DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA
Menurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti
dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan
membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk
tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca
sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan
maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid
(1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca
mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk
bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan
tesebut.
Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca
sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan.
Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam
kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan
dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau telah merumuskan
proses membaca seperti berikut: 1. Perlakuan membaca adalah
perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua
komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran
membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan
kemahiran memahami apa yang dibaca.2. Sesuatu perlakuan membaca
mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan
perkataan-perkataan. Maksudnya,untuk menjadi pembaca yang berkesan,
seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan
lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.3.
Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan
membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan,
jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi
apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat
susun atur tugasan seperti berikut:a) mengecam atau mengenal
lambang atau perkataan yang dilihat.b) mengaitkan lambang atau
perkataan dengan bunyi atau makna.c) menterjemahkan makna perkataan
itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.d)
mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga
menjadi sebuah idea yang lengkap.e) mencuba menghuraikan idea
kepada orang lain.
4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah
dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan
pemikiran yang aktif.
Mengikut Solh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam
bidang bahasa dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu
mendengar dan membaca. Ini adalah berdasarkan kepada kepekaan
pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti mendengar dan
membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria
penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca.
Oleh itu,kemahiran mendengar dan kemahiran membaca mempunyai
persamaan dari aspek kefahaman bahasa.Kesimpulannya, membaca adalah
satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat yang
bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini
kerana proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses
yang kompleks, iaitu proses sensori, proses pengamatan, proses
bahasa, dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan
penting dalam proses membaca secara keseluruhan.
http://sarjanapena.blogspot.com/2011/10/definisi-dan-konsep-membaca.html
DEFINISI DAN KONSEP MEMBACAKemahiran membaca merupakan salah
satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah
lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan
bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu
pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi
pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu
memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses
kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan
seseorang itu menterjemahkan kembalilambang-lambang
bertuliskepadalambang-lambang bunyiyang hendak disampaikan oleh
penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan
kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila
kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada
pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan
pertuturan itu kepada pemikiran.
Takrif Membaca Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca.
Menurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti
dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan
membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk
tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca
sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan
maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.Menurut Zulkifley Hamid
(1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca
mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk
bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan
tersebut.
Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang
bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan
Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan
seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu
dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan
akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya. Marohaini Yusoff (1989)
pula telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang
kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen
kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca
iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran
memahami apa yang dibaca. Mengikut Solh (1981) dan Abdul Aziz
(1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan dengan dua kemahiran
berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah
berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika
melakukan aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan
deria pendengaran dan deria penglihatan untuk memahami apa yang
didengar dan apa yang dibaca. Oleh itu,kemahiran mendengar dan
kemahiran membaca mempunyai persamaan dari aspek kefahaman
bahasa.
Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan
keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis
denga tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman
(1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang
bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam
teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan
pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud
interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan
antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi
yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran
yang wujud dalam minda.
Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang kompleks yang
mana sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui
lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri
daripadagabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses
sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kognitif.
Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara
keseluruhan.TUJUAN MEMBACA Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada
dua, iaitu;1. Tujuan serta-merta2. Tujuan lanjut
1. Tujuan Serta-Merta
Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan
memaham sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid
dikatakan boleh membaca, maka kenyataan itu bermaksud murid
berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak, boleh
membaca dengan serta-merta dan tidak mengambil masa yang panjang
untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca
juga bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung
kepada bantuan guru.
Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan yang lain; untuk
membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau
intonasi yang betul. Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa
berasa sebarang gangguan. Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu
membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca.
Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat
pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.2. Tujuan Lanjut
Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang
salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk
menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat
berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara yang teratur. Apabila
mereka boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu lagi alat
perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang
lain yang ada di sekelilingnya. Tujuan lanjut bermatlamat; Sebagai
alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar
dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung murid dan.
Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka untuk
mengikuti perkembangan alam dan manusia. Meluaskan fahaman serta
membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahanbahan
perbandingan dengan orang lain. Mendapat bahan fikiran untuk
dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara
yang baik yang dilakukan oleh orang lain.Tujuan membaca juga dapat
dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan pembelajaran
membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan
atau matlamat yang berikut;1. Membolehkan murid mengenal huruf,
menyebut nama dan bunyi huruf.2. Melatih murid membaca dengan
sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.3. Membina kebiasaan
menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan
yang dibacanya.4. Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di
samping dapat memahami isi yang dibaca dengan pantas juga.5.
Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat
dan menyatakan semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan
boleh difahami dengan mudah.6. Menanamkan kemahiran untuk
menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat dengan cepat, jelas dan
tepat.7. Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud
yang dibaca.8. Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan
maknanya dalam konteks yang berbeza.9. Menambahkan ilmu
pengetahuan.10. Membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik
bahan yang dibaca dengan jujur.11. Membetulkan pengetahuan sedia
ada yang salah.12. Memudahkan mereka menyelesaikan masalah seharian
yang melibatkan diri sendiri dan masyarakat.13. Membina sikap,
cita-cita dan fikiran yang terbuka dan positif.14. Memberi peluang
kepada murid uantuk mengetahui hal-hal luar negara.15. Membolehkan
mereka mengerti dan memahami kehendak, situasi dan aspirasi
masyarakat sekelilingnya.16. Memperkenalkan keindahan dan keseniaan
bahasa di samping menggalakkan mereka dalam bidang penulisan
kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan bakat.17. Membina
sikap suka membaca sama ada untuk hiburan ataupun untuk menambahkan
ilmu pengetahuan.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2012/05/tujuan-membaca.html
http://www.slideshare.net/izzatizamburi/kemahiran-membaca-pkp-3107
DefinisiMembaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi
oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan
sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah
dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada
perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah
diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan
banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara
asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod
(decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman
tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan
tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu,
kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang
ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan
seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan
mengikut konteks.Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk
menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan
proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala
Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan
seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang
mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan
bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan
pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini
Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk
menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang
kompleks.Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya,
Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca seperti
berikut:1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan
tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang
dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal
atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.2.
Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahamanselain
pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,untuk
menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu
dapatmenyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu
maknaperkataan-perkataan yang dibacanya.3. Semasa membaca,
seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang
dibaca.Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan,
dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.
Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti
berikut: mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang
dilihat. mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa
yang sedia ada di kepala. mengumpul dan mencantumkan idea,
perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang kengkap.
mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.Melihat kepada susun
tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca
adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.
Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan
dengan proses membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah
kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran
lain.Proses MembacaDaripada definisi-definisi yang telah
dibincangkan, ternyata bahawa membaca adalah proses yang kompleks
yang yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks,
iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa
(linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan
penting dalam proses membaca secara keseluruhan.1. Membaca sebagai
proses sensori (kederiaan)Deria atau panca indera adalah pintu
masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria yang
terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan
pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu sama
lain dalam proses membaca.Deria penglihatanProses membaca berlaku
apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk
diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah
penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria
sentuhan.Deria pendengaranSeseorang memerlukan pendengaran yang
baik untuk membolehkannya membaca dengan baik. Seseorang perlu
mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia dapat
menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini
tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah
pendengatan
2. Membaca sebagai proses pengamatanPengamatan adalah satu
proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera
berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat
dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang
mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan
bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti:
mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan figure ground
iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak ingatan, iaitu
mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar, turutan, iaitu
seperti memahami giliran dan urutan.3. Membaca sebagai satu proses
bahasaBacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language
arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan
seterusnya menulis. Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi
dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan
yang mereka cipta.4. Membaca adalah satu proses kognitifMembaca
bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses
kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti
mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan
seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.
Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan MembacaKesediaan
MembacaKesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang
kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak
boleh terus berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat
untuk berdiri dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan
kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk,
bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan
membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan
yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca
diperkenalkan diajar kepadanya.Kebolehan membaca kanak-kanak wujud
sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara bersesuaian
apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis. Maksudnya
kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep iaitu; semua benda
mempunyai nama, nama benda boleh ditulis dalam perkataan,
kedua-duanya saling bertukar, simbol-simbol perkataan boleh dibaca
(Mechado, 1985).Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka
hidup dalam persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah
dengan tulisan seperti buku, surat khabar, dan sebagainya,
kanak-kanak yang kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke
pasar raya, ke pameran atau ke pusat-pusat peranginan, dan juga
kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan
orang lain.Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca
kanak-kanak adalah: keadaan fizikal pengalaman dan persekitaran
emosi, motivasi, dan sahsiah kecerdasan pengamatan penguasaan
bahasaKeadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan
organ pertuturan yang sempurna. Persekitaran yang intelektual yang
memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak
dan menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita, lawatan
ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual
dengan anak mereka, dan sebagainya.Keadaan rumah tangga yang dan
cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan
sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh
mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.Kecerdasan dan perkembangan
kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca
kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran
membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang
sebaya dengannya.Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan
yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi
pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf
dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.Kanak-kanak yang
menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca
dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah
alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya
semasa berkomunikasi.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa
dan juga guru untuk memastikan kanak-kanak sudah mempunyai
kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran
membaca kepada kanak-kanak.Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Kebolehan MembacaKemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang
kompleks. Oleh itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran
membaca juga adalah rumit dan saling mempengaruhi. Kesedaran
tentang faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat
membantu guru merancang pengajaran bacaan untuk murid-muridnya.
Menurut Marohaini Yusoff (1999) faktor yang mempengaruhi bacaan
terbahagi kepada dua kategori besar, iaitu:i. faktor yang ada pada
diri murid atau pembacaii. faktor yang ada pada bahan bacaan.
Peringkat-peringkat Mengajar BacaanPengajaran bacaan yang
dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua kemahiran iaitu
bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap
(bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan
kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca
berita). Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk
memaham dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.Mengajar
kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara
berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran
membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan
pengajaran bacaan kepada lima peringkat:
i. peringkat menyediakan muridii. peringkat mendirikan asasiii.
peringkat melatih membaca dan memahamiv. peringkat melatih membaca
untuk hiburan atau mencari maklumatv. peringkat membina dan
mengukuhkan sikap gemar membaca.
Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu
menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya
penguasaan bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang
tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid
akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran
membaca. Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam
pengajaran kemahiran membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini
guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan
bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas,
menarik, dan bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan
mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat.
Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada
murid secara berterusan.Peringkat seterusnya adalah melatih membaca
dan memaham. Pada peringkat ini bahan bacaan yang digunakan
hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan aspek sebutan dan
kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan
murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara
beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan
membantu murid membina kemahiran memahami.Setelah kanak-kanak sudah
boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang
dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan
bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa
lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka
kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.Akhir
sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka
membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati
dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan
pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan
sebagainya.
Pemulihan Bacaan1. Menguji Kemahiran MembacaMembaca adalah salah
satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya
mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti
kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal
membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran
guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu
didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan
terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan
akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan
murid.Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat
mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh
murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat
merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang
bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan
masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya
dalam pelajaran secara keseluruhan.Ujian bacaan hendaklah
dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat
memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar
murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan
bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran
bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu
dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.
2. Ujian Bacaan Nyaring Terdapat berbagai-bagai jenis ujian
bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya. Namun
begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk
mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara
diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz Talib
(1989) telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam
kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian
bacaan:A. Peringkat huruf (abjad) Huruf kecil (a-z)- mengenal
bentuk huruf- mengenal nama huruf- mengenal bunyi huruf Huruf besar
(A-Z)- mengenal bentuk huruf- mengenal nama huruf- mengenal bunyi
huruf- memadan huruf besar-huruf kecil Diskriminasi penglihatan-
huruf-huruf yang berdekatan bentuk- huruf besar dalam perkataan-
huruf-huruf kecil dalam perkataan Diskriminasi pendengaran
huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya Pembalikan huruf
(reversals)- huruf besar- huruf kecilB. Peringkat Perkataan
membatang suku kata terbuka membatang suku kata tertutup membatang
suku kata yang mempunyai gugusan konsonanC.Peringkat Perkataan
pembalikan perkataan membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam
perkataan membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka
dalamperkataan Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata
tertutup dalamperkataan Membatang dan mencantumkan suku kata-suku
kata yangmengandungi gugusan konsonan dalam perkataan Kekeliruan
antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan BahasaInggeris
dalam perkataan Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhanD.
Peringkat Frasa Membaca frasa-frasa sebagai satu unit
makna/pemikiran.E. Peringkat Ayat Membaca ayat-ayat pendek membaca
ayat-ayat panjangDaerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas
hendaklah diuji melalui item-item soalan yang dibina oleh guru yang
dibina secara berasingan. Guru boleh menggunakan kad-kad ujian bagi
setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu
dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.Dalam ujian bacaan nyaring,
murid diminta membaca petikan dengan kuat dan guru merekod
kesalahan kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989)
menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut:
membuang/meninggalkan (omission) bunyi huruf/perkataan /imbuhan
yang ditinggalkan Ulangan (repetition) - mengulang-ulang
perkataan/suku kata Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan
diubahgantikan Tambahan (insertion) bunyi huruf/imbuhan/perkataan
ditambah Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca
secara terbalik/songsang.Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah
makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian
oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu
merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan
semasa murid membaca, iaitu: membatang suku kata terlebih dahulu
bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan membaca
terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan membaca
terlampau lambat atau merangkak-rangkak tidak boleh membaca
langsungMaklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya
murid mempunyai kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti
gagap, sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah
pendengaran.
Prinsip-prinsip pengajaran Pemulihan BacaanSegala maklumat yang
guru perolehi membolehkannnya merancang rancangan pengajaran
pemulihan bacaan untuk muridnya. Margaret et.al., 1989) telah
menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh
dijadikan pegangan oleh guru dalam membantu muridnya membaca.Guru
haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan
ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah
kelemahan dan tahap bacaan murid. Murid perlu diberi tangungjawab
terhadap pembelajaran mereka. Murid akan dapat belajar dengan lebih
baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Gunakan bacaan nyaring dan bacaan
senyap mengikut kesesuaian. Gunakan setiap jenis bacaan ini
mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan untuk
mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala
bacaan nyaring pula sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran
sebutan dan kelancaran bacaan.Komponen Pengajaran Pemulihan
BacaanSepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut
langkah-langkah pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan
berikut:Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan
bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan
menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di
bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan
juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.Pengajaran
berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru
mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid
tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam
bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada aspek bacaan
yang mereka hadapi kesukaran.Menyemak atau meneliti semula
dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat semula perkara yang
telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan
untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan
yang telah dipelajari sebelum itu.Bacaan bebas adalah untuk
membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati membaca
dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini murid
digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas
mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.
KesimpulanKemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh
kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan
pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari
dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi.
Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran
membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai
dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara
berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam
bacaan.
http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.html
GARIS PANDUAN PEMILIHAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN BAGI KEGUNAAN
SEKOLAH
Pemilihan bahan bacaan tambahan adalah sebagai satu usaha oleh
pihak sekolah untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang dapat menyokong dan menepati keperluan pembelajaran murid yang
pelbagai. Bahan bacaan tambahan yang dipilih hendaklah dapat
membantu dan mengukuhkan pelaksanaan program perkembangan murid ke
arah menjadi insan yang produktif dan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.Bahan bacaan tambahan yang dimaksudkan di
dalam garis panduan ini meliputi semua bahan bacaan bercetak
(kecuali buku teks yang diperakukan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dan bahan bacaan tambahan yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia) bagi kegunaan sekolah untuk menyokong proses
pengajaran dan pembelajaran.
KANAK-KANAK DAN PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza. Oleh itu,
persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam
sebuah bahan bacaan. Secara umumnya kanak-kanak dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan umur seperti berikut:1. umur 0-6 tahun (peringkat
prasekolah)Kanak-kanak pada peringkat umur ini belum lagi mempunyai
fikiran yang kritis untuk memahami sebab dan akibat atau cara dan
tujuan. Pengetahuan mereka tentang kenyataan adalah sangat
sederhana.SetiapBuku-buku untuk peringkat umur ini harus
mengandungi teks yang pendek, penuh dengan aksi mudah yang menuju
kepada kesimpulan yang memuaskan. Ia juga harus mempunyai perkaitan
dengan dunia sehariannya agar dapat membantu mereka memahami dan
menginterpretasikan dunia sekelilingnya.
2. Umur 6-8 tahunKanak-kanak yang berada pada peringkat umur ini
mempunyai sifat ingin tahu dan mereka juga sudah mula mengerti
serba sedikit apa-apa yang dibicarakan oleh orang dewasa.
Kanak-kanak selalunya telah bersedia untuk membaca
jika:Tertanya-tanya tentang huruf dan perkataan dalam buku, akhbar
atau kertas.Meluangkan masa membaca buku-buku bergambarnya.Suka
mendengar cerita.Berminat dalam perkataan-perkataan dan leka untuk
meningkatkan tatabahasanya.Berpura-pura menulis dan membacacuba
untuk menyalin huruf-huruf dan nombor.Pada peringkat ini, mereka
mungkin sudah boleh membaca buku yang mengandungi teks yang banyak.
Buku-buku bergambar juga masih sesuai untuk mereka kerana
gambar-gambar yang terdapat dalam buku boleh memberi gambaran
kepada teks. Mereka juga berminat dalam hal-hal yang berkaitan
dengan binatang dan alam semula jadi.
3. Umur 8-10 tahunPada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai daya
imaginasi yang semakin berkembang dan mereka seronok dengannya.
Oleh itu, untuk membantu kanak-kanak memenuhi keperluannya ketika
berimaginasi, bahan bacaan yang mengandungi cerita dongeng dan
cerita rakyat amat sesuai digunakan untuk mereka.
4. Umur 10-12 tahunPada peringkat ini, mereka telah mempunyai
sikap kritis terhadap unsur-unsur kenyataan dan bersedia untuk
menerima pengetahuan baharu. Perkembangan tatabahasanya juga
berkembang dengan cepat dan mempunyai kebolehan yang tinggi dalam
mengungkapkan idea-idea yang abstrak. Mereka juga berusaha belajar
untuk mendapatkan maklumat daripada buku. Mereka sudah mampu
mengikuti arahan-arahan yang terdapat dalam buku mereka. Oleh itu,
pada peringkat ini, buku yang berhubung dengan seni dan kerja
tangan mampu menarik minat mereka.
Di samping itu, kanak-kanak lelaki dan perempuan sudah mula
menunjukkan minat yang berbeza. Pada usia ini, kanak-kanak
perempuan lebih berminat kepada alam persekolahan, kisah binatang,
fantasi, dan sejarah manakala kanak-kanak lelaki pula lebih
menggemari kisah pengembaraan, cerita lucu, dan buku yang berkaitan
dengan subjek hobi, saintifik dan teknikal.
Walaupun pembahagian peringkat kanak-kanak mengikut umur tidak
begitu jelas dan menimbulkan perbezaan, orang-orang dewasa yang
terlibat dengan kanak-kanak perlu tahu serba sedikit tentangnya.
Ini kerana setiap peringkat umur, kanak-kanak memerlukan bahan
penerbitan yang berbeza dari segi persembahan dan bentuk
bahannya.
PRINSIP PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan
prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan
seperti yang berikut.
1. SesuaiPerkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan,
di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar.
Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran.
Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh
pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau
individu. Pemilihan bahan bacaan hendaklah mempunyai hubungan
kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :
a) objektif dan matlamat pengajaran bahasab) Pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaranc) Keadaan pelajard) Suasana pembelajarane)
Minat pelajar
Bahan bacaan yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan
objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif
pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan
objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan
bacaan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif
tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan,
adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan.
Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang
datang daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial,
pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika
menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan
pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain.
Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai
dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik.
Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi
pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula,
rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan
tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.
2. MencabarTerdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam
proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku.
Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan
rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus
belajar.
Satu strategi pemeringkatan bahan bacaan yang dapat mencabar
pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri
daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :a) bahan
yang konkrit kepada bahan yang abstrak.b) Bahan yang mudah kepada
yang kompleks.c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan
yang mempunyai hubungan yang bersepadu.d) Bahan yang khusus kepada
bahan yang umum (induktif)e) Bahan yang umum kepada yang khusus
(deduktif)f) Bahan yang umum kepada teori.g) Bahan masakini kepada
masa akan datang.3. Menepati
Ketepatan bahan bacaan dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan
bacaan yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan bacaan
yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan
bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan
dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri
yang berikut:
a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.b)
Susunan bahanc) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.d)
Maklumat yang kemaskinie) Perbendaharaan kata yang sesuaif) Bahan
pengajaran yang diperakui.4. Menarik
a) Reka letak: peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar
atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat
yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau
memahami sesuatu konsep.b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf
haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.c) Ilustrasi dan
bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi
berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan
dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.d) Kualiti
kulit dan cara buku dijilide) Bahan pengajaran mengandungi arahan
yang jelas.
5. Jimat dan mudahSekiranya untuk menghasilkan bahan bantu
mengajar tersebut dibeli, tidak semestinya mahal. Sebaliknya bahan
tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan
menggunakan bahan terbuang.\
6. PraktikalBahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau
pelajar. Bahan bacaan seharusnya sederhana dan mudah digunakan
serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi
sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam
komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika
digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih
dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata
pelajaran lain.
http://kemahiranmembaca123.blogspot.com/2013/05/pemilihan-bahan-bacaan.html
Penilaian
http://www.slideshare.net/mimiedali/bmm3104-topik-10-oleh-pn-normi-bt-mohd-dali-ipgksah
Penilaian Kemahiran Membaca:Ia merupakan kemahiran penting yang
perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca
penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid.
Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan
jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid
membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang
betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca.
Ciri-ciri Penilaian Membaca:1. Merupakan satu proses yang
berterusan.2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.3.
Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.4. Boleh
dilakukan secara penilaian dengan sendiri.5. Terbuka dan tiada
batasan.6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid
merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.
Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada
3:1. Matlamat Persepsi.2. Matlamat Kognitif.3. Matlamat
Afektif.
Matlamat Persepsi:1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin
terhadap kebolehubahan.2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca
dan peka terhadap sesuatukonsep perkataan.
Matlamat Kognitif:1.Untuk mencapai matlamat ini dalam
penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras
pemukiran yang digunakan semasa membaca.
Matlamat Afektif:1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan
sikap murid terhadap bahan yang dibaca.2. Murid-murid dinilai
secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat
mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada
kompleks.
Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:1. Mengenal pasti
idea keseluruhan.2. Mengenal idea utama dan sokongan.3. Membuat
ramalan dan kesimpulan.Mengenal pasti idea keseluruhan:a. Mesej
utama yang disampaikan penulis.b. Mengesan pandangan, pendapat
,emosi penulis.c. Kenal pasti prinsip penulisan:-Pengelasan
mengikut kronologi.- Pengelasan mengikut hierarki.- Pengelasan
mengikut ciri-ciri.
Mengenal idea Utama dan Keterangan:a. Idea Utama.-satu atau
lebih idea utama.-satu idea utama dalam satu perengganb.
Sokongan-Huraian atau keterangan yang menyokong idea
utama.-Disertai dengan contoh-contoh.Membuat Ramalan dan
Kesimpulan:a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.b. Mesti
baca dan teliti seluruh teks.c. Tidak semestinya disokong dengan
contoh dan keterangan.d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman
pembaca.Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga
dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau
pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid
https://mysalawati.21classes.com/interaksi-minggu-ke-8-9-penilain-kemahiran-mendengar-dan-bertutur