:: reflective, thoughtful, confident, critical, self-critical,
responsive, collaborative, discerning, responsible, evaluative,
resolute, open-minded, tolerant, questioning, cooperative,
sensitive; have the ability to research, record, discuss, be
rationa
PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PRESTASIPENULISAN
KARANGAN BAHASA MALAYSIADALAM KALANGAN MURID TAHUN 5oleh:Abd. Majid
bin Hashim
Seman bin Salleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa
Antarabangsa
ABSTRAKKajian Tindakan ini bertujuan untuk menentukan sejauh
mana keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan prestasi
penulisan karangan bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 5.
Sampel kajian adalah terdiri daripada 6 orang murid, daripada 19
orang murid tahun 5 di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat
Selangor. Penyelidikan ini hanya menumpukan penggunaan kaedah peta
minda untuk meningkatkan kemahiran menulis kertas 2 ( penulisan )
bahasa Malaysia dengan memfokuskan bahagian B jenis karangan
naratif. Sampel kajian dipilih berdasarkan keputusan pencapaian
mereka yang berada dalam gred C iaitu markah di antara 40 markah
hingga 59 markah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bertujuan
melatih sampel kajian melahirkan dan menghuraikan isi-isi penting
yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi. Instrumen kajian
melibatkan penggunaan ujian pra, intervensi 1, intervensi 2 dan
ujian pasca. Kajian telah dijalankan dalam tempoh sebulan mengikut
perancangan. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam
pencapaian sampel kajian dari segi markah ujian
mereka.PENGENALANBahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras
yang wajib dipelajari pada peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran
ini bertujuan melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi selaras dengan peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
ilmu.
Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah merangkum penggunaan bahasa yang menekankan
kemahiran bahasa berteraskan Bahasa Malaysia baku. Proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah berteraskan
tiga kemahiran utama bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, dan Kemahiran Menulis ( Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
KBSR: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003 ).
Kemahiran bahasa membolehkan murid menggunakan bahasa Malaysia
secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu
untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial,
pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini
juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran,
minat, dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Aktiviti
kokurikulum Bahasa Malaysia yang dijalankan di luar waktu sekolah
adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran
berbahasa murid. Dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia, bahagian
ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Namun begitu, sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan mungkin akan
menjejaskan pencapaian sesebuah objektif sekiranya terdapat
masalah-masalah yang timbul.
Masalah-masalah ini mungkin sekali melibatkan masalah yang
berkaitan dengan Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, atau Kemahiran Menulis. Hal ini timbul mungkin berpunca
daripada masalah fizikal, emosi, mental atau suasana pembelajaran
itu sendiri ( Azizan, 2010 ).
Pemilihan dan pengaplikasian teknik yang tepat dan sesuai dengan
tahap umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid merupakan
penyelesaian kepada masalah ini. Pemilihan teknik yang sesuai perlu
berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran kerana
penggunaan teknik yang betul dapat menarik minat murid mempelajari
sesuatu ilmu baharu dengan mudah di samping dapat mengekalkan
perhatian di dalam bilik darjah dan membangkitkan rasa ingin tahu
murid.
ISU KAJIANHasil daripada keputusan ujian pra, menunjukkan sampel
kajian berkenaan masih lemah mengemukakan isi-isi penting yang
berkaitan dengan tajuk karangan. Oleh sebab kekurangan isi,
murid-murid ini gagal untuk membuat huraian yang tepat dan
berkaitan. Ada antara mereka mengemukakan isi yang kabur dan kurang
jelas. Ini menyebabkan isi karangan mereka terpesong dan terkeluar
daripada tajuk. Kelemahan ini menyebabkan mereka tidak dapat
menghasilkan karangan yang baik dan seterusnya menjejaskan markah
mereka.
Rajah 1: Salah Satu Hasil Kerja Ujian PraTernyata karangan yang
dihasilkan hanya mempunyai tiga perenggan sahaja iaitu bahagian
pendahuluan, isi karangan dan penutup. Murid ini tidak dapat
mengenal pasti bahagian isi utama dan isi huraian karangan tersebut
dan menggabungkannya ke dalam satu perenggan. Murid ini juga tidak
tahu bagaimana hendak menbezakan isi utama dan isi huraian dan cara
untuk membahagikan isi-isi tersebut. Melihat kepada isu tersebut,
saya menggunakan peta minda dalam pengajaran penulisan bahasa
Malaysia untuk menangani isu tersebut. Peta minda yang digunakan
sangat mudah ditadbirkan kerana murid-murid dapat menyampaikan idea
dalam penulisan mereka dengan cara yang mudah dan sistematik. Pada
masa sama, mereka dapat melakarkan peta minda ini mengikut
kreativiti mereka sendiri dan lebih mudah untuk mereka mengingati
dan menghuraikan setiap isi bagi karangan yang mereka akan tulis
nanti. Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada
pada tahap yang agak rendah. Pertama, murid-murid ini masih belum
dapat menguasai dengan baik kemahiran mengemukakan isi-isi penting
serta membuat huraian terhadap isi-isi tersebut. Kedua, kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan selama ini kurang
memberi kesan terhadap pemahaman mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah
pembelajaran menggunakan Peta Minda terhadap peningkatan pencapaian
murid dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia yang merupakan salah
satu aspek pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahap
Dua, Tahun empat, Tahun lima dan Tahun enam. Kajian ini dijalankan
kerana didapati masih terdapat murid Tahun 5 Jaya di sekolah ini
yang masih belum dapat melahirkan dan menghuraikan isi-isi penting
yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi.
KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian tindakan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 5
Jaya Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu. Karangan enam orang murid,
empat orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki, dipilih
untuk tujuan analisis kajian kerana masih lemah dalam memberi
isi-isi karangan berdasarkan prestasi keputusan ujian pra. Setiap
murid diwakili oleh nombor dari 1 hingga 6 dengan menggunakan bukan
nama sebenar. Kelas ini merupakan kelas kedua daripada dua kelas
Tahun 5.TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tindakan yang telah saya laksanakan ialah dengan menggunakan
Instrumen. yang terdiri daripada set soalan ujian berbentuk teks
digunakan untuk mengesan pemahaman murid tentang tajuk karangan
Gotong Royong Di Sekolah. Ujian ini diberikan sebagai ujian pra dan
ujian pasca kajian. Ujian pra diberi pada awal kajian sebelum
pengajaran formal diberikan menggunakan kaedah kajian.
Selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
mengaplikasikan kaedah peta minda, intervensi 1 dan intervensi 2
diberikan untuk menentukan perubahan di kalangan sampel kajian
mengenai penguasaan mereka terhadap kaedah peta minda.Kajian rintis
ini dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan item /
instrumen. Menurut Chua ( 2006 ) kajian rintis merupakan kajian
secara kecil-kecilan yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar
dijalankan. Ia dilakukan untuk melihat kebolehlaksanaan atau
kemunasabahan suatu kajian yang bakal dilakukan.Kajian rintis
merupakan bahagian penting bagi sebuah kajian yang baik. Walau
bagaimanapun, kajian rintis yang dilakukan tidak dapat memastikan
kejayaan utama, tetapi boleh membantu saya mengenal pasti tahap
kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian utama yang
dijalankan.
Sebagai mengesan bagaimana responden mengemukakan idea dalam
penulisan, satu set soalan ujian bersama tajuk diberikan kepada
semua responden untuk dijawab tanpa membuat peta minda ( Ujian Pra
). Satu set lagi diberikan dengan membuat peta minda (Ujian Pasca )
sebelum menulis karangan menggunakan tajuk yang sama.
Sebelum menjalankan kajian, saya telah berbincang dengan pihak
pentadbir sekolah untuk mendapatkan maklumat dan memohon kebenaran
untuk menjalankan kajian di sekolah tersebut. Saya juga telah
berjumpa, berbincang serta meminta bantuan pensyarah penyelia.
Seterusnya, saya telah menyediakan jadual pelaksanaan kajian
seperti di bawah.Jadual 1.
Jadual Pelaksanaan Kajian
BilAktivitiTarikhCatatan
1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal21 22
Mac 20122 hari
2Menentukan objektif kajian24 Mac 20121 hari
3Perjumpaan dengan Penyelia Menyiapkan Proposal Kajian25 Mac
20121 hari
4Merancang penyelidikan27 28 Mac 20122 hari
5Penyediaan Ujian Pra dan Ujian Pasca6 10 April 20125 hari
6Menjalankan Ujian Pra19 April 20121 hari
7Melaksanakan Tindakan19 April 14 Jun 20122 bulan
8Menjalankan Ujian Pasca14 Jun 20121 hari
9Menganalisis data selepas tindakan18 20 Julai20123 hari
10Membuat refleksi23 Julai 20121 hari
11Menulis laporan kajian tindakan25 27 Julai 20123 hari
12Pembentangan dapatan kajian04 05 Disember 20122 hari
INSTRUMEN KAJIAN Pengumpulan data merupakan suatu perkara
penting yang perlu dilakukan untuk memastikan dapatan dan hasil
kajian adalah tepat. Untuk kajian saya ini, saya telah menggunakan
empat kaedah pengumpulan data iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca,
intervensi 1 dan intervensi 2. Ujian Pra telah saya jalankan pada
19 April 2012. Melalui Ujian Pra ini, dapat mengesan tahap
penguasaan murid. Murid-murid telah diuji tentang membina karangan
berdasarkan tajuk yang diberi. Murid-murid mengarang berdasarkan
pengalaman pembelajaran mereka.. Masa yang diberikan kepada murid
untuk menjawab semua soalan ini adalah 30 minit. Hasil keputusan
Ujian Pra digunakan untuk memilih responden dan untuk membuat
banding beza dengan markah Ujian Pasca. ( Rujuk lampiran 1 ) Ujian
Pasca ialah ujian yang dijalankan bertujuan untuk melihat
pencapaian murid setelah tindakan dijalankan. Ujian Pasca ( Rujuk
lampiran 2 ) telah dijalankan pada minggu kelapan iaitu pada 14 Jun
2012. Ujian Pasca ini dibuat setelah kaedah peta minda
diaplikasikan kepada responden. Perbandingan markah telah dibuat
antara markah Ujian Pra dengan Ujian Pasca ini. Perbezaan markah
inilah yang telah dapat membuktikan keberkesanan teknik peta minda
dalam meningkatkan keupayaan murid membina karangan yang
lengkap.
Satu lagi instrumen yang telah saya gunakan ialah intervensi 1
dan intervensi 2 juga telah menjadi data sokongan untuk menentukan
sama ada kajian tindakan saya berkesan ataupun tidak.
KEPUTUSAN KAJIAN
Pada hari pertama saya menjalankan ujian pra, murid diminta
menulis satu karangan naratif dengan cara sendiri. Semasa ujian pra
dijalankan, saya dapati terdapat murid menggenggam pensel dan terus
mula mengarang.( Catatan Jurnal 1, 19 April 2012 )Ada segelintir
murid masih terfikir-fikir apa yang harus ditulis. Ada juga murid
yang berbincang dengan rakan-rakan di sebelah. ( CatatanJjurnal 2,
19 April 2012 )Apa yang menarik pada ketika itu ialah saya
ternampak seorang murid mula memikir isi-isi penting dengan melukis
peta minda. ( Catatan Jurnal 3, 19 April 2012 )Terdapat beberapa
orang murid menjana idea dengan kaedah Point Form. ( Catatan Jurnal
4, 19 April 2012 )Ada yang tidak berbuat apa-apa sebelum mula
mengarang. Mereka terus tulis apa yang ingin ditulis. Apabila saya
lihat keadaan ini berlaku, saya memberi bimbingan kepada mereka
yang tidak tahu apa yang hendak ditulis. ( Catatan Jurnal 5, 19
April 2012 )Pada minggu seterusnya, peta minda didedahkan dalam
pengajaran mengarang karangan naratif. Didapati 60 peratus murid
dapat menerima penggunaan peta minda dengan segera. Saya dapat
perhatikan mereka faham dengan peta minda melalui latihan selepas
itu. Selain itu, dari reaksi murid, saya dapat lihat bahawa
kebanyakan daripada mereka suka dengan peta minda. Ini adalah
kerana dalam kalangan mereka yang menggunakan cara sendiri untuk
menjana dan mencatat isi-isi sudah mula menggunakan kaedah peta
minda.Walau bagaimanapun, kaedah yang diperkenalkan perlu kerap
kali diajar kepada murid supaya dapat dikuasai dengan lebih mantap.
Haylock & Chockburn (1971) kurang daripada seminggu tanpa
pengulangan yang kerap akan menyebabkan murid lupa mengenai apa
yang mereka telah fahami dan hafal.
Jadual : 2 Langkah Membuat Peta MindaBerdasarkan jadual
tersebut, murid-murid dapat merangka peta minda yang ingin mereka
hasilkan.Petua Membuat Peta minda
i. Pada bahagian tengah, lukis tajuk dengan huruf besar.
ii. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama (
maksimum
tujuh cabang ).
iii. Bahagikan cabang kepada cabang kecil fakta terperinci.
iv. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat, contohnya:
KAEDAH, JENIS.
v. Semua fakta di dalam huruf besar.
vi. Jangan fikir di mana hendak meletakkan cabang / fakta.
Lampiran 3, meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan
tajuk karangan yang diberi.
Semasa ujian pasca diberi kepada responden, saya mengesan
penggunaan peta minda oleh mereka. Selepas perbincangan, kebanyakan
murid dapat menulis karangan naratif dengan menggunakan peta minda
tanpa bantuan orang lain. Dari sini, saya dapat lihat ramai murid
yang telah menguasai kaedah ini. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa orang murid yang masih lemah mengarang dan belum dapat
menguasai kaedah tersebut. Oleh yang demikian, saya menggalakkan
murid yang lain membantu mereka.
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya
dapat lihat 90 peratus daripada murid dapat menghasilkan karangan
naratif dengan menggunakan peta minda dalam masa 30 minit. Dari
sini, saya dapat lihat penggunaan peta minda dapat membantu
murid-murid menjana idea dengan berkesan. Mereka hanya perlu
sambungkan isi dengan kata hubung yang sesuai. Mereka juga berkata
isi yang telah dicatat dalam peta minda jelas dan mereka tidak
perlu membuang masa untuk berfikir semula idea yang mungkin
tertinggal semasa mengarang. Rajah 2: Contoh carta aliran sebagai
pencetus kepada penghasilan peta minda
Dari hasil kerja ujian pasca ( Rajah 3 ) yang dihantar,
diperhatikan murid-murid dapat menggunakan peta minda untuk mecatat
isi-isi penting dengan jelas. Ini bermakna mereka telah sedar
kelebihan kaedah ini dan mula menguasainya. Selain isi yang jelas,
80 peratus daripada hasil kerja murid juga berstruktur dan
mempunyai isi yang padat, tiada isi yang tertinggal yang boleh
merosakkan susunan isi. Pada keseluruhannya, keputusan yang
diperolehi daripada pemerhatian menunjukkan bertambah baik kualiti
penulisan karangan naratif Bahasa Malaysia dalam kalangan murid
Tahun 5 Jaya.Rajah 3: Salah Satu Hasil Kerja Ujian Pasca
Berdasarkan Rajah 3, analisis kandungan telah saya buat pada
karangan salah seorang responden untuk mengenal pasti pendahuluan,
bilangan isi serta penutup yang perlu ada pada karangannya.
Responden telah menulis karangan tersebut sebanyak lima perenggan
iaitu bilangan isi yang telah dia senaraikan pada peta minda yang
dihasilkan. Di samping itu, cara penulisan isi dan huraian karangan
juga saya analisis untuk melihat kesan penggunaan peta minda pada
penulisan karangan tersebut sama ada lebih tersusun dan teratur
ataupun tidak.
Mohd Zamri Bin Ibrahim (2009) dalam kajiannya telah mencuba
untuk mengalih perhatian pelajarnya supaya bukan sahaja dapat
menguasai tajuk pengajaran yang diajar dengan baik tetapi cuba
mengaplikasikan pengetahuan menggunakan peta minda dan borang
grafik sebagai satu cara mencatat nota, memudahkan proses menyimpan
maklumat dan mengingatkan kembali. Justeru, penggunaan peta minda
diharapkan dapat membantu murid mengingati dan memahami
langkah-langkah yang betul semasa menulis karangan. Rajah 3
menunjukkan hasil penulisan karangan dengan bantuan peta minda.
Rajah 4: Hasil penulisan karangan dengan bantuan peta minda.
Berdasarkan Rajah 4, responden dapat menghasilkan karangan yang
lebih baik dan berkesan dengan menggunakan peta minda jika
dibandingkan sebelum menggunakan peta mind seperti yang ditunjukkan
pada Rajah 1.
Secara langsung, kaedah ini juga mempertingkatkan kualiti
pengajaran penulisan karangan naratif. Ujian Pra diberi tanpa
pendedahan peta minda manakala Ujian Pasca diberi selepas
pendedahan peta minda. Ujian Pra diberikan kepada responden bagi
mendapatkan gambaran awal responden tentang tahap penguasaan
mencari isi-isi penting semasa mengarang karangan Bahasa Malaysia.
Ujian Pasca pula diberi untuk mendapatkan maklumat sejauh manakah
penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencari isi-isi
penting dalam penulisan naratif Bahasa Malaysia. Di samping itu,
pemerhatian juga dijalankan sepanjang proses selepas pengaplikasian
penggunaan peta minda untuk meninjau sama ada ia dapat membantu
responden. Setelah saya memperolehi keputusan intervensi 1 (
Lampiran 4 ) dan intervensi 2 ( Lampiran 5 ), seperti jadual 3 yang
tertera di bawah, saya sedar bahawa saya perlu memberi bimbingan
yang lebih kepada murid yang kurang mahir dalam mengarang. Jadual
3: Keputusan Intervensi 1 dan Intervensi 2Bil.
Nama Murid
Tajuk / Tarikh Ujian
Intervensi 1 03 . 05 . 12Intervensi 2
24 . 05. 12Beza
MGMGM
1Alina66B64B2
2Azrul56C56C0
3Eliza67B66B-1
4Farina53C68B15
5Ikmal50C54C4
6Rosma62B60B2
Min5961
Peta minda dapat membantu murid semasa menjana idea dan
menghubungkan idea-idea supaya menjadi satu karangan yang baik.
Peta minda dapat mendorong murid agar nampak dengan jelas hubungan
antara idea-idea dan tidak tertinggal mana-mana idea yang ingin
disampaikan. Data yang dikumpul menunjukkan peta minda dapat
membimbing murid dengan jelas tentang penyambungan idea untuk
menghasilkan karangan naratif yang padat dan tersusun.
Hasil kajian yang didapati adalah selari dengan kajian-kajian
lepas yang telah dilakukan. Contohnya, dalam kajian lepas Chia Ying
et al.( 2003 ), konsep peta minda memaparkan ciri-ciri yang
mendorong penghasilan penulisan yang padat isi serta struktur
teratur. Ia dapat mengatasi masalah umum yang dihadapi murid di
sekolah SJK(C), iaitu murid lemah dalam penguasaan kemahiran
penulisan karangan, kebanyakan murid takut mengarang. Selain itu,
Zalekha binti Haji Elle ( 2005 ) dalam kajian lepas juga mengkaji
tentang perkaitan antara prestasi murid dalam penulisan Bahasa
Malaysia dengan penggunaan peta minda dan kata soal, murid-murid
yang diberi pendedahan kepada peta minda telah dapat mengaplikasi
kaedah ini dengan jayanya dan dapat menghasilkan karangan naratif
yang tersusun dan kemas.
Pada masa yang sama, responden saya menunjukkan peningkatan
markah yang lebih tinggi dalam penulisan naratif mereka. Hasil
kajian ini adalah selari dengan beberapa dapatan kajian lepas dan
juga beberapa teori yang disokong oleh pengkaji tentang kelebihan
penggunaan peta minda. Oleh yang demikian, jelas bahawa peta minda
dapat memberi kesan yang positif terhadap prestasi penulisan
karangan naratif Bahasa Malaysia murid-murid Tahun 5 Jaya di
sekolah saya ini.Saya melaksanakan kajian ini. dengan mengumpul
data melalui 4 siri Ujian Penulisan Bahasa Malaysia. Maklumat dalam
bentuk markah dicatat dalam Borang Analisis Markah. Maklumat ini
dianalisis dan keputusannya menunjukkan keberkesanan kaedah yang
digunakan dalam kajian ini.
Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah ini dari bulan April 2012 hingga penghujung
bulan Julai 2012, saya telah mengadakan 4 siri ujian. Tujuannya
untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap
pencapaian subjek kajian. Saya telah mengumpul markah-markah
daripada 4 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut
telah dicatat dalam Borang Analisis Markah ujian seperti Jadual 3
di bawah.Jadual 4: Keputusan Ujian Pra dan Ujian PascaBil NamaUjian
Pra
(%)Ujian Pasca
(%)Beza
(%)
1Alina526614
2Azrul5654-2
3Elisa546814
4Farina466216
5Ikmal406020
6Rosma587214
Min516413
Jadual 4: Analisis Markah Ujian Penulisan Bahasa
MalaysiaBil.
Nama Murid
Tajuk / Tarikh Ujian
Ujian Pra 19. 04 . 12
Intervensi 1 03 . 05 . 12Intervensi 2
24 . 05. 12Ujian Pasca 14 . 06 . 12
MGMGMGMG
1Alina52C66B64B66B
2Azrul56C56C56C54C
3Eliza54C67B66B68B
4Farina46C53C68B62B
5Ikmal40C50C54C60B
6Rosma58C62B60B72B
Min51596164
PENUTUP Dapatan kajian ini telah meningkatkan lagi pencapaian
murid-murid Tahun Lima Jaya dalam pengskoran bahagian B dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Malaysia. Kajian ini juga
diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah SK Sungai
Kelambu melalui aktiviti perkembangan staf serta guru-guru Bahasa
Malaysia SK. Sungai Kelambu.
Keputusan kajian ini mendapati peta minda memberi kesan positif
ke atas penulisan karangan naratif Bahasa Malaysia. Kajian ini
dapat membuktikan bahawa murid dapat menghasilkan suatu karangan
naratif yang isinya padat dan tersusun dengan peta minda. Peta
minda dapat membantu murid menjana idea dan menghubungkan idea-idea
supaya menjadi satu karangan yang baik. Peta minda juga mendorong
murid nampak dengan jelas hubungan antara idea-idea dan tidak
tertinggal mana-mana idea yang ingin disampaikan. Pada masa yang
sama, saya berpeluang menggunakan peta minda dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran berkaitan dengan penulisan karangan naratif Bahasa
Malaysia. Ini merupakan satu usaha ke arah mencuba-cuba teknik yang
ada ke arah peningkatan kemahiran mengajar penulisan karangan
naratif Bahasa Malaysia dalam usaha membantu anak murid saya pada
masa yang akan datang.
Berdasarkan maklum balas yang diberi oleh murid yang terlibat
dalam kajian, didapati terdapat aspek-aspek yang perlu diambil kira
ketika perlaksanaan pembelajaran ini. Bagi guru-guru lain yang
ingin membuat penyelidikan lain yang melibatkan aktiviti mengunakan
peta minda perlu terlebih dahulu memperkenalkan peta minda bagi
setiap topik kepada pelajar bermula dari awal tahun
lagi.Murid-murid diberi ganjaran dan galakan yang lebih besar lagi
kepada pelajar-pelajar yang kreatif dan berjaya sebagai galakan
kepada mereka. Seterusnya guru haruslah menggunakan peta minda
setiap kali selesai pengajaran satu sub topikagar pelajar dapat
melihat dengan jelas hubungan setiap tajuk kecil. Peta minda yang
terpilih di sudut-sudut tertentu di sekitar kawasan sekolah atau di
dalam kelas.
Segala idea dan pengetahuan dikongsi bersama dengan rakan yang
lain dan membuatkanpelajar merasa lebih yakin untuk membentangkan
atau menerangkan jawapan mereka di hadapan pelajar yang lain.
Diharapkan selepas ini guru-guru Bahasa Malaysia akan berusaha
memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedahpembelajaran peta minda yang amat menarik dan
menyeronokkan ini.
SENARAI RUJUKANChia - Ying, L., Yeat - Eng, C. & Fui - Tze,
C. ( 2003 ). Penggunaan peta minda
dalam pengajaran dan pembelajaran karangan bergambar Bahasa
Cina. Kota Kinabalu: MPG.Chua Yan Piaw. ( 2006 ). Kaedah dan
statistik penyelidikan Kaedah
Penyelidikan Buku 1. Petaling Jaya: Prentice-Hall (M).Haylock,
D., & Chockburn, A. (1971). Understanding mathematics in
lower
primary years. London:Paul Chapman Publishing.Kementerian
Pelajaran Malaysia. ( 2003 ). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.Mohd
Zamri Bin Ibrahim. (2009). Meningkatkan penguasaan pelajar dalam
tajuk
landskap menggunakan peta minda dalam mata pelajaran
Kemahiran
Hidup Bersepadu Pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Jurnal
Penyelidikan
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Tahun 2009, 124-132.
Zalekha binti Haji Elle ( 2005 ). Meningkatkan prestasi murid
Tahun 5 Jaya
dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan Kaedah Peta Minda
dan
Kata Soal. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005.
Kuching :
Maktab Perguruan Batu Lintang.LAMPIRAN 1Nama :
_____________________________________
Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk yang diberi.
Gotong-royong Di Sekolah
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
LAMPIRAN 2Nama : _____________________________________
Tulis sebuah karangan menggunakan tajuk yang diberi. Gunakan
peta minda sebelum menulis karangan anda.
Gotong-royong Di Sekolah
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
LAMPIRAN 3Nama : _________________________________
Lengkapkan Peta Minda di bawah berdasarkan tajuk karangan yang
diberi.
LAMPIRAN 4Nama : _____________________________________Tulis
sebuah karangan menggunakan tajuk yang diberi. Gunakan peta minda
sebelum menulis karangan anda.
Aku Sebuah Radio
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
LAMPIRAN 5Nama : _____________________________________
Tulis sebuah karangan menggunakan tajuk yang diberi. Gunakan
peta minda sebelum menulis karangan anda.
Aku Sebuah Kereta
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Langkah Membuat Peta Minda
Berdasarkan jadual tersebut, murid-murid dapat merangka peta
minda yang ingin mereka hasilkan.
Petua Membuat Peta minda
i. Pada bahagian tengah, lukis tajuk dengan huruf besar.
ii. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama (
maksimum
tujuh cabang ).
iii. Bahagikan cabang kepada cabang kecil fakta terperinci.
iv. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat, contohnya:
KAEDAH, JENIS.
v. Semua fakta di dalam huruf besar.
vi. Jangan fikir di mana hendak meletakkan cabang / fakta.
LAMPIRAN 7Rancangan Pengajaran Harian Tanpa Menggunakan Peta
Minda
Masa / Kelas / M. Pelajaran /TarikhKandungan / Impak
Tarikh : 15.4.1208.00 - 09.00
Tahun 5 Jaya
Bahasa Melayu
Sistem bahasa :
Kosa kata Makna perkataan
Tatabahasa Tanda baca, penanda wacana.
Pengisian Kurikulum :
Ilmu Kajian Tempatan
Nilai :
Rasional
Tema
Tajuk
FU
FS
Hasil Pembelajaran
Aktiviti
Refleksi: Penulisan Karangan
: Gotong-royong Di Sekolah: 8.5 Aras 2 (i)
: 8.4 Aras 3 (i)
: Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid dapat :
i. Menghuraikan isi dengan jelas untuk
menghasilkan perenggan yang koheran.
1. Murid bercerita tentang keluarga
masing- masing.
2. Murid membaca dan memahami tajuk
yang diberi. 3. Murid mencari dan mengumpulkan isi penting.
4. Murid menyenaraikan isi-isi penting.
5. Murid menghuraikan isi-isi penting dengan jelas.
6. Murid membina ayat dalam perenggan
untuk menghasilkan karangan yang
lengkap.
7. Guru merumuskan isi pelajaran.
:
LAMPIRAN 8
Rancangan Pengajaran Harian Menggunakan Peta MindaMasa / Kelas /
M. Pelajaran /TarikhKandungan / Impak
Tarikh : 14.6.1208.00 - 09.00
Tahun 5 Jaya
Bahasa Melayu
Sistem bahasa :
Kosa kata Makna perkataan
Tatabahasa Tanda baca, penanda wacana.
Pengisian Kurikulum :
Ilmu Kajian Tempatan
Nilai :
Rasional
Tema
Tajuk
FU
FS
Hasil Pembelajaran
Aktiviti
Refleksi: Penulisan Karangan
: Gotong-royong Di Sekolah
: 8.5 Aras 2 (i)
: 8.4 Aras 3 (i)
: Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid dapat :
i. Menghuraikan isi dengan jelas untuk
menghasilkan perenggan yang
koheran.
1. Murid bercerita tentang keluarga
masing- masing.
2. Murid membaca dan memahami tajuk
yang diberi. 3. Murid mencari dan mengumpulkan isi
penting menggunakan prta minda.4. Murid menyenaraikan isi-isi
penting.
5. Murid menghuraikan isi-isi penting
dengan jelas.
6. Murid membina ayat dalam
perenggan untuk menghasilkan
karangan yang lengkap.
7. Guru merumuskan isi pelajaran.
:
Berdasarkan pendapat tersebut terbukti bahawa penulisan karangan
tidak boleh diambil mudah oleh guru-guru dan para pelajar.
Berdasarkan pemerhatian latihan dan kertas jawapan peperiksaan
dalaman didapati punca utama pelajar-pelajar gagal mendapat gred A
kerana karangan yang dihasilkan tidak memenuhi kriteria pemarkahan
untuk bahagian pengenalan, idea dan kesimpulan. Oleh itu, satu
kaedah peta minda diperkenalkan untuk meningkatkan minat dan
kualiti penulisan karangan dalam kalangan para pelajar yang tidak
mencapai gred A dalam bahasa Melayu.KONTEKS KAJIANRefleksi
Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran
Jika hendak dikira pengalaman pengajaran dan pembelajaran
(p&p) yang lalu semasa praktikum, memang ada banyak pahit dan
manisnya. Pengalaman seperti itu memang berharga untuk mematangkan
lagi pemikiran saya dalam menilai kemajuan diri semasa mengajar.
Kebaikan pengalaman praktikum ialah saya dapat memahami situasi
yang sebenar, mengenali siapa diri saya dan bagaimana saya mendidik
anak murid saya.
Berdasarkan pengalaman itu, saya berpendapat bahawa saya perlu
bersikap tegas tetapi dalam pada itu, rasa sayang pada mereka
dipupuk agar mereka menghormati saya. Dalam hal ini, tindakan dari
segi psikologi adalah sangat penting. Akan tetapi tidak dinafikan
saya turut mengalami pengalaman pahit. Namun, bagi saya tiada
keburukan pengalaman pahit tersebut kerana ia boleh dijadikan suatu
pengajaran untuk meningkatkan lagi prestasi saya. Semasa berada
dalam kelas, saya lebih suka mengajar dengan cara berkawan,
merapatkan diri dan "memasuki" dunia muridmurid saya. Dengan ini,
barulah saya dapat faham apakah yang mereka inginkan dalam
pelajaran. Apabila saya dapat menyesuaikan diri dengan dunia
mereka, barulah mereka dapat menerima dan mengikut cara pengajaran
saya. Oleh itu, seseorang guru harus pandai menggunakan psikologi
dalam mendidik kerana memang lumrah dunia, kanak-kanak adalah
nakal. Justeru dalam kajian ini, saya telah menggunakan teknik peta
minda yang bersifat mesra murid sebagai kaedah pengajaran penulisan
Bahasa Melayu Tahun 5.
Isu Keprihatinan
Saya menjalani praktikum fasa III selama tiga bulan di sebuah
sekolah di Kuching dan diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas
Tahun 5 Pintar yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai
pelbagai tahap pencapaian. Selepas beberapa minggu menjalani
praktikum di sekolah tersebut, saya mendapati murid-murid dalam
kelas saya mempunyai masalah dan lemah dalam mengenal pasti isi
utama dan isi huraian untuk penulisan karangan Bahasa Melayu. Rajah
1 menunjukkan contoh karangan Azira (nama samaran), salah seorang
murid Tahun 5 Pintar.
Rajah 1. Hasil kerja awal penulisan karangan Azira.
Ternyata karangan yang dihasilkan oleh Azira mempunyai tiga
perenggan sahaja iaitu bahagian pendahuluan, isi karangan dan
penutup. Dia tidak dapat mengenal pasti bahagian isi utama dan isi
huraian karangan tersebut dan menggabungkannya ke dalam
satu perenggan. Azira tidak tahu bagaimana hendak menbezakan isi
utama dan isi huraian dan cara untuk membahagikan isi-isi tersebut.
Melihat kepada isu tersebut, saya menggunakan peta minda dalam
pengajaran penulisan Bahasa Melayu untuk menangani
isu tersebut. Peta minda yang digunakan sangat mudah ditadbirkan
kerana murid-murid dapat menyampaikan idea dalam penulisan mereka
dengan cara yang mudah dan sistematik. Pada masa sama, mereka dapat
melakarkan peta minda ini mengikut kreativiti mereka sendiri dan
lebih mudah untuk mereka mengingati dan menghuraikan setiap isi
bagi karangan yang mereka akan tulis nanti. Di samping aktiviti
penulisan, peta minda ini juga boleh saya gunakan untuk
aktivitiaktiviti lain selain daripada mengajar penulisan Bahasa
Melayu.
Kemahiran penulisan karangan yang baik adalah sangat penting
kerana kemahiran tersebut diperlukan semasa murid-murid saya
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun hadapan.
Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran tersebut,
masalah akan timbul setiap kali mereka menghasilkan penulisan
karangan Bahasa Melayu dan masalah ini mungkin akan menjejaskan
keputusan mereka nanti. Oleh itu, dengan berpandukan peta minda
sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid saya menghasilkan
karangan yang lebih
baik dan berkualiti.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk:
meningkatkan kemahiran Azira dalam mengenal pasti isi utama dan
isi huraian semasa menulis karangan Bahasa Melayu Tahun 5 melalui
penggunaan peta minda; dan
menambah baik amalan pengajaran saya berkaitan dengan
pengenalpastian isi utama dan isi huraian semasa menulis karangan
Bahasa Melayu Tahun 5 melalui penggunaan peta minda.
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian
berikut.
Apakah kesan penggunaan peta minda terhadap kemahiran
Azira dalam mengenal pasti isi utama dan isi huraian semasa
menulis karangan Bahasa Melayu Tahun 5?
Sejauh manakah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu ini dapat membantu dalam menambah baik amalan
pengajaran saya?
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Menurut Buzan (n.d.), keupayaan berkhayal harus dipupuk untuk
menghasilkan peta minda kerana melalui cara itu, orang ramai boleh
memperbaiki daya konsentrasi, pemahaman serta mengaktifkan fungsi
kedua-dua belah otak. Keupayaan kita untuk berkhayal perlulah
dipupuk dengan menghasilkan peta minda sebagai satu laluan untuk
kita menyatakan perkara yang sedang kita khayalkan itu. Sementara
itu, mengikut Mukerjea (1996), peta minda membolehkan seseorang itu
dapat ...learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS
effort.... yang membawa maksud penggunaan peta minda ini dapat
membantu kita untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih banyak,
mempertingkatkan daya ingatan kita tanpa merugikan terlalu banyak
kertas sebagai bahan bantu serta mengurangkan usaha. Ini adalah
kerana peta minda merupakan satu ringkasan kepada sesuatu teks atau
petikan yang panjang dan ini juga menjadi ringkasan kepada karangan
yang akan ditulis oleh murid-murid nanti. Di samping itu, terdapat
kajian-kajian lepas yang pernah menggunakan alat berfikir ini
seperti yang dibuat oleh Zalekha Binti Haji Elie (2005). Kaedah
yang digunakan dalam kajiannya adalah untuk melatih murid-murid
melahirkan dan menghuraikan isi-isi penting yang berkaitan dengan
tajuk karangan yang diberidengan berbantukan peta minda. Wong Pui
Chze (2009) dalam penyelidikan tindakannya turut menggunakan peta
minda untuk menambah baik pengajaran penulisan karangan naratif
Bahasa Cina. Kajiannya turut melihat sejauh manakah peta minda
membantu murid-murid Tahun 5 dalam penulisan karangan Bahasa Cina
naratif.
Peta minda adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang
berkesan kepada murid. Hanya fakta-fakta penting sahaja yang
dimasukkan ke dalam peta minda. Apabila murid-murid cuba
mengaplikasikan penggunaan peta minda dalam penulisan mereka,
mereka perlu mengenal pasti isi utama karangan tersebut sebelum
dapat menyenaraikan isi-isi sampingan atau isi-isi huraiannya.
Jadual 1 menunjukkan langkah membuat peta minda yang digunakan
untuk pelaksanaan tindakan saya.
Jadual 1.
Langkah Membuat Peta Minda
Berdasarkan jadual tersebut, murid-murid dapat merangka peta
minda yang ingin mereka hasilkan.
Petua Membuat Peta minda
i. Pada bahagian tengah, lukis tajuk dengan huruf besar.
ii. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama
(maksimum tujuh
cabang).
iii. Bahagikan cabang kepada cabang kecil fakta terperinci.
iv. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat, contohnya:
KAEDAH, JENIS.
v. Semua fakta di dalam huruf besar.
vi. Jangan fikir di mana hendak meletakkan cabang / fakta.
Rajah 2 pula menunjukkan contoh carta aliran sebagai pencetus
kepada penghasilan peta minda yang saya gunakan semasa pengajaran
penulisan karangan.
Rajah 2. Contoh carta aliran sebagai pencetus pembinaan peta
minda.
Dengan menggunakan peta minda, saya dapat menerangkan dengan
lebih mudah dan jelas kepada mereka. Pertama sekali, mereka perlu
mengetahui apakah tajuk karangan yang akan mereka hasilkan. Kedua
ialah pengenalan kepada tajuk iaitu pendahuluan kepada perenggan.
Dan yang ketiga, barulah murid-murid memasukkan isi-isi karangan.
Setiap perenggan yang dihasilkan perlulah mengandungi isi utama dan
juga huraian kepada isi utama tersebut. Bahagian terakhir bagi
karangan dinamakan sebagai penutup iaitu rumusan atau kesimpulan
kepada karangan tersebut. Jadual 2 merupakan pelaksanaan proses
pengumpulan data bermula dengan pengumpulan data awal atau tinjauan
awal kajian ini. Ia juga menunjukkan pelaksanaan tindakan kajian
ini.
Jadual 2.
Pengumpulan Data Awal dan Tindakan Pelaksanaan
Data awalCatatan
Menyediakan tajuk karangan dan meminta murid menulis
karangan.
Melihat hasil penulisan tanpa peta mindaSudah dilaksanakan:
24 Februari 2010
Pelaksanaan TindakanCatatan
Tindakan 1
Meminta murid menulis karangan menggunakan peta minda
dengan bantuan guru.Sudah dilaksanakan
Tindakan 2
Membanding beza karangan tanpa peta minda dengan
karangan yang menggunakan peta minda.Sudah dilaksanakan
Tindakan 3
Meminta murid menghasilkan sendiri peta minda dan
menulis karangan.Sudah dilaksanakan
Saya telah membimbing Azira untuk menghasilkan karangan dengan
menggunakan peta minda, bermula dengan langkah demi langkah
sehingga Azira benar-benar faham.
METODOLOGI
Peserta Kajian
Saya merupakan peserta kajian ini selain daripada Azira, seorang
murid perempuan murid dari kelas Tahun 5 Pintar yang sangat
aktif.
Etika Penyelidikan
Sebelum kajian ini bermula, saya terlebih dahulu telah
mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan seterusnya
kebenaran secara lisan daripada Azira untuk terlibat dalam
kajian ini. Borang kebenaran penyertaan dalam kajian ini
kemudian diberikan kepada Azira untuk diisi. Dia bersetuju untuk
menyertai kajian ini.
Teknik Mengumpul Data
Untuk mengetahui tahap pencapaian Azira, saya telah mengumpul
analisis dokumen dalam bentuk hasil kerja Azira. Saya turut menemu
bual Azira dan membuat pemerhatian ke atas Azira semasa dia
menghasilkan karangan Bahasa Melayu.
Teknik Menganalisis Data
Analisis kandungan karangan
Analisis kandungan karangan yang dihasilkan oleh Azira diberi
tumpuan dalam analisis kajian ini dan bukannya peta minda yang
dihasilkan (Sila rujuk Rajah 3).
Rajah 3. Karangan Azira menggunakan peta minda.Berdasarkan Rajah
3, analisis kandungan telah saya buat pada karangan Azira untuk
mengenal pasti pendahuluan, bilangan isi serta penutup yang perlu
ada pada karangannya. Azira telah menulis karangan tersebut
sebanyak lima perenggan iaitu bilangan isi yang telah dia
senaraikan pada peta minda yang dihasilkan. Di samping itu, cara
penulisan isi dan huraian karangan juga saya analisis untuk melihat
kesan penggunaan peta minda pada penulisan karangan Azira sama ada
lebih tersusun dan teratur ataupun tidak. Analisis kandungan temu
bual. Sementara itu, untuk data hasil daripada temu bual di antara
saya dengan Azira, saya membuat catatan dan menggunakannya untuk
tujuan membanding beza antara pendapat saya dengan pandangan Azira.
Berdasarkan hasil dapatan ini, saya merujuk kembali persoalan dan
objektif kajian saya untuk lihat sama ada perkara-perkara tersebut
dijawab atau
tercapai. Analisis kandungan catatan refleksiHasil pemerhatian
saya yang dicatat pada catatan refleksi juga dianalisis
kandungannya. Berdasarkan pemerhatian dan catatan tersebut, saya
dapat melihat tahap pencapaian diri saya dan juga Azira khususnya
dari segi respon Azira terhadap penggunaan peta minda.
Teknik Menyemak Data
Saya telah menemu bual Azira untuk tujuan semakan data.
REFLEKSI DAPATAN
Apakah kesan penggunaan peta minda terhadap kemahiran Azira
dalam mengenal pasti isi utama dan isi huraian semasa menulis
karangan Bahasa Melayu Tahun 5?
Pada awal kajian, saya telah meminta Azira untuk menulis
karangan yang bertajuk "Gotong-royong Di Sekolah". Semasa menulis
karangan tersebut, Azira tidak dapat menghuraikan isiisi karangan
tersebut dengan baik. Oleh itu, saya telah memperkenalkan teknik
penulisan karangan berpandukan peta minda kepada Azira.
Mohd Zamri Bin Ibrahim (2009) dalam kajiannya telah mencuba
untuk mengalih perhatian pelajarnya supaya bukan sahaja dapat
menguasai tajuk pengajaran yang diajar dengan baik tetapi cuba
mengaplikasikan pengetahuan menggunakan peta minda dan borang
grafik sebagai satu cara mencatat nota, memudahkan proses menyimpan
maklumat dan mengingatkan kembali. Justeru, penggunaan peta minda
diharapkan dapat membantu Azira mengingati dan memahami
langkah-langkah yang betul semasa menulis karangan. Rajah 4
menunjukkan hasil penulisan karangan Azira dengan bantuan peta
minda yang dihasilkannya.
Rajah 4. Hasil penulisan karangan Azira dengan peta minda
Berdasarkan Rajah 4, Azira dapat menghasilkan karangan yang
lebih baik dan berkesan dengan menggunakan peta minda jika
dibandingkan sebelum menggunakan peta mind seperti yang ditunjukkan
pada Rajah 1. Di samping itu, temu bual saya bersama-sama dengan
Azira telah mendedahkan pandangan Azira terhadap penggunaan peta
minda dalam penulisan karangan Bahasa Melayu seperti yang
dipaparkan pada transkrip temu bual berikut.
Guru : Apakah yang Azira faham tentang peta minda?
Azira : Melukis bentuk-bentuk cikgu, lepas tu kita tulis apa
yang kita fikir dalam
petak tu.
Guru : Bagaimanakah peta minda ini membantu kamu dalam penulisan
Azira?
Azira : Peta minda ini membantu saya dalam mengenal pasti
isi-isi untuk
setiap perenggan cikgu. (peta minda membantu dalam penulisan
karangan)
Guru : Adakah kamu rasa lebih mudah untuk kamu membezakan isi
utama dan
isi huraian karangan?
Azira : Lebih mudah cikgu, sebab saya dapat merangka karangan
saya
langkah demi langkah mengikut petua peta minda yang telah
cikgu
berikan. (memudahkan untuk merangka karangan)
Guru : Adakah kamu rasa cara ini berkesan?
Azira :Memang berkesan cikgu, kerasa saya sudah tahu
bagaimana
hendak menulis ikut perenggan. (membaiki penulisan karangan)
Guru : Apakah kebaikan penulisan berpandukan peta minda ini
kepada kamu?
Azira : Banyak kebaikan cikgu, tapi yang pasti saya dapat
membaiki cara
penulisan saya cikgu dan saya rasa lebih mudah untuk saya
menulis karangan dengan adanya peta minda ini cikgu.
(meningkatkan kemahiran menulis)
Guru : Bagus Azira! Cikgu harap Azira dapat membaiki tahap
penggunaan
bahasa Azira dalam penulisan kerana ini dapat membantu untuk
Azira
mendapat markah lebih baik.
Azira : Baiklah cikgu.
(Petikan temu bual, 28 April 2010)
Sejauh manakah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu dapat membantu dalam menambah baik amalan pengajaran
saya?
Penggunaan peta minda dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia
ini telah banyak membantu dalam menambah baik amalan pengajaran
saya. Saya telah mendapati bahawa dengan menggunakan peta minda,
pengajaran untuk penulisan karangan saya menjadi lebih mudah dan
sistematik. Murid-murid lebih mudah memahami tajuk yang ditulis dan
juga membaiki kualiti penulisan mereka, terutamanya Azira, ke satu
tahap yang lebih baik jika dibandingkan dengan sebelum kajian ini
dijalankan. Dengan menggunakan peta minda juga, saya mendapati
bahawa murid-murid saya lebih yakin dan bersemangat untuk belajar.
Peta minda dapat melatih kreativiti murid dalam menghasilkan
bentuk-bentuk peta minda yang pelbagai. Saya memberikan kebebasan
kepada murid untuk menghasilkan bentuk mengikut kreativiti mereka
sendiri dan memudahkan pemahaman mereka terhadap karangan yang
ingin dihasilkan. Pada pandangan saya sendiri sebagai seorang
pengkaji yang menggunakan peta minda sebagai alat kajian saya, saya
mendapati bahawa peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk
mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan
menjadi bentuk yang boleh dilihat. Peta minda boleh membantu
murid-murid untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran mereka
untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.
REFLEKSI KESELURUHANRefleksi dan Penilaian Tindakan Saya telah
menjalankan penyelidikan tindakan berkenaan dengan penggunaan peta
minda untuk menambah baik penulisan karangan Bahasa Melayu Tahun 5
Azira. Saya memilih untuk melakukan penyelidikan tindakan ini
selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Azira iaitu
masalah dalam penulisan karangan. Pada kertas cadangan awal saya,
saya hanya menceritakan secara ringkas sahaja berkenaan dengan
penyelidikan tindakan saya ini. Sesungguhnya memang banyak halangan
dan dugaan yang saya hadapi semasa menjalankan penyelidikan
tindakan ini. Penyelidikan tindakan ini telah banyak membantu saya
dalam membaiki gaya dan mutu pengajaran saya. Melalui penyelidikan
tindakan ini, saya menjadi lebih bertanggungjawab ke atas tindakan
saya dan mewujudkan suasana p&p yang lebih bersemangat dan
dinamik. Penyelidikan tindakan telah digunakan dalam perkembangan
kurikulum berasaskan sekolah, perkembangan profesional, program
kemajuan sekolah dan perkembangan perancangan sistem dan dasar
pendidikan. Dengan itu, saya dapat mengenal pasti masalah saya dan
merenung amalan dan ideologi saya dari perspektif yang lebih luas.
Dalam penyelidikan tindakan saya ini, saya juga telah menggunakan
pendekatan psikologi terhadap murid-murid saya iaitu melalui cara
pengajaran saya. Saya berharap saya dapat menzahirkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan melalui tindakan saya dalam kelas.
Pembelajaran Kendiri Sesungguhnya sebagai salah seorang bakal guru
Bahasa Melayu, sudah tentu saya ingin meningkatkan dan menambah
baik amalan kendiri saya. Selepas menjalankan penyelidikan tindakan
ini, saya dapat merangka Rancangan Pengajaran Harian saya dengan
menjadikan penulisan karangan menggunakan peta minda sebagai salah
satu daripada sesi pengajaran saya. Semasa praktikum fasa III, saya
telah memperuntukkan dua masa seminggu untuk menerapkan peta minda
dalam penulisan karangan Saya telah mempelbagaikan cara pengajaran
saya untuk karangan berpandukan peta minda sebagai langkah untuk
meningkatkan kemahiran murid-murid saya untuk penulisan karangan
dari semasa ke semasa. Cadangan Kajian Lanjutan Selepas melihat
kejayaan kajian yang saya laksanakan ini, saya telah terfikir untuk
melanjutkan kajian saya kepada kitaran yang seterusnya. Saya masih
boleh menggunakan peta minda dalam penulisan karangan. Namun,
mungkin saya dapat membuat penambahbaikan dengan membuat
perubahan-perubahan terhadap langkah membuat peta minda yang
digunakan untuk menjadikannya lebih berkesan. Untuk kitaran kedua,
saya bercadang untuk meminta murid-murid menghasilkan peta minda
berpandukan karangan yang akan diberikan untuk mengukuhkan lagi
kemahiran mereka. Hal ini dapat membantu mereka untuk mengenal
pasti isi utama dan isi huraian yang terdapat di dalam teks
karangan yang diberikan. Dengan adanya latihan yang intensif
seperti ini, diharapkan Azira dan muridmurid saya yang lain dapat
menguasai kemahiran menggunakan peta minda ini dengan lebih baik
dan karangan yang dihasilkanlebih baik dan berkualiti.
BIBLIOGRAFI
Buzan, T. (n.d). Offical website of mind maping by Tony Buzan.
Diperoleh pada 28 Februari 2010 dari http://www.ThinkBuzan.com.
Mohd Zamri Bin Ibrahim. (2009). Meningkatkan penguasaan pelajar
dalam tajuk landskap menggunakan peta minda dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup
Bersepadu Pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Jurnal
Penyelidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Tahun 2009,
124-132.
Nor Azura Binti Mohd Zaki. (2008). Menerangkan konsep istilah
penting dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan Tingkatan 6
dengan inovasi My Aura Map.
Jurnal Penyelidikan Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun
2008, 89-98.Wong Pui Chze. (2009). Penggunaan peta minda dalam
meningkatkan prestasi penulisan karangan naratif Bahasa Cina dalam
kalangan murid Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan. Buku Koleksi
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 135-145.
Zalekha Binti Hj Elie. (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun
5 Jaya dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan kaedah peta minda
dan kata soal. Jurnal
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005, 160-
166.
OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian tindakan ini adalah untuk:i)
meningkatkan kemahiran 6 orang murid mengemukakan isi-isi penting
dalam Penulisan Bahasa Malaysia, dan ii) menambah baik amalan
pengajaran saya sebagai guru Penulisan Bahasa agar memberi kesan
yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan Kaedah
Peta Minda dan Kata Soal.KUMPULAN SASARAN
INSTRUMEN KAJIANTINDAKAN
Saya telah merancang untuk melaksanakan kajian ini bermula dari
awal bulan Februari 2005 hingga penghujung bulan Mei 2005. Saya
telah mengenal pasti 6 orang murid untuk dijadikan subjek kajian
ini. Saya melaksanakan pengajaran saya menggunakan Kaedah Peta
minda dan Kata Soal. Saya memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada
setiap hari Khamis untuk melaksanakan p&p menggunakan kaedah
ini. Saya menggunakan 1 waktu (30 minit) untuk perbincangan dan
aktiviti pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1
waktu (30 minit) untuk murid-murid membuat latihan penulisan. Saya
akan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini dengan
mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh kajian
ini.
Sehari sebelum memulakan pengajaran, saya telah memberitahu
murid tentang jenis karangan dan tajuk yang akan diajar supaya
mereka membaca format dan beberapa contoh karangan yang berkaitan
serta membuat rujukan tentang tajuk tersebut. Dengan cara ini,
murid-murid sudah ada pengetahuan tentang karangan yang akan
diperbincangkan nanti.
Saya telah melaksanakan beberapa langkah p&p menggunakan
kaedah ini. Langkah-langkah p&p yang saya gunakan adalah
seperti berikut.
Set Induksi: Bersoal jawab tentang tajuk.
Langkah 1: Perbincangan tentang format karangan dan Kaedah Peta
Minda dan Kata Soal yang digunakan untuk mencatat dan mencari
isi-isi penting.
Langkah 2: Perbincangan tentang perenggan pendahuluan
menggunakan kata soal.
Langkah 3: Menggunakan kata soal untuk mencari isi-isi
penting.
Menggunakan peta minda untuk mencatat isi-isi penting.
Langkah 4: Perbincangan tentang perenggan penutup menggunakan
kata soal.
Langkah 5: Latihan penulisan.
Penutup: Rumusan tentang tajuk.
Saya memulakan langkah pengajaran dan pembelajaran dengan
menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitan dengan tajuk
karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka. Seterusnya di
dalam langkah pertama, saya berbincang dengan murid-murid tentang
format karangan (untuk karangan yang berformat sahaja). Selepas
itu, saya menerangkan tentang penggunaan Kaedah Peta Minda dan Kata
soal (untuk pengajaran dan pembelajaran pertama kali menggunakan
kaedah ini). Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa secara
fizikalnya peta minda ini berbentuk seperti anak-anak ranting yang
keluar daripada satu rumpun dan digunakan untuk mencatat isi-isi
penting yang berkaitan dengan tajuk. Manakala kata soal pula
digunakan untuk mengeluarkan dan menghuraikan isi serta memberi
contoh yang berkaitan.
Di dalam langkah kedua, saya memulakan perbincangan dengan
membincangkan perenggan pendahuluan. Saya menjelaskan kepada
murid-murid bahawa dalam perenggan pendahuluan, murid-murid boleh
menggunakan kata soal untuk menerangkan tentang tajuk atau
mengemukakan isu semasa yang berkaitan dengan tajuk. Sebagai contoh
dalam karangan yang bertajuk Cara Membalas Jasa Ibu Bapa, saya
telah meminta murid menggunakan kata soal siapa dan apa. Saya telah
memilih subjek kajian untuk menjawab soalan-soalan tersebut.
Contoh soalan
: Siapakah ibu bapa?
Contoh jawapan murid: Orang yang melahir dan membesarkan
kita.
Contoh soalan
: Apakah jasa ibu bapa kita?
Contoh jawapan murid: Memelihara dan memberi kita pelajaran.
Di dalam langkah ketiga, saya melatih murid-murid menggunakan
kata soal yang sesuai untuk melahirkan isi-isi penting. Sebagai
contoh, murid menggunakan kata soal bagaimana untuk mencari jawapan
atau isi yang berkaitan dengan tajuk.
Contoh soalan
: Bagaimanakah kita membalas jasa ibu bapa kita?
Contoh jawapan murid: Belajar bersungguh-sungguh.
Sekiranya jawapan yang diberikan itu tepat dan berkaitan, maka
pujian dan tepukan diberikan kepada murid berkenaan. Murid tersebut
atau murid lain dikehendaki mencatat isi yang telah dikemukakan
tadi pada peta minda seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.Setelah
mengemukakan beberapa isi penting yang berkaitan, murid dikehendaki
menggunakan kata soal yang sesuai untuk menghuraikan isi tersebut.
Sebagai contoh, murid boleh menggunakan kata soal mengapa untuk
membuat huraian.
Contoh soalan
: Mengapakah kita perlu belajar bersungguh-sungguh?
Contoh jawapan murid: Supaya berjaya dalam pelajaran.
Setelah menghuraikan tajuk, murid dikehendaki memberikan contoh
yang berkaitan sebagai bukti huraian. Murid juga dikehendaki
menggunakan kata soal yang sesuai untuk menyatakan contoh yang
berkaitan.
Contoh soalan
: Apakah perasaan ibu bapa apabila kita berjaya?
Contoh jawapan Murid: Bangga dan gembira.
Rajah 2: Contoh Peta MindaSetelah mengemukakan beberapa isi
penting yang berkaitan, murid dikehendaki menggunakan kata soal
yang sesuai untuk menghuraikan isi tersebut. Sebagai contoh, murid
boleh menggunakan kata soal mengapa untuk membuat huraian.
Contoh soalan
: Mengapakah kita perlu belajar bersungguh-sungguh?
Contoh jawapan murid: Supaya berjaya dalam pelajaran.
Setelah menghuraikan tajuk, murid dikehendaki memberikan contoh
yang berkaitan sebagai bukti huraian. Murid juga dikehendaki
menggunakan kata soal yang sesuai untuk menyatakan contoh yang
berkaitan.
Contoh soalan
: Apakah perasaan ibu bapa apabila kita berjaya?
Contoh jawapan Murid: Bangga dan gembira.Seterusnya di dalam
langkah keempat, saya membimbing murid menulis bahagian penutup
menggunakan kata soal yang sesuai untuk membuat rumusan tentang
tajuk. Sebagai contoh murid boleh menggunakan kata soal mengapa
untuk memberi kesimpulan tentang keseluruhan isi yang telah
diperbincangkan.
Contoh soalan: Mengapakah kita perlu membalas jasa ibu bapa
kita?
Contoh jawapan murid: Kerana ibu bapa telah banyak berkorban
kepada kita.
Untuk langkah yang terakhir, saya telah memberi latihan
penulisan kepada murid-murid. Semasa membuat latihan, saya memberi
bimbingan secara individu. Saya membimbing dan melatih mereka
membina dan menyusun ayat dengan betul. Saya juga menggalakkan
mereka menggunakan kata wacana seperti oleh itu, tambahan pula,
oleh yang demikian, selain daripada itu, dan sebagainya untuk
menyambung isi.
Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran-pembelajaran
menggunakan kaedah ini dari awal bulan Februari 2005 hingga
penghujung bulan Mei 2005, saya telah mengadakan 4 siri ujian.
Ujian ini diadakan pada hujung setiap bulan dalam tempoh
pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk
mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian
subjek kajian dalam Penulisan Bahasa Malaysia.
KEPUTUSAN
Saya telah mengumpul markah-markah daripada 4 siri ujian yang
telah diadakan. Markah-markah tersebut telah dicatat dalam Borang
Analisis Markah ujian seperti Jadual 2.
Jadual 2: Analisis Markah Ujian Penulisan Bahasa Melayu
Bil.Nama MuridTarikh Ujian
24.02.05 22.03.05 28.04.05 12.05.05
MG M G M G M G
1. Alina 52 C 66 B 64 B 78 B
2. Azrul 62 B 60 B 60 B 60 B
3. Eliza 54 C 67 B 66 B 72 B
4. Farina 46 C 68 B 72 B 74 B
5. Ikmal 40 C 50 C 54 C 60 B
6. Rosma 60 B 62 B 60 B 76 B
Berdasarkan analisis markah ujian pada Jadual 2, didapati markah
Alina meningkat daripada gred C dalam ujian yang pertama kepada
gred B dalam ujian-ujian yang seterusnya. Azrul telah mendapat gred
B dalam keempat-empat ujian walaupun markahnya menurun sedikit
tetapi pencapaiannya masih konsisten. Markah Eliza telah meningkat
daripada gred C dalam uijan pertama kepada gred B dalam ujian-ujian
berikutnya. Farina pula menunjukkan peningkatan markah yang agak
baik. Markahnya telah meningkat daripada gred C dalam ujian pertama
kepada gred B dalam ketiga-tiga ujian berikutnya. Pencapaian Ikmal
pula kurang memuaskan. Murid ini masih mencapai gred C dalam uijan
pertama, kedua dan ketiga. Murid ini hanya mendapat gred B dalam
ujian yang terakhir. Rosma juga salah seorang daripada murid-murid
ini yang telah mendapat gred B dalam kesemua ujian yang diadakan
itu.
Secara keseluruhannya, pencapaian beberapa orang murid ini ada
menunjukkan peningkatan. Walaupun murid-murid ini belum mencapai
tahap cemerlang namun mereka telah menunjukkan pencapaian yang
positif.
Saya juga telah menemubual beberapa orang murid berhubung dengan
kaedah yang digunakan dalam kajian ini dan keputusan ujian mereka.
Berikut merupakan transkrip temubual tersebut.Guru: Alina, cikgu
nampak keputusan ujian Penulisan kamu meningkat berbanding dengan
yang sebelum ini. Adakah kamu rasa lebih mudah untuk mencari
isi-isi
penting menggunakan kata soal dan peta minda?
Alina: Ya, cikgu. Saya rasa lebih mudah mencari isi-isi penting
mengunakan kata soal ni.
Guru: Bagaimana pula dengan kamu Farina?
Farina: Saya pun begitu juga cikgu.
Guru: Ikmal, cikgu perhatikan pencapaian kamu kurang memuaskan
berbanding dengan rakan-rakan kamu yang lain. Adakah kamu dapat
menggunakan kata
soal dan peta minda untuk mencari isi-isi penting bagi karangan
kamu?
Ikmal: Sikit-sikit cikgu. Saya tidak minat menulis karangan
cikgu. Saya malas nak
tulis panjang-panjang.
Guru: Ikmal, walaupun kamu tidak berminat, kamu mesti berusaha
bersungguh-
sungguh kerana mata pelajaran ini akan dinilai dalam UPSR
kelak.
Ikmal: Baiklah, cikgu.
Guru: Eliza, kamu suka tak menggunakan kata soal dan peta minda
ni?
Eliza: Suka juga cikgu.
Guru: Mengapa kamu suka Eliza?
Eliza: Senang nak cari idea.
Temubual saya dengan empat orang murid ini mendedahkan sikap
mereka terhadap penggunaan kaedah ini. Saya dapati penggunaan peta
minda dan kata soal dapat memudahkan mereka mencari isi-isi
penting. Tiga orang daripada murid yang ditemubual ini bersetuju
bahawa penggunaan kaedah peta minda dan kata soal telah membantu
mereka mencari isi-isi penting. Salah seorang daripada mereka yang
ditemubual menunjukkan sikap malas yang menjadi punca kelemahannya
menguasai kemahiran dalam mata pelajaran ini.PENUTUP
Pada awal kajian ini, saya dapati subjek kajian kurang memberi
kerjasama dan perhatian semasa perbincangan. Apabila disoal, mereka
hanya memberi jawapan tidak tahu sahaja. Mereka kurang memberi
tumpuan semasa saya memberi penerangan. Saya telah membuat teguran
terhadap sikap mereka ini. Selepas beberapa siri
pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka telah
menunjukkan respon yang positif. Mereka telah berminat dalam
aktiviti perbincangan. Saya sangat berpuas hati dengan sikap yang
mereka tunjukkan itu serta peningkatan pencapaian mereka.
Saya dapati penggunaan kaedah peta minda dan kata soal dalam
kajian ini ada memberi kesan yang positif terhdap pemahaman
murid-murid saya. Kaedah ini dapat mempertingkatkan markah mereka
ke tahap yang lebih tinggi lagi. Saya juga berpuas hati dengan
hasil kajian ini kerana kaedah yang digunakan dalam amalan
pengajaran saya telah menampakkan hasil yang memberansangkan
berbanding dengan kaedah yang saya gunakan sebelum ini.
Saya bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk mencari
isi-isi penting dalam Bahasa Malaysia Pemahaman. Pada persepsi
saya, kaedah ini juga sesuai digunakan untuk mencari isi-isi
penting bagi petikan pemahaman. Saya juga akan terus menggunakan
kaedah ini dalam Penulisan Bahasa Malaysia kerana kaedah ini dapat
memudahkan murid menguasai kemahiran untuk menghasilkan karangan
yang baik.
Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini saya dapati sebagai
seorang guru, saya perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada
kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang
murid kita berbeza dari berbagai segi. Saya berpuas hati dengan
kajian ini kerana hasilnya telah memberi petanda yang baik untuk
saya meneruskan lagi penyelidikan saya.
SENARAI RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan
kursus penyelidikan
tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di
antara keunggulan teori dan
kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif
dalam pengajaran
matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab
Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.
Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar
Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab
Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan
Bahagian Sri Aman, 133-147.
Khairuddin Ayip. (2003). 88 Karangan UPSR Tahun 4, 5, 6.
Petaling Jaya: Info-Didik Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru,
Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sazali Mat Saman. (2000). Karangan UPSR. Petaling Jaya: Pearson
Education Malaysia
Sdn. Bhd.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005/19%20Zalekha.pdfhttp://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdfLAMPIRAN
INSTRUMEN
19
_1416398894.
_1416399540.
_1416397135.