Top Banner
EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK MENGGUNAKAN TEKNIK CETAKAN TEKSTIL KARTINA BINTI ABDUL KHALID Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Senireka) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007
24

EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

Mar 11, 2019

Download

Documents

duongxuyen
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK

MENGGUNAKAN TEKNIK CETAKAN TEKSTIL

KARTINA BINTI ABDUL KHALID

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

dengan Kepujian

(Teknologi Senireka)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK

MENGGUNAKAN TEKNIK CETAKAN TEKSTIL

Kartina binti Abdul Khalid (12118)

Program Teknologi Seni Reka

GKA 3086 Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir

(Seni Reka Tekstil Dan Fesyen)

2006/2007

Page 3: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Judul: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK MENGGUNAKAN

TEKNIK CETAKAN TEKSTIL

SESI PENGAJIAN :2006/2007

Saya, KARTINA BINTI ABDUL KHALID _________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti

Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Membuat pendigitan untuk membanguankan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan

tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. ** Sila tandakan (√) di kotak yang berkenaan.

SULIT (Mengandungi maklumat yand berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia

seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di

mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Kampung Tebing Tembah,

28100 Chenor,

Pahang Darul Makmur.

Tarikh: __________ Tarikh: __________

CATATAN * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

** Jika tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT dan TERHAD.

Page 4: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

ii

PENGESAHAN PENYELIA

Projek Tahun Akhir yang bertajuk “Eksperimentasi serbuk glow in the dark

menggunakan teknik cetakan tekstil” telah diusahakan dan disediakan oleh Kartina

binti Abdul Khalid (12118) sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat

untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi

Senireka).

__________________________ _________________

Dr. Nazlina Shaari Tarikh

Penyelia

__________________________ _________________

Cik Norhayati Suleiman Tarikh

Penyelia

Page 5: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

iii

PERAKUAN PELAJAR

Dengan ini saya mengakui bahawa Karya yang bertajuk Eksperimentasi serbuk glow in

the dark menggunakan teknik cetakan tekstil ini merupakan hasil usaha pengkaji sendiri,

kecuali bahagian-bahagian petikan, pernyataan, petikan dan ringkasan yang dinyatakan

sumbernya dalam karya ini. Penyerahan hak cipta karya ini adalah kepada pihak Fakulti

Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk

sebarang percetakan atau penerbitan semula pada masa hadapan.

______________________ ________________

Kartina binti Abdul Khalid Tarikh Serahan

Page 6: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

iv

ISI KANDUNGAN

Borang Pengesahan i

Pengesahan Penyelia ii

Perakuan Pelajar iii

Isi Kandungan iv-vii

Penghargaan viii

Abstract ix

Abstrak x

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Pengenalan 1-2

1.1 Pernyataan masalah 3

1.2 Ojektif kajian 4

1.3 Kepentingan Kajian 4

1.4 Skop Kajian 4

1.5 Limitasi Kajian 5

1.6 Kesimpulan 5

BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.0 Pengenalan 6

2.1 Metodologi Penyelidikan 6

2.2 Kaedah Primer 7-9

2.3 Kaedah Sekunder 9-10

BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan 11

Page 7: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

v

3. 1 Pemerhatian 16

3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31

3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi 31

3.5 Eksperimen dan persampelan

3.5.0 Pengenalan 31-32

3.5.1 Jenis fabrik yang digunakan dalam ekspeerimen 32-36

3.5.2 Bahan dan proses teknik cetakan 36-38

3.5.3 Eksperimen Pertama

3.5.3.1 Pengenalan 39

3.5.3.2 Hasil Eksperimen 40-4

3.5.4 Eksperimen kedua

3.5.4.1 Pengenalan 45

3.5.4.2 Hasil Eksperimen 46

3.5.5 Eksperimen Ketiga

3.5.5.1 Pengenalan 47

3.5.6 Hasil Eksperimen 1 39

3.5.7 Hasil Eksperimen 2 41

3.5.8 Hasil Eksperimen 3 44

3.5.9 Hasil Eksperimen 4 46

3.5.10 Hasil Eksperimen 5 49

3.5.11 Hasil Eksperimen 6 51

3.5.12 Hasil Eksperimen 7 54

3.5.13 Hasil Eksperimen 8 56

3.6 Kesimpulan 58

Page 8: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

vi

BAB 4 PRODUK AKHIR

4.0 Pengenalan 59

4.1 Reka Bentuk

4.1.1 Rekaan 1- kertas dinding 59

4.1.2 Rekaan 2 - Emergency exit sign 60

4.1.3 Rekaan 3 – Tirai 63

4.1.4 Rekaan 4 – Lampu hiasan 64

4.2 Kelebihan Produk

4.2.1 Pengaplikasian 65

4.2.2 Emergency exit sign 65

4.2.3 Material 66

4.3 Kelemahan Produk 66

4.4 Batasan Kajian 67

BAB 5 KESIMPULAN 68

LAMPIRAN A

Borang Kaji Selidik

LAMPIRAN B

Analisa bahagian A dan B

LAMPIRAN C

Analisa Bahagian C (Reka corak)

LAMPIRAN D

Analisa Bahagian C (Warna)

LAMPIRAN E

Page 9: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

vii

Analisa Bahagian C (Produk)

LAMPIRAN F

Teknik cetakan Rotary screen

Teknik cetakan Flatbed screen

LAMPIRAN G

Teknik cetakan Heat transfer

Teknik cetakan Copper Roller

LAMPIRAN H

Teknik cetakan Silk screen (manual)

RUJUKAN

Page 10: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

viii

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya

menyiapkan penyelidikan tahun akhir ini sepenuhnya.

Jutaan terima kasih kepada abang dan kakak saya yang cukup banyak bersabar

dan memberi sokongan yang sepenuhnya selama saya belajar di UNIMAS terutamanya

dari segi kewangan. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat penyelia saya Dr

Nazlina Shaari dan juga Cik Norhayati Suleiman. Segala ilmu, tunjuk ajar dan nasihat

yang diberi amatlah saya hargai dan berguna pada saya. Tanpa mereka tidak mungkin

saya dapat menyiapkan projek tahun akhir ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini kepada tutor UNIMAS iaitu Cik Dayang

Marina dan Cik Faridah yang turut banyak membantu saya dalam dalam menyiapkan

projek tahun akhir ini. Kepada Juruteknik Tekstil dan Fesyen dan Juruteknik

Perindustrian segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberi amatlah dihargai.

Akhir sekali, kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang turut menbantu

secara langsung atau tidak. Segala sokongan dan bantuan anda semua amat penting bagi

saya sepanjang pengajian saya di sini.

Sekian Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada semua yang telah

terlibat.

Page 11: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

ix

Abstrak

Penyelidikan ini menfokuskan kepada eksperimentasi serbuk glow in the dark

dalam teknik cetakan tekstil. Tujuan kajian ini adalah menghasilkan produk yang

mempunyai nilai tambahan sebagai satu simbol atau sistem penunjuk arah. Teknik yang

digunakan dalam eksperimen ini adalah teknik tindanan (overlapping) dan timbulan

(emboss) bagi mewujudkan rekaan 3D. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa teknik

yang diaplikasikan berhasil dan mempunyai potensi sebagai penunujuk arah apabila

berlakunya ketiadaan sumber elektrik.

Page 12: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

x

Abstract

The research focus on the experimentation of glow in the dark powder in textile

printing technique. The main purpose of this study is to produce a new product with a

great addition to be a ‘lights out’ evacuation guidance system. These experiments

involve the overlapping and emboss techniques to create 3D effect. The end product

shows that this technique have a potential to be developed as a signage for emergency

exit when have no source of electricity.

Page 13: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

1

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Pengenalan

Penyelidikan ini adalah berkenaan dengan penggunaan serbuk glow in the dark

menggunakan teknik cetakan tekstil. Serbuk glow in the dark adalah merupakan satu

bahan pewarna yang boleh mengeluarkan warna yang terang atau mewujudkan cahaya

sendiri dalam suasana yang gelap tanpa bantuan pencahayaan. Penggunaan glow in the

dark ini sebenarnya telah lama bermula iaitu lebih kurang pada tahun 1970-an lagi.

‘Phosphorescent pigment’ yang mengandungi 99% glow in the dark telah mula-mula

ditemui. Walaubagaimanapun, ketika itu warna glow in the dark tidaklah begitu terang

dan pencahayaannnya tidak dapat bertahan lama dalam suasana gelap.

Warna serbuk glow in the dark yang telah sedia ada adalah warna spektrum dari

warna hijau-kuning hingga kepada ungu-biru. Jenis- jenis glow in the dark yang berada

dipasaran adalah dalam bentuk dakwat atau cecair, serbuk, semburan dan ‘paint’.

Penggunaan glow in the dark ini lebih memberi kesan apabila disapu rata di atas

permukaan yang lutsinar atau ‘opaque’.

Dalam kajian ini, teknik cetakan tekstil telah dipilih untuk

mengekperimentasikan serbuk glow in the dark tersebut. Sejarah awal teknik cetakan

tekstil telah bermula lama dahulu iaitu seawal 3000 sebelum masihi. Setelah itu teknik

cetakan tekstil ini semakin berkembang dari hari ke hari mengikut perkembangan

sesebuah negara dan peredaran masa. Contohnya pada tahun 1712, George Leason telah

menemui teknik cetakan di atas kain kapas di Boston, Amerika. Sejarah awal

perkembangan tekstil adalah bermula dengan 4 serat semulajadi iaitu ‘flax’, kain bulu,

Page 14: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

2

kain kapas dan sutera. Cetakan sutera saring atau stensil, satu teknik yang menggunakan

pigment yang diterapkan di atas reka corak yang dikehendaki.

Teknik cetakan tekstil yang dipilih adalah secara manual iaitu cetakan silk

screen. Pada permulaannya, Sutera Saring diregangkan pada pemidang atau skrin dan

seterusnya ia di bawa ke dalam bilik gelap untuk proses sapuan photo emulsion dan

seterusnya pendedahan skrin pada cahaya lampu yang kuat untuk mendapatkan

rekacorak yang di kehendaki. Hasilnya atau imprint berlaku hanya pada kawasan–

kawasan yang terbuka pada stensil sahaja. Setelah proses tersebut memuaskan

seterusnya proses menerap bahan pewarna pada skrin tadi mengikut warna yang

dikehendaki.

Di pertengahan abad ke-19 lagi, stensil mula digunakan pada bahan sutera.

Dalam tahun 1907 teknik percetakan sutera saring telah mula diperkenalkan dan masih

kekal hingga ke hari ini iaitu masih menggunakan pemidang serta sekuji (squeegee).

Terdapat beberapa jenis teknik cetakan tekstil yang biasa digunakan contohnya ‘open

masking’, ‘rotary screen’, ‘copper roller’, ‘flat bed screen’, ‘heat transfer’ dan ‘hand

screen atau silk screen’. (Rujuk lampiran F, G dan H)

Ada sesetengah industri percetakan tekstil yang menggunakan mesin dan masih

ada juga secara manual. Penggunaan mesin selalunya digunakan oleh kilang-kilang

yang memerlukan mereka mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak dan dalam

masa yang singkat. Walaubagaimanapun, manual masih lagi di praktikkan di institusi

pengajian dan pengeluar kecil. Dengan cara ini lebih memberi kemahiran teknikal dan

boleh lebih memahami setiap proses penghasilan.

Page 15: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

3

1.1 Pernyataan masalah

Produk yang terhasil dari penggunaan serbuk glow in the dark masih terhad di

pasaran dan lebih tertumpu kepada kemeja–t dan hiasan dinding serta siling

berbentuk bintang dan meteor.( Rujuk rajah 1)

Penggunaan glow in the dark masih kurang popular di Malaysia dan pengguna

kurang didedahkan dengan produk glow in the dark yang lebih memberi kesan.

Rajah 1 Menunjukkan salah satu produk yang mengeksperimentasikan

serbuk glow in the dark.

Page 16: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

4

1.2 Objektif Kajian

Mengenalpasti jenis fabrik dan potensi penggunaan serbuk glow in the dark.

Menganalisa jenis warna, reka corak dan produk yang menjadi pilihan

responden.

Menghasilkan produk yang dieksperimentasikan serbuk glow in the dark melalui

teknik cetakan tekstil.

1.3 Kepentingan Kajian

Penyelidikan ini penting kerana dengan adanya kajian yang lebih mendalam

mengenai penggunaan serbuk glow in the dark ini tidak hanya akan terbatas pada

produk tertentu sahaja. Penggunaan serbuk glow in the dark ini boleh dijadikan satu

nilai tambahan pada sesuatu produk hiasan dalaman untuk menjadikannya lebih

menarik. Malah ia juga sebagai satu alternatif lain untuk menggantikan sistem tanda dan

amaran keluar yang sedia ada.

1.4 Skop Kajian

Skop kajian eksperimentasi serbuk glow in the dark menggunakan teknik

cetakan tekstil ini adalah lebih tertumpu kepada hiasan dalaman bagi sesebuah pusat

peranginan chalet. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan produk

glow in the dark pada orang ramai kerana mereka boleh melihat bagaimana impak

serbuk glow in the dark setelah diaplikasikan pada sesebuah bilik. Ini boleh memberi

suatu kelainan pada percutian mereka dan mereka tidak merasa bosan dengan hiasan

dalaman yang sama seperti di rumah mereka.

Page 17: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

5

1.5 Limitasi Kajian

Limitasi kajian ini adalah sukar mendapatkan serbuk glow in the dark yang

selain dari warna hijau terang. Ini adalah kerana di luar negara mereka telah mempunyai

banyak warna serbuk glow in the dark seperti merah, kuning dan sebagainya. Ketiadaan

sumber untuk mendapatkan semua jenis serbuk glow in the dark menyebabkan warna

yang digunakan adalah terhad. Selain itu, kajian berkenaan glow in the dark banyak

didapati dari sumber internet berbanding buku berkenaan kerana penggunaan serbuk

glow in the dark ini masih belum meluas dan kurang popular di Malaysia.

1.6 Kesimpulan

Pengaplikasian glow in the dark sebagai produk hiasan dalaman yang dapat

membantu dalam memperkenalkan produk berunsurkan glow in the dark kepada orang

ramai. Dengan adanya glow in the dark dan teknik cetakan tekstil dapat menambahkan

lagi kesan pencahayaan yang berlainan pada ruang ketika ketiadaan cahaya dan ia

kelihatan seperti hiasan ketika ada bantuan pencahayaan lain serta lebih memberi nilai

kepada produk tersebut. Produk ini direka khas untuk pusat- pusat peranginan seperti

chalet, yang mana mereka yang mengunjungi tempat tersebut selalunya mahukan

ketenangan dan kelainan suasana bagi mereka merehatkan diri.

Page 18: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

6

Metodologi

Penyelidikan

Kaedah Primer

1) Temubual

2) Borang kaji selidik

3) Eksperimen

Kaedah Sekunder

1) Pengumpulan Data

2) Pembacaan

3) Pemerhatian

BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.0 Pengenalan

Bab 2 menerangkan tentang metodologi kajian atau kaedah kajian yang

digunakan dalam kajian ini dan sebagai salah satu cara mendapatkan maklumat atau

mengumpul maklumat bagi lebih memahami berkenaan kajian dan mencari idea-idea

baru. (Rujuk rajah 2)

2.1 Metodologi Penyelidikan

Rajah 2 Kaedah metodologi yang digunakan dalam penyelidikan ini

Page 19: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

7

2.2 Kaedah Primer

2.2.1 Temubual

Temubual yang dilakukan adalah secara tidak formal pada pekerja chalet,

pengunjung, pemilik kedai hiasan dalaman serta responden. Temubual yang dilakukan

adalah untuk mendapatkan pandangan berkenaan kajian dan bagi mendapatkan idea-

idea baru.

Kebanyakan pekerja chalet bersetuju dengan pengaplikasian serbuk glow in the

dark pada hiasan dalaman cuma mereka khuatir dengan kos yang patut dikeluarkan dan

impak kepada harga sesebuah chalet meningkat. Mereka berpendapat sesebuah chalet

itu lebih menarik jika mempunyai konsep tertentu. Konsep yang biasa mereka gunakan

mestilah mempunyai unsur ketenangan dan kemas.

Secara rawak, kebanyakan pengunjung amat bersetuju dengan pengaplikasian

serbuk glow in the dark pada hiasan dalaman sesebuah chalet. Mereka berpendapat

penggunaan serbuk glow in the dark akan menjadikan suasana dalam sesebuah bilik

lebih menarik. Selain itu, pemilik galeri hiasan dalaman juga banyak memberi

pendapat dan idea baru bagi jenis produk yang menjadi pilihan terkini dan kriteria yang

lebih menarik pengguna untuk membeli sesuatu produk hiasan dalaman.

Temubual melalui telefon juga telah dilakukan pada salah seorang pekerja ‘Khai

Lien Silk Screen’ iaitu Alice bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan cara

atau penggunaan serbuk glow in the dark. Termasuklah bahan campuran dan potensi

serbuk glow in the dark pada permukaan sesuatu fabrik.

Page 20: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

8

Segala maklumat yang telah didapati dari temubual secara tidak langsung ini

amat berguna dalam kajian ini dan telah diaplikasikan di dalam eksperimen dan

persampelan.

2.2.2 Pengedaran Borang Kaji Selidik

Borang kaji selidik ini diedarkan bertujuan untuk mendapatkan pandangan orang

ramai berkenaan kajian yang dijalankan. Segala maklumat yang positif dan negatif

digunakan dalam menghasilkan produk ini. Borang kaji selidik ini mengandungi tiga

bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

Bahagian A merupakan bahagian maklumat demografi. Pada bahagian ini

penyelidik boleh mengetahui berkenaan diri responden dari segi jantina, umur serta

status perkahwinan. Maklumat tersebut penting untuk mengetahui golongan mana yang

sering mengunjungi pusat peranginan chalet sebagai salah satu tempat pilihan percutian.

Bahagian B pula merupakan maklumat umum/general bagi responden. Bahagian

ini mengutarakan soalan umum berkenaan pengetahuan responden pada penggunaan

serbuk glow in the dark. Selain itu dari bahagian ini juga penyelidik boleh mengetahui

samada cadangan dipersetujui atau tidak untuk dijadikan produk hiasan dalaman dan

seterusnya diaplikasikan pada chalet.

Bahagian C pula merupakan bahagian reka bentuk. Bahagian ini akan

menganalisa dan mengenal pasti jenis dan kriteria produk, reka corak dan warna yang

tertinggi yang menjadi pilihan responden. Ini bertujuan agar produk akhir yang

dihasilkan mempunyai elemen-elemen yang dipilih sendiri responden. Jadi penghasilan

produk adalah berasaskan minat responden sendiri.

Page 21: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

9

Data daripada bahagian C dianalisa melalui kaedah pembahagian iaitu kaedah

purata menggunakan kaedah likert scale.

Jadual 1 Menunjukkan kod jawapan bagi kaedah pembahagian

Sangat tidak

setuju

Tidak setuju Tidak pasti/

neutral

Setuju Sangat setuju

1 2 3 4 5

2.2.3 Menghasilkan Eksperimen

Menghasilkan eksperimen dan sampel-sampel tertentu bagi mengetahui kesan

serbuk dan cecair glow in the dark ke atas beberapa jenis fabrik dan material yang baik

untuk diaplikasikan.

2.3 Kaedah Sekunder

2.3.1 Pengumpulan data dan analisis

Setelah proses eksperimentasi dan kaji selidik selesai, segala analisa data dan

maklumat digabungkan bagi mengetahui kriteria produk yang mana akan diaplikasikan

pada rekaan produk akhir dari segi potensi dan impak yang telah didapati.

2.3.2 Melalui Pembacaan

Kajian ini juga menggunakan segala maklumat dari pembacaan seperti dari

majalah, jurnal, buku dan internet. Majalah yang menjadi rujukan adalah seperti

IMPIANA dan Anjung Seri kerana terdapat banyak jenis dan produk hiasan dalaman

Page 22: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

10

yang menjadi pilihan terkini dan ia boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk

mendapatkan idea-idea.

2.3.3 Melalui Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan bagi mengetahui jenis produk glow in the dark yang ada

dipasaran serta sentiasa peka pada kehendaksemasa dan citarasa mereka terhadap

produk hiasan dalaman.

BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dari orang ramai kajian Eksperimentasi

serbuk glow in the dark menggunakan teknik cetakan tekstil ini, telah mengedarkan

sebanyak 50 borang kaji selidik. Borang kaji selidik yang telah diedarkan ini adalah

bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta pendapat orang ramai berkenaan reka

corak dan pengaplikasian warna. Pengedaran borang kaji selidik ini telah di bahagikan

kepada dua cara iaitu 30 borang kaji selidik di edarkan di tempat – tempat peranginan

iaitu di Matang dan Santubong dan 20 lagi adalah di sekitar Desa Ilmu dan pelajar

UNIMAS sendiri. Pusat - pusat peranginan yang dimaksudkan adalah ‘Family Park’ dan

‘Wildlife’ di Matang serta ‘Damai Lagoon’ dan Kem Permai di Santubong.

Borang kaji selidik ini diedarkan lebih banyak kepada pusat–pusat peranginan

bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan membantu memberi lebih

banyak informasi berkenaan kajian ini. Golongan yang diedarkan borang kaji selidik ini

adalah pengunjung dan bahagian urusan serta pekerja chalet sendiri.

Page 23: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

11

Borang kaji selidik ini dibahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A adalah

untuk Demografi, bahagian B adalah maklumat responden serta bahagian C adalah

berkenaan reka bentuk. Borang kaji selidik ini dibahagi mengikut bahagian tertentu

adalah bertujuan untuk memudahkan proses menganalisa.

3. 1 Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan bagaimana sesebuah pusat peranginan menarik minat

pelanggan mereka melalui hiasan dalaman sesebuah chalet. Bagaimana mereka

memberi ‘mood’ yang tenang dan memberi kepuasan kepada pengguna. Serta membuat

pemerhatian terhadap pengguna apa yang menarik minat dan memberi kesan yang

mendalam terhadap percutian mereka. Konsep yang bagaimana penggguna mahukan,

berdasarkan pemilihan hanya chalet-chalet tertentu sahaja yang mereka kunjungi. Dari

pemilihan tersebut gelagat pengguna boleh diperolehi.

Page 24: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK … BINTI ABDUL KHALID(24 pages).pdf · 3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31 3.4 ... bagi mewujudkan rekaan 3D. ... Dengan cara ini

12

Analisa graf kajian Eksperimentasi serbuk glow in the dark menggunakan teknik

cetakan tekstil dalam kategori Demografi

Analisa bagi bahagian a ( Demografi ) – Soalan 1 dan 2

Purata responden mengikut kategori umur yang telah di tetapkan

Jadual 2 di bawah menunjukkan purata bagi umur jantina responden

Umur Purata

17 ke

bawah 0

18 - 25 0.7

26 - 35 0.2

36 ke atas 0.2

Analisa umur keseluruhan responden lelaki dan

perempuan

0

0.70.2

0.2

17 ke bawah

18 - 25

26 - 35

36 ke atas

Rajah 3 Carta pai menunjukkan purata umur responden

Carta pai di atas menerangkan tentang purata umur responden. Lingkungan umur

dikategorikan kepada 17 tahun ke bawah, 18-25 tahun, 25- 35 tahun dan 36 tahun ke

atas. Carta pai tersebut menunjukkan keseluruhan umur bagi responden lelaki dan

responden perempuan. Dalam kajian ini purata umur yang di soal selidik ialah ialah

sebanyak 0.7 dan ia adalah dari kategori umur 18- 25 tahun.