No. Kad Pengenalan Calon
KUALITI PERKHIDMATAN BAS SEBAGAI PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN
SARATOK: SATU KAJIAN TINJAUAN.
1.
PENGENALAN
Pengangkutan awam merupakan alat pengangkutan utama bagi setiap
penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Oleh sebab itu, pengangkutan awam hendaklah memenuhi beberapa ciri
antaranya ialah mempunyai masa yang tepat, kekerapan yang tinggi,
sentiasa ada, cepat, selamat, mudah diperolehi, selesa, dan murah
(Ahmad Tarmizie Harun).
Populasi masyarakat di Malaysia semakin meningkat pada setiap
tahun di samping peluang pekerjaan semakin banyak di bandar-bandar,
hal yang demikian, pergerakan manusia akan meningkat untuk pergi ke
sesuatu tempat menyebabkan perkhidmatan awam amat diperlukan oleh
pengguna untuk pergi bekerja, tempat berhibur dan sebagainya.
Pengangkutan awam boleh didefinasikan sebagai satu bentuk
pengangkutan yang mempunyai keupayaan yang besar untuk mengangkut
penumpang pada satu-satu masa, berbeza dengan kenderaan
persendirian yang mempunyai keupayaan kecil (Ahmad Tarmizie, 2011).
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29)
menyatakan bahawa pengangkutan awam bermaksud sistem pengangkutan
bermotor seperti teksi, bas dan keretapi yang boleh digunakan oleh
orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah
ditetapkan. Pengangkutan awam yang dimaksudkan disini ialah
penyelidik ingin mengkaji perkhidmatan pengangkutan bas yang hanya
tertumpu untuk perkhidmatan jarak jauh sahaja iaitu bas ekspres
bukan perkhidmatan harian. Selain itu, menurut Siti Faridah (2011)
masalah kesesakan lalulintas juga boleh menyebabkan pertambahan
penggunaan pengangkutan awam (bas) dimana ramai pengguna lebih suka
menggunakan pengangkutan bas berbanding pengangkutan persendirian.
Disamping itu juga, permintaan pengangkutan awam didorong oleh
beberapa faktor seperti:1 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat
guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
a) lebih
Pengangkutan awam merupakan perkhidmatan yang murah dan
ekonomi. b) c) rendah. Berdasarkan faktor-faktor di atas adalah
wajar sistem keberkesanan pengangkutan awam dipertingkatkan kerana
dengan keadaan ekonomi sekarang lebih banyak pengunaan pengangkutan
awam digunakan. Pihak pengurusan juga perlu menyediakan
perkhidmatan yang boleh memenuhi kepuasan dan kehendak pelanggan.
Masalah yang dapat dikenalpasti bagi kajian ini ialah sistem
pengangkutan bas yang kurang berkesan kawasan Saratok sama ada dari
segi kekerapan masa operasi, laluan perkhidmatan dan kemudahan
diterminal bas. Dalam menjalankan kajian mengenai projek ini,
permasalahan telah dikenalpasti di kawasan kajian setelah membuat
pemantauan kaji selidik. Antara permasalahan yang timbul akibat
dari masalah perkhidmatan operasi kepada pengguna-pengguna
ialah:i.
Ramai pengguna tidak mampu untuk memiliki kenderaan Biasanya
pengguna yang menggunakan pengangkutan ini
persendirian. berpendapatan
Jadual operasi bas antara satu-satu perjalanan adalah
terlalu
lama. Perbezaan masa antara satu perjalanan dengan satu
perjalanan hampir tiga jam.ii.
Operasi
bas
tidak
menetapi
masa
yang
dijadualkan menggunakan
menyebabkan
pengguna-pengguna
yang
mahu
perkhidmatan bas tersebut tidak dapat merancang perjalanan
dengan sempurna. Situasi ini juga menyebabkan pengguna-pengguna
yang menunggu di setiap perhentian laluan merasa tidak selamat.
iii. Laluan perkhidmatan hanya dari pekan Saratok ke Bandar Sarikei
sahaja. Pengguna-pengguna perkhidmatan bas yang hendak ke Kabong,
Pusa dan Debak akan diturunkan di simpang sahaja dan akan2
Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
meneruskan perjalanan menggunakan pelbagai perkhidmatan yang
lain. iv. Kemudahan di terminal bas tidak selesa dan ruang yang
sempit menyebabkan pengguna-pengguna yang mahu menumpang bas
tersebut terpaksa bersesak-sesak terutama bila hari hujan. Kajian
yang di lakukan berdasarkan rungutan dari pengguna yang mengatakan
tidak puas hati dengan sistem yang ada. Di samping itu kajian juga
meninjau masalahmasalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha
pengangkutan awam iaitu bas di pekan, kawasan dan persekitaran
Saratok.
2. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk menilai
keberkesanan sistem pengangkutan awam (bas) di luar bandar bagi
mengemaskini perkhidmatan bas yang sedia ada bersesuaian dengan
perkhidmatan dan penawaran pengguna terutamanya dikawasan kajian
iaitu Saratok ke pekan-pekan lain seperti pekan Roban, Kabong, Pusa
dan Debak serta ke bandar-bandar lain seperti Sarikei dan Sri Aman
untuk masa hadapan supaya perkhidmatan yang lebih cekap dan
mencukupi dapat diberikan kepada pengguna.
Objektif utama projek ini dijalankan adalah seperti berikut :1.
Mengenal pasti tahap keselesaan perkhidmatan dalam bas yang
sedia
ada kepada pengguna2. Mengenal pasti tahap ketepatan
perkhidmatan bas yang sedia ada dari
segi jadual perjalanan.3. Mengenal pasti tahap kepuasan pengguna
dari segi liputan laluan dan
kekerapan perjalanan bas.4. Mengenal pasti tahap peranan
perkhidmatan bas terhadap keselamatan
pengguna-pengguna.
3. LOKASI KAJIAN3 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru
mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Secara amnya, kemudahan-kemudahan awam di sekitar pekan dan
kawasan Saratok masih lagi pada tahap kurang memuaskan kerana ia
memberikan perkhidmatan terutamanya bagi tujuan perjalanan untuk
membeli belah dan perniagaan biasa. Terdapat tiga jenis
pengangkutan awam yang utama iaitu bas, van dan beca. Walaupun beca
merupakan salah satu pengangkutan awam peringkat pertengahan
(intermediate public transport) yang boleh menjalankan peranan
sebagai sokongan kepada pengangkutan awam yang lain seperti membawa
penumpang dari rumah ke tempat tertentu seperti hospital dan pusat
perniagaan, tetapi dari segi lalulintas, beca dianggap tidak cekap,
lambat dan mempunyai kemampuan membawa penumpang yang rendah.
Penggunaan tenaga manusia untuk mengayuh beca (tidak bermotor)
bukan sahaja mengganggu kelicinan pergerakan kenderaan-kenderaan
yang lain tetapi juga mengambil masa yang panjang untuk sampai ke
satu-satu destinasi. Walaupun tambangnya yang murah bagi setiap
kilometer perjalanan tidak memungkinkan penggunaannya bagi
perjalanan ke tempat kerja secara berkesan. Peranan teksi dalam
pengangkutan awan di pekan Saratok adalah sangat kecil. Teksi hanya
beroperasi dari Bandar seperti Sibu, Sarikei dan Sri Aman ke pekan
saratok sahaja. Di pekan Saratok tidak terdapat perkhidmatan teksi.
Hal yang demikian disebabkan kebanyakan penduduk-penduduk sekitar
kawasan Saratok lebih gemar menggunakan perkhidmatan "van sapu
iaitu kenderaan yang tidak didaftar sebagai pengangkutan awam.
4 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Peta 1: Peta Daerah Saratok Sumber: Laman Web Geogle.Com
Foto 1: Kawasan Utama Pekan Saratok Sumber: Zulfahmi Sahari Blog
Spot 2011 3.1 Stesen Bas5 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat
guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Merupakan tempat untuk proses menurun dan mengambil penumpang.
Bas akan menunggu penumpang di stesen bas ini. Di pekan Saratok
tidak terdapat terminal bas. Stesen bas pekan Saratok menempatkan
dua pengusaha bas iaitu Borneo Amalgamated Transport (seterusnya
nanti Bas Borneo) dan Sarawak Transport Company (seterusnya nanti
STC). Stesen bas di pekan Saratok berkongsi tempat parkir bersama
tempat parkin kenderaan persendirian. Foto 2 menunjukkan lokasi dan
persekitaran stesen bas pekan Saratok
6 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Foto 2: Stesen Bas Syarikat Borneo dan Sarawak Transport
Company
3.2 Perhentian bas dan pengakutan awam lain Tempat untuk menurun
dan menaikkan penumpang yang terdapat di sepanjang laluan bas dan
pengangkutan awam yang lain. Kualiti perhentian bas di sepanjang
laluan perjalanan bas dan pengangkutan awam lain kawasan Saratok
agak memuaskan. Foto 3 menunjukkan pemandangan suasana di
perhentian bas yang terdapat di pekan Saratok.
7 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Foto 3: Perhentian bas di Pekan Saratok 3.3 Depo Bas Tempat
menyimpan bas. Ia juga merupakan tempat untuk memperbaiki serta
menyelenggara bas yang rosak. Di pekan Saratok hanya terdapat depo
bas untuk pengusaha syarikat bas STC. Sementara depo bas Borneo
berpusat di Bandar Sarikei iaitu 55 kilometer dari pekan Saratok.
Foto 4 menunjukkan depo bas bagi Syarikat Bas STC. Depo ini hanya
dibuka awal pagi dan pukul 430 petang.
Foto 4: Depo Syarikat Bas Sarawak Transport Company Berhad
3.4 Laluan Perkhidmatan Bas Jalan-jalan tetap yang dilalui oleh
bas untuk menghantar penumpang iaitu bermula dari stesen pekan
Saratok ke Kabong dan Sarikei bagi perkhidmatan bas Berneo.
Sementara bas STC hanya beroperasi ke Bandar Kuching sahaja.
Penumpang8 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata
pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
penumpang yang hendak ke Pusa, Debak, Spaoh, Betong dan Sri Aman
akan diturunkan di simpang masuk sahaja.
Peta 2: Kawasan Laluan Perkhidmatan Bas Dari Pekan Saratok
Sumber: Laman Web Geogle. Co 3.5 Jarak masa (Headways) Sela masa
antara perjanan perkhidmatan bas di pekan Saratok adalah seperti
Jadual 1
Jadual 1: Laluan dan Kekerapan Masa Perkhidmatan Bas Syarikat
Bas Bas Borneo Destinasi Roban Kabong Bas STC Sarikei Simpang Debak
Simpang Spaoh9 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata
pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
Jarak Masa Perkhidmatan 0645 0945 1215 1545
No. Kad Pengenalan Calon
Simpang Betong Simpang Lubok Antu Simpang Sri Aman Serian
Kuching
0715
Sekali Sehari dua hala
Foto 5: Jadual Perjalanan Bagi Bas STC
4. KAEDAH KAJIAN Bahagian ini akan menghuraikan berkaitan reka
bentuk kajian, alat ukur kajian, pensampelan, batasan kajian,
prosedur mengutip data dan prosedur menganalisis data kajian.
4.1 Reka bentuk Kajian
10 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Kajian ini dilaksanakan melalui gabungan kaedah kuantitatif
melalui teknik tinjuan menggunakan borang soal selidik dan analisis
dokumen bagi menjelaskan objektif 1 hingga 4. Pemboleh ubah bebas
kajian ini adalah perkhidmatan pengangkutan awam. Sementara
pemboleh ubah yang dicerap sebagai pemboleh ubah bersandar ialah
kepuasan pengguna berdasarkan persepsi pengguna. Pemboleh ubah
Bebas Pemboleh ubah Bersandar
Perkhidmatan Pengangkutan Awam (Bas) Masalah Syarikat Bas
Kepuasan Pengguna
-
Masa operasi Laluan Keselesaan
Rajah 1: Reka Bentuk Kajian
4.2 Alat Ukur Kajian Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini
terdiri daripada borang soal selidik yang pernah digunakan oleh
Ahmad Tarmizie (2012). Borang soal selidik ini merangkumi 4 dimensi
iaitu keselesaan perkhimatan dalam bas sebanyak 4 item, ketepatan
jadual perjalanan 2 item, laluan dan kekerapan perjalanan, serta
kadar tambang 3 item, dan keselamatan pengguna 3 item. Borang soal
selidik ini mengandungi 13 item yang diikuti oleh skala lima poin.
Opsyen 1 = tidak memuaskan, 2 = kurang memuaskan, 3 = sederhana
memuaskan, 4 = memuaskan, dan 5 = amat memuaskan. Borang soal
selidik ini digunakan untuk mengukur persepsi tahap kepuasan dari
asepk keselesaan, ketepatan masa, kadar tambang, pengurusan dan
keselamatan pengguna. Sementara untuk mengukur tahap operasi dan
laluan perkhidmatan bas tersebut, soal selidik dan analisis dokumen
digunakan dengan merujuk jadual perjalanan yang dipamerkan oleh
11 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
pihak syarikat bas di stesen bas pekan Saratok. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ialah = 0.906 pada tahap yang tinggi
(Uma Sukaren, 2003).
4.3 Pensampelan Bagi mendapat maklumat untuk kajian ini, borang
soal selidik berkaitan dengan kepuasan pelanggan dari aspek
ketepatan masa perjalanan, keselesaan sama ada dalam bas mahupun di
stesen bas serta keselamatan semasa menunggu bas di setiap
perhentian bas, 3seramai 10 orang pengguna daripada pekan Saratok
dan 20 orang daripada pengguna-pengguna luar pekan Saratok.
Sementara itu sebagai trigulasi maklumat yang dikumpul 2 orang
pemandu bas daripada dua syarikat bas yang beroperasi di pekan
Saratok dipilih sebagai sampel kajian.
4.4 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan ke atas perkhidmatan
bas sahaja yang memulakan perjalanan di pekan Saratok. Sementara
respondennya terdiri daripada penduduk-penduduk kawasan Saratok
yang sering menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama
dan juga pemandu-pemandu bas awam yang beroperasi di Saratok
sahaja.
4.5 Prosedur Mengutip Data Bagi mengutip data kajian, borang
soal selidik diserahkan sendiri oleh pengkaji kepada responden
kajian setelah mengenal pasti individu tertentu yang sering
menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas. Sejumlah 30
set borang soal selidik telah diserahkan kepada sampel kajian.
Semua responden diingatkan untuk melengkapkan borang soal selidik.
Mereka diberi tempoh seminggu untuk mengisi borang tersebut.
Pengkaji sendiri akan datang mengutip borang tersebut. Sementara
temuramah dengan pemandu bas dijalankan oleh penyelidik semasa
pemandu berada di stesen bas.12 Kiplieamit, lusranjais &
talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak
2013
No. Kad Pengenalan Calon
4.6 Prosedur Analisis Data Data yang diperolehi dianalisis
secara statistik deskriptif dengan teknik manual menggunakan
kalkulator. Analisis bagi setiap respon responden dinilaikan tahap
berdasarkan frekuensi atau kekerapan dan juga menggunakan peratus.
Untuk menentukan tahap respon responden adalah seperti Jadual 2
yang dipetik dan diubah suai daripada kajian sains social oleh
Alias Baba (1999).
Jadual 2: Julat Skor Tahap Persepsi Pengguna Bil 1 2 3 Peratus
0.00 33.3 33.4 66.7 66.8 100 Respon Pengguna Tahap Rendah Tahap
Sederhana Tahap Tinggi
Sumber: Alias Baba, 1999
5. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini menghuraikan
profil responden dan dapatan kajian berdasarkan objektifobjektif
kajian yang merangkumi keselesaan perkhidmatan dalam bas, jadual
perjalanan, serta masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha
syarikat bas. 5.1 Profil Responden Kajian ini menggunakan 30 orang
pengguna perkhidmatan pengangkutan bas sebagai pengangkutan awam.
Secara terperinci profil responden kajian adalah seperti Jadual
2.
13 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Rajah 2: Profil Responden Pengguna Bas Berdasarkan Destinasi 5.2
Mengenal pasti Keselesaan Perkhidmatan dalam Bas Kepada Pengguna
Bagi menjelaskan objektif pertama kajian terdapat 4 item yang
digunakan untuk mendapat respon daripada responden kajian berkaitan
dengan dimensi tahap keselesaan iaitu item-item berkaitan
kebersihan, keselesaan tempat duduk, penghawa dingin, dan tempat
simpan barang. Jadual 3 menunjukkan tahap keselesaan perkhidmatan
dalam bas kepada pengguna.
Jadual 3: Tahap Keselesaan Perkhidmatan dalam Bas Kepada
Pengguna Bil 1 Soalan Kebersihan TM 6 20% 2 Keselesaan tempat duduk
7 23% 3 Penghawa dingin 4 Frekuensi dan Peratus KM 13 43% 13 43% 6
SM 10 33.3 % 8 26.6 % 13 M 1 3% 2 6.6% 7 AM -
14 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
13.3 4 Tempat simpanan barang % 13 43%
20% 12 40%
43% % 5 16.6
23.3
-
8.25
0
% Purata 24.8 36.5 28.6 Nota: TM = Tidak Memuaskan, KM = Kurang
Memuaskan, SD = Sederhana Memuaskan, AM = Amat Memuaskan
Jadual 3 menunujukkan tahap keselesaan perkhidmatan pengangkutan
awam iaitu bas berdasarkan persepsi pengguna. Bagi item berkaitan
kebersihan didapati 6 orang (20%) memilih opsyen tidak memuaskan,
13 (43%) memilih opsyen kurang memuaskan, dan 1 (3%) yang memilih
opsyen sederhana memuaskan. Tidak terdapat pengguna yang memilih
opsyen amat memuaskan. Hal ini bermakna tahap kebersihan
perkhidmatan bas yang dikaji adalah pada tahap rendah. Hanya 3%
sahaja yang memberi respon kebersihan dalam bas pada tahap
memuaskan. Menyentuh tentang keselesaan tempat duduk seramai 20
orang (66%) memberi respon kurang dan tidak memuaskan, hanya 10
orang (33.3%) menyatakan sederhana memuaskan dan memuaskan. Hal ini
bermakna keselesaan tempat duduk yang disediakan oleh perkhidmatan
bas sebagai pengangkutan awam yang dikaji pada tahap rendah.
Berdasarkan analisis respon daripada responden bagi 4 item
berkaitan dimensi keselesaan, hanya 10 orang (8.25%) yang
mengklasifikasikan tahap keselesaan pengangkutan awam iaitu bas
yang dikaji memilih opsyen memuaskan. Selebihnya 86.9% memberi
respon sederhana, kurang dan tidak memuaskan. Secara keseluruhannya
tahap kualiti keselesaan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam
di pekan Saratok pada tahap yang rendah.
5.3 Mengenal pasti Tahap Ketepatan Perkhidmatan Bas Berdasarkan
Jadual
15 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Bagi menjelaskan objektif ini berdasarkan dimensi tahap
ketepatan bas berdasarkan jadual, terdapat dua item yang digunakan
iaitu berkaitan masa bertolak dan masa menunggu. Secara terperinci
tahap respon responden adalah berdasarkan Jadual 4. Jadual 4: Tahap
Ketepatan Masa Perjalanan Bas Berdasarkan Jadual Bil Soalan TM 1 2
Ketepatan masa bertolak Masa menunggu AM 20 66.7% 20 9 30% 10
Frekuensi dan Peratus KM 1 3.33% SM M
Purata Nota: TM = Tidak memuaskan,
66.7% 33.3% 66.7% 31.7 1.67% KM = Kurang memuaskan
SM = Sederhana memuaskan, M = Memuaskan, AM = Amat memuaskan
Jadual 4 menunjukkan analisis tahap ketepatan masa perjalanan bas
sebagai pengangkutan awam menepati masa yang ditetapkan berdasarkan
jadual perjalanan. Dimensi ini terdiri item berkaitan masa bertolak
dan tiba serta masa menunggu sama ada di stesen mahupun di
perhentian bas. Bagi item ketepatan masa bertolak dan tiba dari
satu destinasi ke satu destinasi daripada 30 responden didapati 20
orang (66.7%) memilih opsyen tidak memuaskan, 9 orang (30%) memilih
opsyen kurang memuaskan, 1 orang (3,33%) memilih opsyen sederhana
memuaskan. Tidak ada responden yang memilih opsyen memuaskan dan
amat memuaskan. Sementara bagi item masa menunggu di stesen dan
perhentian bas didapati 20 orang (60%) memilih opsyen tidak
memuaskan, 10 orang (33.3%) memilih opsyen kurang memuaskan, dan
tidak ada responden yang memilih opsyen memuaskan dan amat
memuaskan. Hal demikian bermakna secara keseluruhan tahap kualiti
ketepatan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam menepati
jadual perjalanan yang ditetapkan adalah pada tahap rendah iaitu
1.67% sahaja.
5.4 Mengenal pasti Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Liputan
Laluan, Kekerapan Perjalanan dan Kadar Tambang Bas.16 Kiplieamit,
lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm
saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Bagi menjelaskan objektif keempat kajian, yang berkaitan dimensi
tahap kepuasan pengguna bas sebagai pengangkutan awam di pekan
Saratok, secara terperinci terdapat pada Jadual 4. Jadual 4: Tahap
Liputan Destinasi, Kekerapan Perjalanan dan Kadar Tambang Bas di
Pekan Saratok Bil 1 2 3 Soalan Liputan kawasan laluan Kekerapan
perjalanan ke TM 8 26.6% 20 66.6% 3 Frekuensi dan Peratus KM 12 40%
5 16.7% 4 SM 10 33.3% 5 16.7% 20 M 3 10% 3.33 AM -
setiap destinasi Kadar Tambang
Purata Nota: TM = Tidak memuaskan,
10% 13.3% 66.6% 45.6% 23.3% 33.3% KM = Kurang memuaskan
-
SM = Sederhana memuaskan, M = Memuaskan, AM = Amat memuaskan
Jadual 4 menjelaskan tahap frekuesi dan peratusan liputan
destinasi dan kekerapan perjalanan perkhidmatan bas sebagai
pengangkutan awam di pekan Saratok dan kawasan-kawasan yang dipilih
sebagai destinasi laluan perkhidmatan. Dianalisis dari aspek
kawasan laluan, didapati 8 orang (26.6%) memilih
opsyen tidak memuaskan dan 12 orang (40%) memilih opsyen kurang
memuaskan. Sementara itu 10 orang (33.3%) memilih opsyen sederhana
memuaskan. Keputusan analisis menunjukkan tidak ada seorang pun
pengguna memilih opsyen memuaskan dan amat memuaskan. Hal ini
bermakna 20 orang (66.6%) pengguna memberi respon yang negatif
terhadap tahap liputan laluan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan
awam di pekan Saratok. Sebagai kesimpulan tahap kepuasan pengguna
terhadap laluan destinasi perkhidmatan bas pada tahap yang rendah.
Sementara dari aspek kekerapan perkhidmatan perjalanan bas sebagai
pengangkutan awam di pekan Saratok didapati 20 orang (66.6%)
pengguna memilih17 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru
mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
opsyen tidak memuaskan, 5 orang (16.7%) memilih opsyen kurang
memuaskan, dan 5 orang (16.7%) memilih opsyen sederhana memuaskan.
Secara keseluruhan 25 orang (83.3%) pengguna memberi respon negatif
terhadap kekerapan perjalanan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan
awam di Saratok. Hal ini bermakna tahap kepuasan pengguna terhadap
kekerapan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan
Saratok pada tahap yang rendah iaitu 5 orang (16.7%). Berhubung
dengan tambang bas, didapati 3 orang (10%) pengguna member respon
tidak memuaskan, 4 orang (13.3%) pengguna member respon kurang
memuaskan, 20 orang (66.6%) memberi respon sederhana memuaskan, dan
3 orang (10%) memberi respon memuaskan. Hal ini bermakna 23 orang
(69.6%) berpuas hati dengan kadar tabang yang diberikan. Secara
keseluruhan sebagai rumusan berdasarkan objektif keempat kajian
perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok pada
tahap rendah iaitu 3 orang (3.33%) pengguna yang berpuas hati dari
segi laluan, kekerapan dan kadar tambang perjalanan bas. 5.5
Mengenal pasti Tahap Keselamatan Pengguna Perkhidmatan Bas Sebagai
Pengangkutan Awam Bagi menjelaskan objektif kelima kajian yang
berkaitan tahap keselamatan pengguna bas sebagai pengangkutan awam
di pekan Saratok, secara terperinci terdapat pada Jadual 5.
Jadual 5: Analisis Tahap Keselamatan Pengguna Perkhidmatan Bas
Sebagai Pengangkutan Awam. Bil 1 2 Soalan Keselamatan di stesen bas
TM 13 Frekuensi dan Peratus KM 12 40% 6 20% SM 6 20% 4 13.3% M 4
13.3% 3 10% AM -
43.3% Keselamatan di perhentian 17 bas 56.7%
18 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran
pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
3
Pemanduan berhemah
3
10
13
4
-
Purata Nota: TM = Tidak memuaskan,
10% 33.3% 43.3% 13.3% 33.3% 29.1% 25.6% 12.2% KM = Kurang
memuaskan
SM = Sederhana memuaskan, M = Memuaskan, AM = Amat memuaskan
Jadual 5 menjelaskan dari segi frekuesi dan peratusan tahap
keselamatan pengguna perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di
pekan Saratok di kawasan-kawasan laluan perkhidmatan bas yang
dikaji dari aspek keselamatan di stesen bas, di perhentian bas dan
tahap berhemahnya pemandu-pemandu bas. Dianalisis dari aspek
keselamatan di stesen bas, didapati 13 orang (43.3%) memilih opsyen
tidak memuaskan dan 12 orang (40%) memilih opsyen kurang memuaskan.
Sementara itu 6 orang (20%) memilih opsyen sederhana memuaskan, dan
4 orang (13.3%) pengguna memilih opsyen memuaskan. Keputusan
analisis menunjukkan tidak ada seorang pun pengguna memilih opsyen
amat memuaskan. Hal ini bermakna 25 orang (83.3%) pengguna memberi
respon yang negatif terhadap tahap keselamatan perkhidmatan bas
sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok. Sebagai kesimpulan
tahap keselamatan pengguna perkhidmatan bas awam sebagai
pengangkutan awam di pekan Saratok pada tahap yang rendah iaitu 4
orang (33.3%).. Sementara dari aspek keselamatan di perhentian bas
sebagai pengangkutan awam di pekan Saratok didapati 17 orang
(56.7%) pengguna memilih opsyen tidak memuaskan, 6 orang (20%)
memilih opsyen kurang memuaskan, 4 orang (13.3%) memilih opsyen
sederhana memuaskan, dan 3 orang (10%) memilih opsyen memuaskan.
Secara keseluruhan 23 orang (76.7%) pengguna memberi respon negatif
terhadap keselamatan di perhentian bas sebagai pengangkutan awam di
Saratok. Hal ini bermakna tahap kepuasan pengguna terhadap
kekerapan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam di pekan
Saratok pada tahap yang rendah iaitu 4 orang (13.3%). Keputusan
tinjauan ini banyak dipengaruhi oleh kelambatan perjalanan bas
mengikut jadual.yang ditetapkan. Berhubung dengan item berkaitan
gaya pemanduan yang berhemah, didapati 3 orang (10%) pengguna
memberi respon tidak memuaskan, 10 orang (33.3%)19 Kiplieamit,
lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm
saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
pengguna memberi respon kurang memuaskan, 13 orang (43.3%)
memberi respon sederhana memuaskan, dan 4 orang (12.2%) memberi
respon memuaskan. Hal ini bermakna tahap keselamatan pengguna di
setiap perhentian bas pada tahap yanhg rendah iaitu 4 orang (12.2%)
sahaja pengguna berpuas hati dengan jaminan tahap keselematan di
setiap perhentian bas yang dikaji. Analisis keseluruhan setiap
dimensi menunjukkan pada tahap yang rendah bagi aspek keselesaan
dalam bas, ketepatan waktu perjalanan bas, liputan laluan
perkhidmatan bas, dan keselamatan pengguna. Rajah 3 menunjukkan
keputusan analisis keseluruhan setiap dimensi berdasarkan objektif
kajian.
Nota: TM = Tidak memuaskan,
KM = Kurang memuaskan,
SM = Sederhana memuaskan, M = Memuaskan, AM = Amat memuaskan
Rajah 3: Analisis Keseluruhan Setiap Dimensi Dapatan kajian seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3 mendapati dimensi keselesaan 8.25%,
liputan perjalanan 3.33%, dan keselamatan penumpang 12.2% sahaja
yang mendapat respon memuaskan daripada pengguna. Sementara
ketepatan perkhidmatan mengikut jadual perjalanan tidak ada
langsung pengguna yang member respon memuaskan.20 Kiplieamit,
lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm
saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
6
RUMUSAN DAN KESIMPULAN
6.1 Rumusan Kajian Analisis dapatan kajian menunjukkan
keempat-empat objektif kajian yang bertujuan i) mengenal pasti
tahap keselesaan perkhidmatan dalam bas yang sedia ada kepada
pengguna, ii) mengenal pasti tahap ketepatan perkhidmatan bas yang
sedia ada dari segi jadual perjalanan, iii) mengenalpasti tahap
kepuasan pengguna dari segi liputan laluan dan kekerapan perjalanan
bas, dan iv) mengenal pasti tahap peranan perkhidmatan bas terhadap
keselamatan pengguna-pengguna menunjukkan keputusan pada tahap yang
rendah. Keseluruhan tiga puluh orang pengguna yang digunakan
sebagai responden tidak memilih opsyen amat memuaskan ke atas semua
sepuluh item yang digunakan dalam empat dimensi yang menjadi fokus
kajian. Hal ini bermakna dapatan kajian ini selaras dan menerima
dapatan kajian yang pernah dibuat oleh Ahmad Tarmizie (2011) yang
mendapati kualiti perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam amat
rendah. Implikasi dari keadaan tersebut, ramai dalam kalangan
individu lebih berminat dan bersedia untuk mengguna kenderaan
sendiri untuk ke tempat kerja. Ahmad Tarmizie (2011) menjelaskan
bahawa penggunaan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam
terutama semasa musim perayaan lebih terdedah kepada resiko dan
menjejaskan keselamatan pengguna. Keadaan yang sama berlaku pada
penumpang di pekan Saratok yang menggunakan bas sebagai
pengangkutan awam. Masa tiba dan bertolak perjalanan bas di pekan
Saratok yang tidak menepati jadual perjalanan yang ditetapkan
menjadi punca ada berlaku pelbagai kejadian buruk.21 Kiplieamit,
lusranjais & talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm
saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Antaranya ada dalam kalangan penumpang yang menunggu ketibaan
bas di setiap perhentian laluan perjalanan bas menjadi mangsa
rompak dan ragut. Kajian Siti Faridah (2011) mendapati pengguna
selalu menghadapi masalah seperti keselamatan, dan pengurusan. Ini
kerana terdapat segelintir pemandu bersikap cuai, tidak memikirkan
keselamatan pengguna malah pihak syarikat mengambil kesempatan
untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan tambang apabila tiba
musim perayaan atau cuti sekolah. Pengguna juga selalu berhadapan
dengan masalah pengurusan ketepatan masa untuk sampai ke destinasi
yang dituju. Dapatan kajian ini menerima dapatan kajian oleh Siti
Faridah (2011). Tinjauan kajian ini mendapati bahawa atas faktor
keselamatan, keselesaan, ketepatan waktu perjalanan menjadi punca
ramai individu lebih berminat menggunakan perkhidmatan van sapu.
Hal yang demikian selaras dengan dapatan kajian oleh. Mo6hd Haniff
(2007) yang mendapati ramai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
tidak berminat menggunakan perkhidmatan bas untuk menghadiri
kuliah.
6.2 Kesimpulan Kesimpulan dan cadangan ini adalah hasil daripada
mengenal pasti bagi setiap kelemahan yang wujud dalam sistem
pengurusan operasi dan juga respon-respon daripada pihak penguna
bagi meningkatkan keberkesanan operasi bas terutamanya di luar
bandar khususnya di pekan dan kawasan Sartok dan amnya di Malaysia.
Diharap kesimpulan dan cadangan ini boleh membantu setiap pengusaha
bas sebagai penggangkutan awam untuk memperbaiki sistem operasi
mereka kepada satu sistem operasi yang terbaik, efisen dan
produktif. Kesimpulan dan cadangan ini dibuat berdasarkan teori dan
amalan yang dilakukan oleh negara maju yang berjaya dari segi
peningkatan mutu operasi penggangkutan awam (bas). Terdapat
beberapa kepentingan dan cadangan hasil daripada kajian ini. kajian
yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang terbabit. 6.2.1
Kepentingan22 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru mata
pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pihak berkuasa tempatan
khususnya dan pihak kerajaan negeri amnya untuk mempertingkatkan
pemantauan ke atas sistem pengurusan perkhidmatan bas di pekan
Saratok sebagai pengangkutan awam. Hal ini kerana sebahagian besar
masyarakat di pekan dan kawasan-kawasan sekitar terdiri daripada
mereka yang berpendapatan rendah. Menurut laporan Pejabat Daerah
Saratok, sejumlah 78% daripada penduduk dalam daerah Saratok layak
menerima bantuan BRIM. Hal ini menunjukkan bahawa kecenderungan
untuk penduduk di pekan dan kawasan Saratok menggunakan
perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam adalah tinggi. Walau
bagaimanapun akibat daripada kualiti perkhidmatan bas sebagai
pengangkutan awam amat rendah dari aspek keselamatan, keselesaan,
ketepatan dan kekerapan waktu perjalanan, dan kawasan liputan yang
terhad dan pada tahap rendah, maka masyarakat lebih berminat
memilih van sapu atau kenderaaankenderaan jenis lain yang tidak
berdaftar sebagai pengangkutan awam. Kepentingan kedua dapatan
daripada kajian ini supaya pelajar-pelajar yang kawasan kediaman
jauh daripada sekolah dan memerlukan bas sebagai pengangkutan
supaya menjaga keselataman semasa menunggu di perhentian bas. Hal
ini bertujuan bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa kes ragut,
rogol dan penculikan. Ibu bapa serta keluarga haruslah berhati-hati
dan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan ahli keluarga
mereka terjamin dari aspek keselamatan apabila berhasrat
menggunakan bas sebagai pengangkutan. Dapatan kajian ini juga
penting untuk pihak pengusaha bas supaya mempertingkatkan lagi
kualiti perkhidmatan bas supaya lebih ramai penumpang berminat
untuk menggunakan bas sebagai pengangkutan mereka untuk ke
destinasi tertentu. Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk
mengurangkan berlakunya kesesakan terutama diwaktu puncak. Dapatan
kajian ini juga memberi sumbangan kepada teori baru kepada teori
yang sedia ada dalam bidang penyelidikan.
6.2.2 - Cadangan23 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat guru
mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
Memandangkan hasil kajian ini dan beberapa kajian lain seperti
kajian oleh Ahmad Tarmizie (2011), Siti Faridah (2011), dan kajian
oleh Mohd Hanif (2007) mendapati akibat daripada kualiti
perkhidmatan bas pada tahap yang rendah sebagai pengangkutan awam,
maka kajian mencadangkan agar pihak kerajaan khususnya Kementerian
Pengangkutan supaya mengambil tindakan ke atas pengusaha-pengusaha
bas yang cuai dan tidak mementingkan keselamatan dan keselasaan
pengguna bas sebagai pengangkutan awam. Kajian juga mencadangkan
supaya kajian-kajian yang akan datang mengkaji masalah-masalah yang
menjadi punca kepada pengusaha-pengusaha bas tidak dapat memberikan
perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna-pengguna bas secara
kaedah kualitatif dengan liputan kawasan yang lebih luas. Walaupun
kajian ini telah dapat mengenal pasti beberapa masalah yang
dihadapi oleh pengusaha-pengusaha bas seperti kurangnya kawasan
untuk dijadikan tempat parkir akibat tidak ada kerjasama
pemilik-pemilik kenderaan persendirian di pekan Saratok dan
perkembangan kenderaan tidak berdaftar sebagai pengangkutan awam.
Selain itu, pihak pengusaha-pengusaha bas dicadangkan supaya dapat
menambah bilangan bas supaya perjalanan bas lebih kerap dan dapat
meliputi laluan yang lebih luas. Kekerapan dan laluan perjalanan
yang lebih luas secara tidak langsung membantu memacukan
pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat dan berkesan di pekan dan
kawasan Saratok. Untuk memperolehi kualiti perkhidmatan yang lebih
baik, beberapa cadangan telah dikenalpasti antaranya adalah: a)
Mewujudkan skim keutamaan bas seperti menyediakan lorong untuk
penumpang. b) Menambahkan bilangan bas yang beroperasi mengikut
keadaan dan laluan bas dan juga menyediakan ruang untuk tempat bas
menurun. c) Permintan pengguna. Contohnya menambahkan bilangan bas
daripada bilangan bas pada hari biasa semasa hari minggu dan juga
pada musim perayaan. d) Memastikan bas operasi mengikut jadual.
Contohnya memastikan setiap bas akan berhenti seketika walaupun
tiada penumpang pada setiap stesen yang24 Kiplieamit, lusranjais
& talipbijat guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok
Sarawak 2013
No. Kad Pengenalan Calon
dilaluinya supaya jarak masa antara satu bas dengan bas yang
lain dapat dikawal. e) Menambahkan lagi bilangan syarikat bas untuk
operasi. f) Menyediakan tempat duduk berbumbung dan sentiasa
membersihkan persekitaran kawasan tersebut. g) Menyediakan
kemudahan seperti pondok telefon bagi setiap tempat menunggu bas.
h) Menyediakan gerai kecil untk memudahkan pengguna membeli makanan
ringan dan surat khabar. Keselesaan perlu dititikberatkan kerana
pengaruhnya kepda pengguna adalah amat mendalam. Kebanyakan
pengguna akan menukarkan haluan mereka menggunakan penggangkutan
awam yang lain sebagai mod utama penggangkutan kerana mereka
merasakan tidak selesa untuk menggunakan perkhidmatan bas. a)
Menyelaraskan jadual perjalanan bas. b) Menambahkan bilangan bas
berdasarkan permintaan pengguna. c) Memberikan latihan pemanduan
berhemah kepada setiap pemandu. d) Sentiasa membuat pemeriksaan
kepada bas yang beroperasi dengan baik. e) Sentiasa peka kepada
setiap masalah yang diberikan oleh pengguna.
6.3 Penutup Berdasarkan analisis kajian yang dilakukan ke atas
pengguna bas didapati majoriti pengguna bas memberikan keselesaan
di tahap tidak dan kurang memuaskan. Secara keseluruhannya, kajian
ini berjaya mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki, walau
bagaimanapun kajian yang lebih mendalam dan skop yang lebih meluas
pada masa hadapan amat dialu-alukan agar hasil yang lebih
terperinci berkenaan dengan keberkesanan sistem pengangkutan awam
terutamanya bas lebih berjaya dan efektif.
(4388 patah perkataan)25 Kiplieamit, lusranjais & talipbijat
guru mata pelajaran pengajian am Smk bm saratok Sarawak 2013