KERTAS KERJA DISKUSI ILMIAH TARIKH: 27 NOVEMBER 2013 TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS KUALA LUMPUR ANJURAN: EXCO PEMBANGUNAN SAHSIAH SISWA/SISWI PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (DENSTA) TEMA “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN”
20
Embed
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA … · Web viewSepanjang program ini berlangsung, tabung kutipan derma juga akan diedarkan dan didermakan kepada badan-badan kebajikan. 6.0 TEMA
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
DISKUSI ILMIAH
TARIKH:
27 NOVEMBER 2013
TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNA,
KOLEJ TUN SYED NASIR,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
KAMPUS KUALA LUMPUR
ANJURAN:
EXCO PEMBANGUNAN SAHSIAH SISWA/SISWI
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (DENSTA)
TEMA
“1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN”
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
KERTAS KERJA
DISKUSI ILMIAH: “1001 Rahsia Dunia Perubatan”
1.0 TUJUAN
1.1 Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon kelulusan dan sumbangan
kewangan bagi mengadakan serta menjayakan satu program, iaitu Diskusi Ilmiah:
“1001 Rahsia Dunia Perubatan”
2.0 PENGENALAN
2.1 Program Diskusi Ilmiah: “1001 Rahsia Dunia Perubatan”ini merupakan salah satu program
anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian (DENSTA) dan telah diletakkan dibawah
portfolio Exco Pembangunan Sahsiah Siswa/Siswi (EPSS). Program ini merupakan program
kesinambungan Diskusi Ilmiah: “I Am Your Dentist” yang telah diadakan pada tahun 2012.
2.2 Program ini akan dilaksanakan melalui satu forum yang dikendalikan oleh empat orang
penceramah dan seorang moderator untuk membincangkan soalan-soalan yang telah
dikumpul daripada para pelajar. Para penceramah yang dijemput akan mengupas tentang
penyelesaian kepada soalan-soalan tersebut.
2.3 Program ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Pergigian dan ianya juga terbuka
kepada semua penghuni Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur. Program ini juga akan menjemput para mahasiswa/i daripada
Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Cheras dan Kampus Bangi, juga daripada IPTA-
IPTA lain, contohnya seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM), dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 1
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
3.0 MISI
Kami akan melaksanakan program ini dengan mematuhi matlamat dan objektif serta selaras
dengan visi Universiti Kebangsaan Malaysia yang mementingkan pencapaian kemahiran
insaniah mahasiswa dan penerapan sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa dalam mentadbir
sesuatu program. Selain itu, melalui program ini, para pelajar boleh memupuk kerjasama antara
organisasi bagi menganjurkan program ini. Hubungan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah
juga dapat dieratkan melalui perbincangan antara pelajar dan pensyarah sepanjang perancangan
program.
4.0 MATLAMAT
4.1 Melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan
cemerlang dalam kemahiran insaniah.
4.2 Meningkatkan pembangunan sahsiah dan kepimpinan para mahasiswa/i
Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui
program yang dianjurkan.
4.3 Memperkasakan tanggungjawab sosial mahasiswa di samping
memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa/i, pensyarah,
dan masyarakat luar.
4.4 Antara matlamat lain adalah untuk meningkatkan aspek-aspek seperti
berikut:
i. Ilmu pengetahuan.
ii. Semangat jati diri.
iii. Semangat kerjasama antara pelajar.
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 2
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai kepelbagaian kaedah
perubatan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
5.2 Melahirkan mahasiswa/i yang berkemahiran insaniah yang cemerlang dari
sudutkepimpinan, komunikasi, pemikiran kritis dan inovatif, etika dan
moral.
5.3 Memberi peluang kepada mahasiswa/i yang tidak aktif dalam khidmat
sosial bagi mendekatkan diri serta mengeratkan ukhuwah di antara
mahasiswa dan masyarakat.
5.4 Melahirkan mahasiswa/i yang bersifat prihatin terhadap masyarakat yang
kurang berkemampuan. Hadirin yang hadir ke majlis Diskusi Ilmiah ini
akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Sepanjang program ini
berlangsung, tabung kutipan derma juga akan diedarkan dan didermakan
kepada badan-badan kebajikan.
6.0 TEMA
1001 Rahsia Dunia Perubatan
7.0 ANJURAN
Exco Pembangunan Sahsiah Siswa/Siswi (EPSS)
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian (DENSTA),
Fakulti Pergigian,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 3
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
8.0 TARIKH & MASA
Program ini telah dirancang untuk diadakan pada :
Tarikh : 27 November 2013
Masa : 8.00 -11.30 malam
9.0 TEMPAT
Dewan Serbaguna (DSG),
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur.
10.0 PUBLISITI
Program ini akan dipromosikan dan diuar-uarkan kepada umum melalui :
1. Blog Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian, iaitu
http://ukmdensta.blogspot.com/
2. Poster dan ‘Banner’
3. Laman sosial Facebookdi page “VOICES OF UKM DENSTA”
(https://www.facebook.com/groups/ukmdensta/).
4. ‘Flyers’ di sekitar kolej kediaman di KTSN.
5. Surat jemputan kepada mahasiswa/i IPTA lain, contohnya UM, USIM,
dan UIAM.
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 4
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Mahasiswa/i yang terlibat dalam program ini adalah seperti berikut :
1. Mahasiswa/i Fakulti Pergigian, UKM.
2. Mahasiswa/i Kolej Tun Syed Nasir, UKM.
3. Mahasiswa/i UKM Kampus Cheras dan Kampus Bangi.
4. Mahasiswa/i IPTA tempatan, UM, USIM, dan UIAM.
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 5
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Program ini akan dijalankan selama 3 jam 30 minit di Dewan Serbaguna(DSG),Kolej Tun
Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur
dengan satu forum yang bertajuk Diskusi Ilmiah: “1001 Rahsia Dunia Perubatan”.
15.2 Antara cadangan penceramah yang bakalmengisi ruangan program ini adalah seperti
berikut:
1) Penceramah :
Dr Abdul Latiff MohamedDekan Fakulti Perubatan CUCMS
Al-Fadhil Ustaz Sharhan ShafieSinar Zamdurrani (Pusat Rawatan/Gerai Produk dan Pejabat Urusan)
Dr Chandrasekharan RadhakrishnanPunarnava Ayurveda Sdn Bhd
Yeo Seck BenTraditional Chinese Medicine Physian
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 6
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
15.3 Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kaedah perubatan yang masih diamalkan sehingga kini berasaskan tiga kaum utama di Malaysia. Ia merangkumi perubatan moden, perubatan islam, akupuntur dan ayurveda. Ulasan ini akan dibahaskan oleh empat penceramah yang dicadangkan di atas berdasarkan soalan-soalan yang telah dikumpulkan daripada pihak penganjur. Para hadirin juga berpeluang untuk bertanya secara langsung kepada penceramah pada waktu kejadian.
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tingkat 1 Blok Q Fakulti Pergigian
50300 UKM Kampus Kuala Lumpur.
Atau hubungi : 014-5224020
( u/p : Ezzatul Raihan binti Pauzzi)
Pengarah Program DiskusiIlmiah: “1001 RahsiaDuniaPerubatan”
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 7
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
17.0 PENUTUP
Sebagai warga Fakulti Pergigian, kami amat berharap dapat menyumbangkan bakti dan
jasa kepada masyarakat sekeliling, khasnya para mahasiswa/i. Kami turut merasakan
bahawa ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang terpikul di bahu kami untuk
memanfaatkan ilmu yang dimiliki demi kemaslahatan bersama. Kami telah membulatkan
tekad, berusaha lebih gigih dan tekun dalam merealisasikan rancangan dengan terperinci
dan juga menjayakan program ini dengan cemerlang. Diharapkan agar program Diskusi
Ilmiah: “1001 Rahsia Dunia Perubatan” ini akan mendapat kelulusan dan bantuan dari
segi kewangan daripada pihak tuan/puan. Pihak kami sangat berharap program ini
mendapat kerjasama dari semua pihak dan dapat berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada pihak tuan/puan atas kerjasama yang
diberikan.Segala jasa baik, sumbangan, tajaan, sokongan, perhatian dan kerjasama yang
dihulurkan oleh semua pihak, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga segala
yang dirancangakan mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 8
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 9
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
LAMPIRAN A
CARTA ORGANISASI PROGRAM
PenaungY.Bhg. Prof. Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
PengerusiY.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman Karim
Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penasihat UtamaProf. Dato’ Dr. Ghazali Mat NorDekan Fakulti Pergigian, UKM
PenasihatDr. NorAtikabintiMdAshar
PenasihatPersatuanMahasiswaFakulti Pergigian, UKM
PengarahPengarah
EzzatulRaihanbintiPauzziFGG/2
A139681
Timbalan Pengarah I Timbalan Pengarah II Nor Aisyikeen binti Mansoor Muhammad IzzatFiqri bin Muhamad
FGG/2 FGG/2 A139492 A139393
Setiausaha I Setiausaha IINurhananiBintiMohdSadek NurSyafiqahbintiShoyef
FGG/2 FGG/2A139691 A139511
BendahariNur ‘Aliya ‘Izzatibinti Muhammad Asri
FGG/2A139522
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 10
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
JAWATAN NAMA FAKULTI/TAHUN NO MATRIK
EXCO PROGRAM Nur Farah Izzati binti ZainordinNur Hafizah binti Hamiri
FGG/2FGG/2
A139723A139621
EXCO PROTOKOL Shahida Najla binti AzizNoor Amalina binti Ali
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 11
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
TENTATIF PROGRAM
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN”
DISKUSI ILMIAH: “1001 Rahsia Dunia Perubatan”
Tarikh : 27 November 2013 (Rabu)
Masa : 8.00 - 11.30 malam
Tempat :Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM Kampus Kuala Lumpur
MASA ATURCARA
6.00 – 8.00 pm - Ketibaan pelajar dari setiap universiti jemputan- Pendaftaran dan pengambilan makanan di Bilik Toh Puan- Solat Maghrib (surau D, F, G, A)
7.30 - 8.10 pm - Pendaftaran pelajar KTSN di ruang legar DSG- Penempatan semua pelajar di dalam DSG
8.15 pm - Perarakan masuk penceramah dan tetamu jemputan- Bacaan doa- Tayangan video khas
8.30 pm - Pengendalian forum oleh moderator (pusingan 22pertama)
9.30 pm - Sesi soal jawab 1
10.00 pm - Pengendalian forum oleh moderator (pusingan kedua)
10.45 pm - Sesi soal jawab 2
11.15 pm - Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil setiap universiti- Penyampaian cenderamata kepada penceramah dan moderator
11.30 pm - Perarakan keluar penceramah dan tetamu jemputan ke bilik jamuan- Pelajar bersurai dan Majlis Tamat
LAMPIRAN C
ANGGARAN BELANJAWAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 12
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN”
1. ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA RM
1 Sumbangan daripada :
a) Jabatan Perkhidmatan Pelajar ( JPPel )
b) Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian ( DENSTA)
500.00
400.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 900.00
2. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA UNIT HARGA1. Setiausaha
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 13
DISKUSI ILMIAH: “1001 RAHSIA DUNIA PERUBATAN” 2013
a) Printing- Sijil penyertaan- Tentatif program- Kupon makanan dan
penyertaan- Resit makanan pelajar luar RM 126.90
2. Exco Publisiti dan Multimedia
- Banner RM 48 X 2 RM 96
3. Exco Jamuan dan Protokol -Jamuan VIP - makanan peserta luar (bukan pelajar) - Air mineral
RM 8 X 8
RM 12.49 X 10
RM 64
RM 124.90
4. Exco Tugas-tugas Khas- Hiasan dewan
(pembalut ,reben, plastik sampah, belon, beg plastik makanan)
RM 48.20
5. Exco perhubungan- I-Talk RM 10 X 4 RM 40
JUMLAH KESELURUHAN RM 500.00
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN (UKM DENSTA) Page 14