-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA
PADA PUKUL 9.30 PAGI HADIR: YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA Dato’
Haji Yahaya bin Ali, DPMT., PJC. YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR
TERENGGANU Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, SSMZ. WAKIL
RHU RENDANG Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat, SMZ.
WAKIL PAKA Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak, SMT. WAKIL
BUKIT TUNGGAL Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah, SMT. WAKIL BUKIT
PAYONG Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim, AMZ. WAKIL JABI Yang
Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT., PJC.,
PJK., BLB. WAKIL LADANG Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL
ALUR LIMBAT Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat, PJK. WAKIL
CUKAI
1
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah WAKIL WAKAF MEMPELAM
Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh, PJK. WAKIL KUALA BERANG Yang
Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman WAKIL KOTA PUTERA
Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH Yang
Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi WAKIL BATU BUROK Yang
Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA Yang Berhormat
Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL BULUH GADING Yang Berhormat Haji
Hilmi bin Harun WAKIL MANIR Yang Berhormat Haji Alias bin Harun
WAKIL RANTAU ABANG Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong WAKIL
PENGKALAN BERANGAN Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed WAKIL
BANDAR Yang Berhormat Haji Maliaman bin Kassim WAKIL AJIL
2
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili WAKIL KEMASIK Yang
Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor WAKIL WANITA Yang Berhormat
Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, SSMZ., DPMT., ASM., PJK. WAKIL
KIJAL Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman,
SSMZ. WAKIL SEBERANG TAKIR Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin
Mamat, DPMT., SMZ. WAKIL TELEMONG Yang Berhormat Haji Nawi bin
Mohamad, SMT., PJK. WAKIL HULU BESUT Yang Berhormat Haji Roslee bin
Daud, KMN., AMZ., PPN. WAKIL BUKIT BESI Yang Berhormat Dato’ Haji
Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT., PPN. WAKIL JERTIH Yang Berhormat
Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP., PPN., PJK. WAKIL LANGKAP
Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT., PJK. WAKIL BATU
RAKIT Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.
WAKIL KUALA BESUT Yang Berhormat Datuk Abd. Halim bin Jusoh, DPSM.
WAKIL PERMAISURI
3
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
HADIR MENURUT FASAL XIII (3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN
TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA) YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN
Dato’ Haji Mohd Zahari bin Md Azahar, DPMT., PJK. YANG BERHORMAT
PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato’ Razali Bin Che Ani, DIMP. YANG
BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato’ Haji Zainal Abidin bin
Hussin, DPMT., PJK., BLB. SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Encik
Zulkifly bin Isa, AMZ., PJK. TIDAK HADIR (DENGAN MAAF): Yang
Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim WAKIL AIR PUTIH
4
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
PUKUL 9.30 PAGI SETIAUSAHA DEWAN:
ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَِّ
َوبََرَكاتُھُ السََّالُم َعلَْیُكْم َوَرْحَمةُ ا�َّ
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’
Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita
memulakan mesyuarat pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca
Ummul Kitab Al-Fatihah. (Al-Fatihah) Perkara pertama di dalam
Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh Yang Berhormat
Dato’ Yang di-Pertua Dewan.
DOA Dibaca oleh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan.
UCAPAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA DEWAN SETIAUSAHA
DEWAN: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Ucapan Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan. YANG BERHORMAT DATO’ YANG
DI-PERTUA:
ِ تَعَالَى َوبََرَكاتُھُ السََّالُم َعلَْیُكْم َوَرْحَمةُ
ا�َّYang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berbahagia ketua-ketua
jabatan Negeri dan Persekutuan, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati
sekalian.
5
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang dapat hadir ke sidang Dewan
Undangan Negeri kita pada kali ini walaupun dalam suasana kita
masih menghadapi cabaran penularan COVID-19. Pada sidang Dewan
Undangan yang lepas, iaitu pada 23 Mac kita hanya mengambil masa
lebih kurang 45 minit sahaja tanpa kehadiran ketua-ketua jabatan
oleh sebab masalah yang sama. Tetapi pada kali ini walaupun saya
menjemput ketua-ketua jabatan untuk turut hadir, saya mohon maaf
kerana ada ketua jabatan yang naik pangkat terpaksa berada di
tingkat atas kerana ruang yang terhad apabila kita menjaga SOP dan
membuat penjarakan fizikal. Sidang pertengahan tahun pada kali ini
mengambil masa lebih lama dari biasa iaitu selama 3 hari oleh
kerana ada agenda yang tertangguh pada sidang yang lepas dibawa
dalam sidang pada kali ini. Selepas ucapan saya, tertib pekerjaan
dewan seterusnya ialah Pembentangan Kertas Kerja dan
Laporan-Laporan, diikuti dengan sesi Soalan-soalan. Selepas rehat
nanti saya akan beri peluang kepada Ahli Yang Berhormat sekalian
untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan menjunjung kasih
ke atas Titah Ucapan DiRaja di mana usulnya telah selesai dibuat
dan teksnya telah diedarkan lebih awal pada persidangan yang lalu.
Kita juga akan menyelesaikan dalam persidangan kali ini satu usul
mengenai Penubuhan Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10,
diikuti dengan dua rang undang-undang iaitu Enakmen Sumber Air
(Terengganu) 2020 dan Pindaan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan
Negeri Fasal 28 mengenai had umur kelayakan menjadi Ahli Dewan
Undangan Negeri Terengganu atau ringkasnya calon pilihan raya.
Sebagai Ahli Badan Legislatif, semuanya itu memberi peluang kepada
Ahli Yang Berhormat terlibat dalam sesi perbahasan nanti. Saya
harap sepanjang 3 hari persidangan kita, Ahli-ahli Yang Berhormat
akan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Saya akan benarkan
soalan-soalan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak sempat
disempurnakan sewaktu sidang yang lepas dibawa ke sidang ini. Cuma
saya nak ingatkan kepada setiap Ahli Yang Berhormat yang akan
bercakap, fikirkan sama Ahli-ahli Yang Berhormat lain juga ingin
bercakap, maka perlu menggunakan masa dengan bijaksana setakat yang
dibenarkan. Sementara itu, Peraturan dan Perintah Tetap Dewan
(Standing Orders) perlu dipatuhi oleh semua Ahli-ahli Yang
Berhormat. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam program
Pemantapan Wakil-Wakil
6
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Rakyat Negeri Terengganu pada 26 Julai baru-baru ini yang
dianjurkan oleh Pejabat Dewan Negeri di Paya Bunga Hotel, Kuala
Terengganu. Saya yakin program ini sedikit sebanyak dapat
menambahkan pengetahuan Ahli Yang Berhormat berhubung dengan
peranan kita sebagai Ahli Badan Legislatif dan peranan kita sebagai
wakil rakyat yang perlu mahir dalam selok belok pentadbiran dan
ilmu komunikasi dalam menyelesaikan masalah rakyat. Ahli-ahli Yang
Berhormat sekalian, Kita masih lagi menghadapi cabaran penularan
pandemik COVID-19. Walaupun kita bersyukur kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala negeri kita masih dalam keadaan terkawal tetapi kita
tidak boleh berada dalam zon selesa kerana pandemik ini boleh
membina gelombang baru pada bila-bila masa sekiranya rakyat negeri
kita tidak serius dan berdisiplin mematuhi SOP yang diarahkan.
Terdapat tanda-tanda awal penularan COVID-19 bergerak lebih aktif
di setengah negeri yang lain. Oleh itu, marilah sama-sama kita
menjaga keselamatan diri sendiri mematuhi SOP kerana ini bermakna
menjaga keselamatan rakyat negeri kita keseluruhannya. Dan pada
masa yang sama kita meraikan dan memberikan penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat sebagai frontliners. Selain isu
keselamatan, sudah tentu kita sekarang ialah sudah tentu fokus kita
sekarang ialah bagaimana kita perlu menggandakan usaha memulihkan
ekonomi dan rakyat yang terjejas akibat pandemik ini yang menjadi
satu fenomena yang bersifat global. Kerajaan sudah tentu telah dan
akan melakukan apa saja yang termampu dengan pelbagai bantuan dan
Pakej Rangsangan Ekonomi. Majlis di Dewan Besar kelmarin umpamanya
sebagai satu contoh kesungguhan kerajaan menangani isu ini. Yang
Amat Berhormat Menteri Besar telah memberikan respons yang cukup
bermakna dalam ucapan penggulungan berdasarkan dapatan ataupun
finding kajian impak pandemik COVID-19 di Terengganu yang
dibentangkan oleh Jabatan Perangkaan, Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) dengan kerjasama TSIS dan dari Dewan Perniagaan
Melayu Terengganu. Pada akhirnya penyelesaian yang paling tuntas
dalam isu ini sudah tentu bukan semata-mata bergantung sepenuhnya
kepada usaha kerajaan tetapi rakyat sendiri harus bangkit dan
bertindak menolong diri sendiri. Akhir sekali, saya bersyukur
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dengan lafaz yang mulia,
Bismillahir Rahmanir Rahim, saya melancarkan sebuah buku yang
berjudul ‘Perkembangan Dewan Undangan Negeri Terengganu -
Pemantapan &
7
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Cabaran yang diterbitkan oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri buat
julung-julung kalinya. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada pihak panel penyelidik yang dilantik oleh
Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan dan pegawai-pegawai serta
semua pihak yang bekerja kuat menerbitkan buku ini. Saya minta
Bentara dan Penolong Bentara Dewan mengedarkan buku ini kepada
semua Ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan. Sekian, selamat
bersidang.
وبا� التوفیق والھدایة والسالم علیكم ورحمة هللا تَعَالَى
وبركاتھ
KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN SETIAUSAHA DEWAN:
Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah KERTAS-KERTAS
KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA:
Kertas-kertas kerja dan laporan-laporan yang dibentangkan
ialah:
1. Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Di bawah Seksyen 10 Bagi
Menggantikan Akaun Amanah Yang Ditubuhkan Di bawah Seksyen 9 Akta
Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]
(DUN Bil.6/2020)
Saya minta perhatian mohon dibuat pindaan pada helaian terakhir
sebagaimana di atas meja Ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu
bilangan 24 kepada 23 dan 25 kepada 24. SETIAUSAHA DEWAN: Perkara
berikut ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:
(1) Soalan-soalan Bertulis. (2) Soalan-soalan Lisan.
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Jawapan kepada
Soalan-Soalan Bertulis yang telah diberi notis dan telah
dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah
soalan-soalan daripada:
8
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
1 Yang Berhormat Wakil Tepoh
2 Yang Berhormat Wakil Batu Burok
3 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut
4 Yang Berhormat Wakil Sura
5 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi
6 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading
7 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut
8 Yang Berhormat Wakil Manir
9 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang
10 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan
11 Yang Berhormat Wakil Bandar
12 Yang Berhormat Wakil Air Putih
13 Yang Berhormat Wakil Kemasik
14 Yang Berhormat Wakil Wanita
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Sekarang kita masuk kepada
Soalan-soalan Lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi
notis untuk mengemukakan Soalan-Soalan Lisan pada 10 Ogos 2020
adalah sebagaimana berikut:
1 Yang Berhormat Wakil Tepoh
9
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
2 Yang Berhormat Wakil Batu Burok
3 Yang Berhormat Wakil Kijal
4 Yang Berhormat Wakil Sura
5 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir
6 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading
7 Yang Berhormat Wakil Telemong
8 Yang Berhormat Wakil Manir
9 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut
10 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang
11 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi
12 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan
13 Yang Berhormat Wakil Jertih
14 Yang Berhormat Wakil Bandar
15 Yang Berhormat Wakil Langkap
16 Yang Berhormat Wakil Air Putih
17 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit
18 Yang Berhormat Wakil Ajil
19 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut
20 Yang Berhormat Wakil Kemasik 10
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
21 Yang Berhormat Wakil Permaisuri
22 Yang Berhormat Wakil Wanita
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk
mengemukakan soalan. YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL
KARIM (Wakil Tepoh):
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama- Sejauh
manakah kebenaran Yayasan Pembangunan Usahawan
(YPU) telah menceburi perniagaan emas untuk membantu pendapatan
Kerajaan Negeri?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera):
ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّYang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, seterusnya Ahli
Mesyuarat Dewan. Terima kasih kepada Wakil Tepoh. Soalan lisan
nombor satu berbunyi: Sejauh manakah kebenaran Yayasan Pembangunan
Usahawan (YPU) telah menceburi perniagaan emas untuk membantu
pendapatan Kerajaan Negeri? Dato’ Yang di-Pertua, YPU secara
khususnya, pada peringkat awalan ini tidaklah menceburkan diri
perniagaan emas untuk meningkatkan pendapatan kerajaan Negeri,
tetapi penglibatan pengawalan ini adalah bertujuan untuk
mengurangkan kebergantungan YPU pada kerajaan Negeri untuk
melaksanakan fungsi dan tanggungjawab YPU. Walau bagaimanapun
usaha-usaha sedang dinilaikan jika sekiranya baik untuk menjadikan
pendapatan kerajaan Negeri akan dibentangkan ataupun dipersembahkan
dalam masa-masa akan datang. Perniagaan ini diusahakan oleh sebuah
syarikat bernama Terengganu Metal Ex-Trade Sdn. Bhd.
11
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
(TMEx) yang ditubuhkan dengan rasminya pada 24 Jun 2019. Pihak
YPU menyokong perniagaan ini dan telah bersetuju untuk menawarkan
seorang Pegawai Kanan YPU secara peminjam sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif kepada Terengganu Metal Ex-Trade Sdn. Bhd. ataupun nama
singkatannya TMEx. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN
BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Dato’ Yang di-Pertua, bolehkah
dinyatakan berapakah jumlah modal berbayar dan pegangan saham YPU
dalam syarikat ini. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI MOHD
NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Terima kasih kepada
Tepoh. Pegangan saham YPU dalam TMEx adalah sebanyak 20% ataupun
dan modal berbayar untuk syarikat itu adalah berjumlah RM1 juta
ringgit dan dengan sekalinya 20% TMEx itu bernilai RM200 ribu
ringgit. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL
KARIM (Wakil Tepoh): Dato’ Yang di-Pertua, soalah tambahan saya
yang kedua: Apakah dapatan terkini kajian berhubung dengan
perniagaan emas untuk Negeri dan juga Negara dalam suasana hari ini
dilihat emas sentiasa meningkat dan mungkin YB telah menilai dan
mengkaji perkembangan ini. YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN
AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah
dalam masa COVID-19 ini, kita lihat harga emas sekarang ini
mencecah pada harga yang paling tertinggi di dalam sejarah emas itu
sendiri dan kalau dilihatkan masa depan perniagaan emas adalah satu
yang mempunyai masa depan yang cerah. Insya-Allah YPU cuba
mendalami dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan kita akan
melangkah lebih serius lagi ke depan nanti. Jadi untuk memendekkan
penerangan ini insya-Allah saya akan sebutkan sedikit dalam ucapan
penggulungan saya nanti berkenaan dengan perniagaan emas.
Insya-Allah, terima kasih. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA:
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Wakil Batu Burok untuk
kemukakan soalan. YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI
(Wakil Batu Burok):
12
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu- Sila
senaraikan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi
membantu usahawan PKS Terengganu yang terjejas akibat penularan
COVID-19 dan menjelaskan sejauh mana bantuan ini telah diberikan
kepada mereka yang berkelayakan?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Batu Burok.
Soalan lisan yang kedua adalah soalan daripada Batu Burok yang
berbunyi: Sila senaraikan bantuan yang diberikan oleh pihak
kerajaan bagi membantu usahawan PKS Terengganu yang terjejas akibat
penularan COVID-19 dan menjelaskan sejauh manakah bantuan ini telah
diberikan kepada mereka yang berkelayakan? YANG BERHORMAT DATO’
YANG DI-PERTUA: Cuma Yang Berhormat, sekejap eh, saya cuma nak
maklum kita ada buat satu sistem baru, semua soalan-soalan yang
dikemukakan boleh ditengok dalam skrin tv masing-masing. Kita
mulakan pada persidangan pada hari ini. Sila teruskan. Maksud saya
tak perlulah diulang soalan itu sebab dah tertera di skrin tv. YANG
BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera):
Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Antara bantuan yang
diberikan oleh pihak kerajaan, kita bahagikan kepada dua. Satu
bantuan daripada kerajaan Persekutuan dan yang keduanya adalah
bantuan daripada pihak kerajaan Negeri. Yang diberikan oleh bantuan
kerajaan Persekutuan adalah melalui Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat iaitu PRIHATIN berjumlah RM240 bilion:-
1. RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat 2.
RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil
dan
Sederhana (PKS), dan 3. RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi.
4. Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat ataupun PRIHATIN PKS bernilai
RM10
juta. Bantuan oleh kerajaan Negeri pula adalah melalui tabung
pemulihan PKS Terengganu COVID-19 dengan peruntukan sebanyak RM4
juta yang diuruskan oleh
13
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Yayasan Pembangunan Usahawan. Di bawah tabung ini, seramai 144
usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 telah diberi
pembiayaannya. Pembiayaan mudah tanpa riba dengan jumlah
pengeluaran sebanyak RM1,581,971.52. Manakala sebanyak RM2.92 juta
sedang diproses pembayarannya dan insya-Allah akan diberikan dalam
masa terdekat. Kerajaan Negeri telah memberi bayaran ini atas
proses-proses yang tidak ketat seperti mana sebelum ini memerlukan
penjamin ataupun memerlukan jaminan daripada pihak-pihak peminjam.
Ini kita nilaikan hanya sekadar kesan terhadap perniagaan mereka.
Terima kasih. YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil
Batu Burok): Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih atas
jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Ada soalan
tambahan: Selain bantuan kewangan, adakah di sana bantuan berbentuk
pengecualian sewa atau pinjaman. YANG BERHORMAT HAJI MOHD
NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Dato’ Yang
di-Pertua, selain daripada bantuan pinjaman yang telah saya
sebutkan tadi, ada pihak YPU dan kerajaan memberikan bantuan kepada
peniaga-peniaga ataupun PKS kita iaitu kerajaan Negeri telah
memberi penangguhan sewa premis khususnya yang berada di bawah YPU
selama dua bulan dengan jumlah sewaan RM463,340.00 yang melibatkan
seramai 90 penyewa. Yang keduanya penangguhan bayaran pembiayaan
selama dua bulan juga yang melibatkan 206 peminjam dengan jumlah
bayaran balik RM183,282.00. Terima kasih. YANG BERHORMAT MUHAMMAD
KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Soalan tambahan yang
kedua: Adakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi bentuk bantuan
kewangan selepas tamat tempoh PKPP ini? YANG BERHORMAT HAJI MOHD
NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Dato’ Yang
di-Pertua, berkenaan tambahan kita mendapat permintaan yang tinggi
daripada usahawan-usahawan kita berkenaan dengan terjejas kerana
COVID-19 ini. Jadi pihak kerajaan dan YPU sendiri sedang meneliti
untuk menilai permohonan mereka dan juga dengan pembentangan kajian
impak COVID-19 yang berlangsung petang semalam ataupun pagi semalam
juga menjadi indikator kita untuk menimbang untuk memberi tambahan
jika sekiranya mempunyai kemampuan yang cukup. Insya-Allah, Terima
kasih. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Sekarang, saya
berpindah….
14
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Boleh soalan tambahan? Batu Rakit. YANG BERHORMAT DATO’ YANG
DI-PERTUA: Sila YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil
Batu Rakit): Soalan tambahan saya, berapa peratuskah golongan ini
yang mendapat manfaat sebenarnya daripada bantuan Covid ini untuk
PKS. Berapa peratus sebenarnya yang mendapat manfaat? Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN ABD. RAHMAN (Wakil Kota
Putera): Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan peratusan, mungkin
saya perlukan notis untuk memberi jawapan yang tepat. Cuma untuk
makluman Dewan, hampir 100% usahawan kita terlibat dengan masalah
PKP yang kita satu negara rasai hari itu. Cuma apa yang kita
laksanakan sekarang adalah menilai priority atau keutamaan yang
terjejas itu. Contoh apa yang dibuat oleh YPU, kita nilaikan
berdasar kepada jumlah pekerja pada PKS-PKS, usahawan-usahawan kita
yang mempunyai jumlah pekerja yang ramai, yang mempunyai
cawangan-cawangan yang banyak dan bentuk kapasiti perniagaan itu
yang kita nilaikan keutamaan dia. Bagi yang biasa-biasa ini agak
kurang prioritynya sedikit. Bukan kita tidak memberi keutamaan
kepada itu, kerana limitation ataupun keterbatasan kewangan kita
untuk membantu mereka semua. Di samping itu, kita menggalakkan
usahawan-usahawan kita untuk dapatkan bantuan yang dikemukakan oleh
pihak kerajaan Persekutuan khususnya pada PERKESO. Di bawah PERKESO
itu ada program subsidi upah yang boleh dimohon oleh semua
usahawan-usahawan yang berdaftar untuk mendapatkan bantuan daripada
kerajaan yang diberi RM1,200.00 seorang pekerja pada setiap
usahawan-usahawan yang berdaftar. Maknanya, satu jumlah yang besar.
Di sini, kita menggalakkan usahawan-usahawan kita untuk mendapatkan
bantuan tersebut. Terima kasih. YANG BERHORMAT DATO’ YANG
DI-PERTUA: Saya pindah kepada Yang Berhormat Wakil Kijal. YANG
BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):
ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ
15
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Dato’ Yang
Di-Pertua, soalan nombor 1- Apakah benar Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu (MBKT) akan
menswastakan tempat letak kereta berbayar? i. Namakan syarikat
yang terlibat ii) Apakah rasional tempat letak kereta ini hendak
diswastakan
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit
Tunggal):
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Dato’ Yang
di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan, sahabat-sahabat Yang Berhormat Ahli
Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, pemerhati sekalian.
Soalan yang dikemukakan oleh Kijal ni, saya baca jugak Yang
di-Pertua sebab laju sikit, takut orang tak nampak. Saya baca ibu
dia sahaja sebab ada tiga soalan sini. Apakah benar Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menswastakan tempat letak
kereta berbayar? Dia ada dua lagi soalan yang halus itu, yang
tambahan itu ada di bawah. Saya jawab satu-satulah, pertama memang
sebenarnya MBKT telah bercadang dan telahpun menswastakan tempat
letak kereta berbayar khususnya street parking, parking di bahu
jalan bermula 1 Julai 2020. Ini baru sebulan lebihlah. Rasionalnya,
saya jawab rasional dulu walaupun soalan tu bermula dengan syarikat
mana, saya jawab rasional kenapa pihak Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu memilih untuk menswastakan parking ini. Pertamanya,
sejak kebelakangan ini, sejak tahun 2016 lah yang ada data dengan
saya, MBKT mengalami kerugian bersih:
Tahun Kerugian Bersih 2016 RM170,000.00 2017 RM484,000.00 2018
RM850,000.000 2019 RM918,000.00 hampir RM1 juta
Ini adalah berkaitan dengan sistem. Sistem yang kita gunakan
sistem yang sudah 20 tahun umur dia. Yang kita gunakan Mackay ini
yang berusia 20 tahun dan sistem ini sistem manual, yang dah jarang
di bandar-bandar besar menggunakan
16
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
sistem manual ini dan banyak yang rosak akibat daripada usia dan
juga, ada juga kerana vandalisme. Untuk membaiki yang rosak sahaja,
MBKT kena belanja RM9 juta untuk baiki yang rosak sahaja. Itupun
belum tentu akan mendapat keuntungan daripada figure yang saya
sebutkan tadi. Oleh itu MBKT mengambil satu inisiatif untuk
menaiktaraflah, kerana sekarang ini orang sudah menggunakan cara
online bayar pakai Touch-n-Go, Mykad pun boleh dan pakai dia punya
sistem talian flexi parking, dan juga kita ada apps khusus lah
untuk perkara ini. Untuk MBKT melabur perkara ini, memang satu kos
yang tinggi dan takut kita juga tiada kepakaran dalam bidang itu.
Dengan itu telah dipilih supaya dibuat secara penswastaan ini
selain daripada menggunakan sistem yang kontemporari yang lebih
efisen, ia juga memberikan pulangan yang tetap kepada Majlis
Bandaraya setiap tahun sekitar RM975,000.00 setahun. Ini tetap akan
dibayar oleh syarikat-syarikat swasta kepada pihak MBKT. Ini tidak
menjadi masalah lagi kerugian dan semua kerosakan meter akan dibuat
oleh swasta tanpa cas kepada MBKT dan akan ditambah yang baharu
dari masa ke semasa. Itu antara kelebihan tentang penswastaan ini
dan syarikat yang telah mengemukakan ataupun pihak MBKT telah minta
daripada beberapa syarikat untuk mengemukakan cadangan-cadangan
mereka dan proposal mereka dan MBKT menerima enam syarikat dan
akhirnya telah melalui proses-proses yang tertentu, telah dipilih
syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang
telah beroperasi di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Majlis
Perbandaran Kota Bharu, Bandaraya Islam Kota Bharu. Terima kasih,
Yang di-Pertua. YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID
(Wakil Kijal): Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, adakah Yang
Berhormat sedar pada tahun 2015 MBKT telah mengutip kira-kira RM4
juta tempat letak kereta ini dan saya kira masalah sistem yang lama
boleh diguna pakai dengan sistem yang baru sekiranya pihak MBKT
membuat secara berperingkat. Ini kerana cash money tiap-tiap hari
dikutip. Adalah tidak cerdik bagi saya beri pada swasta dengan
pendapatan lebih kurang RM110,000.00 sebulan dan saya mendapat
makluman bahawa perjanjian belum lagi ditandatangani tapi kutipan
telah dibuat dan kawasan-kawasan yang diberi adalah kawasan utama,
bahu jalan melibatkan Pasar Kedai Payang dan juga Banggol. Ini
merupakan tempat pendapatan utama bagi Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu. Tak ada masalah, kalau sistem dah 10 tahun, 20 tahun,
pakai sistem baru. Takkan Majlis Bandaraya takdok technician dan
sebagainya boleh belajar dan syarikat ini diberi kepada syarikat
daripada Kelantan. Kelantan saje lening ni, beri ini, banyak lagi
lepas ni, tengok lah. Terima kasih.
17
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
[Ketawa] Terima kasih. Proses yang kita terima daripada proposal
itu ada enam, yang ada pengalaman hanya dua temasuklah Vista
Summerose. Summerose memberikan tawaran yang agak baik dengan
bayaran tetap kepada Majlis Bandaraya (MBKT) dan semua mesin-mesin
ini dia akan naik taraf di bawah tanggungjawab mereka dan tidak ada
peruntukan daripada Majlis Bandaraya walaupun satu sen pun untuk
dia naiktaraf. Sebab dengan cara yang baru ini sudah tentulah tidak
timbul lagi soal tersebut, orang terlupa bayar sebab dia boleh saja
tambah nilai itu melalui aplikasi dalam telefon ataupun dalam
online. Ini banyak kemudahan yang dia buat di bandar-bandar, bandar
lain yang besar. Jadi oleh kerana dua syarikat ini, yang kebetulan
yang itu orang Kelantan, bumiputera, dua-dua syarikat 100%
bumiputera dan tawaran yang baik itu maka kita pilihlah dia.
Terengganu tidak masuk nak buat macam mana, Yang Berhormat. Jadi
kalau ada Terengganu, mungkin yang berpengalaman, kita boleh pilih.
Jadi soal kata di kawasan utama ataupun tidak, kita terpaksa
swastakan semua sekali 6000 parking kita. Kalau kurang daripada
syarikat tak nak terima sebab dia tidak akan dapat keuntungan.
Kalau kita nak pilih yang elok kita nak reserve untuk kita, yang
tak elok kita nak bagi kat orang. Itu susah sikit dari segi kita
nak buat tawaran kepada orang untuk terima. So, kita akan buat
semua sekali 6000 parking bahu jalan itu tak kira kawasan mana
kepada syarikat ini serentak dan MAIDAM parking yang sedia ada itu
pada syarikat yang sedia ada itu tidak terlibat, MAIDAM parking,
hanya terlibat dengan bahu jalan sahaja. Jadi saya rasa tidak ada
apa-apa yang luar biasa di situ. Di situ juga dia boleh
mengurangkan kos operasi. Sekarang ni kos operasi kita tinggi.
Semua kakitangan yang terlibat, semua sekali 70 kakitangan. Dia
cuma ambik 34 kakitangan dan 36 lagi kita serap kepada
jabatan-jabatan lain yang memerlukan. Bukan saja-saja bubuh tapi di
situ memerlukan. Jadi kita dapat mengurang kos kita dan juga dapat
mengoptimumkan tenaga yang kita ada. Terima kasih. YANG BERHORMAT
DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang di-Pertua,
isunya sekarang, Majlis Bandaraya tidak ada duit, kekurangan duit.
Ini cash tiap-tiap hari masuk. RM4 juta, 2015. Kita pasang secara
berperingkat sistem ini, sudah pasti keuntungan syarikat ni berkali
ganda dari apa yang diterima oleh MBKT dan kita dah ada staff sedia
ada yang bekerja. Yang ketiga, adakah Yang Berhormat sedar bahawa
syarikat ini ada kes mahkamah dengan DBKL? Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua.
18
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Apa yang saya difahamkanlah, kes mahkamah tu telah selesai. Itu
yang difahamkan kepada kitalah. Sebab itu Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu telah memilih syarikat tersebut. Yang keduanya, soal
kita kata dapat cash. Ini memang cash yang dijamin, setiap bulan
dia akan bayar kepada kerajaan Negeri. Ini lagi terjamin cash itu.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):
Betul Yang di-Pertua, terjamin tapi dia dapat banyak. Ni sikit
RM120,000.00. YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit
Tunggal:) Biasalah orang berniaga. Dia pun nak dapat untung juga.
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Takpe YB Kijal YANG BERHORMAT
DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal:) Tapi bila kita nak
mengeluarkan satu jumlah duit pendahuluan, hok rosak sahaja 300
perlukan RM9 juta. Kita ada 6000… YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR.
HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): [Menyampuk] Buat secara
berperingkat. YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit
Tunggal:) So, kita nak baiki semua sekali tu .... YANG BERHORMAT
DATO’ YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat.. YANG BERHORMAT DATO’ SERI
DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Buat secara berperingkat.
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal:)
Betul Yang Berhormat tapi .... YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA:
Yang Berhormat, bertenang, bertenang.
19
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Dia akan menyebabkan .... YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD
BIN SAID (Wakil Kijal): [Menyampuk] Panas dah ni. Buat secara
berperingkat kan dulu, duit cash masuk ke MBKT..... YANG BERHORMAT
DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): [Ketawa] YANG
BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Begini Yang Berhormat, dengar saya
bercakap. Bila saya bercakap sebagai Yang di-Pertua, yang lain kena
duduk. Itu peraturan dewan. Kena duduk. YANG BERHORMAT DR. HAJI
ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Rilek dulu, rilek dulu. YANG
BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Kijal nak
berlawan pulalah ni. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Sekarang
ni dengar saya bercakap dulu. Sekarang ni, soalan telah
dikemukakan. Pihak kerajaan telah menjawab. Dalam sesi Soalan Lisan
ini bukan kita nak menganjurkan perdebatan. Apa yang dijawab oleh
pihak kerajaan, itulah yang telah dijawab. Saya fikir tak perlu
panjanglah. Jadi sekarang saya menjemput wakil daripada Sura untuk
mengemukakan soalan. YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK
(Wakil Sura):
ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ
Yang berhormat Yang Di-Pertua, soalan saya yang pertama-
Apakah status terkini berkaitan dengan pusat pemulihan dadah
secara holistik yang telah dirancang oleh kerajaan Negeri?
YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong):
20
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
ِ تَعَالَى َوبََرَكاتُھُ السََّالُم َعلَْیُكْم َوَرْحَمةُ
ا�َّAlhamdulillah assolatu wassalamu’ala rasulillah wa’ala alihi
wasohbihi waman walah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang
di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang
Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan serta
pegawai-pegawai kerajaan sekalian. Soalan daripada Yang Berhormat
Sura bertanya tentang status pusat pemulihan dadah secara holistik.
Status terkini berkaitan dengan pusat pemulihan dadah dalam
peringkat penyelesaian isu tanah dan pemilikan bangunan sedia ada
antara Lembaga Tabung Warisan Negeri Terengganu dan Sri Miah Sdn.
Bhd. Pihak UPEN telah mengangkat kertas ke Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Terengganu dan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (MMKN) Kali Ke-21 Tahun 2020 telah bermesyuarat
pada 22 Jun 2020 telah bersetuju sebagaimana berikut:
• Bersetuju membatalkan keputusan MMKN Kali Keempat 2009
bertarikh 28 Januari 2009 Kertas Mesyuarat Bil. 542/2009 berkait
dengan kertas permohonan tapak sebagai cadangan tapak program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Cador Marang, Terengganu seluas
kira-kira 40 ekar. Mesyuarat bersetuju mengekalkan status tanah di
bawah Seksyen 62 dan Pegawai Daerah Marang sebagai Pegawai Pengawal
bersetuju Lembaga Tabung Amanah Warisan melaksanakan penamatan
secara bersama dengan pihak Sri Miah Sdn. Bhd. terhadap perjanjian
pajakan yang telah ditandatangani pada tahun 2014.
• Bersetuju pembayaran ex-gratia sebanyak RM1.5 juta kepada Sri
Miah Sdn. Bhd. diurus oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri
Terengganu dan dituntut semula melalui caruman khas B 04 Pejabat
Perbendaharaan Negeri Terengganu.
• Bersetuju kaedah pembayaran adalah tertakhluk kepada
terma-terma yang akan ditentukan kemudian di antara Lembaga Tabung
Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Sri Miah Sdn. Bhd.
• Manakala bagi modul untuk pelatih dalam peringkat penyediaan
modul kemahiran dan modul konsep yang diurus setia oleh TSIS dan
TESDEC.
Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil
Sura): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang pertama:
Oleh kerana pusat
21
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
pemulihan dadah secara holistik ini merupakan salah satu
daripada manifesto kerajaan Negeri, jadi saya ingin tahu bilakah
jangka mula beroperasi dan berapakah jumlah pengambilan buat kali
pertama. YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong):
Insya-Allah kita akan berusaha untuk memulakan operasi pusat
pemulihan dadah ini, Januari 2021 dengan anggaran pelatih pertama
seramai 100 orang. YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK
(Wakil Sura): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan kedua:
Apakah kriteria-kriteria pemilihan peserta untuk memasuki pusat ini
kerana kita memahami bahawa tahap penagih ini ada berbagai keadaan.
Maka sudah tentulah kita mempunyai ciri-ciri pemilihan yang sesuai
dengan pusat kita ini dan berapakah anggaran kos perbelanjaan
pengurusan bulanan yang akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Terima
kasih. YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong):
Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada dua soalan yang dikemukakan.
Yang pertama, berkait dengan kriteria pelatih yang akan dipilih.
Kita akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan juga
PEMADAM untuk mengenal pasti pelatih-pelatih sukarela yang kita
pastikan daripada kampung-kampung, insya-Allah. Yang keduanya,
anggaran kos pengurusan kita dalam sebanyak RM1.499 juta kos gaji,
emolumen, pengurusan dan operasi. Terima kasih. YANG BERHORMAT
TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Dato’
Yang di-Pertua, soalan tambahan se. Okey, saya tertarik dengan
pusat pemulihan dadah yang holistik yang akan dirancang oleh
kerajaan Negeri. Jadi soalan saya, sebab holistik tu sangat
subjektif. Boleh tak terangkan kepada kita apakah kriteria, tadi
kriteria penagih. Apakah kriteria holistik ataupun target ataupun
objektif dan juga output dan berapakah time frame sorang-sorang
penagih tu yang akan kita pulihkan daripada pusat pemulihan dadah
holistik yang telah dirancang oleh kerajaan Negeri? Terima kasih.
YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Konsep
secara holistik yang dimaksudkan ialah secara bersepadu. Oleh
kerana tu kita utamakan pelatih yang bukan penagih tegar kerana
penagih tegar diuruskan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Hanya
mana-mana pelatih yang sudah
22
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
dikeluarkan daripada pihak penjara, kita akan ambil dan kita
akan buka secara sukarela dan kita akan didik dia di pusat ini.
Yang pertamanya melalui konsep kerohanian, rawatan secara dalaman
dan selepas itu kita akan buat perkampungan dia di situ melalui
projek-projek kemahiran, pertanian, penternakan dan seumpamanya.
Dalam erti kata lain, kita akan menempatkan dia di situ sehinggalah
dia benar-benar layak untuk keluar bersama dengan masyarakat
setempat. Kalau dia tidak layak kita akan rumahkan dia di situ.
Konsep dia ada rumah di situ dan dia akan tinggal di situ
sehinggalah Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Wallahu ta’ala.
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Okay. Saya jemput Wakil
Seberang Takir. YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD RAZIF BIN ABDUL
RAHMAN (Wakil Seberang Takir):
ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَِّ
تَعَالَى َوبََرَكاتُھُ السََّالُم َعلَْیُكْم َوَرْحَمةُ ا�َّ
سالم سجھتراDato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan
rakan-rakan media serta para pemerhati. Soalan saya soalan nombor
1-
Apakah sebenar-benarnya perancangan kerajaan Negeri Terengganu
dari segi pembangunan ekonomi negeri, selain pelancaran slogan
Maju, Berkat, Sejahtera dan pelancaran PITAS?
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MENTERI BESAR:
ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan dan
ketua-ketua jabatan. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua di atas penambahbaikan sistem
paparan di skrin di hadapan masing-masing untuk
23
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
memudahkan semua di antara kita melihat soalan yang dikemukakan.
Tahniah sekali lagi. Soalan yang dikemukakan itu adalah berkait
dengan rancangan kerajaan Negeri terhadap pembangunan ekonomi dan
juga kaitannya dengan PITAS. Izinkanlah saya untuk memperingatkan
kita bahawa PITAS 2030 adalah singkatan daripada Pelan Induk
Terengganu Sejahtera yang merupakan pelan jangka panjang yang
merangkumi semua aspek sosio ekonomi, dengan matlamat untuk membawa
Terengganu menjadi negeri maju menjelang 2030 dengan perancangan
yang lebih menyeluruh dan komprehensif kepada rakyat dan
berpandukan kepada prinsip Islam. Antara objektif umum yang ingin
dicapai ialah meningkatkan peluang pekerjaan dan menghasilkan
pendapatan kepada kerajaan Negeri yang mampan, tanpa bergantung
sepenuhnya kepada royalti, itu dari segi konsepnya. Perancangan
kerajaan Negeri dengan mengunakan pendekatan PITAS ini untuk
meningkatkan pembangunan ekonomi. Antara lainnya adalah dengan
matlamat serampang dua mata, untuk meningkatkan aliran tunai semasa
kerajaan Negeri, di mana di antara inisiatif yang telah
dilaksanakan ialah dengan menyemak semula projek-projek terdahulu
yang menjadi keutamaan kerajaan Negeri yang dilihat memberi tekanan
kepada kedudukan kewangan negeri secara keseluruhannya. Tekanan ini
wujud kerana komitmen lalu dalam bentuk projek pembangunan ekonomi,
segmen pembangunan fizikal mega di Terengganu yang meletakkan
komitmen kewangan negeri sehingga 20% dari keseluruhan bajet Negeri
setiap tahun untuk tempoh masa sehingga sepuluh tahun. Terima
kasih. YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN
(Wakil Seberang Takir): Soalan tambahan yang pertama: Selepas
hampir 3 tahun menjadi Kerajaan, apakah indikator-indikator
kejayaan yang baru atau sasaran yang berbeza daripada apa yang
telah diperkenalkan oleh Kerajaan yang terdahulu jika ada. YANG
AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MENTERI BESAR: Terima kasih di atas
soalan tambahan. Sebagaimana yang saya jelaskan sebentar tadi
bahawa PITAS merupakan suatu konsep yang kita perkenalkan dan
pendekatan pertama ialah kita ingin membaiki kelemahan yang ada
dahulu dan selepas daripada itu barulah kita akan masuk fasa
pelaksanaan PITAS yang telah mencapai sedikit kemajuan dari segi
pelaksanaannya dan diluluskan oleh MMKN pada Januari 2020 selepas
hampir
24
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
2 tahun di mana 7 gerak utama yang telah dilakukan oleh Pusat
Kecemerlangan PITAS dalam melaksanakan PITAS ini iaitu:-
1. Pemurnian bidang tugas UPEN dan Pusat Kecemerlangan PITAS
dalam pelaksanaan PITAS 2030.
2. Pembentukan Majlis Tindakan PITAS 3. Pemerkasaan Pusat
Kecemerlangan PITAS. 4. Bengkel Pelan Strategik PITAS 2030. 5.
Pembentangan Pelan Strategik kepada Majlis Tindakan PITAS. 6.
Pelancaran Blueprint dan Pelan Strategik yang lengkap, dan 7.
Rollout pelaksanaan.
Sehingga kini tiga gerak kerja utama di atas telah dilaksanakan
dan gerak kerja keempat masih dalam proses penyempurnaan, namun
begitu sebahagian daripada pelan strategik dan pelan tindakan yang
dirancang semasa pembentukan kerangka PITAS telah dilaksanakan
malahan sebahagian daripada Pelan tersebut telah diterjemahkan
dalam pelaksanaan 20 Manifesto Terengganu. PITAS ini akan
dilancarkan secara lengkap pada September 2020 insya-Allah,
manakala pelan strategik dan tindakan akan dijalankan sepenuhnya
pada seawal Januari 2021. Oleh itu belanjawan tahunan Negeri
bermula pada 2021 akan dirangka berdasarkan kepada Pelan Induk
Terengganu Sejahtera PITAS 2030.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN (Wakil
Seberang Takir): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya tanya
tadi sebab dah tiga tahun, hampir tiga tahun dah. Jadi kalau dari
segi aspek perancangan, perancangan, perancangan bimbang juga saya,
nanti tak dang pitas kita ini. Jadi kerana itu saya berharaplah
supaya program ini dapat dilaksanakan dengan segera untuk kita
dapat melihatlah dari segi pembangunan dan juga yang paling utama
adalah kesinambungan daripada pembangunan yang lalu untuk
memastikan bahawa Terengganu akan maju sebagaimana yang dilaungkan
pada 2030. Jadi itu pandangan sayalah. Terima kasih Dato’ Yang
di-Pertua. YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MENTERI BESAR: Terima
kasih di atas pandangan tadi. Saya juga ucapkan terima kasih di
atas keprihatinan Yang Berhormat Seberang Takir. Sudah tentunya
seluruh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat insya-Allah selepas
kita meletakkan structure change, dengan izin
25
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
perubahan struktur yang lebih kukuh ini, insya-Allah ianya akan
lebih memudahkan kita melaksanakan apa yang kita rangkakan. Terima
kasih. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih.
Seterusnya saya jemput Wakil Buluh Gading. YANG BERHORMAT HAJI
RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Terima kasih
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor
1-
Sejauh manakah pelaksanaan dan manfaat yang diperolehi petani
dari Tabung Bencana Pertanian sebagaimana yang diluluskan dalam
Bajet 2020?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Dato’ yang
di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua
jabatan yang dihormati sekalian. Bencana pertanian ditakrifkan
sebagai suatu kejadian yang menyebabkan gangguan dan kehilangan
hasil sama ada kepada sektor pertanian, penternakan, perikanan,
akuakultur dan juga industri asas tani. Skop bencana
termasuklah;
1. Bencana alam sama ada banjir, kemarau, ombak besar, tanah
runtuh, ribut. 2. Nelayan yang mengalami kemalangan di laut. 3.
Serangan musuh tanaman seperti gajah atau babi @ khinzir, kera
dan
sebagainya, dan 4. Serangan penyakit tanaman ataupun wabak yang
menimpa ternakan.
Dato’ yang di-Pertua, dalam Bajet 2020, kerajaan Negeri
memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi pelaksanaan bantuan
bencana pertanian dan setakat ini bantuan telah disalurkan
kepada:
26
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
1. Enam orang nelayan di Mengabang Telipot Batu Rakit, mangsa
ombak besar semasa PKP baru ini, bot yang mereka tambat di
pengkalan dibadai ombak. Ada yang pecah, ada yang rosak. Jumlah
mangsa semua sekali lapan orang. Dua daripada mangsa ini adalah
nelayan berlesen yang diuruskan bantuan melalui Tabung Bencana LKIM
manakala baki enam orang lagi adalah nelayan yang tidak berlesen
yang diuruskan bantuan melalui Tabung Bencana Pertanian Negeri.
Walaupun tidak berlesen mereka ini adalah nelayan tulen. Sebab apa
nelayan tulen tapi masih tidak mempunyai lesen. Yang ini kita
bincang di bawah satu tajuk lain.
2. Dato’ Yang di-Pertua, bantuan kepada sembilan orang pekebun
mangsa serangan gajah di Kampung Padang Setar di Telemong yang
melibatkan jumlah bantuan RM6,700.00.
3. Sepuluh orang pekebun juga mangsa serangan gajah di Kampung
Pelong di Langkap dengan jumlah bantuan RM8,000.00.
4. 62 orang petani yang terlibat kehilangan hasil tani semasa
musim banjir di tahun 2019 dengan jumlah bantuan sebanyak
RM44,000.00.
Sejak daripada diluluskan sebanyak RM76,700.00 bantuan bencana
pertanian telah disalurkan yang memberi manfaat kepada 87 orang
penerima. Untuk rekod kerajaan Negeri juga ada memberikan bantuan
kepada 6 orang penternak ikan sangkar di Pulau Musang, Kuala
Terengganu yang mengalami musibah kematian ikan sebelum daripada
Tabung Bencana Pertanian diluluskan dengan jumlah bantuan sebanyak
RM39,180.00. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM
(Wakil Buluh Gading): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan dan penjelasan yang telah
diberikan tadi dan saya ucapkan tahniah, syabas kepada kerajaan
Negeri atas keprihatinan terhadap rakyat khususnya yang terlibat
dalam bidang pertanian yang ditimpa pelbagai bentuk bencana
sepertimana yang disebutkan tadi. Cumanya angka RM500,000.00
peruntukan yang disebutkan tadi, saya kira angka ini agak terhad
berbanding luasnya skop bencana pertanian yang perlu diuruskan oleh
pihak kerajaan. Oleh itu apakah perancangan kerajaan Negeri dalam
usaha untuk memastikan supaya setiap mangsa bencana ini dapat
disantuni sebaiknya. Terima kasih. YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN
IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Buluh Gading. Memang benar
sebagaimana yang dinyatakan, bencana ini suatu yang
27
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
tidak dapat kita jangka dan angka RM500,000.00 sebenarnya agak
terhad berbanding dengan luasnya skop bencana pertanian yang perlu
kita santuni. Maka kerana itu Bantuan Bencana kerajaan Negeri
diselaraskan dengan Bantuan Bencana Pertanian yang disediakan oleh
kerajaan Persekutuan di bawah dasar Agro Makanan Negara supaya
tidak berlaku pertindihan bagi membolehkan peruntukan yang
disediakan disalurkan serta dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin
mangsa bencana yang terlibat. Bolehlah saya simpulkan peruntukan
Bencana Negeri dan Bencana Persekutuan adalah saling melengkapi
dalam rangka untuk kita menyantuni warga tani, warga penternak,
warga nelayan yang ditimpa musibah dalam masa yang sama insya-Allah
kita cuba mengusahakan untuk bajet 2021 supaya dapat diperuntukkan
satu jumlah yang lebih munasabah dengan luasnya skop yang perlu
kita jaga di bawah Tabung Bencana Pertanian. Terima kasih. YANG
BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua:
Selalunya antara isu yang timbul setiap kali berlakunya bencana ini
ialah masalah bantuan lambat sampai ekoran daripada birokrasi
pentadbiran dan sebagainya. Oleh itu apakah usaha kerajaan Negeri
bagi mengatasi isu-isu birokrasi yang timbul ini dalam proses
permohonan mangsa bencana. Terima kasih. YANG BERHORMAT DR. AZMAN
BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Dato’ di-Pertua, SOP kerja Tabung
Bencana Pertanian Negeri meletakkan sasaran dari tarikh aduan
diterima, permohonan akan diproses oleh Jawatankuasa Induk Bencana
Pertanian Negeri Terengganu untuk pertimbangan dan kelulusan dan
kita meletakkan sasaran bantuan mesti sampai kepada mangsa musibah
dalam tempoh sebulan dengan cara disalurkan bayaran melalui EFT.
Maknanya wang bantuan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima tak
perlu kita nak buat majlis rasmi dan sebagainya yang akan
melambatkan lagi proses agihan dan kita cuba minimakan karenah
birokrasi seberapa segera yang mungkin dan insya-Allah dengan
bantuan yang disediakan, dengan karenah birokrasi yang cuba kita
minimakan seberapa minima yang mungkin, mangsa akan mendapat
bantuan seberapa segera yang kita sasarkan. Terima kasih. YANG
BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Saya pindah kepada
Wakil Manir.
28
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir):
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-
Sejauh mana kajian yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri dalam
melaksanakan Pelan Pembangunan Industri Digital bagi berdepan
dengan Revolusi Industri 4.0?
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Dewan dan
ketua-ketua jabatan serta semua yang hadirlah pada hari ini.
Kerajaan Negeri soalannya sejauh mana kajian yang telah dibuat oleh
kerajaan Negeri dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Industri
Digital bagi berdepan dengan Revolusi Industri 4.0 di mana soalan
ini gabungan dengan Yang Berhormat Kemasik, soalannya hampir sama.
Jawapannya kerajaan Negeri telah membangunkan Agenda Pendigitalan
Negeri Terengganu. Agenda ini akan memacu Negeri Terengganu untuk
menjadi Negeri Digital dan Pentadbiran yang berteraskan kerajaan
digital yang unggul insya-Allah di mana kita telah meluluskan
penubuhan Terengganu Advance Joint Digital Intelligent Development
Corporation (TAJDID). Dalam agenda ini juga diwujudkan satu Taman
Kepintaran Buatan secara Maya (Virtual AI Park). Virtual AI Park
ini akan menjadi pemangkin utama dalam memartabatkan Terengganu
sebagai negeri yang bersedia untuk menjayakan IR 4.0. Selain itu,
kerana itu kerajaan Negeri juga telah meningkatkan infrastruktur
rangkaian gentian fiber optik khususnya di kawasan industri.
Kerajaan Negeri melalui Pelan Kesinambungan Fiber Kebangsaan (NFCP)
percaya bahawa perkara ini dapat dilaksanakan untuk merancakkan IR
4.0. Sekian. YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir):
Yang Berhormat Yang di-Pertua, bolehkah pihak kerajaan menjelaskan
di manakah Taman Maya ini yang beroperasi dan bagaimana peranan
Taman Maya dalam melalui IR 4.0? Terima kasih.
29
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Terima
kasih kepada ADUN Manir. Tuan Yang di-Pertua dan semua yang hadir
di mana Taman Maya ini beroperasi di Ladang di TD1303 di mana
sedikit pengenalan kepada Taman Maya AI Terengganu, Taman AI
Terengganu. Taman Maya AI Terengganu akan menjadi agensi utama
kerajaan Negeri yang bertanggungjawab untuk mengkomersialkan
teknologi AI dan teknologi Industri Revolusi 4.0 di Negeri
Terengganu. Taman AI Terengganu juga akan menjadi peneraju
pertumbuhan sektor AI dan IR 4.0 negeri di mana AI ini telah
dikenalpasti di bawah dasar industri sebagai enjin pertumbuhan baru
yang penting dan penggerak utama untuk memacu inovasi dalam
merentas sektor berasaskan teknologi di mana peranan Taman Maya AI
ini adalah untuk memberi sokongan kepada entiti komersial dalam
industri AI dan IR 4 untuk mencapai hasil yang disarankan dalam
menggerakkan ekonomi berasaskan inovasi. Taman AI ini akan
diamanahkan sebagai entiti perniagaan terkemuka di Terengganu untuk
memajukan pengkomersialan AI di Negeri Terengganu. Antara
peranannya adalah; a) Pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan
teknologi AI b) Perindustrian teknologi AI c) Memudahkan pelaburan
dan teknologi AI d) Melanjutkan pembangunan kemahiran modal insan
dalam teknologi AI Di mana di antara pilot projek AI, smart traffic
light sebenarnya sepatutnya smart traffic light ini selesai, oleh
kerana COVID-19 kita mencadangkan pilot projek ada satu kita
cadangkan di traffic light dekat Masjid di Kuala Ibai itu. Kemudian
Smart Masjid kita telah bina di Masjid Pengadang Baru, insya-Allah
kita akan lancarkan dua-dua ini dalam masa yang terdekat. Smart
Beach Security, Smart Plantantion Agro, e-punch, Smart Security
(TRT), Smart Parking, AI Doctor dan lain-lain lah yang telah kita
rancang sebenarnya untuk memperkasakan Industri 4.0 di Terengganu.
Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir):
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagaimanakah pelaksanaan pelan
yang banyak itu yang akan memangkin Negeri Terengganu sebagai
negeri digital dan pentadbiran yang berteraskan kerajaan digital.
Terima kasih. YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur
Limbat): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, sebagaimana
saya beritahu tadi di mana kerajaan
30
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Negeri telah menubuhkan Terengganu Advance Joint Digital
Intelligent (TAJDID) di mana kita telah sebagai maklumannya kita
ada beberapa perkara yang di bawah pembangunan TAJDID ini;
1. Pembangunan ekonomi digital dan masyarakat digital 99.0
berperanan mamantau dan mengawal (monitor and control) pencapaian
pelan strategik pembangunan ekonomi digital dan masyarakat digital
99.0 di samping merancang dan melaksanakan aktiviti pengurusan
perubahan dan promosi.
2. Pembangunan infrastruktur, peraturan dan perundangan
berperanan melihat aspek keperluan infrastruktur perkhidmatan awam
dan pusat data (cloud services infrastructure and data centre),
infrastruktur perkongsian data, infrastruktur perkhidmatan data
raya (big data) dan keperluan peraturan serta perundangan yang
menyokong kelancaran pelaksanaan agenda pendigitalan
Terengganu.
3. Pembangunan perkhidmatan digital berperanan memberikan
khidmat rundingan penyediaan perkhidmatan digital termasuk
kejuruteraan perisian (software engineering), dengan izin kepada
agensi-agensi sektor awam dan swasta syarikat-syarikat milik
kerajaan serta badan-badan sukarela dan komuniti yang berada dalam
ekosistem pendigitalan Negeri Terengganu.
4. Pembangunan Taman AI Maya berperanan melaksana dan memantau
dan mengawal pelaksanaan pelan strategik Taman Maya Negeri
Terengganu di samping menjalin kerjasama strategik dengan
universiti-universiti dan industri-industri tempatan.
5. Akademik latihan dan pembangunan kepimpinan digital Islamik,
(Islamic Digital Leadership Development Academy) berperanan
membangun kepimpinan digital yang berkeyakinan dan luar biasa.
Pembangunan kepakaran intelektual dan kemahiran praktikal yang
berteraskan kepada sistem kepercayaan dan nilai-nilai Islam.
Bidang latihan yang akan diliputi ialah kepakaran insaniah (soft
skill) dan kepakaran teknikal (technical skill) di mana kita akan
insya-Allah bulan September ini kita akan mengadakan pelancaran
Pelan Induk Digital Pintar, Pelan Strategik Taman AI, insya-Allah
kemudian sehinggalah kepada bulan Oktober – Disember, Pembangunan
Pelan Smart City, Pelan Economi Digital, Pelan Strategik IT Sektor
Awam Terengganu yang mana Pelan Strategik IT Sektor Awam under BPTM
telah tamat pada tahun ini. Membangunkan silibus-silibus latihan AI
Digital Leadership
31
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
bulan November - Disember dan insya-Allah pelaksanaan penuh
pelan ini akan dilaksanakan pada Januari 2021. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Dato’
Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan
dewan kita ini dan kita berjumpa balik pada pukul 11.10 pagi.
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 10.45 PAGI PUKUL 11.10 SETIAUSAHA
DEWAN: Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah
perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan kerana telah meyampaikan Perutusan Titah DiRaja semasa
Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. YANG
BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Menjunjung Kasih
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah disampaikan oleh Yang
Berhormat Wakil Bukit Tunggal pada sesi Pembukaan Penggal Ketiga
yang lalu dan telah pun mendapat sokongan oleh Yang Berhormat
Tepoh. Namun, oleh kerana kepatuhan kepada arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), maka saya telah memutuskan perbahasan ke atas
Usul Menjunjung Kasih itu dibawa ke sesi persidangan pada kali ini.
Saya akan memberi masa, sebagaimana biasa untuk penyokong usul yang
pertama selama 15 minit sementara Ahli-ahli Yang Berhormat lain
selama 10 minit. Cuma, saya nak ingatkan kepada Ahli Yang Berhormat
yang ingin bercakap ataupun berbahas supaya menjaga masa
sebagaimana yang diperuntukkan kerana kita ada sistem timer kita
dan saya ingat tak perlu panjang sangatlah mukadimah, terus kepada
point sebagaimana yang menjadi hasrat kepada Yang Berhormat
sekalian. Jadi, untuk tidak melengahkan masa, saya menjemput Ahli
Yang Berhormat untuk memulakan ucapan perbahasan. Sila Yang
Berhormat Wakil Tepoh. YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL
KARIM (Wakil Tepoh):
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ
32
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Alhamdulillahilladzi Fadhola Bani Adama Bil'ilmi Wal Amal.
Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’i Wal Mursalin Wa Ala
Alihi Wa Sahbihi Ajmain. Amma Ba’d. Yang Berhomat Dato’ Yang
di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang
Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
serta semua Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan,
pegawai-pegawai, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah, diberikan peluang untuk
meneruskan persidangan Dewan Undangan Negeri walaupun berada dalam
situasi yang sangat berbeza berbanding dengan
persidangan-persidangan sebelum daripada ini, dengan norma baharu
yang telah diperkenalkan oleh pihak berkuasa setelah penularan
wabak COVID-19. Ia telah memberi kesan yang cukup besar kepada kita
dan kepada seluruh rakyat sama ada di negeri ataupun rakyat di
negara ini. Izinkan saya mulakan ucapan perbahasan ini dengan
memetik Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
ِجیمِ ِ ِمَن الشَّْیَطاِن الرَّ أَُعْوذُ بِا�َّلَقَْد َكاَن
ِلَسبَإٍ فِي َمْسَكنِِھْم آیَةٌ َجنَّتَاِن َعْن یَِمیٍن َوِشَماٍل
ُكلُوا ِمْن ِرْزقِ َربِّكُْم َواْشُكُروا لَھُ بَْلدَةٌ
َطیِّبَةٌ
َوَربٌّ َغفُورٌ
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda
yang membuktikan kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal
mereka, iaitu dua kumpulan kebun yang luas lagi subur, yang
terletak di sebelah kanan dan juga di sebelah kiri. Lalu dikatakan
kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan
bersyukurlah kepadaNya negeri kamu ini adalah negeri yang baik,
negeri yang aman dan makmur, dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha
Pengampun.
Surah Saba’ Ayat 15. Penduduk Saba’ telah diberikan kelebihan
dari segi keduniaan. Kelebihan yang mereka dapat itu menjadi tanda
bahawa itulah kelebihan yang Allah berikan kepada mereka yang patuh
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka kena sedar apa yang mereka
miliki itu bukanlah dari mereka sendiri, tetapi diberikan kepada
mereka. Allah yang memberikan kepada mereka. Saba’ adalah nama
raja-raja negeri Yaman dan juga nama penduduknya dan Tababi’ah yang
menjadi nama
33
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
jolokan Raja Yaman berasal daripada keturunan mereka. Ratu
Balqis termasuk salah seorang dari raja-raja negeri Yaman. Dahulu,
mereka hidup melimpah dengan kenikmatan dan kesenangan di negeri
mereka. Kehidupan mereka sangat menyenangkan, rezeki mereka
melimpah begitu juga tanaman dan buah-buahan. Lalu Allah Subhanahu
Wa Ta’ala mengutus kepada mereka rasul-rasul, memerintahkan kepada
mereka agar makan rezeki Allah, bersyukur kepada Allah, dengan cara
mengesakanNya, dengan cara menyembah. Mereka tetap diseru oleh para
rasul selama masa yang dikehendaki oleh Allah, tetapi akhirnya
mereka berpaling dari apa yang diperintahkan oleh para Rasul.
Seterusnya mereka diazab dengan berlakunya banjir besar yang
memporak-perandakan seluruh negeri. Ini adalah tanda pengajaran
yang perlu diberikan perhatian oleh kita semua dalam suasana
dikurniakan rezeki sehingga digambarkan di kiri kanan dipenuhi
dengan kebun-kebun. Diperintah oleh Allah, makanlah daripada rezeki
Tuhan kamu, tapi kamu mesti bersyukur kepada Allah. Pengajaran yang
perlu diberikan perhatian oleh kita untuk melahirkan Baldatun
Tayyiba Wa Rabbun Ghafur, negeri yang baik, aman dan makmur dan
Tuhan pula memberikan keampunan adalah dengan kunci syukur yang
diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dato’ Yang di-Pertua,
Persidangan kali ini seolahnya merupakan persidangan sambungan yang
telah diadakan di awal Perintah Kawalan Pergerakan yang
dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. Hari ini agenda perbahasan Usul
Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan yang telah
menyampaikan perutusan Titah DiRaja semasa Pembukaan Penggal Ketiga
Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Tahun 2020 telah mengisi
rakaman sejarah yang cukup besar untuk dihayati generasi kemudian.
Bermulanya penularan pandemik COVID-19 yang merebak dengan begitu
cepat dan berlakunya pula perubahan kerajaan Persekutuan dari
Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional. Pandemik COVID-19
membuktikan tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah. Walaupun
ia ditelah dengan pelbagai teori, kita berpeganglah dahulu dengan
memperakui ia antara kuasa Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan
pandemik ini, ia telah mencetuskan dimensi baharu dalam kehidupan
manusia. Kehidupan normal yang dilalui mula dihiasi dengan pelbagai
norma baharu termasuk kaedah persidangan kita pada hari ini. Belum
lagi membicarakan soal kesan yang dialami oleh seluruh lapisan
masyarakat. Pendidikan terjejas, aktiviti ibadah terjejas,
umpamanya ibadah Haji pada tahun ini. Jemaah Haji di Malaysia tidak
menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Demikian
34
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
juga dengan ekonomi yang tentu sekali akan memberi kesan besar
secara berganda kepada seluruh lapisan rakyat. Sebagai pemimpin
Negeri, kita patut bersyukur kerana dianugerahkan rakyat yang baik
dan berdisiplin. Walaupun kita belum menang sepenuhnya, tetapi
bibit kejayaan sepanjang PKP cukup membanggakan kita. Ini bererti
rakyat kita merupakan rakyat yang mudah untuk dibentuk dan dididik,
asalkan kita semua bersepadu dalam memandu arah dan hala tuju
rakyat. Sedikit sebanyak kes kenakalan yang berlaku di kalangan
rakyat sepanjang tempoh PKP, ia merupakan perkara biasa, bukanlah
suatu perkara yang luar biasa. Ini juga wajar menjadi petunjuk
penting kepada pemimpin rakyat, keupayaan membentuk rakyat yang
lebih unggul jika kita semua bersatu hati lebih mudah dicapai.
Ambil sahaja contoh, kalau pihak kerajaan Negeri inginkan negeri
bersih, kita gembleng dengan serius usaha memupuk pembudayaan ini
secara bersama dari atas ke bawah. Justeru, saya ingin terus
mencadangkan agar pihak kerajaan dalam usaha mengumpulkan idea
Bajet 2021, peruntukkan juga sejumlah kewangan untuk membeli lori
kompektor yang dihias dengan lebih ceria dan memotivasikan
masyarakat untuk menjaga kebersihan. Pastikan lori sampah ini
mencukupi khususnya di kawasan ibu negeri, lori sampah yang lama
wajahkan kembali dengan lebih ceria, jangan nampak lusuh tidak
bermaya sehingga dikata orang ‘lori sampah tu sampah dah’. Sediakan
juga tong sampah yang mencukupi agar rakyat tiada alasan untuk
membuang sampah sesuka hati. Penekanan dan proses membentuk
kesedaran perlu berjalan seiring sehingga akhirnya. Rakyat bersatu
padu membanteras kekotoran di sekeliling mereka. Ini yang kita
pelajari dari pandemik COVID-19, kesepaduan kita memutus rantaian.
Dalam suasana pandemik COVID-19 ini mula menular, berlaku pula
perubahan kerajaan Persekutuan. Perbahasan pada April 2019 yang
lalu, saya membicarakan soal siapa yang mendominasi kerajaan Pasca
PRU-14. Pasca PRU-14 dengan wajah murung, sugul dan kesal. Kita
memperakui betapa ruginya kita sesama bangsa dan sesama ummah,
bertelagah hingga menyebabkan warga lain lebih mendominasi
pentadbiran negara. Pengalaman 22 bulan di bawah Pakatan Harapan
menyebabkan rakyat mula muak dan mengharapkan suasana yang lebih
harmoni selepas PRU-15. Meskipun demikian, belum tiba PRU-15,
perubahan kerajaan lebih awal berlaku. Perkara paling utama juga
perlu difokuskan adalah peranan institusi istana dalam
menyelesaikan kemelut ini dengan cermat dan penuh dengan
kebijaksanaan.
35
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Mengekalkan kestabilan kenegaraan, institusi diraja mestilah
dihormati dan dipertahankan. Ia menjadi payung kedaulatan negara
yang menaungi seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kepercayaan.
Walaupun dalam tempoh yang singkat membentuk barisan Kabinet,
kerajaan Malaysia di bawah Perikatan Nasional telah berjaya
membuktikan tugas penting mengurus krisis. Tindakan cekap kerajaan
Perikatan Nasional menangani pandemik COVID-19 telah mengukuhkan
lagi keyakinan rakyat terhadap gabungan Perikatan ini. Prestasi
seperti ini yang diinginkan rakyat, cekap mengurus keperluan rakyat
dan tahu untuk bertindak demi kepentingan mereka. Apalagi yang
diharapkan rakyat kalau bukan keharmonian dan pembelaan nasib
mereka. Dua perkara penting ini, penularan pandemik COVID-19,
perubahan kerajaan Persekutuan mesti dijadikan pedoman buat kita
semua. Sebab itulah, dalam kes penduduk Saba’, Allah Subhanahu Wa
Ta’ala memberikan pedoman yang cukup penting, bersyukurlah kepada
Allah kerana syukur kita akan mendekati diri kepada Allah, bekerja
kerana Allah, berusaha kerana Allah, berbakti kerana Allah. Dato’
Yang di-Pertua, Ekoran kesan pandemik COVID-19, tentu sekali ia
memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat. Malah prestasi ekonomi
di peringkat negeri kita juga tidak memberangsangkan. Ia perlu
dilihat secara lebih serius agar peningkatannya lebih luar biasa.
Kelmarin, satu pembentangan dapatan Kajian Impak Pandemik COVID-19
Terengganu telah dibentangkan secara terperinci untuk dijadikan
perhatian kita semua. Kita dapat saksikan daripada dapatan
tersebut, lebih 2/3 iaitu 68.7% daripada responden yang bekerja
sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada 1
bulan. Kita juga dapat melihat sebanyak 48.8% syarikat atau firma
perniagaan hanya mampu bertahan 1 hingga 2 bulan sahaja sekiranya
memberi kemudahan cuti bergaji penuh atau separuh gaji kepada
pekerja. 17.1% boleh bertahan kurang daripada 1 bulan. Aspek yang
lain, 62.9% syarikat atau firma perniagaan menyatakan tiada sumber
pendapatan sepanjang tempoh PKP. Sebanyak 36.9% responden
menganggarkan tempoh lebih daripada 6 bulan diperlukan syarikat
untuk kembali pulih. Manakala 1.6% merasakan tidak akan pulih dan
dijangka terpaksa ditutup. Ini hanyalah sebahagian dapatan yang
dibentangkan kelmarin. Gembira atau tidak, kita terpaksa menerima
hakikat yang berlaku. Menerima semata-mata tidak mencukupi
melainkan kita berganding bahu untuk membentuk kembali pengukuhan
ekonomi rakyat. Saya merakamkan ucapan tahniah atas usaha kerajaan
Negeri dalam bekerjasama menghasilkan
36
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
dapatan ini. Paling tidak kita tahu apa yang perlu dilakukan,
bagaimana keperluan yang perlu didahulukan. Dato’ Yang di-Pertua,
Saya juga ingin menyentuh dalam usaha untuk kita membentuk
keperluan-keperluan rakyat ini dan membentuk ekonomi yang lebih
berakhlak, ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh umpamanya
pihak kerajaan perlu memperhalusi kembali aktiviti bebas pinjaman
kewangan di seluruh negeri, lazimnya ia dikaitkan dengan pinjaman
Ahlong banyak terpampang billboard yang berada sebagai pusat
operasi mereka. Adakah ia aktiviti berlesen ataupun tidak. Apakah
kita tidak ingin berusaha menilai kembali pinjaman sebegini yang
menyebabkan mangsanya menanggung beban yang menakutkan, ia tidak
sihat untuk ekonomi, tidak sihat untuk rakyat. Ekonomi yang juga
mementingkan tempat tinggal maka saya juga ingin memberikan
pandangan supaya pihak kerajaan dapat memastikan agenda perumahan
rakyat antara agenda penting untuk diberikan fokus. Dalam masa yang
sama, saya mencadangkan agar peruntukan Projek Perumahan Terengganu
Sejahtera (PPTS) dapat dipertingkatkan untuk tahun 2021. Begitu
juga semua penerima PPTS dan PPRT sebelum ini, saya mencadangkan
hendaklah direkodkan secara berpusat sebagai salah satu bentuk
saringan dalam permohonan rakyat, Rumah Rakyat di bawah SUK
Perumahan agar tidak berlaku pengulangan. Dato’ Yang di-Pertua,
Hari ini kita semua menerima sebuah buku terbitan Dewan Undangan
Negeri yang bersifat akademik dan sangat bermanfaat untuk mengikuti
perkembangan sebuah Badan Legislatif. Ini hujung dah Dato’ Yang
di-Pertua, bukan minta tambahan masa. Saya puji dan saya memberikan
penghargaan kepada Dato’ Yang di-Pertua, ia terbitan pertama
berkenaan dengan hal ehwal DUN, sudut pandang untuk pemantapan dan
cabaran, membuktikan bagaimana suburnya proses pembangunan
demokrasi dalam negeri ini. Sekali lagi saya merakamkan ucapan
tahniah buat Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas usaha
cemerlang ini. Agenda semak dan imbang Pentadbiran Eksekutif
melalui Badan Legislatif ini amat penting dan berkesan. Siapa pun
yang menganggotai Badan Legislatif ini sewajarnya memainkan peranan
semaksima mungkin untuk membolehkan manfaat yang paling berkesan
dipulangkan kembali kepada rakyat.
37
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Dato’ Yang di-Pertua saya mengira cukup setakat ini saya
menyokong. وبا� التوفیق والھدایة والسالم علیكم ورحمة هللا
وبركاتھ
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA:
َوَعلَْیُكُم السَّالَُم َوَرْحَمةُ هللاِ Terima kasih kepada
Wakil Tepoh yang telah memulakan perbahasan Titah Ucapan DiRaja.
Sila mana-mana Yang Berhormat yang ingin bercakap. Sila, Wakil
Rantau Abang. YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau
Abang):
ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ
Alhamdulillahi rabbil 'alamin, Wal Aqibatu Lil Muttaqin.
Wala'udwana illa 'alaz zholimin. Ash-Hadu Anna La Ilaha Illa Allah
Wa Ash-Hadu Anna Muhammadan Rasulu Allah. Qala Rabbisy rahli sadri,
wa yassirli amri, wah lul uqdatan min lisaani, yaf kahu qauli.”
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan,
pegawai-pegawai jabatan, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati Allah
sekalian. Alhamdullilah dan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya selaku
Wakil Rantau Abang untuk bersama-sama dalam sesi perbahasan bagi
merafak sembah ucapan penghargaan dan Menjunjung Kasih Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan atas perutusan Titah DiRaja Tuanku
ketika pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Yang
Pertama pada 23 Mac 2020. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan
sidang yang dimuliakan sekalian, Saya suka merujuk kepada Titah
Tuanku yang menyambut baik beberapa fokus utama dalam perutusan
Tuanku pada 23 Mac 2020. Yang pertama, berkaitan dengan perumahan.
Ogos 2019, Dasar Baru Perumahan Negeri Terengganu telah dilancarkan
dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri
38
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
kerana mengambil perhatian yang serius berkaitan dengan
perumahan rakyat. Setahu kita, permohonan kepada perumahan rakyat
ini terlalu besar, tetapi penyediaan perumahan tidak seimbang
dengan permohonan daripada rakyat terutama B40. Yang Berhormat
Dato’ Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Titah Ucapan Tuanku pada
muka surat 16 yang berkaitan dengan keperluan rakyat khusus
golongan B40 di Negeri Terengganu berhubung dengan perumahan untuk
rakyat dan tahniah kepada kerajaan Negeri kerana telah juga
memperkenalkan satu dasar, Dasar Perumahan Patuh Syariah, yang mana
ini merupakan suatu yang perlu kita tonjolkan kepada umum bahawa
kita betul-betul melaksanakan perintah Allah supaya sesiapa sahaja
yang akan mendapat perumahan sekurang-kurangnya ada tiga bilik,
sekurang-kurangnya. Alhamdullilah saya ucapkan ribuan terima kasih
kepada Kerajaan Negeri dan atas janji sehingga 2022, sasaran untuk
perumahan rakyat ini disasarkan berjumlah 20,000 rumah akan dibina
dan setakat ini ianya belum sampai kepada sasaran, setengah masih
ada dalam pembinaan dan setengahnya masih dalam perancangan.
Diharapkan mana-mana yang dalam perancangan diharapkan dapat
disegerakan kerana rakyat Negeri Terengganu terutama sekali B40 dan
yang lebih ketara di kawasan saya ialah para-para nelayan, mereka
tidak ada rumah. Masih tinggal dengan ibu bapa, setengah itu masih
tinggal dengan datuk dan sedang mencari tempat tinggal yang lebih
selesa untuk mereka. Di Rantau Abang pada 2016 dan sidang Dewan
Undangan telah dimaklumkan bahawa rumah PR1MA akan dibina di Kuala
Abang tetapi hingga ke hari ini ianya belum dan kemungkinan masih
dalam perancangan dan saya mengharapkan kepada agensi dan kepada
kerajaan supaya segerakan pembinaan ini kerana ianya terlalu lama.
Tapaknya sudah ada cuma menunggu masa untuk dipercepatkan proses
perumahan ini. Perkara yang kedua, tahniah kepada kerajaan Pusat
dan juga kepada kerajaan Negeri kerana Projek Laluan Rel Pantai
Timur disambung semula dan ini memberi suatu impak kepada
perkembangan pertumbuhan ekonomi rakyat setempat dan saya rasa
bangga kerana jajarannya termasuk dalam DUN Rantau Abang. Tahniah
saya ucapkan kepada kerajaan Negeri, mudah-mudahan ianya dapat kita
manfaatkan terutama sekali Rantau Abang ini mempunyai kawasan yang
luas, yang masih belum diterokai. Kita mengharapkan kepada kerajaan
supaya melihat kawasan-kawasan ini sama ada kawasan pertanian,
kawasan perumahan ataupun
39
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
kawasan ladang hendaklah disemak dan dilihat supaya ianya dapat
dimanfaatkan tanah-tanah yang luas terbentang ini untuk kita
memberi manfaat kepada rakyat. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA:
Yang Berhormat, DUN Rantau Abang ni lalu kot mana? YANG BERHORMAT
HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Ya? YANG BERHORMAT DATO’
YANG DI-PERTUA: Setakat Yang Berhormat tahu projek ECRL ni, di DUN
Rantau Abang tu, lalu kot mana? YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN
(Wakil Rantau Abang): Lalu antara kot Che Lijah ke Batu Tujuh. YANG
BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI
ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okay, Dato’ Yang di-Pertua
perkara seterusnya ialah saya nak fokus terus kepada pertanian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Pertanian kerana telah pun
memperkenalkan satu Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023
dan dengan pelancaran ini kita mengharapkan bukan sahaja sekadar
pelancaran tetapi apa sahaja yang telah disenaraikan dapat
disegerakan dengan kemampuan kewangan negeri yang ada ini. Kita
tahu baru-baru ini kita menghadapi COVID-19 dan memang dari segi
pertumbuhan ekonomi mungkin akan berlaku sedikit perlahan. Walau
macamanapun dengan keupayaan yang ada di pihak kerajaan saya yakin
pihak kerajaan dapat mengurus kewangan yang ada ini dengan sebaik
mungkin untuk kita memberi kepada, saya tumpukan kepada pertanian
tadi kepada kawasan-kawasan yang luas yang saya sebut awal tadi
supaya dapat dimanfaatkan sama ada pertanian yang tanaman yang
masih diperkenalkan sekarang ini seperti nanas, dan lain-lain
tanaman supaya dapat kita manfaatkan dengan memberi kemudahan
terutama sekali kepada nelayan-nelayan di Seberang Pintasan sebab
mereka ini perlu diberi satu anjakan paradigma bukan sahaja
menumpukan kepada pantai tetapi mereka juga boleh beralih ke
kawasan-kawasan baru, kawasan-kawasan pertanian dengan kita
memperkenalkan kepada mereka, membimbing mereka supaya mereka
mengubah cara hidup mereka ke kawasan-kawasan tanah baru yang akan
dibuka dan saya juga ingin sentuh kembali berkaitan satu kawasan
yang sekarang ini sedang dipulihkan iaitu Rimbunan Kasih. Sebelum
ini kita serah
40
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
kepada satu agensi tetapi disebabkan sudah dua tahun tidak ada
satu penunjukan yang membina jadi kerajaan Negeri telah pun
mengambil suatu sikap dengan kita menyerahkan kepada pihak UPEN
untuk diberi tapak ini untuk dibangunkan semula dan telah pun
diserahkan semula kepada Terengganu Agrotech Development
Corporation dan saya harap dengan penyerahan ini kita mengharapkan
ianya dapat dibina, dapat dikembangkan, dapat dimanfaatkan tanah
yang sedia ada ini dengan rumah hijau dan tangkungan ikan 400
tangkungan ikan ini dapat kita manfaatkan. Cuma bagaimana kedudukan
100 orang penghuni rumah Rimbunan Kasih kerana sekarang ini saya
dimaklumkan kerana rumah hijau ini dalam proses pembaikian hanya
dapat digunakan beberapa rumah hijau sahaja dan sekadar lapan
hingga sepuluh orang sahaja digunakan untuk pertanian ini dan saya
harap dengan rumah hijau yang ada itu dan apa penyelesaian kepada
100 orang yang sedia ada ini supaya mereka ini rasa terbela apabila
projek sebelum ini mereka rasa mereka terpinggir takut mereka
dikeluarkan daripada perumahan ini. Seterusnya saya juga ingin
sentuh berkaitan dengan silika yang ada di Rantau Abang ini.
Alhamdullilah saya difahamkan kilang telah pun dibina sedang dibina
dan dalam proses pembinaan cuma saya ingin tahu setelah kilang ini
siap, bagaimana dari segi pengambilan pekerja-pekerja untuk
memenuhi keperluan di tempat silika di Rantau Abang ini kerana
setakat ini hanya segelintir pekerja sahaja diambil daripada
pekerja-pekerja tempatan dan apabila kilang ini dapat beroperasi
saya berharap berilah keutamaan kepada pekerja-pekerja daripada
kawasan sekitar dan akhir sekali saya ingin sentuh berkaitan dengan
penyu di Rantau Abang. Alhamdullilah pada 16 September 2019 telah
pun dilancar suatu Projek Pulang Kembali iaitu dengan 1922 ekor
anak penyu dilepaskan di Rantau Abang dan alhamdullilah rakyat
memang sangat suka untuk melihat pengembalian nostalgia Rantau
Abang ini suatu ketika dahulu ialah merupakan pusat pelancongan
tempat melihat penyu bertelur pada musim-musim yang tertentu dan
pada 16 September 2019 seramai lebih kurang 2500 orang yang kita
tidak jangka datang bersama-sama merasmikan program tersebut. Jadi
saya menegaskan supaya lihat kembali untuk membangunkan semula
pusat ataupun kawasan Rantau Abang ini sebagai pusat pelancongan
untuk melihat penyu turun ataupun datang bertelur di Rantau Abang.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua saya kira inilah sahaja perkara
yang ingin saya bangkitkan dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan. Rantau Abang mohon menyokong. Terima kasih.
وبا� التوفیق والھدایة والسالم علیكم ورحمة هللا وبركاتھ
41
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang
Berhormat. Saya persilakan Wakil Hulu Besut. Sila. YANG BERHORMAT
HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut):
ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ
اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat Sidang Dewan, ketua-ketua jabatan
yang dirahmati Allah sekalian. Syukur kepada Allah kerana saya juga
dapat mengambil bahagian dalam perbahasan usul perutusan Titah
DiRaja semasa pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri
Keempat Belas. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua
kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas usul ini.
Terlebih dahulu saya juga ingin memuji Yang Berhormat Dato’ Yang
di-Pertua kerana saya rasa di bawah Dato’ Yang di-Pertua ini lain
sikit kerana ada inovasi. Hari ini lancar buku perkembangan Dewan
Undangan Negeri Terengganu. Sebelum ini buat anjur menembak
senapang, boleh baju sehelai. Dua tiga hari baru ini pun dianjurkan
lagi menembak. Bertanding menembak. Saya tidak menang satu pun tapi
boleh juga baju sehelai. Orang kata baju golok. Golok pun golok lah
tak apa asal boleh baju sehelai. YANG BERHORMAT DATO’ YANG
DI-PERTUA: Saya tak nak duduk doh geng Yang Berhormat. YANG
BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Bukan. Orang
kata. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Tidak jatuh se se pun
plat tu. YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut):
Jadi saya ucap syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Yang
di-Pertua kita. Walaupun nampak bekeng tapi berinovasi. Tahniah
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
42
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
Sebelum saya masuk untuk usul ini, saya hendak sentuh sekali
lagi berkaitan dengan Muafakat Nasional Terengganu. Pasal perkara
ini sangat penting kepada Negeri Terengganu. Perpaduan di antara
rakyat terutamanya di kampung-kampung sangat penting kepada
pembangunan negeri. Punca kita di Terengganu sebelum ini tidak
bersatu adalah punca kerana adanya parti PAS dan Parti UMNO. Itu
punca asal. Pentingnya perpaduan ini kalau contoh mudah kalau kita
pergi alik Siam. Saya pun tak pernah pergi sejak COVID ini. Cuma
adalah telefon ke sepupu ke saing-saing alik Siam. Dia kata alik
Siam lening alik Thailand lening Selatan Thailand. Kalau
siapa-siapa yang kena kuarantin orang kampung itu pakat jaga, tok
penghulu jaga, jiran-jiran sebelah rumah jaga. Pastikan supaya yang
dikuarantin itu tidak keluar rumah. Sebab itulah di Thailand lebih
berjaya mereka menurunkan jumlah penambahan COVID-19 di Thailand.
Pasal penduduk dia bersatu padu, pakat jaga dan itu lah yang kalau
kita boleh buat di Terengganu ini insya-Allah segala bentuk
pembangunan akan dapat kita majukan bersama. Sebab itulah
pentingnya Muafakat Nasional Terengganu. Tidak ada masalah kalau
kita pakat comel molek tidak timbullah masalah, akan pakat
insya-Allah. Setelah hampir setahun lebih Muafakat Nasional
ditangani di Terengganu, saya duk perhati di tempat saya, Yang
di-Pertua, molek. Bila tiba Hari Raya di billboard masuk kawasan
Hulu Besut gambar saya pun ada, gambar Penyelaras DUN PAS pun ada,
gambar Yang Berhormat Menteri Besar pun ada, saya tengok. Syukur
alhamdulillah. Bersatu molek di kawasan Hulu Besut. Gambar Menteri
Besar ada, gambar penyelaras PAS ada, gambar calon Parlimen PAS
ada, gambar saya pun letak juga tepi. Lalulah saya pun panggil
penyelaras saya, kita kena buat jugak, minta kebenaran dengan
Penyelaras PAS, kita nak satu billboard, walaupun sebelum ini saya
yang buat billboard tu, tapi oleh kerana dah kerajaan baru, kita
kena minta kebenaran dengan dia. Dia pun beri kebenaran kepada
saya. Saya pun buat gambar juga. Saya masuk gambar Menteri Besar,
masuk gambar saya, masuk gambar penyelaras PAS, masuk gambar
PEMUDA, PUTERI UMNO, satu billboard. Hooo… molek. Bersatu-padu di
Hulu Besut. Duduk tak lama lepas pada itu, kita duk angan-angan
ahli majlis mesti bagi sama banyak. PAS 50 contoh, UMNO pun 50.
Tengok-tengok PAS belaka. Tak apa, Muafakat Nasional Terengganu,
kita kena terima hakikat. Lepas itu, masuk COVID, bahagi pitih
pulak. Haa, mesti bahagi sama banyak ini, sebab boleh RM10 juta
untuk Negeri Terengganu. Mesti bahagi sama banyak. Apa bunyi-bunyi
wakil rakyat daripada Barisan Nasional dapat RM45 ribu, wakil
rakyat daripada PAS dapat RM350 ribu. Haa, Muafakat Nasional
Terengganu. RM45,000 boleh ke UMNO…
43
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020
YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar):
[Menyampuk] Yang Berhormat, bahagi sama banyak Yang Berhormat.
Dapat belaka. YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu
Besut): Sama banyak? RM45,000 wakil rakyat UMNO… YANG BERHORMAT
AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Barang boleh belaka. YANG
BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): RM350 ribu
wakil rakyat PAS. YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau
Abang): Betul dok RM45 ribu tu? YANG BERHORMAT HAJI NAWI