SEMESTER 4 SESI 2013/2014 CMP 2011: PENGURUSAN KOKURIKULUM TUGASAN 3 : LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN SK KAMPONG AUR OKTOBER 2013 KUMPULAN : UPSI34(A131/PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MOHD SOHAIMI BIN ISMAIL D2053116 0199308708 NAMA PENSYARAH : NORKHALID BIN SALIMIN TARIKH SERAH : 16 DISEMBER 2013
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SEMESTER 4 SESI 2013/2014
CMP 2011: PENGURUSAN KOKURIKULUM
TUGASAN 3 :
LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI
PROGRAM PERKHEMAHAN
SK KAMPONG AUR
OKTOBER 2013
KUMPULAN : UPSI34(A131/PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MOHD SOHAIMI BIN ISMAIL D2053116 0199308708
NAMA PENSYARAH : NORKHALID BIN SALIMIN
TARIKH SERAH : 16 DISEMBER 2013
2
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 PERBENTANGAN LAPORAN 3 - 5
2.1 Laporan jawatankuasa kerja
2.2 Dapatan perbincangan
2.3 Laporan kewangan
2.4 Kos Perbelanjaan
3.0 REFLEKSI LAPORAN 6 - 7
3.1 Kelebihan
3.2 Kelemahan
3.3 Cadangan penambahbaikan
4.0 LAMPIRAN / CONTOH-CONTOH SURAT 7 - 14
4.1 Jawatankuasa Program
4.2 Surat Urusan Aktiviti Laporan Akhir dan Refleksi
4.2.1 Surat Panggilan mesyuarat
4.2.2 Surat Penghargaan
4.2.3 Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 7
4.2.4 Contoh Sijil Penyertaan
5.0 RUMUSAN / KESIMPULAN 15
6.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 16
3
1.0 PENGENALAN
Laporan merupakan penerangan ke atas sesuatu aktiviti yang telah dijalankan. Manakala
Refleksi adalah tindak balas (reaksi) ke atas hasil daripada laporan yang dibentangkan. Ia
ibarat ‘post mortem’ yang sangat penting bagi semua aktiviti atau pun program yang telah
dilaksanakan oleh mana-mana institusi. Ia bertujuan mendapatkan semua maklum balas
daripada individu yang terlibat secara langsung seperti ketua warden dan urus setia
mengenai hasil dapatan program yang dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan dan
kelemahan yang ada dan mencari pendekatan yang boleh dijadikan panduan bagi program-
program akan datang. Semua ahli jawatankuasa program perkhemahan yang terlibat secara
langsung dijemput menghadiri mesyuarat pelaporan akhir ini bagi mendapatkan maklum
balas dan cadangan.. Hasil maklumat ini akan di minit sebagai bukti pelaksanaan program
dan difailkan.
2.0 PERBENTANGAN LAPORAN
2.1 LAPORAN RINGKAS MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM
PERKHEMAHAN BERSEPADU SK KAMPUNG AUR OKTOBER 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat SK kampung Aur
Tarikh : 22 Oktober 2013
Masa : 12.30 Tengah hari
Kehadiran :
Pengerusi : En. Shamsudin bin Isa (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : En. Zamri bin Md Senoh (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : En. Abdul Rahman bin Ibrahim Lew (GPK1)
: En. Mohd Nazri bin Zulkifly (GPK HEM)
Penyelaras Program : En. Mohd Kamaruddin bin Yaziz
Setiausaha : En. Edi Herman bin Mohamad
Bendahari : En. Mohd Hanapi bin Abu Bakar
Kem Komandan : En. Ahmad Sani bin Mohd Zain
Penolong Kem Komandan : Cik Nazian binti Masdor
Semua Ahli Jawatankuasa ( Guru dan kakitangan dan wakil PIBG)
Mesyuarat di mulakan dengan aluan pengerusi majlis dan pengesahan minit mesyuarat kali
pertama oleh semua yang hadir.
4
2.2 Dapatan Perbincangan
1. Perlaksanaan Program Perkhemahan Bersepadu SK Kampung Aur 2013
Pembentangan perlaksanaan Program Perkhemahan Bersepadu SK Kampung Aur 2013
dilakukan oleh Encik Zamri Bin Md Senoh selaku GPK Kokurikulum berkaitan dengan
perlaksanaan program yang telah berjaya dijalankan selama 2 hari pada 18hb dan 19hb
Oktober 2013 (Jumaat – Sabtu). Beliau yang sebelum ini mendapat maklum balas daripada
semua urus setia membuat kesimpulan bahawa program telah berjaya dengan cemerlang.
Beliau menekan bahawa program yang dijalankan secara keseluruhannya telah berjaya
dijalankan dengan lancar seperti mana yang dirancang. Program ini juga telah mendapat
kerjasama dari semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahu tidak langsung. Walau
pun begitu terdapat juga masalah teknikal yang berlaku iaitu bekalan air terputus seketika
namun telah di atasi dengan bantuan dari Jabatan Bekalan Air Pahang (PAIP).
2.3 Laporan kewangan
2.3.1 Cenderahati, hadiah dan peruntukan kewangan program Perkhemahan Bersepadu SK
Kampong Aur 2013.
Program ini telah mendapat peruntukan sumber kewangan daripada sekolah, PIBG, kelab
guru dan individu luar bagi menampung keseluruhan perbelanjaan program. Ia telah
diusahakan beberapa bulan sebelumnya bagi memastikan kewangan mencukupi semasa
program dilaksanakan. Surat-surat mohon sumbangan telah diedarkan dan mendapat
sambutan oleh sesetengah individu yang prihatin. Melalui sumbangan luar ini jawatankuasa
kewangan dapat mengawal dengan baik penggunaan wang mengikut keperluan yang
dirancangkan. Berdasarkan ini tafsiran akaun perbelanjaan yang diperoleh dan dibahagikan
menurut keperluan sedia ada dan mencukupi.
5
2.4 Kos Perbelanjaan
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
1
Jamuan :
a. Sarapan b. Kudapan c. Makan Tengahari d. Minum Petang e. Makan Malam f. Minum Malam
RM1.50 x 60 RM1.00 x 60 RM4.00 x 60 RM1.00 x 60 RM4.00 x 60 RM1.00 x 60
90.00 60.00
240.00 60.00
240.00 60.00
3
Peralatan :
a. Khemah b. Alatan memasak
RM5.00 x 5
25.00
200.00
4 Hamper RM20.00 x 3 60.00
5 Kecemasan 50.00
Jumlah Kesuluruhan 1085.00
Bendahari Program Perkhemahan Bersepadu SK Kampung Aur 2013, iaitu Encik Mohd
Hanapi Bin Abu Bakar menjelaskan bahawa semua perbelanjaan telah diguna sebaiknya
dan mencukupi peruntukan yang diperlukan. Di samping itu terdapat juga sumbangan luar
berupa air mineral, hamper tambahan, makanan ringan dan sebagainya yang diterima pada
hari program berlangsung oleh beberapa individu yang bermurah hati memberi sumbangan.
Ini direkodkan sebagai sumbangan derma.
3.0 Refleksi Laporan
Hasil dapatan pelaporan yang dibentangkan bagi Program Perkhemahan Bersepadu SK
Kampung Aur 2013 mendapati ada beberapa kelebihan dan kelemahan semasa
pelaksanaan yang boleh dijadikan peringatan.
3.1 Kelebihan
Program Perkhemahan bersepadu ini telah dijalankan di kawasan kampung dan mendapat
kerja sama sepenuhnya daripada pendudukan kampung terutama ibu bapa murid yang
terlibat. Ini telah meringankan lagi beban tugasan tenaga guru. Di samping itu ia
mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penjaga dan pihak sekolah. Penerapan nilai
murni kepada murid yang menjadi peserta program. Usaha murni sebegini haruslah
6
diteruskan pada tahun-tahun akan datang supaya dapat terus meninggalkan kesan yang
positif kepada murid dan guru-guru serta masyarakat setempat. Program sebegini juga
mampu merangsang minda dan kreativiti murid dan guru. Sumbangan derma daripada
individu luar juga semasa program dijalankan juga adalah faktor yang merangsangkan bagi
pihak sekolah.
3.2 Kekurangan
Walaupun program ini banyak kelebihannya, terdapat juga sedikit kekurangan yang disedari
sepanjang pelaksanaan program seperti faktor bekalan air yang pada mulanya dilihat tidak
mendatangkan masalah tetapi disebabkan kebocoran paip telah merencatkan sedikit
perjalanan program. Mungkin di masa kan datang sumber bekalan tambahan sebagai ‘back
up’ akan dimohon agar kes seperti ini tidak berulang. Kelemahan lain yang dikenal pasti
ialah jumlah urus setia makanan yang dilihat agak kurang memandangkan kurangnya kaki
tangan wanita di sekolah. Namun ia dapat di atasi dengan bantuan ibu-ibu peserta yang
secara sukarela.
3.3 Cadangan penambahbaikan
Antara penambahbaikan yang diperlukan dalam program ini ialah kekurangan ahli
jawatankuasa perlaksanaan dan kekurangan peruntukan kewangan perlaksanaan program.
Bagi pendapat saya, program perkhemahan ini dapat dilaksanakan dengan lebih lancar lagi
pada tahun-tahun akan datang dengan melibatkan semua pihak iaitu warga guru dan kaki
tangan di sekolah serta ahli PIBG. Ahli jawatankuasa penganjur haruslah melibatkan guru-
guru lain yang tidak terlibat. Ia buka sahaja meringankan beban guru terlibat malah memberi
pendedahan kepada semua guru mengenai pengendalian aktiviti perkhemahan.
Kekurangan peruntukan perlaksanaan sesuatu program merupakan salah satu penghalang
kelancaran perlaksanaan program. Kadang-kadang aktiviti terpaksa dikurangkan kerana
mengurangkan kos bajet hadiah atau hamper. Aktiviti yang memerlukan peralatan yang
perlu disewa mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana menjimatkan kos. Akibatnya program
yang sepatutnya cukup meriah menjadi hambar dan guru-guru pula kelihatan tidak
bersemangat kerana banyak keperluan yang tidak cukup.
Oleh itu sebelum melaksanakan sesuatu program, pihak penganjur perlulah
merancang dengan teliti bagaimana cara mencari dana atau modal program tersebut. Sama
ada melalui sumbangan dari pihak-pihak tertentu atau pihak sekolah atau dari sumbangan
ikhlas individu. Jika peruntukan mencukupi, semua pengurusan program lancar, penyediaan
7
makan dan minum mencukupi atau melibatkan semua orang, hadiah, cenderahati dan
hamper juga dapat disediakan dengan nilai yang berpatutan.
4.0 LAMPIRAN
4.1 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : En. Shamsudin bin Isa (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : En. Zamri bin Md Senoh (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : En. Abdul Rahman bin Ibrahim Lew (GPK1)
: En. Mohd Nazri bin Zulkifly (GPK HEM)
Penyelaras Program : En. Mohd Kamaruddin bin Yaziz
Setiausaha : En. Edi Herman bin Mohamad
Bendahari : En. Mohd Hanapi bin Abu Bakar
Kem Komandan : En. Ahmad Sani bin Mohd Zain
Penolong Kem Komandan : Cik Nazian binti Masdor
JK Urusetia : En. Mohamad bin Abdullah
: En. Muhairi bin Mohamad
JK Tempat : En. Edi Herman bin Mohamad
En. Saidi bin Yasok
JK Jamuan : Cik Nazian bin Masdor
: Pn. Norzalikha binti Abu Kassim
: Cik Muna Syazwana binti Rashid
JK Quartermaster : En. Mohd Fadzil bin Tumiran
En. Mohd Hanapi bin Abu Bakar
JK Kebajikan & Keselamatan : En. Mohd Daud bin Abdullah
JK Aktiviti & Kerohanian : En. Ahmad Risaudin bin Zainuddin
JK Pengangkutan : En. Mohd Sohaimi bin Ismail
JK Dokumentasi : En. Husni Mubarak bin Abdul Latif
8
4.2 Surat Urusan Aktiviti Laporan Akhir dan Refleksi
i. Surat panggilan mesyuarat / taklimat
Ruj. Kami : CBA8007/003/03/01/(14)
Tarikh : 20 Oktober 2013
Kepada,
Guru-guru
SK KAMPONG AUR
Tuan,
PANGGILAN MESYUARAT KOKURIKULUM UNTUK KALI 7 TAHUN 2013
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
kali pertama akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti ketetapan berikut ;
Tarikh : 7 Januari 2013
Hari : Isnin
Masa : 12.45 pm
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut ;
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Ucapan Guru Besar
2.3 Pembentangan Laporan perkhemahan Bersepadu
2.4 Hal-hal lain.
2.5 Penangguhan
3. Kehadiran dan kerjasama daripada semua guru yang terlibat amatlah diharapkan dan
4. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat menjayakan program kami.
Sekian dan terima kasih.
“BERSAMA MELANGKAU KECEMERLANGAN”
Saya yang menurut perintah,
SHAMSUDDIN BIN ISA
Guru Besar
SK Kampong Aur
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur
Sk ; Fail
11
iii. Minit Mesyuarat Kali Ke 7
Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 7
Sekolah Kebangsaan Kampong Aur
Sesi Persekolahan 2013
Tarikh : 22 Oktoberi 2013
Hari : Selasa
Masa : 12.20 Tengah hari
Tempat : Bilik Gerakan SSKA
Kehadiran :
En. Shamsuddin Bin Isa ( Guru Besar )
En. Abdul Rahman Bin Ibrahim Lew (GPK 1)
En. Zamri Bin Md Senoh (GPK Kokurikulum)
Semua Guru.
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan wakil Guru Besar
3. Mengesahkan minit mesyuarat kali Ke 6
4. Membentang Laporan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2013
5. Laporan Kewangan
6. Hal-hal lain
7. Penangguhan
Bil. Perkara Tindakan
1.
Ucapan
Pengerusi
1.1 – Encik Zamri Bin Mohd Senoh selaku GPK
Kokurikulum dan pengerusi mesyuarat
mengucapkan selamat datang dan berterima
kasih kepada semua guru yang dapat
menghadirkan diri dalam mesyuarat kali ini.
1.2 – Beliau berharap mesyuarat kali ini akan
dapat berjalan dengan lancar dan segala
laporan yang dibentangkan akan dapat
memuaskan hati.
1.3 – Beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada semua guru yang terlibat semasa
perlaksanaan perkhemahan baru-baru ini dan
komiymen yang ditunjukkan sememangnya
seperti mana yang diharapkan. Beliau juga
berterima kasih dan bersyukur segalanya berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif.
Semua
guru.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG AUR 26700 MUADZAM SHAH
PAHANG DARUL MAKMUR
NO. TEL: 09-4530017 NO. FAX: 09-4531017
12
2.
Ucapan Guru
Besar
3.
Mengesahkan
Minit Mesyuarat
Kali ke 5
4.
Membentangkan
Laporan Akhir
perkhemahan
2.1 – Tuan Guru Besar iaitu En. Shamsuddin Bin Isa
berterima kasih di atas komitmen yang tinggi dari
semua guru. Selaku orang yang
bertanggungjawab dengan kurikulum dan
kokurikulum sekolah, beliau berasa bangga
kerana perancangan yang dijalankan mendapat
kerjasama sepenuhnya.
2.2 – Beliau juga memuji sikap guru-guru yang
sentiasa memberikan kerjasama dalam semua
program sekolah dan beliau berharap kali ini
akan berlebih lagi kerana memandangkan
perkhemahan kali ini diadakan di luar kawasan
dan berhampiran dengan petempatan
penduduk setempat.
2.3 – Beliau juga telah menyemak kertas
cadangan yang dikemukan oleh GPK Kokurikulum
dan beliau amat berpuas hati dan masalah
berkaitan kewangan akan diusahakan sebaiknya
memandangkan bajet kali ini agak besar.
2.4 – Guru perlu memikirkan yang mereka
memegang amanah yang besar sebagai guru
dan perlu menerima segala tugasan dengan hati
yang terbuka. Sikap bertolak ansur adalah
pemangkin pada kejayaan. Jika pelajar berjaya
memperoleh ilmu maka guru adalah
penyumbang terbesar dalam kejayaan.
3.1 – Encik Saidi Bin Yasok mencadangkan agar
minit ini disahkan dan mendapat sokongan
sebulat suara oleh semua guru yang hadir.
4.1 – Cikgu Ahmad Sani selaku ketua warden
perkhemahan diminta melaporkan hasil daptan
akhir perkhemahan. Cikgu Ahmad Sani
menerangkan semuanya berjalan degan lancar
dan menepati matlamat dan objektif. Beliau juga
berterima kasih kepada semua urus setia yang
membantu beliau.
4.2 – Semua guru yang bertugas menyatakan
rasa puas hati dengan tugasan yang diberikan
dan berjanji akan menjalankan tugas yang
diberikan dengan baik pada masa akan datang.
4.3 – Cikgu Zamri selaku pengerusi mencelah
tugasan yang dilakukan oleh semua guru terlibat
untuk bertugas pada hari itu bergotong royong
bersama para penduduk kampung yang sukarela
membantu program sememangnya
Semua
guru
13
5. Laporan
Kewangan
6. Lain-lain Hal
7. Penangguhan
membanggakan. Sikap sebegini haruslah
dikekalkan.
4.4 – Ahli jawatankuasa PIBG juga banyak
membantu dan sumbangan derma individu luar
yang perihatin harus diber pujian. Sememangnya
masalah tukang
yang tidak ramai pada mulanya merisaukan
tetapi telah di atasi dengan bantuan ibu-ibu
peserta yang hadir siang dan malam
membanakan cuba diselesaikan dengan
meminta kerharuslah dikekalkan
jasama AJK PIBG yang sebelum ini ada
menyuarakan berminat untuk membantu
sekiranya diperlukan.
4.5 – Cikgu Zamri selaku GPK Kokurikulum
memaklumkan sijil-sijil penyertaan dan
penghargaan telah siap dan akan diserah dan
diedarkan seberapa segera.
5.1 - Cikgu Hanapi selaku bendahari menjelaskan
semua kos yang digunakan mencukupi
sebagaimana
peruntukkan yang diperoleh dan beliau
mengedarkan lampiran kewangan untuk rujukan
semua.
5.2 - Tiada komen daripada guru lain mengenai
kewangan.
6.1 – Cikgu Sohaimi yang terlibat selaku pencari
sumbangan menyatakan ada sumbangan ikhlas
berupa kain batik daripada individu luar kepada
setiap ibu-ibu yang membantu semasa
penyediaan makanan. Kain batik tersebut telah
diserahkan.
6.2 – Guru Besar sekali mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua yang
terlibat.
7.1 – Mesyuarat ditangguhkan ke satu masa yang
akan diberitahu kelak.
Semua
guru
Disediakan oleh, Disahkan oleh
(En. Edi Herman Bin Mohamad) ( Shamsuddin Bin Isa )
Setiausaha Guru Besar
Unit Kokurikulum SK Kampong Aur
SK Kampong Aur 2013 Salinan : Fail Kokurikulum SKKA
14
iv. Contoh Sijil Penyertaan
SIJIL PENYERTAAN
PERKHEMAHAN BERSEPADU PERINGKAT
SEKOLAH SK KAMPONG AUR
Adzie Normien A/L Awang 011231060971
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pelajar tersebut telah menyertai program perkhemahan bersepadu
peringkat sekolah yang diadakan pada
18hb Oktober hingga 19 Oktober 2013
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan pelajar ini menamatkan program dengan
jayanya.
t.t
Shamsuddin Bin Isa
Guru Besar
SK Kampong Aur
ILMU TERAS PERUBAHAN
15
5.0 Rumusan / Kesimpulan
Berdasarkan apa yang telah dinyatakan dalam pengenalan di atas, ingin saya menekankan
di sini bahawa laporan akhir dan refleksi yang dijalankan sememangnya satu bentuk bukti
perlaksanaan program dan apa yang diperoleh dari perbincangan akan menjadi bahan
rujukan untuk program-program seterusnya di masa akan datang. Dapatan dan rentetan
daripada ini akan menghasilkan pengukuhan dan pengayaan dalam menjalankan setiap
program baru dan membantu melancarkan lagi pelaksanaan program. Dalam pada itu
penambahbaikan bagi keseluruhan susun atur aktiviti serta tugasan ahli yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam program yang dijalankan akan dapat dikenal pasti
keberkesanannya secara keseluruhan.
Nilai moral yang diterapkan sepanjang pelaksanaan program dilihat dapat mengeratkan
hubungan akrab antara guru dan penjaga. Sememangnya ini dituntut oleh kementerian
pendidikan yang mahukan hubungan di antara sekolah dan masyarakat dijadikan titik tolak
pencapaian dan kejayaan sekolah dan murid khususnya. Sikap bertanggungjawab daripada
semua pihak yang menjayakan program perlu dipupuk dan dipelihara agar bukan sahaja
murid mendapat manfaatnya tetapi ibu bapa juga akan menuai hasil daripada kejayaan
anak-anak mereka di masa akan datang.
16
6.0 Bibliografi
~ Bandura, A (1971). Analysis of modeling processes. Psychological Modelling? Chichago : Alsine -Asherton ~ Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Kuala Lumpur Flo Enterprise. ~ Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. ~ Ahmad Fadzli & Mohd Zarifi Hj Daud (2007) Panduan dan asas untuk pembentangan berkesan. Selangor, Maju Jaya Indah Sdn. Bhd. ~ Unit Kokurikulum SK Kampung Aur