PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHBMM
3101
PENGHARGAANSaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran
kehadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izinnya saya telah berjaya
menyelesaikan Tugasan Projek bagi subjek Pengajian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini dengan jayanya. Selain
itu, jutaan terima kasih saya tujukan kepada pensyarah pembimbing
merangkap pensyarah bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah, Puan Mazura Binti Sulaiman atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar yang baik. Saya amat kagum dengan
komitmen daripada pensyarah pembimbing yang sudi melakukan semakan
bagi setiap tajuk yang diselesaikan untuk memastikan penghasilan
yang terbaik. Jasa baik Puan Mazura amatlah dihargai. Selain itu,
tidak ketinggalan sekalung penghargaan dan terima kasih saya
tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan
moral yang amat kuat dalam meneruskan perjuangan ini.Saya juga
ingin melafazkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang telah bersama-sama saya bertungkus lumus
menyiapkan Tugasan Projek ini. Saya amat berpuas hati dengan
kerjasama rakan-rakan yang sudi berkongsi idea serta pandangan
termasuklah perbincangan bersama semasa pelaksanaan tugas ini.
Akhir kalam, saya berharap agar tugas saya akan diterima dan akan
menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.
Yang Benar,
__________________________(MUHAMMAD KHAIRI BIN AZMI)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah :Memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat , dan negara.Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriUntuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada TuhanSuatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
KATA PENGANTAR
PENDAHULUAN
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat Malaysia.Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras
di semua sekolah rendah dan menengah.
Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat :membina rasa bangga terhadap
bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyatBerperanan
sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang
dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Mewujudkan
asas semangat kewarganegaraan .
Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai
kecekapan :berbahasa berkomunikasimenggunakan tatabahasa secara
betul dan tepat
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kemahiran bahasa ini membolehkan :murid menggunakan bahasa
Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan; sebagai bahasa
ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial,
pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan
tumpuan kepada kemahiran bahasa :Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca,Kemahiran Menulis
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang
kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri daripada: Matlamat
ObjektifOrganisasi Kandungan
MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk
melengkapkan murid dengan :
untuk memenuhi:Keperluan diri, Memperoleh ilmu, Perhubungan
sosialUrusan harian.
keterampilan berbahasa dan;berkomunikasi
OBJEKTIF
HASIL PEMBELAJARANmembantu guru memilih kandungan, kaedah,
sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesanHasil
Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat
kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulummembantu
dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
KEMAHIRAN MEMBACAKemahiran MendengarMerupakan keupayaan murid
mendengar dengan teliti memahami perkara yang didengar.Kemahiran
BertuturKeupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis
dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
sopan.Kemahiran MembacaKeupayaan murid membaca ayat dengan lancar
serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.Kemahiran
MenulisKeupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul,
serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas.
ORGANISASI KANDUNGAN
PENGISIAN KURIKULUMTerdiri daripada elemen yang menggabungkan
perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu,
nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran
bernilai tambah.pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme
diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan
masyarakat madani.
SISTEM BAHASAMerujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri
daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan
peribahasa.Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksisaspek
kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat
dalam mata pelajaran yang lain
KEMAHIRAN BAHASA
1. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid
memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai
situasi pengucapan sama adaperbualan harian atau situasi
formal.
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam
situasi formal dan tidak formal.
1.1Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan
seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan
nada yang sesuai.1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara
secara bertatasusila.
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan
dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan
permintaan.
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu
perkara.
1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi
dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan.
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat
dan tersirat.
2.0Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca , atau dialami.
3.0Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul,
menarik, dan berkesan
4.0Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara
bertatasusila
2. KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan
sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan lancar serta memahami bahan yang dibaca.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai
teks
7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang
dibaca7.1Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang
tersurat dan tersirat.7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan
sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan
memperkukuh minat membaca.7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan,
pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan
bukan sastera
3. KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan
dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan.
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam
penulisan
9.0Mencatat dan menyusun maklumat
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk
e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.
10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan
dibaca.
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau
dibaca
1.0 TatabahasaTatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan
berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk
ketepatan berbahasa.
1.2 SintaksisSintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat.1.1
MorfologiMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk kata, dan penggolongan kata.a) Struktur kata merujuk kepada
pola suku kata bagi :kata asli bahasa Melayukata pinjaman bahasa
Melayu
Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek
pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.Jenis ayat,
iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.
b) Bentuk KataKata TuggalKata TerbitanKata MajmukKata
GandaProses pembentukan kata bahasa Melayu ialah pengimbuhan,
penggandaan dan pemajmukan
Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasifSusunan ayat, iaitu
susunan biasa dan songsang.
Binaan dan proses penerbitan ayat :Ayat dasarAyat TunggalAyat
Terbitan atau Ayat majmukAspek tanda baca
c) Golongan KataKata NamaKata KerjaKata AdjektifKata Tugas
3.0 Sebutan Dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut
perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.i.
SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata
dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah
hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.
ii. IntonasiJenis ayatAyat PenyataAyat TanyaAyat SeruanAyat
Perintah
Susunan AyatAyat BiasaAyat Songsang
Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah
sebutan bahasa Melayu baku.
Ragam AyatAyat AktifAyat Pasif
4.0 Kosa Kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.
Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras
dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah
rendah
5.0 PeribahasaPeribahasa yang merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan
bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.
5.0 Kemahiran Bernilai Tambah
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
TARIKH: 19 Mac 2012MASA: 9.00 - 10.00 Pagi (60 minit)TEMA:
Bencana AlamTAJUK: Tragedi TAHUN: 3 Cempaka ( 25 orang ; Lelaki=15,
Perempuan=10 )HPU: 5.0Membaca kuat dengan kelancaran sebutan
intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. 1.0 Berbual dengan
keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan
tidak formal.HPK: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca. 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
kehidupan seharian dengan mengunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan,intonasi dan nada yang sesuai.
HHP: 5.2Aras 3 i.Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa
dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
1.1Aras 1 i Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau
dilihat atau yang dibaca.OBJEKTIF: Pada akhir pembelajaran murid
dapat :
i. Murid boleh membaca perkataan, frasa dan ayat majmuk dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta menyatakan fakta dalam
teks.ii. Membina 5 ayat kata nama terbitan. iii. Menyenaraikan 4
daripada 5 kesan buruk daripada pembakaran terbuka.
AKTIVITI P&P:1. Menjawab soalan 2. Membaca3. Membina ayat4.
Menyanyi
PENGISIAN KURIKULUM : Sistem Bahasa Sebutan dan intonasi:
Sebutan dan intonasi yang betul
Tatabahasa: Sintaksis Membina ayat: Morfologi Kata Terbitan
Pengimbuhan Ejaan: Warganegara Kosa Kata: Kemalangan, warganegara
Peribahasa: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai:
Verbal-linguistik, intrapersonal, interpersonal dan muzik Strategi
pengajaran: Direktif Kemahiran Generik: Kemahiran belajar,
kemahiran berfikir
Penekanan Konsep 5 P : Penggabungjalinan Kemahiran berbahasa
mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran berbahasa
membaca dan menulis.
Penyerapan Ilmu - Sains dan Kajian Tempatan Nilai murni-
Rasional Kerjasama Keberanian Yakin diri
Pemulihan Meminta murid-murid membaca semula teks dengan bantuan
rakan yang boleh membaca dengan lebih baik.
Pengayaan Membaca teks lain di pusat sumber dan meminta murid
membina ayat ringkas kata nama terbitan yang baru dipelajari oleh
mereka.
Penilaian Murid dapat menjawab soalan pemahaman yang diberikan
oleh guru. Latihan membaca. Latihan membina ayat Kata Nama
Terbitan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahan bercetak Petikan daripada teks
Gambar
Pengetahuan Perlu Ada
Murid-murid pernah mendengar, membaca dan menonton tragedi atau
bencana alam yang berlaku di sekeliling mereka seperti banjir,
tanah runtuh dan jerebu.
AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
LANGKAH & MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN &
PEMBELAJARANCATATAN
Set Induksi(5 minit)
1. Gambar-gambar bencana.
2. Gambar :i. Banjirii. Tanah runtuhiii. Pembakaran terbuka (
jerebu )( rujuk lampiran 1)
3. Soalan :
i. Di manakah murid-murid pernah melihat salah satu bencana
ini?ii. Apakah cara mengatasi masalah ini?iii. Apakah contoh lain
bencana yang kamu tahu?iv. Apakah punca bencana ini berlaku?v.
Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini?a) Guru
menunjukkan gambar bencana alam kepada murid.
b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar-gambar bencana
alam tersebut.
c) Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini.
Gambar banjir tanah runtuh jerebu
KBT - Kontekstual: Menghubungkait isi pelajaran dengan
pengalaman sedia ada murid.
TKP KP intrapersonal
Langkah 1(15 minit)
1. Memberi satu teks kepada murid.(rujuk lampiran 2)
a) Guru meminta murid membaca teks tersebut.
b) Guru meminta murid menyatakan maklumat penting yang
dipaparkan dalam teks dalam satu perenggan. Membaca dan memahami
teks dengan cekap.
KP : interpersonal
KP-Verbal linguistik kemahiran menjawab soalan.
Nilai Keberanian Yakin diri
Langkah 2(15 minit)
Langkah 2(15 minit)
Langkah 2(15 minit)
1. Kata nama terbitan:
i. Pembakaranii. Kemalanganiii. Kejadianiv. Pandanganv.
Pemanduvi. Kesesakanvii. Perayaan
2. Ayat :
i. Pembakaran secara terbuka perlu dielakkan untuk kebaikan
bersama.
ii. Kejadian kemalangan kerap berlaku ketika musim perayaan.
iii. Setiap kejadian bencana yang berlaku adalah disebabkan
sikap pentingkan diri sendiri dalam kalangan masyarakat.
iv. Kita perlu mengambil kira setiap pandangan orang ramai demi
kepentingan bersama.
v. Pemandu yang berhemah adalah sikap yang harus dijadikan
dicontohi.
vi. Kesesakan jalan raya sering berlaku di pusat-pusat
bandar.
vii. Kemalangan boleh diatasi jika pemandu tidak bersikap cuai
terutamanya musim perayaan.
3. Kata Nama Terbitan yang lain:
i. Terlibatii. Merempuhiii. Terkandasiv. Berpuncav. Dirawat
a) Murid diminta menyenaraikan kata nama terbitan yang dicetak
berwarna dalam teks.
b) Murid diminta membina ayat lain berdasarkan perkataan kata
nama terbitan yang dicetak berwarna dalam teks.
c) Guru meminta murid menyenaraikan lima kata nama terbitan yang
lain.
Sistem bahasa Kosa kata Bina ayat
KP interpersonal intrapersonal
Langkah 3(15 minit)
Langkah 3(15 minit)
1. Keburukan:i. Meningkatkan pencemaran udara, air dan
bunyi.
ii. Kejadian tanah runtuh menyebabkan rumah yang dibina di
lereng bukit kurang selamat untuk didiami.
iii. Mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya.
iv. Kejadian tanah runtuh menyebabkan kerosakan pada landasan
kereta api.
v. Pembakaran terbuka menyebabkan kemalangan di lebuh raya.
vi. Pembakaran menyebabkan terjadinya asap tebal.
2. Cara mengatasi:
i Mengenakan tindakan undang-undang.ii Pihak berkuasa mengenakan
saman kepada pihak yang tidak bertanggung-jawab.iii Pesalah dihukum
penjara.iv Mengadakan kempen.
a) Meminta beberapa orang murid memberi pendapat tentang
keburukan kejadian bencana alam yang berlaku di sekeliling.
b) Mendapatkan tindak balas daripada beberapa orang pelajar.
c) Berbincang bersama-sama bagi mendapatkan cara mengatasi
masalah bencana tersebut.
KB Murid memberi ulasan tentang keburukan bencana alam dan cara
mengatasi masalah tersebut.
Penutup(10 minit)1. Menyanyikan lagu (Rujuk lampiran 3)
2. Rumusan (kognitif)
Contoh-contoh bencana alam lain yang berlaku.i. Ributii. Gempa
bumiiii. Taufaniv. Tsunamiv. Jerebu
Pengajaran:
i. Janganlah bersikap pentingkan diri sendiri terhadap alam
sekitar kerana boleh mengancam nyawa orang disekeliling kita.
ii. Bersikaplah tolak ansur, bekerjasama dan prihatin terhadap
alam sekeliling.
iii. Kita perlulah bersama-sama berganding bahu menjaga alam
sekitar.a) Guru meminta murid menyanyikan lagu Enjut-enjut Semut
bersama-sama sambil membuat pelbagai gaya.
b) Guru merumuskan isi pelajaran dengan memberikan beberapa
contoh-contoh bencana alam yang berlaku di sekeliling.
c) Guru memberi pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup
murid-murid berdasarkan kejadian bencana tersebut. KP muzik
Nilai bekerjasama
Pembelajaran Kontekstual Menghubungkait pengajaran dengan
kehidupan murid.
REFLEKSI : LAMPIRAN 1 :
BANJIR
TANAH RUNTUH
JEREBU
LAMPIRAN 2 :
TEKS
Fahami teks.
PEMBAKARAN TERBUKA MEMBAWA PETAKAALOR STAR, 25 Januari
Pembakaran jerami secara terbuka oleh petani di kilometer 59.8
Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Kobah, di sini telah menyebabkan 21
buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di lebuh raya tersebut.
Kejadian ini berlaku kerana asap tebal yang berpunca daripada
pembakaran jerami di sawah yang berhampiran dengan lebuh raya itu.
Asap tebal ini telah mengehadkan jarak pandangan pemandu.
Akibatnya, kenderaan yang dipandu telah merempuh kenderaan lain
yang berada di hadapan.Lima orang mangsa yang cedera dalam
kemalangan itu telah dirawat di Hospital Alor Star. Mereka terdiri
daripada penduduk tempatan dan juga warganegara Thailand. Mereka
diberi rawatan sebagai pesakit luar.Kemalangan tersebut juga telah
menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan.
Beratus-ratus kenderaan telah terkandas. Situasi ini berlaku kerana
orang ramai mula pulang ke tempat masing-masing selepas bercuti di
kampong bersempena perayaan Tahun Baru Cina.
LAMPIRAN 3LAGU : ENJIT-ENJIT SEMUT
Enjit-enjit semut,
2 KALISiapa sakit naik atas,Enjit-enjit semut,Siapa sakit naik
atas.
Membuang sampah merata-rata,Baunya busuk tidak terkira,Sikap
yang degil angkara manusia,Sukar ditegur sukar disapa. Hey!
Hutan yang tebal sudah dimusnah,Manusia rakus gilakan tanah,Di
atas sana dibina rumah,Kalaulah runtuh habislah punah. Hey!
Hidupan air menjadi mangsa,Bahan beracun sering diguna,Siapa
yang makan turut binasa,Bermacam penyakit akan dirasa. Hey!
Risau di hati kalau fikirkan,Alam yang bersih penuh
kotoran,Mengapa terus kita biarkan,Tindakan keras kita kenakan.
Hey!
RASIONAL KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAHKemahiran Bernilai Tambah
(KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi
pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan
aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara
berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia
global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru
melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap Kemahiran Bernilai Tambah
itu boleh dilaksanakan secara individu mahupun secara bergabungan.
Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang mengutamakan
pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia
sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya,
kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar
memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran
Bernilai Tambah ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis.Berdasarkan kepada definisi yang diberikan
tersebut, dapatlah kita faham bahawa kemahiran bernilai tambah ini
merupakan suatu kemahiran yang boleh diajarkan kepada murid-murid
dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu
seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan Kemahiran Bernilai
Tambah ini terhadap murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai
tambah terhadap diri murid-murid untuk diaplikasikan dalam suasana
sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian
murid.Kemahiran Bernilai Tambah merupakan suntikan baru kepada
pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum
yang sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu,
kewarganegaraan dan patriotisme, dan peraturan sosiobudaya. Tidak
dapat dinafikan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah yang diterapkan
secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang
berkualiti.
Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah saya rancang,
terdapat beberapa elemen utama yang berjaya saya terapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tahun tiga. Elemen yang
dimaksudkan terdiri daripada Kecerdasan Pelbagai, Kemahiran
Berfikir dan Pembelajaran Kontekstual.Kecerdasan Pelbagai yang
dimuatkan dalam RPH saya adalah interpersonal, intrapersonal,
verbal-linguistik dan muzik. Kecerdasan pelbagai pelbagai perlu
diaplikasikan dalam pengajaran kerana dapat menyokong pembelajaran
bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan keperluan murid. Di samping itu, kemahiran ini dapat
menghasilkan pelajar yang seimbang, model kecerdasan pelbagai
membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan
datang. Rasional Kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran
kerana pelajar dapat menerima persamaan dan perbezaan antara
individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan
belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai membantu
guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai
cara murid dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid
lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang lebih selesa jika
cara ini digunakan. Kecerdasan ini membantu individu menangani
perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan.Intrapersonal
merupakan kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan
kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan
persamaan atau perbezaan persepsi individu. Rasional intrapersonal
diterapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian saya ialah : murid
dapat dapat belajar atas usaha sendiri tanpa merujuk rakan-rakan
yang lain. murid mampu tampil lebih yakin dengan jawapan yang
dikemukakan sendiri. murid yang dapat menjana idea yang bernas dari
hasil usahanya sendiri. tampil lebih kreatif dengan idea yang lain
dari murid yang lain.
Interpersonal pula bermaksud kebolehan memahami perasaan,
motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Rasional kecedasan
interpersonal dalam RPH saya ini ialah : murid bebas menyatakan
idea-idea mereka murid dapat menjana idea dan memberikan pendapat
dengan bernas murid dapat berfikir secara meluas meningkatkan
keyakinan diri murid untuk menyatakan idea mereka
Verbal-linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata
(sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat
maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. Saya
telah meminta murid untuk menyatakan maklumat berdasarkan teks yang
diberikan dan perlu memperdengarkan maklumat kepada rakan-rakan dan
guru. Rasional kecerdasan Verbal-linguistik dalam RPH saya ini
ialah : melatih murid untuk menjawab soalan dengan baik.
meningkatkan keyakinan diri murid. menengkatkan kemahiran menjawab
soalan. meningkatkan komunikasi dua hala di dalam kelas.Kecerdasan
Pelbagai yang terakhir ialah kecerdasan muzik. Kecerdasan muzik
kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah
rentak dan tempo. Saya telah memperdengarkan irama lagu
"enjit-enjit semut" berserta dengan lirik yang digubah bersesuaian
dengan tajuk untuk dinyanyikan bersama-sama. Rasional kecerdasan
muzik dlam RPH saya ialah : memberi peluang kepada murid meyanyikan
lagu kanak-kanak yang sesuai untuk tahap mereka. dapat meredakan
ketegangan setelah selesai tajuk pada hari tersebut. dapat menarik
minat belajar dalam subjek Bahasa Melayu. dapat mengeratkan lagi
ikatan silaturrahim antara guru-murid dan murid-murid.Seterusnya,
Kemahiran Bernilai Tambah yang kedua yang dimuatkan dalam RPH saya
ialah Kemahiran Berfikir (KB). Kemahiran berfikir diajarkan kepada
murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis
dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan
idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting
dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Saya
mengaplikasikan Kemahiran Berfikir dalam RPH saya dengan meminta
murid memberikan ulasan yang jelas terhadap keburukan bencana alam
dan cara mengatasi masalah tersebut. Rasional Kemahiran Belajar
dalam RPH saya adalah : Meningkatkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Murid dapat melontarkan idea dengan lebih
matang. Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menegemukakan
pandangan dan hujah. Meningkatkan kemahiran menjawab soalan secara
spontan.Selain itu, saya turut memuatkan Pembelajaran Kontekstual.
Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan baru secara bermakna dengan kehidupan mereka. Saya
telah menyelikan aktiviti yang melibatkan murid membuat perkaitan
tentang pengajaran daripada kejadian bencana alam. Rasional
Pembelajaran Kontekstual dalam RPH saya ialah : Murid berjaya
membuat perkaitan pengajaran dengan kehidupan seharian. Melatih
murid untuk berfikir secara meluas. Murid dapat berimaginasi
tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka.Berdasarkan
penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai
Tambah memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih ceria, bermakna dan
berkesan. Kemahiran Bernilai Tambah dapat membantu guru
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid
melaksanakan Kemahiran Bernilai Tambah dan seterusnya menjadikan
pembelajarannya dengan lebih berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan
Kemahiran Bernilai Tambah diperkenalkan, iaitu agar dapat
diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia
yang global.
KEKUATAN KSSR BERBANDING KBSR
Bertepatan dengan dasar kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan
dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan
telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan
sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani
cabaran semasa dan masa hadapan.Secara umumnya, pada tahun 1983
satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali
sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Hampir 10 tahun
kemudian, barulah kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993 sebelum Kementerian
Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Mulai 2011,
kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah.Justeru, terdapat beberapa
perubahan yang merupakan penambahbaikan daripada kurikulum sekolah
rendah sebelumnya iaitu KBSR. Ternyata perubahan besar dalam KSSR
ini amat memberikan impak yang lebih positif terhadap murid-murid
berdasarkan beberapa elemen yang akan diterangkan dalam penulisan
ini. Dalam kurikulum KBSR menfokuskan konsep 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Namun dalam KSSR, penekanan kepada konsep 3M
masih dikekalkan dan ditambah baik dengan pengenalan satu lagi
akronim M yang merupakan satu lagi aspek baru iaitu menaakul
menjadikannya 4M. Konsep 4M yang dimaksudkan ialah membaca,
menulis, mengira dan menaakul.Tiga elemen nilai tambah telah
diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi,
keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan
yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan
berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen
nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain,
adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang
berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan
2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa
hadapan.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan
penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap
murid-murid. Penekanan kepada hands-on Teaming seperti inkuiri
penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara
konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran
masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi
murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih
menarik.KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai
penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan
individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid
serta pendidikan seumur hidup. Guru-guru pula perlu memberi
penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu
sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak
terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi
peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira
kepelbagaian dan kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu,
pengenalan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dalam
KSSR turut mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran
murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal
insan dengan lebih berkesan. KSSR memberi penegasan kepada
perlaksanaan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi
menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu
berorientasikan kepada peperiksaan seperti yang ditekankan dalam
KBSR sebelum ini. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk
membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pelaksanaan
KSSR yang mengurangkan tekanan peperiksaan awam adalah lebih baik
berbanding KBSR sebelum ini yang berfokuskan pencapaian gred
kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang
berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar
untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum
mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan
keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan
mempunyai jati diri seperti modal insan cemerlang yang
dihasratkanJusteru, dalam KSSR pentaksiran berasaskan sekolah
bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Segala
perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka
termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen
itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi
persekolahannya untuk rujukan para guru dan ibu bapa. Pengukuran
tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard
prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut
band bermula dari satu hingga enam. Walaupun ujian bertulis masih
dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira
kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam
kelas. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan
mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard
yang ditetapkan.Pelaksanaan KSSR juga secara tidak langsung telah
meringankan beban murid-murid yang terbeban dengan jadual waktu
yang padat. Hal ini demikian menyebabkan murid-murid terpaksa
memikul beg yang amat sarat dengan muatan buku. Namun nasib mereka
kini terbela dengan pelaksanaan KSSR yang baru kerana KSSR berjaya
menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu,
bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan
kepada kecemerlangan akademik. Kesimpulannya, pelaksanaan KSSR yang
masih mentah ini perlu diberi perhatian agar kurikulum ini berjaya
diteruskan dengan jayanya pada masa hadapan. Kejayaan KSSR sangat
memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah
pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak
berkepentingan.
REFLEKSISemasa melaksanakan Tugasan Projek Pengajian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, saya telah menerima
banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal
guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama
rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang
pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Sekolah
Rendah, Rasional Kemahiran Bernilai Tambah dan Kekuatan KSSR
berbanding KBSR yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan
secara terperinci seperti ini. Saya juga mula merasai kepentingan
Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini
terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua
ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian
sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru
yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai
situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini.
Melalui pembelajaran Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam
membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.Melalui
segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,
dengan izin Allah S.W.T., saya akan praktikan sebaik mungkin nanti.
Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu
ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar
kepentingan subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah ini di mana dengan hanya betul-betul memahaminya
barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti
dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang
sempurna.Selain itu, melalui proses menyiapkan Tugasan Projek ini
yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan
silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan
bekerjasasama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di
tingkatkan melaui proses menyiapkan Tugasan Projek ini. Saya mula
lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran
pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala
kami.Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah, Puan
Mazura Binti Sulaiman dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini
membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk
berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang
diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan Tugasan
Projek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat
pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa
hadapan.Secara keseluruhannya, Tugasan Projek Pengajian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini telah memberikan banyak
faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion
yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
BIBLIOGRAFI
Buku
Kamarudin Bin Jeon, Shamsul Yusli Bin Mohamad Yusop, Napisah
Binti Muhammad, Zainal Arifin Bin Yusof. (2005). Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.Kamarudin Hj.Husin,Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997).
Pengajian Melayu 3,(Komunikasi bahasa).Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.Mok Soon Sang , (1998). Pedagogi Untuk Kursus
Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya : Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD. (2011).
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Internet
Ahmad Afendi (2011). Rancangan Pengajaran Harian, (Web
Document). Diperoleh pada Februari 20, 2011, Dari:
http://wanafindy.tripod.com/minggu_7/addie/rph_addie.pdfAiman
(2010). Sukatan Mata Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Bahasa Melayu 2003, (Web Document). Diperoleh pada Februari 20,
2012. Dari:
http://ipgmalaysia.blogspot.com/2010/01/sukatan-mata-pelajaran-kurikulum.htmlHaniff
(2011). Rancangan Pengajaran Harian, (Web Document). Diperoleh pada
Februari 21, 2012. Dari:
http://bme3103hanif.tripod.com/minggu_07/behaviourisme/rphbehaviourisme.pdfSalleh
(2012). KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah, (Web Document).
Diperoleh pada Februari 20, 2012. Dari:
http://kulanzsalleh.com/kssr-kurikulum-standard-sekolah-rendah/Zakaria
(2011). Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 3, (Web Document).
Diperoleh pada Februari 21, 2012. Dari:
http://bme3103hanif.tripod.com/minggu_07/behaviourisme/rphbehaviourisme.pdfTUGASAN
PROJEK | Muhammad Khairi Bin Azmi2