BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam ekonomi global masa ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Pendidikan menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan menyumbang 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik
darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara.
Dalam ekonomi global masa ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada
ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Oleh itu, tidak
menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan
berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan
juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Pendidikan
menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli
masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.
Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar
belakang sosioekonomi, agama, dan etnik belajar memahami, menerima, dan
menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi pengalaman dan aspirasi untuk membina
masa depan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti
nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk.
1
Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perkara yang
semakin menarik perhatian dan menjadi perbahasan orang ramai. Ibu bapa
meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan akan keupayaan
sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah
kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak
transformasi yang dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian perlu mengambil tindakan
yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti
dilaksanakan dengan segera.
Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh
15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap
murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka
untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk
bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan
kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi
dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya, setiap murid di
negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika, dan rasa tanggungjawab sebagai
warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka,
keluarga, dan negara, serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa
depan.
2
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem
pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian
semula sistem pendidikan dibuatdalam konteks standard pendidikan antarabangsa
yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi
muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa
serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. Dalam tempoh 15 bulan (Oktober
2011 hingga Disember 2012), Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai
sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari
UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian
ini juga melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid, dan orang ramai di
seluruh negara. Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah
menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian
lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini
melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi
keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik
dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang
dihasratkan.
3
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dibangunkan dengan
mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan, dan kajian yang melibatkan panel pakar
pendidikan negara dan antarabangsa, selain turut melibatkan pegawai di Kementerian,
guru, pemimpin sekolah, dan ibu bapa. Selain itu, pelaksanaan beberapa siri Dialog
Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan sejak awal tahun lalu telah berjaya
mengumpul input berupa pandangan, idea, dan maklum balas daripada hampir 12 ribu
orang yang mewakili kumpulan orang awam dan pelbagai pihak berkepentingan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bakal mengupayakan
pelaksanaan berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan
kebangsaan secara menyeluruh. Perancangan dan inisiatif strategik disusun kearah
mewujudkan satu sistem pendidikan yang menekankan kekuatan, kecekapan, kualiti,
kelestarian, serta kejayaan yang dapat dilihat tempoh terdekat. Sistem pendidikan di
Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupaya mencapai penyertaan
menyeluruh pendidikan peringkat menengah, menempatkan diri pada kedudukan
kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, memastikan
semua murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti, dan
seterusnya menyemai identiti nasional dalam kalangan murid.
Strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem
penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap danberkesan adalah kritikal
bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Sebagai Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, saya amat yakin melalui sokongan semua pihak berkepentingan
dalam dan luar KPM, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 akan merangsang dan melestarikan usaha transformasi sistem pendidikan
Malaysia.
4
Kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan
pendidikan rendah dan menengah, dan selanjutnya meningkatkan keberhasilan murid.
Kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan
memperkukuh amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru
berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka. Laluan ini
mestilah menyokong pembangunan kerjaya guru yang melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Setiap guru yang mengajar pada hari ini haruslah mempelbagaikan teknik pengajaran
untuk mencapai objektif pembelajaran yang dirancang. Terkini, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan program i-THINK untuk membantu
meningkatkan tahap penguasaan murid di dalam pembelajaran. i-THINK bermaksud
innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan
pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke
seluruh Malaysia.
Oleh yang demikian, satu kajian kes akan di jalankan untuk mengkaji kesan
penggunaan kaedah pembelajaran i-THINK di dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan islam bagi pelajar Tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan. Kajian
ini dilihat mampu untuk membuktikan keberkesanan kaedah ini disamping dapat
mecapai objektif utama untuk mencari kaedah yang terbaik untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
5
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibina bagi memenuhi
keperluan pendidikan islam secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada ilmu, nilai dan
kemahiran asas syariah yang perlu dikuasai oleh setiap murid islam.
Kurikulum ini merangkumi tujuh modul iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah,
Adab dan Jawi. Proses pembelajaran dan pengajaran hendaklah diolah dan
disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai kaedah dan teknik yang lebih menarik
dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan. Elemen merentas kurikulum juga diterapkan bagi
melahirkan generasi yang mampu mengharungi cabaran abad ke 21. Penilaian dan
Pentaksiran yang bersifat holistik dan autentik juga dijalankan secara berterusan bagi
memastikan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya murid
mampu menyumbang ke arah pembangunan agama, masyarakat, bangsa dan negara.
Guru yang kreatif dan inovatif dalam proses pembelajaran dan pengajaran akan
merangsang dan memotivasikan murid untuk meneroka bidang ilmu yang baru,
menjana idea untuk menghasilkan tugasan dengan lebih kreatif, menilai kualiti kerja
dan mengerah pemikiran bercapah seterusnya menyerlahkan personaliti individu
kreatif.
6
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS
dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa,
Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu
untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan
untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis
dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu
berdaya saing.
Pengenalan kaedah pembelajaran iTHINK adalah amat bertepatan dengan objektif
yang hendak di capai di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Islam. Oleh yang demikian, satu kajian dijalankan di SK Sri Tanjung Papat 2
Sandakan bagi mengkaji keberkesanan kaedah Pembelajaran iTHINK dalam
pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam. Guru matapelajaran akan
mengunakan kaedah ini dalam menyampaikan isi kandungan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Islam . Dapatan daripada kajian ini akan membuktikan
kesesuaian kaedah pembelajaran iTHINK dalam pengajaran pendidikan islam di