Ebook Teknik Baca Pantas
Teknik Membaca Dengan Kelajuan
2000 Patah Perkataan Seminit
islamicparentingnetwork.net 3
Pengenalan
islamicparentingnetwork.net 4
Bagaimana Otak Kita Bekerja Ketika Membaca.
Jika kanak-kanak ditanya, adakah mereka berminat dengan video games? 9 dari 10
orang kanak-kanak menjawab ya. Tetapi bila ditanya adakah mereka suka
membaca.. jumlah yang sama akan menjawab tidak.
Kenapa? Sebab masyarakat kita terlupa akan satu kemahiran yang perlu diajar pada
anak mereka selepas mereka pandai membaca iaitu ‘speed reading’ atau ‘baca
cepat’. Perkara yang bergerak atau datang perlahan tidak digemari otak. Cuba
bercerita pada mereka secara perlahan. Contohnya, Paaaadaaaa suatuuuuu
hariiiiiii….. tentu membosankan jugakan?
Jika kanak-kanak diajar awal tentang kaedah ini, mereka akan mampu melakukan
speed read dengan lebih 800 perkataan seminit pada umur 14 tahun. Kelajuan biasa
orang dewasa adalah 150 perkataan seminit. Menurut US Labor Department, ahli
perniagaan atau ahli korporat yang membaca 7 buku perniagaan/pemasaran
setahun, mempunyai pendapatan 230% lebih banyak dari mereka yang membaca 1
buku sahaja setahun. Bagi orang dewasa, ia bagus untuk cemerlang dalam kerjaya.
islamicparentingnetwork.net 5
Kita hanya menggunakan 10% daripada kapasiti otak kita. Otak kita cepat bosan
sesuatu yang datang perlahan. Menunggu dalam waktu yang lama sangat
membosankan tetapi mengejar sesuatu dengan pantas sangat mengujakan.
Terutama jika kita tahu hadiah ‘ilmu’ yang kita akan dapat di penghujungnya.
Begitu juga dengan membaca pantas. Otak akan rasa teruja. Ia akan jatuh minat
dan menjadi lebih fokus mengejar ayat-ayat yang dibaca. Ia seolah-olah satu
‘permainan’ baginya. Ia mengelakkan otak kita melayang memikirkan benda lain
ketika membaca sebab kebosanan dengan kelajuan kita itu. Ini menyebabkan
adakalanya ketika kita membaca perlahan, kita masih tidak faham apa yang telah
dibaca.
Kepentingan Membaca Cepat
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan minat yang berbeza-beza. Kita belajar
dan menuntut ilmu untuk mengembangkan bakat dan kelebihan kita. Kebanyakkan
ilmu untuk mengembangkan bakat ini adalah dengan membaca. Maklumat dan
ilmu kelihatan bersepah-sepah di internet, perpustakaan dan kedai-kedai buku.
Tiada masalah dengan sumber ilmu. Yang masalahnya adalah diri kita sendiri.
Rasa berat untuk membaca ilmu-ilmu itu yang sangat mengambil masa kita yang
sudah memang sibuk. Kita tidak boleh menghadam pantas kerana kekurangan kita
dalam kelajuan atau ‘kemahiran membaca’ ilmu tersebut.
Sudah berlalu zaman dimana kita hanya mengajar anak kita setakat pandai
membaca sahaja. Kita perlu juga mengajar mereka kemahiran meningkatkan
kelajuan membaca juga. Pandai membaca tidak semestinya mereka akan suka
membaca atau banyak membaca. Dengan kelajuan membaca yang meningkat,
minat membaca juga akan meningkat. Sebuah buku yang nipis selalunya
mengambil masa 2-3 hari untuk membacanya, sekarang boleh dihabiskan tidak
sampai 1 jam! Sudah tentu amalan membeli buku dan menyimpan buku didalam
almari hingga ada masa untuk membacanya, tidak akan terjadi.
islamicparentingnetwork.net 6
Berikut adalah 3 cara untuk anda boleh membaca sekurang-kurangnya 33%
lebih cepat dari biasa.
1. Reticular Activating System
Adakala sistem otak akan hanya mula bekerja setelah kita memberi ‘pengenalan’
kepadanya. Contohnya, jika kita baru membeli sebuah kereta proton yang terbaru
dengan warna terkini. Baru saja keluar dari kedai proton, dalam perjalanan balik ke
rumah, kita lihat rupanya sudah ramai orang yang memiliki model baru yang kita
pakai itu. Sebelum ini kita tidak perasan pun. Ini dinamakan ‘Reticular Activating
System’. Kita akan lihat apa yang otak kita mahu mata kita lihat.
.
Begitu juga dengan baca cepat ini. Tidak semua orang pernah dengar atau tahu
tentang baca cepat ini. Jika anda membaca buku ini, anda telahpun diperkenalkan
untuk pertama kali atau untuk beberapa kali, idea tentangnya. Kita mengenalkan
idea dan konsep kepada otak kita. Kemudian kita akan lihat setiap kali kita
memegang buku, kita akan mencuba serba sedikit. Hingga satu hari kemahiran itu
semakin baik.
islamicparentingnetwork.net 7
Peringkat kedua dalam Reticular Activating System adalah dengan
memperkenalkan tajuk buku dan isi kandungan buku sebelum buku itu dibaca.
Beritahu otak apakah yang akan dibincangkan didalam buku itu. Adakah mengenai
bagaimana untuk diet? Atau ia berkenaan agama - tentang puasa dan qada puasa
dan sebagainya. Kita perlu maklumkan pada otak kita berkenaan apa yang di baca
itu serta tujuan dan kepentingannya untuk diri kita. Bila kita ada tujuan, kita tidak
akan membazir masa untuk ‘melayarkan’ minda kita ke dunia lain ketika
membaca. Kita akan fokus dengan apa perlu kita dapatkan dari bacaan tersebut.
2. Mata suka benda yang bergerak.
Pernahkah ketika anda duduk santai menikmati teh panas di balkoni rumah anda
sambil mata anda menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba anda terasa
kucing anda lalu di sisi anda dan anda dengan cepat mengalihkan mata anda untuk
melihatnya. Benar, ia kucing anda. Kenapa anda sudah tahu tetapi masih mahu
melihatnya? Ini adalah bukti mata anda sukakan pergerakan. Ia lebih sukakan
pergerakkan dari benda yang statik.
Maka untuk membaca dengan cepat dan kefahaman yang meningkat, kita perlu
buat apa yang otak suka. Iaitu berikan pergerakkan. Gunakan pointer, atau
penunjuk semasa membaca. Sama seperti kita membaca al Quran dulu kala. Kita
membaca al Quran menggunakan penunjuk, tetapi bila membaca buku, kita tidak
terfikir untuk menggunakan penunjuk. Penunjuk yang bergerak ketika membaca
adalah satu alat yang diminati oleh mata.
islamicparentingnetwork.net 8
3. Postur Badan Ketika Membaca
Postur badan ketika membaca juga memberi kesan kepada kelajuan membaca kita.
Contohnya jika kita membaca dalam keadaan baring, dengan buku diletakkan di
dada, mata secara automatisnya berada diarah mudah untuk melihat tubuh tetapi
dipaksa untuk melihat buku. Mata kita akan cepat letih. Akhirnya kita akan tertidur
dengan buku yang kita baca itu.
Membaca diatas meja yang terlalu rendah juga tidak bagus. Ia menyebabkan
kepala tunduk terlalu ke bawah dan akan memenatkan kita. Kepala yang tunduk,
akan terkeluar dari paksi leher menyebabkan urat leher terpaksa memegang berat
kepala itu dengan lebih kuat. Berat kepala kita adalah lebih kurang 4 kg. Selepas
20 minit kemudian, kita akan berasa letih. Badan kita akan mula cuba untuk
berkomunikasi kepada otak menghantar signal bahawa ia letih. Bermakna, ada 2
islamicparentingnetwork.net 9
komunikasi sedang berlangsung dengan otak. Satu dari mata yang mengarah otak
untuk memproses maklumat, dan satu lagi dari leher dan badan yang mengarah
untuk mengubah kedudukan kerana penat. Ini akan menyebabkan kefahaman
dalam menyerap apa yang dibaca makin kurang. Kita akan rasa letih dan hilang
fokus untuk membaca dengan cepat dan tidak boleh mencapai kefahaman yang
tinggi.
Semakin kurang tenaga untuk melakukan benda lain selain dari membaca buku,
semakin laju dan tinggi kefahaman bacaan anda.
4. Kurangkan Mengulang Ketika Membaca
Kebanyakkan kita selalu mengulang baca sebanyak 30% dari keseluruhan waktu
membaca kita. Ini adalah kerana kita mempunyai sikap ‘aku mahu mengetahui apa
benda yang tak faham tu’. Contohnya kita tidak faham satu perkataan itu. Kita
mula mengulang. Jika masih tidak faham, kita berhenti dan bertanya orang lain.
Jika orang lain pun tidak dapat menjawab, kita mencari kamus atau mencari
maksudnya di internet dengan menaipnya di google. Bila jadi begitu, otak kita
akan menjadi letih dan cepat bosan dengan banyaknya perhentian.
Kurangkan mengulang jika anda tidak faham mana-mana satu perkataan, teruskan
hingga habis perenggan. InsyaAllah anda akan tahu apa ceritanya selepas habis
perenggan tersebut. Jika masih tidak faham, teruskan hingga habis satu mukasurat
itu. Mengulang semula apa yang anda baca samalah dengan anda ‘reverse kereta’
anda setelah ianya dipandu laju. Ia akan menyebabkan anda jadi lambat. Anda
telah membantutkan kelajuan yang digemari otak yang tengah keseronokkan
membaca tadi.
Cuba lihat perkataan dibawah ini. Adakah anda tahu apa maksudnya?
i. bheni
ii. ladnga
islamicparentingnetwork.net 10
iii. tuhmub
iv. akra
v. utnas-utnas
vi. hacaay
vii. mnejuanlg
viii. tukat
ix. anka
x. mengugnu
xi. mengisa
Sekarang kita gunakan perkataan itu dan membaca tanpa berhenti keseluruhan
ayat. Jangan berhenti jika anda tidak faham perkataan tersebut. Setelah selesai,
tanya diri anda, adakah anda faham apa yang dibaca dalam keadaan anda tidak tahu
perkataan yang dihitamkan itu? Adakah anda faham cerita yang ingin dibawa ini?
Ada 2 biji bheni tanaman yang terhampar di sebuah ladnga yang subur. Benih
yang pertama berkata,” Aku ingin tuhmub besar. Aku ingin menjejakkan akraku
dalam-dalam di tanah ini dan menjulang utnas-utnasku kelangit. Aku ingin
merasakan hacaay matahari dan kelembutan air embnu pagi di pucuk-pucuk
daunku. Dan benih itu tuhmub..semakin mnejuanlg.
Benih yang kedua tergamam mendengar kata-kata benih pertama, “Aku tukat. Jika
ku tanamkan akarku ke tanah ini, aku tak tahu apa yang akanku temui dibawah
sana. Bukankah disana sangat gleap? Dan jika ku tembuskan tunasku keatas, pasti
ada anka kecil bermain akan lalu disini dan mencabutku.”
Dan benih itu pun mengugnu sendirian.
Beberapa minggu kemudian, seekor ayam mengisa tanah itu dan menemui benih
yang kedua tadi dan segera mematuk dan memakannya.
islamicparentingnetwork.net 11
Kebanyakkan orang akan faham setelah dia selesai ke baris akhir. Tidak perlu
berhenti melihat kamus atau mengulang 2-3 kali sehingga faham, sebelum ke ayat
seterusnya. Tetapi jika kita tidak mahu ‘memaksa’ diri untuk meneruskan
pembacaan selepas terjumpa perkataan yang tidak faham, ia akan membantutkan
objektif meningkatkan kelajuan membaca.
Otak Kiri dan Kanan ketika membaca
Otak kiri membaca secara teliti dan teratur. Membaca satu perkataan demi satu
perkataan dalam satu baris. Dia ingin memastikan setiap patah difahami dengan
jelas. Otak kanan pula membaca secara keseluruhan atau satu kumpulan.
Bermakna ia melihat secara keseluruhan apa yang dibaca tersebut. Dia boleh
membaca gambar dengan sekali imbas dan membuat kesimpulan dengan cepat.
Jika anda boleh membaca cerita didalam kotak tadi dengan sekali baca sahaja,
bermakna anda telahpun menggunakan otak kanan. Jika anda diberi arahan supaya
jangan berhenti jika tidak faham, dan anda masih berhenti juga untuk mencari apa
maksud perkataan hitam itu, ini bermakna anda menggunakan otak kiri dan sukar
untuk menggunakan otak kanan ketika membaca. Segalanya memerlukan latihan.
islamicparentingnetwork.net 12
Latihan Otak Kanan Untuk Kanak-Kanak
Untuk melatih otak kanan bagi kanak-kanak pula, salah satu daripadanya adalah
dengan mengajar mereka melihat secara keseluruhan dengan cepat. Contoh
menggunakan flashcard Right Brain dari huruf A ke huruf Z yang disertakan
dengan ebook Teknik Baca Cepat ini.
Cuba tengok kad huruf itu. Ianya kelihatan seolah seperti kad biasa yang mengajar
huruf dan perkataan yang bermula dengan huruf tersebut. Kemudian tutup kad
itu dan soal anak anda dengan soalan yang disediakan dengan gambar tersebut.
Contoh soalan :
1. Berapa ekor semut di dalam gambar tadi?
2. Yang manakah lebih banyak, semut merah atau semut
biru?
3. Buah epal dalam gambar tadi berwarna hijau atau
merah?
4. Dan lain-lain soalan.
islamicparentingnetwork.net 13
Baca cepat memerlukan fokus. Kita tidak boleh membaca cepat sambil jari-jari
bermain dengan rambut panjang kita itu (bagi perempuan), menggoyang kaki, atau
memicit jerawat! Jika tenaga fokus ini dialihkan ke tempat lain, bermakna bukan
sahaja kelajuan baca cepat kita akan menurun, malah kefahaman apa yang dibaca
itu juga akan menurun.
Percayalah, jika kita sudah berlatih untuk 3-4 hari untuk membaca cepat, dan
kemudian kita cuba untuk membaca seperti sebelumnya, kita akan rasa betapa kita
membazirkan banyak masa dengan cara kita dahulu. Kita akan berkata, “kenapalah
kita tidak terfikir untuk membaca lebih cepat seperti sekarang”. Berlatihlah dengan
menggunakan apa-apa buku yang agak nipis yang anda telah beli tetapi belum
dibaca yang diletakkan di dalam almari itu. Jadikan ianya satu latihan dengan 5
mukasurat sehari dengan 4 teknik ini.
Selamat Mencuba!
Lina Karim
islamicparentingnetwork.net 14
Baca Cepat Memerlukan Mata
Yang Kuat & Terlatih
islamicparentingnetwork.net 15
Membaca Cepat Menggunakan Mata
Baca cepat atau ‘Speed reading’ memerlukan mata yang terlatih. Melatih
dan menstimulasi mata ini memberikan kesan kepada
Penglihatan
Kekuatan Urat Mata
Ingatan
Emosi
Kreativiti
Sebelum kita bermula, saya ingin terangkan serba sedikit tentang mata.
Mata adalah enjin kepada spead reading. Mata yang terlatih akan
membantu meningkatkan kelajuan membaca. Oleh itu, penjagaan mata
amatlah mustahak. Untuk anak-anak kita, sila ambil berat tentang
pendedahan gajet gajet seperti ipad, tablet atau handphone supaya ia
tidak memudaratkan mata dengan pendedahan yang terlalu lama
menyebabkan otot mata menjadi keras dan tidak fleksible untuk
meregang dan memendek.
islamicparentingnetwork.net 16
Selalulah melihat benda yang jauh. Dan lakukan latihan mata dengan
kita mengambil sesuatu dengan warna yang cerah contohnya itik
berwarna kuning dan lakukan bentuk ‘infiniti’ atau zigzag keatas,
kebawah atau zigzag kekiri dan kekanan. Lakukan latihan ini bukan
hanya untuk diri anda, malah bagus juga untuk anak anda.
Dibawah adalah gerakan ‘eyerobic’ atau singkatan kepada senaman ‘eye
aerobic’
Zigzag Atas Bawah
islamicparentingnetwork.net 17
Zigzag Kiri Kanan
Infiniti
islamicparentingnetwork.net 18
TEORI
Tingkatkan Bacaan anda ke arah
2000 perkataan seminit
islamicparentingnetwork.net 19
Fikiran Bawah Sedar
Adakah anda tahu bahawa mana-mana buku yang anda pegang adalah
seperti Teh Tarik yang mengandungi banyak buih? Isinya ada tetapi oleh
kerana ia mahu menyampaikan mesej kepada semua peringkat pembaca,
maka ia ditulis dengan banyak perkataan. Sedangkan mesej yang mahu
disampaikan boleh dijelaskan dengan sebaris ayat sahaja.
Contohnya, untuk perenggan diatas yang mempunyai 44 patah perkataan
boleh disimpulkan kepada 8 perkataan sahaja :
Inti buku adalah 18% dari seluruh isi buku.
Sebab itu adalah penting untuk kita mengetahui apa yang kita baca, ilmu
yang akan kita dapat, dan sebagainya sebelum kita mula membacanya.
Ini akan mewujudkan fikiran bawah sedar semasa kita membaca buku
tersebut. Kita seolah-olah sudah biasa dengan buku tersebut. Menurut
Bruce Lipton dalam buku ‘Biology of Belief’, kelajuan memproses
informasi 100,000 kali lebih cepat berbanding fikiran sedar.
Baca sinopsis, prakata, isi kandung, scanning dan apa sahaja yang boleh
mengaktifkan fikiran bawah sedar kita untuk terbiasa dengan apa yang
akan kita dapat jika mula membaca buku itu. Setelah kita persiapkan
fikiran bawah sedar kita, mata kita akan menjadi singa lapar mencari
informasi yang kita mahukan itu.
Untuk melatih mata kita menjadi cekap dengan perkataan, selalulah
bermain dengan word puzzle. Jika anda mempunyai smartphone atau
iphone, pergi ambil handphone anda sekarang. Cuba download mana-
islamicparentingnetwork.net 20
mana perisian word search games. Ia adalah satu permainan yang
menyeronokkan dan banyak faedahnya melatih mata untuk lebih tajam
bagi persediaan speed reading atau baca cepat.
Saya selalu bermain game ini dengan anak-anak saya, Darwish berumur
6 tahun dan Darwisya, 8 tahun, kerana mahu mata mereka menjadi
terlatih untuk latihan baca cepat. Game ini lebih baik dari Candy Crush
atau Angry Bird yang sangat popular itu tetapi tidak mempunyai apa-apa
faedah.
islamicparentingnetwork.net 21
Ingat, kemampuan seseorang untuk membaca cepat sangat bergantung
kepada kemampuan gerakan mata atau kemampuan visual melihat
perkataan dengan cepat. Pembaca biasa membaca dengan 150 patah
perkataan seminit, pembaca pantas mampu membaca lebih 500 patah
perkataan seminit. Pembaca Pantas Cemerlang atau Excellent Reader
membaca 1500 patah perkataan seminit.
Kita mahu 2000 patah perkataan seminit. Adakah itu mustahil?
Mengikut kata pepatah :
Always aim for the moon, even if you miss,
you'll land among the stars
Biar kita bercita-cita tinggi dahulu, supaya kita malu untuk tidak
berusaha setinggi cita-cita kita itu. Ia juga menjadikan kita tidaklah
langsung tidak berusaha.
islamicparentingnetwork.net 22
Photoreading
Mereka yang membaca biasa-biasa, menyatakan bahawa jika membaca
pantas, akan tiada nikmat membaca, kerana proses membaca yang
seperti terburu-buru.
Sebenarnya pendapat ini adalah dari mereka yang tidak pernah mencuba
kaedah baca cepat. Baca cepat menyebabkan seseorang itu berasa
seronok dan alert. Pakar menyebutnya sebagai Accelerative Learning
State, keadaan dimana seseorang itu mampu belajar dengan cepat dan
mudah.
Biasakan selepas anda membaca satu buku, dengan melakukan mind
mapping tentang buku yang and abaca itu. Ini akan mengelakkan
ketirisan informasi yang dibaca. Ia lebih lama akan diingat.
Kebaikkan Mind Mapping :
Meningkat pemahaman
2. Meringkaskan kesimpulan informasi didalam buku dengan lebih
efektif dan efisien
3. Mengingat lebih baik
4. Menyusun bahan dengan lebih cepat dan efisien
5. Melihat gambaran keseluruhan
6. Lebih fokus
islamicparentingnetwork.net 23
islamicparentingnetwork.net 24
Jangan Menggunakan Vokal Semasa Membaca
Biasakah kita membaca buku dengan membaca perkataan seolah-olah
kita mendengar perkataan itu dibacakan kepada kita satu perkataan demi
satu perkataan? Mulut kita tidak membacanya dengan kuat, tetapi seolah
terngiang-ngiang dalam minda perkataan itu disebut dengan jelas ketika
membaca. Ini adalah kerana kita telah dibiasakan ketika kecil membaca
satu-satu dengan kuat.
Contohnya :
This is Peter
This is Jane
This is Peter and Jane
Kita membaca satu-satu dengan kuat semasa kecil
Tetapi bila sudah dewasa ini, kita senyap ketika membaca tetapi seolah
kedengaran di telinga kita suara yang bertukar dari perkataan yang
dibaca itu. Betul ?
Inilah masalah utama yang perlu di selesaikan. Cara membaca kita yang
sudah sebati itu yang patut diubah.
Perkataan yang dibaca dipindahkan kepada ‘seolah-olah suara’ hanya
boleh mencapai kelajuan 200 patah perkataan seminit. Seorang yang
islamicparentingnetwork.net 25
mulut becok, bercakap terlalu cepat pun hanya boleh membaca dengan
cara itu sebanyak 200 patah perkataan seminit.
Jika anda masih membaca dan kedengan suara tersebut, bermakna anda
belum lagi membaca pantas. Cuba baca dengan kelompok ayat dengan
cepat. InsyaAllah anda tidak sempat untuk menukar perkataan tersebut
kepada suara.
Contoh membaca kelompok ayat dengan cepat dengan penunjuk supaya
kelajuan meningkat dan secara automatik ‘suara’ itu pun akan hilang.
Jangan Membaca Sepatah Sepatah Perkataan Dalam Satu
Baris
Cara membaca juga perlu ditukar daripada satu perkataan ke satu
perkataan kepada beberapa perkataan sekali baca dengan sekilas
pandang. Luaskan jangkauan mata anda ketika membaca!
islamicparentingnetwork.net 26
islamicparentingnetwork.net 27
Jangan bimbang jika anda tidak boleh melakukannya lagi. Kita
buat latihan berperingkat-peringkat. Jangan terburu-buru. Kita
cuba latihan ini hingga kita boleh melakukannya sebelum kita ke
latihan seterusnya.
islamicparentingnetwork.net 28
Latihan Meluaskan Jangkauan Mata Supaya Terlatih Untuk
Membaca Kelompok Ayat Serentak
Dibawah ini adalah latihan untuk meluaskan jangkauan mata secara
horizontal. Supaya mata terlatih untuk membaca sekelompok perkataan
nanti. Baca angka dibawah dengan sekilas pandang sahaja. Contoh 154,
586..
1 5 4 5 8 6
2 5 4 8 5 2
7 5 3 1 5 9
4 5 6 3 4 6
Dibawah ini adalah latihan untuk meluaskan jangkauan mata secara
vertical. Supaya mata terlatih untuk membaca lebih satu baris nanti.
Baca angka dibawah dengan sekilas pandang sahaja. Contoh 127, 655..
1 6 3 5 8 6
2 5 4 8 5 2
7 5 3 1 5 9
islamicparentingnetwork.net 29
Baca perkataan dibawa dengan sekilas pandang sahaja
Saya suka mandi Angin kuat lagi
Hujan lebat turun Nana masak telur
Kuah kari sedap Motor bunyi kuat
Radio baru rosak Adik tumbuh gigi
Ayam patuk beras Ibu marah bobo
Alhamdulillah Jika anda sudah boleh
melakukan. Sekarang bersedia pula untuk
latihan yang lebih intensif dengan 4 Modul
Reading Machine!
islamicparentingnetwork.net 30
Pendahuluan
Apa itu Reading Machine?
Reading Machine adalah teori accelerated learning alaf baru. Anda pasti
teruja jika anda mahir menggunakan teknik ini. Mempelajari sesuatu
yang baru bagi diri anda dengan sangat mudah.
Teknik ini sebenarnya diperkenalkan oleh seorang pensyarah UTM.
Pada mulanya ramai yang memperlekeh teknik beliau ini dan
mengatakan perkara ini tidak mungkin berlaku. Dia di pandang hina
kerana membawa pemahaman baru dalam minda mereka. Seorang
lecturer menghalaunya keluar dari biliknya tanpa sempat membuktikan
yang dia mampu menjadi seperti yang didakwanya. Ini terjadi kerana
semasa itu pensyarah itu hanya membawa sehelai kertas yang
mengandungi siri latihan untuk memperoleh kemahiran membaca 30000
patah perkataan seminit dan mengingati semua yang di baca dan
menjualnya dengan harga RM 100.
Beliau mengetawakannya dan menghalaunya keluar. Lama kelamaan
pensyarah itu mula sedar, untuk mahir dalam teknik ini kita perlu
menukar pandangan minda kita. Maka dia telah mengambil tindakan
drastik dan hanya mengajar kepada yang berminat dan berfikiran positif.
Untuk anda sebagai pengguna teknik ini diberikan 3 syarat utama untuk
ikut dan amal. Berikut adalah teknik yang ditulis oleh pensyarah
tersebut.
islamicparentingnetwork.net 31
3 Syarat Utama Pengamal Reading Machine
1. Yakin
Keyakinan memberikan anda tenaga tambahan untuk anda menguasai
teknik ini. Anda mesti yakin dengan kuasa mata dan minda separa sedar
anda. Dalam teknik Reading Machine, anda mungkin akan melalui
laluan sukar untuk mengusai teknik foto fokus. Nasihat saya anda mesti
yakin untuk mengusai teknik ini. Kalau gagal kali pertama cuba lagi.
Yang penting mesti yakin dan berusaha. Apabila anda sudah berjaya,
anda akan rasa nikmatnya sendiri.
2. Bertenang
Anda mesti bertenang dan jangan gelojoh menguasai teknik ini. Ikut
laluan yang telah ditetapkan. Satu lagi sifat buruk yang saya perasan
semasa saya mengajar teknik ini di UTM adalah sifat gelojoh. Mereka
sungguh gelojoh untuk menguasai teknik ini. Saya mengambil masa
sebanyak 10 hari untuk menguasai teknik ini semasa saya terjumpa
teknik ini di internet. Itupun selepas saya mencuba dengan tenang.
Apabila tidak berjaya, saya tinggal dulu. Selepas berehat, saya sambung
balik proses pembelajaran. Hasil ketenangan saya, secara tidak sedar
saya sudah mahir. Mata saya sudah biasa dengan kelajuan yang sangat
tinggi.
islamicparentingnetwork.net 32
3. Disiplin
Tiada apa yang akan berlaku jika anda tidak berdisiplin. Ikut latihan
yang telah di tetapkan supaya anda akan cepat mengusai teknik ini.
Semasa saya menemui teknik ini, saya telah membuat jadual untuk
memahirkan diri saya. Teknik yang saya jumpa pada masa itu adalah
teori sahaja. Siri latihan yang tersusun telah membuatkan saya berjaya.
Program 10 hari teknik Reading Machine sangat memerlukan disiplin
dalam diri anda.
islamicparentingnetwork.net 33
Modul Pertama
Tingkatkan Bacaan anda ke arah
2000 perkataan seminit
islamicparentingnetwork.net 34
Cara Untuk Belajar MODUL PERTAMA
Mula-mula anda fahamkan teori di bawah. Terdapat 2 langkah yang saya
terapkan bagaimana untuk mengatasi 3 masalah utama pembaca cara
tradisional. Dengan menggunakan 2 langkah ini, anda mampu
memperoleh bacaan sebanyak 2000 patah perkataan seminit. Pada
penghujung modul saya berikan teknik lengkap bagaimana ingin
membaca sebuah buku dengan menggunakan teknik bacaan ini.
islamicparentingnetwork.net 35
Teori
Perkara yang menjadi masalah pertama dan utama kepada pembaca
yang menggunakan teknik bacaan tradisional adalah kita ingin ‘dengar’
patah-patah perkataan yang kita baca di dalam minda kita. Sedangkan
kajian telah dilakukan, kita hanya boleh mendengar sebanyak 250
perkataan seminit secara puratanya. Hentikan imaginasi seolah-olah
anda mendengar perkataan yang anda baca itu. Jika kita hanya
menggunakan pandangan mata untuk membaca, kadar bacaan akan
meningkat dengan maksimum.
Masalah kedua pula adalah pembaca tradisional selalu ingin melihat
setiap patah perkataan yang mereka baca. Anda tidak perlu untuk
melihat setiap perkataan untuk faham perkara yang anda baca.
islamicparentingnetwork.net 36
Masalah ketiga pula adalah kita selalu patah balik kepada perkara yang
kita telah baca. Anda selalu patah balik untuk mempastikan perkara yang
anda baca, sedangkan anda sudah membaca.
Dengan terhurainya masalah-masalah utama ini, anda akan
meningkatkan bacaan sebanyak 2000 perkataan seminit dalam 20 minit
yang akan datang.
islamicparentingnetwork.net 37
Langkah Pertama Ke Arah Bacaan
2000 Perkataan Seminit
Mulakan bacaan anda dengan membaca 4 perkataan serentak. Lihat
contoh dan lakukan latihan. Mahirkan diri anda untuk membaca 2 baris
serentak sebelum ke langkah kedua. Petikan berita harian;
SEMPORNA: Kerajaan akan menubuhkan kumpulan pemikir khusus bagi memperkukuhkan hala tuju dan
fungsi Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata keanggotaan
kumpulan terbabit merangkumi tokoh korporat dan golongan profesional dalam bidang pendidikan.
Katanya, pendekatan berkenaan adalah selari dengan matlamat Mara ke arah memantapkan aspek
pendidikan dan keusahawanan di kalangan Bumiputera. Baca dengan 4 perkataan serentak
Lakukan latihan di atas sehingga berjaya
islamicparentingnetwork.net 38
islamicparentingnetwork.net 39
Latihan Pertama
Fokus pada tanda # dan cuba baca huruf di sebelah kiri dan kanannya
islamicparentingnetwork.net 40
Latihan Kedua
Fokus pada huruf di tengah dan cuba perhatikan dua huruf di tepi kiri
dan kanan
islamicparentingnetwork.net 41
Latihan Ketiga
Baca kelompok ayat di bawah. Fokus perkataan di tengah. Luaskan
pandangan mata anda.
Ikan Ayam Daging
Ayam bedak buku
Broadband laptop tetikus
Jam gambar bingkai
Medal tali merah
Kotak kertas pembalut
Mimpi putih pen
Bedak penutup hitam
Fius biru kipas
Lampu langsir meja
islamicparentingnetwork.net 42
Latihan Keempat
Baca kesemua ayat di bawah dengan fokus pada bahagian tengah sahaja
Nama
Aku seorang jutawan
Seorang doktor
Cikgu rohani mengajar di SMKBG
Sedapnye nasi goreng
KOTA BAHARU: Kira-kira 500 pelanggan dan kakitangan pasar raya
Tesco
Wow! Penjimatan yang cukup banyak bukan? Ini baru satu web jualan.
Bagaimana jika anda
islamicparentingnetwork.net 43
Latihan Kelima
Latihan menggunakan buku sendiri (cadangan buku cerita). Teknik
mengembangkan Horizontol dan Vertical Vision Span’
1. Ambil buku yang anda selesa dan senang untuk anda faham.
Letakkan jari atau pen di tengah-tengah baris dan baca seperti kaedah
di atas. Ini dinamakan ‘Meta Guiding’. Luaskan pandangan mata
anda ‘Vision Span’ sehingga anda mampu menangkap 2 baris
serentak. Lakukan dengan perlahan dan seronok.
2. Petua 3 minit. Menggunakan buku tadi anda cuba membaca 10
mukasurat dalam masa 3 minit dengan menangkap 2 baris serentak.
3. Ulangi perkara di atas dengan menangkap 3 baris pula.
4. Ulangi perkara dia atas dengan menangkap 4 baris pula
5. Selepas anda selesai dengan latihan ini. Anda telah mempunyai
kemahiran membaca 2000 perkataan seminit tetapi adakah anda
mempunyai kefahaman yang tinggi dalam bacaan anda. Mari kita
cuba langkah seterusnya untuk mengetahui bagaimana anda boleh
membaca dengan laju di samping mempunyai daya kefahaman yang
tinggi.
islamicparentingnetwork.net 44
Langkah Kedua Ke Arah Bacaan
2000 Perkataan Seminit
Ambil buku yang anda guna tadi dan letakkan jari atau pen di tengah-
tengah baris. Ini dinamakan Meta Guiding. Turunkan pen anda ke bawah
sambil membaca satu baris. Apabila sudah selesa, lajukan bacaan anda
sehingga anda mencapai 2 hingga 3 saat untuk setiap mukasurat.
Pada tahap ini, pandangan mata anda akan blur, anda nampak seperti
perkataan itu ‘doubling’. Contoh pandangan ini ketika ini adalah apabila
anda meletakkan buku anda tersangat hampir dengan mata anda. Yang
ajaibnya, pada ketika ini iaitu kelajuan membaca 2 hingga 3 saat setiap
mukasurat akan ada perkataan yang akan nampak jelas dan terang.
Perkataan ini adalah key point ataupun idea utama apa yang anda baca.
Senang bukan. Untuk lebih proaktif anda boleh cuba jadual latihan yang
saya buat.
islamicparentingnetwork.net 45
Letakkan jari atau
pen anda di sini Baca dua
baris
serentak
islamicparentingnetwork.net 46
Jadual Latihan 30 Minit
5 minit- mahirkan diri anda dengan latihan 1
4 minit- mahirkan diri anda dengan latihan 2
3 minit- mahirkan diri anda dengan latihan 3
2 minit- mahirkan diri anda dengan latihan 4
Rehat 4 minit
10 minit - lakukan latihan 5
(terlebih masa tidak mengapa, teruskan sahaja)
Sebelum memulakan langkah kedua, rehat dahulu 30 minit selepas itu
baru teruskan dengan langkah kedua.
islamicparentingnetwork.net 47
Panduan Lengkap Cara Untuk Membaca Sebuah
Buku Dengan Bacaan
2000 Perkataan Seminit
Fahamkan perkara langkah-langkah di bawah. Lakukan semua perkara
di bawah menggunakan kemahiran speed reading anda iaitu kaedah
pertama di atas.
Sistem 5 langkah bacaan adalah
1. Tujuan
2. Survey atau tinjauan
3. Bacaan pasif
4. Bacaan aktif
5. Bacaan pilihan
islamicparentingnetwork.net 48
Tujuan
Anda mesti menyatakan tujuan anda membaca. Anda mesti bersedia
sebelum anda melakukan bacaan. Anda perlu tahu apa yang anda
jangkakan dari bacaan yang bakal anda lakukan dan tujuan anda
membaca sesuatu bacaan. Jangan sesekali membaca tanpa tujuan, ia
hanya membazir masa anda sahaja. Contoh soalan yang boleh anda
Tanya kepada diri kepada diri anda adalah seperti soalan yang awal-awal
tadi iaitu
Tujuan saya Membaca Buku ini adalah?
Apa yang perlu saya tahu dari bacaan pantas ini adalah?
Apa yang saya sudah tahu berkenaan bacaan ini?
Tujuan soalan ini diadakan supaya anda fokus atas apa yang anda baca.
Anda juga akan bersedia dari segi mental untuk menerima bahan yang
bakal masuk ke dalam minda anda. Sekiranya anda sudah mempunyai
tujuan anda boleh masuk ke langkah kedua. Untuk lebih tepat tujuan
anda, sesetengah buku akan ceritakan kandungannya di belakang buku
mereka.
Tinjauan
Sekarang anda perlu tinjau keadaan buku yang anda baca tersebut.
Tujuan tinjauan ini adalah supaya anda akan biasa dengan keadaan buku
tersebut. Dengan membuat tinjauan anda akan biasa dengan struktur
buku yang anda baca.
Kenal pasti bentuk buku yang anda baca
Adakah buku tersebut mempunyai gambar?
islamicparentingnetwork.net 49
Adakah buku tersebut hanya mempunyai teks sahaja?
Bagaimana dengan struktur ayat dalam buku tersebut? Adakah isi
penting terletak pada ayat permulaan atau tengah-tengah ayat atau
penghabisan? Selalunya setiap penulis akan mempunyai bentuk ayat
yang sama. Anda hanya perlu tinjau 2 3 ayat sahaja.
Langkah Untuk Tinjauan
1. Baca teks muka depan, muka belakang, table of content atau
kandungan, biodata pengarang, indeks buku dan glosari.
2. Kenal pasti struktur buku seperti tajuk, tajuk kecil. Kenal pasti juga
gambar, jadual atau data yang bergambar. Baca penerangan
gambar tersebut. Selak sehingga ke penghujung muka surat
sebelum ke muka surat seterusnya.
3. Buangkan segala perkara yang anda rasa anda tidak perlu tahu.
Contohnya tujuan anda membaca buku adalah cara membaiki
computer, tetapi bab 5 menerangkan kebaikan computer. Buang
sahaja bab 5 dari flow bacaan pantas anda.
4. Highlight perkara yang anda perlu tahu dan baca.
5. Ingatkan kembali tujuan anda membaca. Tetapkan kenapa anda
hendak membaca buku tesebut.
6. Jika buku tersebut memang tidak menepati ciri yang anda hendak.
Nasihat saya, tukar jelah buku yang lain. Jangan membazir masa.
islamicparentingnetwork.net 50
Panduan Semasa Langkah Tinjauan
Teks Muka Hadapan
Cuba lihat tajuk dan nama penulis. Jika anda pernah membaca hasil
penulis yang sama mungkin anda akan faham struktur buku tersebut.
Teks muka belakang
Kadang-kadang di muka belakang buku terdapat sipnosis buku tersebut.
Dari sini anda mungkin dapat tetapkan tujuan anda
Kandungan
Di sinilah segala struktur Buku terdapat. Jadikan ini sebagai panduan
anda semasa anda membuat bacaan pantas. Dengan kandungan , anda
tahu apa yang anda bakal baca selepas membaca sesuatu. Contohnya
melalui kandungan kita tahu apa yang bakal kit abaca dalam bab 2
selepas kita membaca bab satu.
Biodata Pengarang
Di sini anda tahu di mana level sesuatu kandungan buku tersebut kerana
dalam biodata pengarang ada di terangkan sejarah hidup penulis
tersebut.
Indeks Buku
Jikalau ada, cuba anda notis kehadiran perkataan yang mempunyai
banyak sekali rujukan. Ia mungkin perkataan yang penting di dalam
buku tersebut. Indeks selalunya berada di belakang buku.
Glosari
islamicparentingnetwork.net 51
Selalunya mengandungi perkataan yang penting dan kompleks.
Photostat bahagian ini supaya anda semasa anda membaca nanti ada
rujukan. Atau anda salin sahaja perkataan yang sukar untuk anda faham.
Bacaan Pasif
Bacaan pasif adalah bacaan sepintas lalu sambil anda menentukan
struktur buku tersebut. Selepas anda melalui langkah pertama dan kedua
terus anda lakukan langkah ini supaya anda kehilangan rentak. Cara
untuk melakukan bacaan pasif adalah:
1. Baca dengan laju setiap mukasurat sambil memerhatikan keadaan
berikut:
Adakah ayat dalam buku tersebut senang untuk difahami atau
tidak
Di manakah isi penting tersebut
Adakah terdapat argument untuk setiap teori yang di
ketengahkan
Cari key point atau kata kunci sebanyak mungkin. Jika anda
jumpa kata kunci yang banyak eloklah dicatat supaya tidak
penat otak untuk menghafal.
Untuk buku setebal 100 muka surat, 3-4 minit sudah
memadai untuk langkah ini
2. Sambil itu cuba notis struktur ayat dalam buku tersebut. Adakah ia
bermula dengan teori kemudian contoh kemudian argument
tentang keburukan dan kebaikan. Anda tentukan sendiri
berdasarkan buku anda.
islamicparentingnetwork.net 52
Bacaan Aktif
Bacaan ini berfungsi untuk mendapatkan idea utama dalam sesuatu buku
tersebut. Di sini kita tahu apa yang kita baca atau lebih tepat menyerap
maklumat.
Pada langkah pertama anda telah menyatakan tujuan anda membaca.
Pada langkah kedua anda telah meninjau keadan buku di mana anda
telah notis bagaimana keadaan buku secara luaran. Pada langkah ketiga
pula anda telah mendalami kandungan ayat dan mengetahui bagaimana
struktur ayat dalam buku tersebut. Selepas tahap ketiga anda patut tahu
di manakah terletaknya idea utama dalam buku tersebut.
Apa yang perlu anda buat adalah membaca kandungan yang penting-
penting. Langkahnya adalah begini:
1. Baca buku dari awal. Seperti biasa membaca dengan pantas.
2. Gunakan kelebihan pada bacaan pasif tadi supaya anda tidak
tersilap melakukan bacaan untuk mendapatkan idea utama.
3. Baca setiap perenggan tetapi jangan baca keseluruhan tetapi
hanya baca bahagian yang penting sahaja. Baca pada permulaan
setiap perenggan dan terus baca pada perkara utama, tak perlu
baca ayat bunga-bunga.
4. Apabila sampai ke perkara utama baca dengan teliti. Itulah yang
penting bukan. Kalau perlu highlightkan, bulatkan atau apa-apa
sahaja tanda untuk memudahkan langkah kelima nanti.
Dapatkan idea utama yang cuba penulis sampaikan ketika
membaca perkara tersebut. Tidak perlu tergesa-gesa. Untuk
buku yang mempunyai 100 muka surat, 10 minit sudah cukup
untuk langkah ini.
islamicparentingnetwork.net 53
Selepas itu anda anda perlu nilai kembali prestasi anda sebelum
melangkah ke langkah kelima. Nilai prestasi anda dengan perkara
berikut.:
1. Adakah berbaloi pembacaan anda dengan tujuan bacaan anda?
2. Semakin anda membaca adakah anda semakin menarik atau tidak.
Jika tidak, anda patut berhenti di langkah ini sahaja.
3. Bagaimana dengan semangat anda
4. Adakah anda dapat apa yang anda mahu
5. Adakah penerangan buku tersebut terang
6. Bagaimana dengan kefahaman anda, adakah anda semakin faham
atau tidak.
islamicparentingnetwork.net 54
Bacaan Pilihan
Bacaan pilihan adalah bacaan yang penting jika anda benar-benar ingin
faham sesuatu perkara dengan mendalam. Selepas melakukan penilaian
tadi anda sudah mendapat gambaran awal apa yang anda patut lakukan
sama ada hendak teruskan bacaan atau tidak. Anda tidak perlu
melakukan langkah ini jika anda sudah dapat apa yang anda mahu pada
tahap langkah 4. Bacalah dengan bijak. Teruskan bacaan jika anda
mempunyai keinginan seperti berikut
ANDA BENAR-BENAR INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT
SECARA TERPERINCI MENGENAI SESUATU PERKARA
Langkah untuk bacaan selektif adalah:
1. Pilih perkara yang anda ingin ketahui lebih lanjut dan baca dengan
teliti. Buat peta minda kalau perlu. Jangan bazirkan masa untuk
membaca jika anda sudah faham.
Selepas anda melalui kelima-lima langkah berikut. Anda sudah berjaya
menghabiskan buku dengan dengan jayanya serta pemahaman yang
tinggi.
islamicparentingnetwork.net 55
Latihan 3 Hari Untuk Menguasai
Sepenuhnya Teknik Membaca Ini
Hari pertama
Ambil buku yang anda ingin baca
Lakukan langkah pertama sehingga langkah keempat
Hari kedua
Lakukan langkah ketiga dan keempat
Hari ketiga
Lakukan langkah ketiga hingga kelima
islamicparentingnetwork.net 56
Modul Kedua 10 Hari Program Membaca
2000 Patah Perkataan Seminit
islamicparentingnetwork.net 57
Open your mind and set your new goal
then use Reading Machine to read with light speed
islamicparentingnetwork.net 58
Panduan Penggunaan Modul Kedua
Fahami teori mudah Reading Machine. Selepas itu anda boleh cuba
program 10 hari mahir Teknik Reading Machine. Pada permulaan anda
akan di beri teori mudah bagaimana teknik ini boleh berfungsi.
Kemudian anda akan di beri teknik tersusun untuk anda gunakan apabila
anda ingin membaca sebuah buku. Untuk memahirkan teknik ini saya
telah terapkan latihan tersusun 10 hari.
Selamat Mencuba!!!!
islamicparentingnetwork.net 59
Teori Reading Machine
Selarikan mata anda dengan minda separa sedar. Satu teori yang senang
dan boleh di capai. Mata adalah anugerah tuhan yang tidak terhingga di
berikan kepada kita. Dengan menggunakan mata, kita dapat melihat
hampir segala-galanya benda yang berada di dunia ini. Tanpa mata
mungkin kita tidak sanggup lagi untuk hidup di dunia ini. Tanpa saya
islamicparentingnetwork.net 60
bercakap panjang lebar. Dengan tanpa segan silunya saya akan
membongkarkan rahsia pintar. Di bawah ini adalah struktur mata kita.
Apa yang kita fokus hanyalah pada retina sahaja, perhatikan struktur
retina.
Retina terbahagi kepada dua bahagian iaitu fovea dan roid. Di fovea,
image yang terhasil adalah imej kasar iaitu apa yang kita lihat sekarang.
Pandangan anda semasa anda membaca ini adalah pandangan di fovea.
Di sini ada wayar di alirkan terus ke otak sedar anda supaya anda dapat
tafsir apa yang anda lihat. Apa yang ingin saya dedahkan adalah
bahagian kedua retina di mana ada banyak cells yang di namakan rods.
Sel tersebut terus bersambung dengan minda separa sedar di mana kita
tahu minda separa sedar akan menerima sesuatu maklumat dengan terus
islamicparentingnetwork.net 61
tanpa halangan. Teori Reading Machine adalah menggunakan mata ini
untuk membaca.
Turutan Betul Untuk Reading Machine
Turutan ini boleh membantu anda menghafal sebuah buku. Sistem ini di
kenali sistem lima langkah.
Sistem Lima Langkah:
islamicparentingnetwork.net 62
Langkah Pertama: Persediaan
a. Nyatakan tujuan atau sebab
- Nyatakan tujuan anda untuk membaca bahan bacaan tersebut
Contohnya:-
Dalam masa sejam yang akan datang, saya akan memahami
seluruh prinsip kewangan.
Perhatikan perkataan yang di highlight, dengan menyatakan
tujuan atau sebab, minda anda akan di set untuk memahami
seluruh prinsip kewangan dalam sejam
sahaja. Minda akan fokus 100 %.
b. Contoh tujuan dan pernyataan diri yang bagus adalah;-
Untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan, saya perlu untuk
memahami segala konsep fizik di dalam buku ini
Saya inginkan rumusan prinsip
Persediaan Badan Dan Minda
Untuk pengetahuan anda, kita mempunyai 7 titik menumpu atau dalam
erti kata yang lain anda boleh memberi perhatian kepada 7 perkara
serentak. Contohnya ketika anda makan di tepi jalan anda boleh
bersembang dengan rakan, mendengar bunyi kereta dan anda dapat rasa
islamicparentingnetwork.net 63
makanan anda. Untuk memastikan anda memiliki daya konsentrasi yang
luar biasa, kita perlu mengurangkan 7 titik menumpu kepada satu.
Dengan hanya satu titik menumpu minda anda akan memberi
konsentrasi sepenuhnya kepada bahan yang anda baca. Untuk tahap awal
menguji keupayaan menumpu anda, anda perlu memikirkan satu perkara
dan catat berapa lama masa anda boleh memikirkan perkara tersebut.
Contohnya, minda anda fokus untuk memikirkan mengenai bola dan
anda catat berapa lama anda mampu bertahan sebelum fikiran anda
merewang-rewang. Cara untuk mengurangkan 7 titik menumpu kepada
hanya satu adalah dengan meletakkan satu titik untuk anda fokus. Untuk
teknik bacaan foto, kita perlu dan boleh menumpukan perhatian di atas
kepala atau belakang atas kepala.
Cara yang mudah adalah:
Teknik Topi
Mula-mula anda letakkan topi anda di atas kepala. Hafal berat dan
keadaan topi tersebut. Buangkan topi sebenar, tutupkan mata anda
perlahan-lahan, bayangkan anda sedang memakai topi yang mempunyai
keadaan dan berat yang sama dengan topi sebenar tadi, betulkan topi
bayangan anda supaya anda selesa. Selepas selesa, dengan mata tertutup
bayangkan dengan minda anda dapat melihat pemandangan di hadapan
anda. Kemudian, bukakan mata anda dengan perlahan-lahan, ketika ini
anda akan merasakan ketenangan yang maksimum, kekalkan keadaan ini
selama mungkin
islamicparentingnetwork.net 64
Teknik Epal
Rasai kehadiran epal dengan membayangkan baunya, beratnya dan
warna pada tangan kanan anda. Dengan perlahan-lahan, anda
campakkan epal itu ke sebelah kiri dan kembali ke kanan, rasai
kehadiran baunya, kemudian dengan perlahan letakkan epal itu di
belakang kepala anda. Tutupkan mata anda dan cuba imbangi epal itu
supaya ia tidak akan jatuh, bukalah mata dengan perlahan-perlahan,
nescaya kadar ketenangan anda berada dalam keadaan yang tinggi. Anda
sekarang berada dalam keadaan yang sungguh tenang dan berada dalam
keadaan bersedia untuk Bacaan Foto
Ikat Kepala
Ikat kepala anda dengan menggunakan kain atau apa-apa sahaja.
Tumpukan perhatian kepada ikatan tersebut. Untuk kesan berbekas,
sebelum tidur, ikatkan kepala anda. Apabila pagi, anda cabut dan cuba
bayangkan kehadiran tali tersebut di kepala anda. Anda pasti akan
merasai, kalau tidak rasa, jangan panik. Ia akan hadir perlahan-lahan dan
anda hanya perlu bertenang dan berseronok. Apabila anda ingin
memulakan bacaan, hadirkan rasa ikatan itu untuk tumpukan perhatian
hanya pada tali tersebut supaya anda bersedia untuk melakukan Bacaan
Foto
Teknik Bayangan
Untuk lebih hebat, anda boleh cuba teknik bayangan. Bayangkan anda
keluar dari jasad anda dan berada di atas kepala anda, bayangkan anda
boleh baca dari atas melalui bayangan anda.
islamicparentingnetwork.net 65
Ini adalah di antara teknik yang anda boleh gunakan. Ikuti cara latihan
untuk permulaan.
Latihan menumpukan 7 penumpuan kepada satu penumpuan untuk
permulaan
1. Ikat kepala menggunakan kain atau pakai topi, songkok atau
kopiah.
2. Tumpukan perhatian di atas kepala
3. Rasai kehadiran yang anda pakai
4. Tutup mata
5. Tumpukan perhatian terhadap perkara di atas kepala kembali
6. Buka mata perlahan-lahan. Pasti anda akan merasai ketenangan
7. Lakukan perkara di atas dengan santai dan tenang
Teknik yang saya gunakan
Saya adalah dalam kategori mahir dan teknik kesukaan saya adalah
teknik epal. Apabila saya ingin melakukan teknik bacaan foto saya akan
merasai kehadiran epal di tangan dan meletakkannya di atas kepala saya
kemudian saya teruskan dalam pembacaan. Saya mahir dalam teknik ini
hanya dalam sehari kerana saya mempunyai siri imaginasi yang hebat.
Saya boleh lakukan, adik saya boleh sudah tentu anda boleh lakukan.
Jangan takut dan berasa tertekan.
Teknik penuh persediaan
1. Letakkan buku di hadapan anda
2. Jangan buka buku lagi
islamicparentingnetwork.net 66
3. Tutup mata
4. Nyatakan pernyataan diri
5. Masuk dalam keadaan satu titik penumpuan
6. Buka mata perlahan-lahan
7. Sekarang anda sudah bersedia untuk memulakan bacaan
Langkah Kedua: Tinjauan
Fasa kedua dalam teknik bacaan foto adalah tinjauan. Ia adalah sama
ketika anda membeli rumah atau tanah, anda akan tinjau keadaan rumah
atau tanah yang anda ingin beli terlebih dahulu sebelum anda
membelinya. Untuk meninjau buku atau apa-apa bahan bacaan anda
islamicparentingnetwork.net 67
perlu cara tersendiri. Semasa anda membuat peninjauan anda perlu
pandai mencari keyword atau dalam bahasa melayu adalah kata kunci.
Kata kunci adalah perkara yang paling penting dalam struktur ayat. Ini
adalah kuasa peta minda. Penggunaan kuasa peta minda hendaklah di
manipulasikan dalam mencari kata kunci yang tepat dalam struktur ayat.
Tinjauan di lakukan supaya minda anda biasa dengan struktur ayat dan
semasa anda melakukan langkah ketiga minda anda akan mencari
maklumat dengan lebih mudah dan cepat. Tinjauan penting untuk anda
mengetahui sama ada buku atau artikel tersebut layak untuk anda baca.
Maksud saya di sini, dengan kelambakan maklumat yang terdapat di
dunia ini mungkin ada perkara yang anda sudah tahu dan melakukan
bacaan ke atas perkara yang anda sudah tahu adalah satu pembaziran.
Tinjauan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-
1. Tinjau secara rawak. Anda lihat perkara berikut dan ikut arahan.
a) Pengarang - cuba lihat nama pengarang, adakah anda kenal
siapa pengarang tersebut. Jika anda kenal anda mungkin sudah
biasa dengan struktur ayat dalam buku tersebut.
b) Tahun dan tajuk - adakah tajuk tersebut sesuai dengan
matlamat anda dan lihat tahun penerbitan, mungkin buku
tersebut adalah edisi lama dan mungkin tidak akan banyak
membantu anda.
c) Lihat kandungan - lihat dalam buku tersebut ada berapa bab
dalam buku tersebut. Lihat juga bab yang paling panjang dan
yang paling pendek. Bab yang paling panjang mungkin adalah
perkara yang paling penting dalam buku tersebut dan bab yang
paling pendek mungkin anda mahu mulakan bacaan dari situ.
Perhatikan adakah bab-bab mempunyai kaitan antara satu sama
islamicparentingnetwork.net 68
lain. Anda hanya perlu perhatikan tajuk besar dan tajuk kecil-
kecil bab. Jika anda tidak faham tajuk bab tersebut anda boleh
buka kandungan bab tersebut dan baca pendahuluan setiap bab
untuk dapatkan gambaran mengenai bab tersebut. Tetapkan
fikiran dengan pantas dan laju.
d) Selepas itu cuba selak buku dengan secara rawak, perhatikan
graf dan gambar-gambar imej di dalam buku tersebut. Pada
tahap ini anda dapat mengagak kandungan buku tersebut
mengandungi banyak teks atau gambar.
2. Bahagian kedua adalah mengeluarkan kata kunci dari dalam buku
tersebut. Apabila anda mengeluarkan kata kunci dari dalam buku
tersebut, minda anda mencari-cari jawapan semasa melakukan
bacaan foto. Contohnya anda mengeluarkan kata kunci
elektromagnet dari sebuah buku konsep fizik. Semasa anda
melakukan bacaan foto minda anda akan mencari dan menyimpan
maklumat mengenai elektromagnet dan hasilnya anda akan
mendapat kefahaman yang jelas dalam elektromagnet. Untuk
membantu anda saya akan mengeluarkan sedikit rahsia mengenai
Kuasa Peta Minda iaitu cara untuk mencari kata kunci dalam
sesuatu fakta atau pernyataan.
Rahsia Kata Kunci
Untuk Rahsia kata kunci kita akan gunakan teori First Word. First Word
bagi setiap orang adalah berbeza kerana masing-masing mempunyai
istituisi dan selera masing-masing. First Word adalah perkataan pertama
yang dapat mengujakan anda, contohnya
islamicparentingnetwork.net 69
Gelombang alfa adalah gelombang yang paling bagus untuk menjana
minda ke tahap maksimum
Untuk ayat ini, perkataan yang mengujakan saya adalah alfa. Apabila
saya ingat kepada alfa secara automatik saya dapat mengaitkan ayat
tersebut dengan minda maksimum. Saya menguji ayat ini kepada
sepuluh orang dan hasilnya adalah seperti berikut
Orang yang memilih alfa = 6
Orang yang memilih minda= 4
Walaupun bagi saya alfa adalah paling sesuai, tetapi empat dari sepuluh
orang tersebut tidak bersetuju dengan saya dan memilih untuk memilih
minda sebagai First Word. Sebenarnya apa yang anda pilih adalah tidak
penting, yang penting anda dapat mengingati dan memahami seluruh
ayat tersebut.
Panduan mencari kata kunci di dalam buku yang anda baca
1. Anda lihat perkataan yang anda rasa berminat di dalam
kandungan. Tajuk bab juga patut anda perhatikan kerana ia
mungkin mengandungi kata kunci yang penting.
2. Cuba lihat di bahagian index belakang buku, perkataan yang
mempunyai paling panjang muka surat mungkin adalah
perkataan yang penting seterusnya adalah kata kunci yang
penting dalam buku tersebut
3. Perkataan yang dibold atau di highlightkan mungkin adalah
perkataan yang penting
islamicparentingnetwork.net 70
4. Untuk permulaan anda patut mengeluarkan 25-30 kata kunci.
Anda cuba hafal ke semua kata kunci tersebut dan jika tidak
mampu tulis di atas kertas.
3. Bahagian ketiga adalah semak kembali, semak kembali pernyataan
diri atau tujuan anda membaca buku tersebut. Ini perlu kerana pada
bahagian pertama dan kedua dalam langkah tinjauan ini anda
sudah dapat menganggak isi kandungan di dalam buku tersebut.
Apa yang anda lakukan adalah bandingkan isi kandungan dengan
tujuan anda untuk membaca buku tersebut. Adakah tujuan anda
membaca buku tersebut dapat di penuhi dengan isi kandungan di
dalam buku tersebut? Jika tidak, tutup sahaja buku tersebut kerana
maklumat dalam buku tersebut tidak membawa faedah kepada
anda. Kaedah tinjauan ini sungguh hebat kerana dalam bacaan
artikel atau buku yang nipis anda mungkin sudah mendapat segala
idea utama.
Panduan Penuh Langkah Kedua
1. Selepas langkah pertama. Baca tajuk dan pengarang buku tersebut.
2. Lihat belakang buku perhatikan jika ada rumusan kandungan buku
tersebut
3. Buka buku dan baca bahagian kandungan buku tersebut
4. Fahami secara kasar apa maklumat yang terkandung di dalam buku
tersebut berdasarkan bahagian kandungan tersebut.
5. Selak buku secara rawak dan laju ke belakang. Perhatikan corak
buku tersebut seperti adakah ia mempunyai banyak gambar rajah
atau ia hanya mengandungi teks semata-mata. Jangan berhenti
islamicparentingnetwork.net 71
menyelak walaupun ada perkara yang menarik perhatian anda,
hanya perhatikan corak buku tersebut sahaja.
6. Selak lagi sekali secara laju dan cari kata kunci. Cari perkataan
yang menarik perhatian anda. Ikut panduan mencari kata kunci.
Kalau mampu anda hafal semua kata kunci tersebut. Kalau tidak
anda boleh tulis di atas kertas.
7. Semak kembali tujuan anda. Adakah dengan meneruskan
pembacaan ke atas buku ini anda dapat menunaikan tujuan anda.
Langkah Ketiga: Bacaan Foto
Bukakan minda anda seluas-luasnya dan bersedialah untuk menambah
kelajuan membaca anda. Melalui Bacaan Foto, anda mampu menangkap
gambar setiap helai di dalam buku dan menyimpannya di dalam minda
melalui kemampuan hebat minda separa sedar. Anda dilatih untuk
masuk dalam keadaan separa sedar dan seterusnya menyalin segala
maklumat di dalam buku tersebut. Berseronoklah semasa melakukannya.
Percaya akan kemampuan minda anda. Ikuti langkah di bawah.
islamicparentingnetwork.net 72
Persediaan
Seperti biasa nyatakan tujuan atau sebab anda untuk melakukan Bacaan
Foto terhadap sesuatu bahan bacaan.
Minda Separa Sedar
Masukkan diri anda ke dalam keadaan separa sedar. Jika anda tidak
biasa, lakukan dalam keadaan baring dahulu kemudian duduk.
1. Tutupkan mata anda. Bernafas dengan berirama, 4 saat menyedut
nafas, 2 saat tahan, 4 saat menghembus nafas. Anda juga bolehkan
lakukan kombinasi 8-4-8 dan 16-8-16 apabila anda sudah mahir.
Lakukan latihan ini sehingga anda dapat menemui irama tersebut.
2. Setelah itu, rehatkan seluruh badan, tenangkan minda. Tarik nafas
dengan perlahan dan dalam dan berhenti. Hembuskan nafas sambil
memikirkan no.3 dan sebut dalam hati perkataan “ Tenang”
berkali-kali. Bayangkan satu gelombang melalui tubuh anda dan
memberi ketenangan kepada seluruh tubuh badan.
3. Sekarang, tenangkan minda. Tarik nafas dengan perlahan dan
dalam serta berhenti sekejap sebelum menghembus. Hembuskan
nafas sambil memikirkan no. 2 dan perkataan tenang dalam hati.
Semasa menghembus nafas tadi, bayangkan satu gelombang yang
melalui tubuh anda dan membawa pergi semua masalah anda dan
tekanan yang anda hadapi.
4. Kemudian, anda tarik nafas kembali dengan dalam. Semasa
menghembus nafas, anda fikirkan no.1 dan lampu atau bunga yang
cantik atau perkara yang cantik bagi anda. Sekarang anda telah
menghantar isyarat kepada minda anda untuk memasuki ke sumber
islamicparentingnetwork.net 73
minda anda di mana kebolehan belajar dengan cepat terkandung di
sini.
5. Bayangkan anda berda di tempat yang cantik dan nyaman. Anda
berehat sejenak di situ sambil menghayati pemandangan. Sekarang
anda sudah bersedia untuk melakukan fotofokus di mana segala
maklumat akan masuk secara langsung ke dalam minda separa
sedar anda. Selain kaedah ini, anda juga boleh lakukan meditasi.
Pernyataan Diri
Lakukan pernyataan diri yang anda rasa anda boleh capai. Cth:-
‘saya inginkan maklumat dalam buku Teknik Bacaan Foto ini untuk
memahirkan diri saya melakukan Bacaan Foto’
Ingat!! Nyatakan kenyataan yang anda boleh capai supaya anda tidak
kecewa nanti.
Memasuki Kadar Foto Fokus
Otak terbahagi kepada otak kanan dan otak kiri. Otak kiri lebih kepada
analisis nombor dan sebagainya manakala otak kanan lebih kepada
kreativiti. Dari sini kita akan cuba berlatih menggunakan otak kanan.
Anda boleh berlatih dengan membesarkan atau mengecilkan sesuatu
dengan menggunakan minda, anda juga boleh lukiskan sesuatu dengan
mengunakan minda anda. Penggunaan otak kanan sesuai untuk kaedah
islamicparentingnetwork.net 74
ini. Sekarang saya akan mengajar anda menggunakan mata lembut, iaitu
satu kaedah kuno yang menggunakan seluruh minda untuk melihat
sesuatu bukanlah secara terus sahaja.
1. Untuk peringatan, kaedah ini sesuai untuk dilakukan dengan
tenang, jangan beri tekanan kepada diri anda untuk mahir. Kaedah
pertama untuk memperoleh ‘mata lembut’ ialah dengan buka buku
anda dan tetapkan pandangan pada sedikit atas pada
tengah-tengah buku tersebut. Tetapkan pandangan anda terus pada
tempat tersebut sehingga penghujung. Ini bermakna, jika di hadapan
anda adalah dinding, fokus pada titik di dinding tersebut tapi hanya
atas sedikit buku. Setelah fokus, anda dengan jelingan manja melihat
keempat-empat bucu buku dan warna putih di antara perenggan.
Ingat!!! fokuskan pada titik di dinding itu sahaja dan hanya lebarkan
penglihatan anda. Anda akan kabur-kabur melihat teks di dalam buku
Foto
Page Pandangan
mata
islamicparentingnetwork.net 75
tersebut. Jangan risau kerana anda sedang berlatih melebarkan
pandangan anda. Pandangan kabur ini saya akan gelarkan sebagai
pandangan Divergent Eye. Dalam keadaan ini, anda akan dapat
melihat foto page terbentuk di tengah-tengah buku tersebut. Lihat
sama ada anda dapat kekalkan kehadiran foto page itu jika anda
menurunkan pandangan dari atas ke tengah-tengah buku tersebut. Jika
anda tidak mampu, anda boleh tinggalkannya dahulu.
Jika anda masih kabur dengan penerangan saya tentang divergent eye,
anda boleh mencuba fokus kepada bulan dengan lembut dan anda
akan dapat melihat pemandangan kabur semasa fokus tersebut. Itulah
divergent eye. Cahaya lilin juga boleh digunakan. Pandangan yang
terbentuk semasa situasi inilah saya ingin terapkan ke dalam
pemandangan buku. Pandangan kabur tetapi dapat melihat seluruh
kandungan buku tersebut dan jelas.
2. Anda tidak dapat melihat foto page? Tidak mengapa, anda boleh
menggunakan teknik X. Kecilkan pandangan anda supaya anda
hanya boleh melihat 4 bucu tersebut. Hadirkan garisan X yang
menghubungkan muka surat tersebut. Jangan fokuskan dengan
terus perkataan di dalam buku, fokus pada X sahaja. Lakukan
dengan sebelah mata sahaja. Jangan merasa tertekan untuk mahir
dengan teknik ini. Jika anda bertenang anda akan mahir dalam
sejam atau dua jam sahaja.
Kekalkan Keadaan Foto Fokus Sambil Menyelak Muka Surat
1. Kekalkan pernafasan berirama tadi.
2. Dengan ‘mata lembut’ anda selak muka surat dengan berirama
juga seperti 2 saat satu bahagian atau 4 saat.
islamicparentingnetwork.net 76
3. Untuk lebih berkesan, gunakan minda sedar dan bentuk irama
sambil menyelak muka muka surat seperti
Te-nang, Te-nang
4-3-2-1
Saya boleh tangkap muka surat ni
4. Hilangkan segala keraguan
5. Jangan risaukan muka surat yang anda rasa anda tidak dapat
tangkap, teruskan
6. Teruskan menyelak sehingga ke belakang buku.
Tutup Buku
Tutup buku anda dengan perasaan yang tujuan anda pada permulaan tadi
telah tercapai. Jangan berfikiran negatif kerana fikiran seperti ‘saya tak
faham apa pun’ akan menyebabkan memori dalam minda anda akan
terpadam.
Lakukan pernyataan diri yang sesuai seperti
‘Saya biarkan badan dan minda saya memproses maklumat yang saya
terima tadi’
Langkah Keempat: Aktifkan
Ingat!! Rehat sementara dalam 30 minit minimum sebelum aktifkan.
Anda boleh aktifkan pada bila-bila masa sahaja. Terdapat dua cara
untuk anda aktifkan maklumat di dalam minda separa sedar anda iaitu
dengan cara spontan atau manual. Untuk pelajaran, saya lebih tekankan
islamicparentingnetwork.net 77
untuk mengaktifkan maklumat dengan secara manual iaitu menggunakan
peta minda.
Jika anda masih ingat, saya telah minta anda untuk keluarkan kata kunci
dalam teknik tinjauan tadi. Dengan kata kunci ini, buat peta minda dan
tuliskan segala yang anda dapat ingat. Jika tidak ingat atau tiada
gambaran, buka buku kembali. Anda mesti terkejut dengan hasilnya
kerana anda akan dapat cari muka surat berkenaan maklumat tersebut
dengan sekejap sahaja, kadang-kadang dengan sekali selak sahaja. Jika
anda masih ragu-ragu, anda boleh buka satu-satu bab dan keluarkan kata
kunci dengan lebih tepat.
Ingat!! Keluarkan kata kunci sahaja dan jangan baca. Untuk teknik
spontan, ia akan berlaku secara spontan. Contohnya, dalam peperiksaan,
anda terlupa satu penyelesaian matematik tetapi jika anda pernah
membuat Bacaan Foto pada buku matematik tersebut, maka anda
selamat kerana minda separa sedar akan menyalurkan maklumat
tersebut.
Untuk bacaan foto tidak terhad pada buku sahaja, anda boleh menbuat
Bacaan Foto hampir kepada semua benda di muka bumi ini. Untuk
tambahan, saya akan menerangkan apa yang anda boleh lakukan melalui
pengaktifan ini. Maklumat ini saya perolehi melalui pembacaan buku-
buku dari luar negara. Semasa anda melakukan pengaktifan terhadap
buku yang anda baca, cuba buat tinjauan kembali. Jika tujuan anda untuk
lulus peperiksaan, anda boleh tinjau bab yang masuk dalam peperiksaan
sahaja. Anda baca dengan laju setiap muka surat, baca satu dua ayat dan
jika anda sudah dapat maklumat ini, anda boleh baca dengan laju setiap
ayat sehingga bahagian lain, anda baca satu dua ayat juga. Begitulah
seterusnya.
islamicparentingnetwork.net 78
Langkah Kelima: Bacaan Kerap
Jika anda inginkan lebih maklumat anda boleh praktikkan bacaan kerap.
Bacaan kerap adalah penting untuk anda menyimpan maklumat secara
sedar. Anda baca dengan kadar yang biasa sahaja, bahagian yang anda
islamicparentingnetwork.net 79
betul-betul hendak faham, jika satu buku, maka satu bukulah anda baca.
Baca dengan pelbagaikan kelajuan. Anda boleh cuba membaca
1. Baca dengan laju apabila
Anda dah baca perenggan tersebut sebelum ini
Anda rasakan bahagian tersebut banyak penerangan yang
bagi anda merepek
Bahagian yang tidak penting bagi tujuan anda
2. Baca dengan perlahan sedikit apabila
Teks mengandungi perkara yang anda tak pernah dengar atau
perasan
Hati anda memberitahu anda yang bahagian tersebut perlukan
penjagaan rapi
Teks mengandungi bahan-bahan yang anda ingin sangat
mengetahuinya.
Tips untuk bacaan kerap ini adalah jangan berhenti membaca walaupun
anda tidak faham, teruskan bacaan hingga tamat. Perbuatan ini hanya
melambatkan anda. Selepas itu, cuba panggil balik perkara yang anda
tidak faham tadi walaupun anda telah menjalani 5 langkah utama teknik
bacaan foto, nescaya anda dapat bayangan.
islamicparentingnetwork.net 80
Kesimpulan
Lakukan teknik Bacaan Foto dengan tenang dan relaks. Jangan paksa
diri untuk mahir dalam teknik ini. Anda boleh lakukan bacaan foto
terhadap semua perkara seperti jika anda sedang membeli belah dan
mencari benda yang hilang. Teknik di atas adalah asas sahaja, dimana
anda boleh merungkaikan perkara lebih lanjut dengan sendiri. Jika anda
masih tidak faham, anda boleh menggunakan khidmat tutorial. Mari saya
ulang kembali pergerakan teknik Bacaan Foto secara keseluruhan.
1. Lakukan Pernyataan Diri
2. Kurangkan titik penumpuan kepada satu
3. Cari kata kunci
4. Masuk keadaan separa sedar
5. Lakukan Bacaan Foto
6. Aktifkan jika mahu
7. Bacaan kerap untuk lebih pemahaman
islamicparentingnetwork.net 81
Rahsia Reading Machine
Kekuatan Reading Machine adalah bergantung kepada Langkah Ketiga
dalam sistem lima langkah di atas. Selepas anda mahir teknik ini,
langkah pertama, kedua dan kelima mungkin tidak di perlukan. Untuk
membantu anda, saya akan sediakan latihan kosentrasi dan imaginasi.
Latihan Kosentrasi
Konsentrasi tidak bersifat berbahagi. Untuk kesan yang maksimum
eloklah kita menumpukan hanya pada satu perkara sahaja. Kosentrasi
juga perlukan minat, anda akan lebih memberi tumpuan pada perkara
yang anda minat. Bagaimana untuk menjadikan perkara yang anda tidak
minat kepada minat akan diterangkan di dalam bab imaginasi nanti.
Saya akan terapkan latihan konsentrasi yang sangat mudah untuk anda
ikuti
Latihan Pertama
Ambil stopwatch. Fikirkan perkara yang anda suka seperti cinta, bola
atau apa-apa sahaja. Cuba fikirkan perkara tersebut dalam masa 1 minit.
Kadar manusia biasa, pada saat ke 15 fikiran anda akan merewang-
rewang. Cuba fokus sehingga anda mampu memikirkan perkara yang
sama sehingga 1 minit. Sekiranya sudah berjaya, anda lanjutkan jarak
latihan seminit demi seminit sehingga anda mampu mengusai selama 5
minit.
islamicparentingnetwork.net 82
Cara Untuk Berfikir
Anda fikirkan sesuatu perkara dan olahkannya menjadi suatu cerita,
tetapi perkara utama mestilah ada.
Saya menggunakan contoh bola. Anda fikirkan anda sedang bermain
bola. Cuma berfikir bagaimana dan situasi anda bermain bola ketika itu
selama lima minit.
Apa Yang Anda Dapat
Melalui latihan ini, imaginasi anda akan meningkat dan seterusnya daya
tumpuan anda telah meningkat 100 %.
Latihan Kedua
Kira 1 hingga 26 dalam hati. Cuba detect pada nombor berapa fikiran
anda merewan-merewang. Lakukan latihan ini hingga anda mengira
secara fokus tanpa fikiran merewang-rewang.
Setelah berjaya, anda sebutkan huruf A hingga Z di dalam hati.
Setelah berjaya fokus, anda gabungkan pula 1-A, 2-B, 3-C hingga 26-Z.
Lakukan hingga mahir.
Selepas anda berjaya melakukan latihan ini, fokus anda berada dalam
keadaan tinggi dalam melakukan sesuatu perkara.
islamicparentingnetwork.net 83
Latihan Imaginasi
Imaginasi di hasilkan oleh daya kreativiti anda, salah satu cara untuk
membentuk dan mengabungkan minda separa sedar dengan pandangan
mata adalah daya imaginasi. Saya lebih kepada kepada aspect straight to
the point. Jadi saya minta anda melakukan ujian imaginasi ini dahulu
supaya anda tahun anda berada di tahap mana.
Bayangkan perkara berikut.
1. Anda sedang membaling bola
2. Anda sedang makan buah-buahan
3. Muka rakan anda yang sedang risau
4. Muka orang yang anda sayang
5. Mata ibu anda
6. Anda berada di kampung
7. Angin kencang beserta hujan
8. Anda seorang kaya
9. Anda sedang menyanyi lagu yang anda minat
10. Muka gembira anda
11. Rasa panas terik
12. Sejuk dingin malam
13. Tengok TV
14. Baju perayaan
15. Menerima duit raya
Anggarkan tahap imaginasi dengan tahap image yang terhasil
Sangat jelas-5 markah
Jelas – 4 markah
Biasa- 3 markah
islamicparentingnetwork.net 84
Kurang jelas- 2 markah
Langsung tak nampak- 0 markah
Jika anda mendapat 50 markah ke-atas, daya imaginasi anda berada
dalam keadaan baik dan anda tidak perlu menjalani latihan imaginasi.
Teruskan pada teknik Reading Machine
Walaupun anda tidak mahir pun tidak apa, apa yang saya inginkan
adalah asas imaginasi anda.
Tugasnya senang sahaja. Bayangkan diri anda dari bawah hingga atas
berada di hadapan anda. Pada permulaan anda lakukan dengan mata
tertutup. Apabila sudah mahir, lakukan dengan mata terbuka. Lakukan
dengan tenang. Jangan stress. Kalau tak dapat tak apa, cuba lagi. Kalau
anda sudah yakin, anda boleh teruskan pada reading machine
islamicparentingnetwork.net 85
Siri Latihan 10 Hari Reading Machine
Hari Pertama
Fahamkan semua teori di atas. Lakukan latihan kosentrasi dan imaginasi.
Kuasai kemahiran ini
Hari Kedua
Lakukan latihan imaginasi. Ambil masa 20 minit untuk membuat latihan
imaginasi dalam langkah pertama. Pilih teknik yang anda selesa. Ambil
masa sehari ini untuk mencuba teknik ini.
Hari Ketiga
Jika sudah selesa, kuasai langkah ketiga, foto fokus. Jika tidak faham
boleh tanya saya pada saluran yang disediakan
Hari Keempat.
Pilih sebuah buku mudah dan mulakan sistem lima langkah. Lakukan
sehingga tamat.
Hari Kelima
Aktifkan maklumat anda. Lakukan langkah pertama hingga ketiga.
Hari Keenam
Aktifkan lagi. Jika tidak menepati matlamat anda. Cuba langkah lima
Hari Ketujuh
Aktifkan. Cuba uji adakah anda sudah faham keseluruhan buku yang
anda baca.
islamicparentingnetwork.net 86
Hari kelapan
Anda boleh cuba pada buku baru sistem 5 langkah.
Hari Kesembilan
Cuba berlatih dengan menggunakan langkah ketiga
Hari Kesepuluh
Anda boleh menghubungi saya untuk memaklumkan perkembangan
anda dan boleh minta tips jika anda tidak faham.
Latihan sudah tamat.......
islamicparentingnetwork.net 87
Modul Ketiga Super Scan Komputer
islamicparentingnetwork.net 88
Super Scan Komputer
Mahukah anda membaca dengan pantas melalui komputer?? Mengikut
kajian yang di lakukan oleh pihak barat, apabila kita membaca melalui
skrin computer, bacaan kita akan lambat sebanyak 25 peratus dari
bacaan biasa. Untuk mengatasi ini, anda boleh cuba teknik yang kita
belajar dalam modul pertama dan kedua.
Modul Pertama
Pada Modul Pertama, anda belajar bagaimana untuk menggunakan
pelaju untuk melajukan bacaan. Menggunakan prinsip yang sama,
gunakan mouse sebagai pelaju anda untuk membaca dengan laju dan
cekap.
islamicparentingnetwork.net 89
Modul Kedua
Nadi utama modul ini adalah langkah ketiga. Aktifkan langkah ketiga
dan guna teknik X. Bayangkan teknik X akan muncul di skrin anda.
Ini skrin komputer anda, untuk mengantikan fotopage anda gunakan
teknik X. Bayangkan sambungan X timbul di permukaan screen anda.
Untuk komputer dimana anda tidak boleh menggunakan penunjuk
seperti mana membaca buku, anda boleh menggunakan mouse atau
cursor anda. Tetapi, satu cara yang lebih efektif adalah jika anda
menggerakkan website tersebut sehingga ke baris yang anda mahu baca.
Ini bermaksud, setelah anda membaca baris tersebut, anda gerakkan
page website tersebut keatas supaya ia ke baris seterusnya.
islamicparentingnetwork.net 90
Modul Keempat Program Genius
islamicparentingnetwork.net 91
Program Genius
Seperti yang saya selalu katakan bahawa dengan menggunakan teknik
Reading Machine, anda akan ingat segala perkara yang anda baca.
Sebaliknya saya ada rahsia lagi. Minda separa sedar anda akan
menerima apa sahaja yang anda baca dengan menggunakan teknik
Reading Machine. Dengan ini apa yang anda baca, anda akan jadi seperti
itu.
Contohnya, anda telah membuat bacaan foto terhadap buku motivasi
yang bertajuk ‚‘Cara Menjadi Rajin’. Apa yang berlaku adalah minda
separa sedar anda akan memproses semua maklumat di dalam buku
tersebut dan menyimpannya.
Jika masa langkah pertama anda telah mengarahkan minda anda dengan
arahan begini `Saya akan bertindak mengikut semua arahan dalam buku
ini supaya saya menjadi rajin secepat mungkin`. Secara automatik,
minda anda akan bermula mengikut semua perbuatan yang akan
merajinkan anda.
islamicparentingnetwork.net 92
Cara untuk menjadi genius dalam segala bidang yang anda mahu adalah
melakukan bacaan foto sahaja. Ikut arahan di bawah untuk membantu
anda menggunakan kemahiran istimewa anda ini. Jika anda ingin
menjadi pemain golf yang handal. Anda boleh melakukan bacaan foto
pada buku-buku golf
Langkah Pertama Adalah Tetapkan Matlamat
Tetapkan perkara yang anda ingin dicapai. Contohnya anda ingin
menjadi seorang jurutera elektrik yang bagus.
Langkah Kedua Adalah Cari Maklumat
Untuk menjadi seorang jurutera elektrik yang bagus anda perlu mencari
segala maklumat atau buku-buku mengenai prinsip elektrik.
Langkah Ketiga Adalah Membuat Bacaan Foto (Teknik Reading
Machine )
Buat bacaan foto berulang-ulang kali pada bahan bacaan anda selama
dua minggu.
Langkah Keempat Adalah Aktifkan
Aktifkan segala perkara yang anda baca. Pasti anda akan merasa terkejut
dengan hasilnya.
islamicparentingnetwork.net 93
Kesimpulan
Sudah tentulah perkongsian ini adalah bukan hanya untuk diri kita
sendiri. Kemahiran atau ilmu ini lebih bernilai dari harta dan perlulah
diberikan kepada anak-anak kita. Dibawah pula adalah sedikit tips bagi
menyediakan mereka dengan kemahiran ini bila tiba masanya nanti.
Latihan Untuk Anak Anda
Mungkin anak anda belum bersedia untuk mengamalkan teknik baca
pantas ini. Ini mungkin anak anda belum lagi boleh membaca atau sudah
boleh membaca tetapi tidak lancar. Jika anda seperti saya, yang sangat
teruja untuk mengajarkan teknik ini pada anak anda, selain dari latihan
mata, anda juga boleh melatihnya dengan kemahiran perkembangan
vision span mereka. Ini dilakukan dengan menggunakan nombor.
InsyaAllah bagi kanak-kanak mengenal nombor adalah lebih mudah dari
mengenal perkataan. Maka kita boleh memulakannya dengan
menggunakan nombor dahulu.
Latihan Perkembangan Vision Span Kanak-Kanak
1. Didalam kertas bersaiz memopad, tuliskan nombor nombor yang
anda pilih. Contohnya nombor dibawah.
100247899
islamicparentingnetwork.net 94
2. Suruh mereka melihat ditengah dan pada masa yang sama baca
nombor yang disisi kiri dan kanan. (Mereka mungkin belum boleh
faham apa maksudnya melihat sekilas pandang)
3. Tutup nombor tersebut dan suruh mereka tuliskan nombor yang
mereka lihat tadi.
4. Buat nombor yang lain tapi kali ini menegak. (Vertical Vision
Span)
Saya berharap dengan adanya ebook ini dengan latihan yang
tersusun, kita dapat memahirkan diri kita sendiri dan menurunkan
ilmu tersebut kepada anak-anak kita pula. Ini adalah satu senjata
yang pastinya menjadikan diri kita dan anak kita lebih berilmu dan
bijaksana berbanding dengan orang lain yang tidak mempunyai
kemahiran ini.
Semoga kita menjadi ibubapa yang bukan sahaja mengajar anak
membaca, tetapi juga pergi setapak lebih jauh dari itu iaitu
mengajar mereka membaca cepat. Membaca itu menambah ilmu.
Membaca menyebabkan mereka akan jadi bijak berbicara.
Selamat Berlatih dan Semoga Dapat Mencapai Peningkatan dalam
kelajuan membaca yang akan memanfaatkan diri sendiri bermula
hari ini ke hari-hari seterusnya. Yang baik itu dari Allah dan yang
lemah dan kurang itu dari saya. Jika ada apa-apa cadangan,
pertanyaan atau komen, sila emelkan saya pada bila-bila masa di
[email protected] - Lina Karim-