Top Banner
PERTEMUAN Faizati Mohd Ali Sarah Nabihah Bt Hazimi Aliah Farzana Bt Abdul Shukor
24

Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

Jun 10, 2015

Download

Documents

sarah nabihah
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

PERTEMUANFaizati Mohd Ali

Sarah Nabihah Bt Hazimi

Aliah Farzana Bt Abdul Shukor

Page 2: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

SINOPSIS

Mun,seekor kucing berusaha mencari makanan kerana perutnya lapar.Mun dicaci dan disepak kerana dianggap kotor.Mun dipukul dan dihalau oleh pemilik gerai makanan kerana mengganggu pelanggan-pelanggan yang sedang makan.Mun hairan akan sikap manusia yang tidak bersimpati kepadanya.Ketika Mun mencuba mendapatkan makanan di dalam tong sampah,Mun diserang pula anjing yang ganas.

Page 3: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

Di sebuah rumah yang besar,Mun bertemu dengan Jonny,seekor kucing peliharaan yang besar dan cantik.Jonny dikurung di dalam kandang dan dipelihara dengan baik oleh tuannya.Bagi Mun,Jonny amat bertuah kerana makanannya,kesihatannya,kebersihannya diurus dengan sempurna oleh tuannya.Mun pula melarat hidupnya.Sungguhpun Demikian,sebenarnya Jonny sedih kerana hidupnya tidak bebas.Jonny ingin hidup bebas seperti Mun.Mun pula ingin hidup senang seperti Jonny.Jonny ingin keluar dari kandang besi dan Mun bersetuju untuk menggantikan tempat Jonny.

Semasa Mun membuka kandang besi,Mun dipukul dan disepak oleh tuan Jonny.Mun terpaksa lari menyelamatkan diri walaupun badannya cedera.Mun semakin lemah dan akhirnya pengsan.Sebuah kereta berhenti.Mun mendapat simpati daripada orang yang turun dari kereta itu.Mun dibawa ke klinik haiwan.

Page 4: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

TEMA

• Tema cerpen ini ialah kehidupan haiwan yang meragui sikap manusia.Mun hidup terseksa dan derita kerana dipukul oleh manusia.Mun hairan akan sikap manusia yang ganas terhadapnya,sedangkan tujuannya mendekati manusia semata-mata untuk mendapatkan makanan.

Page 5: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

PERSOALAN

• Manusia memandang hina kepada kucing yang kotor dan berkurap.

• Kegigihan berusaha untuk mendapatkan makanan.

• Kehidupan haiwan yang terkongkong akibat daripada tabiat manusia.

Page 6: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

WATAK DAN PERWATAKAN

• Watak utama dalam cerpen ini ialah Mun.

• Watak sampingan terdiri daripada Jonny,Ibu,Mimi dan Tuan Jonny.

Mun

a) Seekor kucing yang kotor,kurus dan berkurap.

b) Hidupnya melarat dan menderita.

c) Mun gigih berusaha untuk mendapatkan makanan.

Page 7: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

Jonny

a) Nama penuhnya ialah Amadeus Gonzales Johnhem

b) Jonny berketurunan kucing yang baik dari parsi,berbulu

cantik dan berwajah bulat.

c) Hidupnya mewah kerana dijaga baik oleh tuannya.

d) Hidupnya menderita kerana terkurung di dalam kandang

besi.

Page 8: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

Mimi

a) Mimi ialah seorang kanak-kanak yang mempunyai rasa simpati kepada kucing.

b) Mimi ingin memberikan makanan kepada Mun tetapi dilarang oleh ibunya.

c) Dia bersifat penyayang dan berhati mulia.

Page 9: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

Ibu

a) Ibu memandang hina kepada kucing kurap dan tidak ada perasaan belas kasihan kepada Mun.

b) Ibu keras hati.Beliau tetap tidak membenarkan anaknya memberikan makanan kepada kucing walau dirayu oleh anaknya.

c) Ibu mementingkan diri sendiri.Beliau tidak mahu diganggu oleh kucing kurap ketika menjamu selera di sebuah gerai.

Page 10: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

Tuan Jonny

a) Seorang yang kaya dan bertubuh tegap.

b) Berasa megah dan suka memelihara kucing yang cantik dan mahal.

c) Menjaga Jonny dengan baik dan mengambil berat kesihatan kucing peliharaannya itu.

d) Dia tidak memiliki perasaan belas kasihan kepada kucing kurap.Mun dipukul kerana dianggap mengganggu kucing kesayangannya.

Page 11: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

PLOT

a) Plot cerpen ini berbentuk kronologi kerana peristiwa-peristiwanya

disusun mengikut tertib masa. b) Peristiwa-peristiwa dalam cerpen ini disusun seperti berikut: - Mun yang kelaparan mencari makanan di sebuah gerai tetapi

dibelasah oleh pemilik gerai. - Mun mencari makanan di dalam tong sampah tetapi terpaksa

lari kerana didatangi oleh anjing yang garang. - Mun menjumpai Jonny dan mereka bersepakat untuk bertukar

tempat. - Mun dipukul oleh tuan Jonny. - Mun dibawa ke klinik oleh sepasang suami isteri.

Page 12: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

c) Perjalanan cerita cerpen ini lancar dan mudah diikuti oleh pembaca.

d) Pada peringkat permulaan cerita,pembaca diperkenalkan dengan watak Mun yang dipukul oleh manusia yang membencinya.

e) Cerita berkembang lancar kerana adanya konflik antara Mun dengan anjing dan manusia.

f) Pada pertengahan cerita,Mun menemui Jonny iaitu seekor kucing cantik yang dipelihara oleh manusia.

g) Cerita sampai di puncaknya apabila Mun dipukul oleh tuan Jonny.

h) Pada peringkat peleraian,Mun diselamatkan oleh pasangan suami isteri dan dibawa ke klinik.

Page 13: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

Latar

Latar Tempat.

a) Di gerai makan

b) Di kawasan rumah besar berhampiran kurungan Jonny.

c) Di tepi jalan raya.

Latar Masa.

a) Waktu siang.

b) Siang cuaca mendung.

Page 14: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

Latar Masyarakat.

a) Masyarakat yang tidak ada belas kasihan terhadap haiwan seperti pemilik gerai,ibu Mimi dan tuan jonny.

b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

c) Masyarakat kucing yang terbiar dan menderita dan terbiar diwakili oleh Mun.

Page 15: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

GAYA BAHASA

• Bercerita.

- Mun terus berusaha sambil mengerah seluruh kudrat yang ada pada tubuh kerdilnya.Berdenting-denting bunyi mangga berlaga dengan besi kandang Jonny.Kepala mun terasa sakit tetapi Mun enggan mangalah.

• Dialog.

- “ Eh, mama, kucinglah. Kasihan! Lapar agaknya.” Seorang anak kecil berwajah mulus cuba mengusap kepala Mun.

Page 16: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

• Monolog.

- Di luar sana,derita adalah satu permainan.Kau akan hidup dalam ketakutan.Kau akan menjadi buruan anjing yang kelaparan.Kau akan dihamun malah dipukul kerana mengharapkan simpati daripada manusia! Kalau itulah yang kau maksudkan kebebasan,aku lebih rela kehilangannya! Aku tak perlu kebebasan itu!

• Diksi (indah dan berkesan)

- Kepedihan menjalar mengisi setiap rongga Mun,menyelinap ke seluruh saraf.

Page 17: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

• Simile.

- Pertanyaan Mun ibarat satu tamparan yang melukakan.

• Metafora.

- Dada langit.

- Hidup diladungi derita.

• Perlambangan.

- Air jernih (air mata)

• Hiperbola.

- Meneguk air liur.

- Tulang-temulang Mun sudah hancur.

Page 18: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

NILAI

• Kasih sayang.

- Sikap ini penting khususnya kasihan terhadap haiwan yang hidup terbiar.

• Baik hati.

- Nilai ini terpancar pada watak Mimi yang mengasihi kucing yang tidak berdosa.

• Kerajinan.

- Sikap ini terpancar pada watak Mun yang berusaha melepaskan Jonny.

Page 19: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

PENGAJARAN

• Kita perlu memiliki perasaan belas kasihan kepada sesama makhluk.

• Kita janganlah menyeksa binatang kerana binatang pun mempunyai perasaan seperti manusia.

• Kita perlu memiliki sifat sabar sebagaimana Mun yang sabar menghadapi bermacam-macam kerenah manusia.

Page 20: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

SOALAN

1) Mengapakah Mun terpaksa melarikan diri ketika sedang menyelongkar tong sampah itu?

a) Kerana dihalau oleh tuan punya gerai.

b) Kerana tidak mahu makan sisa makanan.

c) kerana inginkan makanan yang lebih lazat.

d) kerana ingin mengelakkan diri daripada dibaham oleh

anjing yang garang.

Page 21: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

2) Persoalan utama dalam cerpen pertemuan ialah….

a) kegigihan manusia mencari rezeki.

b) kekejaman manusia terhadap makhluk lain.

c) kehidupan haiwan yang diancam oleh penyakit

berbahaya.

d) kesukaran menjaga haiwan peliharaan.

Page 22: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

3) Apakah perasaan Mun ketika melihat kawasan persekitaran rumah yang luas itu?

a) takut

b) gembira

c) kagum

d) curiga

Page 23: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

4) Frasa “memujuk perut yang sudah mula menjerit” dalam

petikan cerpen ini ialah gaya bahasa…

a) peribahasa

b) personafikasi

c) metafora

d) simile

Page 24: Cerpen Pertemuan (antologi anak bumi tercinta)

5) Pilih pengajaran yang tidak terkandung dalam cerpen pertemuan….

a) anggota masyarakat haruslah membantu haiwan yang

dianiaya.

b) kita hendaklah bersimpati terhadap makhluk yang

bernasib malang.

c) semua orang perlu membahagiakn orang lain yang hidup

miskin.

d) janganlah suka menganiaya makhluk tuhan yang

terdapat di muka bumi ini.