Pada 9hb April 2010 (Jumaat) yang lalu, bertempat di perkarangan & Lobi Klinik Kesihatan Putrajaya satu Majlis Hari Bersama Pelanggan telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya. Program yang julung-julung kali diadakan ini bermula pada jam 8.30 am dan berakhir pada pukul 4.30 pm. Objektif program ini adalah sebagai saluran interaksi secara langsung antara Pejabat Kesihatan Putrajaya dengan penduduk Putrajaya khasnya. Selain itu ia juga bertujuan untuk menyampaikan pendidikan kesihatan dan informasi terkini berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya serta mendapatkan maklumbalas secara langsung dari pelanggan berkaitan mutu perkhidmatan yang dilaksanakan selama ini bagi membolehkan penilaian semula dapat dilakukan ke arah tahap yang optima Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua jabatan kerajaan, organisasi yang berkaitan,pelajar sekolah, semua penduduk Putrajaya dan kawasan- kawasan yang berhampiran. Secara dasarnya program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai di mana kira-kira 900 orang telah menghadirinya. Buletin Kesihatan Putrajaya Diterbitkan oleh Pejabat Kesihatan WP Putrajaya, Jalan P11/2, Presint 11, Putrajaya Emel : [email protected]Website: : http://pkpj.moh.gov.my/ Telefon : 03-88850400 Faks : 03-88901081 Apr-Jun Bil 02 2010 Ceramah Farmasi :Kenali ubat anda Permakanan :Makan Secara Sihat: 14 Mesej Utama Pergigian :Toddler Program & Perkidmatan Pergigian JPL : Diabetes & Anda Kem Kesihatan -Saringan kesihatan -BMI -Tekanan darah -Peratus lemak -Ujian SPO2 dan DEMOSTRASI MEMANDIKAN BAYI Pameran JPL : Pengurusan diabetes Pergigian : Toddler Program & Perkidmatan Pergigian Pentadbiran :Akta Fee Inspektorat : Denggi & kaunter kompaun Farmasi : Kenali ubat anda & SMS take n go Pemakanan : Menu sihat 1 Dilaporkan : Jamal Abdul Nasir
8
Embed
Ceramah Kem Kesihatan Pameran - pkpj.moh.gov.mypkpj.moh.gov.my/modules/mastop_publish/files/files_4c46b2a5bf6f1.pdf · yang penting dalam Program Imunisasi bagi: Memelihara potensi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Pada 9hb April 2010 (Jumaat) yang lalu, bertempat
di perkarangan & Lobi Klinik Kesihatan Putrajaya
satu Majlis Hari Bersama Pelanggan telah
dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya.
Program yang julung-julung kali diadakan ini
bermula pada jam 8.30 am dan berakhir pada
pukul 4.30 pm.
Objektif program ini adalah sebagai saluran
interaksi secara langsung antara Pejabat Kesihatan
Putrajaya dengan penduduk Putrajaya khasnya.
Selain itu ia juga bertujuan untuk menyampaikan
pendidikan kesihatan dan informasi terkini berkaitan
perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat
Kesihatan Putrajaya serta mendapatkan
maklumbalas secara langsung dari pelanggan
berkaitan mutu perkhidmatan yang dilaksanakan
selama ini bagi membolehkan penilaian semula
dapat dilakukan ke arah tahap yang optima
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua
jabatan kerajaan, organisasi yang berkaitan,pelajar
potensi bermula dari tempat pembuatnya sehingga ke
tempat penggunaannya pada suhu yang ditetapkan.
Pengurusan rangkaian sejuk merupakan komponen
yang penting dalam Program Imunisasi bagi:
Memelihara potensi dan efikasi vaksin
Memastikan setiap individu mendapat
vaksin/ubat yang potensi
Penyakit berjangkit dapat dikawal melalui
liputan vaksinasi yang tinggi
Masyarakat yakin dengan perkhidmatan
kesihatan yang disediakan
Cara Penerimaan Vaksin
1. Pastikan seal di kotak ais bekalan ais tiada
kesan dibuka
2. Perika susun atur keadaan pek ais samada
beku, sedang cair atau telah cair
3. Periksa „Cold Chain Monitor‟ atau Freeze
Watch, jika disertakan
4. Terima jika pek ais masih beku atau alat
pemantau suhu vaksin menunjukkan
5. Untuk vaksin polio, jangan terima
sekiranya cair dan telah bertukar warna
dari merah jambu ke tidak berwarna
6. Tolak penerimaan vaksin sekiranya factor-
faktor semasa pengangkutan tidak
Hubungi pembekal segera
7. Pindahkan bekalan vaksin dari kotak ais
ke peti sejuk atau pembeku dengan segera
8. Diluent (pelarut vaksin) diletakkan secara
berasingan di atas rak dalam bilik dingin
PENGURUSAN RANGKAIAN SEJUK ADALAH PENTING BAGI MEMASTIKAN EFIKASI UBAT RANGKAIAN SEJUK ADALAH TERPELIHARA DAN MERUPAKAN SATU CARA PENGAWALAN MUTU BEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT
Pembekalan produk rangkaian sejuk dari stor farmasi
ke wad/jabatan lain hendaklah dimasukkan ke dalam
cold box berserta dengnan ketulan ais. Peralatan yang
„vaccine carrier/flask‟ dan „ice pack/cubes‟. Cara
untuk mengisi pek ais ke dalam kotak sejuk vaksin
adalah seperti dalam Rajah 2. Ubat-ubatan rangkaian
sejuk disimpan di dalam „pharmaceutical fridge‟ dan
pemantauan suhu perlu dilakukan. Bacaan suhu
hendaklah direkodkan ke dalam Graf Suhu Peti Sejuk
seperti dalam Rajah 3. Personel yang menjaga stor
akan mencatat suhu peti sejuk 2 kali sehari. Apabila
suhu peti sejuk melebihi julat dibenarkan, ubat-ubatan
tersebut perlu dipindahkan ke dalam cold box/kotak
polystyrene dan pemeriksaan peti sejuk perlu
dijalankan. Penyelenggaraan peti sejuk perlu dibuat
sekiranya terdapat kerosakan.
Cara susunan ice packs dalam
cold box
Graf Suhu Peti Sejuk
Sumbangan : Unit Farmasi 5
Pada 8-9 hb Mei yang lalu, Pejabat Kesihatan Putrajaya telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga 2010 bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Program yang dijalankan 2 tahun sekali ini disertai oleh warga kerja Pejabat Kesihatan Putrajaya, Klinik Kesihatan Putrajaya, Klinik Pergigian Putrajaya , pihak vendor seperti Kompakar Inc serta anggota keluarga masing-masing.
Pada Malam Hari Pertama Majlis Makan Malam Hari Kelurga telah diadakan dengan tema pakaian kuning hitam. Program yang dirasmikan Pegawai kesihatan putrajaya ini turut dimeriahkan dengan persembahan dari unit-unit, pertandinagn pakaian beragam, cabutan bertuah serta penyampaian anugerah seperti anugerah anggota mesra, anugerah anggota tanpa cuti sakit, anugerah cemerlang, anugerah hari keluarga serta anugerah khas hari ibu.
Pada Hari kedua acara diteruskan lagi dengan acara sukaneka melibatkan warga kerja Putrajaya dan keluarga masing-masing.
Secara amnya program sebegini telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara warga kerja PKPJ dan diharapkan dapat memupuk sifat bekerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam menjalani tugas seharian.
6
WAWASAN MASYARAKAT LOCAL AGENDA 21 (LA 21)
PUTRAJAYA
“Kami Masyarakat Putrajaya Akan Mengembling Tenaga Dan Secara Bersepakat Menjadikan Putrajaya Bandaraya Ceria, Mesra Alam, Selamat, Beridentiti Dan Mempunyai
Penduduk Yang Berilmu Dengan Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Demi Kesejahteraan Penduduk Masa Kini Dan
Generasi Masa Depan.”
Local Agenda 21 merupakan Satu Program Yang
Menekankan Penglibatan 3 pihak iaitu PBT,
Komuniti Dan Sektor Swasta bekerjasama
merancang menguruskan persekitaran mereka ke
arah pembangunan mampan dan kualiti hidup
yang tinggi. TAHUKAH ANDA..Aktiviti Gotong Royong,
Kempen Cara Hidup Sihat, Program Kitar Semula
, Amalan nilai-nilai murni
dikalangan anggota dan lain-lain
aktiviti promosi kesihatan yang
melibatkan penduduk menepati
kehendak Local Agenda 21.
Sebagai warga kerja Kesihatan kita
boleh menyumbangkan kepada aspirasi
Local Agenda 21 melalui 3 pendekatan
iaitu SOSIAL ( Cth: Motivasi/ Kaunseling
Pesakit, Hari Bersama Pelanggan);
EKONOMI ( Cth: Menggalakkan
Persekitaran Kerja Yang Environmental
Friendly, Program Kitar Semula) dan
ALAM SEKITAR (Cth : Gotong Royong,
Kempen Kebersihan serta penggunaan
kemudahan taman di Putrajaya secara
optimum dan bertanggunjawab
● ● ●
ANUGERAH KAKITANGAN
TANPA CUTI SAKIT Dr Othman Warijo
Ramli Othman
Safiah bt Mahat
Noridah bt Adnan
Saripahani bt Ismail
Mohamad Yunus Kusni
Norliyana Mustaffa
● ● ●
● ● ●
ANUGERAH ANGGOTA MESRA Lina Ibrahim
Sulhana Ismail
Zuhaili Harun
Zahariah Mohd Yusof
● ● ●
● ● ●
ANUGERAH PENGHARGAAN
TRIM & FIT 2009
>5% dari Berat Badan Asal En Mohd Hafizi Zakaria (15.3kg)
Siti Aishah Fadzilah (6.5kg)
Dr Rosnelizaide Ramly (3.3kg)
Norliza Mohd Jesimat (15.35kg)
Kartini Kamaruddin (6.5kg)
Roslina Johari (4.3kg)
Chan Pui Lim (3.7kg)
Rosyati Sabri (3.4kg)
<5% dari Berat Badan Asal Mahat Hj Raman (2 kg)
Dr Hamimah Said (2.8kg)
Rashidah Moon (2.8 kg)
Salawati Abu Jasam (2 kg)
Zaidah Salleh (1.8 kg)
Nuraimy Abdullah (1.2 kg)
Muirin Juili (3 kg)
Noralista Mohd Yusoff (3 kg)
Shareeza Marzan (1.2 kg)
● ● ●
● ● ●
ANUGERAH HARI
KELUARGA 2010 Dr Hamimah bt Saad
● ● ●
● ● ●
ANUGERAH ANGGOTA
CEMERLANG 2010 Dr Zainal Fitri b Zakaria
● ● ●
● ● ●
ANUGERAH KHAS
Sempena Hari Ibu Matron Nuraimy Abdullah
● ● ●
7
● ● ●
ANUGERAH WARGA
CEMERLANG JAN-APR Dr Mohd Fauzi Abu Bakar
Jamal Abd Nasir Suhaimi
Noridah Adnan
Rashidah bt Moon
● ● ●
● ● ● ANUGERAH PENGHARGAAN PENURUNAN BMI 2009
Mohd Ehsan Manan
Siti Aishah Fadzilah
● ● ●
*Anugerah disampaikan semasa perhimpunan
pagi Mei 2010
Penyumbang Artikel Buletin 02/2010 Dr Wan Ahmad Razman Dr Halizam Ismail Chan Pui Lim & Unit Farmasi Azlinda Hamid Jamal Abdul Nasir
Er Lay Ze
Warga Kerja Pejabat Kesihatan Putrajaya
Mengucapkan Sekalung Tahniah Kepada Beberapa
Orang Anggota Yang Telah Melangsungkan
Perkahwinan Pada Akhir Tahun Lepas Dan Setengah
Tahun Pertama 2010. Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat bersama
Pasangan Masing-masing
Photo Credit : From FB: Nazlee, Hasrol, Azly & Nasri
Azreen Jais
Azly H. Fiza Nasri
Trim & Fit merupakan inisiatif pihak Jabatan untuk merancang dan
menganjurkan aktiviti-aktiviti, khas kepada anggotanya, yang
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang
pentingnya mempunyai berat badan sihat dan sebagai satu aktiviti
sokongan dalam pengurusan berat badan.
Seperti sedia maklum, Program Trim & Fit telah bermula sejak tahun
2007 lagi, secara tidak langsung dan hingga ke tahun ini kita akan
teruskan aktiviti ini, di mana beberapa aktiviti telah dirancang dan
diharap dapat dilaksanakan serta mendapat sokongan serta
penglibatan semua anggota. Untuk makluman, aktiviti-aktiviti yang
dirancang ini sememangnya khas buat anggota kita yang
mempunyai BMI 23 dan ke atas. Anggota terpilih ini akan dipantau
status berat badannya setiap bulan. Walaubagaimanapun, aktiviti-
aktiviti fizikal yang dianjurkan adalah terbuka kepada semua
anggota termasuk yang tidak di bawah program. Ini kerana berat
badan semua anggota masih akan dipantau setiap tahun.
Sedikit data tentang status berat badan anggota kita. Pada tahun
2008, anggota kita dengan BMI 23 ke atas ialah sebanyak 73.4%
(116 anggota dari 158 ditimbang), pada tahun 2009 sebanyak 72%
(108 anggota dari 150 ditimbang ) dan pada tahun 2010 adalah
seramai 65% (117 anggota dari 180 ditimbang). Untuk pencapaian
Trim & Fit tahun 2009, iaitu setelah anggota ditimbang semula pada
Disember 2009, didapati seramai 17 (15%) orang dari peserta trim &
fit ini, berjaya mengurangkan atau mengekalkan berat badan bagi
tempoh lebih 6 bulan. Dengan 8 orang berjaya mengurangkan berat
badan sebanyak lebih 5% dari berat badan asal manakala 9 orang
berjaya mengurangkan kurang 5 % berat dari berat badan asal .
Walaubagaiimanapun, terdapat 36 anggota atau lebih kurang 31%
anggota yang bertambah berat badannya. Pertambahan adalah
diantara ½ kg sehingga 8kg.
Sedutan Teks Ucapan Pegawai Kesihatan Sempena Pelancaran
Program Trim & Fit 2010 di Perhimpunan Pagi PKPJ
SYABAS KEPADA ANGGOTA YANG TELAH BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN DAN YANG BERJAYA MENGEKALKAN BERAT BADAN. PERKARA INI SEMEMANGNYA BUKAN MUDAH TETAPI TIDAK MUSTAHIL UNTUK DILAKUKAN. Pegawai Kesihatan Putrajaya
8
Penyumbang Artikel Buletin Kesihatan Putrajaya 02/2010 Dr Wan Ahmad Razman Dr Halizam Ismail Chan Pui Lim & Unit Farmasi Azlinda Hamid Jamal Abdul Nasir Er Lay Ze (UM Medical Student)