Sejarah perkembangan dasar ekonomi Malaysia
1.0 DASAR EKONOMI BARU (DEB)1.1 PendahuluanDasar Ekonomi Baru
(DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak
Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam
konteks strategi serampang dua mata untuk : Mengurangkan dan
akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum Mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi
supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.Dasar ini telah digantikan dengan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen
dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur
apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.Ketegangan antara
golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca
daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak
menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga
orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing
dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan
ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka
panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970
hingga tahun 1990.1.2 Rancangan-rancangan Dasar Ekonomi Baru
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata : Penyusunan semula
masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum.Bagi memastikan matlamat untuk
menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk
menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar.
Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3%
daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah
garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah
RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar
bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan
pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan
pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu,
keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan
bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran
dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program
rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk
membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia
Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun
1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.Bagi memastikan
matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba
memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada
ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa
program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian,
perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi
menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa
strategi telah dirancang, antaranya: Mengurangkan keadaan yang
tidak seimbang dalam struktur guna tenaga. Mempastikan pembentukan
sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera. Menambah dengan cepat bahagian rakyat
Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan
ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Meninggikan daya pengeluaran
dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.Setelah tempoh
Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar
Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
2.0 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN) 2.1 PendahuluanTahun 1990
menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama
(RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB
(1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya
walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh
disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan
yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. DPN telah
dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam
usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020. 2.2 Objektif Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat
terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting
untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan
satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah
negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial,
nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup,
kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. 2.3
Strategi Pelaksanaan DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB
iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk
memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan
dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.
DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang
lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti
berikut: Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat
pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. Memastikan
pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan. Mengurang dan akhirnya menghapuskan
ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara. Menggalak dan
memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri
dan antara kawasan Bandar dan luar Bandar. Membangunkan sebuah
masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai
sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga
dan cintakan Negara. Memajukan sumber manusia dan termasuk
mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta
meningkatkan kemahiran yang perlu. Menjadikan sains dan teknologi
sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan
sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan
kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu
ekonomi perindustrian yang moden. Memastikan bahawa dalam usaha
mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan
kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi.DPN telah mengambil
kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta
kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia
mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan
satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi
baru DPN adalah seperti berikut: Memberi penekanan yang lebih
kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan
kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping
mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah
keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis
Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah
sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung
Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz
isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4%
daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga
termiskin). Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah
masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai
satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya
mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.
Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri
dalam proses penyusunan semula masyarakat. Memberi lebih tumpuan
kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika
bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang
saksama. 2.4 Program Pelaksanan Beberapa pendekatan baru yang
diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut : a)
Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan - Pendekatan yang
lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk
mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses
menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga
mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada
aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan. b)
Persaingan dalam pasaran antarabangsa - DPN telah mengambil kira
kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran
antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam
menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan
daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat
memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport
pula, halangan-halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa
akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus
mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta
lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara
juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan
Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang
tinggi. c) Wawasan 2020 - Penyertaan semua kaum di negara ini
adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang
maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi
serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan
sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat
berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan
ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan
ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan
kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara
ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain
untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negara. d) Pembasmian
Kemiskinan - Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat
dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1%
dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke
tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian
kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat
terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang
terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an,
pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus
perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian
subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan
pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman
telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah
seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos
pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta. Tambahan pula
anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi
kurang berminat untuk bekerja di luar bandar. Ramai di antara
mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar-bandar.- Latihan
yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan
mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan
lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk
menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini.
Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan
penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah
mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka. - Peranan sektor
awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada
program-program berikut : Pendidikan dan latihan kesihatan
Pengangkutan Perumahan Bekalan air dan elektrik Usaha-usaha yang
lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan
pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri
Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain. Program pelaksanaan
untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan
dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan
dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk
meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan,
pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil
oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan
bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara
teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan
kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang
kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.
e) Penyusunan semula masyarakat - Penghapusan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan
terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung
dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan
ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan
teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi
meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan
sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan
terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi
adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan
perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung
kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan
dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan.
Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda
juga akan diberi tumpuan. - DPN akan menggalakkan penyertaan
Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti
pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada
penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana
menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama secara aktif
di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk
membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.
Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka
akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping
kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan
dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga
akan memastikan corak guna tenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan
dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam
negara. - Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan
memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama
daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori
profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan
baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991-2000,
kira-kira 55.8% akan diambil oleh Bumiputera (706,700 dalam sektor
perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.) Di sektor luar
bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah
akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran. -
Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan
pengawalan dalam sektor swasta, sasaran secara kuantitatif yang
khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil
untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran-kemahiran yang
sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan
berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka.
Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan
menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan dalam
mewujudkan harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi
pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan
diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan
pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah
Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi
keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan
Bumiputera sepanjang tempoh DPN. - Penswastaan akan digunakan
sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan
penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat
penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan
meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan
menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha
mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan
kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan
antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat
dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan
yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan
perpaduan negara.
3.0 DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)3.1 PendahuluanDasar Wawasan
Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas,
iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan
objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan
tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan
yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu
kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju
kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang
2020. Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha
pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia
yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam
suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. 3.2 Pengubalan
RRJP3 dan Dasar Wawasan Negara Pengalaman krisis kewangan asia
tahun 1997-1998 Tujuan RRJP3 untuk mengukuhkan kekuatan sedia ada
dan menangani kekurangan dan kekangan serta cabaran persiangan
dunia. Tujuan DWN untuk membina bangsa Malaysia yang progresif dan
makmur serta hidup dalam harmoni Meneruskan usaha-usaha dalam
rancangan pembangunan lepas di samping memperkukuh asas peralihan
kepada sebuah Negara maju. Mengabungkan strategi utama DEB dan
DPN.3.3 Teras Pembangunan DWNBagi menangani cabaran yang dihadapi
oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut
acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara
yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu
padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial.
Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras
kritikal seperti berikut: membina bangsa yang berdaya tahan dengan
memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk
kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur
dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan
kualiti hidup dan keutuhan ekonomi. menggalakkan pewujudan
masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan
pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan
etnik serta wilayah. mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan
korporat serta pengurusan ekonomi makro. mempertingkatkan daya
saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah
strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor
ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat. mengukuhkan
pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang
cekap, produktif dan berpengetahuan. meneruskan pembangunan alam
sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.3.3
Dimensi Baru DWN Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
mempunyai masyarakat berpengetahuan. Menjana pertumbuhan yang
didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan
pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di
samping penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke
dalam bidang strategik. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih
tinggi. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin
di kawasan terpencil, orang asli dan kumpulan minoriti bumiputera
di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti
hidup kumpulan pendapatan 30 peratus terendah. Mencapai penyertaaan
bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya
30 peratus terendah. Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam
sektor utama ekonomi Mengorientasikan semula pembangunan sumber
manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan
pengetahuan.Kesimpulannya, DWN merupakan pelengkap kepada DEB dan
DPN. DWN adalah penting untuk menentukan matlamat wawasan 2020
untuk menjadi sebuah Negara maju dan perpaduan Negara tercapai.
4.0 MODEL EKONOMI BARU (MEB)4.1 PendahuluanModel Ekonomi Baru
(MEB) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 30 Mac 2010. Ia terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 bermula
pada 30 Mac 2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMK-10). Secara formal, DEB sudah lama dihentikan
pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain. Model Ekonomi
Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang
bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih
inovatif dan kreatif di samping lebih masa. Lonjakan berganda daya
pengeluaran akan berlaku. Generasi muda terpaksa menerima
liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing dalam dunia global.
Ia menjadi dasar supaya Malaysia boleh menganjakkan kedudukan
ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada peringkat
pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi. Sektor
ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung
pada sektor luar (external). Malaysia sangat bergantung kepada
perdagangan antarabangsa.Oleh itu Malaysia terpaksa membuka
sektor-sektor ekonomi tertentu. Perjanjian-perjanjian antarabangsa
perlu dipatuhi. Antaranya ialah WTO, AFTA dan lain-lain. Model
Ekonomi Baru merupakan satu model yang menggantikan Dasar Ekonomi
Malaysia. Lapan inisiatif yang akan diberikan tumpuan di dalam
model ini adalah : Menyuburkan kembali sektor swasta untuk
menerajui pertumbuhan ekonomi. Membangun tenaga kerja yang
berkualiti yang akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja
asing. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.
Memperkukuhkan sektor awam. Melaksanakan tindakan alternatif yang
telus mesra pasaran. Membina infrastruktur yang berasaskan
pengetahuan. Meningkatkan sumber pertumbuhan. Memastikan
pertumbuhan yang mapan
4.2 Empat Tonggak Transformasi Negara
4.3 Matlamat Model Ekonomi Baru
4.4 Ciri-ciri Model Ekonomi Baru MEB akan melahirkan Malaysia
yang terkenal dengan transformasi kukuh. Ekonominya berpandukan
pasaran, ditadbir urus dengan rapi, berintegrasi serantau,
berorientasikan keusahawan dan iovatif. Sektor swasta akan menjadi
penggerak utama pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan pasaran.
Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap. Institusi kerajaan
dengan tadbir urus yang rapi dan lebih cekap. MEB akan menyediakan
rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat
keusahawaan. Inovasi dan teknologi terkini akan menjanakan produk,
perkhidmatan dan proses kreatif.4.5 Kelebihan Model Ekonomi
BaruManfaat untuk rakyat
Manfaat untuk peniagaan
Kesimpulannya, Model Ekonomi Baru (MEB) mengariskan bidang utama
yang perlu diberi perhatian dalam bentuk lapan inisiatif
Pembaharuan Strategik (IPS) untuk menghapuskan halangan dan sekatan
yang menahan ekonomi Negara ini akan tercapai potensi maksimum. IPS
adalah lebih bersifat terpilih dan memberi kesan kepada semua
sektor ekonomi. Justeru, ia perlu dilaksanakan secara konsisten dan
holistik bagi memastikan hasil yang diharapkan dalam Rancangan
Malaysia Ke-10 dan ETP dapat dicapai. Negara memerlukan satu
anjakan paradigma bagi mencapai sasaran kerajaan untuk melahirkan
Negara berpendapatan tinggi. Ia dapat dilakukan melalui beberapa
program transformasi seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP),
Program Transformasi Kerajan (GTP). Sama ada berjaya atau tidak ia
bergantung kepada kecekapan mereka yang terbabit iaitu kerajaan
memerintah, penjawat awam, pemimpin industri swasta dan khalayak
awam.
BIBLIOGRAFIAsmaul-Husna. (n.d.). Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dilayari pada April 17, 2014 di
http://zanas.wordpress.com/artikal/dasar-ekonomi-baru-deb/Awani, A.
(2013, September 12). Jenis-jenis dasar ekonomi Malaysia. Dilayari
pada April 17, 2014 di
http://www.astroawani.com/news/show/jenis-jenis-dasar-ekonomi-malaysia-22070Azervin,
J. (2012, Februari 8). Dasar-Dasar Ekonomi Malaysia. Dilayari pada
April 18, 2014 di
http://tugasanpelajarpengurusan.blogspot.com/2012/02/dasar-dasar-ekonomi-malaysia.htmlBaharuddin,
S. A. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Universiti Teknologi
MARA . Malim, D. M. (2011, Julai 28). Model Ekonomi Baru. Dilayari
pada April 18, 2014 di
http://www.slideshare.net/impak/model-ekonomi-baruSaleh, H. M.
(2011, Jun 20). Dasar-dasar kerajaan malaysia. Dilayari pada April
17 di
http://www.slideshare.net/HALIFMS/10-dasar-dasar-kerajaan-malaysiaWar,
M. (2013, Mac 3). Model ekonomi baru. Dilayari pada April 18, 2014
di http://www.slideshare.net/munnianwar/model-ekonomi-baru-meb