Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah swt, di mana dengan limpah kurnianya Gema Fikrah edisi Ogos 2011 dapat dikeluarkan bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa MPOB 2011/1432 M. Kita juga bersyukur kerana pada 22-24 Julai 2011, seramai 100 anggota MPOB telah bersama-sama menyertai Program Amal PKKIM di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As -Solihin, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Bersempena kedatangan Ramadan kali ini, PKKIM telah mengaturkan beberapa siri ceramah. Ceramah Israk Mikraj telah diberikan oleh Prof Madya Dr Mohd Arif Kasmo, Ceramah Zakat oleh Ustaz Halim Din dan Ihya Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Datuk Dr Abu Hassan Din Al-Hafiz. Di hari dan di bulan yang mulia ini, kami menyeru supaya kita bersama-sama mengambil segala keberkatan Ramadan al-Mubarak di mana dengannya kita mengharap Allah swt akan memberi maghfirah iaitu keampunan atas segala dosa kita terdahulu dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Amin ya rabbalalamin. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota Islam MPOB terhadap sokon- gan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan program yang diatur oleh PKKIM. Tidak lupa juga kami mengucapkan Selamat Menyambut Syawal yang bakal menjelang. Akhir sekali, segala komen dan cadangan dapatlah diemelkan kepada [email protected]. Jazakallah khoiron kathiron.. Wassalamualaikum wbt. Dari Meja Sidang Redaksi Aktiviti PKKIM 2011 Sidang Redaksi Gema Fikrah/Al-Hidayah Penaung Tn Hj Ahmad Sidek Stroo Penasihat Samsul Kamal Rosli Editor & Reka Bentuk Zaidiana Mohd Zaid Penyelaras Penerbitan Mohamad Hamizi Sidek Penyumbang Nek Daud Ahmad Mohd Sukri Salleh Mishmishah Mustafa Joriah Puteh Nor Hanin Ayub Mohd Roslan Mohd Noor Abdul Karim Ali Muhammad Noor Mohd Khalid Abd Hamid Hamad Pruf Mustafa Mat Ali Cetakan Zamri Samsuri Tarikh Aktiviti Penceramah/Catatan 10 Februari Pemeriksaan dan Rawatan Terapi Berlandas- kan Al-Quran Ustaz Alfian Al-Azhari, Pusat Rawatan Syifauhadi Tmn Dato Haron, Petaling Jaya 25 Februari Sambutan Maulidur Rasul Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Al-Hafiz (KUIS) Tajuk: Peribadi Rasulullah SAW 20 Mei Ceramah Zakat Ustaz Halim Din (Pusat Pungutan Zakat Selangor) 1 Julai Ceramah Israk Mikraj Prof Madya Dr Arif Kasmo (UKM) Tajuk: Israk Mikraj dan Sains 7 Jun Program Ziarah Korporat LZS Menghantar dua orang wakil 15 Julai Taklimat YaPEIM YaPEIM 22-24 Julai Program Amal Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Banting 28 Julai Ceramah Ihya Ramadan Datuk Dr Abu Hassan Din Al-Hafiz Oktober* Kursus Teknik Belajar Al-Quran Al-Baghdadi November* Ibadah Qurban Disember* Ceramah Awal Muharram Januari 2012* Nota: *tentatif Seminar Teknik Bijak Sifir Kaedah SifuTaj
4
Embed
Dari Meja Sidang Redaksi - mpob.gov.my · PDF fileal-Qadr. Firman Allah swt: ... Amalan di Malam Lailatul Qadar Amalan yang mesti dilakukan pada ... PKKIM Sesi 2010/2012
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah swt, di mana dengan limpah kurnianya Gema
Fikrah edisi Ogos 2011 dapat dikeluarkan bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa MPOB
2011/1432 M.
Kita juga bersyukur kerana pada 22-24 Julai 2011, seramai 100 anggota MPOB telah
bersama-sama menyertai Program Amal PKKIM di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As
-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Selangor.
Bersempena kedatangan Ramadan kali ini, PKKIM telah mengaturkan beberapa siri ceramah.
Ceramah Israk Mikraj telah diberikan oleh Prof Madya Dr Mohd Arif Kasmo, Ceramah Zakat
oleh Ustaz Halim Din dan Ihya Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Datuk Dr Abu Hassan
Din Al-Hafiz.
Di hari dan di bulan yang mulia ini, kami menyeru supaya kita bersama-sama mengambil
segala keberkatan Ramadan al-Mubarak di mana dengannya kita mengharap Allah swt akan
memberi maghfirah iaitu keampunan atas segala dosa kita terdahulu dan dimasukkan ke
dalam syurga-Nya. Amin ya rabbalalamin.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota Islam MPOB terhadap sokon-
gan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan program yang diatur oleh PKKIM. Tidak
lupa juga kami mengucapkan Selamat Menyambut Syawal yang bakal menjelang. Akhir
sekali, segala komen dan cadangan dapatlah diemelkan kepada [email protected].
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al -Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat al-Bukhari).
Al-Imam al-Nawawi rhm menulis dalam kitabnya Al-Azhar, “Hari-hari yang terbaik untuk membaca Al-Quran adalah pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari Arafah (9 Zulhijjah) dan 10 hari terakhir bulan
Ramadan. Manakala bulan terbaik adalah bulan Ramadan.”
Tips Pembacaan Al-Quran
Membaca secara lisan menggunakan kaedah ta-
jwid yang betul.
Menghafaz ayat-ayat Al Quran sesuai dengan ke-
mampuan.
Memahami kandungan isi Al-Quran.
Mengamalkan isi dan kandungan Al Quran dalam
kehidupan seharian.
Setiap masa lapang adalah emas! - Masa
sementara menunggu masuk waktu solat, beberapa
minit sebelum memulakan urusan kerja di pejabat
atau semasa waktu rehat yang sebelum ini kita
gunakan untuk makan tengah hari harus
dimanfaatkan sebaiknya untuk membaca Al-Quran.
Bagi yang kurang mahir membaca Al-Quran,
jangan berasa rendah diri dengan kekurangan
tersebut. Apa yang penting, belajar dengan tekun
dan berterusan setiap hari untuk memperbaiki
bacaan atau pun khatam dengan bersendirian atau
khatam dengan cara bertadarus beramai-ramai.
Elakkan rasa bosan atau sekadar mahu khatam
tanpa memahami dan menghayati isi kandungan Al-
Quran.
Sumber: http://kehidupandiMekah.blogspot.com dan majalah Solusi Isu No. 34, Terbitan Telaga
Biru Sdn Bhd.
Sejarah menjelaskan kepada kita bahawa pada bulan Ramadan, Allah menurunkan Al-Quran bagi menjadi petunjuk, penjelas dan furqan kepada manusia. Peristiwa ini diabadikan di dalam Al-Quran, melalui firmanNya: "Bulan Ramadan, iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran
(sebagai) petunjuk bagi (sekalian) manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta
sebagai pembeda (antara yang hak dan yang batil)....."(Al-Baqarah:185). Oleh itu, di antara amalan yang digalakkan oleh Rasullullah saw untuk dilaksanakan di bulan Ramadan adalah
tadarus Al-Quran. Amalan tadarus di bulan Rama-dan bukan hanya membaca ayat-ayat Al-Quran sahaja, tetapi yang paling penting adalah bagai-mana Al-Quran menjadi pedoman, panduan serta standard kehidupan muslimin dalam menjalani kehidupan seharian.
Hadis Berkenaan Al-Quran
Ibnu Mas'ud ra berkata yang bermaksud: "Kami dahulu belajar membaca Al-Quran tidak lebih dari 10 ayat dalam sehari. Kami tidak menambahkan bacaan ayat-ayat itu sebelum kami memahami serta mengamalkannya."
Sabda Rasulullah saw: "Aku tinggalkan dua perkara, apabila kamu sekelian berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan tersesat untuk se-lama-lamanya, iaitu al-Kitab (Al-Quran) dan As-
Sunnah RasulNya".
Ramadan, Bulan Al-Quran
Risalah ini diterbit dan diedarkan oleh Biro Dakwah dan Penerbitan, PKKIM Sesi 2010/2012