-
1 www.akademicikgutim.com
PANITIA EKONOMI, PERDAGANGAN DAN PRINSIP PERAKAUNAN
SMK ST PETER BUNDU
Mata Pelajaran: Prinsip Perakaunan
Guru Mata Pelajaran: Tim Ken Kiat
Terdapat 4 isu utama yang telah dikenal pasti:
a. Pelajar tidak membuat ulangkaji secara konsisten b. Pelajar
tidak dapat mengakses kepada guru ketika menghadapi masalah
menjawab soalan latihan akaun di luar waktu
sekolah c. Pelajar lemah dalam menjawab soalan berunsurkan KBAT
d. Pelajar kurang cekap untuk menghasilkan folio tugasan projek
gred A
-
2 www.akademicikgutim.com
Isu Pertama : Pelajar tidak membuat ulangkaji secara
konsisten
1. Punca Isu:
a. Pelajar jarang membuat ulangkaji di rumah dan pada waktu
cuti. b. Pelajar hanya akan belajar atau membuat ulangkaji seminggu
sebelum ujian atau peperiksaan bermula.
2. Kesan Kepada Isu:
a. Pelajar tidak dapat membuat ulangkaji secara menyeluruh pada
saat-saat akhir sebelum ujian atau peperiksaan b. Pelajar selalu
lupa-lupa khasnya tentang format akaun, formula pengiraan dan cara
membuat analisa soalan. c. Pelajar mudah mengulangi kesilapan yang
pernah dilakukan dalam latihan akaun ketika menjawab ujian atau
peperiksaan
3. Intervensi Potensi:
a. Menyediakan soalan latihan ringkas harian b. Menguji tahap
penguasaan pelajar selepas habis setiap topik c. Mendorong pelajar
membuat rujukan nota bagi soalan-soalan mudah d. Menyelesaikan
masalah pembelajaran akaun yang dihadapi oleh pelajar
4. Keutamaan Intervensi:
Intervensi Potensi d
Intervensi Potensi a
Intervensi Potensi c
Intervensi Potensi d
Isu #1
Mudah
Impak Tinggi
-
3 www.akademicikgutim.com
Keutamaan Intervensi: i. Menyelesaikan masalah pembelajaran
akaun yang dihadapi oleh pelajar ii. Menyediakan soalan latihan
ringkas harian iii. Mendorong pelajar membuat rujukan nota bagi
soalan-soalan mudah iv. Menguji tahap penguasaan pelajar selepas
habis setiap topik
5. Bagaimana Intervensi Ini Dapat Menyelesaikan Masalah:
Intervensi Keterangan
Menyelesaikan masalah pembelajaran akaun yang dihadapi oleh
pelajar
Kelas intensif akan diadakan pada setiap hari Jumaat bermula
dari 16 Januari 2015 di sekolah. Pada setiap sesi IEF, satu masalah
pembelajaran akaun yang dihadapi oleh pelajar akan dijadikan fokus.
Pelbagai latih tubi akan dijalankan untuk membantu pelajar
mengatasi masalah pembelajaran tersebut. Dengan ini, masalah besar
setiap minggu akan dapat diselesaikan tanpa menghadapi kekangan
masa dan tempat.
Menyediakan soalan latihan harian Satu tugasan ringkas akan
diberikan kepada setiap pelajar pada setiap hari, sama ada soalan
daripada kertas 1 ataupun daripada kertas 2. Setiap tugasan perlu
disiapkan dan perlu dihantar untuk semakan guru. Pelajar yang tidak
menghantar mana-mana tugasan akan dikenakan dendaan yang telah
dipersetujui lebih awal. Dengan ini, setiap hari pelajar berpeluang
untuk get-in-touch dengan soalan akaun dan secara tidak langsung
akan membantu mereka mengumpul pengalaman menjawab pelbagai variasi
soalan akaun.
Mendorong pelajar membuat rujukan nota bagi soalan-soalan
mudah
Dalam soalan SPM sebenar, ada soalan mudah, sederhana dan sukar.
Guru akan mewajibkan pelajar untuk memberikan jawapan yang betul
bagi semua soalan mudah dan soalan sederhana terpilih. Dendaan akan
dikenakan jika SWB pelajar salah. Dengan ini, pelajar akan
terdorong untuk membuat rujukan nota supaya mengelakkan dendaan
lantaran salah menjawab SWB.
Menguji tahap penguasaan pelajar selepas habis setiap topik
Terdapat beberapa topik penting mesti dikuasai oleh semua
pelajar sebelum boleh menghadapi soalan KBAT. Penilaian bagi
topik-topik ini akan diadakan dari semasa ke semasa untuk
memastikan pelajar selalu mengulangkaji topik-topik ini dan untuk
membantu pelajar mengingat format dan prinsip akaun yang
penting.
-
4 www.akademicikgutim.com
Dengan ini, pelajar akan membuat ulangkaji untuk menghadapi MLE
yang akan diadakan mengikut tarikh-tarikh yang telah
dipersetujui.
6. Apakah Isu-isu Yang Timbul Daripada Intervensi Ini:
a. Guru perlu mengambil masa yang agak panjang untuk menyemak
kerja pelajar; b. Banyak masa dan wang diperlukan untuk menyediakan
soalan latihan; c. Sesetengah pelajar akan berasa stress kerana
beban kerja yang banyak; d. Sesetengah pelajar menghadapi masalah
pengangkutan untuk balik dari Kelas Intensif Jumaat.
7. Manfaat Kepada Murid Dan Guru:
a. Majoriti pelajar akan membuat ulangkaji (secara tidak
langsung) ketika menjawab SWB dan 1H1S; b. Pelajar akan didorong
untuk belajar secara konsisten; c. Guru akan dapat memastikan
konsep-konsep penting dikuasai dengan baik oleh pelajar.
-
5 www.akademicikgutim.com
PERANCANGAN STRATEGIK PRINSIP PERAKAUNAN SMK. ST. PETER BUNDU,
TAHUN 2015
ISU STRATEGIK:
Pelajar tidak membuat ulangkaji secara konsisten
Matlamat Strategik
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
TOV (Pep.Akhir
Tahun 2014)
SPM 2014
KPI SPM 2015
Intervensi/Inisiatif
Mendorong murid melakukan ulangkaji / pembelajaran kendiri
secara konsisten
Pencapaian SPM yang meningkat: i.% Lulus
ii.GPS iii.Bilangan : A +
A A-
% Lulus
GPS
% % %
100%
2.81
3.70%
29.63%
22.22%
100% 5.44
0
0
3.70%
-
6 www.akademicikgutim.com
PELAN TAKTIKAL PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER
BUNDU
Matlamat Strategik:
Mendorong murid melakukan ulangkaji / pembelajaran kendiri
secara konsisten
Intervensi/Inisiatif i. Membuat modul kerja soalan isu-isu
semasa
Bil Projek Tanggung jawab
Pelaksanaan Kos/sumber Indikator Output Sasaran Pelan
Kontigensi
01 Kelas Intensif Jumaat
Guru Mata Pelajaran
Sepanjang tahun bermula 16 Januari 2015
Tiada Kualiti jawapan murid meningkat
Murid tingkatan 5
Kelas tambahan waktu cuti sekolah
-
7 www.akademicikgutim.com
PELAN OPERASI PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER
BUNDU
Matlamat Strategik:
Mendorong murid melakukan ulangkaji / pembelajaran kendiri
secara konsisten
Nama Projek Kelas Intensif Jumaat
Objektif J. Pendek 80% murid mampu mencapai sekurang-kurangnya
gred C dalam ujian
formatif
J. Panjang 80% murid mampu mencapai sekurang-kurangnya gred C
dalam SPM
Langkah Proses Kerja Tanggung jawab Tempoh Pelan
kontigensi/Status
1
Menganalisis dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan kualiti
jawapan peperiksaan akhir tahun 2014
Guru mata pelajaran Oktober 2014
2
Berbincang dalam mesyuarat panitia pertama 2015 untuk sesi
sumbang saran tentang aktiviti PdP dalam kelas intensif
Guru mata pelajaran Januari 2015
3 Mengadakan kelas intensif Jumaat
Guru mata pelajaran 16 Januari 2015 - SPM Mengadakan kelas
tambahan pada waktu cuti sekolah
4 Menilai perkembangan murid melalui hasil kerja murid dan ujian
formatif
Guru mata pelajaran 16 Januari 2015 - SPM
Pemantauan
Penilaian
-
8 www.akademicikgutim.com
Penambahbaikan
Kekangan
-
9 www.akademicikgutim.com
Isu Kedua : Pelajar tidak dapat mengakses kepada guru ketika
menghadapi masalah menjawab soalan latihan akaun di luar waktu
sekolah
1. Punca Isu:
a. Ketika pelajar membuat ulangkaji atau membuat latihan di
rumah, sering kali mereka akan menghadapi masalah untuk menjawab
soalan
b. Dalam keadaan tiada rakan berbincang dan tiada bimbingan
guru, pelajar tidak dapat meneruskan kerja kerana tidak faham
c. Ada pelajar yang mengemukakan soalan kepada rakan dengan SMS,
tetapi ini memakan kredit handphone dan ada limitasi dari segi
keberkesanan komunikasi (sukar diterangkan soalan/jawapan kepada
rakan dgn SMS)
2. Kesan Kepada Isu:
a. Soalan pelajar tidak mendapat bimbingan segera daripada rakan
dan guru menyebabkan mereka berasa malas untuk meneruskan kerja
kerana tidak tahu jawapan mereka betul atau salah
b. Pelajar berasa keseorangan dan berasa tiada orang lain dapat
membantu c. Komunikasi antara pelajar dengan guru selepas sekolah
tidak wujud dan menyebabkan pekongsian maklumat tidak
berlaku
3. Intervensi Potensi
a. Mengadakan kelas ekstra di luar hari persekolahan b.
Mewujudkan kumpulan chat atas talian c. Menyertakan jawapan
berkualiti bagi setiap soalan berbentuk SPM d. Memuatnaik pelbagai
bahan pembelajaran akaun di blog guru
-
10 www.akademicikgutim.com
4. Keutamaan Intervensi:
Keutamaan Intervensi: i. Mewujudkan kumpulan chat atas talian
ii. Mengadakan kelas ekstra di luar hari persekolahan iii.
Menyertakan jawapan berkualiti bagi setiap soalan berbentuk SPM iv.
Memuatnaik pelbagai bahan pembelajaran akaun di blog guru
5. Bagaimana Interbvensi Ini Dapat Menyelesaikan Masalah:
Intervensi Keterangan
Mewujudkan kumpulan chat atas talian (sila rujuk lampiran untuk
maklumat lanjut)
Satu group pembelajaran dibuat dengan aplikasi Telegram. Semua
pelajar yang ada telefon pintar / tablet akan dijemput menjadi
member. Setiap kali pelajar menghadapi masalah akaun, dia boleh
mengambil gambar soalan untuk dikemukakan di group. Guru dan rakan
lain akan memberikan maklum balas. Member lain pula juga dapat
membaca soalan dan balasan rakan mereka. Dengan ini, pelajar akan
mempeoleh maklum balas pada kadar segera daripada guru atau
daripada rakan lain. Komunikasi antara guru dengan pelajar dapat
dipanjangkan di luar waktu sekolah.
Mengadakan kelas ekstra di luar hari Pelajar-pelajar akan
dijemput untuk menyertai study group di perpustakaan, di
Intervensi Potensi a
Intervensi Potensi b
Intervensi Potensi d
Intervensi Potensi c
Isu #3
Mudah
Impak Tinggi
-
11 www.akademicikgutim.com
persekolahan rumah guru atau di rumah rakan pada hujung minggu.
Guru boleh menyertai study group atau sekadar menyediakan tempat
dan bahan. Dalam keadaan yang tidak formal, pelajar akan dapat
belajar dengan lebih selesa bersama dengan rakan sekelas. Pelajar
boleh membincangkan SWB dan 1H1S dalam study group. Dengan ini,
pembelajaran tidak terhad di sekolah dan tidak terhad pada hari
persekolahan sahaja.
Menyertakan jawapan berkualiti bagi setiap soalan berbentuk
SPM
Setiap soalan latihan yang diberikan kepada pelajar akan
disertakan jawapan contoh. Ini akan memudahkan pelajar mengkaji
cara penyelesaian suatu soalan latihan secara kendiri. Setiap kali
pelajar berasa keliru tentang kehendak soalan, mereka bolehlah
merujuk jawapan untuk mengatasi kekeliruan mereka. Jawapan boleh
diberikan sebelum atau selepas latihan pelajar disemak. Semua
jawapan akan difailkan atau disusun dalam buku nota masing-masing
untuk memudahkan rujukan masa depan. Dengan ini, pelajar akan
berasa lebih yakin untuk menjawab soalan latihan akaun atau membuat
pembetulan akaun di rumah kerana ada jawapan contoh sebagai
rujukan.
Memuatnaik pelbagai bahan pembelajaran di blog guru
Kuasa viral media sosial seperti Facebook dan YouTube masih lagi
digunakan dalam membantu pembelajaran akaun di luar waktu sekolah.
Bagi pelajar yang menggunakan Facebook, komunikasi antara guru
dengan pelajar dapat dipanjangkan selepas waktu sekolah. Bagi
konsep atau soalan yang sukar, guru akan membuat video akaun untuk
menerangkan prosedur penting dalam penyediaan akaun dan pelajar
boleh mengakses video dari masa ke masa. Kuiz interaktif atas
talian turut disediakan bagi pelajar yang ingin menguji penguasaan
akaun. Dengan ini, satu lagi lembaran dibuka untuk membolehkan
pelajar menggunakan internet dan smartphone untuk membantu dalam
pembelajaran.
6. Apakah Isu-isu Yang Timbul Daripada Intervensi Ini: a. Data
plan diperlukan untuk mengakses internet (kos telefon meningkat) b.
Bukan semua pelajar ada smartphone
-
12 www.akademicikgutim.com
7. Manfaat Kepada Murid Dan Pelajar a. Pembelajaran akaun dapat
dipanjangkan di luar waktu sekolah tanpa kekangan masa dan tempat
b. Perkongsian ilmu antara guru dan pelajar berlaku dengan
mudah
PERANCANGAN STRATEGIK PRINSIP PERAKAUNAN
-
13 www.akademicikgutim.com
SMK. ST. PETER BUNDU, TAHUN 2015
ISU STRATEGIK: Pelajar tidak dapat mengakses kepada guru ketika
menghadapi masalah menjawab soalan latihan akaun di luar waktu
sekolah
Matlamat Strategik
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
TOV (Pep.Akhir
Tahun 2014)
SPM 2014
KPI SPM 2015
Intervensi/Inisiatif
Memanjangkan tempoh masa bimbingan guru di luar waktu sekolah
melalui kuasa viral media sosial dan juga kemudahcapaian internet
di kalangan murid
Pencapaian SPM yang meningkat: i.% Lulus
ii.GPS iii.Bilangan : A +
A A-
% Lulus
GPS
% % %
100%
2.81
3.70%
29.63%
22.22%
100% 5.44
0
0
3.70%
a. Mewujudkan kumpulan chat atas talian b. Mengadakan kelas
ekstra di luar hari persekolahan c. Menyertakan jawapan berkualiti
bagi setiap soalan berbentuk SPM d. Memuatnaik pelbagai bahan
pembelajaran akaun di blog guru
-
14 www.akademicikgutim.com
PELAN TAKTIKAL PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER
BUNDU
Matlamat Strategik:
Memanjangkan tempoh masa bimbingan guru di luar waktu sekolah
melalui kuasa viral media sosial dan juga kemudahcapaian internet
di kalangan murid
Intervensi/Inisiatif i. Membuat modul kerja soalan isu-isu
semasa
Bil Projek Tanggung jawab
Pelaksanaan Kos/sumber Indikator Output Sasaran Pelan
Kontigensi
01 MyTelegram SPM 2015
Guru Mata Pelajaran
Sepanjang tahun
Tiada Kerja akaun murid dapat disiapkan dan dihantar untuk
semakan Kualiti jawapan ujian formatif dan ujian sumatif baik
Murid tingkatan 5
Menggunakan Facebook Group ataupun Whatsapp Group
-
15 www.akademicikgutim.com
PELAN OPERASI PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER
BUNDU
Matlamat Strategik:
Memanjangkan tempoh masa bimbingan guru di luar waktu sekolah
melalui kuasa viral media sosial dan juga kemudahcapaian internet
di kalangan murid
Nama Projek MyTelegram SPM 2015
Objektif
J. Pendek 80% murid mendapat bimbingan segera daripada guru
ketika membuat latihan atau ketika membuat ulangkaji di luar waktu
sekolah
J. Panjang 80% murid memperoleh gred C dan ke atas dalam ujian,
peperiksaan dan SPM
Langkah Proses Kerja Tanggung jawab Tempoh Pelan
kontigensi/Status
1
Menilai keberkesanan pelbagai aplikasi social-chat dalam
menyokong PdP
Guru mata pelajaran Disember 2014 Merujuk apps review yang ada
di laman web
2 Mengumpul nombor telefon bimbit murid
Guru mata pelajaran Januari 2015
3
Membina MyTelegram SPM 2015 dan menjemput murid masuk ke
group
Guru mata pelajaran Januari 2015
4
Menerangkan peraturan penggunaan MyTelegram SPM 2015 kepada
murid
Guru mata pelajaran Januari 2015
5
Menggunakan MyTelegram SPM 2015 untuk menyokong pembelajaran
murid di luar waktu PdP
Guru mata pelajaran Januari SPM 2015 Jika Telegram server down,
penggantinya ialah Whatsapp
Pemantauan
-
16 www.akademicikgutim.com
Penilaian
Penambahbaikan
Kekangan
-
17 www.akademicikgutim.com
Isu Ketiga : Pelajar lemah dalam menjawab soalan berunsurkan
KBAT
1. Punca Isu:
a. Asas perakaunan pelajar kurang mantap b. Persediaan SPM
pelajar terlalu terikat kepada bentuk-bentuk soalan yang lazim
dijumpai dalam buku-buku latihan
dan kertas-kertas model SPM c. Pelajar kurang meneroka dan
mengkaji pelbagai variasi soalan perakaunan di rumah atau ketika
dalam study group
2. Kesan Kepada Isu:
a. Pelajar akan gagal menggunakan pengetahuan dan kemahiran
perakaunan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan soalan KBAT
(walaupun sebenarnya suatu soalan KBAT itu adalah mudah
diselesaikan)
b. Pelajar kurang peka dan gagal mengesan perangkap yang
tersembunyi dalam kehendak soalan dan dalam data-data yang
diberikan dalam soalan menyebabkan kehilangan markah yang
banyak
c. Pelajar akan berasa kurang yakin berhadapan dengan bentuk
soalan yang tidak biasa dijumpai ketika dalam peperiksaan
menyebabkan banyak masa terbuang di suatu soalan
3. Intervensi Potensi:
a. Mendedahkan pelajar tentang pelbagai perangkap soalan SPM b.
Memantapkan asas-asas perakaunan c. Mewujudkan pemahaman yang betul
mengenai KBAT dalam Prinsip Perakaunan di kalangan pelajar d.
Menggalakkan pelajar untuk mewujudkan buku koleksi soalan KBAT
peribadi
-
18 www.akademicikgutim.com
4. Keutamaan Intervensi:
Keutamaan Intervensi: i. Mendedahkan pelajar tentang pelbagai
perangkap soalan SPM
ii. Menggalakkan pelajar untuk mewujudkan buku koleksi soalan
KBAT peribadi iii. Memantapkan asas-asas perakaunan iv. Mewujudkan
pemahaman yang betul mengenai KBAT dalam Prinsip Perakaunan di
kalangan pelajar
5. Bagaimana Intervensi Ini Dapat Menyelesaikan Masalah:
Intervensi Keterangan
Mendedahkan pelajar tentang pelbagai perangkap soalan SPM
Setiap tahun, soalan 2 dan soalan 3 SPM Prinsip Perakaunan
kertas 2 mengandungi banyak perangkap yang boleh menyebabkan
pelajar memberikan jawapan yang salah. Tugas guru adalah memberi
pendedahan kepada pelajar tentang perangkap yang menjadi kegemaran
penggubal soalan. Selain itu, guru juga akan melatih pelajar agar
peka dan cekap untuk mengesan pelbagai perangkap perakaunan melalui
pelbagai variasi soalan latihan. Dengan ini, pelajar dijangkakan
akan lebih cermat dan cekap untuk mengesan perangkap soalan dan
mampu meminimumkan risiko kehilangan markah.
Menggalakkan pelajar untuk Guru akan mewajibkan pelajar untuk
mewujudkan satu buku koleksi khas
Intervensi Potensi d
Intervensi Potensi a
Intervensi Potensi c
Intervensi Potensi b
Isu #3
Mudah
Impak Tinggi
-
19 www.akademicikgutim.com
mewujudkan buku koleksi soalan KBAT peribadi
untuk mengumpul pelbagai soalan KBAT. Setiap soalan dalam
koleksi ini disertaikan jawapan yang betul dan berkualiti. Selepas
itu, pelajar digalakkan supaya selalu membaca buku koleksi HOTS
tersebut agar tidak mudah lupa. Dengan ini, pelajar akan dapat
menyimpan semua soalan KBAT yang pernah dijawab dan lama-kelamaan
pelajar akan semakin biasa dengan bentuk-bentuk soalan KBAT dan
cekap menangani soalan KBAT.
Memantapkan asas-asas perakaunan Untuk menjawab soalan KBAT,
asas perakaunan yang kukuh dan mantap adalah perlu misalnya konsep
debit & kredit, format penyata kewangan, cara mengimbang akaun,
dan sebagainya. Semua soalan KBAT merupakan unjuran daripada konsep
atau pengetahuan perakaunan yang asas. Untuk membantu mengukuhkan
asas perakaunan pelajar, beberapa strategi tahun-tahun lepas perlu
digunakan semula seperti Nota Q&A yang diperkaya dengan slide
baru, Kuiz Elektronik dan Kuiz Interaktif. Dengan ini, dijangkakan
pelajar akan membina asas perakaunan yang kukuh dan membantu dalam
menjawab soalan KBAT.
Mewujudkan pemahaman yang betul mengenai KBAT dalam Prinsip
Perakaunan di kalangan pelajar
Pelajar masa kini masih lagi sangat terikat kepada skema
pemarkahan SPM tahun lepas dan soalan-soalan ramalan SPM. Sedangkan
LPM sekarang tidak menetapkan skema pemarkahan yang sama dan
penggubal soalan SPM mengeluarkan soalan-soalan yang bercanggah
dengan ramalan soalan di pasaran. Tugas guru di sini adalah
menerapkan pemikiran yang betul tentang KBAT, iaitu:
KBAT bukan bermaksud soalan sukar, tetapi soalan biasa yang
diolah kepada bentuk soalan yang memerlukan pemikiran;
KBAT bukan khas untuk dijawab oleh pelajar pandai sahaja,
sebaliknya KBAT memerlukan pelajar betul-betul memahami kehendak
soalan dan memerlukan sedikit pemikiran kritis dan kreatif untuk
memberikan jawapan betul;
KBAT bukanlah sesuatu yang lazim dijumpai dalam buku, tetapi
bukan juga sesuatu yang langsung tiada kaitan dengan pelajaran
kita.
Pemahaman yang betul tentang KBAT perlu diterapkan dalam PdP
seharian. Dengan ini, pelajar akan mengurangkan kebergantungan
kepada skema
-
20 www.akademicikgutim.com
pemarkahan SPM tahun lepas dan kepada soalan-soalan ramalan,
sebaliknya pelajar akan mula betul-betul membuat persediaan untuk
menghadapi KBAT dan melakukan 3 intervensi di atas dengan lebih
baik.
6. Apakah Isu-isu Yang Timbul Daripada Intervensi Ini: a. Guru
perlu lebih bersedia melayan persoalan daripada pelajar ketika
mereka mencuba soalan KBAT; b. Kehadiran penuh dalam setip sesi PdP
adalah perlu; intervensi tidak akan berjaya jika terdapat pelajar
yang selalu tidak
hadir;
7. Manfaat Kepada Murid Dan Guru: a. Berbekalkan pengetahuan
tentang KBAT yang betul, pelajar dan guru mampu merancang strategi
yang betul untuk
menghadapi soalan KBAT dalam SPM; b. Guru tidak seharusnya
mengajar berdasarkan skema pemarkahan SPM tahun lepas semata-mata
kerana peraturan
pemarkahan adalah berbeza-beza dari tahun ke tahun dan peraturan
pemarkahan yang sudah lepas tidak patut dijadikan bahan pengajaran
yang muktamad untuk mencapai kecemerlangan pada SPM akan datang
(LPM tidak mahu melihat guru mengajar pelajar berdasarkan peraturan
pemarkahan);
c. Pelajar dan guru tidak lagi tertumpu pada soalan ramalan,
sebaliknya tumpuan diberikan kepada semua topik dalam sukatan
pelajaran.
-
21 www.akademicikgutim.com
PERANCANGAN STRATEGIK PRINSIP PERAKAUNAN SMK. ST. PETER BUNDU,
TAHUN 2015
ISU STRATEGIK: Pelajar Lemah Dalam Menjawab Soalan Berunsurkan
KBAT
Matlamat Strategik
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
TOV (Pep.Akhir
Tahun 2014)
SPM 2014
KPI SPM 2015
Intervensi/Inisiatif
Meningkatkan kompetensi pelajar dalam memahami kehendak soalan
KBAT dan teknik menjawab soalan KBAT yang berkesan
Pencapaian SPM yang meningkat: i.% Lulus
ii.GPS iii.Bilangan : A +
A A-
% Lulus
GPS
% % %
100%
2.81
3.70%
29.63%
22.22%
100% 5.44
0
0
3.70%
i. The Trap Sniper ii. Personal HOTS Collection iii. Ground Up
iv. Expect The Unexpected
-
22 www.akademicikgutim.com
PELAN TAKTIKAL PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER
BUNDU
Matlamat Strategik:
Meningkatkan kompetensi pelajar dalam memahami kehendak soalan
KBAT dan teknik menjawab soalan KBAT yang berkesan
Intervensi/Inisiatif i. Membuat modul kerja soalan isu-isu
semasa
Bil Projek Tanggung jawab
Pelaksanaan Kos/sumber Indikator Output Sasaran Pelan
Kontigensi
01 Modul Skil Praktis Prinsip Perakaunan
Guru Mata Pelajaran
Sepanjang tahun
Tiada Kualiti analisa soalan murid Kualiti penyata kewangan yang
disediakan oleh murid Kualiti belanjawan murid
Murid tingkatan 5
Menggunakan buku kerja jenama lain yang berkualiti dari segi
soalan dan jawapan
-
23 www.akademicikgutim.com
PELAN OPERASI PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER
BUNDU
Matlamat Strategik:
Meningkatkan kompetensi pelajar dalam memahami kehendak soalan
KBAT dan teknik menjawab soalan KBAT yang berkesan
Nama Projek Modul Skil Praktis Prinsip Perakaunan
Objektif
J. Pendek 60% murid mampu mengesan perangkap dalam soalan KBAT
dengan baik dan mampu menjawab dengan betul
J. Panjang 60% murid mampu menjawab soalan KBAT dengan yakin dan
mampu membimbing rakan-rakan lain untuk menjawab soalan KBAT
Langkah Proses Kerja Tanggung jawab Tempoh Pelan
kontigensi/Status
1
Pemilihan buku modul yang mempunyai kuantiti soalan KBAT yang
banyak dan kualiti jawapan KBAT yang mantap
Guru mata pelajaran Disember 2014 Guru mengubahsuai
soalan-soalan sedia ada menjadi soalan KBAT
2
Meminta pelajar menyediakan buku koleksi KBAT dan cuba
membudayakan pelajar supaya rajin membaca buku koleksi KBAT
Guru mata pelajaran Sebelum mula menggunakan Modul Skil Praktis
Prinsip Perakaunan
Guru menyediakan handouts kolekasi KBAT untuk memperkaya koleksi
KBAT pelajar
3
Menggunakan soalan latihan KBAT dalam Modul Skil Praktis Prinsip
Perakaunan dalam PdP dan dalam kelas intensif
Guru mata pelajaran Bulan Februari 2015 - SPM
Mendapatkan soalan percubaan/kertas ramalan di internet
4 Mencetak modul mengikut bab
Pembantu Am Pejabat Februari 2015 - SPM Mencetak di luar jika
perlu dengan
-
24 www.akademicikgutim.com
menggunakan dana kelas
Pemantauan
Penilaian
Penambahbaikan
Kekangan
-
25 www.akademicikgutim.com
Isu Keempat : Pelajar kurang cekap untuk menghasilkan folio
tugasan projek gred A
1. Punca Isu:
a. Pelajar tiada pengalaman menggunakan Microsoft Excel b. Folio
akaun yang dihasilkan tidak menepati kriteria untuk mendapat skor A
c. Pelajar membuat dan menghantar folio pada saat-saat akhir d.
Sesetengah pelajar tidak memiliki laptop / printer di rumah
2. Kesan Kepada Isu:
a. Folio tugasan projek pelajar tidak dapat memperoleh markah
yang cemerlang b. Akaun-akaun yang disediakan dalam folio banyak
mengandungi kesilapan c. Pelajar gagal menghantar folio pada tarikh
yang telah ditetapkan
3. Intervensi Potensi:
a. Mengadakan sesi bimbingan intensif tugasan projek b.
Menyediakan video-video tutorial langkah demi langkah c.
Menggunakan aplikasi atas talian untuk membantu pelajar untuk
menyelesaikan masalah teknikal komputer dan
Microsoft Excel secara jarak jauh d. Mengadakan kelas bimbingan
petang selama 7 8 minggu
-
26 www.akademicikgutim.com
4. Keutamaan Intervensi:
Keutamaan Intervensi: i. Mengadakan sesi bimbingan intensif
tugasan projek ii. Mengadakan kelas bimbingan petang selama 7 8
minggu iii. Menyediakan video-video tutorial langkah demi langkah
iv. Menggunakan aplikasi atas talian untuk membantu pelajar untuk
menyelesaikan masalah teknikal komputer dan
Microsoft Excel secara jarak jauh
5. Bagaimana Intervensi Ini Dapat Menyelesaikan Masalah:
Intervensi Keterangan
Mengadakan sesi bimbingan intensif tugasan projek (sila rujuk
lampiran untuk maklumat terperinci)
Sesi bimbingan intensif selama 2 hari 1 malam di dalam bilik
Chrome Book sekolah. Guru akan memberikan bimbingan tentang
penggunaan Microsoft Excel untuk menghasilkan folio tugasan projek
yang bertaraf gred A. Pelajar pula akan mengikuti 7 slot bimbingan
yang merangkumi semua aspek yang perlu ada dalam folio. Pada slot
terakhir, semua pelajar akan mencetak folio masing-masing dan
menghantar kepada guru sebelum tamat perkampungan. Dengan ini,
tempoh pelaksanaan tugasan projek yang pada asalnya 2 bulan
kini
Intervensi Potensi d
Intervensi Potensi a
Intervensi Potensi c
Intervensi Potensi b
Isu #4
Mudah
Impak Tinggi
-
27 www.akademicikgutim.com
dapat disingkatkan kepada 2 hari sahaja dan folio dapat
dihasilkan dalam suasana yang kondusif dan pada kos minima.
Sekaligus tabiat membuat folio pada saat akhir turut tidak
wujud.
Mengadakan kelas bimbingan petang selama 7 8 minggu
Pelajar dan guru akan stay back di sekolah pada setiap petang
Jumaat (selama 7 - 8 minggu) untuk sesi bimbingan. Pada setiap
minggu, satu aspek tugasan projek akan diberikan tumpuan. Selepas 7
kali sesi bimbingan, pelajar akan dapat menyiapkan folio dan
menghantar sebelum tarikh tutup. Dengan ini, pelajar dapat
menyiapkan folio dalam masa 7 minggu mengikut kelajuan
masing-masing.
Menyediakan video-video tutorial langkah demi langkah
Satu siri video tutorial untuk tugasan projek akan dihasilkan
oleh guru dan dimuat naik ke YouTube. Link kepada video-video akan
disebarkan kepada pelajar melalui MyTelegram. Dalam setiap video,
tutorial langkah demi langkah ditunjukkan dengan jelas. Pelajar
boleh download, boleh pause dan boleh rewind mengikut keperluan
masing-masing. Ini adalah berkesan khasnya untuk bahagian yang
sukar dan lmelibatkan banyak langkah. Dengan ini, pelajar akan
menjadikan video ini sebagai rujukan ketika membuat folio di
rumah.
Menggunakan aplikasi atas talian untuk membantu pelajar untuk
menyelesaikan masalah teknikal komputer dan Microsoft Excel secara
jarak jauh
TeamViewer merupakan satu perisian atas talian yang membolehkan
guru menggunakan laptop pelajar secara jarak jauh. Kedua-dua guru
dan pelajar mestilah install TeamViewer di laptop. Apabila pelajar
menghadapi masalah yang sukar diselesaikan, misalnya tidak pandai
membaiki link Microsoft Excel yang rosak, maka guru akan
menggunakan laptopnya untuk mengakses laptop pelajar berkenaan, dan
guru dapat menggunakan laptop pelajar secara jarak jauh seperti
laptop sendiri. Ini amat berkesan untuk membantu pelajar untuk
menyelesaikan masalah teknikal yang di luar kemampuan pelajar.
6. Apakah Isu-isu Yang Timbul Daripada Intervensi Ini: a. Kos
untuk mengadakan perkampungan adalah tinggi dan pelajar akan
kepenatan b. Guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
komputer, ICT dan Microsoft Excel yang mantap supaya dapat
memberikan bimbingan yang berkualiti
-
28 www.akademicikgutim.com
7. Manfaat Kepada Murid Dan Guru: a. Folio yang berkualiti dapat
dihasilkan oleh pelajar b. Membolehkan pelajar memperoleh markah
melebihi 18%
-
29 www.akademicikgutim.com
PERANCANGAN STRATEGIK PRINSIP PERAKAUNAN SMK. ST. PETER BUNDU,
TAHUN 2015
ISU STRATEGIK: Pelajar kurang cekap untuk menghasilkan folio
tugasan projek gred A
Matlamat Strategik
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
TOV (Pep.Akhir
Tahun 2014)
SPM 2014
KPI SPM 2015
Intervensi/Inisiatif
Meningkatkan kecekapan pelajar menghasilkan folio tugasan projek
gred A
Pencapaian SPM yang meningkat: i.% Lulus
ii.GPS iii.Bilangan : A +
A A-
% Lulus
GPS
% % %
100%
2.81
3.70%
29.63%
22.22%
100% 5.44
0
0
3.70%
i. Perkampungan Tugasan Projek ii. Klinik Tugasan Projek iii.
YouTube Channel iv. TeamViewer
-
30 www.akademicikgutim.com
PELAN TAKTIKAL PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER
BUNDU
Matlamat Strategik:
Meningkatkan kecekapan pelajar menghasilkan folio tugasan projek
gred A
Intervensi/Inisiatif i. Membuat modul kerja soalan isu-isu
semasa
Bil Projek Tanggung jawab
Pelaksanaan Kos/sumber Indikator Output Sasaran Pelan
Kontigensi
01 Perkampungan Tugasan Projek Prinsip Perakaunan (3756/3)
Guru Mata Pelajaran
17 Apr 18 Apr 2015
RM550 Kualiti folio tugasan projek pelajar
Murid tingkatan 5
Klinik Tugasan Projek
-
31 www.akademicikgutim.com
PELAN OPERASI PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER
BUNDU
Matlamat Strategik:
Meningkatkan kecekapan pelajar menghasilkan folio tugasan projek
gred A
Nama Projek Perkampungan Tugasan Projek Prinsip Perakaunan
(3756/3)
Objektif J. Pendek 100% pelajar memperoleh 18% ke atas bagi
folio tugasan projek
J. Panjang Mengekalkan 100% lulus dalam SPM
Langkah Proses Kerja Tanggung jawab Tempoh Pelan
kontigensi/Status
1
Sumbang saran bersama pelajar melalui MyTelegram untuk
mengetahui maklum balas pelajar tentang tugasan projek tingkatan
4
Guru mata pelajaran Januari 2015 Meminta pendapat daripada guru
cemerlang seperti Cikgu Sila, Cikgu Azlan dan Cikgu Narzuki
2 Mendraf kertas kerja dan dibentangkan dalam mesyuarat
panitia
Ketua Bidang VOTEK Semua ahli panitia
Februari 2015
3 Memohon kelulusan daripada pengetua
Ketua panitia dan setiausaha panitia
Bulan March 2015
4 Memanggil mesyuarat AJK dan mula membuat persediaan
Semua AJK Perkampungan
March 16 April 2015
5 Pelaksanaan Perkampungan Tugasan Projek
Semua AJK Perkampungan
17 Apr 18 Apr 2015
7 Mesyuarat post mortem dan laporan aktiviti
Semua AJK Perkampungan
Dalam masa seminggu selepas tamat perkampungan
Pemantauan
-
32 www.akademicikgutim.com
Penilaian
Penambahbaikan
Kekangan