KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT
Oksigen yang disedut untuk respirasi berasal dari atmosfera.
Udara yang disedut mempunyai pelbagai kandungan.
Bahan dalam udara: Bakteria Virus Mikroorganisma
Bahan bahaya dalam udara: Asap rokok Bahan buangan industri
Bahan pencemar daripada kenderaan Bakteria Virus Mikroorganisma
Bahan-bahan yang berbahaya kepada sistem respirasi
Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan-bahan yang
memudaratkan sistem respirasi kita.
BAHAN PENCEMAR
Pencemaranudaramerupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarangbahan kimia,jirim zarah ataubahan biologiyang boleh
menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma
hidup lain serta merosakkanalam sekitar apabila ia dibebaskan
keatmosfera.
Bahan Pencemar
ASAP ROKOK
Bahan dalam asap rokokPenerangan
Tar Bahan lekit berwarna perang Membunuh sel dalam laluan
pernafasan dan peparu. Menambahkan pengeluaran mukus dan kahak yang
terhasil di dalam peparu. Dapat menyebabkan kanser peparu
KarsinogenAgen menyebabkan kanser yang mengakibatkan pelbagai
jenis kanser.
Karbon monoksida Gas beracun tanpa warna dan tanpa bau
Menghalang hemoglobin daripada mengangkut oksigen ke seluruh
bahagian badan. Menyebabkan kurangnya oksigen di dalam badan dan
mengakibatkan sakit kepala, kerosakan otak malah mungkin membawa
maut.
Perengsa Bahan yang kimia Merengsa laluan pernafasan dan
alveolus di dalam peparu. Membunuhkan sel pada permukaan laluan
pernafasan dan peparu. Menyebabkan batuk dan menghidap kanser
peparu.
Nikotin Sejenis dadah beracun Menyebabkan ketagihan. Merosakkan
tisu otak. Menyebabkan darah lebih mudah membeku dan berkemungkinan
menyebabkan strok. Mengeraskan dinding arteri dan boleh
mengakibatkan berlakunya serangan penyakit jantung.
KARBON MONOKSIDA
Asap kereta membebaskan gas karbon monoksida
Karbon monoksida lazimnya didapati dalam asap
kenderaan.Mengapakah berbahaya apabila kita berada di dalam kereta
yang tidak bergerak dengan pendingin udara yang terpasang, tingkap
yang tertutup dan enjin yang dihidupkan? Keracunan karbon monoksida
boleh terjadi sekiranya berlaku kebocoran ekzos kenderaan. Jika
kita duduk di dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan penghawa
dinginnya yang terpasang, kita terdedah kepada keracunan karbon
monoksida kerana gas ini boleh meresap masuk ke dalam
kenderaan.Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan kematian
kerana gas ini adalah beracun. Gas ini menghalang oksigen diangkut
dalam badan kita.SULFUR DIOKSIDA
Pembakaran arang dan minyak di kilang dan stesen janakuasa
menghasilkan sulfur dioksida. Sulfur dioksida ialah gas tanpa warna
dengan bau yang menyesakkan. Gas ini merengsa laluan pernafasan
manusia, menyebabkan batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser
peparu.
JEREBU
Wasap daripada ekzos kenderaan, pembakaran terbuka dan kebakaran
hutan menghasilkan jerebu. Jerebu terdiri daripada zarah-zarah
pepejal yang sangat halus, umpamanya habuk dan asap. Jerebu
merengsa sistem respirasi dan menyebabkan gangguan respirasi
seperti asma. Rajah di bawah menunjukkan keadaan bandaraya Kuala
Lumpur yang dilanda jerebu.
TOKSIN
Toksin dibebaskan ke udara daripada asap rokok, wasap ekzos
kenderaan dan pembakaran bahan api. Contoh toksin dalam udara yang
tercemar ialah sebatian plumbum dan oksida-oksida nitrogen.
Toksin-toksin ini mengakibatkan keracunan plumbum yang membunuh
sel-sel, merosakkan peparu dan otak, membuat kita batuk dan
menyebabkan penyakit peparu seperti emfisema.
5 Bahan Pencemar :
Penyakit Berkaitan Dengan Sistem Respirasi
ASMA
Laluan pernafasan orang yang diserang asma
Asma berpunca daripada tersedut habuk, asap rokok dan wasap
industri.Gejala asma ialah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi
atau batuk.
Bronkitis
Keadaan bronkus pesakit bronkitis
Bronkitis ialah radang bronkus yang disebabkan oleh tar bahan
perengsa dalam asap rokok. Gejala bronkitis ialah batuk yang
berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.
Emfisema
Alveolus peparu pesakit emfisema menjadi besar dan rosak.
Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang berbahaya
terutamanya yang terdapat dalam asap rokok. Gejala emfisema ialah
sesak nafas, sakit ketika bernafas dan rasa letih biarpun hanya
melakukan kerja ringan.
Kanser Peparu
Kanser peparu disebabkan oleh bahan kimia penyebab kanser yang
sedut semasa bernafas. Bahan kimia ini dikenali sebagaikarsinogen.
Asap rokok mengandungi pelbagai karsinogen, contohnya tar yang
boleh menyebabkan kanser peparu. Beberapa gejala kanser peparu
termasuklah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit
ketika bernafas. Gambar di atas menunjukkan perbezaan antara peparu
normal dengan peparu yang berkanser.
Pneumonia
Radang paru-paru disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma
seperti bakteria, virus atau parasit dan bahan-bahan kimia atau
kecederaan fizikal pada peparu atau akibat kanser peparu atau
pengambilan alkohol yang berlebihan. Gejala radang peparu
termasulah batuk, sakit dada, demam dan kesukaran bernafas.
Tuberkulosis (TB)
Tuberkulosis adalah penyakit jangkitan pada saluran pernafasan
yang disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini merupakan bakteria
basillus yang sangat kuat sehingga memerlukan waktu lama untuk
mengubatinya. Bakteria ini lebih sering menjangkiti organ paru-paru
dibandingkan bahagian lain tubuh manusia. Gejala penyakit ini ialah
mengalami demam, tetapi tidak terlalu tinggi yang berlangsung agak
lama, biasanya pada waktu malam dan pesakit akan berpeluh. Gejala
lain, penurunan selera makan dan berat badan, lemah tubuh badan dan
batuk yang agak lama hingga lebih daripada 3 minggu disertai dengan
kahak berdarah.
Penyakit Berkaitan Dengan Sistem Respirasi
Penyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan
berbahaya yang kita sedut daripada udara. Bahan-bahan cemar udara
yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem
respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup
yang sihat. Jom kita lihat 4 penyakit yang boleh memberi kesan
kepada sistem respirasi manusia.
Amalan Mengekalkan Udara Yang Bersih
Perlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin mengekalkan
udara yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara yang sehat
dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem
respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara
yang sihat adalah :
1. Tidak melakukan pembakaran terbuka2. Tidak merokok di tempat
terbuka3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur4.
Mengurangkan penggunaan penghawa dingin5. Penguatkuasaan
undang-undang yang berterusan
Cara Memperbaiki Kualiti Udara
Bagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita
perlu mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia
ada. Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti
udara adalah dengan:
1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asapPihak
berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan
aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis
apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan
tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi
dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakatKempen
kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani
isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam
sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat
mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baikKenderaan yang
digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi
memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan
pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara
lebih sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang
diselenggara.
4) Gunakan petrol tanpa plumbumPenggunaan petrol tanpa plumbum
juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara.
Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol
berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang
tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama
mengurangkan pencemaran.
5) Berkongsi kenderaanAmalan berkongsi kenderaan juga merupakan
amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah
kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumlah
bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit.
Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan
berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.
6) Menggunakan pengangkutan awamPenggunaan kenderaan
pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar
udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam
jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di
jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang
terbebas ke udara.
7) Tanam lebih banyak pokokUsaha menanam lebih banyak pokok juga
dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang
lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat
dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh
tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.
8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undangSebagai
satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih
baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang
melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan
pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam
menangani hal yang melibatkan kualiti udara.
7