PENDAHULUAN
INOVASI GLOBAL SDN. BHD. telah di tubuhkan pada 4hb Julai 1995
dan ianya di miliki 100% oleh Bumiputera. Aktiviti pertama syarikat
adalah dalam bidang pengedaran filem dan pembikinan drama yang di
bekalkan ke Kementerian Penerangan Malaysia. Disamping itu syarikat
juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk membekal dan
memberikan perkhidmatan didalam beberapa bidang. Dari tahun 1996
hingga 2003 syarikat telah membekalkan filem sindikated kepada
Radio dan Telivisyen Malaysia (RTM) sebanyak 44 tajuk. Semasa
pilihanraya tahun 1999 syarikat membekalkan 4 filem Melayu dan 8
filem Hindi kepada Jabatan Penerangan. Pada tahun yang sama juga
syarikat telah menerbitkan drama untuk segmen Galeri sebanyak 13
episod. Syarikat juga telah mereka bentuk bendera untuk Jabatan
Pengairan Dan Saliran Malaysia. Mulai tahun 2000 syarikat mula
membekalkan barang barang untuk pejabat saperti kertas A4 dan juga
A3 jenama Double A dan One Paper yang beratnya 80 grms. Syarikat
juga pernah membekalkan pakaian siap saperti Vest, T-Shirt, Jacket,
Blazer, Baju F1, baju kemeja dan juga berbagai jenis beg yang
berjenama saperti Pier Cardin, Camel, Elle dan Crocodile .
Disamping itu pernah membekalkan makanan bermasak semasa raptai
menyambut ulangtahun kemerdekaan.Pernah mendapat tender untuk kerja
kerja pembersihan Pejabat Tabung Haji Selangor dan kerja membersih
kawasan di UiTM Shah Alam selama dua tahun enam bulan. Memotong
rumput di rumah Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor selama dua
tahun. Dengan pengalaman dan kepakaran yang terkumpul pada tenaga
kerja INOVASI GLOBAL mampu memberi perkhidmatan yang terbaik dan
berkualiti kepada
semua pelanggan syarikat. Kualiti dan kepuasan pelanggan
keutamaan kami
BIODATA SYARIKAT
NAMA SYARIKAT NO. SYARIKAT TARIKH PENUBUHAN ALAMAT BERDAFTAR
: : : :
INOVASI GLOBAL SDN. BHD. 349443-U 4HB JULAI 1995 Business Suite
19A-14-3A, UOA Centre 19, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur. TD 110
Pasar Moden, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala
Lumpur 03-77256654 03-77256654 RM100,000.00 RM50,000.00 ZULKEEFLI
MOHAMMAD IDRIS
ALAMAT PERNIAGAAN
:
NO. FAKS NO. TELEFON MODAL DIBENARKAN MODAL BERBAYAR
PENGARAH-PENGARAH
: : : : :
:
HOSNI MOHD IDRIS
PEGANGAN SAHAM
:
ZULKEEFLI MOHAMMAD IDRIS 50% HOSNI MOHD IDRIS 50%
SETIAUSAHA SYARIKAT
:
AHMAD FAISAL ABDUL KARIM MAICSA 7045851 MOHAMED, YENG & CO.
AF 0732 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN SEKSYEN 14 PETALING
JAYA MALAYAN BANKING BERHAD. BANGUNAN CGC, KELANA BUSINESS CENTRE,
97, JALAN SS 7/2, 47301 PETALING JAYA. KONTRAKTOR BUMIPUTERA
K.KEW/K&B/D/02/494/357-037374 MEMBEKAL ALAT TULIS UNTUK
PEJABAT, PAKAIAN SIAP, BEG, MAKANAN BERBUNGKUS, MENCUCI MEMBERSIH
KAWASAN, PAPAN TANDA DAN PENGIKLANAN.
JURUAUDIT SYARIKAT
:
BANK-BANK SYARIKAT
:
:
TARAF SYARIKAT
:
AKTIVITI UTAMA SYARIKAT:
BIDANG-BIDANG PERNIAGAAN SYARIKAT Berikut adalah bidang-bidang
perniagaan yang telah di daftarkan di Kementerian Kewangan
Malaysia:-
Bidang Pembekalan
Alat Bantuan Mengajar Perkakas Elektrik Alat Perhubungan
Cenderamata Dan Hadiah Pakaian Dan Kelengkapan Alat Tulis Perabut
Makanan Dalam Tin/ Botol/Bungkus Makanan Bermasak Islam Mesin Mesin
Pejabat.
Bidang Perkhidmatan
Alat Semboyan Perhubungan/Penyiaran, Perkakas/Sistem Elektrik,
Bill Board, Mencuci Bangunan, Pengiklanan Media Cetak, Pengurusan
Pameran/Pentas, Membersih Kawasan, Mengangkat Sampah,
ABDUL KARIM BIDIN JAWATAN PENGURUSI KELULUSAN MCE PENGALAMAN
Dilahirkan pada 2hb April 1947, Rubber Trust Ltd memulakan karier
sebagai Pembantu Luar di
pada tahun 1966 selama tempoh dua tahun. Pada tahun 1970
bertugas di Makmal Ubat dan Setor Kementerian Kesihatan sebagai
Penyelenggara Setor. Pada bulan Ogos tahun 1970 bertukar ke Jabatan
Penyiaran dan bertugas sebagai Penerbit Rancangan di Bahagian
Jadual Dan Urusan Rancangan Radio sehingga 1981. Tugas yang
dijalankan ialah membantu menerbitkan rancangan Drama, Hiburan, Hal
Ehwal Semasa dan juga Berita. Pada tahun 1981 hingga tahun 1989
bertugas Di Stesyen Pengesan Siaran Klang, menjalankan tugas
sebagai Penyunting Berita Luar Negeri dan juga Radio Haram.
Disamping itu juga menjalankan tugas
pentadbiran untuk Stesyen Pengesan Siaran, yang merangkumi lima
buah stesyen di seluruh Malaysia. Mulai Januari 1990 Kementerian
bertugas di Bahagian Perdagangan ( Pengiklanan ) Malaysia sebagai
Ketua Unit Transkripsi
Penerangan
bertanggungjawab terhadap Penjadualan iklan TV/Radio dan juga
bahan untuk siaran. Memilih persaraan awal pada 1hb Januari
1997.
ZULKEEFLI BIN MOHAMMAD IDRIS JAWATAN PENGARAH KELULUSAN SIJIL
PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DIPLOMA IN MANGAMENT MALAYSIA INSTITUTE OF
MANAGAEMENT (MIM) PENGALAMAN Bermula karier nya di Jabatan
Perkhidmatan Pelanggan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dari tahun
1972-1997. Selama 25 tahun bekerja di MAS, kepakaran dan pengalaman
beliau di dalam pengurusan penerbanagan amat lah luas. Beliau
pernah di tugaskan sebagai Pengurus Setesen di London, Hong Kong,
Brussel dan Fukuoka Jepun. Belia juga pernah bertugas sebagai
Tenaga Pengajar
untuk melatih dan membimbing kaki tangan MAS cara pengendalian
dan pengurusan penerbangan (Airline Management). Beliau juga pernah
melibatkan diri di dalam perojek pembinaan Lapangan Terbang KLIA
Sepang sebagai wakil MAS di dalam Jawatan Kuasa Operasi
Pengendalian Darat dan Persediaan pembinaan Lapangan Terbang
tersebut. Pada bulan September 1997, beliau di tawarkan bekerja di
Syarikat Penerbangan AirAsia sebagai Ketua Perkhidmatan Pelanggan
di mana ketika itu Syarikat Penerbangan AirAsia di bawah Syarikat
DRB HICOM. Setelah Syarikat
Penerbangan AirAsia bertukar ke Syarikat Tambang Murah pada
tahun 2001, beliau di tugaskan sebagai Pengurus Setesen Di Jeddah
selama 3 tahun untuk mengendali dan menguruskan penerbangan Haji di
sana. Sekembali nya beliau dari Jeddah
beliau di tukarkan ke Jabatan Pembangunan Perniagaan Kargo dan
Catar. Tugas beliau untuk membantu syarikat dapatkan hasil
pendapatan melalui sumber lain bagi meningkatkan pendapatan
syarikat melalui Ancillary Income Terkini beliau di tugaskan di
Jabatan Jualan di pertanggung jawabkan untuk mendapat pendapatan
baru melalui sokongan dari pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri
serta Badan Berkanun dan juga Universiti Kerajaan supaya mengguna
Penerbangan AirAsia sebagai pilihan utama di dalam pemilihan
syarikat
penerbangan di dalam dan luar negara.
HOSNI MOHD IDRIS JAWATAN PENGARAH/PENGURUS PEMASARAN KELULUSAN
DILOMA PENILAIAN (UiTM) DIPLOMA LANJUTAN PENGURUSAN HARTANAH ( UiTM
) PENGALAMAN Setelah tamat pengajian di Universiti Institiut
Teknologi MARA pada tahun 1975, beliau terus mendapat tawaran
sebagai Pembantu Pemasaran di Perbadanan
Pembangunan Bandar ( UDA ). Tugas beliau adalah membantu pegawai
di dalam
mengkaji, merancang dan melaksana strategi pemasaran dan jualan
hartanah yang di miliki oleh Perbadanan. Pada tahun 1982 beliau
melanjutkan pelajaran ke peringkat lanjutan dalam bidang yang sama
selama dua tahun dan sebaik sahaja tamat pengajian terus dilantik
sebagai Pegawai Pemasaran. Pada tahun 1986 telah dipilih untuk di
pinjamkan ke syarikat Urus Bangunan Sdn Bhd anak syarikat
Perbadanan Pembagunan Bandar sehingga pertengahan tahun 1996 dengan
menjawat jawatan sebgai Pengurus Perhubungan Awam dan Promosi. Urus
Bangunan Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat pengurusan
hartanah yang terbesar di Malaysia yang mengurus diantara lain
Kompleks Belibelah BB Plaza, Hentian Puduraya, Bangunan Cahaya
Suria, Pangsapuri Bangsar Utama dan Kondominium Impian Kota. Beliau
menerajui segala perancangan, perlaksanaan dan penyeliaan program
Perhubungan Awam syarikat dan Promosi Kompleks Beli Belah di bawah
jagaan nya khusus BB Plaza di Kuala Lumpur. Pada tahun 1996 beliau
memilih persaraan awal daripada perkhidmatan awam dan menyertai
sektor swasta sehingga ketarikh ini.Beliau kini menyertai syarikat
Inovasi Global Sdn Bhd sebagai Pengurus Pemasaran.
AIZUL FIZLI ZULKEEFLI JAWATAN PENGURUS BESAR SYARIKAT KELULUSAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN, PEMASARAN DAN MULTIMEDIA
PENGALAMAN Dilahirkan pada 25hb Disember 1983 memulakan karier
sebagai network marketer di Luxor Network selama lima tahun bermula
pada tahun 2004 hingga 2010. Semasa di luxor, beliau berjaya
mendapat anugerah Highest Group Sales Achiever RM1 juta jualan
sebulan, tiga bulan berturut-turut. Sebagai seorang
pengedar juga, berjaya mendapat pangkat Super Crown Manager pada
tahun 2008 dan Super Crown Ambassador pada tahun 2009. Pada tahun
berikutnya 2010, bertugas sebagai Pengarah Urusan Syarikat AMK
Plantation. Syarikat mendapat kontrak cucigali pasir selama
setahun. Kontrak ini adalah usahasama dengan Kumpulan Semesta Sdn
Bhd dibawah naungan kerajaan negeri Selangor. Pada awal tahun 2011
bertugas sebagai Pengarah Syarikat Milmind Marketing Sdn Bhd.
Syarikat mendapat kontrak Telekom Malaysia sebagai reseller agensi
dan pemasangan dan pembaikpulih untuk produk Unifi dan Streamyx.
Tugas yang dijalankan ialah membantu melariskan penjualan produk
untuk Telekom Malaysia. Pada pertengahan 2011 bertugas sebagai
Pengurus Besar Syarikat Inovasi Global Sdn Bhd hingga kini. ANIS
HISYAM BIN HOSNI JAWATAN PENGURUS PROJEK KELULUSAN DILOMA BAHASA
INGGERIS (KPMIM) IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI (MSU) PENGALAMAN
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr
Ismail (SKTTDI) (1) dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Tun Dr. Ismail (SMKTTDI). Bergiat aktif dalam bidang sukan
terutamanya bola sepak, tenis dan juga pasukan pengakap di mana
beliau telah mewakili zon segambut untuk pertandingan kawad kaki
yang diadakan di Perlis pada tahun 2002 di peringkat kebangsaan.
Melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Bahasa Inggeris di Kolej
Professional Mara Indera Mahkota, Kuantan, Pahang selama 3 tahun
dan lulus pada September 2006. Bekerja sebagai pembantu pentabiran
di Tan Sri Muhyiddin (TSM) Charity Golf di Kelana Jaya selama 3
bulan di mana beliau ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai majlis
amal dan pertandingan golf di kalangan para remaja di samping
mencungkil bakat yang sedia ada di kalangan pemain remaja. Beliau
telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda
Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti di Management & Science
University (MSU) dari tahun 2007 sehingga 2010. Mengakhiri
pembelajaran dengan latihan industri di Plus Expressway selama 6
bulan di bahagian Corporate Communication
Department di bawah pengawasan Puan Khalilah Dato Mohd Talha.
Bertugas di bahagian Pengurusan Pementasan dan telah menjalankan
beberapa aktiviti seperti Majlis perasmian Galeri MUFORS, Majlis
perasmian kawasan rehat dan rawat di Sungai Perak, Pesta Makan
Durian di Bukit Gantang, Majlis Makan Malam bersama media di Johor
Bahru, Seminar Hormati Had Anda 2010 (Respect Your Limits) di
Perak, Terengganu,Kelantan, Kedah dan Johor. Selepas tamat
pengajian, beliau menjalani latihan sebagai pelatih pembantu
penilai di Azami & Co selama 4 bulan dan kini menyertai
Syarikat Inovasi Global sebagai Pengurus Projek.
KONTRAK-KONTRAK YANG TELAH SIAP Telah membekalkan filem
syindiket kepada Jabatan Penyiaran Malaysia untuk tayangan di RTM 1
dan RTM 2 dari tahun 1996 1999 dengan harga RM 1.07 juta. Telah
membekalkan filem Melayu dan Hindi 35mm beserta dengan projektor
kepada Jabatan Penerangan Malaysia untuk kempen pilihanraya dengan
nilai RM345,000.00 pada tahun 1999/2000. Telah menyiapkan drama
Geleri sebanyak 13 episod bersama dengan Bright Network Sdn Bhd
dengan tajuk Laila Lili Puteh dengan harga RM234,000.00 pada tahun
2000. Telah membekalkan LCD Projector kepada IKBN Pertak Kuala Kubu
Bharu dengan nilai RM23,900.00 tahun 2000.
Telah membekalkan peralatan pejabat di Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Kemernterian Penerangan
Malaysia dan juga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
dengan nilai RM250,000.00 tahun 2001. Membersihkan kawasan di UiTM
selama dua tahun mulai 1hb Mac 2000 . Harga kontrak ialah RM
435,727.20 (UiTM: T/69/99/BKLN). Telah di sambung selama enam bulan
mulai Mac 2002 hingga Ogos 2002 dengan nilai RM108,931.80.
Disamping itu membuat kerja pembersihan di Taska UiTM dengan nilai
RM28,910.16. Membekal banquet chair jenis aluminium dan membuat
papan tanda untuk Tabung haji Negeri Selangor dengan harga
RM14,900.00. (2002) Membekal dan memasang Multi Line System untuk
Pejabat Kerajaan Negeri di Bangunan SSAAS Shah Alam dengan harga
RM37,500.00 (2002) Membuat kerja kerja pembersihan dan mengecat
papan tanda di tingkat (5) Bangunan SSAAS Shah Alam dengan harga
RM7,875.00.(2003) Membuat dan memasang logo Kerajaan Negeri
Selangor DE beserta dengan Neon Light berukuran 30 X 19 ditingkat
teratas Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan harga
RM182,000.00. (2003) Membekal buku rujukan untuk Kolej Telekom
Malaysia Jalan Semarak Kuala Lumpur RM6,500.00. Membuat dan
membekal T- Shirt sebanyak 3,500 helai bagi Perayaan Menyambut
Kemerdekaan ke 46 tahun untuk Kementerian Pelancongan, Kesenian dan
Kebudayaan. Merekabentuk dan membekal bendera untuk Jabatan
Pengairan Dan Saliran. Memotong rumput di Rumah Kediaman Pegawai
Kerajaan Negeri Selangor Shah Alam. Mulai April 2002 selama dua
tahun. Harga kontrak ialah RM87,600.00 (UPB/SUK/SPR/02/02). Membuat
dan membekal Tong Sampah 3 X 4 untuk Tabung Haji Selangor. Membuat
logo Negeri Selangor, pond Jawi dan mengecat diPorch Dewan Undangan
Negeri Selangor. Membaikpulih lampu neon untuk logo dan perkataan
Shah di Bangunan Sultan Salahuddin Shah Alam.
Membuat dan membekal tanda tunjuk arah Ibu Pejabat Tabung Haji.
Membaiki papan LED Jabatan Pengairan Dan Saliran. Membekal perkakas
jamuan untuk Menteri di Jabatan Perdana Memteri. Membekal peralatan
alat tulis Jabatan Perkhidmatan Awam, Palace Of Justice dan
Kementerian Hal Ehwal Pengguna Membekal papan nama Organisasi
Kementerian Kesihatan Membekal baju siap untuk Palace Of Justice
Membekal beg pilot, diplomat dan beg untuk semina/kursus jenama
Piere Cardin, Camel, Crocodile dan juga Elle Membekal baju siap F1.
Membekal mesin taip eletrik 1 unit untuk Jabatan Pengairan Dan
Saliran. Membekal 360 buah beg pilot Jabatan Perdana Menteri
Membekal 5 set settee untuk Jabatan Pengairan Dan Saliran Membekal
500 kotak untuk dokumen Jabatan Perdana Menteri Membekal 200 helaiT
Shirt, 150 buah backpek untuk kejohanan Futsal IPT 2010 Kementerian
Pengajian Tinggi (UIA) Membekal hadiah untuk kejohan Bolasepak 2010
untuk IPT Kementerian Pengajian Tinggi (UiTM) 170 buah jam tangan
dengan logo dan 448 buah medal Membuat dan membekal sticker pintu
kereta untuk SUK Selangor Membuat crest untuk kereta SUK
Selangor
KONTRAK-KONTRAK YANG DALAM PROSES UNTUK DISIAPKAN Membekal brief
case jenama Pierre Cardin untuk Jabatan Pengairan & Saliran.
Membekal penyangkut kot untuk Jabatan Pengairan & Saliran
Membekal cenderahati untuk sukan IPTA 2011. Membekal Air Mineral
untuk MASUM 2011 Membekal dan memasang Signage untuk Jabatan
Pendaftaran Negara 2011
BIODATA SYARIKAT
MAKLUMAT PENGARAH & PENGURUS SYARIKAT
SENARAI PROJEK YANG SIAP DAN DALAM PROSES
SALINAN-SALINAN SIJIL SYARIKAT