukan. Pelbagai
bahan dan sumber yang kami perlukan untuk menyiapkan tugasan ini.
Bahan dan sumber daripada buku amat sukar diperolehi kerana
kedudukan sekolah yang agak jauh daripada bandar. Walaupun terdapat
perpustakaan di dalam kampung ini namun diyakini bahawa buku yang
ingin dicari tiada di perpustakaan tersebut. Namun saya tetap
bertekad mencari bahan kajian saya yang telah saya pilih sebagai
bahan kajian individu iaitu Pemuliharaan, air, tanah , hutan dan
hidupan liar. Saya mengambil ianiasatif berjumpa dengan rakan saya
tang menjadi pegawai Pusat Kegiatan Guru di Kuala Kurau. Beliau
turut membantu saya mencari maklumat melalui majalah ,surat khabar
dan juga buku-buku. Saya juga turut membuat rujukan di pusat sumber
sekolah saya. Untuk melenhkapkan lagi hasil tugasab saya, semasa
menyiapkan tugasan ini, beberapa langkah telah diambil. Untuk
mengatasi kekangan sumber atau bahan untuk mendapatkan maklumat,
saya telah menggunakan alternatif lain yang lebih praktikal dan
berkesan iaitu mendapatkan maklumat dari sumber internet. Tidak
dinafikan, banyak sumber dan bahan yang saya perolehi daripada
internet dan ianya sangat membantu saya semasa menyiapkan tugasan
yang diberikan.Disamping itu, bagi mengatasi masalah kekangan masa,
saya telah mula merangka jadual saya setiap hari. Ini adalah untuk
memastikan tugas saya sebagai guru dan pada masa yang sama sebagai
guru pelatih di institut tidak terganggu. Ditambah pula dengan
komitmen-komitmen lain yang perlu dilakukan, saya dapat rasakan
kehidupan ini sangat sibuk namun realitinya , kelihatan gembira
dengan tugas yang diberikan. Oleh yang demikian, saya telah jadikan
situasi tersebut sebagai dorongan atau motivasi bagi saya untuk
menguruskan masa dengan lebih baik.Seperti yang telah dinyatakan,
peluang bagi saya untuk membuat kolaborasi bersama pensyarah
pembimbing amatlah sukar atas faktor masa dan jarak. Bagi mengatasi
masalah ini, saya telah mengadakan kolaborasi bersama rakan-rakan
yang lain dan juga kolaborasi bersama guru-guru di sekolah.
Alhamdulillah, banyak percambahan idea yang berlaku dan kerjasama
yang diberikan amatlah baik dan berkesan.Masalah turut saya hadapi
bagi memikirkan bahan inovasi yang perlu saya siapkan. Namun atas
pengalaman saya semasa belajar di Maktab perguruan Sains Bintulu
pada tahun 1993 hingga 1996 telah banyak membantu saya mencari
idea. Semasa di sana saya dan pelajar-pelajar telaha membina banyak
bahan-bahan alat bantu mengfajar mata pelajaran sains kepada
murid-murid di Sarawak yang kebanyakannya serba kekurangan.
Idea-idea rakan-rakan terutama dari Kaum Iban saya rasakan amat
baik/ Oleh itu saya telah menghasilkan Kit Pembelajaran menggunakan
sambungan wayar dan juga mentol. Hasil yang telah siap, terlebih
dahulu saya gunakan untuk muted-murid saya. Mereka sangat teruja
dan gembira menggunakan bahan inovasi saya tersebut. Selain
daripada itu, saya juga dapat mengesan dan memperbaiki kelemahan
bahan inovasi yang saya hasilkan semasa menggunakan bahan inovasi
ini semasa sessi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga
merupakan fasilitator kepada murid dimana guru perlu memantau dan
memberikan tunjuk ajar kepada murid semasa aktiviti dijalankan.
Melalui peranan ini guru sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan
yang lebih mesra antara guru dan murid. Hubungan yang mesra antara
guru dan murid lebih memudahkan pergerakan komunikasi dan
penyampaian pengetahuan akan menjadi lebih efisien dan efektif.
Penggunaan bahan inovasi sebenarnya dapat melengkapkan lagi
pengajaran supaya ia menjadi lebih efektif dan dapat membuka minda
dan minat murid untuk turut sama berinovasi. Penggunaan bahan
inovasi bukan sahaja dapat membantu saya dan guru-guru lain
menyampaikan ilmu dengan lebih mudah, malahan ia dapat meningkatkan
semangat kepada saya untuk menghasilakan banuak lagi bahan inovasi
yang lain untuk faedah bersama.Secara keseluruhannya, projek yang
dilaksanakan ini sebenarnya sedikit sebanyak membantu para pendidik
memperoleh ilmu dan pengalaman yang sangat berguna yang dapat
diaplikasikan dalam dunia realiti pendidikan pada masa akan datang.
Jadi saya sebagai seorang guru akan lebih berusaha untuk mencari
dan memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna bagi saya
untuk menjadi guru yang serba mahir dalam pelbagai bidang dan ilmu
pengetahuan. Saya juga berharap saya dapat menjadi guru yang
fleksibel dalam menghadapi apa jua cabaran dalam dunia pendidikan
masa hadapan.Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam usaha saya
untuk menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T yang mampu
membalas usaha mereka. Disamping itu, sekali lagi saya ingin
mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah pembimbing, Encik Manimaran A/L Vadivelu atas usaha yang
dicurahkan. Taklimat tugasan yang diberikan sangat jelas dan banyak
membantu saya dan rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya juga
menghargai masa yang diluangkan untuk berkolaborasi bersama. Dari
situ, banyak permasalahan yang timbul dapat di atasi dengan mudah.
Diharap, tugasan ini juga dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada
diri saya, namun kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca.
~~~ Sekian ~~~.
BIBLIOGRAFIDira Ariffin ( 2010)Panduan Keselamatan Menghadapi
Bencana Dan Krisis, Kuala Lumpur: Nusamas Global Mediastreets
Sdn.Bhd.Ensiklopiedia Pelajar ( 1990) Dewan Bahasa Dan Pustaka :
SelangorKamus Dewan ( 5th ed).(1991)Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
PustakaKosmik ( 11/2014), Dewan bahasa dan Pustaka, kuala
lumpurKosmik (1/2015) , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
PustakaSulaiman bin Zakaria (1992) Siri Pendidikan Alam Sekitar,
Pencemaran Tanah , Kuala Lumpur: Penerbit Setiamas Petaling
Jaya.Omar Osman.(2014). Pengurusan Pembinaan : Konsep, Strategi dan
Aplikasi. USM Pulau Pinang.Taib Mahmud & Angkatan Zaman
Mansang. (2000). Pemikiran Politik Pembangunan : Mencapai Wawasan
2020 Cara Sarawak. Sarawak : Angkatan Zaman Mansang.
Wan Noor Azmi Wan Mohd Nor, Rusidah Mohd Akil & Hazlina
Mansor. (2013). Geografi Lengkap PMR. Kuala Lumpur : Arah
Pendidikan Sdn
Bhd.http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0920&pub=Sarawak2001&sec=Rencana&pg=re_18.htm#ixzz3Rm4klFZMhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm#ixzz3Rm2sBgPRhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20120929/wb_03/Bakun-bakal-kawasan-sukan-akuatik#ixzz3Rm3ru6Nm
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/398-empangan-bakun-hanya-bekalkan-tenaga-elektrik-untuk-sarawak-sahajahttp://www.sarawakreport.org/ms/2012/12/akhbar-utama-australia-melaporkan-secara-terperinci-kerakusan-dan-ketamakan-taib/http://www.astroawani.com/topic/hidupan+liar/news
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm
[SCE3143 | SAINS, TEKNOLOGI & MASYARAKAT25