DASAR PEMBELIAN BAHAN MONOGRAF, BAHAN-BAHAN BERCETAK DAN BUKAN BERCETAK 1. LATARBELAKANG 1.1 Dasar pembelian bahan-bahan bercetak dan bukan bercetak disediakan bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada masa kini dan juga keperluan fakulti dan program baru yang bakal diadakan di masa-masa akan datang. 2. SKOP Dasar ini merangkumi semua aktiviti yang berkaitan dengan perolehan monograf, bahan-bahan bercetak lain dan bukan bercetak secara pembelian termasuk Malaysiana dan bukan Malaysiana. 3. OBJEKTIF Objektif utama dasar ini ialah memastikan :- 3.1 pengesanan dan pembelian semua bahan monograf, bercetak dan bukan bercetak yang berkaitan dengan program akademik dan aktiviti yang dijalankan oleh UPSI. 3.2 pengesanan dan pembelian secara terpilih bahan monograf, bahan becetak dan bukan bercetak sebagai wahana ilmu pengetahuan yang merangkumi segala khazanah pemikiran, keintelektualan, keilmuan dan penulisan bagi peningkatan minda. 3.3 pengesanan dan pembelian secara terpilih segala bahan monograf, bahan- bahan bercetak dan bukan bercetak bagi memenuhi keperluan maklumat bagi menyokong program pembelajaran, pengajaran dan aktiviti penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
26
Embed
DASAR PEMBELIAN BAHAN MONOGRAF, BAHAN-BAHAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR_BPO.pdf · 5.6.1 Bahan terbitan sebelum tahun 1950 dan/atau yang sukar diperolehi ... 6.1 Bagi perolehan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
DASAR PEMBELIAN BAHAN MONOGRAF, BAHAN-BAHAN BERCETAK
DAN BUKAN BERCETAK
1. LATARBELAKANG
1.1 Dasar pembelian bahan-bahan bercetak dan bukan bercetak disediakan bagi
memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan Universiti
Pendidikan Sultan Idris pada masa kini dan juga keperluan fakulti dan
program baru yang bakal diadakan di masa-masa akan datang.
2. SKOP
Dasar ini merangkumi semua aktiviti yang berkaitan dengan perolehan monograf,
bahan-bahan bercetak lain dan bukan bercetak secara pembelian termasuk
Malaysiana dan bukan Malaysiana.
3. OBJEKTIF
Objektif utama dasar ini ialah memastikan :-
3.1 pengesanan dan pembelian semua bahan monograf, bercetak dan bukan
bercetak yang berkaitan dengan program akademik dan aktiviti yang
dijalankan oleh UPSI.
3.2 pengesanan dan pembelian secara terpilih bahan monograf, bahan becetak
dan bukan bercetak sebagai wahana ilmu pengetahuan yang merangkumi
segala khazanah pemikiran, keintelektualan, keilmuan dan penulisan bagi
peningkatan minda.
3.3 pengesanan dan pembelian secara terpilih segala bahan monograf, bahan-
bahan bercetak dan bukan bercetak bagi memenuhi keperluan maklumat bagi
menyokong program pembelajaran, pengajaran dan aktiviti penyelidikan
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
2
4. STRATEGI
4.1 Memperkukuhkan koleksi dalam pelbagai format bercetak dan bukan
bercetak melalui pengesanan dan pembelian.
4.2 Mengemaskini dan memperkukuhkan koleksi dalam pelbagai bidang perkara
yang bercorak keilmuan dan penyelidikan terutama dalam bidang pendidikan
yang berkaitan dengan bahasa, kesusasteraan, sains sosial, kesenian, muzik,
sukan, sains kognitif dan pembangunan manusia, sains dan teknologi
maklumat secara pengesanan, pemilihan dan pembelian.
4.3 Menjalin perikatan strategik di kalangan pusat penyelidikan Universiti di
dalam dan luar negara, penerbitan dan pengedar serta orang perseorangan
bagi tujuan pengesanan dan perolehan bahan dalam bidang pendidikan.
4.4 Mengadakan perkongsian sumber maklumat di kalangan perpustakaan
akademik untuk mengurangkan pertindihan pembelian.
4.5 Melaksanakan pasaran bahan perpustakaan secara elektronik di mana sesuai.
5. DEFINASI
5.1 Monograf
Monograf adalah terdiri daripada buku atau terbitan yang khusus tentang
sesuatu perkara atau beberapa kelas perkara, kadangkala dikeluarkan dalam
beberapa jilid khas, terbitan tidak berkala termasuk siri monograf.
3
5.2 Bahan bercetak
Semua bahan bercetak termasuk peta, poster, carta, risalah, gambar (lukisan,
lakaran, foto), kad imbasan dan skor muzik.
(i) Peta
Gambaran berlakar tentang permukaan bumi atau sebahagiannya
yang menggambarkan ciri-ciri sesuatu kawasan itu seperti sempadan
geografi, sejarah, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.
(ii) Poster
“Sekeping kertas yang tertera dengan gambar dan lain-lain keterangan tentang
sesuatu.” 1
(iii) Carta
“Paparan yang mengandungi atau yang memberikan keterangan tentang hal
atau kedudukan tertentu (misalnya mengenai iklim, kedudukan dan
perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dan lain-lain)
dalam bentuk gambarajah (graf, jadual, dan lain-lain).2
(iv) Risalah
Bahan dalam bentuk beberapa lembaran kertas sama ada diketip,
dijahit atau dijilid ringkas yang mempunyai keterangan tentang
Buku yang berharga jarang ditemui dan amat bernilai dan sukar diperolehi di
pasaran. Biasanya bila didapati, diperolehi dengan harga yang tinggi.
Termasuk dalam kategori nadir Malaysiana adalah salah satu atau kesemua
perkara yang berikut :-
(i) bahan yang diterbitkan sebelum tahun 1930 dan/atau yang sukar
diperolehi di dalam negara.
(ii) terbitan-terbitan cetakan lama yang berkaitan dengan Malaysia (ini
termasuk Malaya, Persekutuan Tanah Melayu, Kepulauan Melayu dan
Straits Settlements dan Alam Melayu).
(iii) Terbitan lama karangan penulis dan penyelidik Melayu/Malaysia.
(iv) Terbitan lama karangan penulis dan penyelidik yang berada di luar
negara dalam pelbagai bahasa yang berkaitan dengan Malaysiana.
5.5 Bukan Malaysiana
Bukan Malaysiana ialah sumber perpustakaan yang diterbitkan di luar
Malaysia yang tiada kaitan dengan Malaysia atau bukan dihasilkan oleh
Warganegara Malaysia tetapi memenuhi keperluan pembaca.
5.6 Nadir Umum
“A book so old, scare or difficult to find that it seldom appears in the book markets.
Among rare books may be included, incunabula, sixteenth to eighteenth century imprints,
first edition, limited and deluxe editions, specially illustrated editions, books in fine
bindings, unique copies, book of interest for their associations (local, regional, subject etc).”4
4 Prytherch, Ray. Librarian’s Glossary and Reference Work. 8th ed. England: Gowen 1995 5 Brownstone, David M. Dictionary of Publishing. New York: Van Nostrand Reinhold, 1982
6
“Scare, prized and valuable books that are seldom available for acquisiiton and then when
available sell for high prices.”5
Termasuk dalam kategori nadir umum adalah salah satu atau kesemua yang
berikut :-
5.6.1 Bahan terbitan sebelum tahun 1950 dan/atau yang sukar diperolehi
ataupun sudah habis cetakan.
5.7 Bahan bukan bercetak/Sumber Media
Bahan sumber media adalah meliputi :-
(i) mikrofom
(ii) filem sinematograf
(iii) piring hitam
(iv) rakaman video & audio
(v) media elektronik yang lain
(vi) slaid
(vii) lutsinar
(viii) filmstrip
(ix) disket
(x) cakera padat
(xi) multimedia CD-ROM
(xii) pita red
(xiii) filem gulung
(xiv) cakera video/laser
(xv) multimedia kit
7
5.8 Peringkat Pemilihan Bahan Monograf, bahan bercetak dan bahan
bukan bercetak
(i) komprehensif - menyeluruh dalam bidang berkenaan
(ii) terpilih - meliputi keseluruhan bidang untuk
membolehkan penyelidikan terhad
(iii) representatif - beberapa bahan untuk mewakili setiap
bidang dan peringkat perkara
berkenaan
6. GUNAPAKAI DASAR
6.1 Bagi perolehan bahan bacaan melalui pembelian bahan bacaan perpustakaan.
7. PEMBINAAN KOLEKSI PERPUSTAKAAN
7.1 Perpustakaan akan menggunapakai piawaian yang telah disediakan oleh
Persatuan Perpustakaan Malaysia dan American Library Association (ALA)
seperti berikut di dalam pembinaan koleksi :-
7.1.1 Standards for private university libraries (recommended for 5 years,
1997 – 2001; to be reviewed in 2002) prepared by PERPUN
(Persidangan Perpustakaan – perpustakaan Universiti dan Negara)
Sub-Committee on standards for Private University and college
Libraries published by Persatuan Perpustakaan Malaysia, 1999.
7.1.2 American Library Association (ALA) Collection Level Codes (1979).
8
8. PENGESANAN/PEMILIHAN
Pengesanan/pemilihan monograf, bahan bercetak dan bukan bercetak :-
(i) Memastikan semua monograf, bahan bercetak dan bukan bercetak terbitan
dalam dan luar negara dalam bidang yang berkaitan dengan program
akademik serta pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan anjuran UPSI
diperolehi secara komprehensif.
(ii) Memastikan semua karya rujukan umum diperolehi bagi menyokong
keperluan rujukan dan perujukan negara.
(iii) Memantapkan koleksi perpustakaan dalam pelbagai bidang perkara
berdasarkan nilai kesarjanaan, penyelidikan, keperluan maklumat dan rujukan
semasa.
(iv) Memperkaya dan menyokong pembinaan minda serta proses pendidikan
sepanjang hayat.
9. KRITERIA PEMILIHAN
9.1 Terdapat kriteria-kriteria yang perlu diambil perhatian dalam
membuat pemilihan dan di antaranya ialah :-
(i) terbitan dalam dan luar negara yang berkaitan dengan
program/kursus akademik Universiti.
(ii) mengutamakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris daripada bahasa-
bahasa lain sekiranya terdapat pelbagai bahasa.
(iii) sesuai untuk kegunaan para pelajar, pensyarah dan kakitangan
Universiti.
(iv) kredibiliti pengarang dalam bidang berkenaan.
(v) sesuai dengan keperluan penyelidikan para pelajar, pensyarah dan
kakitangan Universiti.
9
(vi) berpotensi dan sesuai untuk kegunaan satu atau lebih program yang
terdapat di Universiti.
(vii) koleksi bagi bidang perkara yang masih lemah/kurang.
(viii) Bahan yang mempunyai nilai yang tinggi, tahan lama dan sesuai serta
bertepatan dengan aliran masa.
(ix) Penerbitan yang berwibawa dan profesional.
(x) Persembahan, gaya dan kejelasan (clarity).
(xi) Mempunyai kualiti yang baik dan mencapai standard seperti bahan
yang ditulis dengan terperinci, logik, indeks yang tepat, mempunyai
bibliografi, nota kaki, nota hujungan serta ilustasi yang sesuai dengan