DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS Pada PADA 15 DAN 16 JULAI 2019 bersamaan 12 DAN 13 ZULKAEDAH 1440 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu
DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI
KEEMPAT BELAS
Pada
PADA 15 DAN 16 JULAI 2019
bersamaan
12 DAN 13 ZULKAEDAH 1440
Dikeluarkan oleh:
Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
daripada:
SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI
TERENGGANU
MESYUARAT YANG KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 DAN 16 JULAI 2019
KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
ISNIN, 15 JULAI 2019
1. Nama Ahli-ahli. 1
2. Doa. 5
3. Ucapan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. 5
4. Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan. 8
5. Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:
4.1. Soalan-soalan Bertulis. 8 4.2. Soalan-soalan Lisan. 9
6. Rang Undang-Undang:
(i) Enakmen Taman Negara (Terengganu) (Pindaan) 2019.
53
(ii) Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019.
59
SELASA, 16 JULAI 2019
1. Nama Ahli-ahli. 73
2. Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:
- Soalan-soalan Lisan. 77
3. Tangguhan. 119
4. Lampiran [Soalan-soalan dan Jawapan-jawapan Bertulis]
120
PERSIDANGAN
PADA HARI ISNIN, 15 JULAI 2019
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
1
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA
PADA PUKUL 9.30 PAGI
HADIR:
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA
Haji Yahaya bin Ali, PJC.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU
Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
WAKIL RHU RENDANG
Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat
WAKIL PAKA
Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak
WAKIL BUKIT TUNGGAL
Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah
WAKIL BUKIT PAYONG
Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim
WAKIL JABI
Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.
WAKIL LADANG
Yang Berhormat Ariffin bin Deraman
WAKIL ALUR LIMBAT
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
2
Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah
WAKIL WAKAF MEMPELAM
Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh
WAKIL KUALA BERANG
Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman
WAKIL KOTA PUTERA
Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim
WAKIL TEPOH
Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi
WAKIL BATU BUROK
Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik
WAKIL SURA
Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim
WAKIL BULUH GADING
Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun
WAKIL MANIR
Yang Berhormat Haji Alias bin Harun
WAKIL RANTAU ABANG
Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong
WAKIL PENGKALAN BERANGAN
Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed
WAKIL BANDAR
Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim
WAKIL AIR PUTIH
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
3
Yang Berhormat Maliaman bin Kassim
WAKIL AJIL
Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili
WAKIL KEMASIK
Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor
WAKIL Wanita
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.
WAKIL KIJAL
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.
WAKIL SEBERANG TAKIR
Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.
WAKIL TELEMONG
Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.
WAKIL HULU BESUT
Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, KMN.,AMZ.,PPN.
WAKIL BUKIT BESI
Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.
WAKIL JERTIH
Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.
WAKIL LANGKAP
Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.
WAKIL BATU RAKIT
Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.
WAKIL KUALA BESUT
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
4
Yang Berhormat Dato’ Halim bin Jusoh, DPSM.
WAKIL PERMAISURI
TIDAK HADIR:
Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat
WAKIL CUKAI
HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI
KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)
YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN
Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.
YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI
Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.
YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
Tuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.
SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI
Encik Zulkifly bin Isa, PJK.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
5
PUKUL 9.30 PAGI
SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita
memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca
Ummul Kitab Al-Fatihah. ….(Al-Fatihah) ….
Perkara pertama di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.
DOA
Dibaca oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.
UCAPAN YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA
SETIAUSAHA DEWAN: Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah ucapan Yang
Berhormat Yang di-Pertua Dewan.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi
ta’ala waabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-
ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua
Jabatan Negeri dan Persekutuan, para Pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang
dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan
taufiq dan inayah-Nya kita dapat bersama lagi bagi menjayakan Mesyuarat Kedua
Penggal Kedua Bagi Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Sidang kita pada kali
ini hanya selama 2 hari sahaja. Walau pun begitu, saya berharap mesyuarat kita
dapat berjalan dengan lancar dalam suasana perbincangan yang baik. Lebih-lebih
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
6
lagi pada minggu lepas Ahli-ahli Yang Berhormat baru saja mendapat suntikan
semangat dan ilmu pengetahuan selepas mengikuti program Bengkel Literasi ADUN
Dan Ahli Parlimen yang memberi pendedahan tentang peranan Ahli-ahli Yang
Berhormat sebagai Legislator. Saya yakin pengisian dan pengalaman Mantan
Speaker Parlimen Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ahli Parlimen Dewan
Rakyat, Yang Berhormat Dato' Takiyuddin Hassan, Mantan Timbalan Speaker
Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-
Undang Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Fathi Yusof sangat baik untuk
dimanfaatkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, sesiapa sahaja yang diberi kuasa memerintah
sama ada sekarang atau akan datang mestilah mempunyai keazaman politik
(political will) bagi melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi
ini sebagaimana yang diperintahkan:
Yang bermaksud: "Mereka yakni (umat Islam) yang jika kami memberikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari perbuatan
yang mungkar dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."
Justeru, semua pihak harus memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab ini
termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah kiri saya untuk berperanan secara
konstruktif. Peranan Ahli-ahli Yang Berhormat bukan Kerajaan tidak kurang
pentingnya bagi menghidupkan suasana perbahasan yang sihat dan lebih
bermakna. Sebagai Wakil Rakyat, sudah tentu Ahli-ahli Yang Berhormat akan
mengambil kesempatan, Sidang tiga atau empat bulan sekali ini untuk
menyuarakan kepentingan rakyat. Saya juga yakin semua pihak seiring dan
sepakat bagi menjadikan Negeri kita sebagai Negeri Maju, Berkat, Sejahtera. Bagi
merealisasikannya setiap kita ada peranan masing-masing. Nabi Salallahu Alaihi
Wassalam bersabda:
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
7
ولكتابھ ین النصیحة . قلنا لمن ؟ قال : � الد
تھم ة المسلمین وعام ولرسولھ وألئم(Rawahul Muslim)
Yang bermaksud: “Agama itulah nasihat, tanya kami nasihat bagi siapa Ya
Rasulullah? Jawab beliau: Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi para
pemimpin kaum muslimin dan bagi orang ramai.”
Oleh sebab itu kita tidak boleh berada dalam zon selesa (comfort zone) dan mesti
sentiasa bermuhasabah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Yang
Berhormat perlu memainkan peranan yang berkesan termasuk peranan semak dan
imbang (check and balance) kepada segala perancangan dan pelaksanaan
kegiatan Kerajaan.
Apa yang penting ialah usaha untuk meningkatkan diri setiap Ahli-ahli Yang
Berhormat bagi memainkan peranan secara berkesan. Usaha untuk meningkatkan
diri bukan sahaja dari segi kemahiran bercakap, tetapi juga dari aspek ilmu
pengetahuan dan penguasaan dalam memahami urusan pentadbiran Kerajaan
termasuk aspek kewangan, pengurusan sumber manusia, pembangunan dan
sebagainya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, walaupun kita bersidang dua hari sahaja,
sebagai Yang di-Pertua Dewan saya kena berlaku adil untuk memberi peluang
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat menyuarakan kepentingan rakyat. Oleh itu, dalam
persidangan kali ini, saya bersetuju untuk melanjutkan masa sesi soal jawab
Soalan Lisan, saya akan beri tambahan masa dan menyambung sesi ini selepas
waktu rehat nanti, insya-Allah. Selamat bersidang. Siru‘ala Barakatillah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
8
KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN
SETIAUSAHA DEWAN: Perkara seterusnya dalam tertib Kerajaan Dewan ialah
kertas-kertas kerja dan laporan-laporan.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kertas kerja dan laporan yang
dibentangkan pada kali ini hanya satu iaitu:-
1. Penyata Kewangan Tahun 2017 Lembaga Tabung
Amanah Warisan Negeri Terengganu.
(DUN Bil.7/2019)
SOALAN-SOALAN YANG TELAH DIBERI NOTIS
SOALAN-SOALAN BERTULIS
[LAMPIRAN]
SETIAUSAHA DEWAN: Perkara berikut ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:
1. Soalan-soalan Bertulis.
2. Soalan-soalan Lisan.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jawapan-jawapan kepada Soalan-
soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang
Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:-
1. Yang Berhormat Wakil Tepoh.
2. Yang Berhormat Wakil Batu Burok.
3. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi.
4. Yang Berhormat Wakil Sura.
5. Yang Berhormat Wakil Kuala Besut.
6. Yang Berhormat Wakil Buluh Gading.
7. Yang Berhormat Wakil Manir.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
9
8. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang.
9. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan.
10. Yang Berhormat Wakil Bandar.
11. Yang Berhormat Wakil Air Putih.
12. Yang Berhormat Wakil Ajil.
13. Yang Berhormat Wakil Kemasik.
14. Yang Berhormat Wakil Wanita.
SOALAN-SOALAN LISAN
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan iaitu:
1. Yang Berhormat Wakil Tepoh.
2. Yang Berhormat Batu Burok.
3. Yang Berhormat Wakil Telemong.
4. Yang Berhormat Wakil Sura.
5. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi.
6. Yang Berhormat Wakil Buluh Gading.
7. Yang Berhormat Wakil Batu Rakit.
8. Yang Berhormat Wakil Manir.
9. Yang Berhormat Wakil Kuala Besut.
10. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang.
11. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan.
12. Yang Berhormat Wakil Bandar.
13. Yang Berhormat Wakil Air Putih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
10
14. Yang Berhormat Wakil Ajil.
15. Yang Berhormat Wakil Kemasik.
16. Yang Berhormat Wakil Wanita.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk mengemukakan
soalan.
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya
nombor satu -
Apakah perancangan pihak Kerajaan terhadap
Pembangunan Pulau Bayas, Kenyir dan berapakah
perbelanjaan semasa yang telah dibelanjakan dari jumlah
peruntukan keseluruhan?
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Tuan Yang
di-Pertua Dewan, ADUN Tepoh telah mengemukakan soalan yang pertama
berbunyi: Apakah perancangan pihak Kerajaan terhadap Pembangunan Pulau
Bayas, Kenyir dan berapakah perbelanjaan semasa yang telah dibelanjakan
daripada jumlah peruntukan keseluruhan?
Jawapannya: Perancangan pihak Kerajaan terhadap Pembangunan Pulau Bayas,
Kenyir adalah dalam pertimbangan untuk menyiapkan projek ini dengan
menggunakan beberapa pilihan cadangan penyelesaian. Perbelanjaan semasa yang
telah dibelanjakan adalah berjumlah RM188,117,514.63 (Seratus Lapan Puluh
Lapan Juta) daripada kos keseluruhan projek yang bernilai RM243,555,183.35 sen
bagi kesemua 6 pakej yang terlibat dalam Pembangunan Bebas Cukai Pulau Bayas.
Sekian.
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Tuan
Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Berapakah pakej yang
mengalami kelewatan dan jumlah denda yang dikenakan sehingga kini?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
11
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Tuan Yang
di-Pertua Dewan dan seluruh Ahli Dewan, Pakej Pembangunan Pulau Bayas ada
enam - 1, 2, 3, 4, 5, 6. Pakej 4 dan 6 telah siap sepenuhnya. Pakej yang lewat
adalah Pakej 1, 2, 3 dan 5.
Jumlah denda yakni LAD sehingga 30 hari bulan April tahun 2019, saya sebut
perlahan-lahan ni sebab angka supaya mungkin wartawan ke siapa-siapa yang
untuk kod dia.
Pakej yang pertama: RM10,790.94 (Sepuluh Ribu Tujuh Ratus Sembilan Puluh dan
Sembilan Puluh Empat Sen) sehari dengan jumlah dendanya RM4,003,438.74
(Empat Juta Tiga Ratus Empat Puluh Lapan Dan Tujuh Puluh Empat).
Pakej yang kedua: RM8,808.48 (Lapan Ribu Lapan Ratus Lapan Empat Puluh
Lapan) sehari dengan jumlah denda RM3,866,922.72.
Pakej yang ketiga: RM1,355.08 sehari dengan jumlah denda RM1,340,174.12.
Pakej yang kelima: RM2,019.03 sehari dengan jumlah keseluruhan denda sehingga
30.4.2019 - RM1,221,513.13. (RM1.2 juta).
Dan jumlah keseluruhannya RM10,432,098.70. Jadi ini keseluruhan jumlah denda.
Wallahua’lam.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, penjelasan.
...[Bangun serentak bersama-sama Y.B. Wakil Tepoh] .....
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):
Habiskan dulu, lepas ini kita.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila, sila Yang Berhormat Kijal.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, kebanyakan Ahli Dewan ni tak tahu pakej-pakej ni.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
12
Boleh tak Yang Berhormat ADUN Alur Limbat menjelaskan pakej satu apa dia,
pakej dua apa dia supaya dapat dengar semua oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan
Ahli Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Okey, terima
kasih. Pakej yang dah siap tu tak apalah, saya sebut pakej yang tergendala. Yang
pertama sekali …
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua yang dah siap tu kena sebut juga sebab tak tahu pakej-
pakej tu benda apa.
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Okey, okey.
Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Bangunan Terminal Utama, Jeti Penumpang,
Jeti Servis Dan Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre Di
Pulau Bayas, Tasik Kenyir Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman itu yang
pakej yang pertama. Pakej yang kedua, Kerja Membina Dan Menyiapkan Kompleks
Membeli Belah Dan Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre Di
Pulau Bayas Tasik Kenyir. Pakej yang ketiga adalah Kerja Membina Dan
Menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem Agihan Bekalan Voltan Tinggi Dan Rendah
Serta Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre. Pakej yang kelima
.....
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, boleh jelas sikit lagi tak, lepas sebut tu status nya, siap
lapan puluh peratus, tujuh puluh peratus ke.
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Ya, ya, boleh,
boleh, boleh, panjang pulok kan. Okey, saya sebut semula:-
Pakej yang pertama: Membina Dan Menyiap Bangunan Terminal Utama dan
seterusnyalah Jeti Penumpang, Jeti Servis harga kontrak dia RM70 juta,(RM70,993
030.30). Sekarang ini peratus kemajuannya 80.84%. LAD dia RM10 juta
sebagaimana yang RM10,000 sehari sebagaimana yang saya sebut. LAD ini
bergantung kepada jumlah kontrak.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
13
Pakej yang kedua: Kerja Membina Dan Menyiapkan Kompleks Membeli Belah Dan
Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas Tasik
Kenyir. Harga kontraknya RM57,955,500 percentagenya 55.04% sehingga Mei
2019. Dendanya RM8,808.00 sehari.
Pakej yang ketiga: Kerja Membina Dan Menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem
Agihan Bekalan Voltan Tingi Dan Rendah Serta Kerja-Kerja Berkaitan Untuk
Pembangunan Kenyir Trade Centre, peratus kemajuan 73.45% sehingga Mei 2019,
yang jumlah denda RM1,355.08.
Pakej yang kelima: Kerja Membina Dan Menyiapkan Sistem Rawatan Air, Sistem
Rawatan Kumbahan Dan Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre
di Pulau Bayas, peratus kemajuannya 79.90% dengan denda RM2,019.00 sehari.
Sekian.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila, saya nak persilakan tuan punya asal
soalan. Yang Berhormat Tepoh.
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga Kijal yang ambil kesempatan untuk
tambah soalan tadi. Saya berhasrat untuk mengemukakan satu lagi soalan yang
terakhir, ekoran daripada berlaku extension of time yang agak tinggi enam hingga
tujuh, yang saya difahamkan dulu ketika mana Persidangan yang lalu dan sekarang
ini saya tak tahulah berapa jumlah extension of time yang berlaku kepada semua
projek-projek yang tergendala ini yang kelewatan. Soalan saya apakah
perancangan Kerajaan untuk menangani isu kelewatan penyiapan kerja-kerja untuk
Projek Pulau Bebas Cukai ini, untuk diselesaikan dalam kadar segera kerana
perbezaan jumlah di antara yang disebut tadi, sekitar RM55 juta sahaja lagi yang
masih berbaki. Jadi pohon penjelasan pihak Kerajaan untuk tujuan ini?
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang di-Pertua
Dewan, isu yang berlaku sekarang ini adalah pihak kontraktor sehingga hari ini
tidak menjalankan kerja mereka, lalu pihak Kerajaan ada berapa mekanismelah
yang kita cadangkan. Yang pertama, kontrak diteruskan dengan tarikh penyiapan
baru melalui perjanjian tambahan kepada pihak kontraktor asal, supplementary
agreement dan dia ada kelebihannya, ada kelebihan dan kelemahanlah. Hari ini
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
14
saya sebut kelebihan sahaja. Kos pembinaan sebagaimana kontrak asal iaitulah
kadar harga asal. Yang kedua, tarikh penyiapan baru melalui perjanjian tambahan
yang mengambil kira faktor kelewatan penerimaan bayaran dan faktor lain
berkaitan. Dan yang ketiga, pembekal sedia ada dan warranty pembinaan dapat
diteruskan, itu yang pertama.
Kemudian yang kedua, Penamatan Kontrak Secara Persetujuan Bersama (Mutual
Termination) dengan izin, melalui Perjanjian Tambahan (Supplementary
Agreement) antara kelebihannya rundingan antara pihak kontraktor dan Kerajaan
boleh dibuat untuk mencapai persetujuan bersama bagi penyelesaian sebarang
tuntutan.
Kemudian yang ketiga, Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor boleh dibuat
berdasarkan Klausa 51, disebabkan kemungkiran-kemungkiran oleh pihak
kontraktor sebagaimana yang disenaraikan dalam Klausa 51(A), dan kelebihannya
proses penamatan kontraktor boleh dibuat mengikut tatacara yang telah ditetapkan
mengikut amaran-amaran kemungkiran dan notis yang dikeluarkan oleh pihak
Pegawai Penguasa. Kontraktor baru yang berkemampuan dapat dilantik untuk
menyiapkan baki projek.
Jadi dengan masalah yang ada ini, pihak Kerajaan sedang menimbangkan
beberapa perkara tentang projek Pulau Bayas yang pertama sekali, projek ditender
semula untuk kerja-kerja penyiapan oleh pihak kontraktor yang layak, dengan skop
dan rekabentuk bangunan asal yang pertama sekali kita cadang mengikut
rekabentuk bangunan asal. Yang kedua, projek ditender semula untuk kerja
penyiapan dengan membuat perubahan rekabentuk dan spesifikasi pembinaan bagi
membolehkan projek dapat disiapkan dan digunakan dengan kos yang lebih rendah
berbanding skop kerja dan rekabentuk asal. Kalau kita lihat, oleh kerana projek ini
tertangguh, kosnya sebenarnya meningkat dari setahun ke setahun walaupun kita
buat perubahan rekabentuk ataupun pengurangan (reduce) dengan izin,
rekabentuk asalnya, mungkin bagi tujuan yang berbeza, masih lagi pada
pandangan kami, masih lagi kosnya lebih tinggi daripada kos asal.
Cadangan yang ketiga, alternatif bagi penyiapan bagi pihak pelabur swasta dengan
mengambil kira faktor dan kajian yang lebih menyeluruh berkaitan hala tuju projek.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
15
Inipun sedang kita pertimbangkan. Allahua’alam. Assalamu’alaikum warahmatullahi
ta’ala wabarakatuh.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil Alur
Limbat. Sebelum pada itu, saya ingin mengalu-alukan, kehadiran adik-adik kita,
anak-anak kita iaitu daripda Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin
(SMAAZA) Kuala Terengganu seramai 64 orang. Yang lain, daripada yang biasa
hadir daripada Khairunnisa’ dan juga daripada Majlis Tindakan DUN.
Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Batu Burok mengemukakan
soalan.
YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 -
Apakah perancangan jangka masa panjang dan menyeluruh
daripada Pihak Kerajaan Negeri dan JPS untuk menangani
banjir kilat yang kerap berlaku dalam Daerah Kuala
Terengganu?
YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat
Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-
Yang Berhormat, Ketua Jabatan dan wakil-wakil Pemerhati, tuan-tuan dan puan-
puan sekalian. Soalan dari Wakil Batu Burok tadi, berbunyi: Apakah perancangan
jangka masa panjang dan menyeluruh daripada pihak Kerajaan Negeri dan JPS
untuk menangani banjir kilat yang kerap berlaku dalam Daerah Kuala Terengganu?
Jadi soalan ini khusus untuk Daerah Kuala Terengganu dan berkaitan dengan
banjiir kilat.
Takrif banjir kilat ialah hujan yang lebat dan berlaku dalam tempoh kurang dari
tiga jam dan akan surut dalam tempoh kurang dari enam jam. Kalau lebih daripada
itu dikira banjirlah bukan banjir kilat lagi. Jadi berkaitan dengan persoalan ini dia
ada dua perkaralah yang perlu kita lihat untuk jangka masa yang panjang.
Pertama, Kerajaan Negeri hendaklah menyiapkan satu master plan untuk
mengurangkan masalah banjir ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
16
Jadi Negeri Terengganu telah pada tahun 2016 telah membuat dan menyediakan
master plan atau pun pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam
dan dijangka pelan induk ini akan siap pada akhir tahun ini dengan belanjanya
RM1.2 juta plus. Dan apabila master plan ini siap, ia bolehlah dijadikan rujukan
kepada semua jabatan termasuklah JPS, JKR, PBT dan yang lain-lain.
Keduanya, Kerajaan Negeri hendaklah membina sistem-sistem saliran yang baru
untuk menangani masalah banjir ini. Jadi untuk pengetahuan kita semua pada
tahun lepas kita telah menyiapkan satu sistem saliran di Padang Negara dengan
kos RM15.8 juta kemudian dalam pembinaan sekarang ini dan masih belum siap
iaitu Sistem Saliran di Tok Jiring bahagian Utara Kuala Terengganu dan insyaAllah
akan ditender pada akhir tahun ini Tebatan Banjir di Gong Kiat dan akan
mengalirkan airnya ke Sungai Ibai. Pada tahun ini juga Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan sejumlah RM30 juta untuk kerja-kerja mendalam, membaikpulih
sungai dan saliran. Terima kasih.
YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Yang pertamanya, terima
kasih kepada Exco, Yang Berhormat Kuala Berang yang telah memberikan jawapan
di atas soalan yang dikemukakan tadi. Soalan saya ialah memandangkan kita
melihat banjir kilat ini satu fenomena yang tidak dijangka bukan sahaja ia berlaku
pada musim tengkujuh bahkan pada musim-musim lain memandangkan isu yang
besar yang dibicarakan pada hari ini di peringkat global antaranya adalah Climate
Change. Jadi soalan saya ialah adakah dengan pembinaan kolam tadahan
membantu untuk mengatasi masalah banjir kilat ataupun di sana ada mekanisma-
mekanisma lain?
YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, kalau kita lihat bahawa masalah di Kuala
Terengganu ini secara keseluruhannya saliran air sungai atau pun parit adalah
akan mengalir ke Sungai Ibai. Di sana kita lihat ada tiga cabang anak sungai,
kalau kita google tiga cabang anak sungai daripada Tok Adis bergerak ke Padang
Negara satu dan keduanya sehinggalah ke Taman Pusara Jalan Kamarudin, yang
ketiganya sehingga melalui sekitar Pasir Panjang dan Panji Alam. Jadi keseluruhan
kawasan-kawasan ini akan mengalirkan alirannya ke Tok Adis dan seterusnya ke
Sungai Ibai. Itu secara umum.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
17
Kemudian kalau semulajadi kita lihat kalau zaman dahulu tidak ada pembangunan
di kawasan-kawasan tanah rendah hanya ada kawasan pertanian padi dan
sebagainya tetapi apabila ada pembangunan, mereka-mereka menambun,
menimbus tanah mana-mana tempat yang agak rendah dinaikkan untuk
menghalang atau pun mengurangkan banjir, jadi kawan yang datang kemudian ini,
dia tambun lagi tinggi itulah jadi masalah. Kemudian kita lihat bahawa masing-
masing untuk mengalirkan cepat atau pun deras longkang-longkang di rumah ini
kalau boleh dibuat dari simen dan sebagainya nak dialirkan air ini secara cepat
supaya tidak banjir di sekitar rumah mereka. Apabila air ini sampai ke longkang
yang lebih besar jadi isipadu air di kawasan alur yang lebih besar ini akan
bertambah dengan cepat dan sehinggalah sampai ke satu kawasan kita panggil
bottle neck iaitu kawasan yang agak sempit sebagaimana kalau di sini Kuala
Terengganu bottle necknya ialah di pintu air di Tok Adis.
Kemudian kita perlu kaji bagaimanakah kalau kita tanya pihak JPS, kita tanya
orang lama dari Kuala Besut tu Tengku Zaihan, Y.B. Tengku Zaihan dari Kuala
Besut, dia orang JPS, kalau kita tanya JPS dia perlu satu kawasan takungan air
yang mana air-air ini akan mengalir ke takungan dan takungan ini kalau boleh
dapat menampung air-air tersebut dan dalam masa yang sama air ini akan
dialirkan secara perlahan ke Tok Adis dan seterusnya Sungai Ibai. Jadi perlu satu
takungan iaitu di kawasan sebelah timur dari Gong Tok Nasik itu dan sebelah barat
daripada Batu Burok. Kawasan itu agak rendah, kawasan pertanian padi. Jadi kita
harap dengan takungan ini akan mengurangkan masalah banjir kilat ataupun banjir
yang lebih besar. Kita lihat contohlah, contoh iaitu takungan yang besar misalnya
Tasik Kenyir itulah, takungan yang besar dengan adanya Tasik Kenyir ini dia dapat
menghalang banjir di sekitar Sungai Terengganu kalau zaman dulu 20-30 tahun
lebih dulu memang kawasan Kuala Berang ini memang dah begitu besar sekali
banjirnya. Dan hari ini kita lihat tidak ada lagi banjir besar kerana adanya kawasan
takungan yang besar iaitu tasik buatan di Tasik Kenyir.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, ringkaskan.
YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih.
Seterusnya kita harap takungan yang bakal dibuat di kawasan Tok Adis ini dapat
menampung daripada banjir kilat dan banjir keseluruhan. Terima kasih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
18
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya, sebab saya jaga masa, ya.
Seterusnya saya nak jemput…
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Tuan Speaker …
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada lagi?
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Kuala Berang ada sebut nama saya. Saya rasa nak terlibat sekali dalam
soalan yang rasa kita perlu sama-sama tanya pihak Kerajaan. Okey, soalan yang
dibangkitkan oleh Batu Burok tadi berkenaan isu banjir kilat dan saya teringat dulu
difahamkan oleh pihak Kerajaan ada melancarkan satu kaedah, terlalu banyak
kaedah untuk menyelesaikan isu banjir kilat ini iaitu yang dirancangkan oleh pihak
jabatan teknikal melalui Kerajaan dan juga universiti-universiti awam di Malaysia ini
iaitu kaedah untuk mengurangkan banjir kilat iaitu Sistem Mengaplikasikan Sistem
Penuaian Air Hujan atau pun Bahasa Inggeris dia dengan izin Rain Water
Harvesting. Jadi nak tahu setakat manakah di pihak kerajaan khususnya kita di
Negeri Terengganu ini, setakat manakah amalan menggunakan Sistem Penuaian
Air Hujan daripada bumbung lagi sampai ke tangki air ini kita gunakan di Negeri
Terengganu khususnya di jabatan-jabatan Kerajaan dan juga di rumah-rumah
persendirian. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, Yang Berhormat sila, ringkas.
YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Dia pakar
bahagian JPS nak lawan dengan Doktor Perubatan biasa tak danglah kalau dari
segi bab banjir ini. Tapi tak mengapa, kalau kita lihat bahawa berkaitan dengan
Rain Water Harvesting ini makna kita kena takung air di rumah-rumah, di pejabat-
pejabat kena takung, kemudian air yang ditakung ini boleh diguna untuk kegunaan
kita harian dan juga kalau semuanya takung air secara keseluruhannya dapat
mengurangkan dan membantu untuk mengurangkan banjir kilat. Jadi itu satu idea
yang bagus tetapi kita kena lihat juga di sana ada beberapa kelemahan. Pertama,
di negara kita ini sendiri memang banyak hujan. Sentiasa air tu…dari segi harganya
tidaklah, orang kampung rasa tidaklah amat berharga benda tu, sedangkan untuk
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
19
menyediakan takungan-takungan dan sebagainya mungkin dari segi kosnya lebih
mahal. Saya rasa itulah, terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kuala
Berang. Sekarang saya jemput, saya persilakan Yang Berhormat Wakil Telemong.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):
Assalamu’aikum warahmatullahhi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang
di-Pertua, soalan saya yang pertama -
Pengganguran merupakan isu di peringkat nasional dan Negeri
Terengganu juga tidak terlepas pada masalah ini. Statistik
menunjukkan kadar 4.3% pengangguran berlaku di
Terengganu, dan data ini lebih membimbangkan kita kerana
sebahagian besar golongan ini terdiri daripada mereka yang
memiliki tahap pendidikan tinggi. Salah satu faktor yang
menyumbang berlakunya fenomena ini adalah kerana
kehendak pasaran di Negeri Terengganu tidak selari dengan
kebanyakan kelayakan pelajar di Terengganu.
Selain daripada penubuhan THRDC (Pusat Pembangunan
Sumber Manusia Negeri Terengganu) bagi mengatasi masalah
penggangguran, adakah Kerajaan Negeri hari ini mempunyai
perancangan untuk menarik pelabur ke negeri. Ini baru soalan
dia. Bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan
Negeri hari ini mempunyai perancangan untuk menarik
pelabur ke Negeri Terengganu bagi memberi ruang pekerjaan
kepada penduduk tempatan?
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, soalan bunga panjang, ya.
Bunga soalan tu panjang.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Jawab
pendek jer.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila. …(Sambil gelak)…
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
20
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri
Besar dan Ahli-ahli EXCO dan juga Yang Berhormat, dan semua hadirin yang hadir
hari ini.
Soalan daripada Telemong ni, dia macam menjawab dah. Sebab soalan dia
panjang. Ni saya baca soalan dulu, bukan jawapan lagi ni, soalan dulu:
Pengganguran merupakan isu di peringkat nasional dan Negeri Terengganu juga
tidak terlepas daripada masalah ini. Statistik menunjukkan kadar 4.3%
pengangguran berlaku di Terengganu dan data ini lebih membimbangkan kita
kerana sebahagian besar golongan ini terdiri daripada mereka yang memiliki tahap
pendidikan tinggi. Salah satu faktor yang menyumbang berlakunya fenomena ini
adalah kerana kehendak pasaran di Negeri Terengganu tidak selari dengan
kebanyakan kelayakan pelajar di Terengganu. Ni macam jawapan dah ni. Selain
daripada penubuhan THRDC (Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri
Terengganu) bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan Negeri
hari ini mempunyai perancangan untuk menarik pelabur ke negeri. Ini baru soalan
dia. Bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan Negeri hari ini
mempunyai perancangan untuk menarik pelabur ke Negeri Terengganu bagi
memberi ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kalau nak jawab ringkas
boleh sahaja, kata ada.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, saya, saya peringatkan
sahaja. Soalan-soalan seumpama ini jawab sekaligus. Ada soalan sekaligus?
Ataupun untuk soalan ni sahaja?
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Hok ni kita jawab se dulu. Hok lain ada lagi.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, sila…
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang kita ada perancangan
untuk menarik pelaburan dan diharapkan supaya dengan pelaburan ini akan
memberi peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan pengangguran.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
21
Untuk menarik pelaburan ini, kita ada strategi. Pertamanya, kita wujudkan
hubungan baik kita dengan pelabur tempatan dan asing. Dan yang keduanya,
mengadakan promosi pelaburan di luar negara. Di luar negara tu, panggil-panggil
orang mari tu, panggil dan jemput orang datang. Dan ketika bersama dengan
MATRADE, yang mengadakan promosi produk-produk tempatan di Malaysia secara
amnya, dan Negeri Terengganu secara khususnya ke luar negara. Kemudian kita
ada hubungan dengan ECER, MIDA. MIDA ni selalu ajak kita ke luar negara tapi
tahun ni tak ajak lagi, tahun lepas ajak dah. Dan juga ECER membantu kita untuk
mendapatkan pelabur ke negeri ini. Kerajaan Negeri juga menyediakan insentif-
insentif pelaburan yang menarik kepada pelabur. Contohnya diskaun ke atas
premium tanah antara 10 - 50% kepada pelabur yang layak. Kedua, pembiayaan
pembayaran premium tanah secara ansuran selama setahun. Tengok keadaanlah
kita bagi ansuran tu. Kemudian, rebate sehingga 30% ke atas premium tanah
kepada pelabur yang laksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan. Kemudian
membantu pelabur untuk menerima menikmati skim galakan pelaburan yang
menarik daripada agensi-agensi pelaburan seperti MIDA dan ECER. Kemudian kita
membaiki sistem delivery kita untuk memastikan permohonan pelaburan dapat
diluluskan dengan cepat. Kita juga menyediakan kawasan-kawasan industri yang
mencukupi dan dilengkapi dengan infrastruktur asas. Itu jawapan pertama. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Yang
Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada
pihak Kerajaan atas usaha yang dilaksanakan untuk menarik pelabur ke Negeri
Terengganu. Walau bagaimanapun, saya ingin mendapat penjelasan, sehingga kini
banyak-banyak perancangan yang kita buat, ataupun apa yang telah kita
laksanakan itu, telah banyak mana yang kita bawa masuk ke Terengganu dan
betul-betul confirmed bahawa mereka ini akan melabur di Terengganu setakat ini?
Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Untuk makluman kepada Dewan, kita banyak menjemput mereka datang
daripada luar tapi yang kita pergi ni, yang besar-besar. Misalnya kita pergi ke
Taiwan Glass, Taiwan baru-baru ini. Dia tu adalah untuk projek silika. Dia salah
satu player terbesar di dunia dan dia cuma menjanjikan untuk datang. Dia kata
biasanya kita akan memberikan masa lebih kurang tiga tahun dari mula bersetuju,
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
22
sehingga kita buat tu, tiga tahun. Jadi maksudnya, panjang masa yang diperlukan.
Pada perjumpaan yang lepas, mereka bersetuju untuk datang. Kita pergi tu pada
bulan Mac, dia kata bulan lapan (8) nak mari pulak. Lepas tu bulan sepuluh (10)
kalau jadi nak buat MoU. Itu baru nak mari, dok mari lagi. Jadi ke dok pun,
wallahua’lam tak tahu lagi. Begitu juga kita pergi ke Negeri China. Mereka baru-
baru ini, yang terakhir kita pergi ialah 27 Jun yang lepas. Kita pergi 27 Jun, balik
2 Julai, 5 hari kemudian dia terus datang untuk meninjau keadaan yang kita sebut
tadi betul ke dok. Dia mari, dia melawat daripada Kemaman sampai ke Bari, dia
tengok apa-apa yang kita sebut tadi betul ke tak. Dia sudah datang dan balik, dan
insya-Allah akan datang balik membawa spesifik pelaburan yang mereka mahu
buat di sini. Jadi kalau pelaburan yang besar-besar ini, dia bukan mudahlah untuk
menarik mereka. Namun, ada yang memberi komitmen untuk datang terutamanya
di Kerteh contohnya. Kerteh itu ada pelaburan-pelaburan yang sudah ada dan ingin
membesarkan lagi pelaburan mereka. Misalnya yang buat glove, apa orang
panggil, sarung tangan tu…dah ada dah tapi nak besarkan lagi. Dan peluang
pekerjaan yang insya-Allah yang dijangka boleh, kalau saya boleh jawab selalulah,
pekerjaan yang ada sehingga 2019 ini terkumpul 7,057 orang, dan kita anjurkan
ataupun unjurkan pada 2024, jumlah pekerjaan yang insya-Allah yang kita dapat
janakan ialah lebih kurang 16,720 orang. Jadi manifesto kita untuk mengadakan
peluang pekerjaan dapat disediakan 20,000 orang itu insyaAllah tercapai. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, yang menjadi kerisauan di peringkat akar umbi
sekarang ini adalah berkaitan dengan pengangguran. Dan kalau pengganguran
di peringkat rendah itu merupakan satu fenomena yang agak sudah lamalah,
zaman-zaman kita dulu pun ini yang menimbulkan isu. Tapi sekarang ini Dato’
Yang di-Pertua, pengangguran ini adalah di peringkat mereka yang mempunyai
pendidikan yang tinggi, terutamanya lepasan-lepasan ijazah, dan ini yang kita
menerima feedback daripada perjumpaan-perjumpaan antara kita dengan anak-
anak muda sekarang ini. Yang menjadi masalah Dato’ Yang di-Pertua,
di Terengganu ini ramai lepasan yang berpendidikan tinggi sebagaimana yang saya
maklum tadi, tapi tidak sesuai dengan kehendak pasaran kerja di Terengganu. Jadi
adakah usaha Kerajaan Negeri, kita bermula untuk menyediakan platform yang
kedua kepada pelajar-pelajar kita atau lepasan-lepasan pelajar kita yang lepas
ijazah dan pendidikan tinggi ini, platform yang kedua untuk sesuaikan dengan
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
23
pekerjaan yang ada di Terengganu ini khususnya di TATI ke, di TESDEC ke, sebab
banyak yang kita juruskan adalah kepada dalam bidang-bidang petroleum sahaja di
situ. Jadi pasaran kita sudah terhad. Sebagaimana Yang Berhormat kata tadi, tarik
pelabur, sarung getah, tangan apa gitu-gini, dok sesuai di Terengganu, dok secure
dengan pendidikan mereka, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Pelaburan ini ada pelbagai jenis. Ada yang perlukan skill workers.
Biasanya yang kalau di Kerteh tu, di Biopolimer Park tu, dia nak orang yang mahir
dalam bidang-bidang tertentu. Dan begitu juga kalau kita lihat di Eastern Steel
contohnya, dia nak workers tu yang biasa dan jugak ada peringkat teknikal yang
lebih tinggi, jadi kita bekerjasama dengan pihak-pihak institusi pendidikan yang
ada di Terengganu seperti yang di sebut oleh Yang Berhormat sendiri seperti
TESDEC, TATI dan sebagainya untuk membolehkan kita memenuhi keperluan yang
ada di Terengganu ini, peluang-peluang pekerjaan yang mungkin wujud. Saya fikir
itu sahaja untuk ini, sebab ada lagi soalan-soalan yang berkaitan dengan pelaburan
yang saya akan jawab kemudian tentang banyak lagilah tentang pekerjaan dan
sebagainya. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Ladang. Saya
persilakan Yang Berhormat Sura untuk mengemukakan soalan.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kepada
yang di-Pertua, soalan saya pertama -
Berapakah jumlah nilai pelaburan dalam sektor
perindustrian bermula dari Jun 2018 - Jun 2019?
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Terima kasih Sura. Soalan satu tu Yang di-Pertua ialah tentang:
Berapakah jumlah nilai pelaburan dalam sektor perindustrian bermula dari Jun
2018 – Jun 2019?
Jadi jumlah nilai pelaburan dalam sektor industri bermula dari Jun 2018 sehingga
Jun 2019 bermakna setahun ialah RM801,546,578.00. Terima kasih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
24
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Soalan
tambahan saya yang pertama ialah: Daripada jumlah RM801 juta lebih itu,
berapakah jumlah pelaburan yang datang dari pelabur tempatan ataupun domestik
dan jugak daripada pelabur asing, dan apakah jenis-jenis industri yang melibatkan
pelaburan itu? Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Jumlah pelaburan domestik ialah RM320,000,924.00. Pelabur asing pula
dia mari melabur lebih kurang RM480,622,000.00. Peluang pekerja lebih kurang
2,096 orang. Jenis tu macam-macamlah jenis pelaburan itu, kalau saya sebut tadi
kalau di Kerteh itu dia lebih kepada soal biochemical, kalau di sebelah Kemaman
itu oil and gas dan juga steel. Dan ada permohonan yang kita masih lagi
pertimbangkan ialah tentang pelaburan dalam bidang plastik dan copper iaitu
mungkin kita tolak tapi ada permohonan seperti itu dan ada satu lagi berdasarkan
kepada wood base ataupun berunsurkan kayu iaitu di Wakaf Tapai. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Tuan Yang
di-Pertua soalan tambahan saya yang kedua ialah: Saya ingin mendapatkan
maklumat daripada pihak Kerajaan berhubung kait dengan kawasan industri
Batu 7 di Dungun yang mana isu ini telah lama dibangkit dan sehingga hari ini,
saya melihat seolah-olah kawasan itu tidak dibangunkan untuk industri dan juga
untuk memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat? Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Terima kasih. Saya sebutkan statusnya dahulu macam mana yang di Batu
7 ini. Batu 7 ini orang tidak berapa nak mari, saya pun tak berapa faham, dulu kita
buat untuk plastik tapi tidak ada orang mari gok. Sekarang ini ada lot yang kita
sediakan 184 lot dan 44% daripadanya 81 lot tidak beroperasi yang 17 lot sahaja
10% yang aktif beroperasi. Dan 86 lot industri 46% belum diberi milik dan tidak
beroperasi. Yang tidak beroperasi sebenarnya lebih kurang 90% maknanya 10%
sahaja yang beroperasi, apa masalah dia, kita pun tidak tahu, ini business dia
orang tidak mahu datang nak buat macam mana kita sediakan apa yang boleh.
Cuma masalah kerana lama tidak mari itu dia ada masalah infra di situ tidak
sempurna jalan masuk, air, api, ada masalah sebab tidak ada permohonan untuk
ke situ, jadi kita tidak memberikan priority untuk itu. Tanah ini telah banyak kali
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
25
diberi milik maknanya telah ada title tapi dia tidak mari, tanah tu tanah dia dah,
jadi wallahua’lam, kita duk panggil sokmo mari tapi dia nak pilih lebih kepada
Kerteh, Paka, Kemaman sana tidak sampai ke Dungun. Kita akan cuba lagi
insyaAllah.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Ladang. Saya
persilakan Yang Berhormat Wakil Bukit Besi.
YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan di-Pertua, soalan
saya, soalan nombor satu -
Sila nyatakan jumlah penerima Dana Hari Raya yang telah
dikeluarkan dari senarai penerima yang digunapakai
sebelum 2018 dan apakah kriteria mereka yang telah
digugurkan itu serta berapa ramai pula jika ada yang layak
tetapi tidak menerima bantuan tersebut pada tahun ini?
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat
Yang di-Pertua, saya mohon untuk jawab sekalilah soalan ADUN Bukit Besi dan
juga Batu Rakit, insyaAllah.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Okey saya
boleh terima, soalan tambahan mungkin boleh tambah sedikit.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Hok tu, atas
Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan yang pertama yang ditanya oleh ADUN
Bukit Besi: Sila nyatakan jumlah penerima Dana Hari Raya yang telah dikeluarkan
dari senarai penerima yang diguna pakai sebelum 2018 dan apakah kriteria mereka
yang telah digugurkan serta berapa ramai pula jika ada yang layak tetapi tidak
menerima bantuan tersebut pada tahun ini? Dan soalan Yang Berhormat Batu
Rakit: Berapakah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk
Bantuan Dana Raya 2019?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
26
Jumlah penerima Dana Raya pada tahun 2019 adalah 79,085 orang yang
berjumlah RM15,000,817.00. Jadi tidak timbul angka mereka yang digugurkan,
sebab ini bukan penerima wajib jadi kita buka untuk pendaftaran dan mereka
mendaftar dengan syarat-syarat yang kita tetapkan dan senarai tersebut yang kita
beri daripada mereka yang layak. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Soalan saya yang
pertama, ialah pada pandangan kita pada peringkat bawah ini memang rasa
tercicirlah. Jadi saya nak tanya pihak Kerajaan: Apakah kaedah yang terbaik
ataupun mekanisma-mekanisma yang boleh digunapakai untuk masa yang akan
datang dalam menangani masalah ini bagi memastikan mereka yang layak sebab
kita di peringkat kampung ini ialah rungutan masih terdengar tentang bantuan
dana ini. Jadi apakah mekanisma yang boleh pihak kerajaan buat agar tidak tercicir
untuk masa-masa yang akan datang? Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, Dana Raya ini bukan penyelesai masalah, bukan dia
ada masalah kita pun nak selesai kita beri dana raya. Ini hanya sebagai apa yang
dipanggil ehsan Kerajaan sempena menghadapi hari raya. Kalau mereka
merupakan daripada golongan miskin mereka boleh mendaftar e-Kasih dan
sebagainya ataupun Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk kita beri secara tetap
bulanan dan sebagainya, jadi saya rasa tidak berbangkit isu itulah. Cuma
mekanisma yang kita gunakan pada tahun ini, sebelum daripada ini syarat yang
mereka beri kepada dana raya ini berdasarkan kepada pendapatan KIR (Ketua Isi
Rumah) yang tidak melebihi RM2,500 sebulan. Jadi tahun ini kita mengguna pakai
apa yang garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat selaras iaitu KIR
tidak melebihi RM1,100 sebulan. Jadi bagi KIR pendapatan yang kurang RM1,500
di bandar ataupun RM1,000 di luar bandar dia boleh berdaftar dengan e-Kasih
dan kita ada group focus di daerah-daerah akan merancang untuk menyelesaikan
masalah-masalah kemiskinan yang berbangkit dan kita tengok data-data, saya
ucap terima kasihlah Kerajaan dulu kerana berjaya mengurangkan kadar
kemiskinan yang banyak di Terengganu ini, miskin tegar kata 35 orang saja. Jadi,
kita beri ini pun RM78,000 dah, RM79,000. Jadi, saya rasa benda ini boleh
dikurang, dikurang, dikurang demi tahun demi tahun dan kita rasa sebagaimana
hasrat Kerajaan Negerilah kita “takmboh bagi ikan lagi doh, kita beri kail untuk
mereka cari ikan esok”. Terima kasih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
27
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Soalan
tambahan saya, cara EXCO kabor tu berasa dok berapa jijok sikit, dok berapa
nyangkut sikit sebab di kalangan rakyat memang rasa tidak puas hati kerana EXCO
kata ini bukan jalan penyelesaian masalah. Memang kita akui, tetapi ini sebagai
bantuan kepada rakyat. Jadi, kita tengok di bawah baru-baru ini memang rakyat
tidak puas hati. Jadi, tindakan kita juga terkebelakanglah kerana kita buat secara
manual dan ….
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat, dia tidak puas hati nape tu, cer kabor?
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dia rasa
dia layak, tetapi tidak dapat kerana peruntukan yang diberi hanya RM500,000 atau
setengah juta 1 DUN dan sama banyak setiap DUN. Adakah orang di bandar
dengan orang di kampung yang RM1,100 ke bawah ini sama ramai setiap DUN,
sudah tentu tidak sama ramai dan kenapa tidak secara online? Haa, dua soalan
situ, sila jawablah.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Macam sesi
Q&A pulak dah. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya sebut tadi dah. Ini bukan
sebagai penyelesai masalah. Ini macam duit raya, macam kita pergi rumah orang
memanglah kadang-kadang orang …..
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (WAKIL BATU RAKIT): Betul
dah duit raya tapi dia rasa dia layak, dia naklah …..
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Satu per satu Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Tapi
ramai yang tercicir ni.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Kalau kita gi,
tuan rumah ni, dia beri RM5, hok ni RM2.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Maknanya, sekampung hak dalam 60 orang …..
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
28
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Atas tuan
rumah tu, jangan ....
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Hok dulu,
100 lebih setiap kampung. Jadi, ramai yang tertinggal.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Kalau dia nok
beri duit raya banyak, dia pergi rumah Yang Berhormat Batu Rakit. Kalau dia pergi
rumah orang kampung RM0.50, RM1.00.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dia bukan
soal duit raya, dia rasa dia layak. Jangan main wak lari gitu, jawablah soalan tu.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Doh, saya
kabor doh syarat kelayakan …..
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Bakpe,
kalau online, automatik semua orang boleh buat, ini bila bagi borang …..
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ya.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Bila bagi
borang, dipilih-pilih. Rase nak beri, beri. Berase takmboh beri, dok beri.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Siapa pulok
kata dok pakai online? Semua online belaka. Kita tolong orang hok dok pandai
masuk online tu, jabat tolong masuk online.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dok, jelas
dulu sebab apa tidak guna online macam biasa, sekarang bagi borang?
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bakpe dok
online, online lah tu. Laa ila ha illallah Yang Berhormat .....
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Ini, saya
dapat info daripada orang kampung.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
29
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Salah infolah
tu. Yang Berhormat dok teliti molek.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Cer cerita,
cerita kaedah dia tu lagu mana, ceritalah.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dia isi boring
…..
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, biar se-se. Biar teratur
sikit. Tanya, lepas tu, jawab. Dang simbung, payoh.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dok dang
jawab, marah.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Sebab dia
cara tu dok jawab soalan, jawab dulu soalan. Dia bahang kita dulu.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhomat kena sabar, Yang Berhomat
kena sabar. Lepas itu, celah balik.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dok dang
nak jawab lagi.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Sebab
dok puas hati ni.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dok puas
hati, duduklah dulu, biar giliran aku jawab dulu.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Sebab dia
duk haruk ke Wakil Rakyat sebenarnya.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Laa ila ha
illallah. Doh nok pitih banyok, memang doh kena gi rumah Wakil Rakyat. Saboh sungguh.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
30
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, okey, sila. Bertenang, bertenang.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Okey Yang
Berhormat. Lama dah dok panas Dewan ini, sedap juga sekali sekala. ...(Sambil
gelak).... Jadi, sebenarnya sebagaimana kita maklum, sama jer. Kita menggunakan
apa orang panggil, sistem yang sama. Cuma, orang panggil ada kampung-
kampung, tempat-tempat dokleh nok isi, dok pandai nak isi borang online. Jadi, dia
mari isi jabat. Dia key-in, masuk online belaka dan pejabat yang keluarkan …..
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
….[Bangun untuk mencelah] ….
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Biar dia beri penjelasan dulu, biar selesai
dulu, selesai dulu.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bayaran
tersebut berdasarkan orang panggil data yang diperolehi di peringkat Kerajaan
Negerilah, berpusat. Sistem i-DANA kita pakai sama jer. Sistem i-DANA, nama dok
tukar lagi, takut orang lama berasa hati.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, sila Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Err …..
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Nanti dulu,
dok habis lagi, baru soalan hok bobok tu, nanti nak terang …..
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, perhabis dulu.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi, saya
sebut dah tadi kriteria, syarat dia…
YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Perhabis dulu.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Berdasarkan
KIR, RM1,100. RM1,100 ini bukan Kerajaan Negeri buat, Kerajaan Pusat buat. Jadi,
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
31
kita selaras jerlah. Jadi, pendapatan yang lebih daripada itu, tidak layak walaupun
dia guling bating kata layak pun.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dia, tahap
ini atas Kerajaan Negeri masing-masing nak buat, kalau kita nak buat RM2,500 pun
boleh, tidak ada masalah, jangan kata Kerajaan Pusat tetap.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Doh,
Kerajaan Negeri sekarang ambil keputusan buat keluar yang ini.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Doh, dok
apalah.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Takdok
masalah.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Tak
apalah, dia ambil keputusan RM1,100.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yalah, betul.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Tapi,
ramai lagi di antara RM1,100 ini tercicir dan yang tercicir ini tidak puas hati. Apa
tindakan Kerajaan, buka balik ke, lagu mana ke, dan dari segi peruntukan saya
kata tadi sama jer RM500 setiap DUN, tidak munasabah, takkan sama ramai jer
setiap DUN.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jangan kata
dok munasabah, orang bandar ini ada miskin juga dipanggil miskin bandar. Rakyat
pun ramai lagi.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Saya
faham tetapi, kalau kita check betul-betul, tidak sama.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Duduklah.
Banyak dah soalan tu Yang Berhormat, saya beri 10 dah tu.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
32
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Benda
yang sama, soalan yang sama, tetapi EXCO tidak menjawab soalan.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Apa dok
jawab soalannya, jawablah tu.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Duduk
nak bahang orang, jawab dulu soalan tu.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jangan
banyak soal, nok jawab.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Yang
Berhormat, saya yang jadi banyak soal sebab EXCO tidak menjawab soalan.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Laa ila ha
illallah. Orang jawab belaka dah ni. Duduklah. ....(Dewan ketawa)....
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Jawab
hok dok tanya.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): ...(Gelak)....
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Bahang
rambang.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Yang Berhormat,
bertenang, bertenang.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Saya jawab
hok ditanyalah ni. Buat apa jawab hok dok tanya.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya terpaksa gunakan Peraturan .....
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
33
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dia nak
suruh panas Dewan, jadi panaslah.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Nanti dulu, nanti dulu. Saya nak jelaskan
Peraturan. Peraturan Dewan Perkara 26: Soalan-soalan tidak boleh dijadikan helah
bagi satu perbahasan. Jadi, jangan panjang sangat. Ambil hak asas jer dulu. Hok
dok puas hati tu, bukan semesti di dalam Dewan, kita selesai di luar.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit) Sekarang
ini, Yang Berhormat Speaker, EXCO yang buat helah, saya tidak buat helah.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat antara kategori, bila soalan tu jadi hok Dewan, kita pihak Kerajaan
jawablah ni.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Yalah
jawab, tapi cara jawab tu helah.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Takpe Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Helah guaner
pulok? Astaghfirullah.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dia zaman masing-masing.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Yang
Berhormat Speaker tuduh saya helah, EXCO hok helah.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya kata siapa dia, saya sebut umum tadi.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Okey, okey.
Nanti Yang Berhormat.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
34
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Peraturan Dewan, Peraturan Dewan, itu
maksud saya dalam soalan jangan jadikan perbahasan.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya nak sebut kategori dia. Jadi, antara penerima yang
boleh dana baru ini antaranya ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga
emas, penerima yang belum berkahwin dan berumur 41 tahun ke atas. Jadi, kita
rasa ini golongan penerima berpendapatan rendah dan penerima berkeluarga. Jadi,
ini kategori-kategori yang kita beri. Keutamaan biasa OKU apa sebagai warga emas
itu pun mereka-mereka yang tidak mendapat apa orang panggil bantuan-bantuan
lainlah dan boleh membuktikan bahawa pendapatan dia, KIR dia tidak melebihi
RM1,100 sebulan. Terima kasih Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli
Yang Berhormat, oleh kerana kena kita panas sekejap, kita sejuk balik. Jadi, saya
tangguhkan sementara Dewan ini dan kita sambung semula pukul 11.00 pagi.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
35
PUKUL 11.10 PAGI
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat
sekalian. Mesyuarat disambung semula dan sebagaimana yang saya janjikan,
Dewan masih lagi dalam sesi Soalan-soalan Lisan. Sebelum pada itu, saya ingin
hendak mengingatkan kepada Yang Berhormat bagi menjaga kemuliaan Dewan
supaya apabila ada soalan-soalan yang berbangkit yang melibatkan perbahasan
untuk kita merujuk kepada Peraturan Dewan, Perkara 47(A) iaitu “Seseorang Ahli
Yang Berhormat yang berucap boleh diganggu oleh Ahli Yang Berhormat yang lain
dengan syarat Ahli Yang Berhormat yang sedang berucap sanggup beralah dan
duduk sementara ADUN yang hendak berucap akan dipanggil oleh Yang di-Pertua
Dewan”. Ini sebagai hendak menjaga ketertiban Dewan. Ini penting supaya
dalam Dewan kita, kalau kita bersemangat, bersungguh macam mana sekalipun,
Peraturan Dewan jangan kita tinggalkan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya saya ingin mempersilakan Yang
Berhormat Wakil Buluh Gading untuk mengemukakan soalan.
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat
Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, nombor satu –
Berapakah jumlah penerima bantuan pinjaman melalui
Tabung Usahawan (TUGAS) yang telah diluluskan sehingga
Jun 2019 dan berapakah jumlah keseluruhan?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan
EXCO seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin-hadirat yang
dirahmati Allah sekalian. Soalan daripada Yang Berhormat Buluh Gading berbunyi:
Berapakah jumlah penerima bantuan pinjaman melalui Tabung Usahawan (TUGAS)
yang telah diluluskan sehingga Jun 2019 dan berapakah jumlah keseluruhan?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
36
Alhamdulillah, TUGAS ataupun Tabung Usahawan Sejahtera telah menerima
sambutan baik daripada usahawan-usahawan dan menjawab persoalan yang
ditanya, berapakah yang telah diluluskan ialah berjumlah RM4,486,939.20 yang
melibatkan seramai 528 usahawan dan peniaga kecil. Sekian, terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Sehingga
kini, berapakah jumlah permohonan yang telah diterima oleh pihak YPU dan
berapakah anggaran jumlah pembiayaan yang akan diluluskan dalam masa
terdekat ini. Dan di waktu yang sama, sejauh manakah pemantauan yang dibuat
oleh pihak Kerajaan khususnya YPU bagi memastikan pembiayaan yang diluluskan
ini benar-benar dimanfaatkan oleh usahawan kita dan bagi memastikan kejayaan
dalam bidang keusahawanan yang mereka cuba? Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading. Tuan Yang di-Pertua,
jumlah permohonan yang diterima untuk permohonan dalam tabung TUGAS
melalui YPU, kita telah menerima permohonan sebanyak 642 dan dalam masa
terdekat ini, insyaAllah 80 kita sedang dalam peringkat akhir untuk kita luluskan
dan berdasarkan kepada jumlah permohonan itu, anggaran yang kita jangkakan
akan dikeluarkan lagi adalah berjumlah lebih kurang RM1.2 juta. Berkenaan
dengan soalan seterusnya, berkenaan untuk memastikan usahawan-usahawan kita
berjaya, ini kita di peringkat YPU mempunyai kaedah-kaedah yang tersendirilah
antaranya kita menjalinkan hubungan baik dengan peminjam-peminjam tersebut
dan memastikan peminjam-peminjam menggunakan pinjaman yang mereka dapat
itu bersesuaian ataupun bertepatan dengan hasrat sebenar.
Yang keduanya, pihak YPU sendiri sentiasa memantau mereka ini dan meminta
laporan-laporan yang berkaitan. Dan yang seterusnya, untuk usahawan-
usahawan, kita menggalakkan mereka ini mengikuti kursus-kursus bukan sekadar
apabila mereka usahawan ini buat kerja semata-mata untuk mengeluarkan produk-
produk mereka, mereka perlu hadir ataupun masuk ke dalam program-program
yang kita anjurkan khususnya YPU dan begitu juga ada agensi-agensi kita dibawah
PEUTER yang banyak membantu usahawan ini, jadi kita menggalakkan mereka
untuk sama-sama mengikuti kursus itu untuk menambahkan pengetahuan dalam
dia hendak merancang urusan perniagaan dia. Wallahua’lam.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
37
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua: Tadi dalam
jawapan Yang Berhormat EXCO kepada soalan asal saya, ada menyebut jumlah
penerima bantuan pinjaman TUGAS yang diluluskan sehingga Jun 2019 seramai
528 usahawan dan peniaga kecil. Daripada jumlah ini, ada tidak di kalangan OKU,
Orang Kelainan Upaya yang berjaya menerima wang pinjaman ini dan kalau ada
berapa jumlah mereka dan biasanya bidang apa penglibatan mereka dalam
keusahawanan ini? Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Tuan Yang di-Pertua, ya, alhamdulillah, dalam TUGAS kita telah
memperincikan lagi kepada tabung-tabung dan salah satu dari tabungnya kita
namakan Tabung D-Hati (Dana Prihatin Terengganu) yang khusus untuk Orang
Kelainan Upaya. Sejak ianya dilancarkan, alhamdulillah kita ada menerima dan kita
telah meluluskan 100% tetapi jumlahnya iaitu 2 orang. Dalam Dewan yang mulia
ini, saya ingin menarik perhatian supaya golongan OKU ini mengambil kesempatan
atas tawaran Kerajaan ini untuk membantu mereka melicinkan lagi perniagaan
atau pun bidang keusahawanan yang mereka ceburi. Jadi sekarang hari ini hanya
dua lah yang kita menerima dan alhamdulilllah kedua-duanya kita lulus. Dalam
bidang apa yang mereka ceburi kedua-dua ini adalah dalam bidang pembuatan
batik dan satu laginya urut. Apa ni, urut tradisional. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya saya menjemput Yang
Berhormat Wakil Manir.
YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua soalan saya nombor
satu -
Apakah peranan yang dimainkan oleh Pusat Pembangunan
Sumber Manusia Negeri Terengganu (THRDC) dalam
pengurusan sumber tenaga manusia?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB.RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Yang
Berhormat, seterusnya sidang hadirin sekalian. Terima kasih kepada Y.B. Manir
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
38
yang bertanya berkenaan dengan soalan nombor satu yang berbunyi: Apakah
peranan yang dimainkan oleh Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri
Terengganu (THRDC) dalam pengurusan sumber tenaga manusia?
Peranan yang dimainkan oleh Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri
Terengganu iaitu dengan nama (THRDC) adalah bagi menjadikan platform
penyelarasan dan perundingan yang lebih efektif ke arah mencapai hala tuju serta
pelaksanaan program dan aktiviti sumber manusia negeri meliputi peluang
pekerjaan, mengurangkan kadar pengangguran negeri. Begitu juga bagi membantu
Kerajaan Negeri untuk membentuk kaedah dan pendekatan yang lebih holistik
dalam pembangunan sumber manusia negeri pada masa hadapan.
THRDC akan menjadi badan yang membantu mengumpulkan maklumat bagi usaha
pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pencapaian prestasi Program
Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Juga ianya mengenal pasti
sumber bagi mengoptimumkan tenaga kerja dalam peluang pekerjaan terutama
pada para belia lepasan sekolah.
Dan yang akhirnya adalah iaitu mengenal pasti tenaga kerja bersesuaian dengan
kemahiran dan kehendak pasaran sepertimana persoalan yang ditimbulkan oleh
Wakil Telemong tadi berkenaan dengan THRDC. Itulah secara keseluruhan fungsi
dan tugas THRDC. Sekian terima kasih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
39
YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang
di-Pertua, soalan tambahan saya ialah apakah beza Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia yang ada di bawah SUK dan THRDC ini? Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Tuan Yang Di-Pertua, perbezaannya jelas sekali iaitu THRDC memberi
fokus yang lebih holistik untuk menangani isu pengangguran seperti kenal pasti
punca pengangguran, mengurangkan kadar pengangguran dan kenal pasti
langkah-langkah yang mengimbangi kadar-kadar pengangguran untuk pada rakyat
keseluruhan. Apa yang pada bahagian yang di bawah Sumber Manusia di bawah
SUK, lebih fokus kepada kepentingan kebajikan kakitangan Kerajaan, GLC semata-
mata. Jadi kita ada dua saling lengkap-melengkapilah untuk sumber manusia
di negeri ini. InsyaAllah. Wallahu’alam.
YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang
di-Pertua Dewan, kalau mengikut pembentangan dan kefahaman kita tentang
THRDC ini, ianya baru ditubuhkan. Jadi bagaimana sebenarnya pihak Kerajaan
sebelum ini menguruskan sumber manusia di peringkat negeri sebelum ini? Terima
kasih.
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB.RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada Y.B. Manir. Itulah
persoalan kita apabila kita diberi tanggungjawab untuk melaksanakan khususnya
saya untuk melaksanakan sumber manusia, kita sentiasa sepertimana cadangan
Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya looking forward lah untuk melihat ke
depan apa yang kita boleh menambah baikkan lagi sektor-sektor ataupun portfolio
yang kita hadapi. Cuma untuk pengetahuanlah saya tidak dapat menjawab secara
spesifik bagaimana Kerajaan atau pun orang terdahulu melaksanakan sumber
manusia ini, pengurusan sumber manusia, cuma sekadar makluman ketika saya
diberi tanggungjawab ini diambil alih tanggungjawab ini antara fail yang saya
dapat adalah fail Sumber Manusia. Tetapi bila saya buka fail itu terus nampak kulit
belakang, jadi tak ada apa-apa walaupun sehelai kertas di belakangnya
menyebabkan situlah kita memulakan, menggarapkan langkah kita untuk
bagaimana menyusun strategi untuk memastikan portfolio ini berjalan dengan
lancar.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
40
Alhamdulillah lebih kurang hampir setahun kita dapat melahirkan THRDC ini untuk
memastikan portfolio ini ditangani dengan baik dan insyaAllah akan menjadi pusat
data kepada Kerajaan Negeri berkenaan dengan sumber manusia negeri ini.
Wallahu’alam.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Saya persilakan Yang
Berhormat Wakil Kuala Besut.
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, soalan saya nombor satu -
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB.RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Tuan Yang Di-Pertua …..
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Tuan Yang Di-Pertua, silap silap. Soalan saya nombor dua –
Berapakah jumlah hasil pelaburan yang dibawa oleh Pihak
Kerajaan Negeri, hasil lawatan pihak Kerajaan Negeri
keluar negara pada Mei 2018 hingga Mei 2019?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB.RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Nombor dua? Haa .... Okey, ingatkan hatrik tadi.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada Kuala Besut
yang bertanya tentang: Berapakah jumlah hasil pelaburan yang dibawa oleh Pihak
Kerajaan Negeri, hasil lawatan pihak Kerajaan Negeri keluar negara pada Mei 2018
hingga Mei 2019?
Jumlah pelaburan yang kita terima, diperoleh kita Negeri Terengganu daripada Jun
2018 sehingga Mei berjumlah RM801,546,578.00. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jawapan ni berulang dah Yang
Berhormat.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
41
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Takpelah dia nak tahu kita jawab jer.
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya
yang pertama: Saya tertarik akan kandungan Bajet yang diumumkan yang
dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada November tahun lalu
iaitu berkenaan Terengganu Silicon Valley yang mana pelaburan yang dijangkakan
di Taman Industri Silika Valley ini yang seluas hampir 4,000 hektar dan jumlah
pelaburan yang dijangka bernilai RM13 bilion yang mana juga memberi peluang
pekerjaan hampir 7,600 orang pekerja di Taman Industri itu. Jadi boleh tak pihak
Kerajaan sampaikan status terkini kepada Dewan untuk kita rakyat mengetahui
status terkini tentang pelaburan yang dijangkakan di TSV tersebut? Terima kasih
Tuan Yang di Pertua.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, sebahagian daripada
jawapan tadi dah disampaikan cuma mungkin ada benda baru yang Yang
Berhormat Ladang nak tambah kot.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Ya, terima kasih. Tentang TSV ini sebenarnya kita dah jawab pada sesi
yang lepas. Sebagai refresh balik apa yang berlaku, TSV ini ataupun Terengganu
Silicon Valley ini letaknya di Jambu Bongkok, luasnya lebih kurang 4,000 hektar.
Statusnya sekarang ini kita sudah baru menerima laporan kajian ataupun yang
kajian tentang TSV oleh consultant, kita baru terima dan kita ada milestone kita
untuk melaksanakan TSV tadi. Memang kita anggarkan pelaburan yang pelabur
yang akan datang tu besar dan peluang pekerjaan juga besar cuma dia ambil masa
yang panjang untuk tujuan ini. Contoh, kita dah ada kawasan kemudian salah satu
komponen besar dalam Industri Silika ini ialah selain daripada silika ialah gas. Gas,
PETRONAS telah memberi persetujuan dasar untuk membina paip gas daripada
Santong hingga ke TSV dan gas ini cuma boleh sampai ke TSV ini pada tahun
2023.
Cuma kita sedang rancak mencari pelabur kerana pelabur mempunyai perlu masa
yang panjang untuk menubuhkan kilang-kilang di situ maksudnya bukan kita
datang hari ini, tahun depan dia terus bina tidak, macam yang saya sebut tadi
Taiwan Glass memerlukan masa tiga tahun kata dia untuk membina dan Taiwan
Glass contohnya dia nak bina tu kilang berkenaan dengan pakaian silika, baju
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
42
silika, seluar silika, dia kata sebab glass-glass ini dah penuh dah dalam market
dunia ni kita nak beralih kepada itu tapi dia perlu masa untuk mengkaji dan melihat
kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk datang ke TSV ini.
Jadi, kesimpulannya memang kita ada dapat menerima banyak pertanyaan tentang
silika ini, tentang TSV tapi yang lebih ramai lagi yang bertanya adakah kita boleh
bawa pasir keluar, itu yang ramai orang bertanya. Ambil pasir tu buat keluar
daripada Negeri Terengganu, pasir silika maksud saya. Setakat ini kita tak
benarkan pasir-pasir ini dibawa keluar kecuali kepada mereka yang telah
dilesenkan sebelum daripada ini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih.
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, kita di Besut kawasan yang tapak yang
digazzettkan sebagai kawasan perindustrian iaitu di Kawasan Perindustrian
Kampung Gong Medang, jadi kita nak tahu jugalah perancangan usaha pihak
Kerajaan Negeri khususnya untuk merancakkan lagi di kawasan perindustrian di
kawasan Gong Medang itu, nak tambah infra ke nak bawa mari pelabur-pelabur ke,
khususnya untuk kita di Besut? Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ini soalan lain dah Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Dia sabit dengan pelaburan itu juga Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Sabit belaka kalau nak sabit sebenarnya. Gong Medang tu dia jauh sikit
dari port daripada Kemaman, jadi orang tak berapa nak mari juga ke Besut ni, tak
tahu. Besut, kita memang sentiasa menambahbaik keadaan Taman Industri situ,
tapi akhirnya pelabur yang akan membuat keputusan nak mari ke tak, kita
memang mencari pelabur, apa jenis pelabur yang nak datang mari, sehingga ada
pelabur yang nak datang ke Terengganu ini, nak extract gula daripada pokok, nak
ambik gula daripada pokok Akasia dan gula itu saya dah rasa manis tapi dia baik
untuk kencing manis, orang yang hidap kencing manis tapi dia akan diproses lagi
menjadi barang medical, itupun ada orang datang bertanya kita sedang menilai
semuanya ini tapi bukan Gong Medang tapi di sebelah Kemaman, Paka, di Gong
Medang ini mungkin kita kena ajak juga Yang Berhormat Kuala Besut melawat-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
43
melawat ke luar negara untuk sesama cuba menarik pelabur mari ke Gong Medang
la khususnya. Sebab setakat ini tak berapa berjaya lagi kita mari panggil. Okey
terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih. Saya jemput Yang
Berhormat Rantau Abang.
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Guaner nak
bawak Kuala Besut semacam.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Kebetulan baik dengan dia nok buat guaner.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat Rantau Abang.
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okey, Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu -
Berapakah jumlah lot tapak rumah permohonan ‘terkilan’
yang telah berjaya diselesaikan sehingga Mei 2019 di setiap
Daerah?
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang
di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, Pemerhati
sekalian, kekanda saya daripada Rantau Abang ingin tahu berapakah jumlah ‘Lot
Tapak Rumah Permohonan Terkilan’ yang telah berjaya diselesaikan sehingga Mei
2019 di setiap daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat Rantau Abang dan tuan-tuan dan puan-puan
sekalian, jumlah ‘Permohonan Lot Tapak Rumah Yang Terkilan’. Yang ‘terkilan’ ini
mungkin ada Ahli Dewan yang tak faham apa yang ‘terkilan’ ini. Yang ‘terkilan’
ialah pemohon-pemohon yang telah kita luluskan pada tahun 1999 hingga 2004
ada yang telah diambil balik oleh Kerajaan selepas Pilihan Raya 2004. Semuanya
ada sehingga Mei 2019 terdapat sejumlah 2,934 permohonan yang telah diluluskan
ataupun yang diproses dan diluluskan. Pecahan mengikut Daerah adalah seperti
berikut: Daerah Kuala Terengganu sebanyak 40 lot, Daerah Kemaman 588 lot,
Daerah Dungun 10, ini mungkin yang ADUN Rantau Abang tanya ni, Dungun 10
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
44
sahaja lambat. Besut 841, Hulu Terengganu 83, Marang 218, Setiu 1,154, Kuala
Nerus - 0, buat masa inilah yang telah diluluskan jadi jumlahnya 2,934 lot. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan
tambahan saya yang pertama: Pertama, saya mengucapkan banyak terima kasih
kepada Kerajaan baru kerana peka kepada rakyat yang sebelum ini diberi
permohonan tapak rumah tetapi disebabkan oleh perubahan semasa disebabkan
tanah mereka ditarik balik dan alhamdullilah dengan Kerajaan baru ini mengambil
langkah supaya membela balik orang-orang yang tidak mendapat pembelaan. Dan
soalan saya yang pertama ialah daripada 2,934 permohonan yang telah
dikeluarkan yang telah diluluskan, saya kira akan diberi Borang 5A untuk mereka
melunaskan premium kepada tanah yang diberi milik ini. Berapakah pemohon yang
berjaya melunaskan bayaran premium? Sebab rata-rata masyarakat bukan
berpendapatan sama rata, ada yang susah, jadi kita nak tahulah daripada 2,934
yang telah diambil oleh tindakan Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk meluluskan
ini dan akan diberi borang 5A dan daripada jumlah ini berapa yang telah ataupun
yang mampu menjelaskan premium ini?
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima
kasih Wakil Rantau Abang, soalan yang dikemukakan ialah ingin mengetahui
berapa pula yang telah selesai membayar. Kita sebenarnya memberi tempoh,
dalam tempoh 3 tahun untuk menyelesaikan bayaran ini dan setakat ini untuk
dapatkan maklumat itu kita perlu notislah berapa yang sebenarnya daripada 2,900
lebih tadi, 2,934 yang benar-benar telah selesai bayaran. Tempoh kita beri belum
tamat lagi, jadi insyaAllah kita boleh bagi notis tentang perkara itu.
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang di-Pertua
Dewan, soalan seterusnya ialah adakah Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh
bayaran bagi yang tidak mampu ini?
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ada
pembetulan sikit tadi. Saya jawab yang ini dulu. Bagi yang tidak mampu ataupun
golongan yang berpendapatan rendah khususnya yang berpendapatan kurang
rendah RM1,750.00 sebulan, kita beri tempoh 3 tahun bayar secara ansuran. Inilah
antara satu usaha kita untuk bagi meringankan beban pada mereka yang
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
45
berpendapatan kurang daripada RM1,750.00 tempoh bayaran secara ansuran
dalam tempoh 3 tahun. Tapi yang mampu tadi sebenarnya 3 bulan, dia kena
selesaikan dalam masa 3 bulan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, sila.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Terima Kasih
Yang Berhormat Yang di-pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan. Satu,
masalah istilah atau penggunaan terkilan itu sendiri. Di bawah seksyen berapa
dalam Kanun Tanah Negara? Yang kedua, sebenarnya setiap permohonan
hendaklah diisi dengan Jadual 1 dan kita dapati tidak ada permohonan di Jadual 1
di Pejabat-pejabat Tanah. Jadi kalau permohonan ditolak apa yang boleh dilakukan
ialah buat rayuan. Istilah sendiri tak betul dah. Saya harap Datuk Tengku Hassan
sebagai PTG boleh perbetulkan dalam permohonan ini kerana tidak ada Jadual 1.
Di Pejabat Tanah macam-macam sebut ada RM40,00.00 ada RM30,000.00. Kerana
ketika itu saya melihat bahawa pengagihan dibuat oleh pihak-pihak tertentu tanpa
merujuk pihak Pejabat Tanah. Saya nak betulkan ini kadangkala gambaran yang
dibuat seolah-olah Kerajaan Negeri dahulu zalim, rampas tanah dan sebagainya.
Soal rampasan tanah tidak timbul. Saya harap perbetulkan istilah ini dan
sebagainya kerana tak pernah dikeluarkan borang yang telah diisi Jadual 1 Pejabat
Tanah.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Boleh
dapatkan pengesahan di Pejabat-pejabat Tanah, D.O-D.O Pejabat Tanah tidak ada
Jadual 1 dikeluarkan. Cuma ada satu kawasan tu ada kata 1,000 ada 500 sebab
itulah saya mintalah perkara itu diperbetulkan Dato’ Tengku Hassan dengan PTG
kalau ada Jadual 1 di Pejabat Tanah saya minta lepas ini, keluarkan kenyataan
secara bertulis iaitu Pejabat Tanah Kemaman contohnya ada 20,000 permohonan
atau 5,000 permohonan yang telah ditolak atau sebagainya.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
46
Begitu juga dengan Jadual 5A, bila turun Jadual 5A dia ada 4 perkara yang perlu
diselesaikan. Pertama, harga tanah, upah ukur, cukai tahun pertama dan pasang
batu. Walaupun Jadual 5A telah dikeluarkan tidak lazim jadi hak rakyat lagi
walaupun telah dibayar. Selepas dibayar tercatat geran atas nama pemohon
barulah boleh dianggap. Sebab itu Kerajaan boleh batal bila-bila masa kepada tuan
tanah. Saya harap perkara ini diperbetulkan dari segi kenyataan-kenyataan dari
semasa ke semasa. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima
kasih Kijal. Sebenarnya istilah terkilan ini, kerana kita hendak menganugerahkan
semula kepada mereka antaranya yang telah dikeluarkan Jadual 5A dahulu.
Memang hak Kerajaan sebelum dapat geran memang belum hak pemilik lagi. Tapi
oleh kerana keprihatinan kita, kerana mereka dalam proses untuk mendapatkan
hak milik pada ketika itu, selesai Jadual 5A, mereka rasa terkilanlah sebab tunggu-
tunggu tidak dapat. Itu satulah. Yang kedua, sudah ada MS, beri tempoh 3 tahun
MS, tiba-tiba sudah buat sebahagian dari rumah dia dan dibatalkan MS itu.
Memang hak Kerajaan nak batalkan, kita tahu. Tetapi itulah rasa terkilan sebab dia
rasa tidak puas hati. So, Kerajaan yang prihatin ni beri semula. Tidak ada salah apa
Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, kita hentikan perbahasan ini.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Masalahnya
sebut yang 4,000 lebih. Jadi kita minta supaya .....
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Memang
betul yang terkilan senarai bilangan yang mohon, 5,186 tapi setakat ini kita dapat
selesai 2,934. Ada lagi yang belum itu, dalam tempoh kita sehingga .....
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, okey.
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Sehingga
29 Ogos dan 29 Oktober 2019.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kerajaan dah jawab tadi. Saya hendak kita
berhenti dulu setakat tu sahaja.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
47
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Tak, Yang
di-Pertua, saya minta penjelasan sebab itu saya suka untuk rujuk kepada Tengku
Hassan sebab dia Pegawai PTG. Saya pun kerja di Pejabat Tanah, jadi saya tahu
peraturan undang-undang. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tak apa. Tak apa.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Jadi saya nak kena jawab ke guaner?
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya rasa semua orang tahu perkara ini.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (WAKIL
LADANG): Kita bincang kat luar kekgilah.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya jemput Wakil Pengkalan Berangan.
YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua soalan
nombor satu -
Berapakah jumlah pemain industri di dalam Kawasan
Perindustrian Wakaf Tapai?
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan
daripada Wakil Pengkalan Berangan. Soalan mudah, dia tanya: Berapakah jumlah
pemain industri (industry player) bukan pemain bola ni, pemain industri dalam
Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai? Merujuk apa yang ada sekarang ini, dan di
sana setakat ini ada 24 pemain industri dalam Kawasan Industri Wakaf Tapai
sekarang ini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Terima
kasih kepada Yang Berhormat Ladang, di atas jawapan yang diberikan. Soalan
tambahan saya yang pertama: Daripada 24 pemain industri ataupun Industry
Player yang terdapat di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, berapakah jumlah
peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
48
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Tuan Yang di-Pertua, peluang pekerjaan yang ada itu, kita tidak ada
bilangan tepat. Cuma saya ada lebih penting kepada apa yang hendak dibuat lagi
di situ untuk tambah apa yang ada. Kita mempunyai perancangan segera, untuk
mewujudkan lebih kurang 1,000 hingga 1,500 lagi pekerjaan di sana melalui
pewujudan tambahan kepada Wakaf Tapai Industrial Park itu tadi. Kita ada satu
lagi cadangan segera iaitu kita namakan Wakaf Tapai Inovation Park, yang insya
Allah akan menempatkan lebih kurang 10 pemain industri baru yang dianggarkan
pelaburannya lebih kurang, daripada RM150 juta yang melibatkan 10 lot. Dan
pelaburan ini, masih berasaskan kepada perkayuan, pengurusan tanah,
pengurusan sisa dan penggunaan pengurusan sisa dan teknologi hijau.
Kita kali ini kita buat bersama dengan Dewan Perniagaan Melayu, Dewan
Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India. Kita gabungkan sekali dengan
kerjasama mereka, mereka akan keluarkan modal asas untuk membina kawasan
baru yang termasuk pembinaan sebuah jambatan untuk ke tanah itu. Dan
insyaAllah perancangan berjalan dengan baik dan mudah-mudahan awal tahun
hadapan kita akan mula melihat ada industri yang dibina di situ. Dan pemain ini
setakat ini datang dari luar negara dan daripada tempatan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya sila.
YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Terima
Kasih di atas penjelasan yang telah diberikan dan kita doakan supaya hasrat dan
cita-cita pihak Kerajaan untuk membangunkan Wakaf Tapai sebagai sebuah
kawasan industri dapat dilaksanakan. Soalan tambahan saya yang kedua ialah
berkenaan dengan: Kita dapati dalam maklumat yang ada daftar 2016 menyatakan
Negeri Terengganu mempunyai 25 kawasan perindustrian dan mempunyai
keluasan sebanyak 4419.41 hektar. Daripada jumlah tersebut sebanyak 410.04
hektar yang belum dibangunkan. Jadi soalan saya apakah langkah-langkah yang
diambil oleh Kerajaan bagi membangunkan kawasan-kawasan perindustrian yang
ada di seluruh Negeri Terengganu bagi kita menjana ataupun memberi impak
kepada satu peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu? Allahu wa’alam.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Ya, terima kasih. Kita dapati Kawasan industri ini bertaburan di
Terengganu terutamanya di Kemaman. Di Kemaman tu, kalau ikut on paper kita
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
49
tu semua dah penuh tapi on the ground hampir separuh orang tak kerja atas tanah
dan sebenarnya sudah diberi milik tanah. Kita sedang menimbang untuk membuat
pemutihan di kawasan itu supaya mereka yang dapat tanah itu membangunkan
tanah untuk perkara yang dipohon. Kita sedang meneliti tentang implikasi undang-
undang kalau kita tamatkan mereka atau kita rampas balik tanah mereka.
Yang kedua, ialah kawasan-kawasan baru seperti di Perasing misalnya, Perasing di
sempadan Pahang, Perasing Jabor. Kawasan itu belum dibuat apa-apa tetapi kita
telah kita tetapkan zonkan untuk kawasan industri dan kita bekerjasama dengan
pihak swasta, paling kurangnya sekarang sudah ada dua cadangan daripada pihak
swasta untuk membangunkan secara private tanah-tanah di kawasan itu.
Maksudnya Kerajaan tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk
membina kawasan-kawasan itu untuk bekerjasama dengan swasta.
Kawasan-kawasan lain kita melihat keadaan sekarang ini yang kita juga berterima
kasih kepada pihak Kerajaan Pusat yang meluluskan setiap tahun satu peruntukan
untuk maintainance, ia tak banyak tapi ada. Yang itu kita gunakan untuk
maintainance kawasan-kawasan yang sedia ada supaya lebih baik keadaannya
supaya lebih selesa kepada pelabur-pelabur yang nak datang.
Satu lagi ialah di kawasan Paka, Biopolimer Park, kawasan itu diselenggara
bersama atau diurus bersama oleh ECER bersama kita dan kawasan itu sudah
hampir penuh dan kita sedang melihat kawasan baru untuk ditambah lagi. Itulah
yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pelaburan datang
ke Terengganu. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat, saya
persilakan Wakil Bandar.
YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Yang Berhormat
Yang di-Pertua, soalan saya yang kedua -
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan suasana
selamat untuk meyakinkan pelabur asing melabur di Negeri
Terengganu?
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
50
wabarakatuh. Hari ini hari industri nampaknya. Wakil Bandar nak tahu tentang:
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan suasana selamat untuk
meyakinkan pelabur asing untuk datang ke Terengganu?
Dalam usaha kita untuk menarik pelaburan, kita selalu nyatakan pada mereka
bahawa mereka selamat untuk datang ke Terengganu. Mengapa selamat? Kerana
memang kita selamat dari segi politik, saya rasa tidak ada masalah di Terengganu
melainkan kita buat masalah. Sekarang ini tiada masalah lagi. Dari segi
keselamatan tempat kerja, alhamdulillah mereka memenuhi kriteria-kriteria yang
diperlukan oleh Kerajaan untuk membina kawasan ini. Dan dari segi hubungan kita
dengan pelabur-pelabur yang sudah ada contohnya, bagaimana kita hendak
mempercepatkan proses permohonan mereka. Saya beri contoh misalnya, di
Eastern Steel Kemaman, kilang besar besi waja, mereka perlukan satu rumah
pekerja yang juga disebut sebagai hostel pekerja. Kalau mengikut asalnya, mereka
sukar untuk membuat bangunan itu kerana dia tidak memenuhi kehendak EIA
awalnya kerana mereka perlukan buffer zon yang luas. Tapi setelah berbincang
dan meneliti segala aspek, akhirnya dengan segera kita membenarkan mereka
untuk membina rumah pekerja atau hostel pekerja ini dan mereka mengucapkan
terima kasih kepada kita kerana membenarkan mereka untuk membawa pekerja-
pekerja luar datang dan tinggal ke satu-satu tempat. Itu yang kita sedang lakukan
sekarang ini.
Dari segi mereka juga bertanya tentang kemudahan-kemudahan lain yang perlu
kita upgradekan contohnya pelabuhan kita. Pelabuhan yang ada ini tidak
mempunyai kemudahan untuk contena service. Jadi kita sedang melihat kita dah
minta agensi kita melihat semula keadaan pelabuhan itu kerana kemungkinan akan
datang ini akan ada barang-barang yang akan dikeluarkan ke luar negara melalui
pelabuhan ini dan perlu ada kemudahan perkhidmatan kontena.
Rata-ratanyalah secara kesimpulannya kalau kita pergi ke luar negara itu mereka
tidak persoalkanlah tentang keselamatan, mereka nak datang cuma mereka lebih
tumpu pada business model ataupun dari segi kiraannyalah sama ada
menguntungkan atau tidak. Mengapa di Terengganu, mengapa tak tempat lain?
Kita kaborlah bahawa kita lebih baik dari tempat lain. Jadi tak tahulah dia dengar
ke tak tapi contohnya, contoh yang terakhir ini bila kita pergi ke China baru-baru
ini, mereka terus datang cepat. Respon dia seminggu selepas kita pergi terus
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
51
datang. Maknanya ada respon yang baik daripada mereka untuk melabur
di Terengganu ini. Kita seronok melihat mereka bila cepat begitu. So, insyaAllah
kita akan teruskan usaha-usaha ini lagi untuk memberikan keadaan yang kondusif,
yang selamat untuk mereka datang melabur ke sini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Tuan Yang
di-Pertua, saya ada soalan tambahan yang pertama: Boleh tak Yang Berhormat
nyatakan nilai pelaburan yang telah masuk ke Negeri Terengganu bermula pada
tahun 2014, 2015 sehingga pada tahun 2018?
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): 2014 tu kita tak perintah lagi tapi pada 2014 ada masuk lebih kurang
RM1.5 bilion pelaburan ke Negeri Terengganu, 2015 lebih kurang sama maintain
RM1.4 bilion, 2016 lebih kurang RM2.1 bilion tapi dia menurun pada 2017, RM73
juta, jauh beza tu, daripada bilion kepada milion. Pada 2018 naik lagi pula jadi
RM4.9 bilion lebih kurang RM5 bilion. Terima kasih.
YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Tuan Yang
di-Pertua, saya nak tanya sikit lagi soalan tambahan. Angka yang telah diberi oleh
Yang Berhormat EXCO tadi melihat kepada tahun 2017 itu terlalu jauh beza dengan
tahun-tahun yang lain sehingga tahun 2018, RM4 bilion, RM4.9 bilion sedangkan
tahun 2017, RM73 juta sahaja. Boleh tak Yang Berhormat tolong jelaskan sedikit
apakah sebab berlakunya penurunan yang begitu ketara dan kenapa pula pada
tahun 2018 tu meningkat yang begitu ketara? Sekian.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Terima kasih. Saya tidak ada sebab khusus untuk memberitahu mengapa
turunnya 2017 tapi saya mengandaikan bahawa ketika itu suasana pelaburan di
seluruh negara memang turun dan juga Terengganu terkesan. Cuma bila tahun
2018 ini, dia naik kepada RM4.9 bilion ataupun hampir RM5 bilion itu kerana ada
satu pelaburan besar di Kemaman iaitu untuk memulihkan kembali besi kilang besi
waja yang dimiliki oleh PERWAJA dahulu. Itu sahaja telah disebut pelaburannya
berjumlah lebih pada RM4 bilion. Itu yang telah menyebabkan pelaburan itu
meningkat dan insyaAllah kita rasa pelaburan ini akan terus meningkat dengan
adanya kegiatan-kegiatan yang kita buat untuk menarik pelaburan ke Terengganu.
Terima kasih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
52
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada semua Ahli Yang
Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Soalan-soalan Lisan. Saya kira
saya telah bermurah hati untuk menambahkan masa soal jawab Soalan Lisan
selama satu jam satu pendekatan barulah untuk memberikan kepuasan kepada
Dewan bersidang tiga empat bulan sekali, jadi saya minta maaf saya tidak boleh
melanjutkan masa seterusnya oleh kerana kita ada Tertib Peraturan Dewan
seterusnya.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
53
RANG UNDANG-UNDANG
ENAKMEN TAMAN NEGARA (TERENGGANU) (PINDAAN) 2019
Bacaan Kali Yang Pertama
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat
Yang di-Pertua Dewan, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-
Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara
(Terengganu) 1939 [Enakmen No. 6 Tahun 1939], dibaca bagi kali yang pertama.
YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya memohon menyokong cadangan itu.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN
UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA
(TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939],
DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA.
Bacaan Kali Yang Kedua
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat
Yang di-Pertua Dewan, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-
Undang bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Taman Negara
(Terengganu) 1939 [Enakmen Nombor 6 Tahun 1939], dibaca bagi kali yang
kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, tujuan Rang Undang-Undang ini ialah
untuk meminda Enakmen Taman Negara (Terengganu) 1939 (“Enakmen
terpinda”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Enakmen yang dicadangkan.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
54
3. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 8 Enakmen terpinda untuk
memasukkan peruntukan kesalahan dan penalti bagi pelanggaran
subseksyen (i).
4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Enakmen untuk
memasukkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di bawah
subseksyen (i), (ii) atau (iii).
5. Fasal 4 bertujuan bagi menggantikan seksyen 11 Enakmen
terpinda yang sedia ada dengan yang baru berkaitan dengan penalti
am.
6. Fasal 5 bertujuan menggantikan seksyen 12 Enakmen terpinda
yang sedia ada dengan yang baru berkaitan dengan perbicaraan dan
pengkompaunan kesalahan.
7. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 13 Enakmen terpinda
dengan menggantikan perkataan “miles” dengan perkataan
“kilometer” dan memasukkan perkataan “without warrant” dan
selepas perkataan “arrest”.
Implikasi Kewangan
Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa
perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat
sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka kepada Ahli Yang
Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Enakmen ini.
Dipersilakan.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
55
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin.
Wassolatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi
ajmain. Amma ba’d.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang
Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-
ketua jabatan para hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, cadangan
pindaan Enakmen Taman Negara Terengganu 1939 [Enakmen No. 6 1939]
merupakan langkah yang tepat dan mesti disokong demi kepentingan khazanah
Negeri dan Negara.
Sebagaimana yang diketahui, Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938 ataupun
1939 sebagai Taman Negara King George V, ia kemudian dinamakan sebagai
Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan sebenar kawasan Taman Negara
ialah 4,343 kilometer persegi. Taman Negara terletak di antara sempadan tiga
Negeri; Pahang, Terengganu dan Kelantan. Masing-masing memiliki kawasan milik
sendiri iaitu di Pahang, Terengganu dan juga Negeri Kelantan. Masing-masing juga
memiliki Enakmen yang tersendiri. Pahang telahpun melakukan pindaan sebelum
daripada ini, 2018 dan kini mengorak langkah adalah Negeri Terengganu.
Semakan yang saya buat pada 26 November 2015, Majlis Fatwa Negeri
Terengganu telah mengisyhtiharkan pemburuan haram binatang liar adalah haram.
Fatwa ini bagi menegaskan usaha pencegahan kepupusan spesis binatang dan
melindungi alam. Tetapi fatwa semata-mata tanpa memiliki suatu kaedah untuk
melakukan pencegahan kepupusan spesis ini, ia tidak akan memberikan suatu
kesan yang cukup besar kepada pencegahan.
Oleh kerana itu, sepatutnya pada tahun 2015, kita telahpun mengorak langkah
lebih serius untuk melakukan pindaan Enakmen ini supaya kita mampu untuk
mengekang mana-mana aktiviti pemburuan haram yang telah dilakukan sama ada
oleh warga tempatan ataupun daripada kalangan warga asing. Justeru itu, usaha
Kerajaan untuk memperkenalkan pindaan ini, kita memuji dan kita dapat melihat
gambaran usaha yang lebih serius untuk memastikan kepupusan spesis kehidupan
liar mampu dihalang dan proses pemuliharaan akan dapat dijalankan dengan baik.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
56
Contoh suasana kritikal, hidupan liar sekarang ini adalah Harimau Malaya. Harimau
Malaya adalah salah satu daripada enam spesis harimau di dunia dan ia hanya
berada di Semenanjung Malaysia. Kini Harimau Malaya telah disenaraikan sebagai
sangat teracam, memiliki risiko yang sangat tinggi untuk pupus. Harimau dilindungi
di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716, sebagai spesis yang
dilindungi sepenuhnya. Survey Harimau Kebangsaan kini yang dijalankan oleh
pakar-pakar, mengangggarkan bahawa terdapat lebih kurang 200 ekor sahaja
Harimau Malaya. Malahan saya yakin, ia telah jauh berkurangan daripada angka
200 ekor yang pernah diisytiharkan oleh pihak Kerajaan. Ancaman yang paling
besar adalah aktiviti pemburuan haram. Ancaman paling kritikal untuk Harimau
Malaya adalah pemburu-pemburu warga asing daripada Indo-China telah mula
masuk dalam kawasan hutan kita bagi mengaut keuntungan lumayan daripada
aktiviti pemburuan ini. Perdagangan hidupan liar dengan pelbagai elemen yang ada
pada binatang-binatang ini, mendapat permintaan tinggi dari Negara Asing
sehingga menyebabkan mereka sanggup untuk bermukim di dalam Hutan Taman
Negara bagi meraih hasil yang cukup lumayan.
Saya sekadar menyebut beberapa perkara ini, untuk memastikan rakaman
sokongan ini berada dalam Dewan Yang Mulia, bagi memberikan bukti kepada
seluruh masyarakat di dunia ini bahawa kita sangat serius untuk menangani dan
juga kita sangat serius untuk mengekang aktiviti pemburuan haram sehingga
semua spesis binatang hidupan liar akan pupus daripada negara ini.
Kesempatan perbahasan sokongan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah
di dalam Dewan yang mulia buat semua Warga Perhilitan Terengganu yang telah
berjaya melumpuhkan sindiket pemburuan haram Warga Vietnam pada April
tempohari melalui Ops Belang. Kegigihan Warga Perhilitan dalam mendepani
pemburu haram bersenjata ini amat wajar diberikan pujian.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan
Terengganu kerana telah mewartakan Taman Negeri Lawit Cenana di Kenyir
sebagai tempat yang juga diisytiharkan sebagai Taman Negeri untuk diteruskan
pemeliharaan dan kesinambungan daripada usaha tersebut hari ini kita
memperkenalkan pula Enakmen untuk meminda walaupun dalam aspek hukuman
dan penguatkuasaan, ia merupakan langkah pertama yang wajar disokong dan
wajar untuk diberikan sepenuhnya perhatian oleh semua masyarakat di Negeri
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
57
Terengganu. Dengan ucapan ini saya menyokong pindaan Enakmen yang
dicadangkan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada Yang Berhormat Wakil
Tepoh yang telah mengambil bahagian, saya persilakan mana-mana lagi Ahli Yang
Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam Rang Undang-Undang, Pindaan
Enakmen ini. Tidak ada? Sekarang saya buka untuk undian -
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang
kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui
dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN
UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA
(TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939],
DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA.
Dalam Jawatankuasa
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN
UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA
(TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939],
TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU
FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA
PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.
Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat
Yang di-Pertua saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan
dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon
mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan
diluluskan.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
58
YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang
Berhormat Yang di-Pertua saya mohon menyokong cadangan itu.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat
sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang
ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui
dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU
ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN
NEGARA (TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6
TAHUN 1939].
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA
UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
SEPERTI YANG BERIKUT:-
1. (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN
ENAKMEN TAMAN NEGARA (TERENGGANU)
(PINDAAN) 2019.
(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA
BERKUAT KUASA PADA TARIKH IANYA DISIARKAN
DALAM WARTA.
YANG BERHORMAT DI-PERTUA: Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi
Enakmen Taman Negara (Terengganu) (Pindaan) 2019.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
59
ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
(SARAAN) (PINDAAN) 2019
Bacaan Kali Yang Pertama
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarokatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang
Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota
Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 [Enakmen Bil. 9
Tahun 1980], dibaca bagi kali yang pertama.
YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Yang Berhormat Yang
di-Pertua saya mohon menyokong cadangan itu.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN
UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN
DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980
[ENAKMEN BIL. 9 TAHUN 1980], DIBACA KALI YANG
PERTAMA.
Bacaan Kali Yang Kedua
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya
Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota
Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 [Enakmen Bil. 9
Tahun 1980], dibaca lagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, tujuan Rang Undang-Undang ini adalah untuk
meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri
(Saraan) 1980 [En.Tr.9/1980].
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
60
1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Enakmen yang dicadangkan.
2. Fasal 2 bertujuan untuk meminda tafsiran “Ahli atau Anggota”
adalah yang termasuk Ahli yang dilantik di bawah Fasal 27(2)
Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang
Pertama).
3. Fasal 3 bertujuan untuk meminda Seksyen 3 dengan
memasukkan saraan elaun bulanan bagi Ahli yang dilantik
di bawah Fasal 27 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan
Terengganu (Bab Yang Pertama).
4. Fasal 4 bertujuan untuk meminda Seksyen 8 bagi
memperuntukkan bahawa Ahli yang dilantik di bawah Fasal 27 (2)
Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang
Pertama) adalah tidak berhak untuk mendapat pencen.
Implikasi Kewangan
Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan
wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (WAKIL AJIL): Yang Berhormat Yang
di-Pertua saya memohon menyokong cadangan itu.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat
sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasaan.
Sila Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat
Yang di-Pertua, saya bukan nak berbahas cuma saya nak bagi pandangan sedikit
jer. Apakah Kerajaan terikat dari segi elaun, perkara kedua ini kerana kalau ikut
sini, kalau ikut cadangan dalam RM7,000.00 tak padan Yang Berhormat, sikit
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
61
sangat. Nak bagi ke Yang Berhormat juga tapi sikit sangat Yang Berhormat second
hand. Kalau nak beri berilah RM10,000.00 ke, berapa ribu ke, RM12,000.00 ke, ke
ada halangan tak boleh, syarat dia kata gitu? Minta LA beri nasihatlah. Saya
cadang RM10,000.00 paling kurang. Terima kasih Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat ini cadangan sahaja
bukan?
YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Macam saya kata
tadilah sebab sikit do’oh lalu. Wakil Rakyat biasa berapa belas ribu, Yang
Berhormat juga walaupun lantik tak dilantik pun tugas serupa jer. Macam D.O.lah
D.O. daerah kecil, daerah besar sama ramai jer, bermesyuarat. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana
tiada lagi perbahasan ke atas Enakmen yang dikemukakan ini .....
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, naikkanlah sikit.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Itu saya tunggu tadi, saya tunggu tapi tak
ada respon.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Kita ke
Jawatankuasa, nanti kita bincang baliklah, insyaAllah. Itu cadangan kan? Boleh
dipertimbangkan cadangan DUN Kijal tu. Bagus Abang Mat. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Setuju lalu,
angkat tangan, RM10 ribu, setuju dok? Angkat tangan selalu. Ni enakmen kan ni,
bukan main-main, boleh balik mesyuarat baliklah, bila pulak? Ni Enakmen.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kita ada pilihan Yang Berhormat. Sama ada
kita nak kekalkan apa yang ada ataupun kalau kita nak buat pindaan bukan pada
kali ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
62
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
di-Pertua, pindaan, dipinda daripada RM7,000 kepada RM10,000, itu aje. Setuju
dok setuju, angkat tangan belaka. Setujulah.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya serah kepada pihak Kerajaanlah.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Setuju
dengan pindaan, jumlah elaun.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Nanti cokmar
turun dulu. Kekgi kita itulah. Dia ada se-se kekgi kan. Masa Jawatankuasa kekgi.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang ini kita dalam perbahasan umum,
belum lagi peringkat Jawatankuasa.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jangan
gaduh Abang Mat.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Okey, okey.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey ...(Sambil Gelak) ....
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Balloh agi
lening.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih. Ahli Yang Berhormat
sekalian, saya rasa tidak ada lagi perbahasan ke atas Enakmen yang dikemukakan
ini, maka saya teruskan ke peringkat undian -
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang
kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui
dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN
UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN
DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
63
[ENAKMEN BILANGAN 9 TAHUN 1980], DIBACA BAGI
KALI YANG KEDUA.
Dalam Jawatankuasa
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN
UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN
DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980
[ENAKMEN BILANGAN 9 TAHUN 1980], TELAH
DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN
TELAH DIPERSETUJUI DIBUAT PINDAAN PADA FASAL 3
– SEKSYEN 3(B) SUBSEKSYEN TAMBAHAN (2)
“HENDAKLAH DIBERI ELAUN BULANAN SEBANYAK
TUJUH RIBU RINGGIT DIPINDA KEPADA SEPULUH RIBU
RINGGIT”, DENGAN SEBULAT SUARA.
Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen
ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan
pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali
yang ketiga dan diluluskan.
YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Yang Berhormat Yang
di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat
sokongan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
64
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang
ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui
dengan pindaan dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU
ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN
ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN
UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980 [ENAKMEN
BIL. 9 TAHUN 1980].
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA
UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
SEPERTI BERIKUT:-
1. (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN
ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI
DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN)
(PINDAAN) 2019.
2. (2) ENAKMEN INI DISIFATKAN TELAH MULA
BERKUAT KUASA PADA 4 APRIL 2019.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi
Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Udangan Negeri
(Saraan) (Pindaan) 2019.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
65
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(TERENGGANU) (PINDAAN) 2019
Bacaan Kali Yang Pertama
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang
di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu
Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu)
2017, dibaca bagi kali yang pertama.
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN
UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, DIBACA BAGI
KALI YANG PERTAMA.
Bacaan Kali Yang Kedua
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-
Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Terengganu) 2017, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk
meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017
(“Enakmen”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan
kuatkuasa enakmen yang dicadangkan.
3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 27 dengan
memasukkan selepas perkataan Ketua Pendaftar, perkataan
Timbalan Ketua Pendaftar. Bagi mewujudkan jawatan
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
66
Timbalan Ketua Pendaftar, bagi melaksanakan tugas-tugas
Ketua Pendaftar, tertakluk kepada syarat.
4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 52 dengan
memasukkan subseksyen 6 selepas subseksyen 5 bagi
membolehkan Timbalan Ketua Pendaftar bertindak sebagai
Ketua Pendaftar khusus dalam hal mendaftarkan penceraian
dan mengeluarkan surat perakuan cerai. Pindaan ini sangat
mustahak dan penting kerana kuasa mendaftarkan penceraian
dan mengeluarkan surat perakuan cerai adalah kuasa eksklusif
Ketua Pendaftar, sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen
52(5) dan 53 Enakmen ini.
Implikasi Kewangan
Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa
perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat
sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya persilakan Ahli-ahli Yang
Berhormat untuk sesi perbahasan sekiranya ada.
YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Bismillahir
Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir rabbil alamin. Wassolatu wassolamu’ala asyrafil
anbiya iwal mursalin. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang
Berhormat Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-
ketua Jabatan, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
67
Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Terengganu antara Kuasa
Ketua Pendaftar adalah mendaftarkan penceraian dan mengeluarkan Surat
Perakuan Cerai ataupun pembatalan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam
Subseksyen 52(5) Enakmen Ibu yang membutuhkan sebagaimana berikut:-
Apabila mendaftarkan sesuatu talak ataupun perintah penceraian
ataupun pembatalan itu dan apabila dibayar kepadanya fi yang telah
ditetapkan, Ketua Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Pengakuan
Cerai Dan Pembatalan Borang yang ditetapkan kepada kedua-dua
pihak tersebut. Dalam Borang 14 pula menyatakan bahawa kaedah-
kaedah Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Borang dan Fi
1987 ruang tandatangan telah diletakkan sebagai tandatangan Ketua
Pendaftar dan ini bermakna peruntukan enakmen hanya membenarkan
Ketua Pendaftar sahaja mengeluarkan Surat Perakuan Cerai dan
Pembatalan Nikah.
Hal ini menyebabkan Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu menghadapi masalah mengeluarkan Surat Perakuan Cerai,
apatah lagi secara purata sebanyak 10 permohonan cerai dikemukakan di negeri ini
setiap hari. Ini termasuk permohonan-permohonan cerai taklik dan kes penceraian
di luar mahkamah yang sebahagian besarnya membabitkan pasangan yang
berumur 30 hingga 50 tahun. Sudah pasti akan menjadi situasi lambakan dokumen
yang perlu diuruskan dengan segera terutamanya, apabila kemungkinan keuzuran
dan ketidakupayaan Ketua Pendaftar untuk menandatangi dokumen yang
berkaitan. Dalam hal ini juga, tidak ada peruntukan dalam enakmen ibu yang
memberi kuasa kepada Ketua Pendaftar untuk menurunkan kuasanya kepada
orang lain.
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, saya memberi beberapa contoh.
Contoh yang pertama, tempoh masa lantikan Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan
Rujuk Negeri Terengganu, tarikh tamat tempoh lantikan Dato’ Hajah Samsiah binti
Dato’ Haji Awang tarikh tamatnya ialah pada 3.7.2018 dan lantikan semula kepada
Haji Mohd Noor Bin Muhammad ialah pada 20.9.2018. Masa yang tertangguh
adalah sebanyak 78 hari. Kesan daripada tangguh masa yang lama itu, sebanyak
200 ratus keping Surat Akuan Cerai yang tertunggak yang tidak dapat dikeluarkan,
itu contoh yang pertama.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
68
Begitu juga contoh yang kedua, apabila berlaku pertukaran Haji Mohd Noor bin
Muhammad kepada Yang Mulia Syed Nazri bin Tuan Taufik yang mengambil masa
23 hari tempoh lantikan semula itu menyebabkan hampir 90 keping Surat Perakuan
Cerai tidak dapat dikeluarkan dan tertunggak.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, terdapat beberapa kesan yang besar daripada
berlakunya tunggakan pengeluran Surat Perakuan Cerai kepada orang awam
antaranya adalah yang pertama pemohon tidak dapat memohon untuk berkahwin
semula ataupun berkahwin lain memandangkan proses memohon kebenaran
berkahwin bagi duda ataupun janda perlu dilampirkan bersama dengan Surat
Perakuan Cerai. Perkara ini penting untuk dikepilkan bersama kerana melibatkan
perakuan status bilangan talak dan tempoh idah yang menglibatkan Hukum
Syarak.
Dan yang kedua, pemohon tidak dapat memohon Bantuan Sara Hidup
memandangkan pihak LHDN menghendaki lampiran Surat Perakuan Cerai ini jika
pemohon berstatus ibu ataupun bapa tunggal memandangkan Bantuan Sara Hidup
ini terdapat tarikh tutup permohonan untuk membuat permohonan, maka perkara
ini amatlah menyukarkan orang awam apabila membuat permohonan tersebut.
Dan yang ketiga, pemohon tidak dapat memohon bantuan JKM ataupun MAIDAM
memandangkan pihak-pihak berkenaan menghendaki lampiran Surat Perakuan
Cerai jika pemohon berstatus ibu ataupun bapa tunggal, maka perkara ini amatlah
menyukarkan orang awam membuat permohonan mereka.
Dan yang terakhir juga melibatkan urusan .....
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Peraturan Dewan Perkara
46, sewaktu Ahli Yang Berhormat berucap jangan pandang orang lain, pandang
saya sahaja.
YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Minta maaf
Tuan Yang di-Pertua .... (Sambil gelak) ....
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
69
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Hok lain
tak pesan lagu tu, kena hok puan, pesan.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila teruskan.
YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Dan yang
terakhir kesannya adalah ialah apabila urusan persekolahan anak-anak juga akan
terkesan jika ibu bapa ataupun penjaga membuat permohonan pertukaran sekolah
dan bantuan sekolah kerana perkara ini hendaklah dikepilkan bersama dengan
Surat Perakuan Cerai. Dan justeru itu, bagi memastikan urusan Pendaftaran Cerai
dan pengeluaran Surat Perakuan Cerai di Negeri Terengganu berjalan lancar, saya
menyokong supaya Pindaan Rang Undang-Undang ini diterima.
Terima kasih dan saya mohon sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada yang Berhormat Wakil
Wanita kita. Saya persilakan lagi kalau ada Yang Berhormat lain yang ingin
mengambil bahagian.
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua,
saya akan mengambil masa sedikit dan sebut dua point sahaja.
Yang pertama, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan
Negeri atas cadangan Pindaan Enakmen ini kerana sekiranya cadangan ini
diterima oleh Dewan, bererti Negeri Terengganu ini merupakan negeri yang
pertama berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia yang memperuntukkan
ataupun yang mewujudkan jawatan Timbalan Ketua Pendaftar ini yang tujuannya
seperti mana yang kita sedia maklum yang dibincangkan ataupun yang disebutkan
tadi.
Yang kedua, apa yang dilakukan ini menggambarkan betapa Kerajaan Negeri
sendiri sangat serius dan menunjukkan komitmen yang begitu tinggi ke arah
memperkasakan pelaksanaan hukum-hakam syariah dan undang-undang
khususnya yang berkait dengan Undang-Undang Keluarga Islam.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
70
Jadi sekali lagi saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas dan
tahniah dan saya rasa, kita semua boleh menyokong cadangan Pindaan Enakmen
ini. Sekian, terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil Buluh
Gading. Sekarang saya buka kepada undian -
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang
kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui
dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG YANG BERNAMA SUATU
ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, DIBACA BAGI
KALI YANG KEDUA.
Dalam Jawatankuasa
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG YANG BERNAMA SUATU
ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, TELAH
DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN
TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN
SEBULAT SUARA.
Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah
ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan.
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca pada kali yang
ketiga dan diluluskan.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
71
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat
sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang
ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui
dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU
ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-
UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017.
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA
UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
SEPERTI YANG BERIKUT:-
1. (1) ENAKMEN INI BOLEH DINAMAKAN
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(TERENGGANU) (PINDAAN) 2019.
(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH DISIFATKAN
TELAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI
2019.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) (Pindaan) 2019.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, Tertib
Perkataan Dewan kita pada hari ini setakat itu sahaja. Saya berhasrat untuk
menangguhkan sidang dan sebelum saya menangguhkan sidang, jemputan ke
Jamuan Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, seperti biasa Ahli Yang Berhormat di Damai Lounge manakala Ketua-ketua
Jabatan dan Pemerhati di Perkarangan U2 Dewan Undangan Negeri.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019
72
Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan Dewan sehingga hari
esok, Selasa, 16 Julai 2019, jam 9.30 pagi dan marilah sama-sama kita
menangguhkannya dengan Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.45 TENGAH HARI.
PERSIDANGAN
PADA HARI SELASA, 16 JULAI 2019
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
73
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA
PADA PUKUL 9.30 PAGI
HADIR:
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA
Haji Yahaya bin Ali, PJC.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU
Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
WAKIL RHU RENDANG
Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat
WAKIL PAKA
Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak
WAKIL BUKIT TUNGGAL
Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah
WAKIL BUKIT PAYONG
Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim
WAKIL JABI
Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.
WAKIL LADANG
Yang Berhormat Ariffin bin Deraman
WAKIL ALUR LIMBAT
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
74
Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah
WAKIL WAKAF MEMPELAM
Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh
WAKIL KUALA BERANG
Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman
WAKIL KOTA PUTERA
Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim
WAKIL TEPOH
Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi
WAKIL BATU BUROK
Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik
WAKIL SURA
Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim
WAKIL BULUH GADING
Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun
WAKIL MANIR
Yang Berhormat Haji Alias bin Harun
WAKIL RANTAU ABANG
Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong
WAKIL PENGKALAN BERANGAN
Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed
WAKIL BANDAR
Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim
WAKIL AIR PUTIH
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
75
Yang Berhormat Maliaman bin Kassim
WAKIL AJIL
Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili
WAKIL KEMASIK
Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor
WAKIL Wanita
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.
WAKIL KIJAL
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.
WAKIL SEBERANG TAKIR
Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.
WAKIL TELEMONG
Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.
WAKIL HULU BESUT
Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, KMN.,AMZ.,PPN.
WAKIL BUKIT BESI
Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.
WAKIL JERTIH
Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.
WAKIL LANGKAP
Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.
WAKIL BATU RAKIT
Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.
WAKIL KUALA BESUT
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
76
Yang Berhormat Dato’ Halim bin Jusoh, DPSM.
WAKIL PERMAISURI
TIDAK HADIR:
Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat
WAKIL CUKAI
HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI
KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)
YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN
Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.
YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI
Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.
YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
Tuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.
SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI
Encik Zulkifly bin Isa, PJK.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
77
PUKUL 9.30 PAGI
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat
Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula.
Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah sebagai
mengambil berkat persidangan kita ini, kita mulakan dengan Ummul Quran,
Al-Fatihah. …..[Al-Fatihah]…..
Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Ahli-ahli Yang
Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan Lisan pada
hari ini, 16 Julai 2019 adalah sebagaimana berikut:
1. Yang Berhormat Wakil Tepoh
2. Yang Berhormat Wakil Batu Burok
3. Yang Berhormat Wakil Telemong
4. Yang Berhormat Wakil Sura
5. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi
6. Yang Berhormat. Wakil Buluh Gading
7. Yang Berhormat Wakil Batu Rakit
8. Yang Berhormat Wakil Manir
9. Yang Berhormat Wakil Kuala Besut
10. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang
11. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan
12. Yang Berhormat Wakil Bandar
13. Yang Berhormat Wakil Air Putih
14. Yang Berhormat Wakil Ajil
15. Yang Berhormat Wakil Kemasik
16. Yang Berhormat Wakil Wanita
Sebelum kita pergi kepada sesi soal jawab Soalan Lisan, saya hendak
peringatkan satu-dua perkara berkait dengan Peraturan-Peraturan Dewan
ataupun Standing Orders supaya kita boleh menguruskan perjalanan sidang kita
secara yang lebih teratur.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
78
Yang pertama sekali berkait dengan tertib soal jawab Soalan Lisan, saya
mengharapkan kerjasama daripada Yang Berhormat apabila berlaku
umpamanya soal jawab lebih-lebih lagi perbahasan supaya dibuat secara
teratur biar satu-satu. Apabila umpamanya Wakil Kerajaan menjawab, biar
habiskan dulu, baru kalau ada soalan tambahan yang dibenarkan dalam
Peraturan Dewan yang dikemukakan oleh pihak Ahli Yang Berhormat. Ini
penting supaya kita tidak jadi bolo’ apabila dalam sesi soal jawab.
Yang kedua, saya nak peringatkan juga kepada Ahli Yang Berhormat yang kita
nak uruskan dalam sidang ini ialah ada soalan, ada jawapan. Sejauh mana
jawapan itu kepada pihak Yang Berhormat, puas hati atau tidak, saya fikir
perkara ini tidak perlu dibahaskan panjang lebar. Dalam Peraturan pun
menyebut supaya ia mestilah diuruskan dengan penjelasan daripada pihak
Kerajaan. Dalam mana-mana persidangan, Badan Perundangan, kita tak boleh
dapat yang kita katakan 100% kita puas hati apa yang nak dijawab, yang
penting ada pertanyaan ada jawapan.
Yang Berhormat sekalian, sekarang kita pergi kepada Soalan Lisan, saya nak
mulakan sesi Soalan Lisan kali ini dengan satu pantun:
Sireh berlipat menjadi azimat,
Sireh dari Pulau Mutiara,
Suara rakyat suara keramat,
Wakil Air Putih pembuka bicara.
Dipersilakan Wakil Air Putih.
YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang
di-Pertua, soalan saya nombor satu –
Apakah Dasar Tanah Kerajaan sekarang berhubung dengan
Tanah Pertanian Rintahan Secara Haram oleh rakyat
Terengganu sebelum ini?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang
Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli
Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati yang dihormati sekalian.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
79
Terima kasih kepada kekanda Yang Berhormat Air Putih yang mengajukan
soalan berkaitan dengan Dasar Tanah Kerajaan sekarang berhubung dengan
Tanah Pertanian Rentahan Haram.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya masukkan sedikit dalam penjelasan
jawapan ini juga berkaitan dengan Tanah Rentahan Haram kategori lain
daripada pertanian kerana ada info yang saling berkaitan. Yang Berhormat
Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membuka semula
Permohonan Tanah Rentahan Haram Kategori Pertanian bermula daripada 7
Mei 2019 sehingga 31 Disember 2020 dalam tempoh setahun lebih.
Untuk makluman Dewan, Permohonan Tanah Haram Kategori Pertanian
sebelum ini telah ditutup pada 31 Disember 2012. Di antara syarat-syarat
untuk permohonan tanah haram ialah yang pertama, rentahan tanah tersebut
mestilah sebelum daripada 31 Disember 2004 iaitu kira-kira 14 tahun lebih
kurang. Yang kedua, Permohonan Tanah Jadual 1 mestilah diterima dan
didaftarkan sebelum daripada 31 Disember 2020. Yang ketiga, bagi Tanah
Rentahan Haram Kategori Pertanian, isipadu tanaman mestilah tidak kurang
daripada 15% keluasan tanah yang dimohon. Maknanya bukan mohon tanah
seekar, pokok getah ada 2 pokok jer atas tanah tu. Yang keempat, sekiranya
tanah rentahan tersebut mempunyai isipadu tanaman yang kurang daripada
15% tetapi terdapat rumah di atasnya, maka ianya boleh dipertimbangkan
untuk tapak rumah ataupun pertanian yang bersesuaian dengan keluasan tanah
yang dimohon. Yang kelima, sekiranya ada rumah, maka rumah tersebut
mestilah didiami oleh pemohon. Dan yang keenam, pertimbangan permohonan
ini hanyalah diberi kepada peneroka asal ataupun waris yang berhak sekiranya
peneroka asal telah meninggal dunia. Akhir sekali, semua permohonan ini
mestilah mematuhi syarat umum Dasar Tanah Negeri Terengganu Tahun 2013
di antaranya berkaitan dengan umur pemohon mestilah 21 tahun ke atas,
kelahiran atau kerakyatan Negeri Terengganu, belum menerima tanah kategori
Pemberian Kerajaan dan juga berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu.
Dari segi had keluasan maksimum yang boleh dimohon untuk getah ataupun
kelapa sawit, keluasan maksimum yang boleh dimohon 2 hektar lebih kurang
5 ekar. Yang kedua, untuk kategori kelapa, padi dan buah-buahan seluas 0.8
hektar kira-kira 2 ekar. Dan yang ketiga, untuk tanah tapak rumah bagi
kediaman tak lebih daripada 1,000 meter persegi. Dan untuk makluman Dewan,
Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk menaikkan tempoh pajakan bagi
Tanah Pertanian daripada 60 tahun sebelum ini kepada 99 tahun menyamai
tempoh pajakan untuk tanah kategori kediaman. Terima kasih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
80
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, penjelasan. Saya rasa Yang Berhormat Exco ada
tertinggal satu syarat. Tidak disebutkan had umur pokok. Kalau tidak orang
buka hari ini baru angkat. Dia mesti ada had umur dia. Umur dia sekurangnya
mesti 10 tahun ke, dah berbuah ke, ada tertinggal satu tu. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Baik terima kasih
Yang Berhormat Kijal. Saya ingat nak masuk dalam penjelasan tambahan
berkaitan dengan had umur pokok. Jadi had umur tanaman mestilah tidak
kurang daripada 14 tahun dan kalau sekiranya berlaku tanam semula macam
tanah semula getah atau tanam semula sawit mestilah berumur 6 tahun ke
atas. Ya, terima kasih.
YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Tuan Yang di-
Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Berapakah kadar premium tanah
dikenakan pada pemohon Tanah Rentahan Haram?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih sekali
lagi Yang Berhormat Air Putih. Untuk kadar bayaran Jadual 5A bagi kategori
tanah haram; tanah yang terletak di kawasan desa atau di kawasan kampung
untuk kategori pertanian tidak kurang daripada 15%. Bagi kategori kediaman;
tidak kurang daripada 15%. Dan yang ketiga, bagi tanah kategori perniagaan;
tidak kurang daripada 25%. Dan bagi premium tanah untuk kategori tanah
yang berada di kawasan bandar atau di kawasan pekan, untuk kategori
perniagaan tidak kurang daripada 40%. Dan bagi kategori kediaman tidak
kurang daripada 20%. Dan sekiranya pemohon ialah pewaris yang menerima
penolakan daripada peneroka asal maka tambahan 10% premium akan
dikenakan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Oleh kerana
tadi Tuan Yang di-Pertua ada beri pantun, saya cuba jawab pantun.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Balas pantun Yang Berhormat?
YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Ya?
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Nak balas pantun?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
81
YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Ya.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.
YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih):
Ikan Kembung Ikan Aya,
Dimasak oleh seorang pria,
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Soalan saya pembuka bicara.
Soalan saya yang kedua: Apakah langkah yang di ambil oleh Kerajaan untuk
meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan membayar premium
tanah tersebut?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Yang
Berhormat Air Putih. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Isu
ketidakmampuan di kalangan rakyat kebanyakan kita untuk menjelaskan Jadual
5A memang berada dalam perhatian Kerajaan Negeri dan kita telah mengambil
beberapa langkah supaya isu ini boleh diselesaikan secara harmoni sesuai
dengan kemampuan rakyat kita. Di antaranya kita memberikan peluang untuk
rakyat menjelaskan bayaran premium tanah secara ansuran dan kelayakan
untuk memohon bayaran secara ansuran kita telah naikkan daripada asalnya
rakyat yang berpendapatan RM700.00 kebawah layak memohon, sekarang ini
kita telah naikkan kepada yang berpendapatan RM1,700.00 ke bawah layak
memohon bayaran ansuran untuk tempoh tiga tahun dengan syarat mereka
menjelaskan bayaran pendahuluan 20% daripada nilai premium dan bakinya
bolehlah disempurnakan dalam masa tiga tahun.
Yang kedua, bagi pemohon yang berada dalam kategori rakyat termiskin atau
berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka boleh memohon
premium tanah pada kadar nominal hanyalah RM1,000.00 sahaja tanpa
mengira berapakah nilai yang sebenar tanah berdasarkan kepada kadar semasa
dan dengan beberapa kelonggaran ini, Kerajaan mengharapkan semoga kita
boleh memberikan kelapangan dan keluangan kepada rakyat kita menjelaskan
Jadual 5A dan seterusnya mereka berhak untuk memiliki Geran Hak Milik.
Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
82
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI SABRI BIN MOHD NOOR (Wakil Langkap):
Yang Berhormat Yang di-Pertua, berapa lama masa yang diberikan untuk
menjelaskan premium ini? Biasanya enam bulan. Adakah Kerajaan bercadang
untuk beri setahun, dua tahun, tiga tahun? Lagi lama lagi baik untuk rakyat
menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Untuk kadar
premium biasa diberi tempoh tiga bulan. Bagi bayaran ansuran diberi sehingga
tiga tahun. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum
saya teruskan saya nak maklumkan kita ada Pemerhati, anak-anak kita
daripada Sekolah Maahad Darul Quran Rusila seramai 46 orang. Seterusnya
saya menjemput Yang Berhormat Wakil Kemasik.
YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik):
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang
di-Pertua, soalan saya yang ketiga -
Apakah usaha Kerajaan untuk menambah nilai projek ECRL
kepada Kerajaan Negeri dan rakyat setempat?
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli-ahli Yang
Berhormat, rakan-rakan Yang Berhormat, Tahalluf Siasi Kerjasama Politik,
seluruh pegawai-pegawai dan para Pemerhati sekalian. Soalan yang
dikemukakan yang ketiga adalah berkenaan dengan apakah usaha Kerajaan
untuk menambah nilai projek ECRL kepada Kerajaan Negeri dan rakyat
setempat?
Usaha pihak Kerajaan Negeri bagi menambah nilai projek ECRL kepada Negeri
Terengganu dan rakyat setempat adalah dengan merancang pembangunan
tanah di sepanjang koridor ECRL dan sekitar tapak stesen ECRL selari dengan
kegunaan stesen sebagai Pusat Transit Perhubungan Pengangkutan Awam
utama. Beberapa konsep pembangunan yang dikenalpasti yang disebut
dengan Transit Oriented Development (TOD) dengan izin, untuk kawasan
pembangunan kawasan-kawasan industri dan hub logistik.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
83
Antara langkah yang telah dan sedang diambil oleh pihak Kerajaan dalam
memastikan supaya kesan secara maksima diperolehi oleh Kerajaan dan rakyat
Negeri Terengganu. Yang pertama, kita telah mengadakan perbincangan
dengan pihak Malaysia Rail Link iaitu pada 25 Julai 2018 dalam satu
pembentangan daripada pihak MRL kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri, 23 April 2019 pertemuan antara Menteri Besar dengan CEO dan
pasukan MRL di Terengganu. Yang ketiga, pada 17 Julai 2019,
pertemuan antara Menteri Besar dengan CEO MRL yang dijadualkan pada esok
hari dan antaranya juga ialah pertemuan dan perbincangan antara Menteri
Besar dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga dengan utusan-
utusan khas Perdana Menteri bagi rundingan semula projek ECRL iaitu Yang
Amat Berbahagia Tun Daim Zainuddin.
Objektif tambah nilai yang ingin kita capai hasil daripada kaedah-kaedah
perundingan dan pertemuan serta perbincangan tadi adalah yang pertama bagi
menggalakkan pembangunan kawasan-kawasan industri baharu di sepanjang
Jajaran Koridor ECRL dan berhampiran stesen ECRL di samping menarik
pelaburan baru di sepanjang koridor jajaran. Yang kedua, menggalakkan
peluang perniagaan dari segi hartanah atau perumahan, makanan dan
perkhidmatan-perkhidmatan lain serta tambahan pendapatan kepada
penduduk-penduduk setempat. Yang ketiga, pembangunan projek ECRL akan
menggalakkan perkembangan bandar sedia ada serta potensi pembangunan
akan datang khususnya di kawasan sekitar tapak ECRL serta mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan. Yang keempat, projek ECRL
akan menyediakan pelbagai jenis pekerjaan kepada penduduk tempatan dan
seterusnya akan membantu mengurangkan kadar pengangguran serta migrasi-
migrasi keluar penduduk ke bandar utama. Di samping itu kesan langsung
adalah memberi nilai tambah kepada rakyat setempat dengan peningkatan nilai
hartanah khususnya di kawasan sekitar tapak-tapak stesen ECRL dan sepanjang
Koridor Jajaran ECRL. Sekian.
YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan pertama saya berbunyi:
Memandangkan ada stesen penumpang dan kargo di Kemaman dan kita lihat
juga ada spurline ke Kemaman, kita dapati EPIC ataupun port di KSB adalah
salah satu daripada kawasan industri yang sangat bakal memberi dapat
menerima impak yang besar daripada kehadiran ECRL tersebut. Jadi apakah
usaha Kerajaan bagi memastikan EPIC mendapat manfaat yang sepenuhnya
dengan kehadiran ECRL tersebut?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
84
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada Wakil
Kemasik. Memang kita menyedari bahawa Kerajaan perlu melakukan sesuatu
dengan lebih serius bagi memastikan kita mendapat keuntungan sepenuhnya
daripada pelaksanaan projek ECRL ini terutama kepada Negeri Terengganu dan
dalam masa yang sama, kita mempunyai syarikat-syarikat di bawah Kerajaan
Negeri yang boleh memainkan peranan dan turut sama terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam merancakkan perkembangan ekonomi hasil daripada
kewujudan projek yang sebegini besar skalanya. Sebagaimana yang telah saya
jelaskan sebentar tadi bahawa besok hari akan ada perbincangan yang khusus
yang akan menyentuh tentang jajaran-jajaran baharu ECRL. Dan yang kedua,
pada 26hb Julai ini akan dilancarkan kembali oleh Menteri Pengangkutan dan
akan dimaklumkan tentang di manakah sebenarnya jajaran yang terbaharu.
Pihak Kerajaan telah mengenalpasti beberapa inisiatif untuk memastikan
syarikat yang disebut oleh Yang Berhormat Kemasik tadi iaitu EPIC, salah
sebuah syarikat di bawah Terengganu Incorporated kepunyaan Kerajaan Negeri
agar dapat menjana keuntungan dengan kewujudan projek ECRL ini. Antaranya
ialah yang pertama, berbincang dengan pihak Kerajaan Pusat dengan
mewujudkan spurline dari Hentian Cukai terus ke Pelabuhan Kemaman, dengan
adanya spurline, ianya akan dapat memangkinkan pembangunan Pelabuhan
Kemaman dengan lebih pesat lagi dengan kenaikan kuantiti kargo, keuntungan
kos pengendalian pelabuhan dan kadar kepenggunaan pelabuhan yang
maksimum dan efektif.
Pihak Kerajaan Negeri juga yakin melalui penambahan spurline ini akan dapat
meningkatkan minat pelabur-pelabur baharu ke Negeri Terenganu dan
menambahkan keyakinan pelabur sedia ada untuk mengembangkan lagi
perniagaan mereka. Dalam masa yang sama pihak Kerajaan Negeri dan EPIC
juga mengkaji jajaran yang terbaharu yang akan dimaklumkan kepada Kerajaan
Negeri dalam tempoh seminggu yang akan datang ini untuk kita dapat kita
rangkakan kembali apakah peluang-peluang ekonomi yang dapat membantu
menaikkan taraf status sosial ekonomi penduduk setempat termasuklah
pembinaan kawasan industri baru yang sememangnya kita mengadakan
perbincangan yang khusus sebagaimana yang dimaklumkan oleh semua
bahawa kita mengadakan, kita mempunyai perbincangan yang khusus dengan
ECERDC dalam mengenalpasti dan mengembangkan kawasan industri yang
baharu hasil daripada kewujudan jajaran baharu ECRL ini. Sekian terima kasih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
85
YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang
Berhormat Yang di-Pertua soalah tambahan kedua saya, sebagaimana jawapan
yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan
industri hiliran. Terdahulu pakej sebelum ini kita lihat ada tiga stesen yang
menyediakan servis kargo dan penumpang, namun yang terkini hanya pada di
Dungun dan di Kemaman, yang lain-lain hanya penumpang. Justeru, kita lihat
untuk memastikan berlakunya pengembangan sektor hiliran, kewujudan
infrastrutur bagi menyokong sebagai contoh land port ataupun kawasan port
di sekitar bagi memastikan produk-produk atau barang-barangan untuk
didagangkan boleh ready lah, sedia. Justeru, sebagaimana disebut Yang Amat
Berhormat Menteri Besar sekarang masih lagi di peringkat rundingan dan juga
dalam proses rekabentuk, saya yakin masa sekarang adalah masa yang sesuai
untuk kita nego ataupun kita timbang kepada pihak Pusat bagi menyediakan
prasarana-prasarana bagi menyokong industri hiliran tersebut.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada maklumbalas
tambahan daripada Yang Berhormat Kemasik yang berupa cadangan-cadangan
yang boleh kita ambil dalam memastikan Negeri Terenganu memperolehi
keuntungan yang maksimum daripada projek ECRL. Sememangnya memanglah
pada saat ini kita masih lagi belum mendapat kepastian akan jajaran baharu
yang tepat. Selepas berlaku perubahan jajaran yang telah berlaku sebelum ini
tetapi kita difahamkan prinsip yang diambil oleh pihak MRL bersama dengan
CCCC adalah untuk merubah laluan ataupun jajaran daripada kawasan yang
berhampiran dengan pantai kepada kawasan yang lebih jauh daripada pantai di
atas pertimbangan untuk menjimatkan kos kerana apabila melibatkan kawasan
yang berhampiran dengan pantai maka soil treatment dengan izin, dan lain-lain
civil work atau kerja awam akan melibatkan kos yang lebih besar, itu
maklumbalas yang disampaikan oleh pihak mereka. Dalam masa yang sama
kita juga masih lagi berusaha untuk memastikan supaya kewujudan stesen-
stesen sama ada kargo atau penumpang sebagaima yang telah pernah
dibentangkan pada peringkat awal dahulu sebelum daripada perberhentian
projek ECRL ini supaya dipertimbangkan kembali kerana kita difahamkan
daripada ada satu jajaran baharu yang lama itu, yang baharu itu berkurangan
daripada yang baharu tapi kita tidak henti bertemu dengan pihak Kerajaan
untuk memastikan supaya dipertimbangkan kembali jajaran stesen-stesen yang
telah ditiadakan sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri sebelum ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
86
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua penjelasan, pertama, saya ingin tahu berapakan
pengurangan stesen di Negeri Terengganu pada yang asal. Yang kedua, saya
minta Kerajaan Negeri merayu pihak Kerajaan Pusat supaya jajaran itu
dihampir dengan kawasan bandar jangan pergi jauh sebagaimana berlaku
kepada highway kita sebab kita rugi, dulu highway pun kita bergaduh dah,
itupun nasib baik hok tengah, kalau ikut cadangan asal nak gi besarkan
Jerangau Jabor sebab tidak menguntungkan kita. Seterusnya, kita lihat contoh
yang paling jelas lebuh raya kita sendiri tak macam Lebuh Raya Pantai Barat,
kalau kita pergi Kedah tu dekat dengan bandar-bandar dia, kita kat jin tendang
lalu, malam pun takut nak lalu, jadi takut ini juga yang berlaku yang
menyusahkan kita. Kita perlu fight benda ini. Sebab dulu pun kita fight dulu
lebuh raya sebab itu kita pilih alternatif, itu dia beri kita alternatif tapi alternatif
pun tak sesuai dengan apa yang berlaku, kita terus ketinggalan di anak tirikan.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Saya
mintaklah supaya perkara ini dirunding semula supaya mendekatkan kita
dengan laluan yang ada kerana kita dah tak ada jalan kereta api, keretapi ini
yang kita harapkan sekurangnya-kurangya walaupun orang kata 30% untuk
penumpang dan 70% untuk kargo dan kargo kita rasa tak banyak Pantai Timur
kargo ini, jadi takpa makna besar impak besar kepada Terengganu. Saya harap
Yang Berhormat Menteri Besar Kerajaan Negeri berbincang balik untuk merayu
supaya jajaran ini menghampiri bandar-bandar utama kita. Terima kasih Yang
di-Pertua.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih di atas pandangan
Yang Berhormat Kijal. Memang kita sebenarnya dalam proses tarik tali di
antara Kerajaan Negeri dengan pihak Kerajaan Pusat, agensi dan syarikat
berkenaan dan untuk memudahkan pemahaman kita panggil jajaran asal itu
adalah Versi 1 iaitu 8 stesen, Versi Kedua selepas penangguhan berlaku maka
dibuat satu pembentangan baru untuk menjimatkan kos versi kedua itu 6
stesen, pada peringkat ini kita cuba supaya Versi Ketiga itu tercapai iaitu tidak
sebagaimana Versi Kedua. Jadi sebagaimana saya kata tadi kita dalam proses
tarik tali dan insyaAllah kita akan ambil maklum di atas pandangan daripada
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
87
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Amat Berhormat
Menteri Besar di atas penjelasan diberikan. Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Wakil Wanita.
YANG BERHORMAT ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua soalan saya soalan dua -
Apakah usaha pihak Kerajaan atau pakej rangsangan bagi membantu industri kecil yang boleh menarik pelancong seperti industri seni halus, pembuatan tembaga,batik, perusahaan rumah bot Tasik Kenyir, perusahaan bot candat sotong dan sebagainya?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Wanita. Soalan
yang dikemukakan berbunyi: Apakah usaha Kerajaan atau pakej rangsangan
bagi membantu industri kecil yang boleh menarik pelancong seperti industri
seni halus, pembuatan tembaga, batik, perusahaan rumah bot Tasik Kenyir,
perusahaan bot candat sotong dan sebagainya?
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat soalan ini ada kaitan dengan soalan nombor
2 daripada ADUN Bandar. Saya mengharapkan saya boleh menjawab
sekaliguslah ke atas dua-dua soalan yang dikemukakan. Soalan nombor 2
daripada Yang Berhormat ADUN Bandar berbunyi: Bagaimanakah usaha
Kerajaan Negeri untuk menyuburkan semua industri tradisional seperti
kraftangan, songket, tembaga, bot dan sebagainya?
Tuan Yang di-Pertua, usaha pihak Kerajaan atau pakej rangsangan bagi
membantu industri kecil yang boleh menarik pelancong seperti industri seni
halus, pembuatan tembaga, batik adalah: Yang pertamanya, melalui (YPU)
Yayasan Pembangunan Usahawan. Kerajaan Negeri telah mendaftarkan
Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) di bawah Geographical Indication (Petunjuk
Geografi) bagi produk tembaga, ukiran kayu, batik dan songket. YPU juga telah
mengadakan kerjasama dengan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) bagi
mencari pelapis pengusaha tembaga dan melalui YDSM juga telah ditubuhkan
satu persatuan iaitu Persatuan Tembaga Terengganu bagi memudahkan
penyelarasan pengurusan tembaga. Bagi industri bot, rumah bot di Tasik
Kenyir, perusahaan bot candat sotong sebagainya adalah kita akan
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
88
bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan Negeri bagi mengadakan promosi
dan trade show. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Sejauh
manakah keberkesanan program-program yang dimaklumkan oleh Yang
Berhormat tadi dan apakah indikator keberkesanan tersebut. Macam mana kita
nak menilai program itu ataupun sesuatu projek itu berjaya ataupun tidak?
Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Terima Kasih ADUN Wanita. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini
sejujurnya kita masih belum kelihatan hasil keberkesanan kerana kami di
peringkat YPU sendiri masih dalam pelaksanaan program-program untuk
memastikan perkara itu berjaya dan dapat hasil yang lebih baiklah. Tapi, untuk
makluman Yang Berhormat, di peringkat YPU, kami sedang merealisasikan
definisi sebenar usahawan di mana kalau sebelum daripada ini agak narrow
down dengan izin, definisi usahawan itu hanya kepada perusahaan-perusahaan
PKS sahaja dan saya melihat perkara ini perlu dikembangkan kepada sektor-
sektor lain merentasi beberapa portfolio, EXCO sendiri. Contoh yang saya
jelaskan ataupun yang saya ambil sebagai kes study iaitu kalau sebelum pada
ini, bila datang kepada YPU, yang berkaitan dengan pelancongan kita akan
terus serah kepada EXCO Pelancongan. Begitu juga dalam sektor pertanian dan
penternakan. Sebenarnya, kita di usahawan sepatutnya merangkumi ada
perkara-perkara sedemikian dan kita telah buat satu town hall YPU dengan
inisiatif unit YPU, kita telah buat town hall, kita panggil player-player travel-
travel agensi ni, kita bertanya kepada mereka sebenarnya apakah kehendak
mereka terhadap keusahawanan ini dan mereka memberi contoh yang jelas.
Contohnya bagi mereka, dia kata, kalau kita pergi kepada pelancongan tidak
dapat bantuan-bantuan kecil. Contoh yang diberikan snorkelling set, kalau di
pulau-pulau sekarang ini ataupun di pantai-pantai, snorkelling set itu satu
keperluan dan mereka-mereka ini, agensi-agensi pelancongan ini perlukan
bantuan itu dan harga dia sebutkan pada saya satu snorkeling set itu harga
RM120. Kalau dia perlukan 40 ataupun untuk sebuah bas, maknanya dia
perlukan modal lebih kurang RM5,000.00 ataupun hampir RM6,000.00. Ini
memerlukan satu bantuan tapi kalau dia datang ke YPU, kita tengok dalam
sektor pelancongan, kita terus bagi pergi kepada EXCO Pelancongan, perkara
ini tidak ada di dalam kategori bantuan di peringkat pelancongan. Jadi, di
situlah kita sedang merangka semula definisi ini supaya usahawan itu dilihat
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
89
lebih menyeluruh. Tapi kita tidaklah memberi bantuan yang core. Contoh, kalau
nak bela lembu, kita tak bagilah bela lembu, itu kosnya. Tapi, mesin untuk
membela lembu yang significant ataupun yang downstream daripada perkara
tersebut. Jadi, perkara inilah selepas kita mendefinisikan semula keusahawanan
ini …..
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang di-
Pertua, penjelasan.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, sila.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Mesin
bela lembu ke mesin proses makanan lembu?
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada pencelahan.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Mesin
bela lembu ke mesin proses makanan lembu?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Ya, silap. Mesin proses makanan lembu. …..(Dewan gelak) …..
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Macam sebut
masak nasilah, lebih kuranglah tu, faham sendirilah.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Teruskan, teruskan.
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Terima kasih. Okey, jadi, itulah selepas daripada kita mendefinisikan
usahawan ini, insyaAllah daripada tahun hadapan kita cuba dapatkan bajet-
bajet yang tertentu dan kita akan realisasikan dan insyaAllah selepas pada itu,
kita akan lihat hasil keberkesanan dia, insyaAllah. Sekian.
YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua: Kami
ucapkan tahniah kepada Yayasan Pembangunan Keluarga khususnya kerana
mengambil langkah yang sangat baik untuk meningkatkan industri kecil yang
melibatkan pelancongan dan saya juga ingin sedikit penjelasan. Sebenarnya,
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
90
dalam pakej rangsangan ini, berapakah nilai pelaburan yang disasarkan serta
berapakah jumlah peluang pekerjaan yang bakal dihasilkan? Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Terima kasih kepada ADUN Wanita. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan
dengan soalan tadi itu, berkenaan dengan nilai pelaburan dan peluang
pekerjaan. Saya cuba menjawab dalam ruang lingkup keusahawanan dan
mungkin dalam bidang sumber manusia, cuma dari segi pelaburan itu, saya
rasa mungkin kalau ada tambahan daripada EXCO Pelaburan, lebih baik.
Langkah-langkah bagi untuk meningkatkan industri ini, kita lebih pada nak
exposekan mereka-mereka ini kepada peluang-peluang yang ada. Kita
pertamanya, kita berikan peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus-
kursus ataupun kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak YPU ataupun PEUTER
sendiri dalam meningkatkan pemahaman mereka kepada sektor yang mereka
ceburi, di mana juga kita menggalakkan mereka ini menyertai ekspo-ekspo di
peringkat dalam negeri dan luar negeri untuk membuka minda mereka dengan
perkara tersebut.
Yang seterusnya, bagaimana untuk kita menyedarkan mereka ini dengan
mewujudkan bantuanlah, bantuan baru untuk menggalakkan lagi kepada untuk
menghasil, mereka kena lebih maju dan dengan itu, akan menghasilkan
peluang pekerja yang lebih baik dan kita di YPU ini lebih kepada membantu
setakat ini. Kita membantu dari segi khidmat nasihat dan bantuan kewangan.
Dan alhamdulillah, rentetan daripada itu, kerjasama baik antara agensi-agensi
PEUTER ini, kita dengan salah satu agensi PEUTER adalah SME Corp bersetuju
untuk memberikan bantuan perniagaan kepada golongan ini yang berjumlah
lebih kurang dalam RM2.5 juta dan insyaAllah bantuan ini akan dilancarkan
pada bulan Ogos ataupun awal September nanti, insyaAllah.
Berkenaan dengan jumlah pekerjaan yang bakal diwujudkan, jumlah ini satu
benda yang subjektif lagi apabila setakat ini saya tidak ada jawapan yang
tuntas berkenaan dengan perkara tersebut, cuma anggaran kita setiap kalau
segi pelancongan kita tengok ada potensi yang besar kerana kita terkenal
dengan negeri pelancongan, apabila kita perkasakan sektor ini kita akan dapat
menyediakan peluang pekerjaan yang besar. Begitu juga kalau di peringkat
tembaga, yang hampir kita katakan hampir pupus sekarang ini, kita galakkan
kembali contohnya related dengan tembaga adalah batik cetak di mana bingkai
batik cetak itu adalah daripada tembaga dan kos untuk buat batik cetak ini
agak tinggi dan kita di YPU memberi bantuan khusus kepada pengusaha-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
91
pengusaha batik cetak yang nak mengusahakan batik cetak tu kita ada bantuan
khusus untuk menyedia dan membeli blok- blok itu daripada tembaga. Jadi
itulah kesinambungan daripada apabila kita galakkan tu akan mewujudkan
peluang-peluang pekerjaan kepada sektor-sektor yang disebutkan. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih, Yang Berhormat.
Sekarang saya jemput ADUN Tepoh untuk kemukakan soalan.
YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Yang di-
Pertua, boleh celah sikit?
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Panjang dah Yang Berhormat?
YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Sikit jer,
boleh?
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ringkas sahaja.
YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Terima kasih
Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan perbincangan yang tadi, cuma saya rasa
kita bukan sahaja perlu kepada menguatkan proses ataupun pengeluaran
produk seni ataupun tradisional ini, kita pihak Kerajaan juga perlu melihat
kepada bagaimana nak merangsang permintaan. Contoh, umpamanya Perdana
Menteri yang kelima, isteri dia bekas Perdana Menteri yang kelima, kita dulu
pakaian batik dah tenggelam tetapi suatu ketika apabila pakaian batik ini ia jadi
sudah keperluan pada hari Khamis orang pakat pakai batik belaka dan menjadi
peraturan, jadi batik menjadi hidup balik. Jadi begitu juga dengan industri kita
yang lain tradisional yang lain kalau kita ada suatu perancangan yang rapi
merangsang permintaan kepada produk ini contohnya, Kerajaan menggaris-
pandu cenderamata-cenderamata yang diberi kepada majlis-majlis
menggunakan produk tradisional dia akan merangsang. Kalau tidak ada garis
panduan dia akan kekal macam tu, kita sedia produk banyak tapi tidak ada
permintaan.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI MMOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Terima kepada ADUN Bandar. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
92
ya, terima kasih satu cadangan yang diberikan dan kita di peringkat usahawan
ada idea tersebut untuk menekankan kembali pemakaian khususnya pada hari
Khamis pakaian batik untuk merangsang pakaian batik. Cuma kita melihat
secara detail lagi, pemakaian itu kerana pengusaha industri batik sendiri datang
jumpa kita menyatakan bahawa banyak daripada batik-batik dari luar, daripada
Indonesia daripada India yang datang masuk ke dalam negara kita. Jadi
sebelum kita nak galakkan itu, kita nak buat dulu satu garis panduan supaya
kita lancarkan kempen itu boleh betul-betul memanfaatkan usahawan kita
insyaAllah. Dan di samping itu, untuk merangsangkan permintaan ini, saya
secara tidak rasmi saya telah berjumpa dengan EXCO Usahawan Selangor
kerana permintaan kita mungkin terbatas, kalau kita boleh bawa barang-
barang, produk-produk kita ke Negeri Selangor di mana di sana permintaan
agak tinggi untuk kita jadikan hub kita di sana. Kerajaan Selangor, melalui
EXCO Usahawan Selangor menyambut baik hasrat kita dan insyaAllah kita akan
mulakan langkah-langkah ke arah itu. Wallahu a'lam.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih, Yang Berhormat.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tepoh.
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-
Pertua, soalan saya nombor satu -
Berapakah jumlah terimaan wang oleh Kerajaan Negeri
Terengganu berdasarkan peruntukan perlembagaan
daripada pihak Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 dan
Jun 2019 dan berapakah pula jumlah hutang Kerajaan
Persekutuan yang masih belum dijelaskan kepada Kerajaan
Negeri sehingga Jun 2019?
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Wakil Tepoh yang
mengemukakan soalan yang penting dan menarik minat ramai di kalangan
Kepimpinan Negeri dan juga rakyat Negeri Terengganu. Soalan ini ada dua
kompenan. Yang pertama ialah berapakah terimaan wang oleh Kerajaan Negeri
Terengganu berdasarkan Peruntukan Perlembagaan daripada pihak Kerajaan
Persekutuan bagi tahun 2018 dan sehingga Jun 2019? Dan komponen yang
kedua pula ialah berapakah pula jumlah hutang Kerajaan Persekutuan yang
masih belum dijelaskan kepada Kerajaan Negeri sehingga Jun 2019?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
93
Ingin saya jelaskan bahawa jumlah terimaan wang oleh Kerajaan Negeri
Terengganu berdasarkan kepada Peruntukan Perlembagaan daripada pihak
Kerajaan Persekutuan adalah merangkumi enam pecahan yang berjumlah
RM295,965,711.22 bagi tahun 2018 dan RM180,171,669.00 sehingga Jun 2019.
Berdasarkan kepada perincian berikut: Yang pertama, Pemberian-pemberian
Mengikut Hitung Kepala untuk tahun 2019 adalah berjumlah RM19 juta. Yang
kedua, Pemberian Pertumbuhan hasil 2018 berjumlah RM16.67 juta. Yang
ketiga, pemberian 50% Perbelanjaan Mengurus Jabatan di bawah Senarai
Bersama sebanyak RM50.3 juta. Yang keempat, Pemberian Tahap
Pembangunan Ekonomi 2018 berjumlah RM27.735 juta. Yang kelima,
Pemberian Caj Perkhidmatan Projek Persekutuan berjumlah RM10.5 juta untuk
tahun 2018 dan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri atau
MARRIS yang berjumlah RM171.6 juta pada tahun 2018.
Komponen yang kedua dalam soalan ini adalah bedasarkan merujuk kepada
hutang Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Ingin saya jelaskan
bahawa berdasarkan kepada penyata Memorandum di dalam Penyata
Kewangan Negeri, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hutang dengan
Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, terdapat bayaran balik yang masih
belum dijelaskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri atau
dalam bahasa orang pada rakyat kita, hutang jugalah. Cara sebutannya yang
berbeza dalam bahasa kita kepada rakyat masih lagi hutang yang berjumlah
RM1.65 bilion sebagaimana pecahan berikut:-
i) Bayaran balik Pembinan Lebuh Raya Pantai Timur LPT 2 -
Berdasarkan surat yang diterima daripada Kementerian Kewangan yang
bertarikh 15 Mac 2018 yang berjumlah dengan jumlahnya RM1.4315
juta.
ii) Bayaran balik Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP)
Berdasarkan Minit Mesyuarat Dana Khas Kerajaan Persekutuan Bil. (1)
Tahun 2012 yang bertarikh 15 Januari 2012 dengan jumlah RM220 juta.
Jumlah sebenar yang penggunaan wang Kerajaan Negeri bagi
pembinaan LPT 2 adalah sebanyak RM1.85 bilion. Jumlah yang telah
disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi
melunaskan pembayaran ‘code uncode’ hutang tadi sehingga Jun 2019
adalah berjumlah RM418,500,000,00. Oleh yang demikian, baki yang
belum dilunaskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
94
bagi pembinaan LPT 2 adalah sebanyak RM1,431,500,000.00.
Manakala bagi bayaran balik Dana Khas Kerajaan Persekutun yang
dipersetujui melalui Keputusan Jemaaah Menteri dan Mesyuarat DKKP
Bil. (1) pada tahun 2012 yang telah diadakan pada 15 Januari 2012,
jumlah keseluruhan bayaran balik DKKP adalah sebanyak
RM2,169,898,400.00 di mana setiap tahun Kerajaan Negeri
menerima bayaran balik DKKP berjumlah RM220 juta bermula tahun
2011 dan akan berakhir pada tahun 2020.
Walau bagaimanapun, sehingga kini Kerajaan Negeri masih belum menerima
bayaran tersebut yang hanya berbaki untuk tahun 2019 dan juga 2020. Untuk
tahun 2019, dengan merujuk kepada surat yang dihantar oleh Kementerian
Kewangan kepada Kerajaan Negeri bertarikh 28 Februari 2019, Menteri
Kewangan menyatakan penangguhan bayaran tersebut. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Rhu
Rendang yang telah memaklumkan kepada kita berkenaan dengan terimaan
wang untuk Kerajaan Negeri Terengganu. Soalan tambahan saya yang
pertama: Berapakah jumlah hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat dan
dengan pemotongan 25% wang petroleum seperti yang telah disebut sebelum
daripada ini, sehingga bilakah pemotongan ini berlaku dan boleh dilangsaikan
keseluruhan hutang tersebut? Terima kasih.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih di atas soalan
tambahan Yang Berhormat Tepoh. Jumlah pemotongan pinjaman Kerajaan
Negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah yang sebanyak 25% daripada
DKKP ini, telah dipotong sebanyak dua kali iaitu pemotongan pertama terimaan
baki DKKP bagi tahun 2018 dengan pemotongan berjumlah RM64,388,360.00.
Dan pemotongan yang kedua bagi pemotongan terimaan DKKP tahun 2019
iaitu dengan pemotongan sebanyak RM189,036,668.00 dan jumlah keseluruhan
yang dipotong daripada DKKP bagi Kerajaan Negeri Terengganu bagi
melunaskan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah
sebanyak RM253,425,028.00. Kita menjangkakan bahawa dengan pemotongan
25% terhadap DKKP yang diterima oleh Kerajaan Negeri, baki hutang yang
pada waktu ini adalah berjumlah RM481,236,930.60 akan berakhir kurang
daripada dua tahun. Walaupun begitu, kita mengambil pendekatan berbincang
dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan, supaya kadar
25% pemotongan terhadap DKKP bagi melunaskan hutang Kerajaan Negeri ini
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
95
dikaji semula dan kita telah beberapa kali cuba berunding tetapi tidak ada
ketetapan sehingga kini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, penjelasan. Yang pertama, saya ingin tahu iaitu
bayaran yang diberi balik, dipotong kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM418
juta. Pertama, Kerajaan Pusat ambil duit kita untuk LPT 2 - RM1.850 bilion dan
katanya, kita dah terima balik RM481 juta. Senaraikan apakah bentuk
penerimaan balik itu, ada projek ke, atau peruntukan?
Yang kedua, bagi saya Kerajaan Pusat berlaku tidak adil terhadap kita, kerana
yang sepatut dibayar RM220 juta dah dua tahun tak bayar, jadi RM440 juta.
Patut setiap Januari dia bayar, dia hantar surat ke kita supaya minta tangguh
tetapi yang kita dia candat, 25%. Saya minta supaya kalau boleh, Kerajaan
Negeri boleh berunding sekali lagi iaitu kita one shot habiskan. Hutang kita
masih baki katakan dalam RM400 juta lebih. Duit kita ada dengan dia lebih
kurang RM1.8 bilion lagi, RM1.6, RM1.8 bilion, okey tolak sekaligus, yang lebih
bagi kita barulah fair. Okey, you ambik RM400 juta lebih. Yang kita RM1.8 tu
tolak, tinggal RM1.4 bayar one shot. Kalau itulah cara untuk menyelesaikannya.
Kalau dia nak main hutang sangat. Dia berhutang tapi dia malu nak sebut.
Macam Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut tadilah, yang kita dia panggil
hutang, bahagian hak dia, dia tak panggil hutang.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, jelas dah tu.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Pelik, jadi saya
mintalah supaya dapat dirundingkan semula, demi kepentingan rakyat
Terengganu. Kalau tidak kita, macam saya sebut dululah dalam Dewan ni, kita
shortage tahun ni RM600 juta daripada bajet kita. Nak cari mana kita. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila…sila, Yang Amat Berhormat.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang di-Pertua, terima kasih
kepada Wakil Kijal. Memang antara option yang kita berikan, kita lontarkan
kepada pihak Kerajaan Persekutuan adalah untuk accept dengan hutang
daripada Kerajaan,‘code uncode’ hutang daripada pihak Kerajaan Pusat kepada
Kerajaan Negeri, boleh set terus daripada baki hutang kita dan mereka hanya
perlu membuat pembayaran kepada baki yang tinggal lebih kurang RM1.4 bilion
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
96
tadi. Itu antara option yang telah kita nyatakan kepada mereka tetapi sehingga
kini belum ada keputusan di pihak Kerajaan Pusat.
Dan juga, soalan yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada
Kijal tadi adalah jumlah yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan
kepada Kerajaan Negeri sehingga Jun 2019 adalah berjumlah
RM418,500,000.00 untuk tiga projek utama iaitu yang pertama, Naiktaraf Jalan
Marang ke Awana Kijal yang berjumlah RM118,500,000.00. Yang kedua,
bayaran pendahuluan yang tidak dibayar balik sejumlah RM200 juta. Dan yang
ketiga ialah pembinaan Rumah Mampu Milik berjumlah RM100 juta dengan
memberikan keseluruhan totalnya RM418,500,000.00. Sekian, terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima Kasih kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar. Ada soalan tambahan lagi?
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):
Ada satu lagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
balik ke tempat kita ini, dalam suasana yang tidak menentu dengan kewangan
yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi, kita
juga dimaklumkan berlaku beberapa perkara yang agak terbeban untuk
Kerajaan Negeri iaitu kita akan memulakan proses bayaran bertangguh dan
bayaran berjadual yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri pada hari ini.
Oleh kerana itu, saya pohon Yang Amat Berhormat dapat menyatakan
berapakah jumlah pembayaran bertangguh dan bayaran berjadual yang telah
pun dimeterai kepada pihak-pihak kontraktor yang terbabit bermula daripada
tahun ini? Terima kasih.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada Yang
Berhormat Tepoh. Memang ini antara perkara yang menjadi komitmen pihak
Kerajaan Negeri untuk meneruskan apa yang disebut sebagai deferred payment
dengan izin dan scheduled payment kerana projek-projek yang dirangkakan
dan sedang berjalan dan telah siap itu adalah projek yang memberi
kepentingan kepada rakyat secara keseluruhannya. Terdapat dua projek yang
terlibat dalam kategori deferred payment dengan izin, dan empat projek di
bawah scheduled payment, dengan izin. Kos untuk enam projek ini adalah
berjumlah RM2.966 bilion dan telah terdapat projek yang perlu dibayar bermula
daripada tahun 2016 sehingga pembayaran terakhir pada tahun 2032. Untuk
rekod, izinkanlah saya menyebut beberapa keperluan peruntukan bagi
pembayaran kerana ini antara perkara yang selalu disalahtafsir di peringkat
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
97
Persekutuan bahawa kononnya kita apabila diberikan, apabila kita menerima
DKKP, maka selalu disebut di belakang-belakang bahawa kita memperolehi duit
itu dan kita boleh berjoli sakan. Saya ingin tegaskan bahawa apa yang
keperluan yang perlu kita laksanakan dengan DKKP itu pelbagai termasuklah
projek-projek yang masuk dalam kategori deferred payment dan scheduled
payment. Bermula daripada tahun 2016 untuk projek keseluruhan RM2.966
bilion tadi, Kerajaan Negeri perlu menyediakan pembayaran sebanyak RM70
juta. Manakala ianya akan meningkat pada 2018 pada RM101.2 juta dan pada
tahun ini, sebanyak RM156.57 juta dan akan terus meningkat sehingga sampai
ke peaknya ataupun puncaknya pada tahun 2021 dengan pembayaran
sebanyak RM387 juta, lepas itu akan berkurang sehinggalah pembayaran yang
terakhir untuk tempoh 2026 hingga 2031 sebanyak RM108.82 juta setiap tahun
dan bayaran terakhir pada tahun 2032 sejumlah RM45.40 juta.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, tanpa prejudis kepada soalan-soalan lain saya fikir
semua pihak dapat satu gambaran jelas berhubung dengan kedudukan
kewangan negeri sama ada peringkat Ahli Yang Berhormat, peringkat para
pegawai dan juga rakyat keseluruhan. Seterusnya saya jemput Wakil Batu
Burok.
YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):
Yang Berhormat Yang di-Pertua soalan saya nombor satu -
Apakah perkembangan terkini projek memperdalamkan
Pelabuhan Chendering?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat
Yang di-Pertua Dewan, terima kasih Yang Berhormat Batu Burok yang
mengajukan soalan berkaitan dengan perkembangan terkini projek
memperdalamkan kawasan Pelabuhan Chendering.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, masalah utama Pelabuhan Chendering ialah
pemendapan pasir yang mengakibatkan air jadi cetek dan menyukarkan bot
untuk berlabuh terutamanya bot laut dalam Kelas C2. Dan breakwater dengan
izin, atau benteng pemecah ombak yang sedia ada telah dilepasi oleh ombak
bila ada mendapan pasir mengakibatkan benteng pemecah ombak tu jadi
rendah dan kecetekan pelabuhan ini dia mengakibatkan pemilik bot
terutamanya Kelas C2 terpaksa mengalihkan operasi mereka sama ada ke Tok
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
98
Bali di Kelantan ataupun Pelabuhan Perikanan Kuantan di Pahang. Saya
kemukakan kepada Dewan statistik ringkas bagaimana penurunan jumlah
pendaratan ikan dalam metrik tan. Untuk tahun 2016 jumlah pendaratan ikan di
Pelabuhan Chendering 4,826 metrik tan menurun secara mendadak pada tahun
2017 kepada 2,170 metrik tan sahaja. Ada sikit kenaikan pada 2018 kepada
2,700 metrik tan lebih kurang dan untuk enam bulan pertama bagi tahun 2019
hanyalah sekadar 540 metrik tan sahaja.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Mesyuarat Portfolio Pertanian, Industri Asas
Tani dan Pembangunan Desa pada 21 Mei baru ini telah mendapati bahawa kos
untuk mendalamkan dan menaiktaraf Pelabuhan Chendering memerlukan kos
yang agak besar sebanyak kira-kira RM23 juta di luar daripada kemampuan
kewangan Kerajaan Negeri buat masa ini. Maka sehubungan dengan itu,
cadangan telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk buka tawaran bagi
pengalihan pasir kepada pihak-pihak yang berminat dengan syarat kajian
hidrologi disempurnakan terlebih dahulu oleh JPS dan juga kajian struktur
pelabuhan disempurnakan oleh pihak JKR. Jadi melalui langkah yang diambil ini
kos kepada Kerajaan Negeri akan dapat dijimatkan dan dalam masa yang sama
boleh menambah hasil negeri dalam bentuk cukai pengalihan pasir. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):
Soalan tambahan saya yang pertama: Bolehkah Yang Berhormat Jabi nyatakan
dari segi timeline kepada perancangan-perancangan yang dibuatkan tadi?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dari segi untuk nak
mendalamkan Pelabuhan Perikanan Chendering, timeline kita sebelum daripada
musim tengkujuh ini kerja-kerja mendalamkan perlu dimulakan terutama bila
kita melihat kepada trend penangkapan ikan dan bot-bot yang mendarat di
Pelabuhan Chendering biasanya dia akan meningkat sekitar bulan 9 dan bulan
10 ketika itu biasanya hasil tangkapan ikan lebih tinggi daripada biasa.
YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):
Soalan tambahan yang kedua, yang pertamanya saya ucap terima kasih kepada
pihak Kerajaan yang telah memikirkan inisiatif-inisiatif untuk kita memajukan
balik Pelabuhan Chendering yang kita tahu masalah-masalah yang telah
dinyatakan tadi sehingga saya menerima aduan banyak daripada nelayan-
nelayan kita Pelabuhan Chendering sekarang ini sudah tidak bau hanyir, bau
wangi kerana ikan tidak banyak diturunkan di situ. Jadi soalan tambahan saya
yang kedua: Apakah Kerajaan memikirkan perancangan-perancangan lain untuk
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
99
kita memajukan balik Pelabuhan Chendering ini di samping apa yang
disebutkan tadi?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Sebelum itu Yang
Berhormat Yang di-Pertua, suka saya maklumkan bahawa Pelabuhan
Chendering ini sebenarnya berada di bawah seliaan LKIM atau seliaan Kerajaan
Pusat tetapi oleh kerana yang mengambil manfaat ialah rakyat negeri kita dan
kita terpaksa mengambil tindakan apabila dia tidak ada satu tindakan drastik
daripada pihak Kerajaan Pusat untuk mendalamkan dan juga menaiktaraf.
Infrastruktur-infrastruktur lain di antara yang menjadi sungutan nelayan seperti
kilang air batu yang tidak mampu memberikan bekalan yang mencukupi kepada
nelayan dan kita dah turun bincang dengan pihak Persatuan Nelayan, kalau
boleh saya simpulkan dia timbul isu macam mana dulu ayam dengan telur?
Orang kilang air batu kata kita nak buat macam mana kilang kita bot tak ada.
Bot kata kami nak mari air batu tak ada. Jadi dia jadi saling berkait di antara
satu sama lain tapi secara kesimpulan boleh kita putuskan core business di
Pelabuhan Perikanan Chendering ialah ikan, jadi bila ikan mendarat yang lain-
lain itu akan dengan sendirinya boleh dimajukan sama ada kilang air batu,
kantin, chalet dan kemudahan-kemudahan lain yang akan boleh dimajukan bila
Pelabuhan Chendering kembali bau hanyir sebagaimana yang diistilahkan oleh
Yang Berhormat Batu Burok. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, Ahli Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara
Sidang ini sehingga pukul 11.00 pagi.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.40 PAGI.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
100
PUKUL 11.10 PAGI
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat
Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung
semula. Kita masih lagi dalam sesi soal jawab Soalan Lisan, sebagaimana yang
saya janjikan dalam ucapan kelmarin, sekarang saya persilakan Wakil Sura
untuk mengemukakan soalan.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Ahli-ahli
Yang Berhormat, Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu –
Bagi mewujudkan suasana persekitaran yang bersih dan
sihat, apakah mekanisme yang digunakan Pihak Berkuasa
Tempatan dalam pemerkasaan aspek ini?
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
101
Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan, para Pemerhati yang dikasihi
sekalian. Wakil Sura ingin tahu, bertanya: Bagi mewujudkan suasana
persekitaran yang bersih dan sihat, apakah mekanisme yang diguna, yang
digunakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memperkasakan aspek ini?
Pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mencapai objektif kita di bandar
yang ceria, yang gembira, kita mengamalkan Konsep 6K1P iaitu Kebersihan,
Kesihatan, Keindahan, Keceriaan, Keselamatan, Kesedaran Dan
Penguatkuasaan. Untuk makluman Ahli Dewan, Ahli Yang Berhormat dan para
Pemerhati sekalian, kalau saya sebut tajuk macam tu, mungkin tak berapa
jelas, jadi supaya jelas kita pergi satu-satu:
‘K’ yang pertama - Kebersihan ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu kutipan
sampah tong sampah awam, pembersihan kawasan atau potong rumput dan
sebagainya dan juga kutipan sampah dari rumah ke rumah, ini memang
merupakan core business dengan izin, yang utamalah bagi PBT kita. Kutipan
sampah dibuat sebanyak dua kali sehari, pada keadaan biasa dan bila pada
keadaan tertentu, musim perayaan dan sebagainya dengan kawasan-kawasan
yang agak padat penduduk kita buat tiga kali sehari. Juga untuk memastikan
tong-tong sampah kita itu, taklah berbau sangat, tong sampah awam jugak
dibasuh, dibersihkan dan juga kita ada juga untuk kebersihan ini yang topik
utama juga ialah tentang kebersihan tandas-tandas awam. Ini kita ada buat
gred, bintang tandas-tandas awam kita untuk memastikan ia mencapai tahap
kebersihan yang kita kehendaki.
Dari segi kesihatan ‘K’ yang kedua - melibatkan aktiviti pencegahan dan
kawalan penyakit berjangkit serta vektor. Vektor ini nyamuk, lalat dan
sebagainya. Ini sangat penting sebab itu ada buat pemeriksaan untuk
mendapat lesen perniagaan makanan khususnya kita ada buat pemeriksaan
iaitu cucuk ubat untuk mencegah ataupun mengawal pengendali-pengendali
makanan ini daripada mempunyai penyakit berjangkit yang boleh berjangkit
kepada pelanggan-pelanggan melalui makanan atau minuman yang disediakan.
Juga ada kawalan mutu makanan, mutu makanan yang dijual oleh pengendali
makanan, selepas itu buat spot-check mungkin jual makanan basi yang boleh
menyebabkan berlaku food poisoning keracunan makanan dan sebagainya, itu
tanggungjawab kita bagi memastikan rakyat kita dan pelancong-pelancong
datang ke Terengganu ini, datang balik, datang sihat balik jadi tak sihat, kerana
makan makanan yang tidak dikawal, itu ada unit kita mengawal mutu makanan
kita.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
102
Yang ketiga, ialah menjaga keindahan, keindahan ini disebabkan tanaman
pokok-pokok hiasan, landskap di atas pembahagi jalan, di pulau dan taman-
taman awam. Banyak kerja PBT.
Yang keempat, bukan sahaja indah dan keceriaan itu dengan mengecat semula
bangunan-bangunan lama, mewarna-warnikan gerai majlis, lampu-lampu
hiasan dan juga menyeragamkan, kita memang hasrat kita nak
menyeragamkan warung-warung kita ini supaya teratur dan juga ceria tapi
juga ada halangan-halangan yang tertentulah tapi di dalam usaha
meningkatkan keadaan keceriaan premis-premis di seluruh Negeri Terengganu.
Juga tidak ketinggalan mengecat lori sampah dengan motif mural yang dengan
warna yang ceria, walaupun sampah, kita cat dengan mural-mural yang
menarik.
Yang kelima dari segi keselamatan, dengan menempatkan semula gerai-gerai
penjaja di tepi jalan yang boleh membahayakan lalu lintas. Ini kita mintak
kerjasama bukan sahaja pada pengusaha-pengusaha gerai-gerai, supaya
tidaklah membina gerai di rezab jalan yang boleh mendatangkan bahaya
kepada pengguna jalan raya, ialah kadang-kadang terpaksa jugak
penguatkuasaan bagi mengelakkan tumbuh gerai-gerai haram ini di jalan-jalan
utama khususnya. Juga kepada kita semua yang sama ada yang ada di dalam
Dewan atau di luar Dewan bekerjasama, kalau nak beli makanan di gerai pun,
parkinglah di tempat yang selamat, jangan kira nak mudah jer parking atas
jalan. Bukan sahaja membahayakan kita sendiri tapi boleh menghalang laluan
orang lain yang nak cepat kadang-kadang takut terlanggar, ataupun terbabas,
mungkin yang boleh membawa kepada kecederaan yang parah ataupun maut
sekali, itu kadang-kadang ialah bila kita buat penguatkuasaan perkara ini, ada
yang tidak setuju sedangkan kita sudah buat kajian bahawa perkara itu perlu
dikuatkuasakan supaya tidak membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan
raya dan juga kepada pengendali-pengendali gerai-gerai tersebut.
Juga kita menempatkan dan menukarkan tong sampah dengan yang lebih
bersesuaian di tempat yang selamat di tepi jalan dan sesuai dengan tempat
dan keluasan jalan tersebut. Juga memastikan lalu lintas bandar-bandar kita
lebih tersusun, walaupun kita lihat memanglah pihak PBT berbagai-bagai
pindaan kita buat untuk pastikan tidak ada kesesakan, malangnya oleh kerana
bandar kita bandar berpusat semua nak mari meniaga di bandar sahaja dan
kita lihat kenderaan masuk begitu banyak tidak cukup dengan parking dan juga
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
103
jalan-jalan yang kita ada. Semua ini dalam usaha kita untuk meningkatkan dari
semasa ke semasa tentang keselamatan lalu lintas kita.
Yang keenamnya kesedaran, yang kita buat pelbagai kempen kesedaran
tentang menjaga kebersihan persekitaran kita. Hebahan dan usaha dengan
warga kota, Datuk Bandar giat dilaksanakan bersama-sama dengan PBT kita
dan baru-baru ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah
melancarkan satu Kempen Kebersihan Pantai di Pantai Teluk Ketapang. Itu
menunjukkan bahawa betapa Kerajaan mengambil berat, bukan sahaja pihak
Kerajaan, pihak Duli-duli Yang Mulia Tuanku jugak mencemar duli untuk
memastikan negeri kita ini bersih dan ceria apatah lagi di tempat-tempat yang
boleh menarik pelancongan.
Bila pelancong datang bukan sahaja dapat hasil kepada Kerajaan juga kepada
pengusaha-pengusaha, pengendali-pengendali, warung-warung kita, kedai-
kedai kita dan sebagainya. Jadi sama-sama kita mengambil kesedaran menjaga
kebersihan dapat menarik pelancong dengan lebih ramai maka insyaAllah
keuntungan itu akan kita dapat pada kita semua juga.
Dan yang akhir yang memang orang tak berapa suka, ‘P’ yang terakhir tapi ini
terpaksa juga kita lakukan sekali sekala, dah kita dah buat kempen, kesedaran
sama ada di sekolah ataupun secara umum secara awamnya tapi ada juga
mereka yang degil yang tak patuh pada peraturan-peraturan kita, maka tak
dapat tidak penguatkuasaan juga terpaksa kita jalankan dan mengambil
tindakan pada mereka-mereka yang degil. Antaranya bagi mereka yang buang
sampah merata-rata, tong sampah dah ada masih kosong tapi ambil mudah
di mana dia makan di situlah sampah ditinggalkan. Ini amalan yang patut kita
tinggalkan. Kita buang jauh-jauh, kita ambil sampah itu buanglah di dalam tong
sampah yang disediakan, di merata-rata tempat disedia di tempat-tempat
awam ini.
Juga masalah binatang-binatang berkeliaran juga perlu kerjasama daripada
penternak-penternak kita. Malangnya ada yang menternak, tindakan ini
khususnya musim-musim Raya Haji ini, ada yang menternak di kawasan
perumahan, kalau nak berniaga nak jual untuk korban Raya Haji yang dekat ini,
ini satu cabaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Begitu juga yang menternak
melepaskan ataupun membiarkan binatang berkeliaran yang boleh membawa
pada kemalangan jalan raya. Maka ini, tindakan-tindakan telah dan insyaAllah
akan terus kita ambil tentang penguatkuasaan.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
104
Juga, tentang anjing-anjing liar yang terbiar dan sebagainya dalam proses
ataupun kita memang dari masa ke semasa kita ambil tindakan untuk
memastikan keadaan bandar kita teratur dan bersih. Juga penguatkuasaan
tentang pembuangan sisa-sisa kebun, sisa-sisa binaan di bahu jalan, tempat
awam dan sebagainya. Ini semualah antara inisiatif-inisiatif yang kita jalankan
dari semasa ke semasa untuk memastikan sebagaimana yang disoal oleh Wakil
Sura tadi apakah usaha Kerajaan untuk pastikan persekitaran kita bersih dan
sihat. Terima kasih Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama di mana
Negeri Terengganu kita ini terkenal dengan slogan “Negeri Cantik Budaya
Menarik Rakyatnya Cantik-cantik” tetapi semenjak beberapa bulan yang lalu
kita telah dicemari sedikit suasana ini dengan diviralkan bahawa rakyat
Terengganu ini adalah orang-orang yang tidak tahu menjaga kebersihan
sebagaimana yang diviralkan di persekitaran jambatan Drawbridge kita yang
menggambarkan rakyat kita seolah-olah tidak mengambil berat tentang
kebersihan ini. Jadi persoalannya ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang
Berhormat EXCO sebentar tadi antaranya, ialah aspek kesedaran. Jadi saya
melihat seolah-olahnya pendidikan kita di peringkat sekolah hingga seterusnya
seolah-olahnya menampak kegagalan kita untuk melahirkan masyarakat dan
rakyat yang boleh menjiwai tentang konsep kebersihan ini. Jadi, saya kira perlu
lagi peningkatan kesedaran ini kepada masyarakat kita melalui agensi-agensi
yang ada seperti MPKK, jawatankuasa surau, masjid, jabatan-jabatan supaya
kesedaran terhadap menjaga kebersihan ini suatu perkara yang sangat penting
untuk melahirkan sebuah masyarakat dan juga negeri yang cantik, indah, yang
secara tidak langsungnya menggamit pelancong datang ke negeri kita.
Persoalannya ialah apakah lagi usaha-usaha untuk kita meningkatkan lagi
kesedaran kepada rakyat kita berkaitan dengan aspek kebersihan ini. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima
kasih Wakil Sura. Tuan Yang di-Pertua, walaupun ini zaman viral semua orang
nak viral. Kes-kes yang diviralkan antaranya yang buang sampah merata
sebenarnya tidak banyak di Terengganu. Oleh itulah kita walaupun kita tak
puas hati memanglah tidak pernah berpuas hati kita nak meningkatkan lagi
pengurusan kita. Namun begitu, dari segi pentakrifan bandar yang ceria atau
bandar yang gembira untuk didiami, di Terengganu ini masih lagi bandar-
bandar kita ataupun bawah PBT kita mendapat penakrifan yang agak baik
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
105
khususnya malalui penarafan MURNInet ataupun Malaysian Urban Rural
National Indicators Network On Sustainable Development. Masih mengarahkan
kita sebahagian besar bandar-bandar kita mendapat markah 90% ke atas dan
Menteri Wilayah telah membuat kenyataan dalam bulan Mac yang lalu
Bandaraya Kuala Terengganu antara kesepuluh bandar raya yang terbaik di
dalam negara kita yang mendapat penarafan 90% ke atas. Kalau nak kira
macam tu maknanya kita dah top ten, bandar-bandar lain masih teruk lagi pada
kita, tapi itulah kita dah puas hati kita ucap tahniahlah pada pihak PBT yang
telah bekerja keras bagi memastikan bandar-bandar kita ini dalam keadaan
yang bersih dan ceria. Jutaan tahniah patutnya tepuk tangan pada PBT kitalah.
….(Tepukan) …. Takpelah meja pun. Dan juga pihak Dungun, Dungun telah
mendapat suatu Anugerah Tandas Terbersih Seluruh Negara baru-baru ini,
inilah kerja-kerja yang dibuat. Dan baru-baru ini pun cerita bulan puasa, bulan
Ramadhan baru-baru ini kita biasalah bulan Ramadhan, Bazar Ramadhan atau
pun jualan lelong dibuat malam raya, malam raya sampai pukul 3.00 - 4.00 pagi
masih lagi orang nak habiskan stok jualan mereka. Maka selepas itu sampah-
sampah tadi diselerakkan begitu sahaja dengan perkara yang kita rasa sedihlah
atas sikap yang disebutkan oleh Sura tadi masih ada lagi, tak ramai tapi masih
ada. Dan pekerja-pekerja kita, Majlis Bandaraya kita khususnya terpaksa
bekerja hingga pagi, hingga subuh sehinggakan mengganggu juga mereka nak
Solat Aidilfitri, nak bersama keluarga di pagi raya walaupun sebelum itu kita
buat pertemuan demi pertemuan minta kerjasama peniaga-peniaga kita supaya
tolonglah paling tidakpun kalau tak mampu nak buang dalam tong sampah, ikat
dalam plastik hitam tu senang diangkat oleh petugas-petugas kebersihan, tapi
tu dia tak berlaku mereka sepahkan saja. Maka dan itulah masa untuk sapu
sampah lagi, nak masuk dalam bekas, nak buang dalam tong sampah dan nak
hantar kepada lori sampah itu perlu satu kerja rugikan masa sebab sehinggalah
akhirnya kerja ini sehingga Solat Aidilfitri pun tak selesai lagi.
Jadi saya haraplah untuk masa-masa yang akan datang kita beri kerjasama
sepenuhnya kepada pihak pekerja-pekerja atau petugas-petugas kebersihan
kita ini sebab yang akan menikmati keselesaan pun kita bersama bila ada tolak
ansur, kesedaran antara rakyat dan juga petugas, insyaAllah bandar raya kita
akan dapat meningkat lagi markah 90 hingga 99% insyaAllah. Memang cita-cita
kita tinggi. Untuk kesedaran ini banyak yang kita telah sebut tadi, antara
kempen-kempen yang dibuat sama ada oleh NGO ataupun oleh Kerajaan
sendiri yang menganjurkan Kempen Kebersihan, juga melalui pendidikan-
pendidikan di sekolah. Memanglah pentarbiahan pendidikan ini memerlukan
masa hendak mengubah manusia, sikap sesuatu perkara yang sungguh, yang
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
106
bukan mudah yang perlukan masa yang panjang. Tapi kita berdoalah semoga
anak-anak kita yang akan lahir nanti, yang akan membesar nanti tidak lagi
mengamal sikap-sikap yang tidak berapa baik yang berlaku pada hari ini. Juga
melalui Jabatan Agama melalui khutbah-khutbah Jumaat dimasukkan juga
tentang kepentingan menjaga kebersihan dan sebagainya. Dari segi semua
saluran yang ada kita cuba gunakan. Tapi sebagaimana yang kita sedia
maklum, bagaimana banyak kita buat kempen kesedaran, memang manusia ini
ada yang degil, yang tidak bertanggungjawab itu tetap ada. Ia tidak dapat kita
dinafikan, sebab itu kita di sana ada penguatkuasaan yang kita jalankan dari
masa ke semasa di mana sudah dididik tidak berjaya, maka tiada ada apa yang
boleh kita buat melainkan menggunakan undang-undang untuk memastikan
perkara-perkara yang negatif itu tidak diulangi oleh mereka-mereka yang degil
ini. Sekian.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat. Ini Yang
Berhormat Rantau Abang, panjang dah tadi. Dari segi jawapan EXCO panjang.
Kesian kepada Ahli Yang Berhormat yang lain.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Satu lagi
soalan tambahan. Pendek saja.
YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kalau berlingkar dalam isu yang sama
saya ingat cukup dululah.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Bukan,
isu yang lain pula.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada yang lain pula?
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Isu lain
berkait dengan penguatkuasaan.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Soalan tambahan ini atas saya.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Saya nak
dapat penjelasan Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya ingat cukup dulu. Cukup dulu
sebab nak bagi peluang kepada Yang Berhormat lima-enam orang lagi.
Sekarang saya …..
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
107
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bagilah
satu lagi.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang saya …..
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang):
Pembetulan, DUN Sura bukan DUN Rantau Abang.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Minta maaf. Minta maaf Yang
Berhormat. Sebelum saya teruskan, Yang Berhormat Wakil Bukit Besi, kelmarin
Yang Berhormat Ladang jawab sekaligus dah kan? Padan dah kan? Ke berasa
macamana? Saya rasa macam cover sekali dah. Kalau kata tak padan saya
persilakanlah. Saya persilakan Wakil Bukit Besi untuk kemukakan soalan.
YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Memanglah kalau ikut dari segi tentang
mengenai pelaburan ini memang dah luas dah bincang pagi tadi dan kelmarin.
Tapi saya rasa kalau boleh untuk makluman rakyat di luar sana juga untuk
mendapat maklumat-maklumat yang belum lagi dikenalpasti jadi soalan saya
yang satu-satunya itulah -
Sila nyatakan nilai pelaburan swasta yang masuk ke
Terengganu sejak Mei 2018 hingga kini mengikut pecahan
Daerah dan sejauh mana ia telah menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan?
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat Ladang, kalau ada
tambahanlah. Kalau boleh tidak diulang benda yang sama.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat
Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, Pemerhati serta
pegawai. Kalau ikut tu jadi dah jawapan tu banyak dah, cuma mungkin tidak
catat kot, jadi kita ulang lagi. Ulang itu sebab dia tanya, Bukit Besi tanya: Sila
nyatakan nilai pelaburan swasta yang masuk ke Terengganu, sejak Mei 2018
hingga kini, hingga ke hari ini mengikut pecahan daerah, itu lain sikit, daerah
ni. Jadi saya boleh baca tapi panjang sikit, dan bagaimana dan setakat mana
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kalau hendak catat saya
bacalah panjang ini. Kemaman sekian, Dungun sekian. Nak dengar yang tu ke?
Ke tak? Ke tak payahlah tak?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
108
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Padan Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Panjang tu, cuma saya boleh ulang, pekerjaan tu memang jumlah
pelaburan RM801 juta, pekerjaan tempoh pendek tu lebih kurang 600 peluang
pekerjaan dan kalau ikut daripada dulu sampai sekarang 2019 ini pekerjaan dia
ada lebih kurang yang kita wujud lebih kurang 7,057 peluang pekerjaan
sehingga Julai ini. Jadi saya ingat tak payah tanya pakai yang tu dah. Ke nak
juga?
YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Pecahan tulah.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Pecahan hendak juga. Kemaman RM661,729,087. Saya baca angkalah
senang catat. Kemaman tadi RM661,729,087 macam nombor telefon, Dungun
RM35,797,732. Nak buat benda tak tahu ini.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ini hak dia Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Ya betul. Saya tanya jer hendak buat benda tak tahu. Marang
RM44,24,165, Kuala Terengganu RM15,486,520, Hulu Terengganu
RM49,391,647, Kuala Nerus RM980,000, Besut RM33,73,427. Jumlah angka
besarnya RM801,546,578. Boleh belaka tu? Kalau tidak mintak dengan saya
lepas pada inilah, kita bagi. Okey terima kasih banyak.
YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Satu lagi sikit
jer. Soalan tambahan saya ialah sebab kalau kita tengok pencapaian kita untuk
dari segi peluang pekerjaan ini, yang kita jangkakan, yang kita anggarkan
20,000 peluang pekerjaan dengan kehadiran pelabur yang dimaklumkan oleh
Wakil Kerajaan iaitu setiap hari pelabur mari. Tetapi itu angka-angka yang telah
diberitahu tadi. Tapi apakah strategi Kerajaan Negeri sebab pencapaian kita itu
tak sampai lagi 20,000. Bila anggaran dari segi kajianlah? Itu soalan sikit.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Saya nak maklumkan juga bahawa peluang pekerjaan ini bukan
hanya di bidang industri, pertanian, keusahawanan dan pelbagai lagi. Yang
sebut ini hanya di sektor industri. Kalau ikut-ikutnya, kalau ikut unjuran kitalah,
kalau unjuran kita sehingga tahun 2024 itu kita akan ada 16,750 orang di
sektor industri saja. Termasuk yang silika nanti kalau ada pelaburan yang
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
109
besar. Peluang pekerjaan dijangka 7,200 orang. Jadi kalau nak dapat 20,000
itu mudahlah sahajalah, insyaAllah. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua penjelasan, daripada RM600 juta pelaburan
yang akan datang ke Kemaman, apakah industri yang terbesar daripada RM600
juta itu, adakah melibatkan Eastern Steel dari segi pembesarannya atau yang
lain-lain? Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil
Ladang): Terima kasih. Ya, sebahagiannya daripada Eastern Steel yang akan
memberikan peluang pekerjaan yang besar sehingga 2,500 orang insyaAllah.
Dia tak berapa nak release lagi sebab dia kata dia Listed Company tak boleh
nak kabo banyak lagi, dia bimbang. Tapi memang Eastern Steel saya dah
melawat hari khamis baru ini dan memang ada pembesaran yang telah dibuat.
Satu lagi ialah tentang pemulihan Kilang Perwaja, dia panggil apa tu Affluent
Oasis tapi ada masalah sikit dengan ini. Dia kata dia hendak melabur RM4
bilion, tapi dia kena bayar hutang-hutang lepas itu dulu, itu syarat kita. Dia tak
bayar habis lagi dan dia cuba alih pula nak jadikan Perwaja itu, nak buat benda
lain. Ini sedang dalam pemerhatian kita dan kita minta supaya dibuat betul-
betul, dia nak apa sebenarnya. Lepas itu baru kita check sebab payah juga, dia
ini sudah beritahu merata buat iklan sampai ke Negeri China, dalam Bahasa
China tetapi sampai kita, bahawa dia hendak buat kilang-kilang untuk copper,
untuk aluminium, untuk plastik dan macam-macam. Dan itu semua tertakluk
kepada kelulusan Federal kebanyakannya. Jadi kita nak tanya dia betul-
betullah, tanya dah tapi tak jawab betul-betul lagi, sungguh ke tak hendak buat
besi Perwaja ini ke buat lolok saja. Jadi itulah cara kita, insyaAllah kita akan
tanya balik dia. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima Kasih Yang Berhormat. Saya
persilakan Wakil Buluh Gading.
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima Kasih Yang Berhormat
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 -
Berapakah jumlah penerima yang menerima manfaat
daripada skim bantuan modal tani Skim Bantuan Modal
Tani dan apakah sektor utama yang menjadi tumpuan
pemohon?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
110
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Buluh Gading yang mengajukan soalan yang berkaitan
dengan jumlah penerima yang telah menerima manfaat daripada Skim Bantuan
Modal Tani (SBMT) dan apakah sektor utama yang menjadi tumpuan
pemohon.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, sejak dilancarkan pada 29 Januari 2019,
seramai 106 orang pemohon telah diluluskan permohonan mereka untuk
menerima manfaat daripada SBMT yang melibatkan dana berjumlah RM2.82
juta. Jumlah RM2.82 juta ini sudah melebihi separuh daripada keseluruhan
peruntukan SBMT tahun ini sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan untuk
manfaat golongan petani, nelayan dan penternak bagi tahun 2019.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, sektor utama yang menjadi tumpuan pemohon
ialah yang pertama, pertanian dengan kaedah fetigasi. Yang kedua,
penternakan yang meliputi penternakan lembu, kerbau, kambing, ayam dan
juga itik. Yang ketiga, penternakan akuakultur sama ada melalui kaedah kolam
ataupun melalui kaedah sangkar dan juga hatchery iaitu pembenihan ikan
khususnya ikan kerapu hybrid. Dan yang keempat, peralatan dan kelengkapan
untuk nelayan. Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) menawarkan kepada rakyat
pinjaman patuh syariah tanpa faedah dengan had pembiayaan sehingga
RM50,000.00. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Apakah
langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh pihak Kerajaan bagi
memastikan SBMT ini benar-benar mampu membantu masyarakat tani,
penternak dan nelayan bagi mengatasi masalah kekangan modal yang dihadapi
oleh mereka? Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Yang
Berhormat Buluh Gading. Yang Berhormat Yang di-Pertua, isu utama yang
menjadi fokus kepada Urus
Setia SBMT ialah maklumat daripada kewujudan dana ini perlu sampai kepada
rakyat. Dengan makna rakyat perlu tahu bahawa masalah kekangan modal
yang mereka hadapi untuk memulakan projek dalam sektor pertanian,
penternakan dan perikanan ada dana daripada Kerajaan Negeri. Kerana itulah,
setelah dilancarkan pada 29hb Januari yang lepas, Urus Setia SBMT telah turun
ke serata negeri sebanyak 22 lokasi dalam Program Jelajah SBMT, kita buat
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
111
billboard, kita buat siaran media, pemakluman di masjid dan di surau termasuk
juga kita memanfaatkan ruang-ruang yang ada dalam media baru supaya
maklumat ini sampai kepada rakyat. Ini kerana kita belajar daripada
pengalaman DUTA (Dana Usahawan Tani) yang diperuntukkan sebanyak
RM500,000.00 tetapi tidak mampu dihabiskan dalam tempoh masa 3 tahun.
Di antara isu utamanya ialah kerana rakyat tidak pernah dengar perkataan
DUTA, biarlah kelompok masyarakat tani kita dapat maklumat dan mereka
boleh pergi kepada channel-channel yang betul untuk memohon. Yang kedua,
SBMT memperuntukkan bantuan dalam bentuk inkind contribution dengan
makna kita tidak bagi duit tunai tapi kita bagi dalam bentuk barangan
kelengkapan, peralatan, kemudahan untuk memulakan suatu projek. Kerana
kajian kita daripada beberapa kes skim pinjaman mudah yang disediakan oleh
pihak Kerajaan, di antara punca kegagalan ialah salah guna, dalam borang isi
hendak pelihara kambing bila kita bagi duit tunai, tengok rumah dia ada motor
baru. Bukan kita marah rakyat beli motor tapi ia tidak sampai matlamat untuk
kita bantu rakyat kita memulakan projek pertanian. Urus Setia SBMT akan
membekalkan barang-barang yang diperlukan dalam bentuk kelengkapan
peralatan persiapan dan sebagainya sehingga rakyat kita boleh bekerja. Dan
yang terakhir sekali di antara langkah yang kita ambil untuk menjamin kejayaan
SBMT sedaya yang kita mampu ialah pasukan teknikal daripada jabatan-jabatan
berkaitan melakukan lawatan tapak, turun padang, supaya kita pastikan betul-
betul ada tapak untuk nak diusahakan dan pemohon ada keupayaan, ada
kemampuan, ada minat, ada kesungguhan, walaupun mereka ini mungkin tidak
memiliki kertas dan dokumen yang mencukupi yang dia perlukan kalau mereka
nak pergi ke institusi-institusi kewangan untuk memohon bantuan. Bagi pihak
kita Kerajaan Negeri, tak cukup kertas tak apa, tak cukup dokumen tak apa.
Kita permudahkan yang penting rakyat nak berusaha dan mereka bersungguh-
sungguh nak berusaha dan tanggungjawab kita Kerajaan untuk membantu.
Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya mempersilakan Wakil Batu Rakit.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Saya tengok Yang Berhormat Speaker, tadi ADUN Wanita dok
tengok Yang Berhormat Speaker.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
112
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Soalan saya nombor satu –
Adakah Kerajaan Negeri meneruskan peruntukan baikpulih
rumah seperti sebelum ini?
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai
Kerajaan yang dihormati sekalian. Wakil Batu Rakit ingin tahu: Adakah
Kerajaan Negeri menguruskan peruntukan baikpulih rumah seperti sebelum ini?
Kerajaan Negeri masih lagi meneruskan peruntukan baikpulih rumah bukan
sahaja baikpulih, kita juga menguruskan juga projek kalau dulu dipanggil PPRT
sekarang kita panggil PPTS (Program Perumahan Terengganuku Sejahtera)
yang mana dalam Bajet yang lepas telah diperuntukan sebanyak RM30 juta
untuk 2 program ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Soalan tambahan saya: Berapakah jumlah nilai yang diberi dalam ringgitlah
maksud saya kepada setiap penerima?
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima
kasih. Setiap pembaikian, baikpulih rumah kita beri maksimum RM11,000.00
untuk sebuah membaikpulih rumah mengikut kriteria RM3,000.00, RM6,000.00
mengikut syarat-syarat ataupun sebanyak mana yang perlu dibaikpulih. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Soalan tambahan saya, saya mendapat maklumat bahawa ada setengah-
setengah orang mendapat peruntukan lebih kurang RM3,000.00 tetapi dengan
keadaan hari ini, RM3,000.00 ini saya rasa tidak patutlah, tidak padan nak baiki
apa dengan RM3,000.00? Adakah Kerajaan bercadang untuk menetapkan satu
nilai minimum yang sesuai bagi mencapai matlamat bantuan ini? Terima kasih.
,
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Untuk
perhatian Dewan, Tuan Yang di-Pertua, kita letak nilai maksimum RM11,000.00
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
113
dan banyak mana diperlukan bergantung pada apa yang kita nak baiki,
baikpulih, itu pegawai kita akan buat penilaian seadil-adilnyalah. Jadi kalau
kata tak cukup itu mungkin kena runding balik dengan pegawai penilai tu
supaya dia boleh ada maksimum sebanyak RM11,000.00. Saya ingat tidak, nak
letak minimum ini payah. Ada yang nak cuma atap 2 keping ataupun dinding
sedikit, itu sudah tentulah kos dia sangat rendah. Kalau yang dinding 4 keping
kita bagi RM3,000.00, saya rasa itu tidak adil juga. Itu untuk makluman Yang
Berhormat.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Siapakah pegawai penilai ini? Saya difahamkan kita tidak mengguna juruteknik
untuk menilai, kadang-kadang kita beri lump-sum begitu jer. Jadi, ialah macam
saya kata tadilah, memang rungutan daripada rakyat yang menerima ini tidak
cukup kadang-kadang nilai yang diberi itu tidak munasabah. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Buat
masa ini kita mengguna kaedah yang biasalah ia dinilai oleh pegawai dan
juruteknik dari Pejabat Daerah yang berkenaan. Sebelum pemilihan itu, ada
persetujuan di antara Pejabat ADUN atau Penyelaras DUN dan segala penilaian
dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Daerah yang berkenaan. Saya rasa
sekiranya ada yang tidak berpuas hati atas penilaian ini dan bayaran yang
dibuat kita boleh berunding melalui Pejabat Wakil Rakyat, Pejabat Penyelaras
dan juga Pejabat Daerah yang berkenaan. Saya ingat masalah boleh selesai.
Terima kasih di atas peringatan dan beberapa perkara yang kita memang tidak
sepatutnya berlaku. Kita akan perbetulkan insyaAllah. Terima kasih kepada
Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya persilakan Wakil Kuala Besut.
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua –
Berapakah bilangan GLC yang telah ditutup?
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
kepada soalan daripada Kuala Besut. Soalan yang sangat ringkas tapi sungguh
bermakna iaitu: Berapakah bilangan GLC atau Government Link Company yang
telah ditutup?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
114
Jawapannya ialah jumlah syarikat yang telah ditamatkan operasi di bawah
Kumpulan Terengganu Inc Sdn. Bhd. bagi tahun 2019 ialah dua buah syarikat.
Manakala jumlah syarikat yang sedang proses dibatalkan pendaftarannya
ataupun dalam bahasa mudahnya ialah ditutup juga ialah berjumlah 8 buah
syarikat. Sekian terima kasih.
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bila
melibatkan jumlah yang disebutkan oleh pihak Kerajaan tadi, jumlah GLC yang
telah ditutup itu, boleh tak maklumkan kepada kita sebenarnya berapa ramai
kakitangan dan juga staf yang terlibat yang kehilangan pekerjaan apabila GLC
ini ditutup dan adakah pihak Kerajaan telah merancang penyusunan semula
ataupun nak bagi kerja lain pula kepada staf atau kakitangan GLC yang telah
ditutup ini? Terima kasih.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih di atas soalan
tambahan Kuala Besut. Jumlah kakitangan yang terlibat dalam penutupan GLC
dan nasib mereka setakat ini terdapat 32 orang kakitangan yang terlibat dalam
penutupan dua GLC iaitu 17 orang dari Permint Bina Bahan Sdn. Bhd. dan
15 orang dari TI Food Ventures Sdn. Bhd. Di bawah Permint Bina Bahan Sdn.
Bhd. iaitu sebuah syarikat yang merupakan pengeluar bata merah
menggunakan kaedah tradisional, jumlah kakitangan yang telah ditamatkan
perkhidmatan pada Februari 2019 adalah seperti berikut iaitu staf yang
berstatus tetap seramai 5 orang, berstatus sementara seramai 12 orang,
kesemuanya 17 orang. Dan kesemua mereka ini telah diberi bayaran
pemberhentian pekerjaan di mana jumlah bayaran pemberhentian pekerjaan
kepada staf tetap 5 orang itu berjumlah sebanyak RM40,450 dan sementara
berjumlah RM35,539.00 dengan jumlah keseluruhan RM75,989.00. Manakala
yang di bawah TI Food Ventures Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat yang
mengendalikan Outlet Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam Kuala Terengganu,
tarikh akhir operasi outlet adalah pada 15 Julai 2019 baru-baru ini. Manakala
pekerja syarikat yang telah dirasionalisasikan seramai 15 orang itu telah
ditawarkan ke dalam syarikat-syarikat GLC yang lain iaitu 10 orang untuk yang
tetap itu di mana 2 orang telah ditawarkan dengan pekerjaan baru dengan
syarikat lain di bawah Terengganu Inc., satu orang telah ditawarkan pekerjaan
baru oleh EPIC Bhd. dan satu orang lagi telah ditawarkan dalam TI Properties
Sdn. Bhd. Lapan orang yang tetap tadi akan dipinjamkan secondment ke entiti
berikut- Terengganu Inc. - 2 orang, TI Properties Sdn. Bhd. - 2 orang,
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
115
Permai Hotel - 2 orang, manakala TD 1303 seramai 2 orang. Manakala 5 orang
staf kontrak, 1 orang ditawarkan pekerjaan baharu dengan TI Properties Sdn.
Bhd. dan 4 orang akan dipinjamkan secondment ke entiti di Permai Hotel
seramai 1 orang dan Primula Beach Hotel seramai 3 orang. Manakala syarikat
yang menguruskan Chicken Cottage iaitu di bawah TI Global Food Management
Limited yang beroperasi di Kuala Lumpur, syarikat ini akan diberhentikan
operasinya pada 31 Julai atau akhir bulan ini, di mana jumlah pekerja yang
terlibat dengan pemberhentian pekerjaan adalah seperti berikut iaitu staf tetap
seramai 6 orang dengan anggaran jumlah bayaran pemberhentian pekerjaan
RM142,000.00
Manakala jumlah GLC lain yang masih dalam penilaian untuk ditutup saya ambil
kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia adalah
antaranya ialah GLC yang domain dan tidak beroperasi yang sedang dalam
proses penilaian sama ada akan mengalami proses winding up dengan izin
atau digunakan sebagai SPV atau Special Purpose Vehicles dengan izin bagi
perniagaan baru yang berjumlah 39 buah syarikat keseluruhannya. Sekian
terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Sekarang saya persilakan Wakil Rantau Abang, cuma saya minta oleh kerana
soalan ini melibatkan banyak sektor dapat diringkaskan jawapannya.
Dipersilakan.
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya ialah soalan nombor satu –
Apakah bentuk bantuan Kerajaan dalam usaha memajukan
sektor pertanian, perikanan dan penternakan kepada
pengusaha-pengusaha temaptan Negeri Terengganu?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Yang
Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Abang. Soalan
yang umum dan sebahagian daripada bantuan kepada sektor pertanian,
penternakan perikanan sudah dijawab beberapa kali dalam sesi-sesi yang
sebelum ini dalam jawapan ini saya fokus kepada satu yang belum disentuh
iaitu Pembangunan Tanah Terbiar. Sebagaimana yang kita maklum,
Terengganu mempunyai lebih daripada 10 ribu hektar lagi tanah terbiar dan
sebenarnya kita mempunyai insentif dari segi Pembangunan Tanah Terbiar
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
116
sebanyak kadar maksimumnya RM20,000.00 untuk satu hektar yang boleh
digunakan untuk tujuan pembersihan kawasan, penyediaan sistem perparitan,
membeli utiliti sama ada baja, racun, anak pokok dan sebagainya sehinggalah
kepada peringkat pemasaran. Dan untuk tahun 2019, Jabatan Pertanian
memperuntukkan sebanyak RM410,000.00 bagi Program Pembangunan Tanah
Terbiar dan untuk makluman Dewan yang mulia, Bahagian Perancangan
Strategik, Jabatan Pertanian Malaysia memaklumkan bahawa negeri kita
Terengganu memiliki seramai 1,051 orang pengusaha tanah terbiar dan kita
merupakan negeri yang kedua dari segi kejayaan membangunkan tanah terbiar
selepas daripada Negeri Pahang yang memiliki seramai 1,130 orang. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan
tambahan saya yang pertama ialah saya nak fokus kepada tanaman nanas MD2
yang menjadi fokus kepada pertanian Kerajaan Negeri terutama sekali kepada
anak muda. Jadi soalan sayanya ialah apakah insentif disediakan yang boleh
membantu penanam nanas variety premium ini?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih sekali
lagi Yang Berhormat Rantau Abang, tanya lepas ini balik kena tanamlah jangan
tanya sahaja. Untuk industri Nanas MD2 itu tadi…..
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Cabaran itu Yang Berhormat. Cabaran
kepada Yang Berhormat Rantau Abang tadi.
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Tanam lima pokok
jer dulu takpe. Untuk tanaman Nanas MD2, bantuan kita bagikan kepada dua
kategori. Yang pertama, untuk pengusaha komersial. Pengusaha komersial
sama ada melibatkan orang perseorangan, koperasi, kelompok ataupun syarikat
dengan keluasan maksimum 10 ekar. Jadi untuk pengusaha kategori komersial,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia menyediakan bantuan dalam bentuk
sulur. Sulur untuk Nanas MD2 ini, harga dia agak mahal berbanding dengan
sulur biasa sekitar RM1.50 untuk satu sulur berbanding dengan sulur nanas
biasa sekitar 20 sen, 30 sen sahaja. Dan untuk keluasan 10 hektar, Lembaga
Nanas menyediakan bantuan sulur sebanyak 200,000 sulur bermakna dengan
makna satu ekar 20,000. Cuma pengusaha perlu deposit sebanyak RM15,000
untuk jaminan pemulangan benih dan apabila pokok Nanas MD2 ini
mengeluarkan sulur, biasanya untuk satu pokok boleh dikeluarkan antara 5
hingga 7 sulur. Satu daripada sulur perlu dipulangkan kembali kepada Lembaga
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
117
Perindustrian Nanas dalam konsep pawah dan apabila dipulangkan, wang
jaminan RM15,000 akan dikembalikan.
Bagi kategori pengusaha kecil yang melibatkan orang perseorangan atau
kelompok dengan keluasan di antara 1 hektar hingga 3 ekar, jumlah sulur yang
dibekalkan bagi setiap 1 ekar 17,000. Dia ada sikit beza dari segi kepadatan
untuk komersial, kita padatkan sikit. 20,000 untuk 1 ekar untuk pengusaha
kecil, 17,000 sahaja dan bantuan sulur ini dia akan diberikan tanpa perlu
cagaran dan tak perlu dipulangkan. Ambil saja bukan pawah. Okey, terima
kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Cukup Yang Berhormat deh. Saya nak
persilakan apa nama ini, oleh kerana DUN Bandar telah dijawab sekaligus oleh
Yang Berhormat Ladang tadi, saya nak persilakan Wakil Pengkalan Berangan.
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Cukup dah
satu soalan tadi?
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Padan dah sebab masa tidak
mengizinkan.
YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang
di-Pertua, soalan nombor dua -
Berapakah jumlah pekerjaan yang diwujudkan oleh
Kerajaan Negeri bermula dari bulan Jun 2018 hingga Mei
2019?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN
Pengkalan Berangan yang bertanya soalan yang berbunyi: Berapakah jumlah
pekerjaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bermula Jun 2018 sehingga
Mei 2019?
Sebenarnya soalan ini telah terkandung dalam jawapan pada EXCO
Perindustrian tadi. Sebanyak 581 peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada
Jun 2018 sehingga Mei 2019. Terima kasih.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
118
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih.
YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):
Terima kasih kepada jawapan daripada Yang Berhormat Kota Putera. Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah: Kita sedia
maklum bahawa Negeri Terengganu ini antara negeri yang sumber pendapatan
terbesar ialah dari hasil daripada petroleum dan mutakhir ini kita mendapati
bahawa banyak industri-industri hiliran yang berasaskan petroleum ini telahpun
orang kata pindah keluar daripada Terengganu sehinggakan ramai di kalangan
anak muda kita terpaksa berhijrah daripada bumi Terengganu mencari peluang-
peluang pekerjaan di tempat-tempat lain. Jadi kita mohon kepada pihak
Kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang tertentu bagi memastikan
Kerajaan Negeri ataupun bagi memastikan pihak Kerajaan dapat mengambil
tindakan yang lebih drastik untuk membangunkan industri hiliran berasaskan
petroleum bagi menyediakan peluang-peluang pekerjaan khususnya kepada
anak muda Negeri Terengganu. Sekian.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Yang Berhormat, tak ada
apa kan?
YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Tak
ada apa. Sebagai maklumanlah,makluman. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli
Yang Berhormat sekalian, saya kira untuk soalan-soalan yang dikemukakan
pada hari ini saya telah dapat melengkapkan semua atau telah dijawab oleh
pihak Kerajaan melainkan yang lebih daripada satu soalan, ini akan dijawab
secara bertulis dan saya ingat amalan kita menambahkan masa Soalan Lisan ini
bukan semestinya menjadi satu precedent, ini tertakluk kepada urusan kerajaan
dan juga pertimbangan-pertimbangan yang lain, tapi sekurang-kurangnya apa
yang kita buat pada hari ini ialah bagi memberikan peluang kepada Yang
Berhormat tidak terkilan setiap kali persidangan boleh mengemukakan soalan
secara yang teratur.
Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan Sidang Dewan
Undangan Negeri kita ini. Sila Setiausaha.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019
119
TANGGUHAN
SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI: Perkara berikut ialah Tangguhan.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang
di-Pertua Dewan, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan
ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Menteri Besar
dan Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan Sidang Dewan kita ini,
saya terlebih dahulu mengambil peluang dan kesempatan untuk mengucapkan
terima kasih di atas kerjasama Yang Berhormat menjayakan Sidang kita. Saya
juga pohon maaf di atas apa-apa kekurangan.
Dan sebelum Persidangan Dewan kita ini ditangguhkan, saya ingin
memaklumkan iaitu suatu Majlis Pelancaran Kad Sejahtera Terengganu yang
akan diadakan sebaik sahaja Sidang Dewan ini ditangguhkan di Perkarangan
U2, satu lagi projek ataupun program sebagaimana dalam Manifesto dapat
dilaksanakan. Semua Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dijemput hadir
ke majlis tersebut.
Sebaik sahaja selesai Majlis Pelancaran semua Ahli Yang Berhormat dan Ketua-
ketua Jabatan dijemput untuk Jamuan Makan Tengahari yang dihoskan oleh
Yang di-Pertua Dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput macam biasa di Damai
Lounge dan Ketua-ketua Jabatan di Perkarangan U2.
Sekarang saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh
yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita tangguhkannya
dengan membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.05 TENGAH HARI.
LAMPIRAN
JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGI
MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 15 DAN 16 JULAI 2019
120
MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.1
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM ADUN TEPOH
SOALAN 1 : Pohon dinyatakan jumlah hutang Kerajaan Negeri dengan
Kerajaan Persekutuan bagi tahun kewangan yang berakhir
2017, 2018 dan status baki hutang semasa?
JAWAPAN : Jumlah hutang Kerajaan Negeri dengan KerajaanPersekutuan bagi tahun kewangan berakhir 2017 adalah berjumlah RM906,942,517.85 manakala tahun 2018 berjumlah RM733,129,563.52. Status baki hutang semasa sehingga 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM480,820,855.97.
SOALAN 2 : Pohon dinyatakan jumlah pelaburan di setiap daerah sejak tahun 2017 hingga sekarang dan senarai nama syarikat pelabur (asing dan tempatan) serta insentif galakan yang ditawarkan Kerajaan Negeri?
JAWAPAN : Jumlah pelaburan di setiap daerah sejak tahun 2017 hingga Mac 2019 dan senarai industri (asing dan tempatan)
No Daerah Pelaburan Domestik
(RM) Pelaburan Asing
(RM) JumlahPelaburan
1 Kemaman 208,109,710 4,668,108,377 4,876,218,087
2 Dungun 35,797,732 0 35,797,732
3 Marang 4,424,165 0 4,424,165
121
4 Kuala Terengganu 18,281,136 0 18,281,136
5 Hulu Terengganu 49,391,647 0 49,391,647
6 Kuala Nerus 980,000 0 980,000
7 Besut 53,187,527 0 53,187,527
8 JUMLAH 370,171,917 4,668,108,377 5,038,280,294
Bil Jabatan/Agensi Jumlah Perbelanjaan (RM)
1 SUK ( Kerajaan Tempatan ) 13,920,288.00
2 Ketengah 145,776.48
3 JKR Negeri 64,223,156.27
4 JKR Besut 1,087,847.31
5 JKR Dungun 991,107.19
6 JKR Hulu Terengganu 995,811.63
1. Kerajaan Negeri memperkenalkan insentif-insentif pelaburan yang menarik kepada pelabur;
i) Diskaun ke atas premium tanah antara 10% - 50% ke atas pelabur yang layak.
ii) Pembayaran premium tanah secara ansuran selama setahun.
iii) Rebat sehingga 30% ke atas premium tanah kepada pelabur yang melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan.
SOALAN 3 : Pohon dinyatakan senarai perbelanjaan MARRIS mulai Januari 2018 - Jun 2019 dan sila nyatakan jumlah pecahan perbelanjaan mengikut daerah?
JAWAPAN : Perbelanjaan MARRIS mulai Januari hingga Disember 2018 adalah berjumlah RM162,041,896.11 seperti mana pecahan berikut:
122
7 JKR Kemaman 969,141.61
8 JKR Kuala Terengganu 4,615,583.57
9 JKR Marang 1,767,743.72
10 JKR Setiu 1,113,886.69
11 Pejabat Daerah Besut 8,321,2166.29
12 Pejabat Daerah Dungun 5,421,268.68
13 Pejabat Daerah Hulu Terengganu 7,012,286.99
14 Pejabat Daerah Kemaman 7,041,076.08
15 Pejabat Daerah Kuala Terengganu
7,495,571.68
16 Pejabat Daerah Marang 3,266,575.61
17 Pejabat Daerah Setiu 4,126.385.38
18 Pejabat Daerah Kuala Nerus 27,988,608.75
19 JabatanPengairan dan Saliran 1,538,514.18
JUMLAH 162,041,896.11
Bil Jabatan/Agensi Jumlah Perbelanjaan (RM)
1 SUK ( Kerajaan Tempatan ) 7,238,807.57
2 Ketengah 0.00
3 JKR Negeri 39,281,017.89
4 JKR Besut 111,702.50
5 JKR Dungun 488,734.50
6 JKR Hulu Terengganu 84,984.24
7 JKR Kemaman 232,001.20
8 JKR Kuala Terengganu 558,741.95
9 JKR Marang 204,420.00
10 JKR Setiu 225,701.00
11 Pejabat Daerah Besut 1,959,847.95
Perbelanjaan MARRIS sehingga 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM64,968,563.09 seperti mana pecahan berikut:
123
12 Pejabat Daerah Dungun 815,820.99
13 Pejabat Daerah Hulu Terengganu
1,032,221.03
14 Pejabat Daerah Kemaman 2,242,738.34
15 Pejabat Daerah Kuala Terengganu
3,820,096.53
16 Pejabat Daerah Marang 2,068,069.19
17 Pejabat Daerah Setiu 1,149,080.91
18 Pejabat Daerah Kuala Nerus 2,937,787.05
19 JabatanPengairan dan Saliran 516,790.25
JUMLAH 64,968,563.09
SOALAN 4 : Pohon dinyatakan berapakah jumlah pengunjung Muzium Negeri bagi tahun 2017, 2018 dan sehinggan Jun 2019? Apakah pula usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan fungsi Muzium Negeri?
JAWAPAN :
STATISTIK KUNJUNGAN KE KOMPLEKS MUZIUM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017-2019
BULAN TAHUN
2017 2018 2019
JAN 11540 4956 12928
FEB 6423 13772 10474
MAC 15728 18096 29408APRIL 10397 8297 9434
MAY 9623 4866 4328
JUN 4509 7406 -
JULAI 7606 12332 -
OGOS 11109 14410 -
SEPT 8334 21445 -
OKT 13960 16635 -
NOV 12098 17464 -
DIS 19220 19958 -
KESELURUHAN 130,547 159,637 66,572
124
USAHA UNTUK MENINGKATKAN FUNGSI MUZIUM
Dalam usaha meningkatkan fungsi muzium, pelbagai
pemerkasaan dalam aspek bidang permuziuman seperti
etnologi, maritim, sejarah dan konservasi sedang dan telah
dilaksanakan seperti meningkatkan kemahiran para
penyelidik, pengumpulan data yang lebih lengkap dan
efisyen serta mendekatkan muzium dengan orang ramai
dalam usaha untuk menanam dalam jiwa dan hati setiap
rakyat Terengganu khususnya agar mencintai sejarah
bangsa dan budaya sendiri.
SOALAN 5 : Pohon dinyatakan statistik aduan yang diterima pihak MBKT
bagi tahun 2018 mengikut jenis aduan dan cara
penyampaian aduan ini diketengahkan serta SOP (Standard
of Procedure) MBKT dalam menanggani aduan tersebut?
JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(b) Peraturan-Peraturan
dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri
Terengganu
125
MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.2.
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI ADUN BATU BUROK
SOALAN 1 : Apakah status terkini projek perumahan terbengkalai Kampung Tok Adis, Batu Buruk dan adakah kerajaan berhasrat untuk membina rumah mampu milik dalam DUN Batu Buruk pada masa akan datang?
JAWAPAN : Projek Perumahan Tok Adis akan dilaksanakan semula dengan kaedah pembangunan bercampur termasuk Rumah Mampu Milik. Status terkini adalah pemaju yang dilantik dalam proses untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2020.
Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan untuk pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) dalam kawasan berkenaan sekiranya tanah kerajaan yang bersesuaian dapat dikenal pasti.
SOALAN 2 : Berapakah jumlah anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dan apakah prestasi dan keuntungan dalam tempoh 2017-2019?
JAWAPAN : 1. Jumlah anak syarikat di bawah Kumpulan Terengganu
Inc ialah 81 buah anak syarikat dimana kepentingannya
melebihi 50% pegangan ekuiti termasuk pegangan di
dalam Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad
(EPIC) dan anak syarikatnya.
126
2. Prestasi Kumpulan Terengganu Inc bagi tahun 2017
hingga Mac 2019 berdasarkan penunjuk kewangan
utama adalah seperti berikut:
Tahun
FY2017
(Dinyatakan
semula)
(RM ‘000)
FY2018
(RM ‘000)
2019
(RM ‘000)
(Jan-Mac)
Pendapatan 1,019,328 974,430 231,323
Keuntungan kasar 366,480 253,816 65,808
(Kerugian)/ Keuntungan
sebelum cukai 27,300 (49,344) 21,085
(Kerugian)/keuntungan
bersih (30,869) (64,865) 14,075
Kerugian bersih berjumlah RM64.8 juta berikutan
penurunan dalam hasil sebanyak 4.4% atau RM44.9
juta dari RM1.0 billion kepada RM974.4 juta dalam
tahun 2018. Selain daripada itu, terdapat juga
peningkatan dalam perbelanjaan operasi sebanyak
RM10.0 juta dan peningkatan dalam kos pelunasan
(impairment cost) sebanyak RM37 juta dalam tahun
2018.
Hasil utama Kumpulan Terengganu Inc adalah
disumbangkan oleh sektor perladangan. Sektor
perladangan secara umumnya mengalami penurunan
dalam harga CPO pada tahun 2018.Harga purata CPO
pada tahun 2018 ialah RM2,225/MT berbanding dengan
RM2,749/MT harga purata tahun 2017. Kesan
penurunan harga CPO ini turut sama dialami oleh
syarikat dalam sektor perladangan yang lain seperti
FGV Holding Berhad dan TH Plantation Berhad.
127
TAHUN
TUNGGAKAN BAYARAN BALIK
POKOK (RM) FAEDAH (RM) JUMLAH (RM) (RM)
2014 398,899,321.85 24,432,531.51 423,331,853.36
61,047,512.77
2015 439,888,926.97 25,541,817.95 465,430,744.92
9,333,649.28
2016 477,345,641.07 25,010,296.44 502,355,937.51
15,097,485.04
2017 512,022,118.45 24,059,524.00 536,081,642.45
14,704,254.89
2018 396,265,021.97 25,859,650.33 422,124,672.30
176,689,437.27
2019 (SEHINGGA
MEI) 174,929,716.44 1,116,320.45 176,046,036.89
253,425,028.00
JUMLAH 530,297,367.25
Walaubagaimanapun, penurunan dalam sektor
perladangan sebanyak RM84 juta pada tahun 2018,
ditampung oleh kenaikan positif oleh sektor penjagaan
kesihatan (healthcare) sebanyak RM26 juta, sektor
perkayuan sebanyak RM8.4 juta dan pendapatan dari
sektor yang lain.
SOALAN 3 : Sila senarai berapakah jumlah tunggakan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sejak 5 tahun yang lalu dan nyatakan jumlah tunggakan hutang yang telah berjaya dibayar sehingga 2019?
JAWAPAN : Jumlah tunggakan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sejak 5 tahun yang lalu dan jumlah tunggakan hutang yang telah berjaya dibayar sehingga 2019 adalah seperti berikut:-
128
SOALAN 4 : Apakah KPI yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan pertanian Terengganu?
JAWAPAN : KPI yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dalam
pembangunan pertanian Negeri Terengganu adalah melalui
Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Terengganu 2019-2023.
Ini bagi mentransformasikan pertanian Terengganu ke arah
pemerkasakan sumber baharu, peningkatan hasil keluaran
Negeri dan Negara secara holistik bagi menjamin
keselamatan makanan serta menjadikan pertanian sebagai
perniagaan berdasarkan kepada 6 teras strategik
sebagaimana berikut:
1. Mengukuhkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) sektor pertanian, penternakan dan
perikanan secara komprehensif dan mampan.
2. Memperkasakan produk pertanian Terengganu yang
berkualiti dan berpotensi tinggi
3. Teknologi dan inovasi sebagai pemangkin produktiviti
dan peningkatan kualiti hasil.
4. Merekayasa industri asas tani dalam mengoptimumkan
penghasilan produk yang berdaya saing.
5. Memacu sektor penternakan sebagai satu bidang
kerjaya.
6. Memperkukuh masyarakat yang saksama melalui
program secara inklusif.
Enam (6) teras strategik sebagaimana di atas akan
dilaksanakan melalui sektor dan kluster yang telah
dikenalpasti dengan sasaran sebagaimana yang berikut:
129
Bil. Sektor Kluster Sasaran Indikator Sasaran
Tahun Sasaran
1. Pertanian Padi Keluasan kawasan bertanam dua kali
setahun bertambah dengan adanya
pembinaan dan penyelenggaraan
infrastruktur sistem pengairan dan saliran.
10,000 ha bertanam
dua kali setahun
(7,417 ha bertanam
2 kali setahun
semasa
2019- 2023
2. Pertanian Lebah dan
Kelulut
Penternakan dibuat mengikut SOP
Amalan Pertanian Baik (MyGAP) yang
betul.
200 orang 2021-2023
3. Pertanian Tanaman
Buah, Sayur
dan Kontan
Menyediakan dan Menaiktaraf
infrastruktur ladang dan insentif input
pertanian
keluasan 150 (Ha) 2020-2022
4. Pertanian Melon Manis
Terengganu
(MMT)
Pengeluaran 48,000
49,000
50,000
51,000
52,000
(tan)
2019
2020
2021
2022
2023
5. Pertanian Terengganu
Golden Corn
Menambah usahawan dan mepelbagai produk hiliran TGC
5 orang usahawan 2019-2023
1. Kordial
2. Krim
3. Kuih-muih
6. Penternakan Unggas Pengwujudan Ladang Ternakan Unggas Yang Lebih Mesra Alam Dan Mesra Pengguna melalui Kempen Kesedaran Dan Perlesenan Ladang Unggas
9 kali
141 BuahLadang
2019-2023
7. Penternakan Kambing
Tenusu
Meningkatkan Populasi Ternakan
Kambing Tenusu Di Negeri Terengganu
melalui Perolehan Induk Dan Pejantan
Kambing Tenusu Sannen Kacukan
500 Ekor Induk
/setahun
25 ekor pejantan
setahun
2019-2023
130
8. Penternakan Burung walit Meningkatkan pengeluaran sarang 50 buah 2019-2023
9. Penternakan Rusa Meningkatkan Baka Rusa Berkualiti Dan
Membangun-kan Industri Rusa dengan
membangunkan rezab penternakan rusa
Membangun Kan
250 Ekar Rezab
2019-2023
10. Penternakan Lembu Sado Meningkatkan Pengeluaran Daging Dan
Meningkatkan Pendapatan Pengusaha
Menerusi Penternakan Lembu Sado
dengan Perolehan Induk Pengganda
200 ekor/tahun
10 orang/ daerah
2019-2022
11. Penternakan Arnab Peningkatan Populasi Induk Baka 4 Pengeluar Baka
Arnab
2019
12. Penternakan Puyuh Pembangunan Kawasan Padang Ragut
Untuk Penternakan Puyuh
20 Ekar (4
Penternak)
2019-2020
13. Perikanan Benih ikan air
tawar
Meningkatkan kapasiti pengeluaran benih
ikan air tawar Pembangunan pusat
pembenihan dan asuhan ikan air tawar
1 buah, 5 juta ekor 2020
14. Perikanan Ikan marin
(Siakap dan
Kerapu
hybrid)
Meningkatkan kapasiti pengeluaran benih
ikan marin (Siakap dan Kerapu hybrid)
dengan pembangunan induk Siakap
berkualiti kepada pengusaha hatchery
sedia ada.
3 orang 2020
15. Perikanan Meningkatka
n sumber
perikanan
Pembangunan tukun tiruan 5 tapak 2019-2023
SOALAN 5 : Berapakah jumlah Dana Usahawan Belia yang telah dibelanjakan dalam tempoh 2018-2019 dan senaraikan usahawan yang telah dibantu oleh Kerajaan Negeri mengikut DUN?
JAWAPAN : DITOLAK menurut perkara 26 (4A)(b) Peraturan-Peraturan
dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri
Terengganu.
131
MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 APRIL 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.3.
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI ROSLEE BIN DAUD WAKIL BUKIT BESI
SOALAN 1 : Sila nyatakan jumlah mereka yang mendapat manfaat melalui “Tabung Darul Iman” sejak Mei 2018 sehingga kini dan berapa nilai peruntukan yang telah digunakan?
JAWAPAN : Jumlah mereka yang mendapat manafaat melalui Tabung Darul Iman sejak Mei 2018 sehingga kini adalah berjumlah 6,146 orang penerima, manakala nilai peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak RM 7,176,313.73. Pecahan penerima bantuan Tabung Darul Iman bagi setiap kategori bantuan yang ditawarkan:
BIL KATEGORI BANTUAN JUMLAH
PENERIMA
JUMLAH PERBELANJAAN
(RM)
1 Bantuan Musibah 628 2,029,214.31
2 Bantuan Sara Diri Tahunan 3774 2,385,500.00
3 Bantuan Perubatan 601 1,395,135.27
4 Bantuan Susu Dan Lampin
Pakai Buang 1143 1,366,464.15
JUMLAH KESELURUHAN 6,146 7,176,313.73
132
SOALAN 2 : Isu kenaikan harga barang nampaknya berlarutan terutama pada musim perayaan Aidilfitri yang lalu.
a) Berapa banyakkah peniaga yang telah dikenakan tindakan kerana kesalahan yang berkaitan kenaikan harga barang sepanjang musim perayaan yang lalu.
b) Apakah langkah-langkah kerajaan dalam menangani masalah tersebut.
c) Menurut kerajaan, apakah punca kepada berlakunya kenaikan tersebut seperti ikan dan sayur-sayuran.
JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.
133
MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 JULAI HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.4
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK ADUN SURA
SOALAN 1 : Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan
dalam membudayakan kehidupan bersyariat kepada
masyarakat Islam di Negeri Terengganu?
JAWAPAN : Berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil oleh
Kerajaan dalam membudayakan kehidupan bersyariat kepada
masyarakat Islam di Negeri Terengganu oleh agensi-agensi
yang terlibat :
a. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh
Kerajaan dalam membudayakan kehidupan bersyariat
kepada masyarakat Islam di Negeri Terengganu
adalah:
a) Mengadakan majlis-majlis ilmu dimasjid dan surau;
b) Mengadakan kempen solat sunat dhuha;
c) Mengadakan kempen galakan berpuasa;
d) Mengamalkan kehidupan patuh syariah; dan
e) Membudayakan ilmu di peringkat pra-sekolah, sekolah Rendah islam Darul Iman (SRIDI), sekolah-sekolah tahfiz, pondok dan madrasah.
134
b) Yayasan Islam Terengganu
Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan
Negeri Terengganu dalam membudayakan kehidupan
bersyariat kepada masyarakat Islam di Negeri Terengganu
ialah sepertimana berikut:
1) Menyemarakkan kegiatan keilmuan melalui pelbagai keagamaan seperti Bulan Penghayatan Ibadat Solat,Program Madinah Ramadan, Itqan Muluk bi Ta’dil As Suluk, Penghayatan Hari Arafah dan lain-lain.
2) Memperluas jaringan kerjasama antara agensi dan badan bukan kerajaan NGO, iaitu pelbagai program usahasama dalam memartabatkan syariat Islam seperti Street Dakwah dan lain-lain.
3) Mewujudkan kesatuan ummah melalui program yang mengikat silaturrahim antara masyarakat tanpa mengira fahaman seperti Karnival Sejahtera.
4) Mengukuhkan hubungan antara Ulama’ dan
Umara’ serta masyarakat setempat dengan
program bicara tokoh agama dan lain-lain.
5) Pasakkan tarbiyyah ruhiyyah dikalangan penjawat awam melalui program tazkirah bulanan disemua pejabat kerajaan dengan pengamatan solat sunat Dhuha dan tazkirah.
SOALAN 2 : Berapakah jumlah sukarelawan penguatkuasa jabatan agama
yang dilantik oleh Kerajaan mengikut pecahan Daerah dan
bilakah ianya akan berkuatkuasa?
JAWAPAN : Berdasarkan peruntukan Seksyen 56 (1A) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001:-
135
56. (1A) Walau apa pun yang diperuntukkan di dalam subseksyen (1), Majlis boleh, jika perlu, melantik mana-mana orang sebagai Pegawai Penguatkuasa Syariah untuk menjalankan tangkapan tetapi pegawai tersebut tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun- rukun Agama Islam.
Setakat ini, JHEAT telah melantik seramai 95 orang Pegawai
Penguatkuasa Syariah (Sukarela) mengikut pecahan daerah.
DAERAH JUMLAH
KUALA TRG 22
KEMAMAN 19
DUNGUN 13
BESUT 12
HULU TRG 4
MARANG 19
SETIU 6
JUMLAH 95
Lantikan ini telah pun berkuatkuasa pada 1 Julai 2019 yang
lalu.
SOALAN 3 : Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri
bagi kerja-kerja pembaikian masjid-masjid mengikut pecahan
Daerah bagi tahun 2018 dan 2019?
JAWAPAN : Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja pembaikian masjid-masjid mengikut pecahan daerah bagi tahun 2018 dan 2019 adalah sepertimana di Lampiran A. Peruntukan yang diterima bagi tahun 2019 adalah sehingga Jun 2019 sahaja.
136
LAMPIRAN A
PERUNTUKAN P02-30930 (PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN MASJID/SURAU)
Bil. Daerah Peruntukan (RM)
2018 2019
1. Kuala Terengganu
337,000 100,000
2. Kemaman 100,000 20,000
3. Dungun 100,000 -
4. Besut 255,000 250,000
5. Hulu Terengganu 70,000 -
6. Marang - -
7. Setiu 420,000 -
8. Kuala Nerus 50,000 -
JUMLAH 1,332,000 370,000
SOALAN 4 : Apakah pihak Kerajaan telah mengenalpasti masalah-masalah
utama dikalangan Belia remaja Negeri Terengganu (Dadah,
rempit, pergaulan bebas, khalwat dan lain-lain) dan apakah
usaha-usaha mengatasinya?
JAWAPAN : Kerajaan Negeri telah mengenalpasti masalah-masalah utama
dikalangan Belia Remaja Negeri Terengganu. Oleh itu, Kerajaan
Negeri telah berusaha mengatasi masalah-masalah tersebut
dengan mengambil langkah berikut :
A. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT):
i) Memberi pendidikan kepada belia remaja :
a) Memberi penerangan Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kepada pelajar
sekolah, IPT, pengusaha hotel dan komuniti.
137
b) Mengadakan kempen pencegahan Jenayah Syariah
melalui papan tanda, pamphlet, flyers dan hebahan di
masjid-masjid (diedar dan dilaksanakan oleh unit
Penguatkuasaan Daerah).
c) Mengadakan pecegahan dan khidmat nasihat bagi
memberi kesedaran kepada golongan yang terlibat
dalam kesalahan jenayah syariah.
ii) Melaksanakan penguatkuasaan dengan :
a) Mengadakan operasi Penguatkuasaan bersama
agensi terpilih dilokasi ‘hotspot’.
b) Mengadakan rondaan pemantauan dan pencegahan
dari masa ke semasa (dilaksanakan oleh unit
Penguatkuasaan daerah).
B. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) :
i) Menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan secara
sukarela di AADK.
ii) Mengadakan pemeriksaan urin mengejut setiap tahun di
sekolah menengah yang telah ditetapkan oleh JPNT.
iii) Mengadakan program Sayangi Hidup Elak Dadah
Selamanya (SHIELDS) selama empat (4) hari untuk
memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan
dadah.
138
C. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
(YPKT) :
i) Program “TAKLIF” (Pemantapan Tanggungjawab
Ibubapa & Anak-anak)
Tujuan program ini adalah bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada anak-anak tanggungjawab sebagai
khalifah pewaris legasi anak Terengganu. Program ini
telah dijalankan semenjak tahun 2007 dengan jumlah
pelaksanaan program 333 kali. Pada tahun ini,
program “TAKLIF” telah dijalankan di 10 buah sekolah
dan akan baki 22 buah sekolah akan dilaksanakan dalam
masa terdekat.
ii) Program Generasi Islah Falah Terengganu
“Ingat Sebelum Terkena”
Program ini dilaksanakan bertujuan adalah sebagai
langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya
kes-kes salah laku dan member panduan kepada remaja
/ pelajar dari mudah tertipu. Program ini telah bermula
semenjak tahun 2009 dengan pelaksanaan keseluruhan
adalah sebanyak 1,420 program. Bagi tahun 2019,
program ini akan dilaksanakan pada bulan Ogos dengan
pendekatan secara motivasi kepada pelajar sekolah
tingkatan 1 oleh kaunselor sekolah / penceramah dari
agensi /Jabatan.
D. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
i) Tempat perlindungan :
Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
139
ii) Pusat advokasi :
Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada
masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.
iii) Pusat sumber :
Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.
iv) Pusat Pembelajaran :
Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.
v) Pusat Intervensi Krisis :
Menyediakan sesi kaunseling.
vi) Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi :
Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.
140
MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.5
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD RAHMAN ADUN KUALA BESUT
SOALAN 1 : Apakah usaha pihak Kerajaan untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Kenyir?
JAWAPAN : Di antara usaha pihak kerajaan untuk meningkatkankedatangan pelancong ke Kenyir adalah sebagaimana berikut :
1. Mewujudkan signature event contohnya Festival Kenyir, Kenyir Bird & Nature Quest, ASEAN Monsoon Casting Tournament, International Fly Fishing dan lain-lain.
2. Memperkasakan produk sediaada dan membangunkan produk baru seperti pokok melunak, Gua Bewah, Kenyir Island Hopping, Kenyir Hornbill Valley dan lain-lain.
3. Promosi melalui media cetak (akhbar, majalah, langganan keluaran khas ) dan elektronik.
4. Promosi melalui media sosial - Instagram & facebook: Beautiful Terengganu Malaysia dan Tourism Ketengah, web dan lain - lain.
5. Mengadakan familiarisation trip secara berkala yang melibatkan agensi pelancongan, media cetak dan elektronik, bloggers, insta famous, badan2 korporat dan lain - lain.
141
6. Pembangunan pakej-pakej pelancongan yg kreatif, inovatif dan value for money seperti pakej santai bersama ikan kelah, pakej abseiling & flying fox, meeting in the jungle, company retreat dan lain-lain.
7. Tasik Kenyir sebagai lokasi acara oleh pihak swasta, membuat penggambaran filem dan lain-lain.
8. Meningkatkan kolaborasi di antara agensi kerajaan, Persatuan, dan badan-badan NGO serta penggiat-penggiat pelancongan.
SOALAN 2 : Apakah perancangan pihak Kerajaan dalam meningkatkan peluang pekerjaan di Negeri Terengganu?
JAWAPAN : Kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu. Ini dapat dilihat dengan pengwujudan manifesto negeri yang akan menyasarkan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 4 tahun sehingga tahun 2023. Semua sektor yang terdiri daripada Kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta perlu menyumbang untuk bersama menjayakan manifesto ini. Untuk ini, satu jawatankuasa kerja khas (task force) diwujudkan untuk mengenalpasti peluang dan ruang yang ada bagi Kerajaan Negeri menyediakan peluang pekerjaan ini samada di sektor kerajaan atau pun swasta. Berikut adalah industrI dan juga pelaburan baharu yang dijangka akan menyumbang peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu:
BIL INDUSTRI PEMBUATAN PELUANG
PEKERJAAN JANGKAAN OPERASI
1 Kimia Produk Bioteknologi 600 Telah beroperasi
2 Pertanian Jagung Hybrid 200 Telah beroperasi
3 Polimer Sarung Tangan NBR (Nitrile Butadine Rubber)
4,000 Telah beroperasi
4 Silika Produk berasaskan silika 7,200 Jun 2023
JUMLAH 12,000
142
SOALAN 3 : Rakyat Terengganu ramai mempunyai pelbagai kepakaran tetapi berkhidmat di luar Negeri Terengganu, apakah usaha pihak kerajaan untuk memberi ruang dan peluang mereka berkhidmat di negeri kelahiran mereka iaitu Terengganu Darul Iman?
JAWAPAN : Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai rakyat Terengganu yang mempunyai pelbagai kepakaran dan berkhidmat di luar negeri. Mereka berkhidmat di dalam sektor kerajaan persekutuan mahupun sektor swasta yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.
Untuk memberikan peluang kepada mereka berkhidmat di negeri ini, Kerajaan Negeri mengenalpasti salah satu daripada langkah yang boleh diambil adalah dengan mengawal dan memantau keseluruhan rantaian ekonomi bagi mana-mana industri yang berpotensi di negeri Terengganu.Sebagai contoh, bagi industri petroleum dan gas, Kerajaan Negeri dengan kerjasama PETRONAS sentiasa berusaha memastikan rantaian ekonomi sehingga kepada produk akhir berasaskan petroleum dan gas dihasilkan di dalam negeri Terengganu. Produk-produk lain yang mengguna pakai bahan mentah dari petroleum dan gas juga boleh berkembang seperti yang kita dapat lihat di Taman Biopolimer Kertih yang terletak bersebelahan dengan Loji Pemprosesan Minyak dan Gas di Kertih.
Usaha lain yang sedang dijalankan adalah usaha untuk mewujudkan pelabuhan kontena di negeri Terengganu yang mampu mengubah lanskap ekonomi negeri kerana dengan wujudnya sebuah pelabuhan kontena, lebih banyak kilang dan aktiviti perdagangan dapat dijalankan. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan sebuah pelabuhan, industri-industri ini perlu berkembang terlebih dahulu dan mewujudkan keperluan terhadap sebuah pelabuhan baru di pantai timur Semenanjung Malaysia.
143
MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.6
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI RIDZUAN BIN HASHIM ADUN BULUH GADING
SOALAN 1 : Mohon disenaraikan projek-projek terbengkalai yang dibina oleh kerajaan terdahulu bermula tahun 2004 sehingga 2018. Berapakah kos yang terlibat pada setiap projek tersebut dan apakah perancangan kerajaan terhadap projek-projek tersebut?
JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(b) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu
SOALAN 2 : Berapakah jumlah pengangguran terkini Negeri Terengganu sehingga Jun 2019?
JAWAPAN : Statistik rasmi bagi jumlah pengangguran tahun 2018
dijangka akan diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
pada Julai 2019.
Berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) yang dijalankan oleh jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di Terengganu adalah 4.5 peratus bagi tahun 2017 dengan jumlah 20,500 orang yang menganggur.
144
MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.7
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI HILMI BIN HARUN ADUN MANIR
SOALAN 1 : Nyatakan :
- Kos pembinaan Drawbridge - Kos selenggara Drawbridge per / service - Berapakan kekerapan selenggara yang diperlukan bagi
Drawbridge - Kos buka dan tutup @ angkat dan turunkan drawbridge
JAWAPAN :i. Kos pembinaan Drawbridge adalah RM248 juta.
ii. Kos penyelenggaraan Drawbridge adalah berjumlah RM454,304.00 bagi tempoh servis 3 bulan sekali. Jumlah tersebut adalah penyelenggaraan bagi unit bascule jambatan dan kos-kos lain bagi keseluruhan penyelenggaraan.
iii. Penyelenggaraan terbahagi kepada beberapa segmen iaitu bagi setiap hari (wear and tear), bulanan, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan, tahunan, 2 tahun (Minor Servis) dan setiap 5 tahun (Major Servis) berdasarkan komponen tertentu. Kekerapan penyelenggaraan yang diperlukan bagi bascule jambatan adalah mengikut Jadual penyelenggaraan iaitu setiap 3 bulan sekali. Walaubagaimanapun, jadual tersebut akan berubah berdasarkan kepada frekuensi pembukaan dan penutupan bascule.
145
iv. Kos bagi pembukaan dan penutupan bascule jambatan adalah termasuk di dalam kos penyelenggaraan dan operasi oleh operator yang juga melibatkan kakitangan serta pengawalan trafik.
SOALAN 2 Nyatakan kos sebenar yang telah dibelanjakan bagi projek Taman Ilmu di Kampung Tembila. Apakah perancangan Kerajaan bagi projek tersebut?
JAWAPAN : Jumlah perbelanjaan bagi projek Taman Ilmu di Kampung Tembila adalah sebanyak RM338,076,164.63.
Kerajaan Negeri berusaha memulihkan semula Taman Ilmu yang akan melibatkan Agensi Kerajaan dan pihak swasta.
SOALAN 3 : Berapakah permohonan rumah mampu milik, yang dipohon oleh rakyat mengikut pecahan pengundi bagi setiap dun-dun yang ada sebanyak 32 dun di Terengganu?
JAWAPAN : Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Terengganu melalui sistem atas talian menerusi pautan eperumahan.terengganu.gov.my adalah mengikut pilihan daerah. Sehingga 23 Jun 2019, bilangan permohonan yang diterima adalah sebagaimana berikut :
DAERAH BILANGAN
PERMOHONAN PERATUSAN
KUALA TERENGGANU 35,746 27.3%
KEMAMAN 27,193 20.8%
DUNGUN 19,288 14.7%
BESUT 16,767 12.8%
HULU TERENGGANU 8,643 6.6%
146
MARANG 9,804 7.5%
SETIU 3,645 2.8%
KUALA NERUS 9,688 7.4%
JUMLAH PERMOHONAN
130,774 100%
147
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.8.
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH
Y.B. HAJI ALIAS BIN HARUN ADUN RANTAU ABANG
SOALAN 1 : Berapakah jumlah hasil yang diterima oleh kerajaan daripada Syarikat Veolia Water dari Mei 2018 sehingga Mei 2019?
JAWAPAN : Syarikat Veolia Water merupakan vendor yang dilantik oleh Syarikat Bekalan Air KIPC Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Kemudi, Dungun, Terengganu. Tiada sebarang hasil diterima kerajaan daripada Syarikat Veolia Water.
SOALAN 2 : Berapakah jumah keluasan kawasan pembalakan yang telah diluluskan oleh kerajaan dari Mei 2018 hingga Mei 2019 dan berapakah jumlah hasil yang telah diterima oleh kerajaan dalam tempoh tersebut?
JAWAPAN : Jumlah keluasan kawasan pembalakan yang telah diluluskan
oleh Kerajaan dari Mei 2018 hingga Mei 2019 adalah seluas
±4,535.64 hektar (±11,203.04 ekar) termasuk hutan simpan
dan tanah Kerajaan.
Sementara itu, jumlah kutipan hasil daripada aktiviti pembalakan di Negeri Terengganu bagi tempoh Mei 2018 hingga Mei 2019 adalah seperti di bawah :
148
Jenis Hasil Diperolehi
2018 (Mei – Dis)
2019 (Jan – Mei)
JUMLAH
1. Premium 23,141,283.32 10,187,380.00 33,328,663.32
2. Royalti 5,990,643.03 2,795,501.41 8,786,144.44
3. SES Pembangunan Hutan
7,130,001.85 2,873,809.77 10,003,811.62
4. Lain-Lain Fee 554,322.35 1,185,983.74 1,740,306.09
JUMLAH BESAR 53,858,925.47
SOALAN 3 : Senaraikan jumlah Padang Ragut di seluruh Daerah Negeri Terengganu dan berapakah yang masih beroperasi?
JAWAPAN : Jumlah padang ragut di seluruh daerah Negeri Terengganu
adalah 91 kawasan.dan padang ragut yang masih beroperasi
sebanyak 54 kawasan.
SOALAN 4 : Nyatakan jumlah perceraian dikalangan pasangan orang Islam dari Mei 2018 sehingga Mei 2019 di Negeri Terengganu dan nyatakan sebab utama berlaku penceraian?
JAWAPAN : a) Jumlah perceraian dikalangan pasangan orang Islam dari Mei 2018 sehingga Mei 2019 di Negeri Terengganu adalah seperti berikut:-
Jenis Pemohonan Daftar Dalam
ProsidingSelesai
014 - Tuntutan Fasakh 563 123 440
054 - Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai
1,607 091 1,516
055 - Tuntutan Perceraian 2,133 110 2,023
056 - Tuntutan Khuluk/Tebus Talaq
13 0 13
149
057 - Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik
511 118 393
JUMLAH 4,827 442 4,385
* Data pada 25 Jun 2019
b) Antara sebab-sebab berlakunya penceraian adalah seperti berikut:-
1. Tiada persefahaman
2. Faktor ekonomi / masalah kewangan;
3. Pengaruh media sosial:- berjumpa kawan/kekasih lama atau kenalan
baru; - menghabiskan masa dengan media sosial
sehingga mengabaikan tanggungjawab
4. Suami/isteri tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya (termasuk nafkah zahir dan batin);
5. Campur tangan keluarga / bekas pasangan;
6. Kehadiran orang ketiga;
7. Kegagalan berkomunikasi dengan baik di antarapasangan;
8. Ketidakadilan dalam berpoligami;
9. Masalah kesihatan – adakalanya sehingga gagal menunaikan tanggungjawab secara zahir dan batin terhadap pasangan dan masalah tersebut tidak boleh diterima oleh pasangan;
10. Masalah ketagihan dadah/pil kuda atau bahan-bahan yang berkaitan dengannya;
150
11. Pasangan di dalam penjara;
12. Kegagalan mengawal emosi dengan baik sepertiterlalu mengikut hati, panas baran dan tidak berfikir panjang;
13. Keganasan rumahtangga sama ada penderaan secara mental atau fizikal;
Faktor personaliti (sikap negatif yang ada dalam diri individu seperti cemburu yang melampaui, ego dan terlalu mengokong pasangan);
15. Kurangnya penghayatan agama Islam dalamhidup;
16. Ditinggalkan pasangan.
*Kelazimannya pihak-pihak hanya menyatakan alasan tiada persefahaman di dalam permohonan perceraian kerana ada yang tidak mahu mendedahkan punca sebenar kepada umum. Alasan lain di atas didedahkan semasa soal siasat hakim dalam Kamar Bicara atau Pegawai Sulh.
151
MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.9
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. SULAIMAN BIN SULONG ADUN PENGKALAN BERANGAN
SOALAN 1 : Berapakah jumlah kes kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke Mahkamah Syariah sepanjang bulan Jun 2018 hingga Mei 2019 dan sila pecahkan mengikut kesalahan yang dilakukan?
JAWAPAN : Kesalahan Jenayah syariah yang dilakukan oleh orang awam di Negeri Terengganu tertumpu kepada kesalahan yang diperuntukkan dalam tiga enakmen yang sedang berkuat kuasa iaitu Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir (Terengganu) 2001, Enakmen Undang-UndangKeluarga Islam (Terengganu) 2017 dan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Terengganu) 2001.
Jumlah kes kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke Mahkamah syariah sepanjang bulan Jun 2018 hingga mei 2019 adalah sebanyak 1248 kes.
Pecahan mengikut kesalahan yang dilakukan adalah sebagaimana lampiran.
SOALAN 2 : Berapakah indeks jenayah Negeri Terengganu sepanjang tempoh Jun 2018 hingga Mei 2019 dan nisbah bandingan berdasarkan tarikh yang sama bagi Jun 2017 hingga Mei 2019?
JAWAPAN : Jumlah indeks jenayah Negeri Terengganu sepanjang tempoh Jun 2018 hingga Mei 2019 adalah sebanyak 1916 kes jenayah yang merangkumi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Manakala nisbah bandingan berdasarkan tarikh yang sama bagi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda dari Jun 2018 hingga Mei 2019 adalah 1.4 peratus.
152
Lampiran soalan 1
153
JENAYAH KEKERASAN DARI 1 / 6 / 2017 SEHINGGA 31 / 5 / 2018
DAERAH
JENAYAH KEKERASAN
BESUT DUNGUN HULU
TERENGGANU
KUALA
TERENGGANU
MARANG SETIU KEMAMAN JUMLAH
BUNUH 3 0 0 1 0 0 0 4
ROGOL 11 10 5 19 4 7 8 64
SAMUN BERKAWAN
BERSENJATA API
0 0 0 0 0 0 0 0
SAMUN BERKAWAN
TANPA SENJATA API
17 4 1 18 2 4 18 64
SAMUN BERSENJATA
API
0 0 1 0 0 0 0 1
SAMUN TANPA
SENJATA API
12 1 3 24 9 2 10 61
MENCEDERAKAN 24 27 14 29 11 12 15 132
JUMLAH 67 42 24 91 26 25 51 326
154
JENAYAH KEKERASAN DARI 1 / 6 / 2018 SEHINGGA 31 / 5 / 2019
DAERAH
JENAYAH KEKERASAN
BESUT DUNGUN HULU
TERENGGANU
KUALA
TERENGGANU
MARANG SETIU KEMAMAN JUMLAH
BUNUH 0 0 0 0 1 0 0 1
ROGOL 15 3 7 15 9 4 16 69
SAMUN BERKAWAN BERSENJATA
API
0 0 0 0 0 0 1 1
SAMUN BERKAWAN TANPA
SENJATA API
8 5 5 19 5 5 7 54
SAMUN BERSENJATA API 0 0 0 0 0 0 0 0
SAMUN TANPA SENJATA API 8 6 4 15 5 3 10 51
MENCEDERAKAN 32 28 8 25 11 8 7 119
JUMLAH 63 42 24 74 31 20 41 295
155
JENAYAH HARTA BENDA DARI 1 / 6 / 2017 SEHINGGA 31 / 5 / 2018
DAERAH
JENAYAH HARTA BENDA
BESUT DUNGUN HULU
TERENGGANU
KUALA
TERENGGANU
MARANG SETIU KEMAMAN JUMLAH
CURI 28 70 25 121 34 17 55 350
CURI MOTOKAR 34 7 3 43 1 11 19 118
CURI MOTOSIKAL 169 101 36 235 34 23 130 728
CURI VAN/LORI/
JENTERA BERAT
2 1 3 5 0 1 1 13
CURI RAGUT 0 0 0 0 0 0 0 0
PRC 83 60 33 110 59 19 43 407
JUMLAH 316 239 100 514 128 71 248 1616
156
JENAYAH HARTA BENDA DARI 1 / 6 / 2018 SEHINGGA 31 / 5 / 2019
DAERAH
JENAYAH HARTA BENDA
BESUT DUNGUN H. TRG K.TRG MARANG SETIU KEMAMAN JUMLAH
CURI 64 66 36 186 18 38 66 474
CURI MOTOKAR 22 5 1 36 1 1 11 77
CURI MOTOSIKAL 146 94 27 145 48 28 93 581
CURI VAN/LORI/
JENTERA BERAT
1 4 1 2 2 1 4 15
CURI RAGUT 0 0 0 0 1 0 0 1
PRC 117 74 20 133 50 17 62 473
JUMLAH 350 243 85 502 120 85 236 1621
JUMLAH INDEKS
JENAYAH
2017 – 2018 2018 – 2019 BANDINGAN NISBAH BANDINGAN
1942 1916 26 26/1916 x 100 = 1.4%
116
MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.10
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. AHMAD SHAH BIN MUHAMED ADUN BANDAR
SOALAN 1 : Berapakah jumlah (RM) biasiswa atau pinjaman yang telah diberi oleh Kerajaan Terengganu kepada pelajar yang sedang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi mengikut bidang-bidang yang diikuti sejak dari Jun 2018 sehingga Jun 2019?
JAWAPAN : Bermula Jun 2018 sehingga Jun 2019, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu telah membelanjakan sebanyak RM 7,269,735.00 bagi membiayai pelajar-pelajar yang sedang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi melalui skim Pinjaman/Biasiswa dan pinjaman one-off Perincian perbelanjaan adalah sebagaimana lampiran.
117
LAMPIRAN
Biasiswa/Pinjaman Yayasan Terengganu
Bermula Jun 2018 – Jun 2019
Pinjaman One-Off (Kadar Yuran)
Bil Sesi
Tawaran Program Bil
PelajarJumlah (RM)
1 Dis 2018 Program Pergigian Timur Tengah 2 60,000.00
Program Perubatan Timur
Tengah 9 270,000.00
2 April 2019
Program Perubatan Timur
Tengah 13 416,000.00
Program Perubatan Ireland 1 21,000.00
Program Perubatan Bangalore 1 12,000.00
JUMLAH 26 779,000.00
Biasiswa Saintis Islam
Bil Sesi Tawaran Program Bil Pelajar
Jumlah (RM)
1 Mac 2019 Kejururteraan - Jepun 2 180,000.00
A-Level - KYUEM 1 46,985.00
JUMLAH 3 226,985.00
118
Pinajaman/Biasiswa (Dalam Negara)
Bil Peringkat Institusi Bil
Pelajar
Jumlah (RM)
1 Program Asas TATIUC & TESDEC 37 201,630.00
Program Diploma Pelbagai IPTA 5 5,300.00
TATIUC, TESDEC & KQT 133 1,131,420.00
2 Program Ijazah Pelbagai IPTA 12 27,000.00
TATIUC & TESDEC 17 63,000.00
3 Program Kemahiran 445 4,835,400.00
JUMLAH 649 6,263,750.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM 7,269,735.00
SOALAN 2 : Berapakah bilangan permohonan tanah untuk kediaman oleh rakyat dan berapakah permohonan yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Terengganu sejak dari Jun 2018 sehingga Jun 2019?
JAWAPAN :
1) Jumlah keseluruhan permohonan tanah untuk tapak
bangunan kediaman yang diterima bermula Jun 2018
sehingga Jun 2019, adalah sebanyak 5,257
permohonan.Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,925
permohonan telah diluluskan. Berikut adalah pecahan
permohonan tanah tapak bangunan kediaman berdasarkan
kategori pemprosesan:-
I) Permohonan oleh individu melalui Sistem e-Mohon
adalah sebanyak 4,104 permohonan dan yang telah
diluluskan adalah sebanyak 1,215 permohonan.
119
II) Permohonan oleh individu melalui Rancangan Tanah
Berkelompok (RTB) sebanyak 1,143 permohonan dan
yang telah diluluskan adalah sebanyak 700
permohonan.
III) Kelulusan oleh Pentadbir Tanah bagi pengeluaran
suratan hakmilik untuk tanah-tanah yang asalnya
diluluskan secara Lesen Menduduki Sementara
(permohonan lama) adalah sebanyak 10 permohonan.
(MMKN dalam Mesyuarat Kali ke-6 Tahun 2019 pada 13 Februari 2019 bersetuju Pentadbir Tanah diperturunkan untuk meluluskan permohonan mendapatkan suratan hakmilik bagi tanah yang asalnya diluluskan secara Lesen Menduduki Sementara (LMS).
2) Terdapat sebanyak tujuh puluh tujuh (77) Rancangan Tanah
Berkelompok (RTB) Tapak Bangunan Kediaman yang terlibat
bagi kelulusan semula bagi peserta-peserta terkilan dengan
jumlah keseluruhan kosong lot adalah sebanyak 7,071 lot.
Sehingga kini jumlah peserta terkilan yang telah
mengemukakan permohonan semula adalah sebanyak 4,595
dan dari jumlah tersebut sebanyak 2,934 permohonan telah
dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah
(JKTD).
3) Jumlah keseluruhan bilangan permohonan tanah untuk
kediaman bermula Jun 2018 sehingga Jun 2019 sebanyak
9,852 lot. Manakala pemohonan yang diluluskan sebanyak
4,859 lot.
SOALAN 3 : Berapakah jumlah (RM) pelaburan asing yang telah berjaya dibawa masuk ke Negeri Terengganu dan nyatakan bidang pelaburan tersebut sejak Jun 2018 sehingga Jun 2019?
120
JAWAPAN : Jumlah (RM) pelaburan asing yang telah berjaya dibawa masuk ke Negeri Terengganu dan bidang pelaburan tersebut sejak Jun 2018 sehingga Mac 2019 adalah sebanyak RM468,883,077.
SOALAN 4 : Berapakah keluasan konsesi balak yang telah diluluskan oleh Kerajaan Terengganu untuk dikeluarkan hasilnya dan nyatakan pihak-pihak yang telah berjaya mendapat konsesi tersebut berserta keluasannya serta berapakah hasil (RM) yang telah diperolehi oleh kerajaan hasil dari pembalakan sejak Jun 2018 sehingga Jun 2019?
JAWAPAN : Kawasan Konsesi Balak bermaksud kawasan kelulusan
pengusahasilan hutan oleh Kerajaan Negeri kepada beberapa
pihak di bawah perjanjian melebihi tempoh 10 tahun. Keluasan
yang diluluskan tersebut seperti berikut :
Bil. Pihak Yang Diluluskan Konsesi Pembalakan
Keluasan
(Ha)
Tempoh Perjanjian (Tahun)
1. Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Negeri Terengganu (KPKKT)
108,900 25
2. PESAMA Timber Corporation Sdn. Bhd.
20,243 25
3. Asrama Raya Sdn. Bhd. 10,000 13
Sementara itu, jumlah kutipan hasil daripada aktiviti
pembalakan di Negeri Terengganu bagi tempoh Jun 2018
hingga Jun 2019 adalah seperti di bawah :
121
Jenis Hasil Diperolehi
2018
(Jun – Dis)
2019
(Jan – Jun)
JUMLAH
1. Premium RM19,296,643.32 RM10,187,380.00 RM29,484,023.32
2. Royalti RM4,530,506.94 RM2,795,501.41 RM7,326,008.35
3. SES Pembangunan Hutan
RM5,371,147.13 RM2,873,809.77 RM8,244,956.90
4. Lain-Lain Fee RM241,774.51 RM1,185,983.74 RM1,427,758.25
JUMLAH RM46,482,746.82
SOALAN 5 : Berapakah baki tunai yang ada pada MAIDAM dan berapakah perbelanjaan yang telah dilakukan serta jenis perbelanjaan sejak Jun 2018 sehingga 2019?
JAWAPAN : i. Sehingga berakhir 31 Disember 2018, jumlah wang tunai yang ada pada MAIDAM terdiri daripada berikut;
- Deposit Perbankan Islam RM 344,172,631 -Tunai di Tangan dan di Bank RM 62,638,827
JUMLAH RM 406,811,458
ii. Pendapatan dan Perbelanjaan MAIDAM bagi tempoh Januari sehingga Disember 2018 adalah sebagaimana Lampiran A.
122
LAMPIRAN A
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU (Ditubuhkan Di Dawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu)
1422H/2001M) PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018 **************************************************************************************
********
2018 (RM)
PENDAPATAN
Pendapatan Zakat 160,718,726 Perolehan Pendaftaran 229,344 Perolehan Perkhidmatan 7,431,215 Perolehan Jualan 1,032,411 Pendapatan Sewaan 4.241,776 Perolehan dan Keuntungan Pelaburan 13,180,886 Hibah 238,790 Perolehan Denda dan Hukuman 2,700 Pelbagai Terimaan dan Caruman 20,750,114 Pelunasan Pemberian Agensi Lain 76,164 Hutang Ragu Terpulih 7,418 Keuntungan Pelupusan Aset 27,363 Keuntungan Perubahan Nilai Saksama Pelaburan Saham -
207,936,907 TOLAK : PERBELANJAAN
EMOLUMEN Gaji dan Upahan 5,016,634 Elaun dan Lain-Lain Habuan Wang 2,008,405 Tambahan Kos Kakitangan Awam 19,668 Elaun & Faedah Kewangan 554,406
PERKHIDMATAN DAN BEKALAN Perjalanan dan Sara Hidup 368,794 Pengangkutan Barang-Barang 4,487 Perhubungan dan Utiliti 852,960 Sewaan 406,411 Bekalan Bahan Mentah 119,823 Bekalan dan Bahan-Bahan Lain 354,527 Penyelenggaraan dan Pembaikian Kecil Yang Dibeli 939,103 Perkhidmatan Iktisas dan Perkhidmatan Lain Yang Dibeli dan Hospitaliti 6,219,677 Aset 726,834 Pemberian Dalam Negeri 2,376,790 Pencen 849,899
123
Ganjaran 47,200 Gantian Cuti Rehat 23,355 Pelbagai Bayaran 1,485,528
SUSUT NILAI DAN LAIN-LAIN Susut nilai 1,429,338 Agihan Zakat 188,510,054 Belanja Hutang Ragu 3,825 Kerugian Perubahan Nilai Saksama Pelaburan Saham 63,916 Sumbangan Wakaf - Kerugian Pelupusan Aset -
212,381,634
LEBIHAN/(KURANGAN) PENDAPATAN (4,444,727)
124
MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
BILANGAN 4.1.11
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH
Y.B. AB. RAZAK BIN IBRAHIM
ADUN AIR PUTEH
SOALAN 1 : Apakah kriteria kerajaan melalui PERMINT untuk membina
Rumah Mampu Milik di sesuatu kawasan?
JAWAPAN : Untuk pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM), Kerajaan akan
mempertimbangkan kriteria-kriteria sebagaimana berikut:
i) Tanah kerajaan
ii) Tiada rintahan haram
iii) Kawasan bebas banjir
iv) Terdapat kemudahan infra asas yang berdekatan
v) Bentuk muka bumi yang bersesuaian
vi) Lokasi yang strategik serta bersesuaian dan mendapat
permintaan yang tinggi di kalangan penduduk setempat
SOALAN 2 : Projek naik taraf jalan LPT@ exit Chukai, nampaknya pemilik
rumah yang duduk di atas tanah ROW mempunyai masalah
untuk pindah, walaupun usaha kerajaan untuk memberi lot
penempatan untuk mereka kebanyakan terdiri daripada orang
susah. Apakah kerajaan bersedia untuk memberi saguhati
kepada mereka sebagai persediaan untuk mereka pindah?
125
JAWAPAN : Berdasarkan kepada skop projek naik taraf jalan tersebut, tiada
peruntukan pemberian saguhati kepada setinggan atau apa-apa
struktur yang terlibat dalam rezab jalan. Kerajaan Negeri tidak
bersedia untuk menyediakan saguhati kepada binaan/struktur di
atas ROW tersebut.
SOALAN 3 : Adakah pihak kerajaan akan mengadakan prasarana (jalan,
perparitan, api dan air) di kawasan RTB tapak perumahan untuk
orang yang terkilan, begitu juga dengan RTB perumahan yang
baru?
JAWAPAN : Pihak Kerajaan akan mengadakan prasarana tersebut
berdasarkan kepada keperluan dan kedudukan kewangan
semasa.
SOALAN 4 : Adakah kerajaan masih meneruskan lagi sumbangan tahunan
daripada wang zakat (MAIDAM) kepada pelajar anak
Terengganu yang sedang belajar di universiti tempatan
(IPTA/IPTS) atau pun luar negeri seperti tahun – tahun lepas?
JAWAPAN : Ya, MAIDAM masih meneruskan sumbangan tahunan daripada
wang zakat kepada pelajar anak Terengganu yang sedang
belajar di universiti tempatan (IPTA/IPTS) atau pun luar negeri
seperti tahun-tahun sebelum ini.
SOALAN 5 : Ada kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan
sebagai kawasan ternakan ikan air tawar & ternakan lembu.
Apakah langkah-langkah yang perlu dibuat sekira ada pihak
yang berminat untuk melaksanakan aktiviti tersebut?
JAWAPAN : Pihak berminat hendaklah menyemak status kawasan tersebut
dengan Pejabat Tanah Daerah. Sekiranya kawasan tersebut
bebas daripada sebarang bebanan, pihak berkenaan boleh
berhubung dengan Pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri
Terengganu (UPEN) untuk membuat permohonanan bagi
melaksanakan aktiviti tersebut.
126
MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
BILANGAN 4.1.12.
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH
Y.B. HAJI MALIAMAN BIN KASSIM
ADUN AJIL
SOALAN 1 : Apakah masalah utama yang dihadapi di kawasan Skim
Pengairan Jelapang Langkap sehingga menyebabkan tanah
sawah masih terbiar dan usaha serta perancangan Kerajaan
Negeri untuk memastikan pesawah dapat memanfaatkan tanah
sawah terbabit?
JAWAPAN : Antara isu / masalah utama yang dihadapi di kawasan Skim
Pengairan Jelapang Langkap ini sehingga menyebabkan tanah
sawah masih terbiar adalah sepertimana berikut :
i) Tanah lembut (hardpan tidak kuat) menyebabkan jentera
mudah tenggelam ketika membajak. Puncanya adalah
disebabkan kadar air yang terlalu tinggi dalam tanah.
ii) Masalah tanah paya yang agak dalam memerlukan parit
jejari dan kerja-kerja cuci gali parit sedia ada untuk
mengalirkan air keluar daripada sawah (melibatkan Blok
A, B, C dan D).
iii) Jentera sukar masuk untuk membajak kerana tiada
lintasan antara petak sawah. Memerlukan pemasangan
culvert bersaiz 2 kaki untuk membuat lintasan jentera
terutama bagi Blok D.
127
iv) Sebahagian tanah lot di Skim Pengairan Jelapang masih
berstatus TOL menyebabkan pihak BERNAS tidak boleh
membayar subsidi peningkatan hasil padi (RM300.00 /
mt) kepada pesawah atau pengusaha.
Manakala, antara usaha serta perancangan Kerajaan Negeri
untuk memastikan pesawah dapat memanfaatkan tanah terbiar
tersebut adalah sepertimana berikut :
i) Mengadakan ‘Majlis Dialog YB Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa
Bersama Petani’ di Kampung Jelapang yang turut dihadiri
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan
Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Beras
Nasional (BERNAS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan
Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Setiu.
Bagi menyelesaikan masalah pemilikan tanah sawah
Kampung Jelapang tersebut, sistem pengairan sedia ada
dan cadangan penyelesaian akan dijalankan secara
berperingkat di mana proses pemutihan pemilikan tanah
akan dilakukan terlebih dahulu.
ii) Selain itu, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu juga
telah diberi kebenaran oleh Jabatan Pertanian untuk
mengusahakan kawasan padi di bawah Skim Pengairan
Jelapang seluas 400 hektar melalui surat kelulusan JP IP
23/859/4 Jld 8 (56) bertarikh 6 Jun 2016.
Secara dasarnya pembangunan pemulihan adalah
mengikut sebagaimana spesifikasi yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. PPK Setiu juga
memberi jaminan akan meneruskan projek tanaman padi
di Kampung Jelapang setelah kerja pembersihan dan
pembaikan struktur telah disempurnakan oleh pihak
kontraktor serta masih dalam proses untuk mengadakan
perbincangan bersama dengan Kerajaan Negeri
128
Terengganu bagi memajukan kawasan tersebut.
////
SOALAN 2 : Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap permohonan
tukar syarat tanah padi kepada tanah bangunan di kawasan
jelapang padi seperti KETARA?
JAWAPAN : 1. Kawasan jelapang padi KETARA berkeluasan 10,769
hektar merangkumi dua fasa iaitu Fasa pertama
di Daerah Besut seluas 5,235 ha dan Fasa kedua
yang meliputi daerah Setiu seluas 5,530 hektar. KETARA
telah membelanjakan lebih daripada RM450 juta bagi
penyediaan infrastruktur seperti sistem pengairan di
Paya Peda, Besut dan Che Mohid, Setiu yang menjadi
tunjang utama kepada pengairan kawasan jelapang
padi.
2. Tukar syarat tanah padi kepada bangunan untuk tujuan
pembangunan secara tidak terancang akan menjejaskan
sistem pengairan sedia ada. Pengairan kawasan jelapang
padi akan terganggu dan tidak dapat beroperasi secara
komprehensif serta memberi impak negatif kepada
keseluruhan kawasan jelapang padi sedia ada yang
ditanam secara berkelompok. Pengelompokan kawasan
jelapang padi dengan sistem pengairan yang dibina
secara bersepadu bagi memudahkan kerja pengurusan
dan mengelakkan kerosakan akibat daripada serangan
haiwan perosak seperti tikus dan serangga perosak yang
lain.
3. Dasar Kerajaan Negeri adalah untuk mengekalkan
kawasan jelapang padi (KETARA) dan kawasan tanaman
padi yang diwartakan (luar skim KETARA), iaitu
sebarang permohonan pembangunan fizikal tidak
129
dibenarkan termasuklah permohonan tukar syarat tanah
pertanian (padi) kepada bangunan.
4. Pengekalan kawasan tanaman padi ini telah dipersetujui
dan diwartakan di Negeri Terengganu iaitu:
4.1 Dizonkan sebagai kawasan pengekalan pertanian
mengikut Rancangan Tempatan Daerah Besut
2020 (no warta: 1466, Tarikh Warta : 31 Disember
2009);
4.2 Dizonkan sebagai kawasan pengekalan pertanian
mengikut Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2020
(No. Warta: 1211, Tarikh Warta: 20 Disember
2012); dan
4.3 Cadangan pengezonan semula kawasan tanaman
padi oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
sebagaimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Perancang Negeri Terengganu Bil. 3/2017 yang
telah bersidang pada 21 November 2018.
5. Berdasarkan Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan
dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
(GPPPP KSAS), Kawasan jelapang padi merupakan salah
satu daripada ketegori KSAS Kawasan Pertanian
Makanan yang perlu dikekalkan dan tidak dibenarkan
menjalankan sebarang aktiviti pembangunan di atasnya
kerana berkepentingan nasional.
6. Selain itu, data daripada Jabatan Pertanian
menunjukkan keluasan pasel padi semakin berkurangan
dari tahun ke tahun. Jabatan Pertanian akan
mengekalkan keluasan sedia ada sama ada jelapang
atau luar jelapang dan akan melaksanakan penambahan
keluasan pasel jelapang padi sebagai Makanan
Keselamatan Negara untuk rakyat.
130
SOALAN 3 : Berapakah jumlah penerima Lesen Motosikal percuma untuk
warga belia dan berapakah jumlah peruntukan yang
dibelanjakan?
JAWAPAN : Jumlah peserta bagi program Lesen Motosikal Percuma atau
dikenali Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera @ LMTS bagi
tahun 2019 adalah seramai 25,000 orang dengan
perbelanjaan sebanyak RM 6,646,975.00.
SOALAN 4 : Sejauh manakah usaha kerajaan untuk merealisasikan institusi
yang memainkan peranan dalam pemulihan akidah dan akhlak
di Negeri Terengganu?
JAWAPAN : Berikut adalah antara usaha kerajaan untuk merealisasikan
institusi yang memainkan peranan dalam pemulihan akidah
dan akhlak di negeri Terengganu oleh agensi-agensi yang
terlibat :
a) Jabatan Mufti Terengganu
1. Sepertimana amalan dan tindakan yang telah
diambil sebelum ini, Jabatan Mufti Negeri
Terengganu akan mewartakan setiap fatwa yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri
Terengganu berkaitan dengan akidah dan akhlak
bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang.
Tindakan tersebut merupakan salah satu langkah
bagi menjaga akidah dan akhlak masyarakat di
negeri Terengganu daripada terus merebak dan
berleluasa.
2. Jabatan Mufti Negeri Terengganu juga dalam usaha
131
untukmenyiapkan bahan bacaan seperti buku-buku
yang berkaitan dengan akidah dan akhlak untuk
diedarkan kepada setiap masyarakat di seluruh
Negeri Terengganu.
3. Antara aktiviti Jabatan Mufti Negeri Terengganu
yang sedang berjalan ialah mengeluarkan Kalam
Jabatan Mufti Negeri Terengganu. Maka dalam isu
ini, pihak jabatan akan mengeluarkan Kalam
Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang berkaitan
dengan akidah dan akhlak bagi mendidik
masyarakat negeri Terengganu melalui hebahan dan
sebaran di seluruh masjid di Negeri Terengganu.
4. Untuk di masa-masa akan datang, pihak jabatan ini
juga bersedia untuk mewujudkan panel akidah bagi
memberi khidmat nasihat kepada sesiapa yang
mempunyai masalah dalam kekeliruan akidah.
b) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
- Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Pusat
Rehabilitasi dan Pusat Pemulihan Akidah di negeri
Terengganu melalui pembentangan bajet di dalam
Sidang Dewan Undangan Negeri Kali Ke 14 pada
25 hingga 29 November 2018 yang lalu dan telah
meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta. Lokasi
bagi menubuhkan Pusat Rehabilitasi dan Pusat
Pemulihan Akidah adalah di Daerah Marang dan
pihak kerajaan sekarang sedang merekabentuk
bangunan dan penyusunan perjawatan.
132
MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
BILANGAN 4.1.13.
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH
Y.B. IR SAIFUL AZMI BIN SUHAILI
ADUN KEMASIK
SOALAN 1 : Adakah dalam makluman kerajaan negeri tentang bangunan
peninggalan bersejarah di Bukit Tampin, Kemasik yang
dimaklumkan dahulunya merupakan bangunan mahkamah
bagi Daerah Kemasik (daripada Paka ke Chendor)?
i) Adakah ia mempunyai nilai untuk diwartakan sebagai
tempat bersejarah bagi tujuan pembangunan
pelancongan sejarah?
ii) Apakah ada usaha daripada mana-mana sektor atau
agensi kerajaan negeri agar satu pemuliharaan dapat
dilakukan terhadap tempat-tempat bersejarah ini
memandangkan ianya mempunyai nilai sejarah kepada
133
pembentukan pentadbiran daerah satu masa dahulu?
(Rekod JKR ia beroperasi sekitar tahun 1924, tetapi
tiada maklumat lanjut dari sumber muzium dan arkid
diterima)
iii) Bagaimanakah penumpuan kerajaan untuk
mengenalpasti dan membangunkan kembali saki baki
tinggalan perkampungan tradisi melayu dan tanah milik
orang melayu sekitar bandar Kuala Terengganu
seterusnya dijadikan pusat pelancongan sejarah orang
melayu Terenganu sebagaimana yang dilakukan untuk
Kampung Cina?
iv) Apakah dasar kerajaan bagi membela perkampungan
dan tanah-tanah tradisi orang melayu di Bandaraya
Kuala Terengganu sebagaimana dipertahankan
kampung tradisi Cina?
SOALAN 2 : Sektor perikanan, penternakan dan pertanian di
Terengganu; Bagaimana statistik keterlibatan golongan
muda dalam sektor-sektor ini?
i) Apakah perancangan kerajaan supaya ianya terus
relevan dan menjadi pilihan orang muda untuk
menceburi bidang ini sebagai satu pilihan kerjaya
mereka setelah menamatkan pengajian sama ada di
peringkat sijil, diploma juga ijazah?
ii) Apakah langkah yang dirancang kerajaan untuk
mempertingkatkan hasil perikanan, penternakan dan
pertanian sebagai keluaran dalam negeri bagi
menampung peningkatan permintaan disamping
kebergantungan kepada sumber-sumber luar?
134
JAWAPAN (i) : 1. Statistik penglibatan golongan muda dalam sektor
pertanian, perikanan dan penternakan di Negeri
Terengganu adalah sebagaimana berikut:
Bil. Sektor Bilangan
1. Pertanian 1372
2. Perikanan 2283
3. Penternakan 123
2. Antara usaha kerajaan dalam memastikan sektor
perikanan, penternakan dan pertanian terus relevan dan
menjadi pilihan orang muda untuk menceburi sektor
pertanian, perikanan dan penternakan ini sebagai satu
pilihan kerjaya adalah dengan menyediakan bantuan-
bantuan khas sebagaimana berikut.
a. Skim Bantuan Modal Tani (Kerajaan Negeri)
b. Program Agropeneur Muda (Kerajaan
Persekutuan)
c. Bantuan Khidmat Nasihat dan Kursus
JAWAPAN (ii) : Langkah yang dirancang kerajaan untuk mempertingkatkan
hasil perikanan, penternakan dan pertanian sebagai keluaran
dalam negeri bagi menampung permintaan di samping
kebergantungan kepada sumber-sumber luar sebagaimana
berikut:
1. Pertanian
a. Khidmat Pengembangan dengan penekanan untuk
melengkapkan infrastruktur yang diperlukan dan
pembajaan yang diperlukan.
135
b. Pemberian bantuan dan insentif :
i. Bantuan tanam semula buah-buahan yang
memfokuskan tanaman Durian dan buah-buahan
lain. Kadar Insentif yang ditawarkan ialah
RM6,000/ha untuk penyediaan kawasan,
penyediaan infrastuktur ladang dan input
Pertanian lain.
ii. Kluster Durian yang memfokuskan Dusun Durian
Kampung di sulam dengan Durian Klon terkini
(D197 dan D200). Kadar Insentif yang di
tawarkan ialah RM20,000/ha untuk penyediaan
kawasan, Penyediaan infrastruktur Ladang dan
input Pertanian lain.
iii. Kluster Tembikai merupakan tanaman utama
Negeri Terengganu. Kadar Insentif yang di
tawarkan ialah RM20,000/ha untuk penyediaan
kawasan, Penyediaan infrastruktur Ladang dan
input Pertanian lain.
iv. Kluster Pisang memfokuskan pisang Berangan
dan pisang Nangka dan pisang Tanduk. Kadar
Insentif yang ditawarkan ialah RM20,000/ha
untuk penyediaan kawasan, Penyediaan
infrastruktur Ladang dan input Pertanian lain.
v. Kluster Betik memfokuskan Betik Eksotika dan
Betik Sekaki. Kadar Insentif yang ditawarkan
ialah RM20,000/ha untuk penyediaan kawasan,
Penyediaan infrastruktur Ladang dan input
Pertanian lain.
vi. Kluster Tanaman Kontan bagi Terengganu
136
memfokuskan Tanaman Labu, Jagung Manis dan
Ubi Keledek. Kadar Insentif yang ditawarkan ialah
RM15,000/ha untuk penyediaan kawasan,
Penyediaan infrastruktur Ladang dan input
Pertanian lain.
vii. Pertanian Bandar memfokuskan penanaman
sekitar rumah untuk tujuan Sara Diri. Kadar
Insentif yang ditawarkan Komuniti dan Individu
RM150/peserta.
c. Jabatan Pertanian juga berkerjasama dengan institusi
penyelidikan untuk membuat produk Industri Asas
Tani berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran
yang mempunyai nilai pendapatan yang lebih baik.
d. Menekankan pengeluaran hasil tanaman melalui
Amalan Pertanian Baik dengan Persijilan My GAP dan
juga pengeluaran hasil tanaman secara organik
dengan Persijilan My Organik.
2. Perikanan
a. Melaksanakan program Sistem Penyampaian &
Khidmat sokongan Akuakultur dengan memberi
bantuan kepada mereka yang layak bagi
membolehkan pengusaha/penternak menaiktaraf
atau meningkatkan hasil pengeluaran produk
akuakultur.
b. Program meningkatkan pendapatan dengan melantik
syarikat peneraju untuk mengoperasikannya kerana
peserta tidak mempunyai kemahiran dan
pengalaman dalam bidang akuakultur serta kekangan
modal. Namun peserta tetap mendapat manfaat
daripada projek ini.
137
c. Program Usahawan Agropreneur Muda telah
diperkenalkan bagi melahirkan usahawan yang
progresif, berdaya saing, kreatif, inovatif dan
berpendapatan tinggi. Program ini memberi peluang
kepada golongan di antara 18 hingga 40 tahun untuk
menceburi bidang pertanian. Di bawah Jabatan
Perikanan seramai lebih 30 orang telah diluluskan
dibawah program UAM.
d. Program Touch Point terbuka kepada semua
usahawan perikanan bagi mengurangkan kos
operasi. Bagaimanapun keutamaan diberikan kepada
golongan belia bawah 40 tahun yang berpotensi.
Bantuan-bantuan ini diberikan dalam bentuk
sumbangan bukan wang (in kind) samada peralatan
yang diperlukan atau bantuan input seperti benih
ikan, induk atau makanan ikan. Bantuan dalam
bentuk perkhidmatan pengembangan seperti khidmat
nasihat teknikal atau program latihan secara intensif
oleh jabatan/agensi teknikal berkaitan projek juga
disediakan.
3. Penternakan
a. Program penternakan Lembu SADO di mana
ternakan lembu kacukan atau hidrid dilaksanakan di
Negeri Terengganu dengan peruntukan yang telah
digunakan adalah RM 268,769.40 dari tahun 2014-
2017. Seramai 6234 penternak diseluruh Negeri
Terengganu daripada tahun 2014 sehingga 2017
telah menerima manfaat daripada program tersebut.
Untuk tahun 2017, sebanyak 1896 ekor anak lembu
di lahirkan daripada program tersebut dengan
melibatkan baka lembu Chalolais, Bergian Blue,
Limousaine, Blonde d Aquitane dan Angus.
138
Pembangunan industri ini telah meningkatkan
pendapatan penternak dengan anggaran anak lembu
SADO berharga RM 6000, 00 hingga RM 7,000.00
pada umur 7-8 bulan. Permintaan dan pasaran lembu
SADO terus berkembang di Negeri Terengganu,
bahkan telah mendapat sambutan di kalangan
golongan muda untuk bidang ternakan lembu SADO.
b. Program ternakan kambing susu telah dijalankan
oleh penternak di Negeri Terengganu. Seramai 151
penternak kambing tenusu yang berdaftar dengan
pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
Terengganu dengan anggaran ternakan kambing
tenusu sebanyak 2,660 ekor. Purata penghasilan
susu kambing adalah sebanyak 500 liter sehari.
SOALAN 3 : Sektor keusahawanan, Apakah tindakan yang lebih signifikan
yang perlu dijalankan oleh pihak kerajaan dalam memastikan
pembinaan dan pembangunan usahawan baharu dapat
dilahirkan dan apakah indikator (KPI) yang ditetapkan dalam
tempoh empat tahun ini?
JAWAPAN : Pihak Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan
Usahawan (YPU) telah melaksanakan beberapa program bagi
membina dan membangunkan usahawan baru melalui
pelaksanaan program berikut :-
i. Usahawan Graduan Terengganu (PUGT)
ii. Usahawan Graduan Terengganu (U-GATES)
iii. Usahawan Belia Sejahtera (U-BES)
Indikator atau KPI yang dilihat bagi menilai pencapaian mereka
dalam tempoh empat tahun ini ialah dari sudut tahap
pencapaian jumlah jualan dan bilangan pekerja yang mereka
139
Jadual Bilangan Peserta Yang Terlibat Serta Pencapaian Hasil Jualan &
Bilangan Pekerja
BIL KUMPULAN
SASARAN
JANTINA JUMLAH
PESERTA BIL PEKERJA
HASIL JUALAN -
SETAHUN (RM) L P
1 PUGT 4.0 10 10 20 85 RM4.3 JUTA
2 PUGT 5.0 11 7 18 64 RM3 JUTA
3 UGATES 1.0 18 12 30 24 RM108,935.00
4 UBES 1.0 14 25 39 40 RM1.4 JUTA
JUMLAH KESELURUHAN 53 54 107 213 RM8.8 JUTA
lahirkan hasil daripada pelaksanaan program tersebut.
Pencapaian dan keberhasilan mereka ini dapat dilihat melalui
jadual berikut :-
Dalam tempoh empat tahun ini, antara pencapaian
pembangunan usahawan baharu yang dapat dilihat adalah
berdasarkan peluang pekerjaaan dan juga hasil peningkatan
jualan tahunan iaitu untuk keempat - empat program dapat
mengurangkan pengangguran dengan memberi peluang
pekerjaan kepada 213 orang penduduk dengan hasil jualan
tahunan sebanyak 8.8 juta.
SOALAN 4 : Apakah kerajaan berhasrat untuk menetapkan keutamaan
peluang pekerjaan kepada penduduk dan syarikat anak
tempatan dalam sektor-sektor perniagaan yang dibangunkan
dalam negeri ini sebagai contoh keutamaan pekerjaan kepada
penduduk dan syarikat tempatan dalam sektor perindustrian
minyak dan gas oleh PETRONAS?
140
JAWAPAN : Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan rakyat tempatan di
dalam mana-mana entity perniagaan yang boleh dipengaruhi
oleh keputusan Kerajaan. Kerajaan Negeri menetapkan syarat
sebanyak 70% dari pekerja di dalam mana-mana perusahaan
di dalam Kawasan Perindustrian di dalam negeri ini perlulah
terdiri daripada rakyat negeri Terengganu. Untuk di peringkat
syarikat anak tempatan pula, Kerajaan telah berjaya
menggunakan Terengganu Petroleum Council (TPC) untuk
membida tender-tender yang dikeluarkan oleh pihak
PETRONAS. Sebagai rekod, TPC diwujudkan dibawah seliaan
Terengganu Inc yang menjadi payung kepada syarikat-syarikat
yang dimiliki oleh anak-anak negeri Terengganu dan saling
bekerjasama untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak yang
ditawarkan.
141
MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
BILANGAN 4.1.14
SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH
Y.B. HAJAH ZURAIDA BINTI MD NOOR
ADUN WAKIL WANITA
SOALAN 1 : MBKT telah membelanjakan RM24 juta untuk pengurusan
sampah. Terkini penguatkuasaan saman juga telah
dilaksanakan. Bagaimanakah langkah kerajaan bagi
menjimatkan kos pengurusan sampah dan sejauh mana
keberkesanan saman memberi sampah kepada kesedaran
rakyat? Apakah indikator kepada keberkesanan ini?
JAWAPAN : Untuk menjimatkan kos pengurusan sampah Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu telah merangka untuk
142
penggunaan teknologi terkini seperti lori kompaktor
mekanikal dengan hanya menggunakan seorang pemandu
sahaja untuk menguruskan sisa pepejal, berbanding lori
sediada yang memerlukan pemandu dan minimum 2 orang
krew boleh menjimatkan kos tenaga kerja.
Mengadakan kempen-kempen untuk meningkatkan
kesedaran rakyat tentang kepentingan penjagaan kebersihan.
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu juga telah merancang
untuk projek penswastaan tapak pelupusan sisa pepejal serta
menjadikan sisa pepejal sebagai sumber tenaga yang boleh
diperbaharui dengan menggunakan konsep waste to wealth.
Penguatkuasaan undang-undang merupakan langkah terakhir
yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
memandangkan tujuan tindakan penguatkuasaan bukanlah
sekadar menghukum pesalah yang membuang sampah
merata-rata semata-mata, namun lebih kepada memberi
kesedaran dan mendidik sikap masyarakat agar menjaga dan
membantu memelihara alam sekitar ke arah lebih bersih dan
ceria.
SOALAN 2 : Berapakah jumlah penerima terkini (mengikut pecahan
jantina) skim usahawan seperti Skim Pinjaman Atas Talian
Terengganu (SPINT), Program Usahawan Graduan
Terengganu Sejahtera (U-Gates), Tabung Siti Khadijah dan
Tabung Usahawan Sejahtera ( TUGAS)?
JAWAPAN : Jumlah penerima sehingga 31 Mei 2019 mengikut pecahan
jantina sebagaimana berikut :-
1) Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT)
143
Jumlah : 3 ( Lelaki 2, wanita 1 )
2) Program Usahawan Graduan Terengganu Sejahtera
(U- GATES)
Jumlah : 30 ( Lelaki 18, wanita 12 )
3) Tabung Siti Khadijah (TSK)
Jumlah : 10 ( Lelaki 0, wanita 10 )
4) Usahawan Belia Sejahtera (U-BES)
Jumlah : 39 ( Lelaki 14, wanita 25 )
5) Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS).
Jumlah : 528 ( Lelaki 125, wanita 403)
SOALAN 3 : Berapakah jumlah pelancong setakat suku kedua tahun
2019?
JAWAPAN : Sehingga 31 Mei 2019 jumlah pelancong adalah sebanyak 2.3
juta.
SOALAN 4 : Apakah usaha-usaha pihak kerajaan untuk mengurangkan
‘cost of doing business’ bagi menarik pelaburan pihak
swasta?
JAWAPAN : Faktor ‘cost of doing business’ yang rendah adalah salah satu
faktor tarikan kepada pelabur untuk melabur di negeri ini.
Kerajaan Negeri telah memainkan peranan yang baik dalam
usaha membantu pelabur untuk mengurangkan kos
pelaburan mereka.
144
Kerajaan Negeri telah menawarkan insentif-insentif pelaburan
yang menarik di mana insentif-insentif ini juga akan
mengurangkan kos pelaburan mereka:-
i. Diskaun ke atas premium tanah antara 10% - 50% ke
atas pelabur yang layak.
ii. Pembayaran premium tanah secara ansuran selama
setahun.
iii. Rebat sehingga 30% ke atas premium tanah kepada
pelabur yang melaksanakan projek dalam tempoh yang
ditetapkan.
Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah menawarkan
kawasan industri yang lengkap dengan infrastruktur asas
seperti jalan, longkang, sistem saliran, lampu jalan dan
sebagainya. Ini adalah salah satu langkah untuk
mengurangkan ‘cost of doing business’ di mana kos telah
ditanggung oleh kerajaan.
Masa juga akan dikaitkan dengan ‘wang’ kepada para pelabur
di mana kelewatankelulusanatau tindakan yang ambil oleh
pihak kerajaan akan merugikan perniagaan mereka. Oleh itu,
Kerajaan Negeri sentiasa menambahbaik ‘delivery system’
dengan mempercepatkan proses kelulusan permohonan dan
bertindak dengan kadar bersegera terhadap aduan yang
diterima daripada pelabur.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga membantu pelabur
swasta dalam mempromosikan produk dan perniagaan
mereka sama ada di dalam atau ke luar negeri melalui
promosi pelaburan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
Terkini, Kerajaan Negeri sedang mengadakan perbincangan
dengan Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi Kerajaan
145
Persekutuan yang terlibat dalam membangunkan laluan East
Coast Rail Link (ECRL) dari pantai barat ke pantai timur yang
melalui negeri ini. Ia bagi memastikan ECRL melalui kawasan
industri dan membina stesen barangan di kawasan industri
tersebut. Ini akan membantu pelabur mengurangkan kos
pengangkutan mereka pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri sentiasa membantu
pelabur swasta dalam mengurangkan ‘cost of doing business’
untuk menarik pelabur ke negeri ini dan menggalakkan
pelabur mengembangkan perniagaannya.