NAMA:WAN NORAZLINA MOHAMAD SALLEHTAJUK:JODOH
JODOH? Huh! Jodoh tu cuma alasan aje!! Tak ada makna
langsung!!
Dapat aku rasakan mataku yang seakan membuntang saat mendengar
setiap patah kata yang terbit daripada bibir suami yang baru sahaja
aku nikahi. Tadi sewaktu aku mengatakan bahawa akhirnya kami dapat
bersama kerana jodoh, Amsyar tiba-tiba sahaja ketawa. Bukan ketawa
biasa yang aku gemar, tetapi ketawa yang kedengaran seperti terlalu
jelik di telingaku.
Abang? Dan ternyata hanya itu sahaja yang mampu terluah daripada
kerongkongku. Amsyar kulihat cuma tersenyum sinis sambil melabuhkan
punggung ke atas sofa di hadapanku. Kedua bola matanya merenungku
dari atas ke bawah.
Kau tahu takkenapa aku kahwin dengan kau?
Spontan aku mengerutkan dahi. Akukau? Sejak bila ada aku dan kau
di antara kami berdua? Mana hilangnya abang dan sayang yang selama
ini kami guna? Dan..soalan jenis apa yang dia soal tadi? Aku dengan
dia sudah bercinta selama dua tahun lamanya. Bukankahbukankah kami
bernikah kerana saling mencintai?
Kitakita kanaaahhh!!! Belum pun sempat aku menyudahkan kata,
tidak semena-mena Amsyar menarik aku ke arahnya. Terjerit aku
dibuatnya dan sedar-sedar sahaja aku sudah pun berada di atas
ribaannya. Wajahnya cuma beberapa inci jauhnya daripada wajahku
sendiri.
Apaapa..abang buat ni? Tersekat-sekat suara yang terpacul
daripada mulutku. Wajahku terasa membahang. Wajah Amsyar pula masih
lagi dihiasi dengan senyuman sinis yang tersungging di bibir
nipisnya. Seketika kemudian tangan kanannya mula menjalar ke
pipiku.
Apa ni??? Tanpa sedar laju sahaja aku menempelak perbuatannya.
Entah kenapa aku berasa tidak selesa dengan perlakuannya yang
begitu walhal dia adalah suamiku sendiri. Mungkin kerana Amsyar
kelihatan terlalu aneh, seperti terlalu dingin. Pelik!
Apa ni? Huh, kau ingat apa aku buat? Kau tu. Tiba-tiba Amsyar
memegang belakang leherku dan menarik wajahku mendekati mukanya.
Kasar.
Aku sedikit terpana sebelum akhirnya merenung sepasang mata
suamiku dengan tajam. Kami bersabung mata. Amsyar mencerlung tajam
umpama helang. Dan aku seperti dapat melihat suatu perasaan yang
kelihatan terlalu berlainan dalam kedua matanya. Tidak ada lagi
cinta dan sayang yang selalu kulihat buat diriku. Yang tinggal
cuma.kebencian?
Hampir-hampir sahaja aku menekup mulut. Amsyar.lelaki yang
paling aku sayangi, suamiku sendiri.membenciku? Tapi...tapi
kenapa?
Kau tu isteri aku. Dan aku boleh buat apa sahaja yang aku nak
pada kau.
Berdesing telingaku mendengar tutur katanya yang dingin dan
mendatar. Amsyar yang selama ini romantis dan lembut sudah hilang
entah ke mana. Yang tinggal di hadapanku kini adalah lelaki yang
langsung aku tidak kenali. Lelaki yang dinginnya terlampau!
Aku akan buat kau.menderita, bisik Amsyar ke telingaku.
Mataku membulat. Hatiku pula terasa seperti ditusuk belati yang
paling tajam, dirobek-robek dengan cukup kejam. Suami yang baru
sahaja aku nikahimahukan aku menderita?
Apa abang cakap ni? Perlahan aku menyoal kembali. Mataku sudah
pun berkaca-kaca.
Buat kesekian kalinya Amsyar mempamerkan senyuman sinisnya. Dan
dengan setiap senyuman sinis itu, secebis hatiku seperti dibawa
pergi. Tidak! Bukan dibawa pergi tetapi dibunuh kejam!
Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.
Automatik aku terbangun daripada ribaan Amsyar. Dadaku berombak
laju. Bibirku mula terketar-ketar. Tutur katanya tadi bermain-main
di hujung telingaku. Dia mahu hancurkan aku? Amsyar.lelaki yang
selama ini menjadi kekasihku sebenarnya mengahwiniku kerana mahu
menghancurkan aku? Apa semua ini???
Amsyar menyandarkan tubuhnya ke sofa dengan lagak penuh selesa.
Sebelah tangannya diangkat ke belakang leher. Matanya pula tidak
lepas daripada memandangku.
Kau ingat aku cintakan kau? Huh! Pergi jahanamlah dengan
perasaan cinta kau tu!! Tempik Amsyar tiba-tiba.
Bahuku terangkat. Terkejut!
Kau tahu tak berapa lama aku tunggu saat ni? Berapa lama aku
terpaksa berlakon cintakan kau sebab nak kau jatuh ke genggaman
aku? Dua tahun! Dua tahun aku terpaksa maniskan muka depan kau
sedangkan dalam hati niaku nak sangat cekik-cekik kau sampai
mampus!!
Pantas aku menekup mulutku. Air mata yang sedari tadi hanya
bergenang di tubir mata akhirnya mula bercucuran turun. Ya Allah!
Pedihnya hatiku saat ini. Hancur lumat sekeping hati ini mendengar
setiap patah kata yang keluar daripada mulut Amsyar, suamiku.
Kekenapa? Apa Ana dah buat? Apa dosa Ana? Akhirnya aku menyoal
setelah menjatuhkan kembali tangan kananku.
Tidak semena-mena Amsyar bangun dari duduknya dan mendekatiku.
Perlahan. Matanya merenungku. Tajam sekali! Sedikit demi sedikit
aku berundur ke belakang. Namun belum pun sempat aku menjauh,
Amsyar terlebih dahulu merengkuh bahuku dengan kasar.
Sasakit Aku bersuara dengan wajah yang menyeringai
kesakitan.
Kau tanya aku kenapa? Baik kau tanya papa kesayangan kau tu.apa
dia dah buat pada keluarga Adam. Tanpa mempedulikan aku yang
kesakitan, Amsyar menjawab. Dingin sekali! Seketika kemudian dia
melepaskan pegangan di bahuku dengan cukup kasar. Dek kerana tidak
dapat meneka tindakannya itu, aku terjelepuk jatuh.
Aduh! Aku mengaduh sambil memandang Amsyar yang hanya membalas
pandanganku dengan kosong.
Bangun. Jangan nak buat muka sedih kat sini, tegas suamiku itu.
Tiada langsung riak rasa bersalah atas kekasarannya tadi.
Bangunaku cakap, sambungnya lagi setelah aku hanya membatu.
Kepalanya sedikit ditundukkan padaku yang masih elok terduduk di
atas lantai.
Perlahan aku menyeka air mata di pipi dan bangun. Punggungku
yang terasa perit dibiarkan sahaja. Ah, apalah sangat rasa sakit
itu jika dibandingkan dengan betapa hancurnya hatiku saat ini!
Pergi mandi, arah Amsyar dengan tegas sambil membelakangiku.
Aku terkaku di belakang suamiku yang kelihatan tegap. Seketika
kemudian, dia menoleh dengan kening yang terangkat.
Malam ni kan malam perkahwinan kita. Mestilah kau kena bersih,
kena wangi untuk aku.
Tersirap darah panas ke wajahku. Setelah apa yang dia ucapkan
tadi, berani sungguh dia berkata begitu? Kurang ajar!
Perlahan aku menggenggam kedua tanganku. Perasaan sebak yang
sedari tadi bertamu dalam diri sedikit demi sedikit berubah menjadi
amarah. Amsyar fikir kerana dia suamiku, dia ada hak untuk
menjatuhkan maruah aku begitu? Apa dia fikir kerana aku ini seorang
isteri, aku akan biarkan dia perlakukan sewenangnya padaku? Tidak!
Aku bukan perempuan yang boleh diperkotak-katikkan begitu!
Takkan ada malam perkahwinan antara kita. Dengan berani aku
menjawab begitu.
Usai aku menyudahkan kata, kedua tangan tegap Amsyar hinggap
lagi di bahuku. Kasar dia menolak tubuh kecilku hingga melekat di
dinding. Terpana aku dengan tindakan drastik lelaki itu. Namun
sesaat cuma! Kerana selepas itu aku dengan berani mengangkat
pandangan dan merenungnya tajam. Aku mahu dia tahu bahawa walau
sedalam mana pun perasaan cinta aku pada dia, aku takkan biarkan
dia hancurkan aku. Takkan!
Kau tak layak untuk cakap macam tu. Aku akan buat apa sahaja
yang aku nak pada kau. Dan aku nak kau balas balik segala perbuatan
Dato Johari pada keluarga aku. Aku nak kau musnah
Dengan bisikan dingin itu, Amsyar mendukung dan membanting tubuh
genitku ke atas katil. Sesaat kemudian.suami yang baru aku nikahi,
suami yang sepatutnya melindungiku bertukar menjadi syaitan. Ya,
syaitan yang bertopengkan manusia!
Dan aku.apalah sangat kudratku untuk melawan tenaga seorang
lelaki? Yang termampu aku lakukan hanyalah menangis dan menjerit
dengan suara yang tersekat di celah kerongkongku.
Ya Allah!!! Selamatkan aku.
*****
KINI perkahwinanku sudah pun menginjak ke bulan ketiga.
Hubunganku dengan Amsyar masih tetap seperti waktu malam hitam itu.
Dingin. Kaku. Dan.penuh kebencian.
Ingathujung minggu ni aku ada event dengan kawan-kawan aku. Kau
kena ikut aku. Kasar suara Amsyar menegurku saat aku mahu ke bilik
tidur. Bilik yang menyimpan segala memori tentang kekejaman dan
kerakusan seorang suami kepada isterinya. Bilik yang bagiku tidak
ubah seperti neraka!
Hei, kau pekak ke, hah?? Aku cakap dengan kau ni! tengking
Amsyar. Dari hujung mataku, aku dapat melihat dengan jelas dia yang
sedang berdiri di tengah ruang tamu. Menyinga!
Saya tak nak pergi. Aku akhirnya menjawab. Keras.
Tidak semena-mena, lengan kananku direngkuh kasar. Aku
tersentak. Terperanjat dengan kemunculan Amsyar yang tiba-tiba
sahaja sudah pun berdiri di sebelahku. Entah bila dia mendekatiku,
aku sendiri tidak pasti. Sedaya upaya aku cuba menahan keperitan
yang menembusi lenganku. Aku tidak mahu memberi kepuasan padanya
kerana berjaya menyakitkanku. Tidak! Aku takkan biarkan dia gembira
melihat penderitaanku.
Kau tetap akan pergi, bisik Amsyar di hujung telingaku.
Dingin.
Aku menjeling sekilas.
Tak nak.
Terlepas dengusan dari mulut Amsyar. Aku tahu dia sudah makin
berang.
Kau akan ikut cakap aku, ujar Amsyar dengan cukup keras.
Tak nak! Awak tak faham ke, saya cakap tak nak!! bentakku,
sedikit menjerit. Lenganku yang direngkuh kasar tadi, aku tarik
dengan kuat. Mungkin kerana tidak menduga tindakanku, pegangan
tangan Amsyar pada lenganku terlepas.
Namun sesaat kemudian tangan Amsyar melekat pula di bawah
daguku. Terangkat wajahku dengan tindakan lelaki itu. Jari
jemarinya mencengkam rahangku dengan kuat. Dahiku berkerut menahan
sakit. Bibirku pula diketap kuat-kuat, tidak mahu membiarkan walau
sedikit pun jeritan kerana sakit meletus keluar dari mulutku.
Sedikit demi sedikit senyuman sinis tersungging di bibir
Amsyar.
Kau memang berani kan, Nurul Jannah? Berani lawan aku. Kau tak
sedar ke, lagi kau lawan akulagi aku akan buat kau menderita.
Keras, dingin dan mendatar bisikan Amsyar di hujung gegendang
telingaku.
Mendengar setiap patah kata yang sedemikian rupa keluar dari
mulut suamiku sendiri, aku dapat rasakan perasaan sebak dan terluka
yang menghimpit jiwa. Jantungku berkocak hebat dengan rasa hiba.
Sedaya upaya aku cuba untuk menenangkan hati dalam setiap desah
nafas yang kurasakan makin sukar untuk dilepaskan.
Ya, terlalu sesak jantung inijiwa ini dengan kebencian yang
ditunjukkan oleh suamiku, satu-satunya lelaki yang memiliki hatiku.
Ya Allah! Kenapa dia terlalu membenciku? Apakah dendam yang dia
cuba balas padaku?
Soby hook or by crook, kau akan ikut aku, sambung Amsyar lagi
tanpa mempedulikan aku yang hanya membatu. Wajahku dilepaskan
dengan kasar. Terasa mahu patah rahangku dengan tindakannya itu.Aku
mengetap bibir dan menggenggam erat kedua tanganku, cuba menahan
diri daripada menitiskan air jernih yang sudah mula bertakung di
tubir mata.
Kekenapa? Kenapa awak nak saya ikut awak? tanyaku perlahan
dengan nada suara yang bergetar. Ya, bergetar dengan rasa sakit,
pilu, pedih dan perit!
Amsyar tersenyum mengejek.
Kenapa kau tanya? Its simple! Kau tutrophy wife aku. Nurul
Jannah binti Dato Johari, anak perempuan kepada pemilik ARIADA
Corporation, syarikat yang menjadi leader dalam dunia hartanah
Malaysia. Dengan lagak yang penuh angkuh, Amsyar menjawab sebelum
menghentikan kata-kata buat seketika.
Terasa seperti segenap tubuhku terkaku saat setiap bait jawapan
lelaki singgah di telingaku. Baginya, aku tidak ubah seperti trofi
yang dimenangi dalam sebuah pertaruhan. Tidak ada nilai
langsung!
So, mestilah aku kena tayang-tayang kau pada kawan-kawan aku.
Amsyar mengakhiri jawapannya dengan satu renungan tajam yang sangat
jelik di mataku.
Perlahan-lahan perasaan sebak dalam hatiku bertukar kepada
geram. Ya, aku geram dengan lelaki di hadapanku ini yang
benar-benar merendahkan martabat dan nilaiku. Dia nak sangat
tayangkan aku pada kawan-kawannya, bukan? Okey, aku akan jadi
seorang trophy wife yang paling unggul.
Dan dengan bibir yang terketar-ketar, aku akhirnya menjawab. As
you wish, Amsyar.
*****
BEHAVE yourself. Jangan nak malukan aku depan kawan-kawan aku.
Perlahan Amsyar memberikan amaran di hujung telingaku. Pelukannya
pada bahuku diperkemaskan seakan-akan mahu menekankan amaran
itu.
Aku mengerling sekilas ke arah suamiku itu, sebelum tersenyum
sinis.
Awak tak perlu bimbang pasal tu. I know my place. Just a trophy
wife. So, Ill behave like one.
Amsyar kelihatan sedikit tersentak, lantas segera berpaling ke
arahku.
What is that supposed to mean?
Aku tidak menjawab, hanya sebelah keningku yang diangkat dengan
lagak tanpa perasaan. Dan sesaat kemudian, tangan tegap Amsyar
menarik bahuku lebih dekat padanya. Sedar-sedar sahaja hujung
hidungku sudah pun melekat pada hujung hidungnya. Dekat!
Aku tergamam namun cepat-cepat aku kembali ke dunia nyata.
Dengan penuh keyakinan, aku membalas renungan tajamnya. Dadaku yang
berkocak hebat tidak dipedulikan langsung walaupun aku yakin setiap
degupan itu sebenarnya mengalunkan nama Amsyar. Ah, wahai
hatitolonglah, tolonglah berhenti menyayangi dia
Woowoooguys, jangan nak buat benda-benda pelik kat sini.
Tiba-tiba ada suara lain yang menegur. Cepat-cepat Amsyar
meleraikan sedikit pelukannya. Namun tidak pula dijatuhkan tangan
kirinya yang masih lagi elok mendarat di bahuku.
Dari hujung mata aku dapat melihat dia tersenyum senang. Ah,
pedihnya hati ini melihat senyuman itu! Senyuman yang tidak pernah
langsung dia pamerkan buatku.
Yo, Razi!! Long time no see. Amsyar menjawab teguran seorang
lelaki yang kukira kawannya. Dan diamasih dengan senyuman itu.
So, inilah wife kau? soal lelaki yang dipanggil Razi tadi usai
tiba di hadapan kami berdua. Pandangannya tepat dihalakan
padaku.
Ya, Im Jannah Dato Johari. Nice to meet you, jawabku sebelum
sempat Amsyar membuka mulut. Namaku ditekankan sedikit bersama
suara yang sengaja dilembutkan. Bibirku pula menguntum senyuman
paling manis. Dan saat itu juga aku seperti dapat mendengar
dengusan kasar yang terlepas dari mulut Amsyar.
Nama cantik, secantik tuannya balas Razi pula. Senyuman nakal
tersungging di bibirnya.
Segera aku ketawa kecil dan memegang pipi. Dan dengan lagak
manja yang disengajakan, aku menjawab.Isy, you ni...mulut manis.
Segan I, tau
Amsyar yang sudah pun menguatkan pelukannya di bahuku tidak
dipedulikan langsung. Aku tahu dia sedang marah. Tetapiada aku
kisah? Dia yang mahu aku menjadi trophy wife yang boleh dia
tayang-tayangkan pada semua, kan? Aku cuma memainkan watakku!
You pun.apa kurangnya, handsome Dengan berani, aku memuji lelaki
di hadapanku ini.
Meledak ketawa Razi sebelum dia akhirnya menghentikan tawa dan
bersuara. Am, your wife niinterestinglah. Kalau tak difikirkan dia
ni wife kau, mahunya aku
Aku apa? sampuk Amsyar tiba-tiba. Keras. Wajahnya tegang.
Aku ambil dia jadi girlfriend aku.
Terlopong aku dengan jawapan bersahaja Razi. Namun cepat-cepat
aku membuat muka selamba dan kemudian tersenyum kecil.
You ni pandai berguraulah, balasku. Berani.
Amsyar berdehem beberapa kali sebelum bersuara. Razi, kau
niagak-agaklah, nak masuk line pun, janganlah depan husband dia
sendiri.
Sekali lagi meledak ketawa Razi. Aku pasti lelaki itu menganggap
Amsyar hanya bergurau. Tetapi aku tahusuamiku ini sedang menahan
rasa amarah dalam diri. Huh, puas hatiku kerana dapat membuat dia
geram begitu!
Kau ni, Am...takkan marah kot. Aku gurau jelah. Masih dengan
sisa tawanya. Razi membalas.
Amsyar tersenyum nipis. Nampak sangat senyuman itu
dibuat-buat!
Akuaku mana ada marah. Aku tahu kau tu memang jenis yang tak
boleh tengok perempuan, jawab Amsyar seraya menepuk bahu sahabatnya
itu. Razi hanya tergelak kecil.
Tapi aku tak sangka kau ni pulak jenis yang pantang tengok
lelaki, sambungnya lagi di hujung telingaku. Berbisik dengan cukup
perlahan.
Bisikannya itu hanya aku jawab dengan jelingan tajam sebelum aku
akhirnya kembali memalingkan muka ke arah Razi.
Razi, you kerja apa?
Dan aku masih dengan watakku sebagai seorang trophy wife milik
Amsyar, lelaki yang mahu memusnahkan isterinya sendiri.
*****
APA kau cuba buat tadi? soal Amsyar sebaik sahaja kami selamat
tiba di rumah.
Aku meletakkan tas tanganku di atas sofa sebelum berpaling,
berhadapan dengan suamiku. Kedua tanganku disilangkan ke dada.
Buat apa? Dengan selamba, aku menyoal kembali.
Amsyar mendegus kasar dan menghampiriku. Kini tubuh tegapnya
betul-betul berada di hadapanku.Kau sengaja nak malukan aku,
kan?
Pandanganku didongakkan ke atas, memandang ke dalam kedua-dua
mata Amsyar yang kelihatan merah dengan api kemarahan. Dan entah
kenapa timbul perasaan sebak dalam hatiku. Tanpa dapat
ditahan-tahan, aku mula tertanya sendiri bilalah agaknya api
kemarahan itu akan lenyap daripada mata suamiku ini?
Kau memang sengaja, kan? Lagi Amsyar menyoalku. Masih dengan
nada keras yang sangat meremukkan sekeping hatiku.
Perlahan aku menarik nafas dalam-dalam dan menayangkan wajah
tanpa perasaan.
Im just being a trophy wife. Bukan ke itu yang sepatutnya trophy
wife buat? Tayang muka pada kawan-kawan suami sendiri, layan
diorang semua? Aku menjawab, penuh berani.
Tapi aku tak suruh kau menggatal dengan diorang! tempelak Amsyar
tiba-tiba.
Aku sedikit tersentak sebelum akhirnya tersenyum sinis.
Habis tu, apa awak nak saya buat? Tunjuk muka je, biarkan awak
cakap apa saja pasal saya, biarkan awak jatuhkan maruah saya. Macam
tu???
Tidak semena-mena meledak tawa Amsyar.
Maruah? Eh, kau tu ada maruah ke, hah??? Dengan lagak angkuh dan
jelik, Amsyar menyoalku.
Aapamaksud awak? Tersekat-sekat suaraku.
Kau tu tak layak nak cakap pasal maruah. Sebab kau tu.tak ubah
macam teman seranjang aku aje.
Zup! Tersentap hatiku dengan kata-kata Amsyar. Betapa remuknya
hatiku saat ini, hanya Allah yang tahu. Dapat kurasakan air mata
yang sedikit demi sedikit bertakung di tubir mata.
Kau tu cuma macam
Macam apa? sampukku perlahan.
Lambat-lambat Amsyar mendekatiku dan kemudian menundukkan kepala
sebelum akhirnya berbisik perlahan. Macam pelacur
Terpejam mataku saat perkataan itu melekat di gegendang telinga.
Air mata yang kucuba tahan-tahan tadi akhirnya menitik jua. Ya
Allah! Sanggupnya diasanggupnya suamiku sendiri mengatakan begitu
padaku.
Hei, kenapa nak menangis-nangis ni? Tadi bukan main lagi kau
melayan semua lelaki-lelaki tu sindir Amsyar tanpa langsung riak
rasa bersalah atas apa yang diucapkannya tadi.
Pantas aku menyeka air mataku.
Suka hati awaklah nak cakap apa pun. Akhirnya aku menjawab.
Lemah. Ya, aku sudah hilang kudrat untuk berhadapan dengan suamiku
ini. Setiap kali aku cuba melawan, cuba membalasakhirnya yang akan
sakit adalah aku. Hanya aku! Bukan dia!
Eh, takkan dah nak give up kut? Tadi
Apa yang tadinya??? Tanpa sedar, aku mula menjerit. Tadi saya
macam pelacur? Perempuan jalang? Itu ke yang awak nak cakap,
Amsyar?
Memang pun! Aku tak pernah jumpa perempuan semurah kau!
Sekurang-kurangnya pelacur dapat bayaran, tapi kau.aku dapat kau
dengan percuma aje!!
Amsyar!!!! tengkingku lantang. Dadaku berombak laju. Dan
perlahan-lahan air mataku gugur lagi. Hatiku.jiwaku terasa
terlampau pedih. Perit! Sakit!
Amsyar kelihatan sedikit tercengang. Mungkin dia tidak menyangka
bahawa aku akan menempik begitu.Awakawak memang melampau. Dengan
bibir yang terketar-ketar aku bersuara.
Terbit senyuman sinis di bibir Amsyar.
Melampau? Walau macam mana sekali pun aku melampau, takkan boleh
lawan papa kau yang tengah ada kat US tu. Dingin jawapan suamiku
itu.
Aku terdiam. Teringatku pada papa yang kini sedang menguruskan
urusan perniagaannya di Colorado. Apa yang sebenarnya terjadi di
antara papa dan Amsyar?
*****
TERGAMAM aku saat jawapan papa singgah di gegendang
telingaku.
Adam tu bekas rakan kongsi papa. Kami yang sama-sama memulakan
perniagaan. Tapipapapapa jadi terlalu tamak. Papa perangkap Adam
sehingga dia masuk penjara dan akhirnya papa bolot semua harta
milik dia.
Perlahan aku mencengkam dada yang terasa perit. Ya Allah! Inikah
yang dimaksudkan Amsyar? Jadi betullah papa telah hancurkan
keluarga Adamayah kandung Amsyar?
Tadi sewaktu aku menyoal papa tentang Adam sekembalinya papa
dari US, doaku agar jawapan yang bakal papa berikan tidak akan
sekali-kali menghancurkan hatiku begini. Tetapitetapi nampaknya
sebaliknya yang berlaku.
Papa.kenapa, papa? soalku dalam sendu. Sedaya-upaya aku cuba
menahan perasaan sedihku. Aku tidak mahu papa perasan akan
perubahan diriku. Ya, selama aku berkahwin dengan Amsyar, tiada
siapa yang tahu bagaimana keadaan perkahwinan kami. Mereka fikir
aku bahagia, mereka fikir aku sedang enak bermadu asmara tetapi
hakikatnyaaku menderita!
Papa meraup wajah dengan lagak penuh rasa bersalah. Aku seperti
dapat melihat kekesalan di wajah tua itu.Bila business tu dah mula
berjaya, papaentahlahpapa jadi tamak. Papa tak nak kongsi harta,
duit yang melimpah masuk tu dengan sesiapa pun.
Sebab tu papa.papa buat macam tu? soalku kembali.
Papa terdiam sejenak sebelum akhirnya mengangguk perlahan.
Papa menyesal, sayang. Menyesal sangat. Lima bulan lepas Adam
disabitkan kesalahan, papa memang hidup mewah. Ada semuanya,
tapi.ibu Ana disahkan kanser. Waktu tu papa tahu, semuanya balasan
papabalasan atas apa yang papa buat pada Adam. Papa cuba tebus
segalanya, tapi papa.papa tak berani bagitahu polis tentang hal
sebenar.
Jadipapa diamkan diri? Papapapa melampau! Tanpa sedar, aku mula
membentak.
Ya! Memang papa melampau! Sebab tulah papa cuba cari keluarga
dia, papa mahu kembalikan hak keluarga Adam. Tapi diorang semua dah
pindah dan sampai sekarang punpapa gagal cari diorang, jelas papa
lagi, sedikit beremosi.
Papa tak gagal. Diorang ada depan mata papa, tapi yang tinggal
sekarang cuma.anak Adam, pa. Dia seorang dan diadia nak Ana yang
bayar atas segalanya, sambungku dalam hati.
Ingin sekali aku luahkan segalanya pada papa, namun melihat
wajah tua papa yang jelas lemah, hatiku jadi tidak kuat. Ya, aku
tidak kuat untuk memberitahu papa tentang Amsyar, anak Adam. Aku
tidak tegar untuk memberitahu papa bahawa Nurul Jannah,
satu-satunya anak kesayangan papa kini sedang membayar hutang bagi
penderitaan yang bermula dua puluh tahun lepas.
Papapapa jangan risau. Ana percaya ada orang yang dah bayar
harga kehancuran keluarga tu, bisikku perlahan.
Apa maksud Ana? soal papa kembali.
Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya senyuman yang aku hadiahkan
buat papa. Senyuman yang kelat lagi hambar.
*****
SAMPAH apa yang kau masak ni, hah??
Hampir terangkat bahuku saat suara nyaring suamiku hinggap di
gegendang telinga. Namun tidak pula aku menjawab. Lidahku kelu
tanpa suara.
Hei, aku tanya kau ni. Kau pekak ke, hah?? Kali ini dahiku
menjadi mangsa tujahan jarinya. Selalunya bukan main lagi pandai
menjawab.
Lambat-lambat aku mengangkat wajah. Mataku melekat pada wajah
Amsyar yang merenungku tajam. Perlahan perasaan sebak bertamu dalam
hatiku. Inilah dia lelaki yang amat aku sayangi. Yang amat aku
cintai. Yang telah papa musnahkan keluarganya.
Entah kenapa perasaan bersalah mula menggebudalam diri. Jika
kebiasaannya aku selalu sahaja menjawab dan melawan Amsyar, hari
ini aku jadi lemah. Kerana aku tahu bahawa memang aku tidak layak
pun untuk melawan dia. Daripada awal lagi, aku dan keluargaku yang
bersalah, yang berhutang padanya. Jadi mungkin lebih baik jika aku
biarkan sahaja dia perlakukan sewenang-wenangnya padaku.
Ana minta maaf kalau abang tak suka lauk tu. Abang nak makan
apa? AnaAna masakkan yang lain. Akhirnya aku membuka mulut sambil
cepat-cepat mengambil mangkuk yang mengandungi sup ayam, lauk yang
dipanggil sampah oleh suamiku tadi. Dari hujung mata, aku dapat
melihat dengan jelas riak Amsyar yang seperti kehairanan dengan
sikapku.
Kau ni kenapa? Siap berabang..berAna lagi dengan aku.
Aku terdiam seketika sebelum akhirnya menjawab dengan perlahan.
Abang kansuami Ana, memang patut pun Ana panggil abang macam
tu.
Amsyar tiba-tiba sahaja bangun dari duduknya dan kemudian dengan
kasar dia menarik aku agar berhadapan dengannya.
Eh, kau tak payah nak berlakon macam nilah dengan aku. Kau ingat
kalau kau baik, lembut dengan aku macam ni.aku akan lepaskan
kau?
Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala.
TakAna tak minta abang lepaskan Ana. Walau apa pun yang abang
nak buat pada Ana, Ana akan biarkan saja.
Amsyar melepaskan pegangan tangannya dan meraup wajah.
Kau ni kenapa, hah? Apa yang kau cuba buat?
Terkelip-kelip mataku memandang Amsyar.
Ana tak faham. Apa yang Ana cuba buat?
Kau tak payah nak berlakon lagilah. Jannah yang aku kenaltakkan
dengan mudah biarkan orang lain pijak-pijak kepala dia, balas
Amsyar. Masih bernada kasar. Tetapi entah apa yang merasuk diriku,
jawapannya itu sedikit membuatkan aku terharu. Sekurang-kurangnya
dia sebenarnya masih mengenali aku, mengenali siapa diriku. Dan itu
bermaksud.aku mungkin ada di suatu sudut hati dia.
Ah, apa yang aku fikirkan ini? Tidak mungkin aku ada di
hatinya!
Dan Amsyar yang Ana kenal akan berpegang teguh pada
kata-katanya. Aku akhirnya menjawab.
Apa maksud kau? soal Amsyar kembali dengan kerut di dahi.
Aku tersenyum kelat seraya menatap wajah serius suamiku. Wajah
yang tidak pernah langsung menghadiahkan senyuman buatku, seperti
waktu kami bercinta dulu. Pembetulan! Waktu dia berpura-pura
bercinta denganku.
Abang nak hancurkan Ana, kan? Dipersilakan. Lemah jawapanku,
selemah hati, jiwa dan semangatku. Terlepas dengusan kasar Amsyar.
Dia meraup wajah beberapa kali. Entah kenapa, dia kelihatan
bingung, resah dan serba salah. Kenapa dia harus berperlakuan
begitu? Bukankah memang ini yang dia ingini?
Kaukauni sebenarnya sedang menyindir aku, ke? Keras soalan
Amsyar.
Pantas aku menggeleng.
Tak..Ana Sebelum sempat aku menyudahkan kata, Amsyar tiba-tiba
sahaja merengkuh bahuku.
Kau jangan nak tipu. Aku tahu kau sedang menyindir aku. Kau
mesti ingat aku akan lepaskan kau kalau kau buat baik macam ni? Ah,
jangan berangan! Dan dengan teriakan itu, Amsyar menolakku
kasar.
Serta merta aku terdorong ke belakang dan sedar-sedar sahaja,
suatu kesakitan yang tidak dapat aku gambarkan mula menusuk-nusuk
belakang dan perutku. Perlahan-lahan aku terduduk ke atas
lantai.
Argghhh.sakitsakit ujarku sambil menekan-nekan perutku. Wajahku
menyeringai penuh kesakitan. Dari hujung mata aku dapat melihat
Amsyar yang hanya terkaku tanpa reaksi. Tercengang tanpa kata.
Abang..
Dan akhirnya, hanya kegelapan yang menyelubungiku.
*****
APA doktor cakap tadi? Aku menyoal sekali lagi.
Doktor muda yang kini berdiri di hadapanku, di sebelah Amsyar
menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan.
Kamikami mohon maaf. Tapikami tak dapat selamatkan anak dalam
kandungan puan.
Terkebil-kebil mataku cuba memahami kata-kata doktor tadi. Anak
dalam kandungan? Siapa yang mengandung? Aku ke?
Aanak?
Ya, puan. Puan hamil lapan minggu. Tetapikesan hentakan pada
belakang puan terlalu kuat. Bayi puan tak dapat kami
Suara doktor itu hanya kedengaran sayup-sayup sahaja di
telingaku. Tubuhku terasa menggigil tiba-tiba. Jadijadi, selama
sebulan ini aku sebenarnya hamil? Aku punya nyawa yang tersimpan
dalam rahimku? Dan kininyawa itu sudahtiada?
Puanpuan Suara doktor yang sama tadi muncul kembali di hujung
telingaku. Puan tak apa-apa ke? Saya tinggalkan puan dengan suami
puan, ya?
Usai mendengar perkataan suami, pantas aku berpaling pada Amsyar
yang sedari tadi diam tidak berkutik. Wajahnya kelihatan kusut.
Kemudian aku menoleh kembali pada doktor tersebut dan
mengangguk.
Sempat doktor itu menepuk bahu Amsyar sebelum akhirnya berlalu
pergi. Amsyar menghampiriku dan bersuara perlahan. Errakuaku
Ana nak rehat, sampukku sebelum Amsyar sempat menyambung
kata.
Tapi
Tolong keluar. Aku menyampuk lagi seraya membaringkan tubuh dan
membelakanginya. Mataku dikatup rapat-rapat. Namun aku masih dapat
merasakan pandangan Amsyar yang masih tepat pada belakangku.
Tolong keluar, bang.. Sekali lagi aku bersuara. Telingaku dapat
mendengar dengan jelas bunyi keluhan Amsyar.
Take care, ujar Amsyar lembut. Seketika kemudian, bunyi pintu
yang ditutup perlahan memenuhi ruang bilik.
Lambat-lambat aku membuka mataku kembali bersama tubuh yang
sedikit terketar-ketar. Take care? Jaga diri baik-baik? Apa lagi
yang nak dijaga setelah apa yang terjadi, Amsyar?
Kami tak dapat selamatkan anak dalam kandungan puan.
Kata-kata doktor tadi tiba-tiba sahaja terngiang-ngiang di
telingaku. Pantas aku memegang perut. Bibirku diketap kuat-kuat,
cuba menahan perasaan dalam hati. Tetapientah kenapa, aku seperti
tidak dapat merasakan apa-apa. Segalanya kosong. Malah setitik air
mata pun tidak mengalir daripada mataku.
*****
DUA minggu sudah berlalu sejak peristiwa itu. Aku kini sudah pun
kembali ke rumah. Tidak perlu lagi berada di hospital, tidak perlu
lagi berada di tempat yang mematerikan sejarah anakku pergi tanpa
sempat aku temui. Tidak! Tanpa sempat aku ketahui kewujudannya.
AnaAna nak apa-apa ke? Suara lembut Amsyar tiba-tiba sahaja
singgah di telingaku. Ya, semenjak hari ituAmsyar sudah berubah
tingkah. Tidak lagi kasar dan menakutkan. Segalanya tentang dia
kini hanyalah kelembutan dan mungkin juga kebaikan.
Tetapi, aku bukan bodoh! Aku bukan bodoh untuk menilai bahawa
dia cuma berasa bersalah atas apa yang terjadi. Namun untuk apa
rasa bersalah itu? Bukankah memang itu yang dia ingini? Kehancuran
aku???
Ana panggilnya lagi.
Ana nak ke bilik, jawabku perlahan. Tetapi sebelum pun sempat
aku berlalu, Amsyar terlebih dahulu memegang pergelangan tanganku.
Aku hanya membiarkan sahaja tanpa reaksi. Tubuhku kaku.
Keras.Anaakuerrabang
Spontan aku tersenyum tawar. Abang? Sejak bila pula lelaki
inisuamiku ini pandai membahasakan dirinya abang?
Abang.abang Suara Amsyar kedengaran tersekat-sekat, seperti
terlalu sukar untuk diluahkan.Perlahan-lahan aku menarik tanganku.
Tidak mahu lagi terus melekap dalam pegangannya. Ana nak masuk
bilik. Nak rehat.
Baru sahaja aku ingin melangkah, Amsyar tiba-tiba sahaja
meraihku ke dalam pelukannya. Aku terkedu. Tubuhku kaku.
Tolongtolong jangan jadi macam ni lagi. Abang...abang minta
maaf, bisiknya perlahan. Ada nada sendu dalam suaranya.
Aku memejamkan mata buat seketika sebelum membukanya kembali.
Aku ingin mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa dalam hati. Dan
kemudian aku menolak tubuh suamiku. Sungguh! Aku tidak rela
bersentuhan dengannya. Walau sedikit pun!
Apa abang buat ni? soalku perlahan tanpa langsung memandang
wajah suamiku.
Buat apa? soal Amsyar kembali. Juga perlahan.
Abang minta maaf tadi. Abang tak perlu minta maaf untuk apa-apa
pun, kan?
Keluhan kecil terlepas dari mulut Amsyar sebelum dia tiba-tiba
sahaja mengangkat daguku. Memaksa aku untuk menatap wajahnya. Dan
akudengan bersahaja membalas pandangan matanya. Namun aku dapat
rasakan betapa kosongnya pandangan mataku.
Abang.abang tahusemuanya salah abang. Abang yang
Abang tak perlu cakap apa-apa lagi. Ana fahamAna faham
segalanya.
Amsyar mengerutkan dahi.
Faham apa?
Automatik aku tersenyum. Hambar, kelat, tawar!
Papa dah bagitahu Ana segalanya. Apa papa dah buat pada keluarga
abang. Betul cakap abang. Papa hancurkan keluarga abang. Papa
musnahkan segalanya. Jadi..Ana faham yang abang..abang cuma buat
apa yang sepatutnya abang buat. Ana fahamfaham sangat-sangat! Dan
Ana harapAna harap Terhenti seketika kata-kataku. Kedua tanganku
digenggam kuat-kuat sebelum akhirnya aku menyambung lagi. Ana harap
abang gembira atas apa yang dah jadi. Atas kematian
Nurul Jannah!! teriak Amsyar tiba-tiba. Cukup lantang. Terangkat
bahuku saat mendengar suaranya. Terkejut!
Apa yangAna cuba cakapkan ni? Tersekat-sekat nada suara Amsyar.
Kedengaran seperti bersalutkan rasa luluh. Tetapi, tidak mungkin!
Tidak mungkin dia akan rasa luluh, akan rasa sedihkerana memang ini
kemahuannya!
Aku mendongak dan memandang tepat ke dalam bebola mata suamiku
itu.
Abang dan berjaya hancurkan Ana. Every little piece of me dah
pun abang musnahkan. Abang dah berjaya balas dendam bagi pihak
keluarga abang. AnaAna tahu abang gembira dengan semua ni. Rasa
puas hati sangat-sangat, kan?
Jelas di mataku Amsyar yang kelihatan terpana dan kemudian
menggelengkan kepalanya beberapa kali. Namun tidak aku endahkan.
Tetap juga aku menyambung bicaraku. Congrats, abangcongrats
sangat-sangat.
Amsyar menghampiriku dan memegang kedua tanganku.
Taktak, Ana. Ana silap balasnya perlahan.
Ana tak silap. Atau pun maksud abangAna silap bila Ana ingat
abang dah berpuas hati? Tapidah tak ada apa yang tinggal pada Ana,
bang. Tak ada apa-apa lagi untuk abang hancurkan, sampukku, semakin
beremosi. Dan buat pertama kalinya setelah bayiku gagal
diselamatkan, air mata mula bertakung di tubir mataku.
Tak ada harga diri, tak ada maruah, tak ada anak sambungku
lagi.
Amsyar menggeleng lagi. Matanya sedikit berkaca-kaca.
Pleasejangan cakap macam tu lagi
Aku memejamkan mata buat seketika sebelum membukanya kembali.
Setitik air mata yang jatuh kuseka perlahan.
Yang ada cumacuma nyawa Ana aje. Kalau abang still tak puas
hati, Ana serahkan nyawa Ana pada abang. Abang buatlah apa saja
dengan nyawa Ana yang tak ada nilai ni. Ana tak kisah
Tidak semena-mena melekat jari telunjuk Amsyar di bibirku.
Terkedu aku dengan tindakannya itu. Mataku terkebil-kebil memandang
wajahnya yang jelas keruh. Dan aku.aku seperti dapat melihat air
mata yang mengalir perlahan di pipinya.
Kenapa awak menangis? Awak sepatutnya gembira, kan? desis hati
kecilku.
Please, Anajangan cakap macam tu lagi.
Lambat-lambat aku menolak jari Amsyar.
Kenapa? Ana cakap benda yang betul, kan? Daripada awal
perkahwinan ni lagi, apa yang abang nak daripada Ana adalahadalah
kehancuran, kemusnahan Ana. Dan Ana sedarAna sedar, memang patut
abang buat macam tu selepas apa yang papa dah buat pada keluarga
abang. Jadi Ana akan bayar
Stop it
Ana akan bayar balik atas
Stop it, Jannah!! Stop it!! tempik Amsyar sambil menekup
telinganya.
Aku tercengang.
Abangabang dah sedar. Tolong jangan cakap macam tu lagi. Abang
tak sanggup dengar Lemah suara Amsyar.
Aku tersenyum sinis. Tak sanggup dengar? Bukankah ini yang dia
ingini daripadaku? Aku sudah relakan segalanya, relakan apa sahaja
yang dia buat padaku. Aku takkan melawan lagi dan aku takkan
bertahan lagi. Bukankah dia sepatutnya bersorak kegirangan?
Tak sanggup dengar? Kenapa? Abang sedar tak abang dah menang?
Dan Ana dah kalah? Ana dah tak boleh bertahan lagi, tak boleh
melawan abang lagi. Abang sepatutnya rasa gembira
Tak, Anatak. Macam mana abang nak rasa gembira dengandengan
kematian anak kita? balas Amsyar pula.
Aku terdiam. Anak kita? Anak yang sudah dia bunuh dengan
kedua-dua tangannya itu?
Anak kita? Maksud abang, anak yang dikandung oleh perempuan yang
paling abang benci ni? Yang lebih rendah maruahnya daripada seorang
pelacur? Tanpa perasaan, aku menebak Amsyar dengan soalan yang
sangat menyakitkan hatiku sendiri.
Membuntang mata Amsyar mendengarkan kata-kataku. Dia jelas
terkejut. Namun aku tidak peduli. Biarkan sahaja dia dengan rasa
terkejut itu!
Abang tahu takkadang-kadang Ana rasaAna rasa ada baiknya dia
pergi dulu, sambungku lagi.
Ana? Masih dengan wajah yang kusut, Amsyar memanggil namaku.
Sebab Ana tak nakAna tak nak anak Ana rasa apa yang Ana rasa.
Ana tak nak dia hidup dengan kebencian daripada ayah kandungnya
sendiri. So lebih baiklebih baik dia Terhenti kata-kataku saat
emosi yang kubendung dirasakan semakin menghimpit jiwa kosongku.
Lambat-lambat aku memejamkan mata dan menarik nafas
dalam-dalam.
Lebih baik dia pergipergi buat selamanya. Saat itu aku membuka
mata dan pandanganku tertancap pada Amsyar yang sudah pun
terjelepuk jatuh ke atas permaidani. Kepalanya digelengkan beberapa
kali. Wajahnya basah dengan air mata.
Abangabang tahuabang berdosa. Tapi tolonglahtolonglah jangan
fikir yang abangabang gembira dengandengan kematian anak kita.
Lirih nada suara Amsyar. Wajahnya menggambarkan kesedihan dan
keperitan. Tetapi, benarkah suamiku yang berhati batu itu
berperasaan demikian? Atausemuanya hanya halusinasi aku saja?
Kenapa pulak abang tak gembira? Cant you see, abang? Im doomed,
okay? Im doomed. Bila doktor tu cakapanak Ana dah tak ada, that
means Ana dah betul-betul musnahjust as you wish Aku membalas,
masih lagi dengan bait bicara yang meremukkan hatiku sendiri.
Ana Terketar-ketar tangan Amsyar memegang kakiku, dengan lagak
memohon dan merayu.
Aku mengerling sekilas ke arahnya, dan memandang kosong ke
hadapan dengan pandangan yang berbalam-balam dek air mataku yang
seperti tidak mahu berhenti mengalir. Bibirku diketap kuat-kuat,
cuba melawan keinginanku untuk meraih suamiku ke dalam pelukan. Ya,
melihat dia begituhatiku jadi sakit. Ah, kenapa aku terlalu bodoh?
Kenapa aku masih punya perasaan pada suami yang telah membunuh
zuriatnya sendiri?
Abang berdosaberdosa pada Ana, pada anak kita. Abang biarkan
hati abang penuh dengan dendamsehinggakan abangabang sanggup buat
macam tu pada Ana. Ampunkan abangabang merayu, Ana
Terpejam mataku mendengar kata-kata suamiku. Kalaulahkalaulah
semuanya sesenang itu, pasti aku akan memaafkan dia.
Tetapisekarang, bukan hanya aku yang jadi mangsa dendamnya, bahkan
anakku yang langsung tidak berdosa!
Abang tak pernah inginkan perkara begini jadi pada Ana dananak
kita. Abang tak mahu!! Amsyar menghentikan kata sebelum menyambung
lagi. Ana tahu tak.betapa pedihnya hati abangwaktu abang dapat tahu
yang anak kita..,anak kita dah tak ada. Abang fikirsemuanyasemuanya
salah abang..
Memang salah abang pun, kan? Kalau bukan sebab abang, dia masih
lagi ada dengan Ana!! teriakku, penuh emosi.
Terdiam Amsyar mendengar tempelakku. Air mata yang sedari tadi
setia menodai pipinya terus-terusan turun.Kedua-dua tanganku
digenggam kuat-kuat. Aku mahu menghadirkan kekuatan dalam diriku
untuk melawan perasaan sayangku pada dia. Ya, aku sedaraku sudah
tidak boleh lagi membiarkan perasaanku membelenggu diriku dan
membunuhku dari dalam. Aku tidak mahu punya perasaan ini lagi! Aku
tidak relakerana semuanya terlalu menyakitkan!
Lambat-lambat aku melutut dan berhadapan dengan Amsyar. Nafasku
ditarik dalam-dalam sebelum aku bersuara perlahan.
Abangkalau..kalau abang betul-betul dah menyesal, Ana mintak
abang
Membulat mata Amsyar. Pantas dia menggelengkan kepala. Dont tell
me
Tolong lepaskan Ana, sambungku, penuh keyakinan.
No!! I wont!! balas Amsyar. Sedikit menjerit.
Kenapa tak boleh? Berapa lama lagi abang nak simpan Ana? Berapa
lama lagi abang nak seksa Ana?? Lantang aku menjawab.
Perlahan-lahan Amsyar menarik kedua tanganku dan memegangnya
erat.
Bukan, Anabukan. Abang bukan mahu seksa Anatapisebab abang tak
sanggup hidup tanpa Ana. Abangabang sayangkan Ana
Meledak ketawa mengejekku. Sayang? Amsyar sayangkan aku?
Mustahil! Kalau dia benar-benar sayangkan aku, mana mungkin dia
memperlakukan aku sedemikan rupa. Mana mungkin dia menyeksa aku
selama ini.
Ana?
Sayang? Huh! Abang jangan nak buat lawak kat sini. Its not even
funny, sindirku selamba.
Abang tak tipuselama ni setiap kali abang sakitkan Ana, abang
tak sedar yang sebenarnyasebenarnya secebis hati abang juga hancur.
Dari dulu lagi, waktu kita couple dulu..abang sayangkan Ana. Memang
pada awalnya abang rapat dengan Ana untuk balas dendam, tapi as
time goes onabang jadi sayangkan Ana, jelas Amsyar sambil terus
merenung ke dalam mataku.
Terkebil-kebil mataku membalas pandangan mata Amsyar. Entah
kenapa, aku seperti dapat melihat keikhlasan dalam matanya yang
basah itu. Tetapi
Sedarlah, Nurul Jannahdia adalah lelaki yang telah membunuh anak
kau!
Jadi, untuk aku menerimanya lagi adalah tidak mungkin!!
Kalau cara abang sayangkan Ana adalah dengandengan sakitkan Ana
macam ni, Ana tak nak sayang abang tu. Ana tak nak!! bentakku tanpa
perasaan.
Tidak semena-mena Amsyar memegang pipiku. Terkedu aku dengan
tindakannya.
I love youI love you so muchand Im so sorry sebab buat Ana
menderita selama ni. Tapi untuk lepaskan Anaabang tak sanggup.
Sebabtak ada sesiapa lagi dalam hidup abang selain Ana
Aku membatu. Agak terkejut dengan pengakuannya yang kedengaran
tulus. Tetapi benarkah hati suamiku ini setulus pengakuan dan
pandangan matanya?
Ana hukumlah abangmacam mana sekalipun, tapibukan dengan pergi
jauh daripada abang. Please.abang merayu, sambungnya lagi.
Dalam dan tepat aku merenung ke dalam bebola mata suamiku
sebelum akhirnya menarik tangannya daripada terus melekat di
pipiku. Kemudian aku menggelengkan kepala.
Tak, abangtak. Ana dah tak cukup kuat untuk terus hidup dengan
abang. Jadijadi Ana merayutolong lepas Kata-kataku terhenti sendiri
saat Amsyar tiba-tiba sahaja menarik aku ke dalam rangkulannya.
Erat sekali! Seakan-akan tidak akan sekali-kali melepaskanku
pergi.
Tidak, AnaTidak. Abang sayangkan Anaabang tak boleh lepaskan
Ana... bisiknya perlahan di hujung gegendang telingaku. Abang rela
kalau Ana nak bencikan abangnak balas dendam pada abang, tapijangan
tinggalkan abang
Aku terdiam tanpa kata. Hanya kaku tanpa reaksi. Sungguh! Aku
tidak tahu apa yang lagi yang patut dituturkan. Yang ada dalam
diriku hanyalah perasaan tersinggung yang amat dalam. Ya,
tersinggung dengan sikap pentingkan diri suamiku ini. Ah, Amsyar
memang terlampau pentingkan diri! Waktu dia membenciku, aku
diperlakukan umpama sampah yang tiada nilaitetapi kini, tatkala dia
mengaku menyayangikudia mahu aku terus bersamanya. Apa semua
ini???
Tetapitetapi, kenapa hati kecilku ingin sekali terus
mendampinginya? Kenapa aku terlalu lemah kerana tidak mampu
mengusir perasaan cintaku padanya? Kenapa aku dihadiahkan dengan
perasaan sayang dan cinta yang mendalam buat suami yang tidak
henti-henti menyakitiku...yang tidak pernah membahagiakanku?
Kenapa???
Anaabang merayu, Im begging youdont leave me Lagi suara lirih
Amsyar menampar gegendang telingaku.
Aku mengetap bibirku kuat-kuat, cuba menahan diri daripada
mengatakan Ana takkan tinggalkan abang. Aku tidak mahuaku tidak
mahu terus bersamanya, terus bersama pembunuh anakku sendiri.
Tetapi.
Ana memang bodoh.kenapa Ana tak boleh tinggalkan abang?
Ah, aku kalah lagi dengan perasaanku padanya.
Pantas Amsyar meleraikan pelukan dan menatap ke dalam mataku.
Betul ke ni, sayang? Betul ke?
Menitis air mataku saat mendengar dia memanggilku sayang. Ya
Allah, betapa aku merindui panggilan itu!Justdont hurt me, ever
again balasku di sebalik esak tangisanku.
I wontabang janji. Dengan janji itu, Amsyar meraih aku ke dalam
pelukannya lagi. Dan kali ini, aku membalas pelukan itu. Erat.
Ya Allah, aku harap ini adalah keputusan yang betul
*****
ANA, terima kasih sebab sudi terima abang kembali.
Aku mengerling ke sebelah, melihat Amsyar melalui hujung mata.
Dia memandang ke hadapan, jauh ke arah pantai yang membiru. Ya,
kami kini berada di Pulau Tioman. Kata Amsyar, dia mahu
menghadiahkan aku dengan bulan madu yang tidak pernah aku nikmati.
Katanya lagi, dia mahu menghilangkan kenangan tentang kekejamannya
padaku dan menggantikannya dengan kebahagiaan yang selayaknya aku
terima.
Aku pula, hanya mengikut sahaja keputusannya itu. Entahlah,
suatu sudut hatiku masih lagi sedikit takut, sedikit ragu-ragu
dengan keikhlasan Amsyar. Macam mana kalau pujukan dan rayuannya
tempoh hari hanya kerana rasa bersalah? Atau lebih dahsyat lagi,
hanya kerana mahukan aku kembali ke dalam penjara penderitaan yang
dibina oleh suamiku itu?
Ana tahu tak, kenapa abang benci sangat pada papa? soal Amsyar
tiba-tiba, masih lagi dengan lagak yang memandang ke hadapan.
Langsung tidak menoleh ke arahku.
Tersentak aku mendengarkan soalannya. Dan serta-merta juga
perasaan bersalah kembali menggebu ke dalam diri. Ya, papa yang
bertanggungjawab menghancurkan keluarga Amsyar, sedangkan Adam,
arwah bapa Amsyar tiada langsung memalitkan dosa kepada
keluargaku.
Papa perangkap arwah ayah abang Perlahan aku menjawab. Ana minta
maaf bagi pihak papa.
Amsyar menggelengkan kepala. Lembut dia meraih tangan kananku
dan menggenggamnya erat. Aku menoleh ke arahnya, memandang bahagian
sisi wajahnya.
Jangan...jangan minta maaf. Bukan salah Ana. Abangabang patut
sedar yang dari dulu lagi..semuanya bukan salah Ana. Tapi,
abangabang Amsyar menghentikan kata buat seketika dan berpaling ke
arahku. Matanya kulihat sedikit berkaca-kaca.
Zup! Hatiku terasa pedih. Kedua-dua mata Amsyar kelihatan sedih
sekali, seakan menyimpan penderitaan dan keperitan yang amat
dalam.
Abang hidup kerana rasa dendam ni, Ana. I keep on living sebab
rasa benci ni. Abang berusaha keras untuk berjaya pun sebab rasa
dendam ni. Sampaikan..abang..abang dah tak tahu macam mana lagi
untuk hidup kalau perasaan benci ni hilang. Sebab tulah..sebab
tulah, abang rasa abang perlu untuk terus membenci. For the sake of
keeping on living. Untuk terus hidup.
Aku membatu, hanya mataku yang terkelip-kelip melihat Amsyar.
Sungguh! Lidahku kelu. Begitu sekali perasaan benci dalam hati
suamiku ini. Sehingga ke tahap tidak mampu hidup tanpa rasa benci
itu.
Dan sebab tu jugalah, abang gunakan Ana, abang peralatkan Ana.
Abang ingat..abang akan rasa puas bila dapat sakitkan anak kepada
orang yang abang peling benci. Tapi, abang silapbila abang dengan
Ana waktu kita couple dulu, abang dapat rasakan yang perasaan benci
tu makin surut. Tapiabang tetap tak boleh lepaskan perasaan benci
tu pergi, Ana. Setiap kali abang cuba bagitahu diri abang yang Ana
tak bersalahwajah mak, wajah ayah muncul dalam fikiran abang.
Setitik air mata Amsyar kulihat menitis di pipi. Dan tanpa
sedar, air mataku turut sama bertakung di tubir mata. Ya, luluh
hatiku melihat dia begitu. Lenyap sudah Amsyar yang selama ini
angkuh dan keras, yang ada di hadapanku kini cuma seorang lelaki
yang berada dalam keperitan.
Mak meninggal kerana sakit, Ana. Dia tak sempat pun jumpa ayah.
Dan ayah pulameninggal dalam penjara
Aku menekup mulut. Ya Allah! Begitu sekalikah kehidupan lampau
Amsyar? Dansemuanya kerana papa.
Sebab tulahabang tanamkan dalam diri abang yang.whatever
happens, abang kena hancurkan Dato Johari, sambung Amsyar lagi,
mengakhiri ceritanya.
Perlahan aku menjatuhkan tangan kiriku yang sebentar tadi
melekat di mulut dan mengalihkannya ke atas tangan Amsyar yang
masih lagi kemas menggenggam tangan kananku. Tangannya itu kupegang
erat. Amsyar hanya menatapku tanpa kata.
Dengan bibir yang terketar-ketar dan air mata yang sudah pun
menitis membasahi pipi, aku bersuara. AbangAna..Ana
Jangan minta maaf lagi. Semua tu dah berlalu. Abang dah tak mahu
simpan dendam pada papa lagi. Dan biarlah papa tak tahu sampai
bila-bila pun yang abang ni sebenarnya anak Adam, sampuk
Amsyar.
Spontan aku mengerutkan dahi. Kenapa?
Apa yang berlaku pada masa lampau tu, biarlah berlalu. Cukuplah
kalau papa dah sedar dan insaf atas apa yang dia dah buat.
Abangabang maafkan dia. Tenang sekali jawapan Amsyar.
Lagi laju air mataku merembes turun. Terhinjut-hinjut bahuku
mengiringi air mata. Sungguh, hatiku tersentuh. Amsyar, suamiku
punya kebaikan dalam hatinya. Dia punya keluhuran dan ketulusan
yang selama ini berselindung di sebalik hati batunya.
Hei, jangan menangis lagi... pujuk Amsyar lembut. Tangannya mula
menjalar ke pipi, menyeka air mataku.Aku mengangkat wajah,
memandang Amsyar. Abangabangbaik. Abang baik sangat-sangat
Laju Amsyar menggelengkan kepala.
Tak..abang tak baik. Abang jahat, abang kejamabang buat Ana
macam-macam. Abang seksa... Terhenti kata-kata Amsyar saat jari
telunjukku mendarat di bibirnya.
Semuanya dah berlalu. Ana tak nak ingat lagi pasal tu. Apa yang
Ana tahu sekarangAna nak kita cipta kenangan baru. Yang boleh
hilangkan semua rasa sakit dalam hati Ana...dalam hati abang.
Amsyar menarik jariku yang elok melekat di bibirnya sebelum
mengucup tanganku. Penuh kelembutan. Kemudian dia menarikku ke
dalam rangkulannya. Aku membalas pelukan itu dengan rasa kasih yang
menggunung. Sungguh! Aku terlalu sayangkan dia.
Abang janjiabang akan hilangkan rasa sakit dalam hati Ana tu
dengan cinta abang buat Ana. Cuma Lembut Amsyar berbisik di
gegendang telingaku.
Cuma apa, bang? sampukku perlahan.
Janji juga pada abangAna takkan tinggalkan abang. Ana akan
sentiasa ada dengan abang.
Lambat-lambat aku mengangguk. Ana janji, bang. Ana janji
*****
LIMA TAHUN berlalu
Sayang!!
Aku menoleh. Bibirku pantas menguntum senyuman. Jelas di mataku
Amsyar yang sedang melambai-lambai dari arah kolam renang resort.
Di sampingnya Ariana sedang seronok bermain-main dengan air.
Melihat si kecil itu, makin lebar senyumanku.
Ariana, dia anak sulungku dan Amsyar.anak kedua jika anak
sulungku masih hidup. Ah, apa yang aku buat ini? Tidak sepatutnya
aku mengenangkan lagi perkara yang lepas. Aku sedar, apa yang boleh
aku lakukan kini hanyalah mendoakan kesejahteraannya di sana. Dan
aku pasti dia juga pasti sedang mendoakan aku, Amsyar dan
keluarganya di dunia ini.
Aku kini bahagia dengan kehidupanku. Amsyar, suami yang pernah
menghadiahkan kata-kata keramat Aku mahu kau hancur pada hari
pernikahanku benar-benar mengotakan janjinya. Sejak hari itu, hari
yang akuseorang isteri memohon agar diceraikan, Amsyar benar-benar
telah berubah. Tiada lagi kekerasan, kerakusan dan kekejaman
seorang suami terhadap isterinya. Yang tinggal hanyalah kasih,
sayang dan cinta yang selayaknya dilimpahkan oleh seorang suami
buat isteri yang dinikahinya.
Sayang menungkan apa tu? Suara Amsyar tiba-tiba sahaja hinggap
di telingaku. Pantas aku berpaling padanya yang sedang mendukung
Ariana.
Aku tersenyum. Tanganku segera mengambil Ariana dari dukungan
Amsyar sebelum mengelap tubuh kecil itu dengan tuala yang sedari
tadi berada di tanganku.
Tak nak bagitahu, ek? soal Amsyar lagi.
Aku tergelak kecil. Bukan tak mahubagitahu. Tapi, kalau Ana
bagitahuAna takut abang cakap Ana perasan pulak.
Amsyar mengangkat kening sebelum mencuit hidungku. Ini fikir
apa, ya?
Lagi kuat tawaku.
Betul nak tahu?
Soalanku dijawab dengan anggukan kecil Amsyar.
Abang sayangkan Ana, kan? tanyaku lembut.
Terbit kerutan di dahi suamiku.
Itu ke yang Ana fikir tadi?
Aku mengangguk sambil tersengih.
Amsyar tersenyum lebar dan kemudian menarikku agar lebih dekat
dengannya. Lembut dia berbisik di telingaku
Yes, and I will always love youInsya Allah.
**************