Eksperimen 1 Tujuan : Untuk menentukan haba peneutralan (i) asid hidroklorik dan natrium hidroksida (ii) asid sulfurik dan natrium hidroksida (iii) asid nitrik dan kalium hidroksida Teori : Termokimia merupakan kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan- ikatan di antara atom-atom atau molekul-molekul, dan ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah hasil daripada tindak balas. Salah satu tindak balas dalam termokimia adalah haba peneutralan. Haba peneutralan merupakan perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H + daripada asid meneutralkan 1 mol ion OH - daripada alkali bagi menghasilkan air pada keadaan piawai. Apabila asid dan alkali bertindak balas, ia akan membentuk air dan garam. Sebagai contoh, HCl (aq) + NaOH (aq) à NaCl (aq) + H 2 0 (l). Hasil tindak balas atau proses ini adalah dikenali sebagai tindak balas peneutralan. Tenaga haba yang dibebaskan adalah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Eksperimen 1
Tujuan : Untuk menentukan haba peneutralan
(i) asid hidroklorik dan natrium hidroksida
(ii) asid sulfurik dan natrium hidroksida
(iii) asid nitrik dan kalium hidroksida
Teori :
Termokimia merupakan kajian tentang perubahan haba dalam tindak
balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom
atau molekul-molekul, dan ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan
berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila
suhu bahan kimia berubah hasil daripada tindak balas. Salah satu tindak
balas dalam termokimia adalah haba peneutralan.
Haba peneutralan merupakan perubahan haba yang berlaku apabila 1
mol ion H+ daripada asid meneutralkan 1 mol ion OH- daripada alkali bagi
menghasilkan air pada keadaan piawai.
Apabila asid dan alkali bertindak balas, ia akan membentuk air dan
garam. Sebagai contoh, HCl (aq) + NaOH (aq) à NaCl (aq) + H20 (l).
Hasil tindak balas atau proses ini adalah dikenali sebagai tindak balas
peneutralan. Tenaga haba yang dibebaskan adalah dipanggil sebagai
peneutralan. Sewaktu peneutralan, air akan dihasilkan. Ini kerana ion
hidrogen, H+ daripada asid akan bergabung dengan ion hidroksida, OH-
daripada alkali untuk membentuk H20. Ion-ion lain adalah tidak terganggu.
Tenaga haba yang dihasilkan adalah apabila 1 mol ion OH- bergabung
dengan 1 mol ion H+ untuk menghasilkan 1 mol air, H20. Semua haba
peneutralan adalah sentiasa bersamaan dengan - 57.0 kJmol-1. Ianya
terhasil apabila 1 mol ion OH- bergabung dengan 1 mol ion H+ untuk
menghasilkan 1 mol air.
Semua tindak balas haba peneutralan merupakan tindak balas
eksotermik. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas
peneutralan bergantung kepada :
(i) Kepekatan asid dan alkali
(ii) Kuantiti asid dan alkali yang digunakan
(iii) Kebesan asid
Bahan :
EC1 ialah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik, EC2 ialah 1.0 mol dm-3 larutan
asid sulfurik, EC3 ialah 1.0 mol dm-3 natrium hidroksida akueus, EC4 ialah
1.0 mol dm-3 asid nitric dan EC5 ialah 1.0 mol dm-3 kalium hidroksida