SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN JALAN 4/76, DESA PANDA 55100 KUALA LUMPUR RUJUKAN BIL L BORANG LAPORAN / MINIT CURAI NAMA PEGAWAI : Nur Idayu Mat Jusoff JAWATAN: PPP DG41 PERKARA : Kursus Kejurulatihan Asas Pasukan Badan Berunifrom Peringkat Kebangsaan 2020 TARIKH : 03 Februari 2020 (Isnin) - 05 Februari 2020 (Rabu) TEMPAT : Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Malaka, Jasin, Melaka. ANJURAN : Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Outpost Uniform PENGERUSI : Tn. Nazar binti Mamat (Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM) BAHAN EDARAN : Tiada CATATAN MINIT : KANDUNGAN KURSUS 1. Penganjuran Kursus ini dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan semasa, lebih 1.4 juta murid di seluruh Malaysia tidak menyertai apa-apa aktiviti dalam pergerakan unit beruniform, sama ada di peringkat sekolah ataupun peringkat yang lebih tinggi. BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN dengan kerjasama pihak Outpost Uniform telah menganjurkan kursus ini sebagai satu gerakan yang diharapkan dapat membantu guru-guru mengendalikan kumpulan masing-masing dengan lebih baik. 2. Objektif Kursus Melahirkan jurulatih pasukan badan beruniform yang terlatih yang terdiri dalam kalangan guru sekolah rendah dan, menengah. Menyediakan modul latihan asas pasukan badan beru untuk digunakan dalam latihan mingguan kokurikulum pasukan badan beruniform. Meningkatkan keanggotaan ahli pasukan badan beruniform di sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Memupuk sikap kesukarelawanan dan nilai sivik dalam ka langan murid sekolah melalui modul latihan pasukan badan beruniform.